lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Baja Bio Dari Sisa Buangan Burung Walit Tingkat Hasil Tanaman
Wan Zaliha sedang meberi taklimat penggunaan baja-bio dalam meningkatkan hasil tanaman kepada peserta yang terlibat dalam projek Usahawantani Hevotech di Kampung PelaPakar Pertanian Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membantu usahawan tani komuniti Kampung Pela, Ajil melalui program perkongsian dan pemindahan ilmu bagi menaik taraf kualiti hasil pertanian dengan penggunaan baja bio.Program yang mendapat kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia melalui suntikan dana turut dibantu oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.Ketua Projek, Dr. Wan Zaliha Wan Sembok berkata, penggunaan baja yang sesuai amat penting untuk mendapat hasil tuaian yang baik dan dijangka dapat membantu 20 peserta yang terlibat dalam projek usahawantani memasarkan baja bio ke pasaran glokal."Penghasilan baja bio daripada bahan terbuang seperti tahi burung walit dan baja biowalit ini digabungkan dengan mikrob berguna seperti mikoriza, yis, bakteria asid laktik serta lain-lain yang membantu menambah nutrien secara semula jadi dan merangsang pertumbuhan tanaman."Penggunaan baja biowait dalam tanaman cili dapat meningkatkan hasil tuaian 20 peratus dan mengurangkan 50 peratus kos operasi seterusnya dapat meningkatkan hasil pendapatan isi rumah para peserta dalam RM1,000 hingga RM1,500 sebulan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pembukaan Program Usahawantani Hevotech di Pusat Pengendalian Hasil Tuaian  Mini RTC Kampung Pela, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Zulkefly Harun.Wan Zaliha berkata, peserta juga akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan dalam penghasilan baja supaya mampu menghasilkan biobaja keluaran sendiri dan seterusnya menjadi usahawan baja akan datang.Sementara itu, Zulkefly berkata, pasaran untuk biobaja iaitu biowalit mempunyai potensi besar untuk dimajukan."Kita mempunyai bekalan sisa buangan burung walit yang mudah didapati di Terengganu dari 480 premis berdaftar serta lestari mampu menjamin keberkekalan projek ini."Kandungan nutrien yang tinggi dalam sisa buangan burung walit mampu bersaing dengan lain-lain produk baja bio di samping melestarikan alam sekitar dengan hasil kitar semula bahan,"katanya.
01 Aug 18
1548
Empty Image
Sultan Mizan Mahu KTS Jadi Jambatan Penghubung Rakyat Dan Komuniti
Sultan Mizan berkenan berangkat melawat pesakit KTS selepas menyempurnakan majlis perasmian hospital itu di Jalan Sultan Mahmud, Batu Burok, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyarankan Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) menjadi jambatan menghubungkan rakyat dan komuniti bagi membentuk tahap kesihatan yang lebih baik untuk rakyat Terengganu khususnya dan Malaysian amnya.Baginda bertitah, dengan wujudnya hospital pakar yang serba lengkap itu, rakyat memiliki pilihan untuk penjagaan kesihatan pakar yang lebih cekap dan berkualiti tinggi.“Beta dimaklumkan bahawa TDM Berhad melalui Kumpulan Medic Iman (KMI) menawarkan penjagaan kesihatan pada kos berpatutan yang memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dibawah TDM Berhad.“Selain KTS, TDM Berhad memiliki tiga buah lagi hospital iaitu Kuantan Medical Centre (KMC) di Pahang, Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) dan Taman Desa Medical Centre di Lembah Kelang.“Hospital-hospital yang dimiliki oleh KMI ini membuktikan pengaruh dan peranan besar mereka dalam bidang penjagaan kesihatan di negara ini,” titah baginda.Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Kuala Terengganu Specialist Hospital, Jalan Sultan Mahmud Batu Burok, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda-anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az, Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatimatuz Zahra'.Hadir sama, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ A. Rahman Yahya dan isteri To’ Puan Kamsiah Dollah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan.Dalam majlis tersebut, baginda turut menandatangani plak sebagai simbolik perasmian dan melancarkan logo baru KMI yang merupakan anak syarikat TDM Berhad.Titah baginda, bidang penjagaan kesihatan pada masa kini perlu selari dengan arus pemodenan dan dilihat semakin penting terutamanya dengan peningkatan kesedaran mengenai gaya hidup sihat.Baginda yakin, KMI mampu menyediakan segala kemudahan penjagaan kesihatan bermutu dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang membolehkan rakyat memperoleh manfaat daripadanya.“Beta amat berharap agar penjagaan kesihatan bagi rakyat Terengganu khususnya dapat menjadi bertambah baik dan sempurna memandangkan KTS selama ini banyak membantu masyarakat terutamanya dalam bidang kardiologi dan obstetrik,” titah baginda.
