lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Sambutan Hari Raya UPDI Meriah
Majlis Hari Raya Aidilfitri Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang diadakan di perkarangan pejabat UPDI hari ini meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang tetamu.Majlis yang bermula dari jam 11 pagi dan berakhir empat jam kemudian itu turut dihadiri pengamal media negeri ini, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin kawasan serta penduduk sekitar Kuala Terengganu.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.Pelbagai juadah seperti nasi pilaf, nasi minyak, kambing golek, sate, rendang, ketupat, rojak betik, buah-buahan disediakan untuk dinikmati pengunjung.
10 Jul 18
195
Empty Image
MTD Bukit Ibam Hargai Bantuan PAS Dungun
Perkhidmatan van jenazah yang disediakan oleh PAS Dungun.                                  Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Ibam, Keratong, Pahang, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan PAS Parlimen Dungun, berikutan membantu menguruskan dua jenazah mangsa kemalangan yang maut di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT), semalam.Timbalan Pengarahnya, Din Abu Bakar Mohamad berkata, penghargaan tersebut ditujukan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Dungun dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Lama Sura kerana menguruskan serta menghantar jenazah ke kampung halaman mereka."Saya mewakili keluarga mangsa mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Dungun kerana menyediakan perkhidmatan van jenazah dan menghantarnya ke kampung halaman mereka dan juga pihak masjid yang menguruskan urusan jenazah," katanya.Menurut Din, pertolongan yang diberikan sedikit sebanyak telah mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa kemalangan yang kehilangan insan yang tersayang di dalam kejadian tersebut."Bagi pihak keluarga mangsa, apa yang terjadi merupakan satu ujian Allah terhadap mereka dan kita sebagai hambaNya perlulah memberikan sokongan dan pertolongan kepada mereka (keluarga mangsa) dalam pengurusan jenazah ahli keluarga mereka," katanya.Katanya kerjasama sebegini perlulah dikekalkan dalam mengukuhkan ukhwah di kalangan ahli PAS untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa.Keadaan kereta yang remuk teruk dalam kemalangan tersebut.Dalam kejadian jam 11.40 pagi semalam di kilometer 334.3 Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Paka, Syed Namirun Putra Syed Khairul, 11, dan Mohamad Nor Mohammad, 28,  maut selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di laluan tersebut.Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki mengakibatkan kecederaan parah di kepala serta anggota badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Bapa kepada Syed Namirun, Syed Khairu Hissham Md Akhir, 45, yang duduk di bahagian hadapan penumpang pula mengalami kecederaan parah.Ketika kejadian, kesemua mereka dalam perjalanan dari Felda Keratong, Pahang untuk menjemput pulang anak sulung  kepada Syed Khairul Hissham, Syarifah Filzatun Athirah, 20,  yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun .
09 Jul 18
750
Empty Image
Penduduk Syukur Tragedi Berakhir
Keadaan tangki yang musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.                   Operasi pemadaman kebakaran tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) yang berakhir semalam cukup melegakan kira-kira 2,000 penduduk sekitar kejadian itu.Bagi mereka, kejadian yang berlaku pada petang  Khamis lalu cukup menakutkan  kerana menjadi tragedi terburuk pernah dialami sepanjang hidup.Tinjauan di Kampung Bukit Kuang yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian mendapati penduduk sudah mula menjalankan rutin harian mereka walaupun masih trauma dengan kejadian itu.Kebimbangan yang melanda mereka selama tiga hari itu akhirnya reda dan membawa berita baik apabila pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri mengumumkan kebakaran pulih sepenuhnya kelmarin (Sabtu).Puziah JusohBagi seorang suri rumah, Puziah