lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Jabatan Mufti Bawa Masyarakat Teropong Gerhana Bulan
Pegawai Jabatan Mufti memberikan penerangan kepada pelajar yang hadir.Jabatan Mufti Negeri Terengganu menganjurkan program Jom Tengok Gerhana Bulan Penuh di Masjid Kampung Padang Mengkuang, Binjai Rendah, Marang bermula jam 1 hingga jam 6.45 pagi tadi.Pelbagai aktiviti diadakan seperti solat sunat gerhana, Qiamulail dan teropong bulan menggunakan teleskop.Mufti Terengganu, Dato' Dr. Zulkifly Muda berkata, penting untuk masyarakat menyaksikan keajaiban alam yang berlaku termasuk gerhana bulan."Sebahagian orang mungkin anggap perkara biasa, tetapi kita disaran untuk menyaksikan sendiri kebesaran Allah SWT melalui kejadian-kejadian ini. Kita juga diperintahkan solat untuk merasai kehebatan Allah SWT," katanya.Solat sunat gerhana diimamkan Mufti.Beliau memaklumkan, jabatan mufti sering mengadakan program seperti itu untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapat pendedahan dan pengetahuan mengenau kejadian alam."Masyarakat juga berpeluang melihat proses gerhana dengan lebih jelas menggunakan peralatan yang kami bawa hari ini," katanya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri atas sokongan yang diberi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan ADUN Pengakalan Berangan turut hadir menyampaikan slot tazkirah kepada jemaah.Program tersebut menyaksikan kehadiran lebih 300 ahli qariah dan pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin, Kolej Al-Quran Terengganu, SMA Khairiah, dan SM Sains Hulu Terengganu.Gerhana Bulan Penuh yang berlaku malam tadi adalah gerhana paling panjang di abad ke-21 di mana fasa gerhana berlaku selama 1 jam 43 minit.Pegawai masjid bergambar bersama pemimpin tempatan dan mufti.
28 Jul 18
62
Empty Image
79 Mat Rempit Subuh Secara Berjemaah
Superitenden Mohd Said Ibrahim.Seramai 79 Mat Rempit dibawa menunaikan solat Subuh secara berjemaah selepas ditahan kerana melakukan kesalahan berlumba haram dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman, semalam.Operasi bermula jam 11 malam dan berakhir pada jam 8 pagi tadi dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.Ketua Polis Daerah, Superitenden Mohd Said Ibrahim berkata, operasi diadakan hasil aduan orang ramai berkenaan kegiatan mat rempit yang menjadikan jalan raya sebagai litar untuk mereka melakukan aktiviti haram tersebut sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna jalan raya.Menurutnya, seramai 41 orang anggota polis termasuk empat pegawai terlibat dalam operasi tersebut dengan menumpukan laluan sepanjang Jalan Chukai - Air Putih, lokasi utama golongan tersebut berlumba dan melakukan aksi merbahaya.Mohd Said berkata, kesemua 79 pesalah yang ditahan terdiri dari pelajar Melayu dan pekerja swasta berusia lingkungan 15 hingga 30 tahun."Mereka yang kebanyakan terdiri daripada pelajar sekolah dan kolej menjadikan hari Khamis sebagai hari untuk berkumpul bersama rakan-rakan dan seterusnya melakukan aksi merbahaya di jalan raya sebelum berlumba," katanya.Menurut beliau, antara kesalahan yang dilakukan ialah menunggang motosikal secara merbahaya, tidak mempunyai lesen memandu yang sah, cukai jalan yang tamat tempoh, tiada cermin pandang belakang dan beberapa kesalahan lain lagi.Mat rempit yang ditahan di bawa ke masjid untuk solat subuh berjemaah.Mohd Said berkata, kesemua 79 Mat Rempit yang ditahan terlebih dahulu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk diambil keterangan sebelum kesemuanya dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah untuk solat  Subuh secara berjemaah dan membaca Surah Yasin ."Selepas bacaan Yasin, kesemua mereka telah diberikan sedikit tazkirah oleh imam yang bertugas sebagai memberikan kesedaran dan membuka minda supaya tidak melakukan aktiviti sedemikian pada masa yang akan datang," katanya.Mat Rempit yang