lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Tiga Pelajar Terengganu Wakili Malaysia Ke Korea
Pengetua SAHUT(dua dari Kanan)bersama Guru Pembimbing Program, Ahmad Ridhuan bersama tiga pelajar yang bakal berlepas ke Korea pada 7 Ogos ini.Tiga pelajar dari Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) terpilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan The 13th International Standards Olympiad yang akan berlangsung di Yongin, Korea.Pelajar-pelajar berkenaan, Nik Nurasilah Nik Aziz, Najah Bahrin Shah dan Muhammad Amar Haqim Ramli yang berusia 15 tahun mendapat tempat pertama dalam saringan penulisan esei mengenai keselamatan di lapangan terbang pada tahun lepas.Guru Pembimbing Program, Ahmad Ridhuan Azman berkata, program yang akan dijalankan pada 8 hingga 10  Ogos merupakan program Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar bagi meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepenggunaan standard dan kepentingan."Dalam erti kata lain, ia memberi peluang kepada pelajar untuk mereka cipta sesuatu inovasi yang mampu digunakan secara global dan menyeluruh."Penyertaan bagi pertandingan ini ditaja oleh pihak Korean Agency For Technology and Standards (KATS) termasuk kos makanan dan tempat tinggal."Manakala bagi kos tiket penerbangan, pihak KATS menaja dua orang bagi setiap kumpulan peserta (50 peratus) dan selebihnya  adalah di bawah tanggungan pihak sekolah," ujarnya ketika ditemui di SAHUT, semalam.Sementara itu, Najah yang pertama kali menyertai program berkenaan merasa teruja  apabila mendapat tahu bahawa kumpulan mereka berjaya mewakili Malaysia ke Korea."Bagi saya, kejayaan ini bukan sahaja membawa nama Malaysia tetapi membawa nama sekolah dan nama Hulu Terengganu ke persada lebih tinggi lagi."Walaupun kami belajar di sekolah pinggir bandar namun boleh berjaya dan mencipta nama setanding mereka yang berada di bandar terutamanya."Apa yang perlu kami reka, belum diketahui kerana soalan dan arahan akan diberikan pada hari pertandingan nanti, yang pasti kami perlu mereka cipta suatu produk untuk kegunaan global yang praktikal dan mudah dipakai," kata Najah.
06 Aug 18
477
Empty Image
Terengganu Mampu Bersaing Dengan Bandar Raya Lain
Oleh : Azizah MahmoodDraf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus 2035  mahu menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang mampu berdaya saing dengan bandar raya lain di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan , Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, setiap apa yang dirancang menjadi sumber rujukan pada pihak berkuasa tempatan."Draf rancangan tempatan akan menentukan keberhasilan sebuah daerah untuk hidup berdaya huni dan beberapa pembangunan lainnya dalam konteks Terengganu maju berkat dan sejahtera,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Perundingan Bersama Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Dewan Gamelan Hotel Primula pada Ahad, 5 Ogos.Menurutnya, amat penting mendengar taklimat dan memahami dengan sebaiknya apa yang disampaikan untuk melangkah setapak demi tapak ke hadapan.Seramai 20 orang ahli majlis hadir dalam taklimat dalam program tersebut.
05 Aug 18
60
Empty Image
Mayat Lelaki Lemas Ditemui
Razhi RazakMayat seorang lelaki yang lemas selepas terjatuh dari sebuah bot nelayan yang sedang berlabuh di jeti pendaratan ikan, Kompleks Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, ditemui di Muara Sungai Dungun, pagi tadi. Mayat Rhazi Razak, 32, ditemui terapung di muara sungai tersebut dengan berpakaian lengkap oleh anggota mencari dan menyelamat kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Bahagian Operasi, Mohd Mazimi Mohammad ketika dihubungi berkata, mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari yang menjalankan pencarian di permukaan air pada pukul 8.45  pagi.Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pada jam 7.00 pagi melibatkan seramai 51 orang anggota dari JBPM, Angkatan Pertahanan Awam, polis dan orang ramai."Operasi pada hari ini melibatkan jarak pencarian pada radius yang  besar bermula  di  lokasi mangsa terjatuh sehingga ke muara sungai melibatkan aktiviti pencarian di permukaan air dan di perisisir sungai."Mayat mangsa telah ditemui oleh orang awam yang membantu dan ketika ditemui, mayat mangsa lengkap berpakaian kemeja-t dan berseluar jeans," katanya.Sementara itu, pihaknya turut mendapatkan khidmat pasukan skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai untuk melakukan selaman namun operasi tersebut tidak dapat dijalankan berikutan mayat mangsa telah ditemui lebih awal."Keadaan laluan di sepanjang muara yang sibuk dengan bot nelayan dan air pasang serta  arus yang deras menyukarkan sedikit operasi mencari dan menyelamat namun kita bersyukur mayat mangsa telah ditemui," ujarnya.Operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.10 pagi.Mayat mangsa dibawa naik ke jeti untuk diserahkan kepada pihak hospital.Dalam kejadian jam 7.00 petang semalam tersebut, mangsa dikatakan telah tergelincir dari bot ketika berada bersama lima orang lagi rakannya.Pihak bomba yang menerima panggilan pada jam 7.04 petang telah bergegas ke lokasi  kejadian bersama 9 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun. Operasi pencarian di sekitar tebing sungai  telah dilakukan namun tidak berjaya menemuinya.
