Artikel "Semasa" Terkini
Bendahari MPKK Bakal Dibayar Elaun RM300 Sebulan
Dr. Azman Lebih 1,000 bendahari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu dilantik akan menikmat bayaran elaun RM300 sebulan berbanding RM650 setahun sebelum ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, keputusan dibuat oleh kerajaan negeri bagi memantapkan lagi pengurusan dan perjalanan MPKK selepas menimbangkan pelbagai perkara.Katanya, elaun bagi Pengerusi dan Setiausaha pula masih lagi seperti biasa dengan sebahagian disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan sebahagiannya dari kerajaan negeri."Bagi elaun Pengerusi MPKK, ia akan dibayar sebanyak RM900 sebulan melalui peruntukan Pusat RM500 dan tambahan RM400 dari kerajaan negeri."Ini juga melibatkan pembayaran yang sama kepada Setiausaha iaitu RM300 dari Pusat dan sebanyak RM200 dari kerajaan negeri."Yang berbeza pada kali ini cuma elaun bendahari, kalau dahulu cuma dapat RM650 setahun tetapi kerajaan negeri membuat sedikit perubahan dengan membayar elaun RM300 sebulan menggunakan peruntukan negeri,"ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Kem Jati Diri J3K Daerah Dungun, di Akademi Bomba, Wakad Tapai, Marang, hari ini.Azman berkata, elaun untuk mengadakan mesyuarat dan pengurusan pentadbiran dikekalkan seperti biasa oleh Kerajaan Pusat kepada MPKK."Ini termasuklah bantuan geran fizikal dan bukan fizikal kepada setiap MPKK dengan jumlah tidak lebih RM10,000 setahun."Namun tuntutan ini perlu melalui beberapa prosedur yang akan diperincikan oleh Pejabat Daerah masing-masing kepada MPKK nanti," katanya.
04 Aug 18
238
Pengerusi MPKK, Ketua Kampung Untuk Semua
Ustaz Mohd Nor (berjubah) ketika bersalaman dengan peserta Kem J3K Daerah Kemaman di TER Kuala Ibai Kuala Terengganu.Oleh : Suhaimi TaibPengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) adalah ketua kampung untuk semua, tidak terhad untuk satu parti sahaja.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, mereka berperanan sebagai pemimpin kepada semua penduduk di sesuatu kampung tidak lagi hanya untuk PAS sahaja."Justeru Pengerusi MPKK mesti mengambil cakna hal ehwal semua penduduk kampung tanpa mengira latarbelakang agama, kaum dan politik, " katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Kem Jati Diri J3K Daerah Kemaman di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu, hari ini.Mohd Noor menjelaskan, itu semua penting supaya segala masalah penduduk kampung dapat diselesaikan dengan jayanya.Tambahnya lagi, penduduk kampung tanpa mengira latar belakang mereka adalah rakyat Negeri Terengganu yang berhak memperolehi apa sahaja keperluan untuk rakyat di peringkat kampung."Ahli Jawatankuasa MPKK harus mengikis imej sebagai pembangkang kerana sekarang PAS sudah memerintah negeri Terengganu semula."Kita sudah menjadi kerajaan bukan lagi pembangkang, jadi imej dan sikap pembangkang hendaklah dibuang, " tegasnya.Di samping itu katanya, mereka juga bertugas sebagai wakil kerajaan dan semestinya melaksanakan dasar kerajaan di peringkat kampung.Add captionKatanya, mereka juga perlu bersedia menghadapi segala kerenah penduduk kampung termasuk bersedia melayan panggilan telepon dilewat malam atau awal pagi."Saya pernah menerima panggilan penduduk kampung saya, jam 3.00 pagi, minta saya cari anak lelakinya tidak balik ke rumah. "Saya terus menunggang motorsikal untuk ke rumah penduduk berkenaan dan kemudiannya cuba mencari anaknya, walaupun saya pasti tidak akan menemuinya, " jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong.Yang penting, katanya, seorang pemimpin perlu melayan kerenah rakyatnya supaya mereka dapat diberi perhatian sewajarnya.Sementara itu, Kerajaan Negeri mengalu-ngalukan tiga orang Ahli Jawatankuasa MPKK berbangsa Tionghua dari Kampung Cina, Cukai Kemaman kerana sudi bertugas sebagai anggota kerajaan di peringkat akar umbi. Kesudian mereka melambangkan kepercayaan mereka bahawa Kerajaan Terengganu mahukan kesejahteraan dan kemajuan untuk semua rakyat negeri itu, tanpa mengambil kira latar belakang mereka.Mereka itu ialah Pengerusi MPKK, Lip Woob Chang, Stiausahanya, Low Jin Lee dan bendaharinya, Lee Hwa Jee.Mohd Nor meminta ketiga-tiga orang ahli jawatankuasa berkenaan bangun memperkenalkan diri di majlis tersebut dan tepukan gemuruh diberikan untuk mereka oleh peserta kem berkenaan.
