Artikel "Semasa" Terkini
FAMA Hulu Terengganu Catat Nilai Jualan RM2.8 Juta Dalam Tempoh Setengah Tahun
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA) mencatatkan nilai jualan keseluruhan bagi pasar tani di Hulu Terengganu sebanyak RM2.8 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.Pegawai FAMA Daerah Hulu Terengganu, Mohd Zulkhairi Razak berkata pihaknya yakin sasaran hasil nilai jualan sebanyak RM4.64 juta pada tahun ini dapat dicapai berdasarkan jumlah setengah tahun pertama yang diperolehi itu.Tambahnya lagi, ini turut dipengaruhi dengan kadar kuasa beli tertinggi di Pasar Tani Kuala Ping serta Pasar Tani Kuala Berang yang akan memastikan ianya tercapai."Di Hulu Terengganu terdapat 117 peniaga pasar tani iaitu 48 orang di Pasar Tani Kuala Berang, Pasar Tani Kuala Ping( 34 orang), Pasar Tani Bukit Perah(20 orang) dan Pasar Tani Menerong seramai 15 orang."Bagi tempoh Januari hingga Jun, nilai jualan tertinggi ialah pada bulan Mei iaitu sebanyak RM519,410 diikuti April (RM517,350), Mac (RM482,800), Jun (RM471,750) dan seterusnya Januari serta Februari."Pihak kami mencatatkan nilai jualan paling tinggi pada bulan Mei dan ini membuktikan pasar tani di daerah ini menjadi pilihan utama penduduk setempat untuk dapatkan barangan keperluan sepanjang Ramadan baru-baru ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.Menurutnya lagi, sebuah lagi pasar tani yang baharu iaitu di Bukit Perah yang dibuka sekitar pertengahan tahun lepas menjadi pasar tani 'bongsu'bagi daerah Hulu Terengganu.Untuk rekod, sepanjang lima tahun bermula 2013 hingga 2017, nilai hasil jualan tahunan mencatatkan peningkatan setiap tahun iaitu RM1.73 juta, RM1.92 juta, RM2.07 juta, RM2.37 juta dan RM3.16 juta pada tahun lepas.
17 Jul 18
346
Bomba Iktiraf Pemanggil Pertama KBC Terbakar
Nurul Najihah Seorang wanita tidak menyangka akan diberikan penghargaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) apabila menjadi pemanggil pertama bagi melaporkan kejadian kebakaran tangki minyak mentah Kemaman Bitumen Company (KBC) Sdn Bhd, di kawasan perindustrian Teluk Kalong, pada 5 Julai lalu.Nurul Najihah Abu Bakar, 22, yang bertugas sebagai seorang pembantu tadbir perolehan sebuah kilang berkata, tindakan yang dibuat pada hari kejadian itu adalah merupakan tanggungjawabnya sebagai orang awam.Menurutnya, pada hari insiden berkenaan, dia berada di rumah emak saudaranya yang terletak tidak jauh dari kilang tersebut dan menyedari kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 6.15 petang (5 Julai) selepas mendengar bunyi dentuman kuat dan rumah ibu saudaranya turut bergegar."Ketika dengar dentuman dan rumah bergegar saya baru sampai di rumah ibu saudara di Bukit Kuang dan lepas gegaran itu saya segera keluar ke pintu dan tengok kepulan asap hitam naik ke udara," katanya.Nurul Najihah ketika menerima sijil penghargaan daripada Datuk Soiman Jahid Tambahnya, selepas melihat asap tersebut dia terus menaiki motosikalnya sambil menghubungi talian 999 dan bercakap dengan operator yang bertugas bagi memaklumkan mengenai insiden itu."Sambil menaiki motosikal saya memberitahu kepada operator berkenaan kejadian tersebut dan setibanya di kilang itu, memang benar ianya terbakar" katanya lagi.Nurul Najihah ditemui selepas menerima sijil penghargaan berkenaan yang disampaikan sendiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid pada Majlis Penganugerahan Sijil Penghargaan Sempena Operasi Pemamadaman Kebakaran di KBC di Balai Bomba dan Penyelamat Kijal, Kemaman, hari ini.Menurutnya, dia segera bertindak menghubungi talian kecemasan kerana pernah melalui pengalaman berdepan situasi cemas seperti itu apabila kereta meletup dari arah belakang rumahnya beberapa bulan lalu."Lepas kejadian letupan kereta itu, abah pesan supaya hati-hati dan cepat bertindak hubungi talian kecemasan kalau lihat kes-kes kecemasan jadi itulah yang saya buat, apabila lihat tangki minyak mentah terbakar ini," katanya.Katanya, pengiktirafan yang diterima itu menyuntik semangatnya untuk terus membantu masyarakat pada masa akan datang.Dia turut berterima kasih dengan pihak JBPM yang menghargai sumbangan kecilnya yang hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai penduduk.
