lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
SCM Komited Bantu Masyarakat
Sebahagian daripada Jawatankuasa SCM bergambar selepas Majlis Sambutan Aidilfitri semalam. Skuad Cakna Masyarakat (SCM) Hulu Terengganu terus komited memperjuangkan usaha murni mereka melalui kebajikan kepada masyarakat.Pengerusinya, Mat Safari Abu berkata ini adalah salah satu usaha dibawah tanggungjawab PAS sebagai sebuah parti gerakan dakwah, tarbiyah dan siasah lebih-lebih lagi sebagai kerajaan negeri yang memerintah.Jelasnya, kebajikan bermakna kita mempermudahkan urusan saudara kita yang dalam kesempitan sedaya yang kita mampu mengikut keperluan mereka supaya dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung."Pihak kita akan turun tanpa mengira sempadan politik bagi melihat jika ada masyarakat yang memerlukan bantuan dan mereka ini disantuni dengan sebaiknya."Antara aktiviti kebajikan yang dilaksanakan  termasuk bantuan dalam kes-kes kecemasan seperti banjir, kebakaran, mangsa ribut dan sebagainya malah rakyat yang ditimpa musibah atau bencana akan segera dibantu oleh PAS, Insya’Allah ," ujarnya kepada Teganukita di Majlis Sambutan Aidilfitri SCM di Rest House, Kuala Berang, semalam.Mat Safari AbuTurut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Maliaman Kassim.Menurut Mat Safari, SCM yang dianggotai hampir 50 orang akan turun setiap minggu mengikut keperluan terutamanya jika mendapat laporan dari anggota skuad dan penduduk kampung."Sekiranya dapat laporan yang menyatakan ada penduduk yang memerlukan pertolongan, kami akan turun bersama agensi yang berkaitan."Sehingga kini SCM mendapat sokongan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) dan agensi kerajaan seperti Maidam dalam pelbagai bentuk bantuan dan kami mengucapkan terima kasih diatas pertolongan ini,"katanya.
13 Jul 18
28
Empty Image
EPIC Berhad Sumbang RM65,000 Kepada Perkaya
Noor Fadzil menyerahkan simbolik sumbangan kepada Prof. Dato' Dr. Tengku Mahmud.Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad menyerahkan sumbangan berjumlah RM65,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (Perkaya) sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat syarikat itu kepada masyarakat.Sumbangan itu berupa keperluan asas dan wang zakat sebanyak RM 45,600 diserahkan kepada Yang Dipertua Perkaya, Prof. Dato' Dr. Tengku Mahmud Mansor dalam satu majlis sambutan Aidilfitri di Asrama Perkaya Marang, Pulau Kerengga, pagi ini.Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan EPIC Berhad, Noor Fadzil Mohamed Nor berkata, program ini diwujudkan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik."Selain Perkaya, kita juga telah mengadakan program ini bersama beberapa maahad tahfiz di mana sumbangan ini diharap menjadi motivasi dan dorongan untuk anak-anak ini terus berusaha mencapai kecemerlangan seperti yang diharapkan ibu bapa dan guru," katanya.Anak-anak PERKAYA bergambar bersama pihak EPIC Berhad.Sumbangan ini merupakan agihan zakat tahun 2017 daripada keseluruhan RM4.5 juta yang dibayar menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).Noor Fadzil juga berharap dapat memperbanyakkan lagi program seperti ini sebagai usaha membantu masyarakat.