ditahan  diminta  solat Subuh secara  berjemaah.Tambahnya, perkara ini menjadi satu pendekatan yang baru dilakukan oleh polis dalam mendidik dan memberi kesedaran berkenaan bahayanya kegiatan mereka selain menimbulkan rasa takut dan tidak senang kepada orang ramai."Selain saman, kita juga hendak memberi pendekatan dari segi rohani kepada golongan ini dan pendekatan ini akan kita teruskan untuk masa yang akan datang," katanya.Aktiviti bacaan Yasin diadakan selepas solat subuh berjemaah.Mohd Said juga turut mengingatkan kepada ibu bapa supaya dapat memantau pergerakan anak-anak pada waktu malam supaya tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan berlumba motor secara haram.Dalam operasi itu, seramai 115 orang penunggang motosikal diperiksa dan sebanyak 135 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiga orang penunggang motosikal ditahan selepas  ujian air kencing didapati positif dadah jenis Metaphetamin.Polis juga menyita sebanyak 45 buah motosikal kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk membuat pengubahsuaian tidak menepati spesifikasi yang dibenarkan.
27 Jul 18
323
Empty Image
Sultan Terengganu Berkenan Rasmi Masjid Sentol Patah
Sultan Mizan menandatangani plak perasmian.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Masjid Kampung Sentol Patah, Marang hari ini.Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az serta Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad.Sultan Mizan berkenan bertitah dan menyempurnakan perasmian dengan menandatangani plak perasmian.Masjid Kampung Sentol Patah yang bernilai RM4.7 juta siap dibina pada 2014 bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1965.Kemudahan ibadat yang terletak di mukim Rusila itu dapat menampung kira-kira 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.
27 Jul 18
246
Empty Image
Terengganu Tuntut Penjelasan Menteri Berkait Isu Royalti
Kerajaan Terengganu menuntut penjelasan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Azmin Ali, terhadap penangguhan bayaran royalti minyak kepada negeri ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri akan cuba mendapat penjelasan lebih lanjut daripada pihak Azmin di atas kenyataannya itu. "Ini kerana, ianya ada sedikit tersasar dari apa yang kita jangka (lima peratus) sebelum ini. Kita (Terengganu) berharap ianya perlu diselesaikan dengan kadar segera. "Banyak program-program dan projek-projek yang ingin kita (Terengganu) laksana di peringkat negeri (terbantut) dan kesemuanya memberi kepentingan kepada rakyat. "Perancangan (kerajaan) itu bergantung juga kepada penerimaan wang daripada royalti," ujarnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Menurut beliau, sebarang kelewatan dan perubahan dasar itu menyebabkan berlaku kekurangan jangkaan peruntukan negeri.  "Ianya (perubahan dasar) akan memberi kesan, bukan sekadar kerajaan negeri. Tetapi, yang lebih bimbang ialah kesan kepada rakyat. Jadi, kita minta pertimbangan ini perlu disegerakan."Saya juga percaya negeri-negeri lain yang menjadi pengeluar minyak ini mengambil serius perkara ini. "Kita tidak mahu akibat daripada perubahan dasar yang mungkin berlaku ini menyebabkan kekurangan peruntukan berbanding dengan yang diterima kerajaan negeri sebelum ini," jelasnya. Pada sidang Parlimen, Azmin ketika menjawab pertanyaan lisan Dato' Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) mengenai pemberian itu dijawabnya penangguhan dibuat kerana pihak Kerajaan Pusat perlu menunggu Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipinda."Cadangan (20 peratus) itu tidak dapat dilaksanakan segera kerana bercanggah dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 disebabkan, pengiraan berdasarkan gross profit (keuntungan kasar) dan bukan nett  profit (keuntungan bersih)."Sekiranya penambahan royalti Petroleum kepada 20 peratus hendak dilaksanakan, ia akan mengambil masa