lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Bazar Kahwin Tarik 10,000 Pengunjung
Tuan Faizah melawat pameran Bazar Kahwin. Foto Abu UbaidillahBazar Kahwin Pantai Timur 2018, karnival perkahwinan Melayu terbesar seumpamaya di negeri ini menarik lebih 10,000 pengunjung.Program selama tiga hari itu berlangsung di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu dengan penglibatan 70 vendor perkahwinan, berakhir hari ini.Berkonsepkan pusat sehenti, ia memudahkan bakal pengantin mendapatkan pelbagai keperluan mereka bagi mengatur perancangan dan persiapan menempuh detik bersejarah, melangkah ke alam kehidupan baharu./Pengurus program, Roslina Zakaria berkata, kalangan vendor menawarkan pelbagai promosi pakej perkahwinan, khusus untuk bakal raja sehari dari Kelantan, Pahang dan negeri ini.“Para pengunjung berpeluang melihat dekorasi busana pengantin yang boleh memberikan ilham untuk majlis mereka kelak,” katanyaBazaar Kahwin Pantai Timur 2018 dirasmikan oleh isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Abd Rahman malam tadi.Roslina berkata, antara vendor yang mengambil bahagian ialah butik pengantin, penyedia katering, fotografi dan videografi, pelukis inai tangan, pembekal kad jemputan perkahwinan dan cenderamata."Turut serta ialah jurusolek-jurusolek tersohor yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik pada hari penting pengantin.“Kita juga adakan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pertunjukan fesyen dan busana pengantin serta persembahan pencak silat,” katanya.
21 Jul 18
45
Empty Image
Pekebun Bimbang Serangan Gajah Liar Berulang
Pekebun memeriksa pokok kelapa sawit yang musnah akibat serangan gajah liarDua pemilik kebun kelapa sawit di Kampung Air Putih, Kemaman terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 selepas 200 batang pokok kelapa sawit yang diusahakan sejak lima tahun lalu musnah dalam serangan gajah liar, pagi tadi.Menurut mereka, serangan ituberlaku pada awal pagi tadi apabila empat sekawan gajah liar yang datang dari Hutan Simpan Air Putih memasuki kebun seluas 12.5 hektar untuk mencari makanan di situ.Antara pokok kelapa sawit yang dimusnahkan oleh gajah liarPekebun itu mendakwa, kejadian sebegini bukanlah kali pertama kerana sepanjang lima tahun mengusahakan kebun berkenaan sudah berlaku banyak kes serangan gajah terhadap tanaman yang diusahakan mereka sehingga terpaksa menanggung begitu banyak kerugian.Mokhtar JunohMenurut pekebun berkenaan, Mokhtar Junoh, 63, serangan pada awal memusnahkan sebanyak 40 batang pokok kelapa sawit yang berumur lima tahun menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM10,000.Katanya, aduan kepada Pejabat Perlindungan Haiwan Liar (Perhilitan) mengenai masalah ini sudah dibuat namun sehingga sekarang tiada tindakan yang serius diambil bagi menangani masalah tersebut."Perkara ini sudah lama berlaku, bukan kebun saya sahaja yang kena tapi ramai lagi. Namun rakan yang lain semua mempunyai kebun yang besar jadi tidaklah terbeban sangat kalau pokok mereka musnah."Tapi bagi kami yang mempunyai kebun yang kecil memang terasa kerugiannya kerana banyak modal sudah dihabiskan untuk menanam pokok dan sekarang semua sudah musnah, jadi bagaimana kami hendak mencari modal untuk tanam semula," katanya.Dia berharap supaya pihak berkaitan dapat memandang serius berkenaan perkara tersebut supaya kehadiran gajah liar di kawasan kebun mereka dapat diatasi.Rosli AbdullahBagi Rosli Abdullah, 37 , dia sudah empat kali membuat aduan kepada Perhilitan namun tiada tindakan serius seperti usaha untuk menangkap  gajah liar tersebut dan serangan terbaru itu memusnahkan kira-kira 130 batang pokok kelapa sawitnya menyebabkannya kerugian sebanyak RM20,000."Kebanyakan pokok yang musnah sudah cukup umur dan boleh dituai hasilnya tetapi pagi ini bila lihat pokok yang hendak dituai sudah rosak memang sedih kerana semua usaha selama ini menjadi sia-sia."Banyak aduan sudah dibuat tetapi sehingga sekarang senyap begitu sahaja dan kami pernah berjaga sehingga lewat pagi untuk menghalau gajah sekiranya datang tetapi bagaimana dengan keselamatan kami sekiranya ia menyerang dan kami tidak mempunyai senjata untuk melawannya, " katanya.Rosli berharap supaya keadaan yang membelenggu mereka sejak sekian lama ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana mengancam keselamatan setiap kali di kebun.Sementara itu Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih, Abdul Razak Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menunggu laporan dari pekebun terbabit dan akan berhubung dengan pihak Perhilitan Negeri  untuk mencari jalan penyelesaian terbaik berkenaan perkara itu sebaik sahaja menerima laporan penuh.
