lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
MPKK Perlu Peka Rungutan Masyarakat
Oleh: Asraf IkhwanMajlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diminta agar sentiasa peka dengan rungutan orang kampung dan berusaha menyelesaikannya dengan segera mengikut saluran yang betul.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, ahli MPKK perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin serta bersedia melakukan pembaharuan di setiap kampung masing-masing."Kita mahu MPKK sentiasa mendengar rungutan dan turun padang menemui penduduk kampung. Biar ada beza dengan ahli MPKK terdahulu,"katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Kursus Kem Jati Diri MPKK Sejahtera 2018 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, semalam.Kursus yang melibatkan seramai 276 orang peserta di kalangan ahli MPKK Daerah Dungun dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Turut hadir, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Program Kem Jati Diri, Ustaz Raja Arizal Raja Arif merangkap Timbalan Pengarah i-MiTS.Sementara itu, Dr Azman yang juga ADUN Jabi ketika berucap berharap ahli MPKK yang dilantik  bersemangat menjalankan amanah  seterusnya membawa imej yang baik kepada kerajaan negeri yang membawa slogan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera."Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta kursus yang sanggup menunggu dari awal kem sehingga ke acara terakhir walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk beberapa hari," ujar beliau.
04 Aug 18
203
Empty Image
Bina Imej Baik MPKK
Oleh : Khalid Abdullah Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu membina imej baik dalam masyarakat kerana mereka adalah wakil kerajaan negeri di peringkat akar umbi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, MPKK adalah wakil kepada kerajaan negeri, segala baik dan buruk akan memberi imej langsung kepada kerajaan negeri."Kita tidak boleh sama-sekali melakukan penyalahgunaan kuasa dan mesti berpegang  kepada amanah yang diberikan, selain soal imej dan moral, kita akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti," katanya.Beliau berkata demikian di majlis penutup Kem Jati Diri MPKK Peringkat Parlimen Kemaman di Regency Waterfront Kuala Terengganu, hari ini.Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut mengingatkan ahli MPKK supaya tidak sombong atau bersikap bangga selain lupa diri apabila memegang kuasa."Perlu ada sifat sebagai hamba Allah dengan melaksanakan segala perintah Adan meninggalkan larangan Allah."Allah memilih kita sebagai pemimpin kerana hendak memberi pahala atas usaha, pertolongan, bantuan dan khidmat kepada masyarakat," kata beliau lagi.Seramai 337 ahli MPKK seluruh Parlimen Kemaman menyertai program tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 Ogos lalu.
04 Aug 18
54
Empty Image
Rumah Usia 23 Tahun Musnah Terbakar, Diganti Baharu
Nasib malang lima sekeluarga yang kehilangan rumah didiami sejak 23 tahun lalu di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, terubat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, hari ini membawa khabar gembira untuk keluarga itu.Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan negeri mengunjungi mereka di tapak rumah yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini untuk bertanya khabar dan menyampaikan bantuan RM3,000 bagi mengurangkan bebanan mangsa.Mangsa, Rohaya Sidek 45, yang mempunyai empat cahaya mata berusia 12 hingga 23 tahun itu bersyukur dengan keprihatinan Hanafiah serta kerajaan negeri yang turut berjanji membina rumah baharu untuk mereka secepat yang mungkin.Menceritakan kejadian malang itu, pada hari kejadian tiada siapa yang berada dalam rumah berkenaan dan dia juga tidak memasak pada hari tersebut.“Pada hari itu kira-kira jam 8 pagi saya keluar dari rumah untuk menolong sepupu memasak dekat Kuala Kemaman. Lepas itu, saya terima panggilan orang cakap rumah saya penuh asap tebal.“Saya terima banyak panggilan daripada jiran-jiran, saya cakap mungkin salah tengok rumah dan mungkin itu cuma asap bakar getah tetapi waktu tu saya mula rasa cemas kemudian saya bergegas balik rumah apabila sampai saya lihat rumah saya dah terbakar sepenuhnya,” katanya.Rohaya berkata, dia terharu kerana tragedi itu mendapat perhatian ramai serta pemimpin setempat juga cepat bertindak membantu menyelesaikan masalah mereka sekeluarga.“Tidak lupa juga kepada jiran-jiran dan pihak yang membantu kerana menyumbang peralatan rumah seperti peti sejuk, kipas, mesin parut kelapa, mesin basuh, dapur gas dan lain-lain,” katanya.Rumah baharu itu dijangka siap dalam masa tiga bulan serta dilengkapi dengan kemudahan eletrik dan bekalan air.
