Artikel "Semasa" Terkini
Bincang Dahulu Dengan Rakyat
Haji Hishamuddin (berdiri) memperkatakan sesuatu kepada nelayan di Majlis Sesi Taklimat Bersama Penduduk dan Nelayan Bagi Projek Pencegahan Hakisan Pantai di Mengabang Telipot baru-baru ini.Mana-mana jabatan kerajaan perlu berbincang terlebih dahulu dengan komuniti kampung sebelum melaksanakan sesuatu projek supaya permasalahan setempat dapat dikenalpasti.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Haji Hishamuddin Abdul Karim berkata, kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan banyak masalah dan mengundang bantahan daripada rakyat.Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh pihak media berhubung Projek Pencegahan Hakisan Pantai Mengabang Telipot di sini yang mendapat bantahan penduduk kerana tidak sesuai dengan keadaan setempat.Haji Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, projek berkenaan sedikit sebanyak mengundang hakisan pantai."Hakisan akan berlaku di tempat lain, akibat biasan daripada projek terbabit," katanya.Terdahulu, beliau menemui penduduk di Majlis Sesi Taklimat Bersama Penduduk dan Nelayan kampung terbabit pada 30 Julai lalu.Haji Hishamuddin melawat kawasan pendaratan bot di Mengabang Telipot, berhampiran dengan kawasan projek tersebut.Sementara itu, Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir ketika dihubungi berkata, projek itu bertujuan supaya hakisan pantai tidak berlaku akibat pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang berhampiran dengan pantai kampung berkenaan.Beliau mengharapkan jabatan berkenaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah hakisan itu memandangkan musim tengkujuh semakin hampir.Beliau telah membawa permasalahan itu ke Sidang Dewan Rakyat dan ianya di bawah perhatian kementerian terbabit.Projek itu dimulakan pada 8 April tahun 2014 oleh Kontraktor Syarikat Pending Makmur Sdn Bhd dengan kos RM80 juta dan dijangka siap 29 Disember 2018.Projek Pencegahan Hakisan Pantai di Mengabang Telipot dalam proses penyiapan.Projek berkenaan mempunyai dua fasa. Fasa pertama sudah hampir siap manakala fasa kedua dalam proses pembinaan.Komuniti Nelayan Mengabang Telipot menyarankan agar Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Negeri membuat pengubahsuaian agar bermanfaat kepada nelayan tempatan.JPS sedang mengkaji projek itu selepas aduan komuniti nelayan itu dibuat.Timbalan Pengarah JPS, Encik Osman Abdullah ketika dihubungi berkata, JPS telah menemui komuniti nelayan berkenaan dan meneliti semua pandangan mereka.Menurutnya, pihak jabatan sedang mengkaji projek tersebut dan berusaha mendapatkan pelan pengubahsuaian baharu dari kontraktor untuk dilaksanakan di tapak projek.Antara bot-bot nelayan Mengabang Telipot yang diletakkan berhampiran kawasan projek berkenaan"Pihak JPS Malaysia melalui bahagian pengurusan zon pantai telah mengambil kira keluhan, saranan dan pandangan penduduk serta sedang mengkaji semula reka bentuk projek tersebut," jelasnya.Tambahnya, selepas mendapat reka bentuk baharu daripada kontraktor, JPS akan melaksanakannya di tapak projek berkenaan.
09 Aug 18
253
Projek Kelapa Matag Perlu Dipulihkan
Kerajaan negeri akan memulihkan projek tanaman Kelapa Matag, di Kampung Kubang Puyu Langkap, Setiu yang dikatakan gagal berikutan hanya 20 peratus kawasan sepatutnya dimajukan dengan tanaman itu sejak tujuh tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek penanaman yang diusahakan menerusi Jabatan Pertanian Terengganu dan sepatutnya dapat menghasilkan produktiviti buah yang lebat dan santan yang banyak, tidak mencapai sasaran sebenar.Katanya, hanya kira-kira 35 hektar sahaja tanaman itu, jauh daripada jumlah keluasan sebenar tanah seluas 174 hektar."Masih ada baki tanah 139 hektar yang terbiar kosong. Kos hampir RM5 juta telah dibelanjakan termasuk kos pembersihan dan perparitan. Sekarang terbiar tanpa penjagaan dan sebarang hasil yang sepatutnya diraih oleh kerajaan negeri serta pengusaha.Menurut Dr. Azman, perusahaan itu antara satu lagi `projek sakit' yang memerlukan pemulihan segera dan pelbagai penambahbaikan.Untuk rekod, Kelapa Matag atau nama saintifik Cocos nucifera 'Matag' lebih cepat mengeluarkan hasil berbanding varieti kelapa 'Malayan Tall' sedia ada kerana pengeluaran hasilnya lebih tinggi iaitu antara 100 hingga 120 biji satu pokok setahun berbanding pokok kelapa biasa kira-kira 70 biji setahun.Ia juga mampu memberi pulangan yang baik di mana harga kelapa tersebut di peringkat ladang jauh lebih murah dan berbeza sehingga sekali ganda berbanding harga di pasaran.