16 Jul 18
236
Keputusan Siasatan Kebakaran KBC Diketahui Dua Minggu Lagi
Datuk Soiman JahidJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjangkakan siasatan penuh kebakaran tangki menyimpan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) akan diketahui selewat-lewatnya dua minggu lagi.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid berkata, ketika ini proses siasatan yang dijalankan telah selesai kira-kira 75 peratus dan lebih 20 orang perseorangan sudah dipanggil bagi membantu siasatan.Katanya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan di kilang penapisan itu pada hari kejadian."Kita masih membuat siasatan lanjut dan pihak forensik JBPM masih lagi menemubual orang perseorangan untuk kita kenal pasti punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran."Dalam tempoh seminggu dua ini siasatan dan testimoni bukti akan dirumuskan di makmal penyiasatan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Sijil Penghargaan Sempena Operasi Pemadaman Kebakaran KBC di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kijal, Kemaman, hari ini..Soiman, depan, ( empat dari kiri ) sedang melihat sijil penghargaan yang diterima oleh pengamal mediaPada majlis itu, Soiman menyampaikan sijil penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi itu iaitu JBPM Terengganu, JBPM Pahang dan JBPM Kelantan serta pihak yang membantu termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, KBC, Hospital Kemaman, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).Di majlis itu juga pengamal media yang membuat liputan kes berkenaan juga turut diberi penghargaan termasuk Sinar Harian, Astro Awani, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), The Star dan Harian Metro.Keadaan sebuah tangki menyimpan minyak mentah yang terbakar pada hari kejadianInsiden kebakaran tiga tangki minyak mentah yang menggemparkan negara itu berjaya dipadamkan dalam tempoh hampir 49 jam.Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 6.15 petang pada 5 Julai lalu itu menyebabkan kepulan asap hitam naik ke udara dan berlaku beberapa letupan yang gegarannya dapat dirasai penduduk sekitar.
16 Jul 18
233
UniSZA, MAIDAM Bantu Lebih 1,000 Penuntut Miskin
Pengurus BIMB,Wan Rosita menyerahkan sumbangan zakat kepada Naib Canselor UniSZA, Dato' Dr Ahmad Zubaidi sambil disaksikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda Lebih 1,000 penuntut UniSZA bagi kategori miskin berjaya dibantu menerusi peruntukan wang wakaf yang ditubuhkan universiti berkenaan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abd Latiff berkata, pada tahun lalu UniSZA mengagihkan sejumlah RM1.059 juta melalui wakaf, zakat dan derma.Menurutnya, pengagihan itu meliputi dermasiswa, bayaran yuran pengajian, kemudahan komputer riba, bayaran tuisyen percuma, elaun penginapan, biasiswa wakaf, peralatan kesihatan, bantuan modal perniagaan, insentif menghafal al-Quran dan pelbagai bantuan lain lagi.“Setakat ini, penerima manfaat terdiri daripada siswa dan siswi UniSZA terutamanya mereka yang kurang bernasib baik daripada segi status sosio ekonomi dan kesempurnaan fizikal serta pelajar bukan Islam juga meraih manfaat menerusi peruntukan wakaf.“Jumlah terkumpul dana wakaf UniSZA bermula 1 Ogos 2016 hingga 30 Jun 2018 dalam bentuk tunai, baki komitmen tunai, aset tetap dan baki komitmen aset tetap adalah sejumlah RM8.4 juta,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyerahan Sumbangan RM100,000 Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kepada UniSZA.Turut hadir, Pengurus Wilyah Timur BIMB, Wan Rosita Wan Mohamad dan Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda.Dalam majlis tersebut, BIMB selaku peneraju kewangan Islam di Malaysia menyerahkan sumbangan tersebut kepada UniSZA bersempena mesyuarat Jawatankuasa Dana Wakaf UniSZA merupakan antara pihak yang kekal komited membantu universiti berkenaan untuk memartabatkan agenda wakaf dan infaq .
