lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Petronas Taja 43 Pelajar Terengganu Cemerlang SPM 2017
Ahmad Samsuri berbual dengan pelajar yang menerima penajaan PESP. Foto Harish Fadzillah Abu KassimPetronas menganugerahkan penajaan melalui Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) kepada 43 anak Terengganu yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2017Mereka di antara 300 pelajar yang terpilih daripada 8,280 calon seluruh negara yang membuat  pemohonan pada tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  pihaknya dimaklumkan seramai 1,488 pelajar Terengganu yang cemerlang dalam SPM mendapat tajaan melalui  program itu membabitkan  nilaian RM168 juta  sejak penubuhan PESP."Mereka yang terpilih perlu berasa bangga kerana daripada ribuan permohonan hanya sebilangan kecil sahaja yang terpilih."Apa yang istimewanya pelajar diberi peluang untuk memilih  melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sama ada dalam dan luar negara, selain ke Universiti Teknologi Petronas," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepasMajlis Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas di Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep), Batu Rakit.Hadir sama, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas Dato’ Raiha Azni Abd Rahman.Sementara itu, Dato’ Raiha berkata Petronas terus kekal komited di dalam penajaan pendidikan bagi memastikan pelajar yang layak, diberi peluang sepenuhnya untuk meneruskan kecemerlangan mereka di peringkat ijazah."PESP berjaya memenuhi keperluan sumber tenaga manusia Petronas dan negara dalam melahirkan tenaga kerja mahir terutamanya di dalam bidang minyak dan gas dan juga bidang-bidang yang lain."PESP ialah sebahagian daripada komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berterusan Petronas di dalam bidang pendidikan." Ianya adalah sebahagian daripada sokongan PETRONAS kepada usaha kerajaan di dalam bidang pembangunan sumber manusia negara," katanya.Semenjak perlaksanaannya pada tahun 1975, PESP telah memberi manfaat kepada lebih daripada 36,000 orang pelajar dengan nilai perbelanjaan lebih RM3 bilion.
07 Jul 18
574
Empty Image
Kebakaran KBC Hampir Pulih
Kebakaran tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company ( KBC ), di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman kini semakin pulih apabila dua daripada tiga tangki yang terbakar berjaya dipadamkan sepenuhnya.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Sharikan Bustaman berkata, kedua-dua tangki tersebut berjaya dipadamkan pada jam 6.40 dan 10 pagi tadi.Menurut Sharikan, anggota keselamatan melakukan teknik pemadaman secara terus dengan menggunakan buih dan operasi penumpuan tersebut dijalankan pada jam 3 pagi tadi."Kita menumpukan pada kedua - dua tangki tersebut kerana keadaan api yang membakar baki minyak mentah pada ketika itu sudah berkurangan," katanya.Sharikan berkata,  sehingga jam 2 petang masih ada sebuah tangki yang mempunyai kapasiti 13,666 meter padu minyak mentah masih terbakar pada tahap 30 peratus sahaja."Berdasarkan kepada kemajuan tersebut kita yakin baki kebakaran yang masih tinggal dapat dipadamkan semuanya menjelang tengah malam ini," katanya."Keadaan angin yang kuat dan asap yang tebal menyukarkan sedikit kerja pemadaman dan pihaknya terpaksa menukar syif anggota pada setiap dua jam bagi memastikan anggotanya tidak terjejas."Keadaan berangin menyebabkan kami sukar menempatkan hala tuju pancutan air dan bila kami nak tuju pada satu posisi kami terpaksa mengambil langkah ke arah 30 darjah dari target kami sebenarnya akibat keadaan angin,”katanya.Tambahnya, operasi pada hari ketiga melibatkan seramai 196 anggota JBPM Negeri Terengganu termasuk anggota bantuan daripada JBPM Perak dan Pahang .Menurutnya, pihaknya turut menerima bantuan dari sembilan agensi lain dengan kekuatan anggota berjumlah 46 orang.Keadaan kebakaran petang semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
07 Jul 18
243
Empty Image
Tekanan Air Rendah, Penduduk Diminta Bersabar - Hanafiah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat meminta penduduk di sekitar kawasan kebakaran kilang penapisan Kemaman Bitumen Company (KBC) supaya bersabar berikutan tahap tekanan air di kawasan tersebut menjadi rendah.Menurut Hanafiah, keadaan tersebut disebabkan air yang disalurkan ke kawasan kilang tersebut untuk memudahkan kerja pemadaman kebakaran tiga tangki yang menyimpan minyak mentah sudah masuk hari kedua kejadian.Tambahnya, berdasarkan keadaan kebakaran di lokasi kejadian, pihaknya yakin kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya sehari dua lagi."Ketika ini kebakaran telah dapat dikawal namun pihak bomba sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku," katanya.Hanafiah ditemui selepas mengiringi Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang melawat pusat gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu di lokasi kejadian kebakaran, petang semalam.Setakat malam tadi, pihak berkuasa dan penyelamat sedang bertungkus lumus mengawal api dari merebak ke tangki yang berdekatan kerana baki minyak mentah yang terbakar berada dalam kuantiti masih banyak."Jadi penduduk sekitar saya minta bersabar dengan keadaan ini dan kita berdoa semua yang terjadi ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya."Saya turut memuji kesungguhan semua pasukan yang terlibat dalam proses pemadaman kebakaran yang sanggup menempuh keadaan merbahaya untuk memadamkan kebakaran dan situasi ini harus dipuji dan diberikan penghargaan kepada mereka," katanya.Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri turut mengulas kenyataan Menteri Besar yang mahu penduduk di sekitar kawasan kebakaran supaya ke klinik kesihatan berdekatan sekiranya mengalami masalah pernafasan akibat kebakaran tersebut."Ibu bapa perlu memantau kesihatan anak mereka dan memastikan anak - anak tidak berada di luar untuk tempoh masa yang lama meskipun pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyatakan indeks pencemaran udara dalam keadaan terkawal," katanya.Kebakaran tangki yang menyimpan minyak mentah sudah masuk hari kedua apabila api masih tidak dapat dipadam sepenuhnya  berikutan masih terdapat baki simpanan minyak mentah serta dijangka dapat dipadamkan dalam masa yang terdekat.