12 Jul 18
399
Empty Image
KBC Hanya Beroperasi Selepas Dibenarkan Bomba
Anggota Bomba sedang melakukan pemantauan di tangki minyak yang musnahKilang penapisan Kemaman Bitumen Company (KBC) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman yang mengalami kebakaran tiga tangki minyak mentahnya akan beroperasi semula selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sanjay Groover berkata, KBC mempunyai sebanyak 30 tangki dengan kawasan terjejas mempunyai enam tangki dan hanya dua tangki yang terjejas sementara satu lagi berjaya diselamatkan kerana hanya terbakar pada bahagian bumbung."Tangki-tangki lain yang berada di kawasan (terjejas) tersebut akan diperiksa oleh konsultan yang diiktiraf. Kita juga akan memanggil pakar untuk memeriksa dari segi integriti, keselamatan tangki yang tinggal dan saluran paip berdekatan."Kita akan membiarkan mereka melakukan kerja-kerja mereka kerana ini amatlah penting bagi menggerakkan operasi kilang ini dan kita tidak mahu perkara yang sama seperti apa yang terjadi sekarang akan berulang kembali," katanya.Menurutnya, selepas disahkan selamat dan boleh meneruskan operasi, pihaknya akan menggunakan kesemua tangki dalam kawasan kilang ini semula termasuk tangki yang  tidak terjejas dalam tragedi itu.Bagaimanapun, Sanjay memberitahu, buat masa sekarang pihaknya tidak membenarkan semua pekerja untuk memasuki kawasan itu kecuali terlibat dalam operasi pemadaman atau anggota sokongan."Kita  tidak mahu mengambil risiko yang boleh menjejaskan nyawa pekerja kami kerana apa-apa pun boleh terjadi sekarang dan apabila  pihak bomba sudah memberi kebenaran, saya akan benarkan pekerja saya masuk dan kita akan mulakan operasi semula."Kami kesal dengan apa yang terjadi dan ianya merupakan satu sejarah bagi syarikat ini sepanjang beroperasi di kawasan ini, " katanya. Menurut beliau, semasa kebakaran berlaku KBC sedang menangguhkan operasi sejak 16 Jun disebabkan kekurangan bekalan minyak mentah.Kebakaran berkenaan berlaku kira-kira jam 6.15 petang Khamis lalu sebelum ia berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas hampir 49 jam operasi iaitu pada jam 6.40 petang Sabtu dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1 petang Ahad lalu.
11 Jul 18
178
Empty Image
Kebakaran KBC Pengalaman Berharga Buat Pasukan Bomba
Anggota bomba berjalan keluar selepas selesai melakukan tugasan pemadamanKebakaran  tangki minyak milik Kemaman Bitumen Company (KBC), di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong  yang memusnahkan tiga tangki simpanan minyak mentah dan menyebabkan kerugian jutaan ringgit memberikan pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Negeri Terengganu, Pahang dan Perak.Kerja pemadaman selama tiga hari itu melibatkan kerahan 450 anggota bomba yang perlu menyertai operasi pemadaman kebakaran pada skala yang besar, berbeza seperti sebelum ini.Antara cabaran yang dihadapi ialah terpaksa berhadapan kebakaran yang sangat besar beserta dengan bahang api yang terlalu panas merupakan satu cabaran yang dihadapi oleh setiap anggota di samping keadaan tangki yang berpotensi untuk meletup pada bila-bila masa.Razidi Abdul RahimManakala Pegawai Bomba Kanan II, Razidi Abdul Rahim, 35, dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka, pula menyifatkan kejadian itu sebagai yang terburuk srpanjang 15 tahun menjadi anggota bomba."Pertama kali kita berhadapan dengan operasi macam ni, perasaan teruja pun ada takut pun ada. Dari segi teknik pemadaman banyak kita dapat belajar dari pegawai-pegawai kanan dan juga orang-orang lama yang ada pengalaman dari segi kerja pemadaman kebakaran minyak," katanya.Zaiharis Sandar Bagi Pegawai Bomba Kanan II,  Zaiharis Sandar ,38 , dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, kejadian pada hari pertama amat menakutkannya selama 14 tahun bergelar seorang pegawai bomba apabila berada begitu hampir dengan tangki yang terbakar dan letupan pada ketika itu."Jika lihat pada hari pertama itu memang menakutkan apatah lagi ketika itu tidak ada ramai bantuan yang tiba dan saya bersama pasukan yang lain sahaja yang ada dan ketika letupan kali pertama, saya berada hampir dengan tangki tersebut. Angin yang kuat juga menyebabkan kebakaran menjadi lebih besar."Meskipun terpaksa berhadapan dengan situasi bahaya sepanjang operasi selain sedar ia boleh mengancam nyawa, kami tetap berusaha sedaya upaya tanpa menghiraukan perasaan takut ketika itu,"katanya.Khairul Anwar MohamadSementara Pegawai Bomba, Khairul Anwar Mohamad , 41, dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut pula berkata, perasaan takut dan cemas memang ada pada setiap anggota apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian, namun demi tugas mereka terpaksa melupakan semua perasaan tersebut."Kita telah diterapkan daripada rekrut lagi dan sebelum pakai uniform memang kita rasa biasa tapi bila pakai uniform semangat tu memang berkobar-kobarlah untuk pergi padamkan api walaupun letih tapi dengan  semangat kawan-kawan semua, semua perasaan itu hilang," katanya.Bagi semua anggota bomba, perit jerih sepanjang operasi pemadaman kebakaran merupakan satu kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh mereka dan keletihan yang dialami mereka  terbalas apabila kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.