kerana perlu ada pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974."Jika Petronas dikehendaki tambah royalti kepada 20 peratus daripada jumlah hasil pengeluaran kasar kepada negeri pengeluar minyak, ia akan memberi implikasi serius terhadap kewangan Petronas dan Kerajaan Persekutuan," jelas Azmin.Sehubungan itu kata Dr Ahmad Samsuri lagi, cadangan bayaran royalti 20 peratus mengikut keuntungan bersih akan terdapat perbezaan berbanding dengan lima peratus keuntungan kasar sebelum ini."Cadangan 20 peratus daripada keuntungan (bersih), kerana ianya akan ada perbezaan daripada jumlah (bayaran), berbanding lima peratus daripada pengeluaran. "Ini yang kita kesan dan saya bagi pihak kerajaan negeri dengan rakan-rakan dari negeri (pengeluar minyak) yang lain juga amat kesal perkara ini. "Kita tidak mahu perubahan dasar ini (menyebabkan) jumlah (royalti) itu mengecil berbanding sebelum daripada ini. Jika (hasil) bertambah tidak mengapalah," tegasnya.Beliau yang juga Adun Rhu Rendang menyifatkan, pertemuan pertama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Jun lalu positif.Katanya, pertemuan pertama itu berasaskan kepada royalti akan dibayar terus kepada Kerajaan Negeri Terengganu."Hasil daripada pertemuan pertama dengan YAB Perdana Menteri, (Tun Dr Mahathir) adalah keputusan dari perkara asas iaitu royalti itu diberi 'direct' (terus) kepada negeri dan tidak seperti amalan sebelum ini dinamakan dana khas yang diberi kepada agensi Persekutuan."Itu suatu peningkatan dan perubahan positif iaitu diberi 'direct' kepada kerajaan negeri. Dan kita (Terengganu) pada peringkat pertama itu sangat menyambut baik dan itulah yang kita mahu. "Tinggal lagi yang tidak diputuskan dalam pertemuan itu yang tidak dibuat keputusan dalam pertemuan dengan YAB Perdana Menteri itu, adalah mengenai berapakah jumlahnya. "Sama ada lima peratus atau 20 peratus, atau pun bagaimana? Jadi ini tidak dibuat keputusan dalam pertemuan itu," jelasnya kepada wakil media. -Harakahdaily
25 Jul 18
41
Empty Image
Terengganu Belanja RM80 Juta Untuk kebajikan Rakyat
Hanafiah ketika diwawancara wartawan UPDI, di pejabat beliau hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri memperuntukkan hampir RM80 juta bagi memperkasakan kebajikan rakyat melalui Portfolio Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri.Pengerusinya,  Hanafiah Mat berkata, perbelanjaaan itu diagihkan kepada beberapa agensi iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) sebanyak RM56 juta, Tabung Darul Iman (TDI) (RM10 juta), RM8 juta bagi Yayasan Pembangunan Keluarga(YPK) dan bantuan-bantuan am lain sebanyak RM5 juta.Menurutnya, sebanyak RM800,000 setiap bulan dibelanjakan untuk Tabung Darul Iman bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat di bawah beberapa kategori meliputi bantuan sara diri tahunan, bantuan peralatan perubatan, bantian implan, bantuan susu dan lampin pakai buang dan bantuan musibah bagi meringankan penderitaan rakyat yang memerlukan perhatian segera terutama mereka yang berdepan musibah dan penyakit kritikal.“Pihak kami juga telah memperkasakan kebajikan dengan beberapa pindaan bagi menyenangkan pihak yang berurusan seperti  Tabung Darul Iman atau Tabung Kronik tidak lagi memerlukan tandatangan sokongan daripada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) untuk sebarang urusan permohonan bantuan daripada kerajaan negeri.“Sebarang permohonan termasuk borang-borang yang berkaitan dengan permohonan yang dibuat hanya perlu diisi oleh pemohon tanpa tandatangan JKKK dan boleh dihantar terus kepada agensi berkaitan,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, hari ini.Sementara itu, untuk memperkasakan lagi portfolio beliau, Hanafiah berkata pihaknya juga bercadang untuk melantik pegawai dari kalangan bukan Melayu iaitu dari kaum Tionghua dan India bagi melancarkan lagi perjalanan pihak mereka dalam menjaga kebajikan rakyat yang terdiro daripada pelbagai bangsa di negeri ini.“Setakat ini, kita suah ada calon nama untuk menjadi wakil kaum India iaitu Dr, Balachandran dan masih menunggu nama dari kaum Tionghua. Ini termasuklah melantik  seorang pegawai khas wanita supaya dapat melicinkan lagi peranan jawatankuasa ini,”ujarnya