21 Jul 18
277
Empty Image
Kecurian Diesel Subsidi Di Jeti LKIM Akan Ditangani - Dr Azman
Dr Azman dalam satu perjumpaan dengan nelayan baru-baru ini."Tidak sepatutnya berlaku dan amat mendukacitakan bila ada rungutan para nelayan bahawa minyak diesel subsidi milik mereka di jeti LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) pun boleh dicuri," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Menurutnya, dalam keadaan pihak berkuasa perlu memastikan bahawa hanya nelayan yang benar-benar ke laut menangkap ikan sahaja yang berhak menikmati kemudahan subsidi diesel itu, prosedur agihan juga perlu diteliti semula agar menjadi lebih mudah dan ringkas serta tidak menyulitkan nelayan."Nelayan kita sudah berdepan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran ketika mencari rezeki di laut."Dari masalah muara cetek, pencerobohan nelayan pukat tunda dan pencerobohan nelayan asing ianya sudah cukup menjadikan nelayan berada dalam dilema kesukaran ketika mencari rezeki,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.Dr Azman berkata, hasil tangkapan juga semakin berkurangan menyebabkan ramai nelayan yang naik ke darat dengan wajah muram tanpa hasil tangkapan.Pada masa yang sama, kata beliau lagi, kecurian boleh berlaku apabila terdapat kelonggaran dari aspek kawalan keselamatan.Tambahnya, kelalaian pasti akan membuka ruang untuk berlakunya kejadian jenayah."LKIM sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap operasi jeti-jeti perikanan di seluruh negara perlu meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang dikuatkuasakan sebelum ini kerana tentunya terdapat aspek kelemahan yang memerlukan tindakan pembetulan segera,"katanya.Beliau juga akan memanggil pihak LKIM untuk mengadakan perbincangan segera agar isu kecurian minyak diesel ini boleh ditangani sebaik mungkin dan mengelakkan nelayan terus berdepan kerugian.Dalam laporan akhbar sebelum ini, kadar kecurian diesel subsidi berlaku hampir setiap minggu menyebabkan pemilik bot di jeti LKIM di Bandar Marang makin muak dengan kejadian berkenaan.Kejadian kecurian itu membantutkan kegiatan untuk keluar ke laut berikutan tong minyak diesel mereka dicuri.
21 Jul 18
71
Empty Image
Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh 27 Julai Ini
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjemput orang ramai ke Program Cerapan Fenomena Gerhana Bulan Penuh  bertempat di Masjid UniSZA Kampus Gong Badak, pada 27 Julai ini, bermula jam 8.00 malam.Program bertujuan memberi pendedahan mengenai fenomena sains kepada orang ramai sekali gus menggalakkan minat terhadap bidang sains dalam kalangan masyarakat.UniSZA turut mengadakan pelbagai aktiviti bermanfaat sempena program, di antaranya kuliah Maghrib, solat Isyak berjemaah, ceramah gerhana, solat sunat gerhana dan khutbah gerhana.Gerhana pada kali ini akan meletakkan bulan di kedudukan apogi, iaitu bulan terletak jauh daripada bumi. Fenomena ini juga turut dikenali oleh masyarakat sebagai 'mini moon' .Gerhana dijangka akan bermula pada jam 1.14 pagi mengikut waktu Malaysia dan merupakan gerhana bulan yang paling lama pada abad yang ke 21.
21 Jul 18
121
Empty Image
Pembinaan Kuala Terengganu Bypass 70 Peratus Siap
Mohd Anuar meneliti kemajuan Projek Kuala Terengganu Bypass. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimPembinaan Projek Kuala Terengganu Bypass sepanjang  5.875 kilometer  yang membabitkan kos RM321 juta kini hampir 70 peratus siapProjek yang dimulakan pada pertengahan 2016 itu, pada awalnya dijangka siap pada Januari tahun depan, bagaimanapun berkemungkinan terpaksa dilanjutkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan terdapat beberapa masalah teknikal, termasuk pengambilalihan tanah.Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir, berkata bagaimanapun, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) itu dapat disiapkan mengikut jangkaan jadual.Katanya, antara skop projek itu adalah membina jalan baharu empat lorong dengan piawaian rekabentuk Jabatan Kerja Raya (JKR) U5, membina empat buah jambatan dengan panjang keseluruhan sejauh 598 meter serta melibatkan skop menaiktaraf dan pembinaan persimpangan di Simpang Tok Molor , Jalan Tok Adis (T12) dan Jalan FT03 di Kg Durian Burung.“Skop kerja lain,  penyediaan sistem perparitan dan pembentungan yang sistematik, pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat, pemasangan kelengkapan jalan,pengalihan utiliti dan pembinaan dua buah 'vehicular box culvert' (VBC),”katanya.Pembinaan laluan dari Simpang Tok Molor, Jalan Tok Adis ke Kampung Durian Burung itu mampu mempercepatkan perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu dan sebaliknya.Disamping menjadi komponen utama dalam Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar.
