lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
TDM Umum Penstrukturan Semula Ahli Lembaga Pengarah
TDM Berhad telah menjalani proses penstrukturan semula ahli lembaga pengarahnya yang telah menyebabkan lima peletakan jawatan secara sukarela dan lima pelantikan baru yang berkuatkuasa serta-merta.Dalam satu kenyataan di Bursa hari ini, TDM Berhad mengumumkan Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail meletakkan jawatan dan digantikan oleh Dato’ Raja Idris Raja Kamarudin.Idris, 65, berpengalaman selama 30 tahun dalam jawatan pengurusan kanan di syarikat swasta, syarikat tersenarai awam dan multinasional. Beliau adalah Pengarah Eksekutif Kumpulan TDM dari tahun 2000 hingga 2004.Beliau juga merupakan pengarah Terengganu Inc Sdn Bhd - syarikat pemegangan pelaburan milik negeri Terengganu - yang merupakan pemegang saham utama dalam TDM.Sementara itu, dua Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, Dato’ Ahmad Shukri Md Salleh dan Mohd Nasir Ali, juga meletak jawatan. Turut meninggalkan lembaga itu adalah dua Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, iaitu Samiun Salleh dan Md Kamaru Al-Amin Ismail.Mereka digantikan oleh Mohd Kamaruzaman A Wahab dan Burhanuddin Hilmi Mohamed yang dilantik sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif manakala Mazli Zakuan Mohd Noor dan Dato’ A. Rahman Yahya dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif.Jun lalu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Moktar dilaporkan berkata kerajaan negeri akan menyusun semula semua anak syarikatnya, terutama di bawah Terengganu Inc. seperti TDM, untuk menyusun semula kepentingan mereka dengan kerajaan negeri."Kami akan menyusun semula semua syarikat yang dimiliki oleh kerajaan dan menyusun semula arah perniagaan mereka," kata Ahmad Samsuri. Terengganu Inc. kini mempunyai kira-kira 61.084% kepentingan dalam TDM yang mengendalikan penanaman sawit dan penjagaan kesihatan.Saham TDM ditutup satu sen atau 3.85% kepada 25 sen hari ini, dengan satu juta saham diniagakan, untuk permodalan pasaran sebanyak RM414.47 juta.
31 Jul 18
69
Empty Image
APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Di Perairan Terengganu
Muhammad Suffi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua bot nelayan Vietnam kerana menangkap ikan di perairan negara, semalam.Kedua-dua bot nelayan asing tersebut ditahan kapal penguatkuasa maritim, KM Seguntang pada masing-masing pada kedudukan 125.8 batu nautika dan 58.0 batu nautika dari muara Kuala Terengganu antara jam 6.30 pagi dan 6.30 petang.Pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit tidak memiliki permit menangkap ikan yang sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan 34 nelayan warga Vietnam berusia dalam lingkungan 15 hingga 51 tahun terbabit juga tidak memiliki dokumen pengenalan diri.Pemangku Pengarah Maritim Terengganu, Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, 12 tan ikan pelbagai jenis dan sotong, 12,000 liter minyak diesel serta peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM3 juta berjaya dirampas berikutan penahanan kedua-dua bot nelayan tersebut.“Siasatan awal juga mendapati bot nelayan Vietnam pertama yang ditahan pada kedudukan 125.8 batu nautika juga menyamar sebagai nelayan tempatan dengan mengemukakan permit Jabatan Perikanan disyaki palsu bagi cuba mengaburi mata pihal berkuasa.“Bot yang dinaiki 18 nelayan Vietnam termasuk seorang awak-awal itu juga cuba melarikan  diri sebaik menyedari kehadiran KM Seguntang sebelum berjaya dipintas kira-kira dua jam kemudian."Bot kedua pula ditemui KM Seguntang sedang memukat ikan disyaki secara haram pada kedudukan 58.9 batu nautika sewaktu dalam perjalanan pulang ke jeti Pejabat APMM Kuala Terengganu,  semalam.Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 14 (3) (b) akta sama serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1963," katanya pada sidang akhbar di Pejabat APMM Terengganu, semalam.Muhammad Suffian berkata, APMM menahan 32 bot nelayan Vietnam di perairan negara melibatkan rampasan RM45 juta sejak awal tahun ini.