Jusoh, 61, ketika kejadian dia di rumah bersama anak dan cucunya yang berusia lapan bulan  sebelum letupan menggegarkan rumahnya dan situasi itu amat mencemaskan mereka."Hari kejadian tu saya duduk di luar rumah dengan suami saya, tiba-tiba saya terkejut mendengar satu letupan kuat dan rasa bergegar di tempat saya duduk. Saya ingatkan ada kemalangan lori ke apa, lepas itu saya nampak asap tebal naik tinggi."Dua malam saya tidur tak lena kerana cahaya api terang di dalam bilik saya dan  saya memang takut teramat sangat kerana bimbang meletup tangki itu," katanya.RokiahSeorang lagi surirumah, Rokiah Talib, 58, berkata letupan itu amat mengejutkannya dan sepanjang hidupnya tidak pernah mendengar letupan yang sekuat itu."Apabila dengar sahaja letupan, saya hanya kata..Allah, mati dah kita. Saya ingat ada kapal terbang yang jatuh ke apa. Saya suruh anak saya pergi tengok dekat atas jambatan, selepas itu jiran saya yang mahu pergi melihat memberitahu yang kilang tersebut terbakar," katanya.Beberapa orang penduduk yang ditemui turut mengucapkan rasa syukur kerana keadaan sudah kembali pulih seperti biasa serta berterima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat di atas kecekapan mahupun ketangkasan menangani kebakaran tersebut.DahlanBagi seorang lagi penduduk, Dahlan Rantang, 58, ketika ditemui berkata, dia mengucapkan rasa syukur kerana kejadian yang menakutkan itu sudah berakhir."Memang lega kerana segalanya sudah berakhir dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana bertungkus lumus sepanjang tiga hari ini bagi memastikan kami semua selamat," katanya.Dalam kejadian itu,  dua buah tangki yang menyimpan simpanan minyak mentah untuk diproses menjadi minyak tar musnah sepenuhnya dalam kejadian yang dianggap terburuk dalam sejarah perindustrian Negeri Terengganu.Selepas 64 jam operasi pemadaman dilakukan, akhirnya kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya Sabtu lalu.
09 Jul 18
36
Empty Image
Kartun Gila-Gila Jadi Tumpuan
Kartun Majalah Gila-Gila yang terkenal ketika era 70-an menjadi tumpuan utama pengunjung ke Pameran Kartun dan Kita 2018 anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu di Dewan Mendalika, di Muzium Negeri Terengganu , Losong Kuala Terengganu, bermula 1 Julai sehingga 31 Oktober depan.Pameran tersebut mengumpul lebih 100 karya majalah itu daripada 500 karya yang meraikan pelbagai kisah sejarah warna-warni Malaysia yang jarang disaksikan atau difahami di persekitaran budaya kontemporari.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman, melalui pameran selama empat bulan itu,  pengunjung berpeluang mengetahui sejarah perkembangan kartun dan komik di negara ini bermula pada 1925 dan mencapai zaman kegemilangannya pada 1971 hingga 1990. “Paling menakjubkan, komik Gila-Gila berjaya memberi impak besar yang mencorak kehidupan ramai orang. Bahkan, ia pernah muncul sebagai majalah terbanyak dibaca dibandingkan semua majalah yang diterbitkan di Malaysia.“Kita berharap generasi muda hari ini dapat menghargai dan meneladani bakat kreatif pengkaryaan komik seperti yang pernah dinukilkan oleh barisan kartunis tersohor dan berbakat ini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Kartun Dan Kita 2018, di muzium itu, hari ini.Ariffin turut memberitahu,  kartun dan animasi merupakan medium hiburan yang paling dekat dengan masyarakat pada hari ini. Katanya, animasi bukan lagi perkara baharu dalam industri hiburan antarabangsa mahupun tempatan. Malah, di Malaysia bidang ini semakin berkembang pesat dengan lahirnya bakat dan idea lebih kreatif selari dengan kecanggihan teknologi dunia pada masa kini.“Bersesuaian dengan status negara kita sekarang yang sedang melangkah ke arah negara  maju, pelbagai indikator menjadi ukuran untuk merealisasikannya.  “Antaranya adalah bidang-bidang strategik yang berpotensi. Bidang animasi di lihatkan mempunyai nilai potensi yang sangat besar kerana ianya merupakan metodologi pendidikan melalui hiburan yang amat dekat dengan dunia kanak-kanak dan masyarakat hari ini,”katanya.
