lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Tindakan Segera Selesai Masalah Banjir Kilat Di Kawasan Sekolah
Dr Azman mendengar laporan daripada pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Besut.Oleh: Hidayah AzlinBanjir kilat yang sering melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk sehingga menyebabkan kerosakan kepada bangunan serta peralatan sekolah akan diambil tindakan secepatnya.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, masalah laluan air yang tersumbat di bahagian belakang sekolah dikenal pasti sebagai punca utama air naik di kawasan terbabit.“Saya menerima aduan berkaitan hal ini dari Jabatan Pendidikan Daerah semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah kelmarin.“Justeru, pagi ini bersama Jabatan terlibat, kita mengambil tindakan segera untuk turun padang bagi membincangkan masalah ini di lokasi,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Lawatan Kerja Ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk, Jabi pada Isnin, 6 Julai.Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, beliau memohon kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk segera menyiapkan kertas pelan tindakan bagi penyelesaian segera.“Kita minta penyelesaian dalam masa seminggu memandangkan musim tengkujuh akan bertandang tak lama lagi.“Kelewatan akan menyebabkan kerosakkan dan kerugian berulang semula,” tambahnya.
07 Aug 18
106
Empty Image
Dana RM1,000 Kepada Ibu Dan Bapa Tunggal Berkahwin Kali Kedua
Oleh : Adli MohamadYayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di bawah kerajaan Negeri Terengganu akan memberikan dana sebanyak RM1,000 kepada golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin berkahwin buat kali yang kedua.Pegawai YPK, Wan Zawawi berkata, inisiatif tersebut diberikan agar golongan tersebut tidak berputus asa untuk berkahwin buat kali kedua.“Perspektif yang buruk daripada masyarakat terhadap ibu tunggal harus disingkirkan kerana mereka berhak mengecap nikmat kebahagiaan.“Mereka harus disuntik motivasi agar tidak takut untuk mendirikan perkahwinan sebagaimana yang digalakkan di dalam Islam sebagai suatu sunnah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam lawatan YPK ke Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiSTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada Isnin, 6 Ogos.Menurutnya, terdapat 700 orang ibu tunggal di DUN Bukit Besi sebagaimana data yang dikeluarkan oleh YPK Daerah Dungun."Kita menyambut baik segala perancangan yang telah disusun oleh peringkat negeri bagi membantu mendirikan perkahwinan kali kedua,” jelasnya.Katanya, kepimpinan PAS harus memperbanyakkan kegiatan kemasyarakatan yang melibatkan YPK supaya agenda dan pelbagai perancangan yang disusun atur oleh Kerajaan Negeri Terengganu akan sampai kepada masyarakat.
07 Aug 18
107
Empty Image
Gajah Liar Terperangkap Angkara Pujukan Abot Dan Rambai
Gajah liar yang berjaya dipindahkan sebelum dibawa ke Taman Negara di Tasik KenyirSeekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Pelong, Setiu berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu dan akan dipindahkan ke habitat baharu, hari ini.Pengarah Jabatan Perhilitan negeri, Rahmah Ilias berkata, operasi pemindahan gajah jantan seberat tiga tan yang berusia 10 tahun itu, bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari."Seramai 20 anggota termasuk dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang terbabit dalam operasi pemindahan berkenaan.“Operasi turut dibantu dua gajah denak betina iaitu Abot dan Rambai bagi menjinakkan gajah liar terbabit untuk dipindahkan ke Taman Negara di Tasik Kenyir," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kampung Pelong, Hulu Terengganu, semalam.Menurut Rahmah, pihaknya menerima aduan daripada penduduk di kawasan berkenaan berhubung gajah liar yang merosakkan tanaman seperti pisang dan nangka."Kami menerima laporan daripada penduduk Kampung Pelong bahawa terdapat kira-kira lapan ekor gajah liar telah berkeliaran dalam kawasan pertanian dusun nukleus yang berkeluasan kira-kira 300 ekar."Saya harap dengan tertangkapnya gajah-gajah tersebut, kebimbangan penduduk mengenai kehadiran haiwan yang memusnahkan tanaman sejak kebelakangan ini dapat diredakan," ujarnya.Difahamkan, gajah denak, Abot dan Rambai yang digunakan Perhilitan, mempunyai daya pemujuk bagi menjinakkan gajah liar. Mereka telah berkhidmat lebih 50 kali sejak dilatih pada tahun 2011 di seluruh Semenanjung Malaysia.Sementara itu, seorang penduduk yang terjejas, Sudin Mahmud, 64, berkata, dia mengalami kerugian melebihi RM5,000 angkara kumpulan gajah itu."Tanaman kelapa saya dimusnahkan oleh gajah-gajah yang biasanya akan masuk ke kawasan ini sekitar waktu Maghrib dan Subuh. Biasanya kami takut berada dalam kawasan sebab bimbang keselamatan kami terancam."Hari ini rasa lega sebab Perhilitan dah kurangkan buat sementara ancaman gajah dengan memindahkan seekor gajah liar dari sini," katanya.