25 Jul 18
40
Empty Image
Kerajaan Mahu Bantu Tingkat Pendapatan Pekebun Durian
Kerajaan negeri berhasrat membantu pengusaha kebun durian di seluruh Marang bagi meningkatkan kualiti dan pasaran buah.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim menyuarakan hasrat itu ketika sesi dialog bersama lebih 100 pengusaha kebun durian Parlimen Marang, di Pasti Al- Jannah, Kampung Jerung Surau, semalam.Pegawai Pertanian daerah, Siti Aishah berkata, isu utama yang diutarakan pengusaha adalah menaik taraf jalan yang digunakan pekebun selain kursus dalam meningkatkan kualiti buah dan merawat penyakit pokok serta cara terbaik mengatasi musuh tanaman."Jalan diakui merupakan masalah utama pekebun. Ini kerana, bagi jalan mendaki yang menghampiri (menegak) 90 darjah, material yang perlu digunakan adalah simen supaya lebih selamat. InsyaAllah, ia akan diselesaikan segera," katanya.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong juga menyambut baik usaha itu."Sambutan yang diterima daripada pengusaha-pengusaha kebun durian sangat baik. Cadangan dan pendapat yang diberikan akan dipertimbangkan pelaksanaannya," katanya.Majlis berkenaan dimeriahkan dengan jamuan makan durian dan pulut durian secara beramai-ramai.
25 Jul 18
36
Empty Image
Taska Di Semua Jabatan Kerajaan Mulai 2019
Hanafiah ketika diwawancara wartawan UPDI, di pejabat beliau hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri akan memastikan semua agensi dan jabatan kerajaan termasuk di daerah mewujudkan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska)  di tempat kerja masing-masing bermula tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, langkah itu selaras dengan janji yang telah ditawarkan dalam Manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini.“Sebagai langkah pertama, saya telahpun berbincang dengan jawatankuasa di bawah portfolio saya  supaya semua jabatan kerajaan termasuk di daerah menyediakan premis taska untuk memulakan pelaksanaan  pusat asuhan ini dengan segera.“Pihak berkenaan perlu mencari premis yang sesuai sama ada berdekatan dengan pejabat atau sekitarnya  supaya menyenangkan ibu-ibu yang bekerja  meninggalkan anak mereka di pusat asuhan tersebut,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di pejabatnya, di Wisma Darul Iman, hari ini.Hanafiah berkata, pihaknya bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) juga bersetuju akan memulakan projek perintis di Kompleks Seri Iman selain yang sudah terlaksana di beberapa tempat seperti Kompleks YPKT, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Universiti Malaysia Terengganu.“Pengurusan taska ini akan diserahkan kepada YPKT untuk dilaksanakan dan bagaimana untuk melaksanakannya nanti.“Untuk taska di agensi swasta, pihak mereka ada jumpa saya baru-baru ini untuk mohon peruntukan taska dan perkara ini belum lagi diputuskan kerana ia masih dalam pertimbangan,”ujarnya. Menyentuh mengenai pelaksanaan  pencen rakyat RM50 sebulan bagi warga emas yang layak, Hanafiah berkata pihaknya sudahpun memasukkannya dalam Bajet 2019 kerajaan negeri untuk diluluskan. “Kita akan mula pada tahun hadapan dan ia terbuka kepada semua warga emas yang tidak mendapat mana-mana bantuan termasuk  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan  juga bukan pesara kerajaan,”katanya.Untuk rekod, pencen rakyat RM50 bagi warga emas ini merupakan satu daripada 20 janji yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat untuk menerajui Terengganu pada PRU14 nanti yang merangkumi semua aspek yang menyentuh kepentingan rakyat. 