16 Jul 18
177
Sasaran PITAS 2030 Realistik
Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimMenteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan pelaksanaan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang menjadi model polisi dan pentabiran negeri jangka panjang adalah realistik.Beliau berkata, pelan tersebut dirangka berteraskan tiga dasar, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan bagi menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang 2030.“Bagi mencorak pembangunan lebih terancang dan memberikan faedah meluas kepada rakyat, masa untuk melaksanakan perkara-perkara ini tidak cukup dalam lima tahun dan sebab itulah sasarannya adalah tahun 2030 iaitu tempoh yang realistik untuk dibuat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya , Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Menurut beliau, tujuh prinsip yang terkandung dalam PITAS 2030 ialah; pematuhan kepada prinsip Islam; insan berkualiti aset terpenting negeri; kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk rakyat; pembangunan sosial dan ekonomi adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan rakyat; pembangunan lestari yang mencakupi tiga elemen utamanya, alam sekitar, masyarakat dan ekonomi yang berteraskan Islam.Lain-lain adalah, kerajaan negeri sebagai pemandu, pemudahcara dan pemantau kepada swasta dan rakyat dalam menjayakan pelan pembangunan negeri; pengasingan fungsi antara badan politik dan kuasa ekonomi (Badan politik sebagai penentu halatuju negeri, perancang program dan pemantau manakala kuasa ekonomi bertanggungjawab terhadap penentuan syarikat pelaksana).Tambah beliau, walaupun falsafah PITAS 2030 adalah membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya yang menuju keredhaan Allah S.W.T, namun kerajaan negeri tetap mengutamakan kaum-kaum lain di negeri ini.“Kita tidak kata membina sebuah masyarakat Islam kerana kita memahami inilah realiti yang ada di Negeri Terengganu (kepelbagaian kaum),” ujarnya.
16 Jul 18
788
`Jangan Beritahu Saya Isteri Menteri Besar' - MB
“Pesanan saya kepada beliau supaya pergi (Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu) sebagai rakyat dan jangan pergi beritahu saya isteri Menteri Besar, tentulah mendapat layan `first class’. Pergi sebagai rakyat biasa dan daripada situ barulah kita faham dan merasai sendiri susah atau senang, bagus atau tidak sesuatu perkhidmatan berkait konsep mesra pelanggan itu,” kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ A. Rahman Yahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Menteri Besar berucap di Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Haris Fadzillah Abu KassimMenteri Besar mengulas demikian ketika ditanya berkenaan isu status yang dimuat naik di laman facebook rasmi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkenaan penjawat awam yang dikatakan kurang budi bahasa ketika melayani isteri beliau, Tuan Faezah Tuan Ab Rahman ketika berurusan pertukaran sekolah anak mereka, di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, semalam.Status itu mendapat lebih 2,000 `likes' dalam tempoh dua jam sebaik sahaja dimuat naik. Sehingga jam 1 petang ini, ia turut mendapat 1,999 perkongsian dan lebih 12,000 likes.Menurut Ahmad Samsuri lagi, beliau memuat naik isu itu hanyalah sebagai sentuhan rasa dan suatu peringatan supaya semua pihak terutama penjawat awam di barisan hadapan memperbaiki budaya kerja sekali gus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan tanpa mengira latar belakang.“Perkara ini sudah sudah diselesaikan secara baik dan semua pihak berlapang dada, saya juga tidak simpan dalam hati..yang berkenaan juga tidak menyimpan dalam hati dan kita perlu bergerak ke hadapan dan saya percaya mungkin kadang-kadang berlaku dalam keadaan stress secara tidak sengaja, maklumkan kaunter servis berhadapan dengan bermacam-macam orang dan pelbagai latar belakang.“Tetapi kita perlu sentiasa menjaga profesional kerana rakyatlah yang menilai prestasi perkhidmatan kerajaan,”kata beliau lagi.Beliau juga meminta supaya SUK mengambil tindakan sepatutnya bagi membaik pulih imej dan perkhidmatan agensi serta jabatan kerajaan negeri tanpa ada pegawai dan kakitangan awam negeri yang mengamalkan sikap pilih kasih kepada pelanggan yang datang berurusan.“Perkara ini sedang diambil perjalanan oleh Dato’ SUK (A. Rahman Yahya) yang menjaga perjalanan pentadiran kerajaan. Kita menekankan secara berterusan bahawa kaunter servis umpamanya tidak boleh double standard, semua pihak termasuk rakyat yang datang berkenaan compang camping sekalipun, mereka juga perlu dilayan sama rata sebagai pengguna.“Kita lihat negara maju, kalau tuan-tuan ke England, Amerika atau Europe, mereka boleh panggil pakcik dalam keadaan `homeless’itu sebagai `sayang, love, darling '..ketika mendapat khidmat, kenapa kita (penjawat awam) tidak boleh melalukan perkara yang sama kepada rakyat kita?"Jadi, inilah antara kaunter servis yang saya menghantar peringatan kepada semua supaya semua perlu ada perubahan `mindset’ dan profesionalisme,”katanya.