07 Aug 18
62
Empty Image
Kerajaan Komited Bantu Usahawan Tani
Wan Hapandi ( dua dari kanan ) ketika melakukan lawatan di Pejabat Pertanian Hulu Paka.Kerajaan negeri komited dalam membantu usahawan tani dan berusaha menjadikan pertanian sebagai suatu bidang yang menguntungkan setanding dengan bidang-bidang lain.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, pertanian adalah satu bidang yang dapat memberikan pendapatan bulanan yang besar kepada pengusahanya.Menurutnya, masih ramai yang tidak sedar akan perkara ini kerana bidang pertanian dianggap sebagai pekerjaan yang susah dan mengotorkan."Kebanyakannya tidak sedar bahawa bidang pertanian merupakan satu bidang yang cukup menguntungkan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul."Hanya segelintir golongan muda sahaja yang berminat dengan bidang ini manakala selebihnya lebih rela bekerja makan gaji daripada menceburi bidang ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan dan menghadiri  jamuan buah-buahan tempatan di Pejabat Pertanian Hulu Paka, tengahari tadi.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad.Wan Hapandi ( empat dari kiri ) menikmati buah - buahan tempatan dalam lawatan tersebut.Sementara itu, Wan Hapandi Wan Nik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata, kerajaan negeri sedia membantu mana-mana golongan muda yang ingin menceburi bidang pertanian."Kerajaan negeri mempunyai peruntukan yang akan disalurkan kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang pertanian."Pelbagai agensi akan turut membantu memberikan khidmat nasihat sehingga projek yang diusahakan mereka berjaya," katanya.Menurutnya, pihak-pihak seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan beberapa agensi berkaitan mempunyai kepakaran masing-masing dalam membantu usahawan tani termasuk teknologi tanaman dan pemasaran hasil tanaman."Kita komited terhadap janji-janji di dalam manifesto pilihan raya lalu untuk membantu usahawan tani yang ada di negeri ini supaya berjaya dalam bidang yang diusahakan mereka," katanya.Wan Hapandi berharap supaya lebih ramai lagi golongan muda menceburi bidang pertanian supaya kebergantungan tehadap pengimportan hasil tanaman dari negara luar dapat dikurangkan.