25 Jul 18
43
Empty Image
Dua Kapal Minyak Diesel Ditahan APMM
Mohamad Rezal melakukan pemeriksaan kapal minyak diesel yang di Perkarangan Maritim Kemaman.Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman berjaya menahan dua buah kapal minyak disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak  tanpa kebenaran dari pihak berkuasa dalam operasi Khas di perairan Kemaman.Ketua Zon Maritim Kemaman, Mohamad Rezal Kamal Bashah berkata, dalam operasi berkenaan APMM dapat mengesan dua buah kapal minyak yang sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel.“Kapal Kargo Minyak yang bernama Edy Aman dan YTC TUG IX ditahan kira-kira jam 11 malam tadi, dengan jarak jauh lebih kurang empat batu nautika dari Kuala Kemaman.“Semasa kapal Edy Aman tersebut ditahan bersama seorang kepten kapal warganegara Malaysia berumur 39 dan tiga orang krew kapal warganegara Indonesia berumur lingkungan 28 hingga 30 manakala kapal YTC TUG IX bersama seorang kepten kapal dan lima orang krew kesemuanya warganegara Indonesia berumur 26 hingga 46 dan kesemuanya direman selama tujuh hari,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan kapal minyak diesel di perkarangan Maritim Kemaman, hari ini.Menurut Mohamad Rezal, nilai keseluruhan minyak diesel yang dirampas tersebut kira-kira RM23,000 dengan harga RM2 bagi seliter.“Hasil pemeriksaan lanjut, kedua-dua kapal didapati tiada dokumen kebenaran dan permit bagi melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel di laut.“Dengan itu kapal tersebut boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 kerana disyaki menyalahgubakan Lesen Perkapalan negeri di bawah Lembaga Perlesenan Perkapalan Negeri 1981 dan melakukan kesalahan di bawah Lembaga Pelabuhan Kemaman,” katanya.Mengulas berkenaan minyak diesel tersebut, Mohamad Rezal berkata, anggaran keseluruhan minyak hasil rampasan kapal Edy Aman membawa minyak sebanyak 1,500 liter manakala kapal YTC TUG IX pula membawa sebanyak 10,000 liter.“Kedua-dua kapal ini ditahan hasil risikan APMM Kemaman dimana kapal ini sedang melakukan pemindahan minyak berdasarkan minyak yang berada dalam tangki dan hose yang masih berada didalam saluran minyak semasa pemeriksaan.“Kegiatan pemindahan minyak dari kapal secara haram kebiasaannya dilakukan pada waktu tengah malam sehingga waktu subuh,” katanya.