07 Jul 18
35
Empty Image
API Sasar Projek Perintis Kitar Semula Barang Terpakai
Ustaz Kamaruzaman AbdullahAngkatan Pemuda Islam Hulu Terengganu (API) yang baharu ditubuhkan mahu menjadikan projek kitar semula barangan terpakai di sekitar daerah ini sebagai program pertama yang bakal dilancarkan pada 14 Julai nanti.Penaung yang juga merangkap penasihat persatuan ini, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, projek itu dirangka oleh API yang berhasrat menyatukan kembali anak-anak muda menerusi kerja kebajikan.Tambahnya, projek tersebut juga mendapat sambutan dan kerjasama daripada beberapa syarikat sekitar daerah seperti pasaraya Xiri dan D.M Pemborong termasuk menyumbang kewangan bagi menampung operasi."Melalui projek ini, kita dapat kumpulkan barangan yang boleh dikitar semula untuk manfaat bersama di samping menghubungkan tali persaudaraan melalui khidmat yang diberikan."Selain itu, dapat melatih  dan memberi penekanan yang lebih kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan bersama-sama,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka PAS Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini yang turut dihadiri hampir 10 000 masyarakat sekitar.Suasana di Majlis Sambutan Rumah Terbuka PAS Hulu TerengganuMenurut Kamaruzaman lagi, operasi sepenuhnya akan berjalan pada 4hb Ogos ini di beberapa lokasi yang telah ditetapkan."Antara lokasi yang kita telah pilih setakat hari ini ialah hadapan Maybank Kuala Berang, hadapan Masjid Sultan Mahmud dan hadapan pasaraya Xiri selain beberapa lokasi yang akan ditentukan kemudian."Pihak kami mengharapkan masyarakat dapat memberikan kerjasama yang semaksima bagi menjayakannya,"katanya.
07 Jul 18
331
Empty Image
Penduduk Sekitar Kilang Terbakar Dinasihat Dapat Rawatan Di Klinik Kesihatan
Menteri Besar turun padang melihat sendiri kejadian dan mendengar taklimat daripada pihak polis. Foto oleh : Tengku Syamim Tengku IsmailPenduduk yang tinggal di sekitar kilang Kemaman Bitumen Company (KBC) yang  terbakar dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berdekatan jika mempunyai masalah penafasan akibat pelepasan asap hitam tebal dari kebakaran itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penduduk di sekitar kawasan yang terjejas dengan kebakaran itu diminta sentiasa memantau tahap kesihatan keluarga terutamanya kanak-kanak.“Meskipun pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan kenyataan yang  tahap indeks pencemaran udara (IPU) agak terkawal namun beliau menasihati orang ramai supaya dapat memastikan tahap kesihatan anak-anak atau warga emas dalam keadaan baik.“Saya meminta kepada penduduk sekitar supaya bersabar dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berusaha memadamkan kebakaran kilang berkenaan terutamanya yang kita bimbang ialah peringkat awal kerana gas klorin dan karbon monoksida,” katanya.Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu tidak jauh dari lokasi kebakaran kilang Kemaman Bitumen Company (KBC), Kemaman, hari ini.Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang kelmarin (Khamis) tiga buah tangki minyak mentah kilang KBC meletup dan terbakar sehingga menyebabkan kawasan sekitar diseliputi asap hitam tebal sehingga menganggu kehidupan seharian penduduk sekitar.Menurut Ahmad Samsuri, antara pihak yang terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran kilang berkenaan sejak kelmarin ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta beberapa agensi lain dan sehingga hari ini ianya masih diteruskan.“Orang ramai juga dingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu di laman sosial dan mendapatkan maklumat tepat daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih panik di kalangan penduduk sekitar kilang berkenaan,” katanya.