01 Aug 18
523
Empty Image
Semangat Teruskan Misi Bantu Gaza Tidak Luntur - Afandi
Ketibaan Mohd Afandi disambut oleh kaum keluarga, sahabat handai dan kakitangan UniSZA dengan iringan doa selamatWalaupun ditawan tentera Israel selama 36 jam, situasi itu tidak mematahkan semangat aktivis tunggal dari Malaysia yang menyertai misi 'Right to A Just Future for Palestine' ke Gaza, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh untuk terus menyertai misi kemanusiaan.Mohd Afandi berkata, ini merupakan misi  keempat yang disertainya dan kali pertama melalui jalan laut malah terpaksa berhadapan lanun Laut Mediterranean iaitu tentera Israel walaupun masuk secara aman."Penahanan kali ini tidak menyekat saya untuk terus membantu Palestin dan ini bukannya satu sahaja medan untuk saya berjuang sebab bagi saya banyak lagi cara untuk teruskan bantuan kemanusiaan ini dan yang pasti kami semua tidak melakukan kesalahan mengikut undang-undang."Ini disokong dengan penglibatan rakan-rakan daripada pelbagai negara bukan islam yang turut berjuang demi kemanusiaan terhadap kekejaman Israel terhadap Palestin walaupun ketika berada selama 36 jam di bawah tahanan Israel, saya cuma teringat keselamatan ibu yang sedang sakit sahaja," katanya .Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, hari ini.Suasana hiba ketika menyambut ketibaan Mohd Afandi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, petang tadiHampir 100 sahabat handai termasuk kaum keluarga hadir menyambut ketibaannya dari Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang tadi.Tambah beliau lagi, semangat yang ditunjukkan oleh kapten kapal warganegara Norway ketika kapal Al-Awda yang dinaikinya bersama beberapa sukarelawan lain ditawan dari setiap sudut sudah hampir ke perairan Gaza iaitu sekitar 49 batu nautika dari perairan Gaza juga memberinya kekuatan untuk bertahan."Walaupun sudah dikepung, kapten kapal warganegara Norway berkeras dan tetap mahu meneruskan perjalanan sehingga 40 batu nautika dari perairan berkenaan dan yang menakjubkan saya, dia hanya berusia 28 tahun dan bukan beragama Islam demi meneruskan misi kemanusiaan Gaza ini,"ujarnya lagi.Mohd Afandi merupakan Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa UniSZA berlepas ke Palermo, Itali bagi menyertai siri terakhir flotila ke Gaza bersama aktivis daripada pelbagai negara.Misi pelayaran kemanusiaan dengan mesej keamanan itu adalah simbolik penentangan masyarakat antarabangsa ke atas kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza sejak 2007.Menurut laporan Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar, pihaknya terputus hubungan dengan wakil tunggal sukarelawan Malaysia itu selepas kapal yang dinaikinya dihampiri empat buah kapal perang Israel pada jam 7.15 di 53 batu nautika (kira-kira 110.5 kilometer) dari pesisir Pantai Gaza.Aktivis lain di atas kapal ahli politik Norway Mikkel Gruner, doktor pakar ortopedik United Kingdom, Dr Ang Swee Chai, aktivis kemanusiaan warganegara Israel, Zohar Chamberlain Regev serta bekas atlet Norway, Prof Gerd Von der Lippe, bagi menghantar 116 kotak bekalan ubatan bernilai hampir Euro 13,000 (RM61,554) bagi diserahkan kepada penduduk Gaza melalui program #Gauze4Gaza.Pelayaran 'Right to a Just Future for Palestine' bermula pada 22 Mei lalu di Copenhagen, Denmark dan telah melalui 28 pelabuhan di pelbagai lokasi serta peserta bersilih ganti menaiki kapal di lokasi berbeza dan telah melalui 5,794 batu nautika sejak mula pelayaran.Kapal Al-Awda serta dua buah kapal kecil, Huriyyah dan Falastine, meninggalkan pelabuhan Messina, Sicily Itali untuk meneruskan misi Right to A Just Future for Palestine kira-kira jam 4 petang (waktu Malaysia) pada 22  Julai merupakan kapal nelayan dari Norway yang telah diubah suai dan akan diserahkan kepada nelayan di Gaza.