30 Jul 18
130
Empty Image
Sindiket Jual Ikan Berkualiti Didalangi Warga Tempatan Dikesan
Pemangku Pengarah Maritim Terengganu, Komander Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli bersama hasil rampasan dalam dua buah bot yang ditahan semalam di muara Kuala Terengganu hari ini.Maritim Malaysia (APMM) berjaya mengesan sindiket menjual ikan berkualiti tinggi kepada nelayan Vietnam yang didalangi warga tempatan di sekitar perairan Pantai Timur termasuk Terengganu.Pemangku Pengarah Maritim Terengganu, Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kegiatan tidak bertanggungjawab yang berpusat di tengah laut  dipercayai antara punca harga ikan di Terengganu lebih mahal berbanding negeri-negeri lain. "Risikan yang kita perolehi, sindiket berkenaan menjual hasil tangkapan ikan premium seperti kerapu, siakap, kurau dan yu kepada nelayan Vietnam terbabit manakala cuma membawa pulang ikan berkualiti biasa dan rendah ke jeti-jeti nelayan di negeri ini."Bukan satu tetapi banyak sindiket disyaki terlibat dalam perbuatan menjual ikan berkualiti tinggi kepada nelayan Vietnam di tengah laut yang didalangi warga tempatan," katanya pada sidang akhbar  di Pejabat APMM Terengganu, semalam.Muhammad Sufi berkata, disebabkan harga yang ditawarkan nelayan Vietnam agak tinggi berikutan  permintaan yang tinggi terhadap ikan berkualiti premium terbabit untuk dieksport termasuk ke negara-negara Eropah, maka sindiket terbabit mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan besar.Menurutnya lagi, kekurangan hasil laut di perairan Vietnam dan kelebihan perairan Terengganu yang kaya dengan ikan dan sotong berkualiti tinggi mempengaruhi aktiviti yang merugikan negara ini.Sehubungan itu, pihak APMM serius untuk membanterasnya melalui proses risikan dan siasatan sebelum dalang sebenar sindiket terbabit dapat dikesan.Muhammad Sufi memberitahu, setakat ini, sebanyak 105 bot nelayan Vietnam merangkumi 29 bot di perairan Pahang, Terengganu dan Kemaman (55) dan Kelantan (21) berjaya ditahan APMM sejak awal tahun ini.
30 Jul 18
28
Empty Image
Abdul Manat Tidak Kisah Digelar Orang Gila
Abdul Manat bersama sebahagian koleksi peribadi yang unik daripada barangan terbuang dihadapan rumahnya di Kampung Paloh Nyior di Hulu TelemongMelangkah ke halaman sebuah rumah Kampung Paloh Nyior, Hulu Telemong, pasti ramai yang menyangkakan bahawa pemilik kediaman itu adalah orang kurang waras atau gila.Bukan disebabkan rumahnya, tetapi kerana terdapat puluhan barangan rosak dan terbuang termasuk kasut buruk pelbagai jenis yang tergantung kemas di setiap penjuru halaman kediaman ini.Melihatnya sekali imbas, sesiapa sahaja akan terasa seolah-olah berada di tempat buangan sampah kerana dipenuhi dengan barangan yang sudah tidak dapat digunakan lagi.Namun biasalah setiap orang mempunyai ragam dan pendiriannya tersendiri dalam mendefinasikan apa yang dirasakan berlainan dan ada di antaranya mengumpul barangan yang dirasakan unik mengikut pandangan mata mereka.Ada di antara kita cuba mempunyai hobi yang boleh dikongsi bersama tetapi ada juga yang mahukan kelainan supaya berbeza dengan orang lain.Abdul Manat menunjukkan papan tanda yang bertulis Orang Gila Sdn Bhd di luar kawasan rumahnya.Abdul Manat Ibrahim,57, seorang bekas tentera cuba mencari kelainan daripada yang sedia ada sebagai mengisi kekosongan dalam hidup dengan mengumpul barangan yang dianggap terbuang dan sudah tidak bernilai lagi.Dianggap sebagai orang gila atau kurang siuman tidak melunturkan semangat beliau untuk meneruskan hobinya yang mempunyai nilainya tersendiri malah mempunyai jenamanya tersendiri iaitu Orang Gila Sdn. Bhd."Ada yang melihat apa yang dilakukan oleh saya ini sebagai tidak boleh diterima akal malah digelar kurang siuman oleh sesetengah pihak termasuk penduduk kampung."Namun akhirnya mereka tersedar dengan apa yang digelar mengarut di mata mereka itu, sebenarnya mempunyai kelainan dan nilainya yang tersendiri, dan kelainan itulah yang menjadikan saya, Orang Gila