07 Jul 18
377
Empty Image
Orang Ramai Diminta Tidak Sebar Berita Palsu Kebakaran Kilang Kemaman
Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abdul Hamid mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu mengenai kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah kilang memproses tar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, petang semalam.Menurut beliau, tindakan sesetengah individu yang menyebarkan berita palsu di dalam laman sosial Facebook mengenai kematian pekerja yang terlibat dalam kejadian tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab."Tindakan sedemikian dilihat sebagai tidak bertanggungjawab kerana akan menimbulkan panik di kalangan penduduk khususnya di Bandar Chukai," katanya.Menurut Alias lagi, sikap sesetengah individu yang menyebarkan berita palsu tersebut dilihat cuba mencari populariti sendiri berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat."Sepatutnya orang ramai perlu mendapatkan dan mengikuti maklumat dari sumber yang tepat seperti pihak polis dan pasukan penyelamat yang lain," katanya.Alias ditemui ketika melawat pos operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kejadian kebakaran kilang memproses tar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, malam tadi.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasek, Ir Saiful Azmi Suhaili.Sementara itu, Alias amat berpuas hati dengan kecekapan anggota keselamtan yang bertungkus- lumus menjaga keselamatan lokasi kejadian.Menurut Alias, pihaknya akan sentiasa bersiap sedia menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa pada bila-bila masa."Kita telah menghulurkan bantuan makanan kepada petugas yang terlibat dan kita akan sentiasa bersiap sedia dari masa ke semasa," katanya.Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, dua tangki yang menyimpan minyak mentah yang dipercayai berkapisiti 80 ribu liter terbakar semasa kerja-kerja mengimpal sedang dijalankan.Dalam kejadian tersebut, tiga orang pekerja kontrak yang sedang melakukan kerja-kerja mengimpal cedera dan dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman.
05 Jul 18
65
Empty Image
Program Home Manager Akan Ditambah Baik
Ahmad Samsuri dan isteri ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Terengganu Inc. hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan meneruskan Program Home Manager atau pengurus kediaman dengan melakukan penambahbaikan bagi memastikan peranannya lebih diperkasakan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program yang diperkenalkan kerajaan negeri terdahulu itu, antara lain akan menekankan aspek kerohanian.“Kita akan membuat penambahbaikan lagi untuk semua proses bukan setakat cara mengendali bayi dan kanak-kanak tetapi juga aspek psikologi dan agama yang perlu diterapkan kepada semua Home Manager.“YPKT akan memainkan peranan untuk langkah yang seterusnya,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Sambutan Hari Raya Terengganu Inc. di Chendering, hari ini.Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri juga sedang mengkaji langkah pelaksanaan terbaik bagi membuka pusat asuhan di setiap jabatan kerajaan negeriini seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.“Kita telah membentuk jawatankuasa untuk melihat keseluruhan pelaksanaan manifesto di mana ada yang dapat kita laksanakan dengan segera setelah membentuk kerajaan di Negeri Terengganu.“Dan ada yang akan mengambil masa kerana berlaku aspek perundangan, peraturan dan sebagainya,” ujarnya.Katanya, semua itu sedang dikaji dan dilihat bagaimana cara yang terbaik untuk dilaksanakan supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik dan mengurangkan karenah-karenah yang akan timbul kemudian hari.Dalam pada itu, sebagai mengulas mengenai kematian Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif  , lima bulan ditemukan mati di rumah pengasuhnya di kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor dengan mayatnya tersorok dalam ruang sejuk beku peti ais di rumah tersebut, Ahmad Samsuri memberitahu kerajaan negeri lebih berperanan kepada mendidik rakyat negeri ini berbanding mengambil tindakan undang-undang.“Ini akan berlaku pertindihan bidang kuasa di bawah Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.“Kerajaan negeri sebenarnya boleh melalui agensi yang kita ada termasuklah YPKT, Yayasan Islam dan sebagainya mengadakan kursus-kursus kesedaran dan sebagainya. Tetapi ianya lebih kepada mendidik daripada bentuk penguatkuasaan kerana penguatkuasaan masih lagi di bawah Kerajaan Pusat,” ujarnya.Katanya, untuk tempoh jangka panjang pendidikan kepada seluruh anggota masyarakat bukan sekadar kepada pengasuh sahaja tetapi juga anggota keluarga yang menghantar anak ke pusat asuhan supaya mereka sendiri meneliti dan bukan menyerah seratus peratus kepada pusat jagaan.“Hubungan dua hala antara ibu bapa dan pusat jagaan perlu ada dan untuk yang hantar anak kepada pengasuh persendirian, perlulah diteliti dengan lebih cermat kerana di zaman sosial media ini sesiapa sahaja akan iklan di dalam facebook dan sebagainya bahawa dia boleh menjadi pengasuh dan sebagainya.“Ini memerlukan lebih kepekaan di pihak ibu bapa supaya dapat mengelakkan tragedi tidak diingini berlaku,” ujarnya.