09 Jul 18
664
Empty Image
Kerajaan Negeri Akan Selesaikan Projek Padang Setengga
Kerajaan negeri akan memastikan Projek Perumahan Padang Setengga fasa tiga dan empat yang terbengkalai sejak 2010 diselesaikan secepat mungkin.  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan dan akan menyelesaikannya selaras dengan hasrat terkandung dalam Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang mahu setiap rakyat nemiliki rumah kediaman sendiri.Katanya, projek berkenaan yang melibatkan 234 pembeli, antara empat projek `sakit' di negeri ini  yang akan diberi keutamaan supaya dapat diselesaikan secepat mungkin."Kita sudah adakan perbincangan dengan penasihat undang-undang yang dilantik dan akan ambil tanggungjawab mengikut lunas undang-undang selepas kes syarikat kontrator terdahulu selesai di mahkamah pada bulan Oktober ini."Keputusan baharu berkenaan projek ini kita akan buat dan pastikan tidak bercanggah dengan undang-undang yang ada termasuk tidak membebankan pembeli dengan kos tambahan,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakuan tinjauan ke tapak projek perumahan Padang Setengga, di Kuala Berang, hari ini.Difahamkan, projek di kawasan perumahan Padang Setengge bagi fasa tiga dan empat itu dilaksanakan secara berperingkat bermula sekitar 2011 melibatkan 234 unit rumah dan berdasarkan jadual, pemaju sepatutnya menyerahkan kunci kepada pembeli pada Ogos 2014.Seorang pembeli rumah, Haslina Masni Hashim, 40, mengharapkan ada sinar selepas menunggu hampir lapan tahun untuk mempunyai rumah sendiri.“Saya mula menandatangani pembelian rumah ini sekitar 2010 dengan harga sekitar RM89,000, dan mula membayar secara  berperingkat atas permintaan kontraktor pada masa berkenaan."Kerja pembinaannya bermula setahun selepas itu dan dijangka siap tahun 2014. Malangnya, rumahnya antara yang masih terbengkalai sehingga kini,"katanya.Haslina  yang juga ibu tunggal berkata, sehingga kini nasib pembeli masih lagi terumbang-ambing dan dia juga sudah menghubungi pemaju, namun alasan yang diberikan adalah kegagalan kontraktor."Saya berharap kepada kerajaan negeri yang baharu dapat mendapatkan keadilan kepada saya dan pembeli yang lain, selesaikanlah dengan segera supaya kami dapat tinggal di rumah sendiri selepas sekian lama menunggu,"ujarnya.
08 Jul 18
254
Empty Image
18,000 Pengunjung Warnai Sambutan Aidilfitri Parlimen Dungun
Seramai 18,000 pengunjung dari pelbagai kaum memeriahkan Sambutan Hari Raya Parlimen Dungun yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen PAS Kawasan Dungun, di Dewan Merdeka (Arena Square), semalam.Majlis dimulakan pada jam 10 pagi sehingga 3 petang turut dimeriahkan dengan persembahan pemuzik dari kumpulan Seedrain, Sahabat Akustika dan beberapa lagi penggiat seni tempatan.Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri , Yahaya Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Husain Awang dan  Ahli Parlimen Dungun,Wan Hassan Mohd Ramli.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Saiful Bahri Mamat, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun, Timbalan Pengerusi Perkasa Negeri, Dato' Mastura Othman dan Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad.Sebanyak 46 buah kawah gulai daging telah disediakan untuk pengunjung yang hadir selain juadah tradisional seperti lemang, nasi minyak , nasi dagang dan beberapa lagi makanan tradisional.                                                                         Wan Hassan berkata, kehadiran pengunjung pada majlis tersebut amat memberangsangkan dan beliau terharu dengan sambutan yang diberikan sekali gus menunjukkan semangat perpaduan yang jitu di kalangan masayarakat setempat."Kita boleh lihat pengunjung dari pelbagai bangsa datang ke majlis ini dan duduk semeja bersama masyarakat melayu tanpa segan silu. Ini menunjukkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat di daerah ini masih subur dan ini yang patut diamalkan oleh semua," katanya.Wan Hassan turut memuji kerjasama yang telah ditunjukkan oleh 600 orang petugas yang dilantik bagi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah."Petugas yang dilantik telah menunjukkan semangat bekerjasama di kalangan mereka dan kita lihat mereka bekerja tanpa mengira penat lelah untuk menjayakan program sebesar ini. Komitmenyang ditunjukkan oleh setiap petugas amatlah dihargai," katanya.Menurut Wan Hassan, dia amat berpuas hati dengan kelancaran perjalanan majlis tersebut dan menurutnya sambutan yang serupa akan dibuat pada tahun akan datang dengan skala yang lebih besar.Pada majlis tersebut, beliau turut mengagihkan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir sebagai kemuncak dan meraikan golongan itu pada sambutan tersebut.