04 Aug 18
102
Empty Image
Jabatan Kesihatan Negeri Kesal Penyebaran Berita Palsu HFMD
Dr Mohammad Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan ada mengeluarkan kenyataan berkenaan terdapat beberapa pasaraya di Terengganu disahkan positif Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, pihaknya kesal dengan sikap sesetengah individu yang sengaja menyebarkan berita palsu tersebut sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk berkenaan penularan wabak penyakit tersebut.Menurutnya, penyebaran beritu palsu tersebut adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang bertujuan untuk menimbulkan keadaan huru-hara  berikutan dengan peningkatan kes penyakit tersebut di negara ini."Ini adalah satu tindakan yang paling kita kesalkan kerana individu yang menyebarkan berita palsu tersebut tidak mendapat maklumat yang sebenarnya dan hanya mendengar kepada info yang palsu dari sumber yang tidak diiktiraf," katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam.Mohamad berkata, pihaknya membuat persediaan rapi bagi mengekang wabak tersebut dari terus merebak serta hebahan dan kempen yang efektif bagi menyedarkan orang ramai berkenaan wabak tersebut.Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dan tepat berkenaan penyakit tersebut di Pejabat kesihatan Negeri dan tidak perlu mudah mempercayai penyebaran berita palsu di laman sosial."Kita harap masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu dan harus mendapatkan maklumat yang tepat dari pihak yang sepatutnya supaya tidak timbul rasa bimbang di kalangan mereka,"katanya.Mohammad juga mengingatkan orang ramai supaya dapat membuat langkah pencegahan di rumah dan memantau berkenaan kesihatan anak-anak mereka bagi mengelakkan penyakit tersebut berjangkit kepada kanak-kanak yang lain."Ibu bapa perlu melihat keadaan sekeliling dan sentiasa berwaspada berkenaan kesihatan anak mereka. Merekajuga perlu melakukan langkah pencegahan di rumah masing -masing seperti menggunakan air yang bersih dan membersihkan anak-anak mereka apabila pulang dari bermain di luar," katanya.Tambahnya, kesedaran terhadap penyakit tersebut di kalangan ibu bapa juga sudah mula meningkat dan ini adalah hasil dari kempen yang berterusan dari pihaknya dalam memberi kesedaran berkenaan bahaya penyakit HFMD terhadap anak mereka.
04 Aug 18
42
Empty Image
MPKK Perlu Tahu Asas Kendali Kebakaran
Zulkifli mengendalikan slot khas kepada Ahli MPKK.Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memiliki ilmu mengendalikan kebakaran dan menggunakan pemadam api supaya mampu mengelak tragedi yang  boleh memusnahkan harta serta mengancam nyawa.Pegawai Bomba Kanan II, Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Zulkifli Md Akhir berkata, mereka disaran mendalami asas mengendalikan sebarang situasi kecemasan kebakaran dari semasa ke semasa.Peserta melakonkan cara pengendalian pemadam api.  Melalui pengalaman pihak bomba, ramai ingin membantu pihak bomba ketika kecemasan berlaku namun tiada ilmu untuk mengendalikannya. "Oleh itu, kerjasama antara MPKK dengan balai berdekatan sangat membantu. "Mereka boleh mengadakan latihan dan praktikal dalam memperkukuhkan pengetahuan supaya dapat bertindak terlebih dahulu ketika kecemasan kebakaran sebelum bomba sampai," katanya ketika mengendalikan slot khas dalam Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera di Akademi Bomba Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, semalam.Slot pengendalian kebakaran merupakan satu-satunya slot khas yang diadakan untuk MPKK daerah yang berkursus di akademi tersebut.Anggota bomba yang terlibat membantu peserta kem.