04 Aug 18
449
Terengganu Jadi Negeri Pertama Selesai Pelantikan MPKK
Dr. Azman bersama Pengerusi i-MITS, Ustaz Kamaruzaman Abdullah di Majlis Perasmian Penutup Kem Jati Diri J3K Daerah Dungun di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang, hari iniTerengganu menjadi negeri pertama yang mengalami peralihan pimpinan kerajaan yang menyelesaikan pelantikan Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berbanding negeri lain.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, Terengganu menyelesaikan lebih awal dari yang dijangkakan dan secara rasmi menggunakan nama MPKK sebagai nama baharu seperti yang diumumkan dalam Mesyuarat Mingguan Kerajaan Negeri pada 1 Ogos lalu."Seperti yang disyorkan oleh jemaah menteri untuk kita guna pakai nama MPKK menggantikan nama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah pun keluarkan surat arahan ini kepada semua Pegawai Daerah pada 2 Ogos."Maka secara rasmi kita gunakan nama baharu ini kerana pihak kita telah selesai awal bahagian penyusunan jawatankuasa ini.Namun sebaliknya bagi negeri-negeri lain yang turut berlaku peralihan pimpinan kerajaan, mereka belum menubuhkan lagi MPKK ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Kem Jati Diri J3K Daerah Dungun di Akademi Bomba, Wakad Tapai, Marang, hari ini.Dr Azman berkata, kerajaan negeri turut membuat penambahbaikan dari segi memberi peluang kepada pengerusi yang melebihi had umur yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat untuk terus kekal sebagai Pengerusi MPKK."Kerajaan Pusat telah mengariskan had umur tertentu bagi jawatan pengerusi iaitu tidak lebih dari 69 tahun dan bagi ahli jawatankuasa pula 65 tahun ke bawah."Tetapi sekiranya di kampung-kampung yang memerlukan individu tertentu untuk memimpin walaupun umur melebihi 69 tahun, maka YAB Menteri Besar memberi kebenaran khas untuk kekal sebagai Pengerusi MPKK tanpa campur tangan Kerajaan pusat."Terdapat beberapa kes yang melibatkan Pengerusi MPKK yang melebihi had umur tetapi dikira masih terbaik untuk memimpin diberikan kebenaran khas ini bagi penggal ini untuk meneruskan perkhidmatannya,"ujarnya.
04 Aug 18
143
Maklum Segera Jika Ada Musibah - JKM
Ghazali Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu melaporkan sebarang bencana dalam kawasan mereka kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dengan segera.Penolong Pengarah JKM Terengganu, Ghazali Awang berkata, ia bertujuan supaya bantuan dapat disalurkan dengan mudah dan lancar."JKM telah dilantik sebagai urusetia pengurusan bencana di peringkat daerah. Bermakna, segala penyiasatan, pengumpulan maklumat dan penghantaran maklumat akan dilakukan oleh pihak kami," katanya ketika memberi penerangan kepada ahli MPKK Daerah Dungun dalam Kem Jati Diri MPKK di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, hari ini.Kem tersebut dihadiri 250 peserta yang didedahkan dengan modul berkaitan pengurusan dan pentadbiran desa.Ghazali memberi penerangan bersama wakil Maidam dan wakil Pejabat Pembangunan Persekutuan.Ghazali turut memaklumkan bantuan rumah bernilai RM40,000 dan bantuan musibah berjumlah RM25,000 diluluskan jika berlaku bencana melibatkan kehilangan rumah."Bantuan ini akan disalurkan melalui Tabung Darul Iman (TDI). Namun, ia berpandukan dokumentasi siasatan dan laporan daripada JKM," katanya.