07 Aug 18
35
Empty Image
Wujudkan Kerja Berpasukan Sejahtera
Ghazali Sulaiman bersama ahli jawatankuasa i- MiTS.Oleh : Adli MohamadAhli Jawatankuasa Institut Modal Insan Sejahtera Terengganu (i- MiTS) diingatkan supaya mewujudkan kerja berpasukan yang sejahtera agar berada dalam suasana yang tenteram dan kondusif serta selesa.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ianya dapat mewujudkan ‘natijah’ yang akan melahirkan hasil kerja yang efektif dan mantap.“Gerak kerja pasukan yang sejahtera perlu diwujudkan kerana i-MiTS ialah ejen untuk membawa kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu ke arah mencapai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.“Bagi mencapai kesejahteraan itu, yang paling utama adalah perbetulkan niat di dalam melakukan gerak kerja mengikut peranan masing-masing,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media baru-baru ini (5 Ogos).Menurutnya, i- MITS merupakan sayap penting di dalam kerajaan malah akan turut mengatur gerak kerja MPKK.Sementara itu, katanya, tugasan tersebut agak berat dan menuntut pengorbanan yang tinggi kerana bertindak sebagaimana Majlis Tindakan DUN (MTD) berperanan ketika belum menjadi kerajaan negeri.“Jentera i- MiTS juga diingatkan agar mengurangkan pergeseran di antara ahli sebaliknya jalinkanlah perhubungan yang erat seumpama sebuah keluarga."Hadirkanlah juga rasa minat dalam melakukan kerja serta jadikanlah kerja sebagai suatu ibadah. “Jika jentera i-MiTS gagal melaksanakan tugas yang diberi, sudah tentu ianya akan menggagalkan hasrat kerajaan negeri dalam mencapai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” ujarnya.
07 Aug 18
36
Empty Image
Tiada Diskriminasi Sebagai MPKK
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menyampaikan amanat kepada hadirin.Oleh: Siti Ainum AmijudinMajlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu bertindak sewajarnya selaku wakil kerajaan yang berkhidmat untuk semua rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, MPKK mestilah bersikap telus dalam menjalankan amanah yang diberikan untuk memudahkan urusan masyarakat.“Tiada diskriminasi kepada rakyat dalam berkhidmat. Amanah mestilah dilaksanakan tanpa mengira latar belakang parti.“Sekiranya ada rakyat yang datang untuk meminta bantuan dan MPKK berkira tentang parti, maka MPKK itu tidak layak untuk memegang jawatan ini.” tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sesi 2018/2020 di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, hari ini.Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim. Turut hadir, Penyelaras Dun Jertih, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Pegawai Penyelaras Dun Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad.Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera mengingatkan supaya jangan menzalimi rakyat yang memerlukan bantuan biarpun berbeza ideologi parti.
07 Aug 18
31
Empty Image
UMT Anjur Persidangan Sains Makanan Dan Agrikultur
Prof. Madya Dr. Amiza melihat poster penyelidikan yang dibentangkan sempena Persidangan IFoSAC 2018 di UMT, hari ini. Foto Oleh: Solahuddin Al-IdrusUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung kalinya menganjurkan Persidangan Sains Makanan Dan Agrikultur Peringkat Antarabangsa (IFoSAC) 2018 di kampus universiti itu di Gong Badak, Kuala Nerus.Seminar tiga hari yang diadakan di Auditorium 2, Kompleks Kuliah Berpusat UMT bermula hari ini merupakan anjuran Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) universiti berkenaan.Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Dekan PPSTM, UMT Prof. Madya Dr. Amiza Mat Amin.Program saintifik itu turut melibatkan syarahan daripada Prof. Ir. Achmad Subagio dari Universitas Jember, Indonesia dan penampilan dua tokoh terkenal bidang-bidang yang terlibat iaitu Dr. Mohd Shukri Mat Ali dari MARDI dan saintis daripada Prince Of Songkla University, Thailand iaitu Asst. Prof. Santad Wichienchot.Dalam pada itu, Prof. Madya Dr. Amiza berkata, selain menghimpunkan para profesional dari dalam dan luar negara di dalam bidang sains dan teknologi makanan serta bidang agroteknologi, persidangan tersebut juga bagi menggalakkan kerjasama dan jaringan perkongsian ilmu disamping mewujudkan perkongsian kepakaran dan penemuan inovasi baharu dalam bidang berkaitan.“Mengangkat tema ‘Empowering Food Sustainability’, sebanyak 17 hasil penyelidikan dibentangkan dalam bentuk poster, manakala 48 hasil penyelidikan dibentangkan secara lisan.“Hasil dari persidangan ini, dijangkakan sebanyak 46 hasil penyelidikan akan diterbitkan di dalam jurnal SCOPUS Malaysian Applied Biology Journal (MAB),” ujarnya ketika berucap merasmian persidangan tersebut, hari ini.Menurut beliau, persidangan tersebut disertai oleh 65 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Jordan dan Indonesia.