19 Jul 18
615
Empty Image
Simbolik Logo Terengganu Maju Berkat Sejahtera
Model Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang dirangka berteraskan tiga dasar, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan adalah bagi menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang 2030.Di sebalik PITAS 2030 yang berfalsafah untuk membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, logo Terengganu Maju Berkat Sejahtera dicipta bagi memberi mesej yang menggambarkan keseluruhan sasaran pembangunan itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika menyampaikan ucapan di Majlis Ucap Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, pada Selasa lalu menerangkan mesej sebalik logo berkenaan, iaitu warna hitam putih digunakan sebagai simbolik warna rasmi Negeri Terengganu, manakala hijau pula melambangkan warna universal untuk Islam.“Bangunan pula melambang kemajuan duniawi, masjid adalah lambang pembangunan modal insan, pokok pula menunjukkan Terengganu sebagai negeri pesisir pantai. Malah kita mempunyai pantai terpanjang di Malaysia dan keunikan tersendiri. Manakala corak batik melambangkan seni warisan negeri Terengganu. Betapa kita menghargai kewujudan pelbagai sektor yang ada di Terengganu.“Motif bulan dan bintang pula melambangkan bendera Negeri Terengganu. Bentuk logo bulat pula membawa maksud kepada permuafakatan, persefahaman dan kerjasama di antara kita dalam menggerakkan agenda Terengganu Maju Berkat Sejahtera,” ulas beliau lagi.Ahmad Samsuri dalam ucapannya juga menyeru dan mengajak semua pegawai tadbir untuk bersama beliau berganding bahu sebagai satu pasukan bagi menjayakan PITAS 2030 dengan meletakkan kesejahteraan negeri serta rakyat Terengganu sebagai keutamaan dan `mardhatillah’ menjadi matlamat semua.  
18 Jul 18
2094
Empty Image
Kerajaan Negeri Salur RM58,000 Untuk Mangsa Kebakaran Teluk Menara
Hilmi menyerahkan sumbangan kepada Muda Muda Mat Ali, mangsa kebakaran di Kampung Teluk Menara baru-baru ini bakal menerima bantuan pembinaan rumah bernilai RM58,000 daripada kerajaan negeri.Perkara ini dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Hilmi Dato' Harun ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini."Bantuan tersebut akan disalurkan melalui Tabung Iman (TDI) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di mana kita akan membina rumah siap untuk beliau."Pada hari kejadian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah memberikan bantuan awal berupa barang keperluan dan wang tunai RM3,000," katanya.Hilmi hadir ke rumah mangsa bersama aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Pantai Timur, Dato' Maaruf Kasim dan setiausaha Terengganu Fourwheeler Team (TFT) Mohd Hasmadi Embong yang menyumbang bantuan wang tunai dan barang keperluan harian untuk menringankan beban mangsa.Dalam pada itu, Muda yang merupakan imam Masjid Kampung Teluk Menara meluahkan rasa syukur atas sumbangan yang tidak putus-putus daripada pelbagai pihak."Sejak kejadian sehingga kini, ramai yang datang menghulurkan bantuan, bahkan individu yang saya tidak kenal juga ada datang memberi bantuan," katanya.