03 Aug 18
70
Kem Jati Diri MPKK Usaha Baik Kerajaan Negeri
Embong Kem Jati Diri Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Terengganu Sejahtera merupakan usaha baik yang dilaksanakan kerajaan negeri melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) dan Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS) dalam memperkasakan peranan MPKK.Penghulu Kanan Pejabat Daerah Dungun, Embong Mohd Zin berkata, langkah itu penting supaya ahli jawatankuasa MPKK tahu dan memainkan peranan sebagai pentadbir kampung."Langkah mendahulukan pendedahan dasar dan polisi kepada MPKK memudahkan mereka untuk memenuhi matlamat kerajaan ketika berkhidmat kepada masyarakat."Paling penting, mereka dapat memahami peranan jabatan yang ada dan disediakan untuk berkhidmat kepada rakyat mengikut peranan masing-masing," katanya ketika hadir meninjau 250 peserta MPKK daerah Dungun dalam Kem Jati Diri Siri satu di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang hari ini.
03 Aug 18
60
J3K Ditukar Kepada MPKK
Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun lalu dan syor Kementerian Pembangunan Luar Bandar agar diselaraskan penggunaan nama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi semua negeri maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kelmarin (1 Ogos) memutuskan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dipinda kepada nama baharu itu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, J3K seluruh Terengganu akan mengguna pakai nama baru MPKK dengan surat pemakluman mengenainya dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu kepada semua Pegawai Daerah mulai semalam."Penggunaan nama MPKK ini perlu supaya berlaku penyelarasan dalam urusan berkaitan pengurusan kampung antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dalam urusan penyaluran peruntukan serta hal-hal pentadbiran lain."MMKN juga menerima maklum akan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bahawa perlantikan MPKK adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan semua JKKK Persekutuan (JKKKP) dimansuhkan," kata beliau dalam satu kenyataan kepada media, kelmarin.Menurut Dr Azman, dengan pertukaran nama itu, bermakna tiada pertindihan fungsi antara negeri dan Pusat dalam hal pengurusan kampung.
03 Aug 18
108
250 MPKK Dungun Sertai Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera 2018
Peserta mendapat pendedahan dalam pelbagai slot dan aktiviti.Seramai 250 peserta terdiri daripada ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Dungun menyertai Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera Siri Satu di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang selama tiga hari bermula semalam.Peserta terdiri daripada ahli jawatankuasa MPKK di 100 kampung dalam daerah tersebut.Kem anjuran kerajaan negeri melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS) dilaksanakan sebanyak tiga siri melibatkan MPKK dari lapan daerah seluruh negeri Terengganu.Raja Arizal Raja Arif.Penolong Pengarah i-MITS, Raja Arizal Raja Arif berkata, program itu secara umumnya merupakan medium untuk menyampaikan dasar dan polisi kerajaan negeri yang baharu kepada pentadbir kampung."Kita perlukan MPKK yang menjiwai tugas dan komited untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya.Beliau yang merupakan pengarah program turut menyatakan kem Jati Diri MPKK juga menjadi medan pertemuan antara pejabat daerah dengan MPKK Daerah Dungun. "Disebabkan itu, kita mulakan program dengan slot Kesejahteraan Pentadbiran Desa bersama Penolong Pegawai Daerah Dungun, Ahmad Bukhari Abdul Rahman," katanya.
03 Aug 18
328
Lelaki Ditahan Miliki Senapang Patah
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki selaras senapang patah buatan sendiri yang disimpan di bahagian bonet belakang kereta selepas ditemui dalam keadaan yang mencurigakan.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek berusia 28 tahun yang memandu Produa Kancil, ditahan di persimpangan Kampung Dusun, Hulu Terengganu oleh sepasukan pegawai dan anggota cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Hulu Terengganu.Menurutnya, suspek diminta memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum pemeriksaan dijalankan dan sebaik membuka bonet kereta itu polis menemui sehelai kain sarung bewarna hijau."Sebaik membuka kain itu, kita menemui selaras senapang patah buatan sendiri bersama sembilan biji peluru bewarna ungu dan hijau."Dari hasil siasatan polis, didapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan dan hasil ujian air kencing adalah negatif," katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu, semalam.Mohd Adli berkata, pihaknya difahamkan bahawa suspek memperoleh senapang itu daripada individu berasal dari negara jiran dua tahun lepas dan menggunakannya untuk pemburuan haram.Suspek yang berasal dari Kampung Kuala Dura ditahan dan direman selama empat hari bermula 31 Julai hingga 3 Ogos 2018 dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 manakala senjata terbabit dihantar ke makmal forensik PDRM untuk tindakan lanjut.