06 Aug 18
538
Empty Image
UMT Perkenal Terengganu Kepada NTOU
Dr  Liew (empat dari kanan) menjelaskan cara pembiakan ketam nipah kepada pelajar Taiwan di Pusat Pembiakan Ikan di UMT.Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  memperkenalkan Terengganu sebagai salah satu negeri pelancongan terbaik di Malaysia kepada 19 orang pelajar  dari Universiti Samudera Kebangsaan Taiwan (National Taiwan Ocean University - NTOU).Pengendali lawatan tersebut, Dr Liew Hon Jung berkata, kunjungan mereka ke Terengganu adalah sebagai kunjungan balas lawatan pelajar UMT ke Taiwan tidak lama dahulu."UMT memperkenalkan budaya kehidupan masyarakat Terengganu termasuk membawa mereka mengunjungi kawasan perusahaan keropok lekor di Kampung Losong."Kami juga membawa mereka ke restoran terpilih yang menjual makanan tradisional Terengganu seperti nasi dagang dan satar," katanya.Dr Liew (dua dari kiri) memberi taklimat tentang cara pemeliharaan udang galah kepada pelajar Taiwan.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Majlis Perasmian International Aqua-Science Programme For NTOU di UMT, Gong Badak, semalam.Rombongan pelajar luar negara yang dipimpin oleh Penolong Profesor NTOU, Young-Mao Chen itu akan melawat destinasi pelancongan termasuk Pasar Payang, Pulau Bidong, Pulau Perhentian, Taman Tamadun Islam (TTI), muzium negeri,  China Town dan Tasik Kenyir mulai 5 hingga 18 Ogos ini.Sementara itu menurut Dr Liew, pelajar-pelajar berkenaan juga didedahkan dengan enam program pengajian akuakultur yang diadakan di UMT."Akuakultur di Malaysia dan Pembiakan Ikan/Kajihayat serta Praktikalnya, dikendalikan oleh Prof  Dr  Abol Munafi Ambok Bolong,  Dr Liew Hon Jung,  Dr Sharifah Rahmah,  Mohd Sabri Muda dan Mohd Zaidi Ibrahim."Akuakultur Kelas 2 (Pembiakan Ketam dan Udang/Kajihayat) serta Praktikalnya diselenggarakan oleh Prof Dr  Mohd Ikhwanuddin Abdullah, Noraini Mohd Husin, Syahnon Mohamad dan Mohd Iffa Rezuan Rusdi."Akuakultur Kelas 3 (Penangkapan Ikan di Malaysia) dikendalikan oleh Dr Tun Nurul Aimi,  Dr Mohd Fazrul, Suhairi Mazlan dan Zulkarami Endut."Akualkultur Kelas 4 (Kualiti Air) dan Praktikalnya dikendalikan oleh Dr Nor Azman Kasan, Amyra Suryatie Kamaruzaman dan Wahidah Wahab."Akuakultur Kelas 5 (Kesihatan Ikan) dan Praktikalnya diselenggarakan oleh Penolong Prof Dr  Marina Hassan, Farizan Abdullah dan Wahidah Wahab."Manakala Akuakultur Kelas 6 (Pemakanan) dan Praktikalnya (Persediaan Formulasi Diet) dikendalikan oleh Dr  Sharifah Rahmah dan Dr Rasina, Ahmad Ideris Abdul Rahim dan Ahmad Najmi Ishak," tambahnya.Sesi bertukar ilmu dan maklumat antara pihak UMT dan NTOU turut diselitkan. Para pelajar Taiwan kemudian dibawa melawat ke pusat pembiakan ikan air tawar dan air masin di universiti tersebut.