16 Jul 18
288
TDM Buka Kilang Baja Bio-Organik Automasi Pertama Di Malaysia
Ahmad Samsuri melihat pokok lada yang menggunakan baja TDMBIO. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail TDM Berhad anak syarikat milik kerajaan negeri yang berteraskan industri kelapa sawit melakar satu lagi sejarah perkembangannya apabila berjaya membuka kilang baja bio organik automasi yang pertama seupamanya di negara ini.Kilang kedua selepas kilang baja organik di Sungai Tong, Setiu itu menghasilkan baja organik menggunakan teknologi mikro.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Dato' Mohamad Muda, berkata teknologi hasil kolaborasi antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan TDM itu dijalankan selama enam bulan yang berakhir April lalu.Katanya, kini TDM mampu menghasilkan 30,000 metrik tan baja bio organik yang dinamakan TDMBIO dalalm tempoh setahun."TDMBIO dikeluarkan hanya untuk kegunaan tanaman kelapa sawit di ladang- ladang milik TDM sahaja."Rancangan untuk memasarkan baja bermutu tinggi itu berkemungkinan bakal menjadi realisasi dalam tempoh dua tahun akan datang selepas beberapa kajian dan pembesaran kilang dapat dijalankan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kilang Bio Organik Pertama Automasi, di Padang Kubu, Kemaman, petang semalam.Hadir merasmikan kilang itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Sementara itu Ahmad Samsuri berkata, dia melihat TDM terus berkembang dengan pelbagai teknologi, selain bijak merangka pelan perniagaan."Harapan utama kerajaan negeri agar semua anak- anak syarikat kerajaan negeri mampu memberi keuntungan yang positif agar dapat menaikkan ekonomi dan pendapatan negeri, " katanya.
16 Jul 18
903
Loji Janakuasa Tenaga Solar Di Telok Kalong Mula Beroperasi
Ahmad Samsuri menandatangani plak sebagai gimik perasmian. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailLoji Janakuasa Tenaga Solar berkapasiti 18.5 Megawatt (MW) milik Eastern Pasific Industrial Corporation Berhad (EPIC) mula beroperasi secara rasmi hari ini. Epic yang juga anak syarikat kerajaan negeri bekerjasama dengan firma swasta tempatan, MIE Industrial Sdn. Bhd. berperanan sebagai pembawa teknologi untuk membina loji janakuasa tenaga solar tersebut di tapak berkeluasan 28.35 hektar di Telok Kalong, Kemaman.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejayaan EPIC Berhad mengeluarkan tenaga elektrik melalui teknologi kuasa solar itu adalah sebahagian daripada usaha serius kerajaan negeri untuk mencuba pelbagai kaedah baru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan termasuk menjimatkan perbelanjaan negeri.“Ianya juga dapat memberi peluang kepada rakyat Terengganu menceburi bidang baharu seperti teknologi penggunaan kuasa solar dan angin sekaligus menjadi pengeluar tenaga itu pada masa hadapan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 Megawat milik EPIC Berhad di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman tengahari tadi.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Epic , Noor Fazli Mohamed Nor.Menurut Ahmad Samsuri, penggunaan tenaga solar adalah percuma namun kerajaan negeri terpaksa membuat pelaburan yang agak tinggi dan ianya dapat membantu bidang industri yang ada di sekitarnya untuk mencipta pembangunan teknologi baharu.“Tenaga solar yang dihasilkan itu dapat dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan ianya sekaligus dapat membantu kerajaan negeri mendapat sumber pendapatan baharu.“Sebelum ini juga kerajaan negeri turut membuat pelaburan bagi mencuba mencari tenaga baharu seperti menggunakan teknologi daripada angin tetapi ianya agak kurang berjaya,” katanya.Seterusnya, Ahmad Samsuri berkata, penggunaan tenaga solar dilihat dapat menjimatkan kos penyelengaraan serta dapat menjana keuntungan atau menjadi nilai tambah kepada hasil kerajaan negeri dalam tempoh jangkamasa panjang."Rancangan Malaysia kesebelas (RMK-11) kerajaan negeri akan memfokuskan kepada pembangunan projek-projek tenaga solar berkapasiti sehingga 50 megawat untuk mencapai sasaran penjanaan tenaga solar sebanyak 1000 megawat menjelang tahun 2020," katanya.