02 Aug 18
94
Kumpulan Samun Geng Dek Tumpas Di Hulu Terengganu
Mohd AdliPolis berjaya menumpaskan kumpulan samun ‘Geng Dek’ dengan penahanan empat anggota termasuk ketua bersama isterinya, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Nibong, Hulu Telemong dalam satu serbuan pada jam 5 pagi semalam.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, tiga daripada anggota geng itu yang berumur antara 29 dan 37 tahun berasal dari sekitar daerah ini manakala seorang lagi dari Besut."Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dandikehendaki kerana disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun, pecah rumah dan ugutan jenayah di sekitar daerah ini pada Jun lalu.“Dalam serbuan pada jam 5 pagi, Geng Dek yang baru dihidupkan semula itu selepas ketuanya Dek dibebaskan dari penjara awal tahun ini, cuba melarikan diri tetapi berjaya dihalang sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu," katanya kepada pemberita di IPD Hulu Terengganu, semalam.Mohd Adli berkata, hasil ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah dan suspek wanita cuba merayu dengan alasan mengandung tiga bulan,Beliau berkata, polis turut merampas lima telefon bimbit dan kereta Toyota Vios yang menggunakan nombor pendaftaran palsu, dipercayai kereta klon yang diseludup dari negara jiran.
02 Aug 18
997
Festival Peranakan Sasar Tarik 130,000 Pelancong
Tun Ahmad Faisal (tengah) ketika sidang media sempena Festival Peranakan Terengganu 2018 di Kampung Tiong.Festival Peranakan Terengganu 2018 yang bakal diadakan pada 17 hingga 22 Ogos ini mensasarkan kunjungan pelancong sehingga 130,000 orang.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, jumlah itu dijangka bertambah berbanding 100,000 pengunjung pada festival tahun lalu berikutan terdapat lebih banyak produk baharu diperkenalkan yang akan menarik minat pengunjung.Katanya lagi, festival ini juga sebagai penjenamaan warisan yang unik bagi membantu nilai tambah kepada produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di situ."Festival Peranakan Terengganu 2018 yang merupakan kali kelima dianjurkan oleh pihak Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (TCCCI) selepas kejayaan penganjuran pada tahun sebelumnya."Perubahan tempat dari jalan Kampung Cina ke sepanjang laluan kawasan Kampung Tiong yang dijadikan "Pedestrian Walk" selama enam hari dengan pelbagai aktiviti harian. Penutupan jalannya bermula pada jam 4 petang sepanjang festival berlangsung,"katanya kepada pemberita di Majlis Sidang Media sempena Festival Peranakan Terengganu di Kampung Tiong, semalam.Tun Faisal berkata, antara produk baharu yang akan ditampilkan tahun ini adalahkemeja potong kot selain makanan tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat cina peranakan Terengganu."Kemeja potong kot adalah kemeja yang telah terkenal sejak sekian lama di sini. Sejak kebelakangan ini kita lihat ia kembali dipopularkan dengan rekaan terbaharu dan lebih menarik."Sambutan terhadap kemeja ini juga begitu memberangsangkan dan ia dilihat lebih mudah diterima dan menembusi pasaran," katanyaTambah beliau lagi, sepanjang program itu berlangsung, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk demontrasi masakan makanan tradisional peranakan, pameran dan persembahan kebudayaan."Saya yakin festival peranakan ini yang diumumkan sebagai salah satu acara utama tahunan di dalam Kalendar Pelancongan Negeri Terengganu berimpak tinggi untuk menarik pelancong kerana keunikannya,"katanya lagi.Majlis perasmian program yang termasuk kalendar tahunan pelancongan negeri akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Tapak Festival Kampung Cina pada 17 Ogos ini pada jam 9 malam.
02 Aug 18
86