11 Jul 18
101
Empty Image
MB Rakam Takziah Kematian Bekas Ketua Pegawai Agama TDM
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Muhamad Zain Abd Rahman yang kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumah beliau, di Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor."Mewakili kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan bakti Allahyarham,"katanya dalam satu kenyataan kepada media. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Agama, TDM Berhad pada awal 2000 hingga 2004.إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
11 Jul 18
590
Empty Image
KPDNHEP Terima 26 Aduan Berkaitan GST
Saharuddin sedang melayan tetamu. Foto Harish Fadzillah Abu KassimKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP) Terengganu menerima  26 aduan kesalahan peniaga yang masih mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus sejak 1 Jun lepas.Pengarah KPDNHEP, Saharuddin Mohd Kia, berkata berdasarkan jumlah itu, Kuala Terengganu mencatatkan jumlah aduan paling tinggi iaitu 20 aduan diikuti Kemaman (20 aduan) dan Dungun dengan 1 aduan.  Katanya, antara kesalahan yang dikenalpasti, termasuk harga barangan tidak berubah, penurunan harga tidak selaras, premis masih mengenakan GST, harga yang dibayar tidak sama pada tanda harga yang dipaparkan dan  harga barangan meningkat.“Pihak kami  telah memeriksa sebanyak 1,281 premis perniagaan membabitkan pasar raya, kedai runcit, pasar mini dan  peruncitan lain sejak pemansuhan GST sehingga 5 Julai Lepas.“Melalui  Operasi Catut, 4,0 itu, sebanyak 47,523 barangan runcit, makanan dan minuman, buku dan alat tulis, pakaian, produk kecantikan telah diperiksa,”katanya .Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Sambutan Hari Raya KPDNHEP, di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, hari ini.Sharuddin mengingatkan agar semua peniaga mematuhi peraturan kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka diambil tindakan menerusi beberapa akta seperti Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan “Orang ramai yang mengesan sebarang kesalahan peniaga berhubung GST boleh hubungi bilik gerakan ini pada talian 09?6204679 (KPDNKK Negeri / Cawangan Kuala Terengganu), 09-6902203 (Cawangan Besut), 09-8502457 (Cawangan Kemaman) dan 09-8453586 (Cawangan Dungun),”katanya.
11 Jul 18
33
Empty Image
Doa Rakyat Terengganu Buat Jepun
Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah buat Negara Jepun atas kejadian banjir dan tanah runtuh yang melibatkan kehilangan dan kematian ratusan nyawa.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan harapan serta doa mewakili rakyat Terengganu supaya Allah SWT mempermudahkan urusan lebih dua juta penduduk yang dipindahkan ke wilayah lebih selamat dan mangsa yang berada di pusat perlindungan."Saya yakin Kerajaan Jepun di bawah pimpinan Presiden Shinzo Abe dan seluruh rakyat Jepun dapat menangani kesan bencana alam ini dengan baik,"kata beliau dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Akhbar melaporkan angka kematian akibat hujan lebat luar biasa yang melumpuhkan Jepun dengan banjir dan tanah runtuh meningkat kepada 156 hari ini (semalam), kata jurucakap kerajaan.Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas bencana berkaitan cuaca paling buruk dalam masa tiga dekad, dengan puluhan masih dipercayai hilang dalam kejadian yang berlaku sejak Khamis lalu.
11 Jul 18
142
Empty Image
Terengganu Tuan Rumah Kejohanan Tenpin Boling Maksak
Terengganu bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 2018 Ogos ini.Setiausaha Kehormat Maksak Terengganu, Mohd Rahimee Mohd Ramli berkata, buat julung kalinya Maksak Terengganu diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kejohanan yang akan diadakan 8 hingga 12 Ogos di Coral Crown Bowling, Paya Bunga Square Kuala Terengganu.Menurut beliau, 18 pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli kelab Maksak seluruh Malaysia akan menyertai kejohanan termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Katanya, majlis penutup dan penyampaian hadiah kejohanan akan diadakan 12 Ogos bertempat di Paya Bunga Sentral yang bakal disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya merangkap Yang DiPertua Maksak Terengganu.