08 Jul 18
85
Empty Image
Pengorbanan Pasukan Keselamatan Padam Kebakaran KBC Dihargai
Kerajaan negeri menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang bertungkus lumus memadam kebakaran tangki minyak milik Kemaman Bitumen Company (KBC) sejak Khamis lalu, sehingga berjaya dipulihkan sepenuhnya hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat menyifatkan kesemua yang terlibat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi lain sebagai wira kerana sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk menyelesaikan tugasan tersebut."Mereka ini adalah wira yang tidak didendang kerana ketika penduduk sedang nyenyak tidur, mereka berhadapan dengan api yang besar dalam melakukan tugasan mereka," katanya.Menurut Hanafiah, pengorbanan yang dilakukan pihak bomba adalah sesuatu yang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit kerana apa yang dilakukan mereka tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang lain."Bayangkan mereka terpaksa berhadapan dengan situasi yang merbahaya kerana tangki tersebut boleh meletup pada bila - bila masa dan mereka terpaksa merisikokan nyawa mereka untuk kesenangan orang lain," katanya.Menurut beliau lagi, semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh anggota bomba menjadi ramuan utama kepada kejayaan operasi pada kali ini.Tambah beliau,  kemahiran yang dikuasai oleh setiap anggota keselamatan dalam operasi tersebut menjadi faktor utama kepada kejayaan mereka.Hanafiah berkata, kecekapan yang ditunjukkan oleh anggota bomba dapat menghalang kebakaran menjadi besar dan tempoh pemadaman kebakaran dapat dilakukan dalam masa tiga hari."Sekiranya tiada faktor tersebut, kemungkinan kebakaran menjadi lebih teruk dan ianya akan mengakibatkan panik di kalangan penduduk setempat, " katanya.Hanafiah turut memuji peranan yang dimainkan oleh petugas media yang berkampung di kawasan kejadian bagi memberi maklumat yang tepat mengenai tragedi itu kepada orang ramai.Operasi pemadaman kebakaran loji tersebut yang dianggap terburuk dalam sejarah Negeri Terengganu selesai sepenuhnya pada jam 1 petang tadi selepas 67 jam operasi pemadaman dijalankan.