06 Aug 18
613
Empty Image
Kakitangan JHEAT Perlu Kekal Imej Baik
Oleh: Syaharulhafizi SulongKakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) perlu meneruskan imej baik jabatan dan meningkatkan pencapaian sedia ada.Pengerusi  Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, kita perlu bersungguh-sungguh bekerja sesuai dengan ketetapan Al-Quran dan hadis."Saya berharap pejabat agama ini mampu menjadi contoh dan terkehadapan dari segi pengurusan, pentadbiran serta teknologinya."Apa-apa sahaja yang baik dan memudahkan rakyat terutama inovasi-inovasi yang terkini, kita cuba masukkan ke dalam operasi."JHEAT mesti terkehadapan dalam semua perkara kerana Allah taala mengasihi hambanya yang bekerja dengan cemerlang,” tambahnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam sesi Taklimat Penerangan Peranan JHEAT di Dewan Tingkat Empat, bangunan JHEAT, semalam.Menurutnya, pujian Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini ke atas JHEAT, mesti dijadikan motivasi bagi JHEAT memberikan lebih  usaha untuk memastikan isu-isu yang berkaitan diuruskan dengan lebih berkesan.Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung juga menekankan bahawa kerajaan negeri secara asasnya akan mengekalkan perkara yang baik serta memperelokkannya lagi dan membuang perkara yang buruk bagi kepentingan rakyat.“Saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada kerajaan negeri yang baharu untuk kepentingan agama Islam, rakyat serta negeri.“Secara umumnya, sudah tentu pegawai-pegawai kerajaan mesti mengikuti serta melaksanakan dasar-dasar kerajaan dari masa ke masa, ujarnya.Sementara itu menurutnya, kelulusan tauliah akan dipermudahkan dan dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak bagi menjamin ketulenan ilmu.Ini kerana beliau berhasrat memastikan masjid-masjid dipenuhi dengan majlis ilmu dan tidak mahu sebarang aduan tiada tenaga pengajar. Sudah pasti Terengganu tidak kurang orang yang berilmu dalam bidang agama.Turut hadir ke taklimat yang dibentangkan oleh Haji Azam Awi, Timbalan Pengerusi  Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.Mereka kemudiannya dibawa melawat relau pembakaran dan pelupusan al-Quran di tingkat bawah bangunan JHEAT.
06 Aug 18
511
Empty Image
Salur Bantuan E-Kasih Secara Cekap Dan Berkesan
Oleh: Mohd Asraf Ikhwan AzaharKepimpinan PAS harus memastikan pengurusan pemilihan dan penyaluran bantuan E-Kasih kepada rakyat  dilakukan dengan cekap dan berkesan bagi membela nasib golongan yang memerlukan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, bantuan perlu diagihkan secara sama rata tanpa mengira warna kulit, kaum, agama dan parti. “Apabila kita fokus kepada kawasan tertentu sahaja, kadangkala ada tempat atau golongan lain yang mungkin terlepas pandang,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Program Pengagihan Bantuan E-Kasih pada Isnin, 6 Ogos.Katanya, walaupun kita berada dalam zaman kegawatan ekonomi, tidak sepatutnya ada pihak atau golongan tercicir daripada menerima bantuan. “Kalau semua berpakat pergi tempat A, janganlah ke situ semuanya. Kita kena pergi ke tempat B dan C juga.“Maka bantuan akan diagihkan secara sama rata dan saksama,” katanya.Turut hadir, Pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Setempat (MPKK) setempat, wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), dan beberapa agensi dari kerajaan seperti Pejabat Agama Daerah Dungun, Pejabat Daerah Dungun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun.
06 Aug 18
69