10 Jul 18
438
Empty Image
Selenggara Flat Bijangga RM3.2 Juta Dijangka Siap Oktober Ini
Alias bersalaman dengan kakitangan yang ditemui pada lawatan  itu.Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM3.2 juta untuk proses penyelenggaraan  perumahan Flat Bijangga, Sura dalam tempoh kurang setahun dan dijangka siap pada Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, flat di Kampung Bijangga dibina pada 1985 mempunyai 280 buah unit rumah dengan penghuninya membayar sewa serendah RM130 hingga RM140.Katanya, kerja penyelenggaraan melibatkan 126 unit rumah dengan skop kerja adalah menaik taraf setiap unit rumah yang terlibat."Kita difahamkan kerja-kerja penyelenggaraan sudah di dalam proses dan sudah pun 30 peratus berjaya disiapkan. InsyaAllah, kerja-kerja ini akan mencapai sasarannya mengikut jadual,"katanya.Beliau ditemui selepas melakukan lawatan ke flat tersebut pada lawatan kerja ke Daerah Dungun, petang semalam.Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Mohd Sharifuddin Mustafa dan wakil Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD).Alias berkata, pihaknya dimaklumkan berkenaan kelewatan kerja menyelenggara disebabkan oleh penghuni sendiri yang mahu ditangguhkan sementara berikutan sambutan Ramadan dan persiapan Syawal."Saya berharap dengan penangguhan sebelum ini, kerja-kerja penyelenggaraan dapat diselesaikan mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam memberi keselesaan kepada penduduk yang rata-ratanya sudah lama menginap di sini,"katanya.Alias ( empat dari kiri ) bergambar bersama pegawai yang hadir selepas selesai melakukan lawatan ke perumahan tersebutPada lawatan itu, Alias yang juga ADUN Bukit Tunggal turut diberi penerangan berkenaan perjalanan projek tersebut.Beliau juga berharap supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan agar penghuni yang terlibat dapat menikmati suasana rumah yang baru demi keselesaan mereka sekeluarga.Katanya selepas perbincangan bersama ADUN Sura, Wan Hapandi, pihaknya akan cuba untuk membawa cadangan untuk membina lebih banyak Rumah Mampu Milik (RMM) di Sura pada masa depan."Kita akan membawa cadangan untuk membina lebih banyak Rumah Mampu Milik kepada rakyat dan khususnya kepada masyarakat di DUN Sura kerana isu rumah menjadi matlamat utama kami dalam membela nasib rakyat yang memerlukan,"katanya.
10 Jul 18
522
Empty Image
Masjid Ladang Wujud Perpustakaan Masjid Sebagai Pusat Perkembangan Ilmu
W. Mohd Al-Bakri (kiri) dan Nor Azzah (kanan) dalam diskusi Pengurusan Perpustakaan Masjid.Perpustakaan Al-Ghazali yang terletak di Masjid Al- Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), Kuala Terengganu berazam untuk menjadi pusat rujukan ilmu Islam kepada pusat pengajian dan masyarakat di negeri ini.Pengerusi Masjid itu, Datuk W. Mohd Al-Bakri W. Md Noor berkata, perpustakaan masjid perlu dimanfaatkan sebagai pusat keilmuan serta rujukan bagi masyarakat muslim."Perpustakaan masjid berbeza dengan perpustakaan awam di mana ia lebih menumpukan bahan-bahan lebih khusus kepada bidang agama," katanya.Menurut Mohd Al-Bakri, perpustakaan Al-Ghazali kini memiliki lebih 4,000 naskhah kitab agama dan buku umum.Perpustakaan Al-Ghazali."Rujukan sedia ada ini dapat menarik minat para pengkaji. Untuk lebih khusus, kami menumpukan bidang tafsir dengan pengumpulan tafsir al-Quran dan kini memiliki 20 jenis kitab Tafsir al-Quran."Ini memberi kelebihan kepada perpustakaan masjid untuk menyajikan maklumat tentang Islam dengan  pelbagai sudut pandang kepada masyarakat," katanya dalam diskusi Pengurusan Perpustakaan Masjid di Karnival Taman Syurga, pagi ini.Karnival anjuran masjid dengan kerjasama Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) itu bermula dari 7 Julai dan akan berakhir esok.Selain kuliah dan jualan buku, turut diadakan program seperti 'Free Market', Seminar Fiqh Wanita, 'Bike Meet' dan gunting rambut percuma.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpustakaan Islam (JKPIM), Nor Azzah Momin berkata, di Malaysia tidak ada sebuah standard negera dalam pengelasan bidang bahan bacaan berkaitan agama Islam. "Ini yang JKPIM sedang laksanakan supaya bahan-bahan bacaan dalam bidang agama Islam seluruh negara memiliki standard yang selaras," katanya.Gunting rambut percuma antara program yang menjadi tumpuan.
10 Jul 18
781