04 Aug 18
351
Empty Image
MPKK Berperanan Sebagai Duta Kerajaan
Kamaruzaman bersama Dr. Azman bergambar bersama-sama peserta Kem Jati Diri J3K bagi daerah Dungun di Akademi Bomba Wakaf Tapai , hari iniJawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan memainkan peranan sebagai duta kerajaan negeri bagi merealisasikan`Terengganu Maju, Berkat,  Sejahtera'.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzaman Abdullah berkata, MPKK akan bertindak sebagai duta atau agen yang berada paling dekat dalam komunikasi secara langsung dengan rakyat."Ini bermakna pimpinan kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada maklumat yang datang dari MPKK."Mengapa kita berkata demikian...sebab MPKK bawa hasil komunikasi terus dari rakyat di bawah, itu yang dikatakan berperanan sebagai duta kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Kem Jati Diri J3K Daerah Dungun di Akademi Bomba, Wakad Tapai, Marang, hari ini.Kamaruzaman turut berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh MPKK dalam Kem Jati Diri yang merupakan sesi pertama sebaik sahaja dilantik memikul amanah sebagai pemimpin masyarakat."Saya melihat jati diri yang tinggi di kalangan MPKK yang hadir, sangat bermotivasi dan bersemangat tinggi yang merupakan elemen penting untuk melaksanakan inspirasi kerajaan Maju, Berkat dan Sejahtera dapat dilaksanakan."Begitu juga amalan budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan menunjukkan hubungan kerajaan negeri dengan parti yang pernah menjadi kerajaan negeri tidak mempunyai jurang pemisah."UMNO yang kehilangan ibu dan ayah nampaknya lebih selesa dengan apa yang ada sekarang, lebih tenang dan matang," ujarnya lagi.Menurut beliau lagi, pengalaman pada 1999 mengajar kerajaan negeri yang ada sekarang supaya lebih berhati-hati dalam mentadbir supaya peristiwa itu tidak berulang lagi.
04 Aug 18
100
Empty Image
Terengganu Sifar Miskin Tegar
Maisarah Ab Hamid.Statistik e-Kasih Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu sehingga 30 Jun lalu, merekodkan Terengganu di  tangga terakhir miskin tegar dengan jumlah sifar miskin tegar.Penolong Pegawai Perangkaan, Maisarah Ab Hamid berkata, kejayaan sifar miskin di negeri itu berikutan kerjasama yang efektif antara jabatan dan pemimpin masyarakat."E-Kasih merupakan penyepaduan data untuk mengumpul maklumat golongan berpendapatan rendah."Apabila kita dapat maklumat tentang miskin tegar ini, penyelia daerah akan turun secara 'task force' untuk membuat menyelesaikan permasalahan tersebut antaranya dengan bancian semula," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Wakaf Tapai, Marang, semalam.Beliau hadir membentangkan sistem e-Kasih kepada 250 peserta Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera 2018 yang berlangsung selama tiga  dan berakhir hari ini.
04 Aug 18
101
Empty Image
Ibu Bapa Risau, Ambil Langkah Berjaga-jaga Kekang Wabak HFMD
Segelintir ibu bapa masih membawa anak - anak beriadah di tempat terbuka biarpun timbul kegusaran terhadap penularan wabak HFMDPenularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) menunjukkan peningkatan apabila merekodkan sebanyak 41,798 kes jangkitan wabak itu di seluruh negara setakat ini, termasuk melibatkan dua kes kematian kanak-kanak iaitu di Pulau Pinang dan Sarawak.Pengumuman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan sehingga 1 Ogos lalu, sebanyak 849 kes baru HFMD dilaporkan di seluruh negara dengan berlakunya peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding sebelum ini.Dengan peningkatan ketara wabak tersebut sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran ibu bapa terhadap keselamatan kesihatan anak mereka kerana kebanyakan ibu bapa yang bekerja terpaksa menghantar anak mereka ke pusat asuhan.Tinjauan yang dibuat di Kawasan Rekreasi Kemaman Waterfront hari ini, mendapati meskipun wujud kebimbangan berkenaan jangkitan penyakit tersebut, ibu bapa masih membawa anak-anak mereka untuk keluar bersiar-siar di kawasan terbuka pada waktu petang  Ibu bapa yang ditemui menyatakan bahawa mereka sedar bahawa penyakit tersebut boleh tersebar melalui pelbagai cara dan mengambil beberapa langkah pencegahan ketika berada di rumah bagi mengelak jangkitan penyakit tersebut.Ermi Mat YamanBagi seorang sukarelawan sebuah pusat jagaan kanak-kanak, Ermi Mat Yaman, 33, peningkatan penyakit itu membuatnya mengambil beberapa langkah pencegahan di pusat jagaannya dan langkah pencegahan berkenaan turut dipraktikkan di kediamannya bagi mengekang penularan wabak tersebut terhadap dua anaknya yang masih kecil."Memang bimbang kalau nak bawa pergi ke tempat-tempat terbuka dan