05 Aug 18
25
Empty Image
Kerajaan Terengganu Komited Pembangunan Industri Minyak dan Gas
Perjalanan industri minyak dan gas di Terengganu membuktikan komitmen kerajaan negeri kepada kemajuan industri.Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar atas lawatan rasmi Loji Petronas Wilayah Timur."Kami bangga atas komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri dalam usaha memahami  perjalanan operasi petronas terutamanya di kertih. “Kami juga berharap ianya sebagai satu langkah kepada kerjasama erat di antara Petronas dan Kerajaan negeri,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan taklimat korporat di tapak loji Petronas Wilayah Timur, Kerteh semalam.Dato’ Tengku Hassan berkata, kunjungan tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memastikan industri minyak dan gas memberi kesan yang positif kepada rakyat tempatan khususnya di Terengganu.“Kerajaan negeri mempunyai hubungan kerja dengan pihak Petronas melalui jawatankuasa kerja khas (JWC) di antara petronas dan kerajaan negeri bagi membincangkan perkara yang menjadi kepentingan bersama.Selain daripada itu, pihak kerajaan negeri juga mewujudkan empat lagi jawatankuasa kecil sebagai satu usaha untuk meningkatkan keberkesanan kerjasama tersebut.Turut hadir, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Ahmad Azmi Md Salleh, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Zulkifli Ali, Pengurus Kanan Koprat Unit Ekonomi Negeri, Azman Ghani, Penolong Setiausaha Kerajaan, Nik Fahmi Nik Nordin, Penolong Pegawai Kanan Industri dan Pelaburan, Tengku Mohamad Hafiz Tengku Hashim Badli dan wakil daripada Malaysia Investment Development Authority Terengganu.Terdapat dua taklimat iaitu taklimat koprat yang disampaikan oleh Wan Mohd Hasnan Abdullah dan taklimat operasi disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zamri Jaafar.
05 Aug 18
316
Empty Image
Terengganu dan Kelantan Benteng Pertahan Islam
Oleh: Syaharulhafizi SulongKerajaan PAS Kelantan dan Terengganu perlu berganding bahu untuk menjadi benteng kepada agama Islam di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Kelantan, Dato’ Nassuruddin Daud berkata, banyak isu yang digembar-gemburkan oleh musuh Islam bertujuan memberikan fahaman yang salah terhadap Islam. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan Islam.Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya ketika menyambut ketibaan delegasi Kerajaan Negeri Terengganu yang membuat lawatan kerja ke Kelantan semalam. Lawatan kerja tersebut bertujuan meninjau, berdialog dan bertukar pandangan dalam pentadbiran agama.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam ucapan balasnya menganggap Kelantan sebagai 'abang' kepada negeri Terengganu dengan pengalaman mereka memerintah selama 28 tahun.“Saya berharap pertemuan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua dalam bertukar pendapat dan dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung mengetuai delegasi tersebut. Turut hadir, Timbalan Exco kedua-dua belah pihak, Ustaz Ridzuan Hashim dan Dr Md. Yusnan Yusof dan wakil agensi-agensi kerajaan dibawah portfolio yang berkaitan.Rombongan turut dibawa melawat ke Institut Pemikiran  Tok Guru (IPTG) yang ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan pemikir-pemikir agama di Kelantan.