Sdn. Bhd lebih unik dan bernilai," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini, hari ini.Tambah Abdul Manat, pemilihan nama Orang Gila Sdn. Bhd timbul apabila dia dikatakan mencerobohi tanah persendirian dan perkara itu telah di bawa ke Pejabat Tanah.Ekoran dari itu, dia memutuskan untuk menggunakan nama Orang Gila Sdn. Bhd sebagai sindiran kepada individu tersebut supaya tidak mudah menuduh seseorang dan ditambah pula dengan hobinya yang pelik itu.Datuk kepada lapan cucu ini juga berkata, segalanya bermula sejak 18 tahun lalu sebagai satu cara mengisi masa lapang sejak bersara dari tentera dan lebih suka memilih hobi yang dari kebiasaan walaupun orang ramai menganggapnya tidak waras lagi."Saya bukan buat salah pun, tidak kacau orang tetapi saya memang gemarkan sesuatu yang pelik demi kepuasan diri sendiri."Kini mereka yang dahulunya menganggap saya orang gila banyak membantu dengan menyumbangkan barangan terpakai yang hendak dibuang kepada saya untuk dipamerkan di sini," ujarnya lagi.Kini Orang Gila Sdn. Bhd mempunyai koleksi kira-kira 20 unit kipas siling, 12 televisyen, puluhan unit jam dinding serta beberapa unit komputer termasuk info jarak perjalanan yang menarik perhatian pengguna jalan raya untuk berhenti bergambar.Sementara itu, isteri Abdul Manat, Senah Ismail, 56, pernah menghalang hobi pelik suaminya kerana tidak tahan dengan tohmahan yang diterimanya."Tetapi kini saya dan anak-anak dapat menerima hobi suami saya saya dengan baik dan memahaminya kenapa memilih hobi yang lain daripada biasa dan unik...sejak itu saya tidak pernah menghalangnya untuk terus berkreativiti demi kepuasannya,"katanya.Bagi anak bongsu dari enam adik beradik, Zulshawal Manat, 20, dia tetap memberi sokongan selagi hobi tersebut tidak memudaratkan ayahnya dan keluarga."Nak katakan sokong sepenuhnya pun tidak, nak larang pun tak boleh jadi ayah nak buat apa pun buatlah selagi tak bahayakan dirinya."Mula-mula dahulu sewaktu ayah mulakan hobinya yang pelik ini, dengan gelaran yang diberi, memang saya rasa malu tetapi lama kelamaan saya dapat menerimanya kerana tahu itu adalah keistimewaan ayah yang unik dan tidak terdapat kepada orang lain,"kata Zulshawal.
29 Jul 18
1899
Empty Image
Nelayan Mohon JPS Pertimbang Kedudukan Pemecah Ombak Pantai Mengabang Telipot
Hishamuddin (berdiri) ketika memberi penerangan kepada para nelayan ketika Sesi Taklimat Bersama Penduduk Dan Nelayan Bagi Projek Pencegahan Hakisan Pantai di Pengkalan Nelayan, Kampung Tengah, Mengabang Telipot Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimPara nelayan di kawasan Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus memohon Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menimbang semula kedudukan pemecah ombak (Break Water) kedua yang dibina JPS bagi menangani masalah hakisan di pantai itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pembinaan pemecah ombak adalah cetusan idea para nelayan yang telah dipersetujui pihak JPS.“Kita cuba bawa nelayan bertemu secara langsung dengan pihak JPS untuk meluahkan pandangan dan juga kritikan berhubung pembinaan pemecah ombak dan berlaku sedikit ketegangan berhubung lokasi pemecah ombak kedua.“Punca pemecah ombak kedua yang menimbulkan rasa tidak puas hati para nelayan adalah disebabkan ianya dibina di bahagian lapis lindung hakisan pantai iaitu berdepan dengan batu di tepi pantai ini sehingga dilihat ianya tidak mendatangkan sebarang manfaat. “Jadi pandangan mereka (nelayan) supaya dialihkan atau dianjakkan dari lokasi asal supaya berada dihadapan tempat pendaratan bot nelayan di Pengkalan Nelayan Kampung Tengah yang dilihat lebih praktikal dan efektif untuk melindungi pantai daripada berlaku hakisan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada Sesi Taklimat Bersama Penduduk Dan Nelayan Bagi Projek Pencegahan Hakisan Pantai di Pengkalan Nelayan, Kampung Tengah, Mengabang Telipot Kuala Nerus, hari ini.Kerja-kerja pembinaan pemecah ombak kedua telah mencapai 90 peratus dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.Hishamuddin yang juga penduduk kawasan pantai itu mengharapkan pihak JPS mengambil kira suara dan pendapat para nelayan.