01 Aug 18
51
Empty Image
Ditawan Israel Pengalaman Antara Hidup Dan Mati
Mohd Afandi bersama isteri dan anaknya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, petang tadiAktivis tunggal dari Malaysia yang menyertai misi 'Right to A Just Future for Palestine' ke Gaza, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu petang tadi, selepas ditahan oleh tentera Israel, tiga hari lalu.Menceritakan pengalamannya, Mohd Affandi, 47, berkata, di saat 12 kapal perang tentera Zionis mengepung mereka setiap sudut, mereka seperti berada dalam peperangan antara hidup dan mati."Pada masa itu, kapal Al-Awda sudah hampir ke perairan Gaza iaitu sekitar 49 batu nautika dari perairan Gaza dan kapten kapal warganegara Norway tetap berkeras  meneruskan perjalanan sehingga 40 batu nautika dari perairan berkenaan."Saya dan rakan-rakan buang segala alatan seperti periuk termasuk garfu kerana bimbang dikatakan alat tersebut boleh dijadikan senjata dan boleh cederakan orang lain."Tentera Israel merampas kapal kami dengan tanpa belas kasihan dan memaksa kapal memasuki perairan Israel dan seterusnya dibawa ke pelabuhan yang mana ratusan tentera zionis menunggu kami seperti orang yang telah melakukan kesalahan besar padahal kami hanya nelayan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, petang tadi.Menurutnya, selepas melalui beberapa peringkat, kemudian dipenjarakan atas tuduhan memasuki Israel secara haram."Kemudian saya disuruh untuk menandatangani surat akuan menceroboh Israel tetapi saya tolak dan selepas  hari kedua ditahan, barulah saya tandatangan selepas peguam saya mengatakan ia selamat untuk ditandatangani."Akhirnya saya dibenarkan pulangke Malaysia melalui Bangkok, Thailand tanpa punyai apa-apa kecuali pasport dan berjaya hubungi keluarga untuk maklumkan keadaan saya,"ujarnya lagi.Mohd Afandi merupakan wakil tunggal Malaysia dalam kapal Al-Awda yang menjadi tahanan Israel bersama sukarelawan lain ketika membawa bekalan perubatan bernilai RM61,000 untuk rakyat Palestin di Gaza.Beliau yang menyertai misi 'Just Future for Palestine' diculik dari perairan antarabangsa pada 29 Julai kira-kira jam 7.15 petang waktu Malaysia ketika berada pada  kedudukan 49 batu nautika dari Gaza.
01 Aug 18
174
Empty Image
Program Smart Ibadah Haji Anak Kemaman
Seramai 572 pelajar daripada 20 tadika swasta diberi pendedahan mengerjakan ibadah haji melalui program Smart Haji Anak Kemaman.Pengarah Program Smart Haji Kemaman, Hilmi Ismail berkata, peserta yang menyertai program pada kali ini didedahkan dengan suasana sebenar mengerjakan haji seperti di Makkah."Program hari ini kita buat sebagaimana jemaah haji lalui semasa menunaikan rukun Islam kelima  bermula dari awal berangkat dengan menaiki bas seumpama menaiki kapal terbang ke Makkah dan prosedur yang sama juga dilakukan untuk mengerjakan haji.“Seperti pengalaman pagi tadi jemaah dilepaskan dengan bacaan doa dan laungan azan, bersalaman, berpelukan sehingga ada yang beremosi sampai menangis walhal ia cuma praktikal,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Smart Haji Anak Kemaman di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman hari ini.Menurut Hilmi, melalui program tersebut bukan sahaja memberi pendedahan pembelajaran secara praktikal kepada pelajar-pelajar ini malah turut memberi peluang ibu bapa untuk belajar bersama.“Untuk program ini kita juga melihat ramai ibu bapa dalam kumpulan Whatsapp bertanya cara memakai pakaian ihram, berapa kali nak tawaf? berapa biji batu yang kutip untuk melontar jamrah? dan ini adalah merupakan gambaran kejayaan program ini bukan sahaja untuk pelajar malahan juga ibu bapa,”katanya.Sementara itu, program berkenaan adalah program ketiga sejak tiga tahun lalu dengan kali pertama dijalankan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu dan kedua di Kemaman.Hilmi berkata, ekoran kejayaan pelaksanaan program ini, pihaknya merancang untuk meluaskan lagi penglibatan kanak-kanak pada program berikutnya.“Kami mensasarkan penyertaan pada tahun hadapan seramai 2,000 kanak-kanak dari lebih banyak tadika swasta dan kerajaan seperti Tadika Perpaduan, Tadika Kemas dan prasekolah,” katanya.