05 Aug 18
153
Empty Image
Bantuan RM200,000 Kepada Mangsa Ribut Di Kemaman
Hanafiah MatKerajaan Negeri memperuntukkan RM200,000 bagi membaiki kediaman penduduk yang rosak dalam kejadian ribut di sekitar Kemaman semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, peruntukan tersebut disalurkan sebagai bantuan kepada penduduk yang terjejas dalam kejadian tersebut.Katanya, pihaknya mengarahkan wakil penduduk di setiap kawasan yang terjejas untuk mengenal pasti kerosakan yang dialami mangsa."Antara bantuan yang diberikan ialah berupa atap, kayu dan beberapa barangan lain untuk membaiki kerosakan yang dialami."Kita bersimpati dengan kejadian yang menimpa penduduk dan selepas dari kejadian semalam, kita sudah pergi untuk memberikan bantuan awal dan mengambil data bagi setiap kerosakan yang dialami penduduk," katanya ketika dihubungi oleh Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan negeri berkata, pihaknya juga menggunakan khidmat beberapa orang tukang rumah untuk melakukan kerja pembaikian.Tambahnya, kerja pembaikian bermula pagi tadi dengan peringkat awal melibatkan penggantian kayu dan atap rumah.Katanya, kerja berkenaan sudah siap 70 peratus di beberapa kawasan dan ianya dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum Khamis ini."Bagi rumah yang rosak teruk, banyak kerja pembaikian yang perlu dilakukan seperti menggantikan kayu alang atap yang rosak sebelum atap dapat dinaikkan," katanya.Justeru itu Hanafiah menasihatkan kepada penduduk yang rumahnya yang terjejas teruk supaya dapat bersabar sementara kerja pembaikian selesai.
05 Aug 18
25
Empty Image
Penjawat Awam Harus Utamakan Displin
Setiap penjawat awam haruslah menitikberatkan soal displin di tempat kerja bertujuan menjadikan nilai intergriti sebagai budaya kerja.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata, arahan perbendaharaan juga perlu dipatuhi bagi memastikan setiap proses kerja dapat dilakukan dengan cara betul dan berperaturan.Katanya, pengurusan kewangan yang teratur penting bagi memastikan perbelanjaan berhemah di setiap jabatan."Paling penting, kakitangan perlu menjadikan prinsip Islam sebagai asas dalam pentadbiran, ekonomi yang bebas rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa."Pada masa sama, setiap jabatan perlu memanfaatkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan masing- masing," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Jasamu Dikenang, di Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini.Pada majlis itu seramai 71 kakitangan cemerlang termasuk 18 kakitangan yang bersara dirai.A. Rahman berkata, elemen inovasi perlu diterapkan dalam setiap program atau proses kerja yang dilakukan bagi memberi nilai tambah baharu kepada setiap program.Katanya, kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan dan usaha penjawat awam dalam meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan."Insentif kecemerlangan yang diwujudkan sebagai satu bentuk penghargaan kepada pegawai dan kakitangan untuk terus memberi sepenuh perhatian dan daya usaha ke arah meningkatkan mutu kerja yang berkualiti tinggi,"katanya.
05 Aug 18
85
Empty Image
73 Buah Rumah Rosak Dipukul Ribut
Superitenden Mohd Said IbrahimHujan lebat dan angin kencang yang melanda di beberapa kawasan di Kemaman, malam tadi menyebabkan 73 rumah kediaman rosak.Kejadian bermula pad jam 9.30 malam itu menimbulkan rasa cemas dan takut di kalangan penduduk apabila atap rumah mereka diterbangkan oleh angin kencang.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitenden Mohd Said Ibrahim berkata sebanyak tujuh kawasan terjejas ialah di Kuala Kemaman, Geliga, Fikri, Banggol Indah, Banggol Indah, Paya Berenjut dan Kampung Mak Lagam.Menurut Mohd Said, pihaknya menerima sebanyak 10 laporan polis yang dibuat oleh mangsa ribut tersebut."Mangsa datang membuat laporan bagi menyatakan keadaan kediaman mereka yang rosak dalam kejadian tersebut," katanya.Sebahagian kediaman yang mengalami kerosakan atap dalam kejadian tersebut.Katanya lagi,  tiada  mangsa yang dilaporkan cedera dan ketika kejadian kebanyakkan mangsa berada di kediaman mereka."Kita telah mengarahkan anggota untuk pergi ke setiap lokasi kejadian untuk tujuan pemantauan dan memberikan bantuan kepada mangsa sekiranya diperlukan," katanya.Menurut Mohd Said, sesetengah mangsa yang terlibat menumpang di rumah saudara mara terdekat dan ada juga yang tidak berpindah dan terus membaiki kerosakan yang dialami.Tambahnya, rondaan unit MPV di setiap kawasan yang terlibat turut digerakkan bagi memantau keadaan semasa untuk mengelak berlakunya aktiviti jenayah.