04 Jul 18
279
Empty Image
5,000 Pengakap Kanak-kanak Berkampung Di Terengganu 6 - 10 Julai
Seramai 5,000 peserta Korobori Pengakap Kanak-kanak dari seluruh Malaysia dijadualkan berkampung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus bermula 6 Julai sehingga 10 Julai ini.Korobori merupakan perhimpunan pengakap kanak-kanak terbesar peringkat kebangsaan dengan tahun ini, Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dipilih menjadi tuan rumah bagi acara itu.Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung antaranya aktiviti lasak, kebudayaan dan sukan.Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Che Soh Muda berkata, program pengakap yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat memberi kesan mendalam kepada ahli untuk menjadi warganegara yang berkualiti dan cintakan tanah air."Program- program ini dimulakan dari sekolah rendah untuk membentuk jati diri pelajar," katanya.Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Dato' Abdullah Taib menyifatkan Persekutuan Pengakap Negeri Terengganu berpengalaman dan berupaya menganjurkan pelbagai program besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa."Keupayaan kami setanding dengan fasiliti yang ada di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail yang bertaraf antarabangsa,'katanya.
04 Jul 18
276
Empty Image
1,000 Iringi Jenazah Adam Rayqal
Solat diketuai Imam masjid, Shafiq Haqimi Ambak.Kira-kira 1,000 orang hadir menyempurnakan solat jenazah Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bayi berusia lima bulan yang meninggal dunia di rumah pengasuhnya, di Masjid Al- Mukhtafi Billah Shah, Kuala Terengganu malam tadi.Jenazah Adam kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan Ladang Tok Pelam sejurus selesai solat jenazah itu.Sebelum itu, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faezah Tuan Ab. Rahman turut meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa di rumah keluarga di Kampung Chendering, Kuala Terengganu. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi  Maklumat negeri, Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi WanAbdullah.Mohd Sufi membawa jenazah Adam.Bapanya, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi ketika ditemui pemberita, merakamkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas usaha masyarakat dalam pencarian Adam."Walaupun kita mengharapkan hasil yang lebih baik, Tetapi, ia telah ditentukan. Kami mengharapkan doa daripada semua supaya kami dapat bertemu di syurga."Sekiranya masyarakat ada berkongsi gambar almarhum Adam yang tidak sepatutnya, saya mohon agar dapat menghormati dan menjaga aib kami dan almarhum," katanya.Jenazah Adam tiba dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 9.25 malam tadi bersama ibu bapanya dan dibawa ke rumah datuknya di Chendering terlebih dahulu.Seterusnya, urusan pengebumian disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ladang dan selesai pada jam 10.30 malam. Dalam kejadian menggemparkan negara semalam, bayi lelaki berusia lima bulan itu dilaporkan hilang pada Selasa sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuhnya di Batu Caves, lewat malam yang sama.
04 Jul 18
317
Empty Image
Sidang DUN : Lot Tanah Dirampas Dikembalikan Semula Kepada Pemilik
Lot-lot tanah yang dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2004 apabila pemerintahan negeri ketika itu diambil alih oleh BN akan dikembalikan semula kepada pemiliknya.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS kini akan mengembalikan semula sejumlah puluhan ribu lot tanah yang dirampas itu.Katanya, langkah itu bagi memberi keadilan kepada rakyat Terengganu yang telah dinafikan hak mereka dalam tempoh 14 tahun ini disamping menunaikan manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.“Banyak lagi lot-lot tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS dirampas semula oleh kerajaan BN apabila bertukar kerajaan pada 2004 walapun tanah-tanah ini tidak selesai proses pembahagiannya lagi termasuk yang belum selesai proses hak milik tanah borang 5A, ada yang sudah bayar (bayaran premium) dan sebagainya. Ini adalah suatu penganiayaan dan ketidakadilan yang berlaku 14 tahun lalu. Kita akan tengok kembali semua permohonan yang telah dinafikan dan berlaku ketidakadilan waktu itu untuk diteliti dan diperbetulkan,’ ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi penggulungan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman, semalam.Katanya, tanah-tanah yang telah diluluskan semasa pemerintahan kerajaan negeri terdahulu  juga akan dikaji balik samada tanah yang diberikan itu berlaku pertindanan atau tidak untuk memberi keadilan kepada semua rakyat negeri ini.
04 Jul 18
92