01 Aug 18
676
Empty Image
UPDI, i-MiTS Bantu Perkasa Kerajaan Negeri
Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) yang menjadi antara agensi penggerak utama pentadbiran negeri menerusi medium komunikasi diperkasakan dengan pelantikan kakitangan baharu bermula hari ini.Pengarah UPDI, Mohd Soud Said berkata, pertambahan 46 kakitangan di agensi itu bakal melancarkan gerak kerja yang sudah dirancang secepat dan sebaik mungkin, menepati kehendak pucuk pimpinan.“Seramai 24 orang untuk UPDI, telah mengangkat sumpah menerima jawatan sebentar tadi dan baki seramai 40 orang lagi akan masuk pada 15 Ogos ini."Antara perancangan terdekat, pihak kami akan mengadakan program dialog dengan MB dan Exco di semua lapan daerah bagi memberikan penerangan secara langsung kepada rakyat berkaitan dengan perancangan dan hasil yang telah kerajaan lakukan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai Majlis Angkat Sumpah Jawatan kakitangan kontrak baharu di Dewan Syarahan Tingkat Dua, Wisma Darul Iman, hari ini.Majlis mengangkat sumpah yang diketuai oleh Ukashah Hassan itu, disempurnakan di hadapan Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), Marzuki Endut.Bagi Pengarah i-MiTS, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, pula berkata dengan pengambilan baharu ini, mereka ini akan membantu memudahkan kerja-kerja khususnya dalam menjanakan kekuatan kerajaan supaya menepati motto `Maju, Berkat, Sejahtera'.“Saya menaruh keyakinan sepenuhnya semua yang baharu menandatangani surat tawaran jawatan itu adalah yang terbaik yang akan memberikan komitmen yang terbaik kepada kerajaan negeri,"ujarnya lagi.Menurut Kamaruzzaman, i-MiTS adalah diasaskan kepada modal insan sekali gus diharap dapat memainkan peranan untuk menggarapkan jiwa manusia tersebut supaya menjadi manusia yang tepat mengikut al-Quran dan Hadis.Terdahulu, Marzuki memulakan majlis dengan memberikan ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas berkenaan tugas sebagai seorang penjawat awam.Beliau menekankan setiap kakitangan perlu menjaga disiplin agar tidak mencemarkan nama baik kerajaan negeri dan juga mengingatkan kepada hukuman yang bakal dihadapi jika didapati bersalah melakukan jenayah.
01 Aug 18
92
Empty Image
Terengganu Tetap Mahu Royalti Minyak Lima Peratus Daripada Hasil Pengeluaran
Kerajaan Terengganu tetap dengan pendirian supaya agihan royalti minyak ke negeri ini diberikan sebanyak lima peratus daripada hasil pengeluaran.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penyaluran royalti minyak itu haruslah ditunaikan berdasarkan apa yang telah dipersetujui.“Kerajaan negeri tetap konsisten dengan pendirian bahawa penyaluran royalti minyak kepada negeri ini adalah sebanyak lima peratus daripada pengeluaran sepertimana perjanjian.“Kalau ada sebarang usaha untuk mengkaji samada bagi memenuhi keperluan manifesto yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan, itu boleh dibuat oleh mereka (Pakatan Harapan) sebagai sebuah kerajaan di peringkat pusat dan tempoh masa untuk tujuan itu terpulang kepada mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas isu tuntutan royalti Negeri Terengganu selepas menyempurnakan Majlis Pelantikan Bapa Angkat Bagi Setiap Acara Sukan SUKMA 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, negeri-negeri pengeluar minyak lain termasuk Sabah, Sarawak dan Kelantan turut dengan pendirian sama yang menuntut agihan royalti minyak dengan jumlah yang sama daripada kerajaan pusat.