05 Aug 18
70
Empty Image
Penyelesaian Islam Bukan ‘Omong Kosong'
Politik dakwah `amar makruf nahi munkar' PAS bukan ‘omong kosong' kerana menawarkan penyelesaian yang tidak boleh dicabar sehingga hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kepimpinan PAS tidak ada toleransi dalam perkara ini kerana mereka dipupuk mengamalkan sumber politik penting dalam pemerintahan Islam sejak dari akar umbi lagi.“Kita (PAS) tidak bawa amar makruf sahaja, kita tak bawa nahi mungkar sahaja tapi kita bawa kedua-dua amar makruf dan nahi munkar. Kita ikut kalau orang ajak buat benda yang baik dan tidak bertentangan dengan naluri orang.“Dan kita tak pernah gentar melarang orang buat sesuatu kerana apa yang berlaku berteraskan agama serta berprinsipkan kepada Islam,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Kem Jati Diri J3K Terengganu Sejahtera 2018 Daerah Dungun di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang, kelmarin.Nurkhuzaimi berkata, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga sangat marah sekiranya ada orang yang bertindak mengkritik mengenai sesuatu isu tanpa mengambil kira pendekatan serta penyelesaian secara Islam.“Dalam Sistem Cukai Dan Perkhidmatan (GST) kita telah keluarkan satu penyelesaian sehingga hari ini tidak boleh dicabar termasuk oleh  golongan profesional ataupun golongan cendekiawan.“Kita mengeluarkan satu penyelesaian dokumen hijau dalam itu ada tiga penyelesaian negara iaitu GST, kejatuhan mata wang dan kesempitan kos sara hidup,” ujarnya.Menurutnya lagi, dalam hal yang sama, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) juga perlu  memaklumkan kepada rakyat bahawa orang Islam berpegang dengan janji dan janji berkenaan akan dikotakan.“PAS mempersembahkan  kepada rakyat melalui ‘dokumen hijau’  penyelesaian Islam dalam dokumen hijau semuanya boleh dicapai,“Kita (PAS) tetap dengan misi perjalanan dan insyaAllah lepas pada ini boleh tengok yang mana putih yang mana hitam…bukan kasut putih bukan kasut hitam…Yang mana permata yang mana kaca dan prinsip perjalanan yang ada sentiasa kita teruskan,” jelasnya.
05 Aug 18
41
Empty Image
Kerajaan Negeri Salur Bantuan Segera Kepada 60 Mangsa Ribut
Maliaman meninjau keadaan bemgkel kemas yang turut terjejas akibat ributKerajaan negeri akan menyalurkan bantuan segera melalui peruntukan Tabung Darul Iman dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu lebih 60 penduduk yang terlibat dengan kejadian ribut di Felda Bukit Bading, Ajil.Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Maliaman Kassim berkata, beliau sudah berbincang dengan wakil Pejabat Daerah dan penghulu mukim untuk menyelesaikannya secepat mungkin bagi meringankan beban penduduk."Kontraktor dah mulakan kerja mereka sejak semalam sebab kita bimbang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ini berulang dan menjejaskan keselamatan penduduk."Sehingga hari ini, sebahagian rumah telahpun diganti atap baru, hanya tinggal sedikit sahaja yang sedang dalam proses menukar atap manakala bangunan yang mengalami kerosakan akan diselia oleh Koperasi Felda bagi dibaiki dengan segera supaya dapat digunakan kembali," ujarnya.Dalam kejadian petang semalam, puluhan penduduk di Felda Bukit Bading, Ajil mengalami detik cemas apabila kawasan berkenaan dilanda ribut berserta hujan lebat menyebabkan rumah mereka mengalami kerosakan teruk selain beberapa batang pokok tumbang.Kejadian ribut itu dikatakan disertai hujan air batu yang berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh kira-kira sepuluh minit, namun menyebabkan hampir 60 rumah penduduk dan 30 bangunan mengalami kerosakan terutama pada bahagian atap.Kalsom menunjukkan sebahagian atap rumahnya yang rosak akibat dilanda ributSeorang mangsa, Kalsom Othman, 70, yang menetap lebih 60 tahun  di situ berkata, dia hanya mampu menangis apabila melihat bahagian ruang tamu rumah pusakanya hampir ranap keseluruhannya akibat diterbangkan angin."Masa kejadian saya ada di rumah sedang menyediakan juadah petang, dengar bunyi angin yang sangat kuat diikuti hujan air batu, sekejap sangat diikuti dengan bunyi seakan-akan letupan kecil."Mak cik dan dua orang anak lelaki kemudian menjenguk keluar dan mendapati atap rumah telahpun diterbangkan angin...hampir 50 keping atap rosak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Felda Bukit Bading, hari ini.Sejurus selepas itu, kata Kalsom, air hujan mula memasuki ruang bilik tidur dan mengenai tilam serta perabot rumahnya."Ini merupakan kali keempat dalam tempoh 60 tahun mak cik tinggal di sini dan kejadian kali ini yang paling teruk. Mungkin kawasan rumah kami ini merupakan laluan angin ribut," katanya yang bimbang mungkin kejadian sama akan terus berulang di masa akan datang.Difahamkan pada hari kejadian tersebut, beberapa buah kampung turut terjejas termasuk Kampung Tok Randok, Tok Gebok dan Bukit Diman tetapi kadar kerosakan yang dialami cuma sedikit.
04 Aug 18
59