08 Jul 18
115
Empty Image
Operasi Padam Kebakaran KBC Selesai
Operasi pemadaman kebakaran tiga bua  tangki  menyimpan minyak mentah milik kilang penapisan Kemaman Bitumen Company (KBC) ditamatkan sepenuhnya pada jam 1 petang tadi.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Sharikan Bustaman berkata, operasi itu ditutup selepas pihaknya mendapati  tiada lagi punca-punca yang boleh menyebabkankebakaran selain proses memulihkan suhu tangki yang berdekatan ke tahap normal .Menurutnya, ekoran daripada penutupan operasi itu,  kerja-kerja penyiasatan kebakaran akan dijalankan segera mulai esok sehingga hari Khamis ini untuk mengetahui punca sebenar kepada kejadian tersebut."Sekiranya  kita masih gagal mengenal pasti punca kebakaran, proses penyiasatan akan diteruskan sehingga kita berpuas hati dan berjaya mengenal pasti punca sebenar kebakaran ini."Kita akan siasat punca kebakaran, punca kenapa kedua-dua tangki meletup dan kami juga akan membuat penyiasatan kepada mana-mana ruang tangki yang mungkin menjadi penyebab kepada berlakunya kebakaran dengan begitu pantas," katanya.Sharikan ditemui selepas melakukan pemantauan penutupan Pos Kawalan Bomba di perkarangan kilang itu, hari ini.Mengulas lanjut, Sharikan berkata, kerja-kerja penyiasatan kebakaran itu akan dijalankan oleh Penolong Ketua Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JPBM, Edwin Galan Teruki bersama sepasukan pasukan penyiasatan dari  Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)  Putrajaya.Sharikan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sepanjang tiga hari proses pemadaman kebakaran itu."Kerjasama yang telah diberikan sepanjang tiga hari tersebut amatlah dihargai kerana semua pihak mengambil peranan masing-masing untuk memastikan keadaan terkawal dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya," katanya.Insiden kebakaran tiga tangki minyak mentah berkenaan berlaku pada jam 6.15 petang, Khamis lalu sebelum ia berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 6.40 petang semalam.
08 Jul 18
42
Empty Image
Terengganu Tuan Rumah Muktamar PAS Pusat 2018
Datuk Seri Abdul Hadi memotong kek sambutan Aidilfitri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu akan menjadi tuan rumah bagi Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat yang  berlangsung pada 14 hingga 16 September ini.Keputusan itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Muktamar akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, diikuti Dewan Pemuda PAS diadakan di Stadium Negeri dan Dewan Muslimah di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.Manakala, Majlis Syura Ulama pula akan dijalankan di Hotel Permai, Kuala Terengganu.Datuk Takiyuddin Hassan.Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat dan  Terengganu yang turut dihadiri lebih 5,000 rakyat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan kepimpinan tertinggi parti seperti Mursyidul Am, Hashim Jasin, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Dato' Dr. Nik Zawawi Nik Salleh, Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob dan Dato' Mustafa Ali.
08 Jul 18
204
Empty Image
Yang Di-Pertuan Muda Berkenan Rasmi Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan
Tengku Muhammad Ismail berkenan merasmikan Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2018 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimYang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Korobori Pengakap kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2018 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini.Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya serta Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Turut hadir, Ahli Pangkuan DiRaja Terengganu; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda; Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr Shafie Salleh dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Dato’ Abdullah Taib.Seramai 7,000 ahli pengakap seluruh negara berhimpun di negeri ini selama empat hari bermula 6 Julai lalu untuk bertemu, berinteraksi, berkenalan, bertukar-tukar fikiran serta mengenali budaya antara sesama mereka.Dalam pada itu Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri berbesar hati menerima kedatangan ahli-ahli pengakap dari seluruh negara.“Saya yakin aktiviti dan program menarik yang disusun oleh pihak urusetia sepanjang program berlangsung banyak memberi manfaat kepada para peserta.“Diharapkan mereka boleh mengambil sebanyak mungkin manfaat dari program ini untuk dijadikan panduan dan pengalaman yang berharga,” ujarnya ketika berucap di majlis tersebut.Katanya, pengakap sedia dikenali dengan  kerja-kerja membangunkan anak remaja termasuk membantu membina sistem nilai yang berasaskan prinsip kerohanian, sosial dan keperibadian.“Sememangnya soal moral dan kerohanian merupakan perkara yang sangat penting dalam pembangunan modal insan.“Oleh itu, sukalah saya mengajak kita semua menambah baik keperibadian diri mengikut lunas ajaran Islam dengan memperbanyakkan program-program berbentuk kerohanian dan keagamaan keranan pembanguan modal insan yang baik mampu melahirkan individu yang boleh berdikari dan berdiri atas kaki sendiri,” ujarnya.Katanya, tumpuan yang ditonjolkan pengakap dalam membangunkan modal insan adalah selari dengan dasar kerajaan negeri yang menitikberatkan soal pembangunan  modal insan berasaskan prinsip Islam.
07 Jul 18
996