18 Jul 18
377
Empty Image
Untung RM273 Juta Jual Tenaga Solar
Anak syarikat kerajaan negeri, EPIC Berhad menjangkakan mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM273 juta hasil penjualan tenaga solar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama tempoh 21 tahun.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata EPIC melabur RM86 juta untuk membina sistem tenaga solar mula beroperasi secara rasminya pertengahan bulan ini di kawasan seluas 28 hektar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman. Katanya, pelaburan itu mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM13 juta setahun atau  RM273 juta selama tempoh berurusniaga dengan TNB selama 21 tahun.“Sistem tenaga solar berskala besar yang mampu menghasilkan 18.5 megawatt (MW) tenaga elektrik itu berupaya memberi manfaat kepada sistem bekalan elektrik secara langsung selepas dijana daripada sumber alam.“Tenaga elektrik yang dihasilkan melalui sistem solat itu dapat menampung bekalan elektrik sebahagian kilang perindurian di kawasan Teluk Kalong, Kemaman,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Loji Janakuasa Tenaga Solar, di Telok Kalong, Kemaman, kelmarin.Dr Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi  Lembaga Pengarah Epic Berhad berkata, Teknologi itu juga mampu memacu pertumbuhan ekonomi apabila inovasi dalam bidang itu dapat digunapakai bukan sahaja dalam industri malah membawa manfaat kepada pengguna tenaga..“Epic melalui kerjasama EPIC solar Sbd Bhd memperoleh latikan daripada Suruhanjaya Tenaga untuk melaksanakan projek itu.“Bekalan elektrik yang dihasilkan daripada sistem tenaga solar itu akan dijual kepada TNB selama tempoh penjanjian iaitu 21 tahun,”katanya.
18 Jul 18
379
Empty Image
Hospital Pengajar UniSZA Siap Sepenuhnya 2020
Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sedang dalam pembinaanHospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang memperkasakan lagi peranan Fakulti Perubatan UniSZA kini mencapai 25 peratus kerja pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020.Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, hospital setinggi enam tingkat di tapak seluas 12 hektar melibatkan kos RM600 juta masih dalam proses pembinaan dan setakat ini berjalan dengan lancar.“Jika ada dakwaan yang mengatakan bahawa projek ini salah satu ‘projek sakit', itu adalah tidak benar kerana pembinaannya sedang berjalan dengan baik di bawah pantauan pihak UniSZA.“Pihak kami sentiasa berhubung dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan mengadakan mesyuarat setiap bulan bersama pihak yang terlibat bagi memastikan pembinaan salah satu mercu UniSZA berjalan lancar tanpa masalah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor Dan Anugerah Kecemerlangan Staf Serta Jamuan Semoena Hari Raya Aidil Fitri UniSZA di Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pro Canselor, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof  Noor; Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi UniSZA.Ahmad Zubaidi berkata, projek yang melibatkan dua fasa itu akan menempatkan 200 katil yang dilengkapi dengan kemudahan terkini pada peringkat pertama dengan dijangka akan mengambil seramai 1,540 kakitangan pelbagai jawatan dan daripada jumlah itu seramai 70 kakitangan kumpulan pertama akan diambil pada 2019.Sementara itu, UniSZA  turut meluluskan bajet sebanyak RM1 juta bagi memulakan pelaksanaan strategi peningkatan reputasi akademik dan penyelidikan UniSZA di peringkat Asia di bawah pemantauan Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti (SPaQM).“Bajet ini akan digunakan untuk mengalakkan pelaksanaan aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti persekitaran serta meningkatkan keternampakan UniSZA di peringkat global.“Segala strategi ini merupakan sebahagian daripada persediaan UniSZA menghadapi penilaian penarafan ‘QS Rating’ pada tahun 2020 dalam menentukan keberadaannya di mata dunia,” kata Ahmad Zubaidi.
17 Jul 18
1076
Empty Image
Kerajaan Negeri Pertimbang Lantik Bukan Islam Dalam Pentadbiran Negeri
Kerajaan negeri sedang menimbang untuk melantik wakil bukan Islam dalam pentadbiran bagi menjaga kebajikan semua masyarakat termasuk bukan Melayu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara tersebut masih dalam perbincangan dan pihaknya akan melantik pegawai dari kalangan warga Tionghua dan India yang merupakan komponen penting dalam kerajaan negeri."Kita dalam pertimbangan untuk melantik pegawai-pegawai dari kalangan bukan Islam yang akan bertanggungjawab dalam kebajikan mereka."Malah kita juga akan melantik beberapa orang pegawai berbangsa Melayu dan golongan wanita sebagai tambahan, ianya dalam proses akhir yang akan diumumkan tidak lama lagi," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri bersama Warga Tiongha dan India di Dataran Kamoung Cina,  Kuala Terengganu, petang ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dan wakil-wakil persatuan Tionghua dan India.Ahmad Samsuri berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat kebajikan masyarakat bukan Islam melalui  aduan dari pihak yang terbabit."Mereka sentiasa utarakan isu dan pandangan kepada Ahli Parlimen serta ADUN Bandar dan tindakan yang sewajarnya akan diambil bagi menyelesaikannya."Setakat hari ini, pihak kami banyak menerima aduan tentang masalah perniagaan, masalah harian, masalah perparitan dan pelbagai lagi aduan...setakat ni tiada lagi masalah untuk uruskannya," katanya.
17 Jul 18
34