15 Jul 18
542
Khumaira Anak Angkat Terengganu
Ahmad Samsuri melawat Khumaira yang sedang dirawat di HSNZ. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri bercadang mahu menjadikan kanak-kanak malang Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, yang putus tangan kiri dalam kejadian di Kampung Binjai Bongkok, Marang malam kelmarin sebagai anak angkat.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendekatan itu memudahkan pihak berkaitan membantu Khumaira dengan apa jua keadaan, paling terdekat akan mendapatkan tangan palsu untuk mangsa.“Saya difahamkan oleh Pegawai Perubatan yang merawat Khumaira, mangsa boleh menggunakan tangan palsu, bagaimanapun memerlukan latihan dan rawatan yang selanjutnya.“Bantuan-bantuan lain akan menyusul supaya Khumaira dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Khumaira di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad Samsuri turut mendoakan ahli keluarga mangsa tabah dan cekal menerima dugaan berat itu. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa yang dari Kampung Tebakang, Bukit Payung hanya mengadu sakit dan langsung tidak menangis biarpun turut mengalami luka di kepala dan kaki.Difahamkan anak sulung daripada dua beradik ini memakai baju sejuk bersaiz besar milik ibunya sebelum pakaian berkenaan terbelit pada rim motosikal yang ditunggangi kakak sepupunya semasa mereka dalam perjalanan ke rumah penghulu kampung yang terletak berhampiran
15 Jul 18
292
Kementerian Kesihatan Pantau 24 Projek ‘Sakit’
Dr Dzulkefly melawat adik Nur Zulaikha Khumaira di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi perhatian serius dan memantau perkembangan perlaksanaan projek-projek di bawah kementerian itu bagi memastikan semua perancangan dapat disempurnakan mengikut jadual.Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini terdapat 24 projek untuk kementerian itu termasuk klinik dan hospital di seluruh negara yang dikategorikan sebagai projek ‘sakit’.Katanya, projek yang dikelaskan sebagai bermasalah itu melibatkan kerja-kerja membaik pulih, menambah baik serta pembinaan baru klinik dan hospital oleh kontraktor dilantik sebelum ini yang mengalami kelewatan untuk disiapkan.Disamping itu, beliau mengingatkan mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek yang diamanahkan mengikut jadual bakal berdepan tindakan oleh kementerian berkenaan.“Kita tidak akan berkompromi dengan kontraktor yang melaksanakan projek pembinaan infra, fasiliti hospital dan klinik dibawah KKM kerana amaran telah diberikan kepada kontraktor terlibat supaya jangan membelakangkan kepentingan rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dalam rangka lawatan ke Negeri Terengganu bersempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 di HSNZ, hari ini.Antara 12 projek klinik yang sedang dalam pemantauan termasuk Klinik Kesihatan (KK) Puchong, KK Gombak Setia, KK Gial, KK Nilai, KK Taman Ungku Tun Aminah, KK Sungai Tekam, KK Kampung Raja Besut, KK Karak serta Klinik Desa Air Tawar.Turut terlibat ialah 10 projek hospital antaranya Hospital Rembau, Hospital Kuala Krai, Blok Psikiatri HSNZ Kuala Terengganu serta Hospital Sri Aman.Dan juga dua projek kuarters KKM iaitu Kuarters KK Cameron Highlands dan Kuarters KK Nabawan.Dalam perkembangan lain, katanya kerajaan Pusat akan bekerjasama termasuk memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan penderitaan yang ditanggung kanak-kanak malang, Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, yang putus lengan kiri selepas bajunya tersangkut pada rim motosikal ketika membonceng dalam kejadian di Kampung Binjai Bongkok, Marang, Jumaat lalu.
15 Jul 18
163