“Projek yang membabitkan hakisan perlu dilibatkan nelayan sebab mereka walaupun tidak ada ilmu kejuruteraan, tetapi pengalaman yang ada pada mereka ini terbukti banyak membantu untuk kita mengawal hakisan dan juga dapat pulihkan balik pantai.“Saya rasa, walaupun dilihat nelayan satu kelompok kecil masyarakat tetapi idea dan pandangan mereka perlu diketengahkan dan perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan,” ujarnya.Katanya, beliau dan penduduk kampung yang terlibat cukup terkesan dengan apa yang berlaku (hakisan pantai).“Kami sangat berharap ianya tidak merebak dan pihak berkaitan boleh mencari satu penyelesaian yang tuntas melalui pengalaman-pengalaman di negara lain yang boleh diterokai.“Dengan teknologi yang ada pada hari ini diharapkan ianya boleh pulihkan balik kawasan Pantai Mengabang Telipot ini khususnya dan Terengganu akan kekal sebagai sebuah negeri yang memiliki pantai yang cantik dan indah untuk dikunjungi,” ujarnya.
29 Jul 18
188
Empty Image
Jawatan J3K Bukan Suatu Kebanggaan, Tetapi Amanah
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) perlu menjalankan tugas yang diamanahkan secara adil dan saksama sekali gus tidak menganggap jawatan itu sebagai suatu yang harus dibanggakan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, tanggungjawab sebagai J3K adalah satu amanah yang wajib dilaksanakan oleh pemegangnya dengan ikhlas sama ada suka, payah mahupun senang."Namun seseorang mesti memikul beban amanah, dan dia mestilah kuat dan beriman supaya ia tidak akan menjadi kehinaan dan penyesalan kepada pemegangnya di akhirat nanti jika gagal menjalankannya,"katanya ketika merasmikan Taklimat Fungsi dan Peranan J3K Daerah Marang.Seramai 200 orang Pengerusi dan Setiausaha (SU) J3K yang baharu dilantik pada majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Marang, Kamarudin Yaakob, penghulu-penghulu mukim Daerah Marang.Beliau juga mengingatkan bahawa J3K adalah mata dan telinga bagi kerajaan untuk membantu melicinkan pentadbiran negeri sehingga sampai ke akar umbi dalam memenuhi keperluan rakyat."J3K perlu meningkatkan kesabaran, senyum dalam berkomunikasi ketika menguruskan kehendak rakyat kerana kebiasaannya, mereka inginkan penyelesaian yang segera tanpa memahami prosedur kerajaan.“Berkat hidup yang paling penting ialah dengan memakmurkan masjid, maka Pengerusi, SU dan AJK J3K kena rajin pergi masjid. Kalau boleh sembahyang subuh berjemaah di masjid, kalau tidak boleh setiap masapun kena ada masa lain."Jangan pula Pengerusi J3K sampai berbulan-bulan tak nampak di masjid,” tambah beliau sebagai ingatan kepada mereka yang hadir.NorhayatiSementara itu, Pengerusi J3K Bukit Jetit, Pengkalan Berangan, Puan Norhayati Mohd Nor, 43, yang merupakan satu-satunya pengerusi wanita tunggal dalam Daerah Marang, berkata, beliau bersyukur kepada Allah S.W.T. dengan pelantikan itu walaupun memahami beban yang bakal diterimanya nanti.“Saya bersyukur atas kepercayaan yang diberi oleh kerajaan sebagai wakil muslimat di kawasan saya.Saya akan memastikan pembangunan yang sekata di kawasan saya, masalah sosial dihapuskan dan masalah rumah PPRT yang ada sebahagiannya sudah tidak diduduki oleh generasi kedua kerana sudah keluar dari kemiskinan,” katanya apabila ditanya mengenai perancangan awal sebagai Pengerusi J3K.MustafaBagi Mustafa Yaakob 52, Pengerusi J3K Paya Resak pula merancang untuk menyegerakan pembaikan sistem perparitan yang sedia ada dan menambah jika perlu bagi menangani masalah banjir di sekitar Kampung Paya Resak.“Jalan-jalan kampung juga, saya akan memastikan sentiasa dalam keadaan baik dan akan membaiki mana-mana yang telah rosak."Buat masa sekarang ini, sejak J3K baru ditubuhkan, kami telah membaik pulih rumah OKU (orang kelainan upaya) dan mengadakan gotong royong membersih kubur di sini,” ujar beliau.