tambah risau apabila ada yang meninggal dunia akibat HFMD."Langkah pencegahan yang saya buat di rumah ialah dengan menjaga kebersihan contohnya air tu saya guna air tapis, elakkan anak dari menggunakan air kotor dan sekiranya  pergi ke tempat permainan terus saya mandikan serta pakaian dia tu saya akan basuh dengan air panas," katanya.Rukiah DollahBagi seorang warga emas, Rukiah Dollah , 58, dia mengetahui berkenaan penyakit tersebut  melalui pembacaan surat khabar dan merasa bimbang apabila mengetahui ia boleh merebak melalui pelbagai cara."Bimbang jugalah sebab sekarang benda itu merebak dan paling takut bila pergi ke pasaraya apabila guna troli kerana kanak-kanak tabiatnya suka menggigit pemegang troli dan itu yang makcik paling takut bila pergi ke pasaraya sekarang," katanya.Chan Kem KeeBagi seorang pekerja swasta, Chan Kem Kee ,51, aspek penjagaaan kebersihan di kediamannya menjadi satu keutamaan apabila dia akan memastikan kebersihan persekitaran dan dalaman sentiasa dipantau bagi mengelakkan jangkitan berlaku kepada dua orang anaknya."Memang ada bimbang sikit kerana anak saya masih bayi lagi dan memang cepat merebak dan saya ada terbaca di dalam suratkhabar bagaimana ianya merebak jadi bila anak-anak berada dirumah saya akan pastikan kebersihan diri mereka menjadi perkara yang penting bagi saya," katanya.Malah, katanya apa yang diharapkan oleh ibu bapa ialah supaya pihak Kementerian Kesihatan dapat mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan wabak HFMD dari terus merebak  agar anak-anak mereka dapat menjalani kehidupan yang normal sepertimana sebelum ini.
04 Aug 18
53
Empty Image
20 Wanita Perkasa MPKK Daerah Dungun
Peserta wanita turut melakukan aktiviti.Seramai 20 wanita memberi komitmen untuk memperkasakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Dungun dalam Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera 2018 di Akademi Bomba Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang, semalam.Kebanyakan mereka dilantik sebagai bendahari dan setiausaha mewakili kampung masing- masing.Faridah Mamat.Seorang peserta, Faridah Mamat, 43, yang merupakan bendahari MPKK Kampung Rantau Panjang menyifatkan kem itu banyak mengajarnya asas dan keperluan dalam pengurusan desa."Pengisian yang diberi amat baik. Kita sebagai orang yang dilantik akan menjaga penampilan sebagai mana disarankan dalam berkhidmat kepada masyarakat."Sebagai Muslim, kita kena mempamerkan personaliti Muslim itu dengan baik," katanya.Sahabat beliau yang merupakan setiausaha Kampung Rantau Panjang, Nor Zakirah Mohd Zaid, 28, turut mengakui program yang diadakan membantu beliau mengatasi rasa bimbang.Nor Zakirah"Perasaan bimbang warga kampung tidak dapat menerima pandangan dan pimpinan orang muda seperti saya tetap ada. Tetapi, pertolongan pengerusi ahli yang lain akan banyak membantu ketika berkomunikasi dengan penduduk," katanya.Dalam pada itu, Tengku Anisahuri Tengku Mahmud, 49, bendahari MPKK Kampung Syukur berkata, penerangan daripada jabatan berkaitan memberi pendedahan berkaita .antuan yang boleh dipohon untuk keperluan penduduk.Tengku Anisahuri.Beliau turut berterima kasih kerana program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) itu membuka ruang dan idea untuk memajukan kampung. Program itu berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini dengan penglibatan 250 peserta.
04 Aug 18
72
Empty Image
Projek Pembangunan Air Bersih Atasi Masalah Air Di Pengkalan Berangan
Sulaiman Sulong.Projek pembangunan air bersih dan penggantian paip baharu akan dilaksanakan bermula tahun depan dijangka dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Pengkalan Berangan dan sekitarnya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, pelaksanaan projek itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu."Masalah air sekian lama di kawasan ini sebenarnya berpunca daripada paip-paip lama yang tidak dapat diganti berikutan kos tinggi dan kurang efektif," katanya ketika menjawab soalan dalam Majlis Soal Jawab Isu di Bukit Payung, Marang, hari ini.Sulaiman menjelaskan, pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan Syarikat Air Terengganu (SATU) yang merangka tindakan lebih efisien sebagai penyelesaian."Pihak SATU telah menaikkan tekanan air bagi kawasan terlibat. Bagaimanapun, paip tidak dapat menampung tekanan menyebabkan paip sering pecah dibeberapa kawasan."Jadi kita harap pelan tindakan yang  akan dilaksanakan dapat menyelesaikan masalah ini," jelasnya lagi.Majlis anjuran Dewan Muslimat PAS Marang itu dihadiri lebih 50 orang yang mengutarakan soal jawab isu-isu pada Sidang DUN yang lalu.
04 Aug 18
79