24 Jul 18
667
Empty Image
Kerjasama Kerajaan Negeri Dengan Pusat Demi Agama, Kebaikan Rakyat
Kerajaan negeri sekali lagi menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat bagi menjayakan sebarang program demi kebaikan rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan negeri sangat komited membantu Kerajaan Pusat terutama hal yang melibatkan agama Islam kerana itulah dasar utama perjuangan kerajaan negeri melalui wadah politik PAS sebelum memenangi pilihan raya umum, kini dan akan datang."Persefahaman yang dicadangkan seperti menyediakan ruang kerjasama bagi tahfiz-tahfiz kendalian atau yang diiktiraf oleh kerajaan negeri oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), pastinya akan membuka peluang baharu di bidang ini."Selain itu, kerajaan negeri mungkin boleh menawarkan tenaga bantuan bagi Jakim memantau pengusaha-pengusaha yang mendapat sijil halal, agar berterusan mematuhi piawaian Jakim, sekiranya Jakim mempunyai kekangan kakitangan,"katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia mewakili Terengganu, di Kompleks Islam Putrajaya, semalam.Persidangan yang diadakan buat kali kedua bagi tahun ini dan pertama selepas pertukaran kerajaan, dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr, Mujahid Yusof dan timbalannya, Fauziah Salleh.Turut hadi, Ketua Pengarah Jakim Datuk Mohamad Nordin Ibrahim serta kakitangan Jakim yang berkaitan."Saya mewakili kerajaan negeri, merasa gembira apabila menteri mengesahkan Jakim tidak dihapuskan dan pusat-pusat tahfiz akan diperkasakan lagi, kami pegang janji Kerajaan Pusat ini,” kata beliau lagi.Ketika ini, Terengganu hanya mempunyai sebuah tahfiz yang mengadakan kerjasama dengan Jakim iaitu Institut Pengajian Islam (INSPI)  Terengganu sejak 2011.Mohd Nor juga berhasrat untuk menambah bilangan tahfiz-tahfiz menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jakim bagi memperkasakan institusi itu.Dalam pertemuan lebih dua jam itu, Jakim juga memberi penjelasan berkenaan beberapa perkara lagi yang berkait dengan pentadbiran mereka seperti isu imam, bilal, guru takmir dan juga Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).Dalam perkembangan lain, sebagai menyahut kesanggupan kerjasama dengan Kerajaan Pusat, Terengganu akan menjadi lokasi penganjuran seminar berkaitan bahaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang dianjurkan oleh Jakim pada Ahad 29 Julai ini.Seramai lebih 200 orang dijangka hadir ke seminar sehari itu yang akan mengupas dan membincangkan mengenai ancaman dan juga penyelesaian masalah sosial ini.
24 Jul 18
35
Empty Image
J3K Diingatkan Tidak Khianati Amanah
Kerajaan Pas yang meneruskan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) sebagai teras kepemimpinan di peringkat akar umbi mengingatkan mereka yang baharu menerima tanggungawab itu agar tidak mengkianati amanah.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak menegaskan, gejala negatif yang boleh menjejaskan imej institusi berkenaan dan kerajaan mesti dihindarkan oleh J3K yang dibentuk semula agar dapat berperanan lebih berkesan bagi kepentingan rakyat.Katanya, rakyat yang berhak mendapat pembelaan perlu diberikan hak mereka berdasarkan kemudahan yang disedia dan bakal disalurkan oleh kerajaan agar tiada siapa yang dipinggir atau dicicirkan.“Jangan lakukan penyelewengan. Orang tidak layak, dilayakkan dan orang yang layak tidak dilayakkan. Jangan pilih kasih.. walaupun anak beranak, adik-beradik. Ini amanah dalam memikul tangungjawab besar,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Taklimat dan Penyampaian Watikah Pelantikan J3K Daerah Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim; Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil dan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Zuwislan Awang.Terdapat 106 J3K (15 ahli jawatankuasa setiap J3K) bagi daerah Kuala Nerus dan penyerahan watikah pelantikan yang berkuat kuasa bulan ini merupakan yang kedua dilakukan di bawah pentadbiran kerajaan Pas.Sehubungan itu juga katanya, setiap J3K diminta mengenal pasti keadaan sebenar terutama status ekonomi atau pendapatan setiap keluarga dalam lingkaran kawasan mereka bagi memudahkan penyaluran bantuan atau perkhidmatan kepada golongan sasar termasuk yang dirancang melalui manifesto Pas negeri.Katanya, jawatankuasa khas peringkat negeri telah dibentuk untuk mengkaji pelaksanan setiap manifesto yang akan tetap dijayakan secara berperingkat bagi memenuhi janji.-Utusan Online
24 Jul 18
44