29 Jul 18
165
Empty Image
Rempit, Pendekatan Polis Kemaman Dipuji
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan tahniah dan syabas kepada Polis Daerah Kemaman  menerusi pendekatan yang terbaru diambil oleh pasukan keselamatan berkenaan yang diketuai Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim dalam menangani dan membanteras gejala rempit."Pendekatan yang terbaru diambil oleh pihak polis bahagian ini dalam menangani dan membanteras gejala rempit ini adalah pendekatan yang sangat baik dan wajar dipuji," kata beliau dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook `Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar', hari ini.Dalam operasi Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik  pada 26 Julai yang lalu, seramai 79 orang mat motor yang ditahan dibawa untuk solat Subuh berjemaah, mengadakan bacaan Yasin dan juga sedikit peringatan dari imam yang bertugas."Dalam usaha mencegah budaya rempit ini, bukan aspek luaran sahaja perlu diambilkira tetapi pengisian rohani amat penting dalam mendidik anak muda kita yang terjebak dengan budaya yang tidak sihat ini. Syabas sekali lagi diucapkan,"ulas beliau lagi.
29 Jul 18
125
Empty Image
Terengganu Mahu Wujud Pusat Pemulihan Dadah Islamik
Maliaman menikmati taam bersama wakil-wakil agensi selepas melakukan kunjungan ke Madrasah Khairul Insan di JenagorKerajaan negeri sedang merangka satu pusat pemulihan dadah berkonsep Islamik sepenuhnya bagi membantu penagih dadah pulih seratus peratus menerusi pendekatan kerohanian.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, setakat ini dua lokasi dikenal pasti iaitu di Marang dan Kemaman bagi merealisasikan perancangan tersebut."Bangunan sudah ada cuma tunggu kata putus sahaja. Kita datang ke Madrasah Khairul Insan (MKI) di Jenagor ini sebagai kajian asas untuk dilaksanakan pada pusat pemulihan yang akan diwujudkan nanti."Di pusat ini, kita dapat melihat dua perkara yang penting iaitu manfaat dari persembahannya dan kelebihan MKI itu sendiri sebab ia berjaya membentuk 'isi dalam' bagi pemulihan penagih walaupun serba kekurangan," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan ke MKI, Jenagor, Hulu Terengganu bersama agensi-agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini.Tambah Maliaman lagi, baginya MKI cukup istimewa kerana berjaya memulihkan penagih dadah dengan terapi kerohanian mengikut Islam jika dibandingkan tempat lain yang mempunyai pelbagai kelengkapan canggih tetapi masih gagal dalam cara pemulihannya."Walaupun banyak kemudahan tetapi mereka gagal bentuk jiwa penagih dadah ini kerana 'isi dalam' masih kosong menyebabkan ada yang tidak pulih sepenuhnya dari masalah penagihan ini."Sebab itu, madrasah ini akan dijadikan kajian untuk kerajaan negeri laksanakan pusat pemulihan Islamik dan kita akan lihat sama ada sertai bersama MKI atau dibuat secara berasingan dan juga kekalkan di sini dengan kerjasama kerajaan negeri,"ujarnya.