01 Aug 18
53
Empty Image
JHEAT Lupus Empat Tan Abu Al-Quran
Mohd Nor melepaskan kiub abu ke laut.Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur melupuskan sebanyak 400 kiub abu al-Quran di perairan Pulau Kapas, Marang, hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkat, kiub seberat empat tan itu adalah hasil pembakaran 10,000 mushaf."Ini adalah kali ke lapan kita melupuskan abu al-Quran sejak 2012 dan inovasi abu dalam bentuk kiub bermula tahun 2016. Ini menyelesaikan masalah abu bertebangan semasa proses pelupusan selain lebih selamat untuk alam sekitar," katanya.Sebanyak 400 kiub abu dengan anggaran 10 kg setiap kiub.Mohd Nor turut menyeru orang ramai yang ingin melupuskan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat suci al-Quran untuk menyalurkan bahan tersebut di masjid kawasan masing-masing."Masjid pula boleh menyalurkan bahan di pejabat agama daerah. Setakat ini, JHEAT tidak mengenakan sebarang bayaran untuk melakukan pelupusan atas tanggungjawab kita terhadap agama," katanya.Program itu turut dihadiri Penolong Pegawai Penguatkuasa, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri, Suhana Sahidin dan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Mohd Nizam Abdul Latif.Abu dalam bentuk kiub lebih praktikal untuk dilupuskan.
31 Jul 18
155
Empty Image
153 Terima Anugerah UMT
Pengerusi Lembaga Pengarah UMT Dato' Mohammed Azlan Hashim dan Dr. Nor Aeini bersama penerima anugerah.Seramai 153 warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari pelbagai perkhidmatan terpilih menerima anugerah sempena Majlis Anugerah Tahunan 2018 di Kampus UMT Gong Badak, semalam.Empat kategori anugerah iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Julangan Bakat dan Anugerah Khas Naib Canselor disampaikan sebagai mengiktiraf komitmen, jasa dan budaya kerja cemerlang warga kerja dalam tugas mahupun penglibatan aktif dalam sosial dan kemasyarakatan.Naib Canselornya, Profesor Dato' Dr. Nor Aeini Mokhtar berkata, pengiktirafan itu dapat mewujudkan persaingan sihat antara warga kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik.Dr. Nor Aeini Mokhtar."Para penerima anugerah malam ini merupakan contoh kepada rakan sekerja untuk mengikut langkah kecemerlangan pada masa akan datang."Jadikan ia sebagai dorongan untuk memberik komitmen dalam melebarkan kecemerlangan UMT sebagai universiti terunggul dan penyumbang kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam," katanya.Dalam pada itu, penerima Anugerah Khas Naib Canselor, Helmi Khalil merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak UMT. "Bukan senang untuk seorang staf bukan akademik menerima anugerah tertinggi di universiti. Saya berharap UMT akan terus mengiktiraf hasil tugas staf bukan akademik yang sebenarnya turut menyumbang kepada kecemerlangan universiti," katanya.Beliau terpilih menerima sijil khas dan wang tunai RM 3,000 selepas menyelamatkan seorang pelajar antarabangsa yang lemas di kolam renang UMT.Helmi menerima Anugerah Khas Naib Canselor
31 Jul 18
122
Empty Image
Patriotik Disemai, Pahlawan Dihargai
Kemerdekaan dan keamanan negara yang kita kecapi pada hari ini merupakan hasil dari pengorbanan para perajurit dan anggota keselamatan yang menyekat segala ancaman dari dalam dan luar negara.Mereka mempertahankan ibu pertiwi dengan darah dan nyawa menjadi taruhan, kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi laman Facebook yang dimuat naik beliau hari ini."Justeru, sempena Hari Pahlawan, saya mengajak seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia umumnya menyemai semangat patriotik dalam diri dan mempertahankan kedaulatan negara seperti semangat perwira.Jadikanlah ia sebagai satu iltizam dalam diri untuk menghargai para pejuang negara.Selamat Hari Pahlawan kepada semua perajurit dan anggota keselamatan serta keluarga mereka.Tanpa kalian, rakyat Malaysia tidak dapat menikmati apa yang  dimiliki sekarang,"ulas beliau lagi.
31 Jul 18
38