29 Jul 18
360
Empty Image
68 Motosikal Disita Dalam Ops Rempit Jalanan
Superitenden Mohd Said IbrahimSebanyak 68 buah motosikal disita dan 205 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, bagi mengekang aktiviti samseng jalanan di daerah tersebut.Ketua Polis Daerah, Superitenden Mohd Said Ibrahim berkata, operasi selama dua hari yang bermula pada Khamis dan berakhir semalam mensasarkan beberapa laluan di Bandar Chukai dan kawasan Pantai Teluk Mak Nik.Menurutnya, seramai 39 anggota termasuk lima pegawai terlibat dan dibantu oleh Unit Siasatan Jenayah Narkotik."Operasi diadakan berikutan daripada aduan orang ramai dan pengguna jalan raya berkenaan aktiviti samseng jalanan sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk."Kebanyakkan mereka terdiri daripada remaja yang telah bekerja dan masih bersekolah telah menjadikan jalanraya sebagai tempat untuk berlumba dan melakukan aksi merbahaya," katanya selepas ditemui pada operasi tersebut semalam.Sebahagian penunggang motosikal yang diperiksa dalam operasi tersebut.Dalam operasi tersebut seramai 23 orang penunggang motosikal telah ditahan di Pantai Teluk Mak Nik dan dipaksa menolak motosikal sejauh 6 kilometer menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah.Mohd Said berkata, sepanjang dua hari operasi dijalankan, sebanyak 205 buah motosikal diperiksa melibatkan seramai 245 orang  penunggang dan pembonceng yang berumur lingkungan 15 hingga 30 tahun."Antara kesalahan yang yang dilakukan ialah menunggang motosikal tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, tidak mempunyai cermin pandang belakang, menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi  dan melakukan pengubahsuian haram terhadap motosikal yang mereka ," katanya.Menurutnya, pihaknya juga telah menahan 6 orang penunggang motosikal yang berusia lingkungan 18 hingga 39 tahun kerana positif dadah jenis Methaphetamin, Heroin dan Morfin.Tambahnya, operasi pada kali ini pihaknya menggunakan pendekatan baru dengan membawa kesemua yang ditahan untuk menunaikan solat Maghrib dan Subuh secara berjemaah di surau dan masjid berdekatan.Katanya, tindakan tersebut sebagai usaha untuk memberikan kesedaran melalui aspek kerohanian selain daripada tindakan saman."Selain daripada solat berjemaah, pihak jawatankuasa masjid juga telah mengadakan bacaan surah Yasin dan sedikit tazkirah dalam memberikan kesedaran kepada mereka,"katanya.Mohd Said juga turut mengingatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak  mereka pada waktu malam agar tidak terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat dan melakukan jenayah.
28 Jul 18
45
Empty Image
J3K Ambil Tahu, Salur Masalah Penduduk Setempat
Ahmad Nizam menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri kepada wakil J3K DUN Ajil sempena majlis Penyampaian Watikah Perlantikan J3K DUN Ajil, di Dewan Sivik Pekan Ajil.Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) merupakan mata dan telinga kerajaan negeri dengan mengambil tahu permasalahan penduduk setempat untuk disampaikan kepada wakil rakyat atau pihak yang berkenaan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, J3K mempunyai bidang kuasa tersendiri dalam membantu kerajaan.Katanya, mereka bukan sahaja menyampaikan maklumat kerajaan malah membantu dalam kepelbagaian yang membawa kepada kemakmuran kemajuan dan keselamatan."Maka, segala aduan dan pemasalahan yang dihadapi rakyat perlulah disampaikan kepada kerajaan negeri untuk dibantu dan diselesaikan."Jika seorang pengerusi J3K dan jawatankuasanya dapat melaksanakan tugas dengan baik sudah pasti mereka dapat membantu rakyat, sekali gus mereka tentu disenangi dan dihormati."Baik J3K, baiklah kerajaan negeri, buruk J3K, buruklah kerajaan negeri yang memerintah negeri ini," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan J3K Dun Ajil di Dewan Sivik Pekan Ajil, hari ini.Seramai 46 pengerusi J3K yang baharu bagi DUN Ajil menerima watikah pelantikan mereka yang turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa masing-masing.Maliaman turut mengingatkan bahawa J3K yang diberi kepercayaan pada kali ini bercakap bukan lagi sebagai pembangkang tetapi wakil kepada kerajaan yang ada sekarang dan J3K berperanan penting bagi menampung kekurangan dan kelemahan yang ada."Oleh sebab itu, semua pihak perlu perbetulkan hati ke arah perjuangan gerak kerja yang ikhlas demi Allah Taala untuk memajukan kampung dan realisasikan hasrat kerajaan baru yang ada kerana apa yang kita dapat hari ini adalah hasil kepercayaan rakyat yang memilih."Fahami lah kerajaan dan jika timbul berita yang tak jelas terutama dalam media sosial, jangan cepat melatah, jangan ulas sembarangan tetapi cari penyelesaian terbaik kerana kita tidak mahu jadi kerajaan yangg tidak adil..mahu jadi adil dan sebolehnya berlaku adil,"katanya.Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan Masyarakat), Ahmad Nizam Abd Karim memberi taklimat hampir sejam sebagai motivasi kepada pengerusi J3K agar mereka lebih memahami tugas dan peranan mereka yang sebenar.
28 Jul 18
53