08 Aug 18
1031
Kontinjen JBPM Capai Sasaran Pingat SUKBOM
Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Sharikan Bustaman (berdiri, tengah) meraikan kejayaan atlet kontinjen Terengganu dalam Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2018 di Melaka yang berakhir Isnin lalu.Kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu membawa pulang 10 pingat emas dalam Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2018 di Melaka, baru-baru ini.Timbalan Penguasa JBPM, Rozizah Abnihajar yang juga ketua kontinjen berkata, kutipan tersebut mencapai sasaran dan turut melakar sejarah tersendiri dengan dinobatkan juara keseluruhan bagi acara ping pong dengan jumlah pungutan dua emas dan satu gangsa.Jelasnya, kesemua 10 pingat emas itu turut diperoleh menerusi acara badminton, olahraga, bowling, 'Mr Wonderful' dan golf."Penyertaan kali ini merupakan pencapaian terbaik terutama dalam acara balapan, dan kejayaan ini adalah hasil usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan atlet."Kontinjen yang melibatkan 82 orang atlet memberikan kerjasama yang cukup baik sehingga meletakkan JBPM Terengganu di tangga keenam berbanding kedudukan kelapan dalam SUKBOM 2016 yang lalu di Negeri Sembilan," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, semalam.Rozizah yang juga Ketua Balai JBPM Kuala Terengganu turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat..SUKBOM 2018 berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), menyaksikan kontinjen ibu pejabat muncul juara keseluruhan menerusi kutipan 22 emas.Kejohanan dwitahunan akan datang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang pada tahun 2020.
08 Aug 18
270
Pelancongan Patuh Syariah Kekal Keharmonian
Ustaz Ariffin Deraman menjawab soalan yang dikemukakan moderator.Pelancongan islamik yang patuh syariah dapat mengekalkan keharmonian negeri dalam sektor pelancongan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ustaz Ariffin Deraman berkata, nilai pelancongan islamik akan berupaya menjadikan Terengganu negeri yang maju perkhidmatannya dan berkat serta sejahtera kehidupannya.“Sektor pelancongan berpotensi sebagai penyumbang terbesar kepada negara dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pihak Sinar harian, pada Selasa, 7 Ogos.Katanya, Negeri Terengganu sebagai hub pelancongan islamik bakal dirangka dengan beberapa penekanan termasuk kepatuhan kepada sistem dan nilai yang ditetapkan oleh syarak.“Kita tidak akan buat perubahan yang banyak pada dasar kerajaan. Salah satunya kita akan menggariskan etika berpakaian.“Mereka (pelancong) yang berpakaian bebas di tempat terbuka menyebabkan ketidakselesaan kepada pengunjung atau pelancong yang lain,” jelasnya.Ustaz Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, sekiranya hasrat ini dilaksanakan, tidak mustahil pelancong yang datang ke Negeri Terengganu akan memperkenalkan konsep pelancongan islamik kepada orang lain apabila pulang ke negeri masing-masing.Menurutnya, terdapat 200 tempat pelancongan utama dan 30 destinasi pelancongan yang menjadi tarikan orang ramai di negeri Terengganu.“Kita mempunyai banyak tempat tarikan untuk dilawati termasuk masjid yang melambangkan warisan dan khazanah Islam dengan kehalusan keseniannya dan keunikannya.Justeru, Terengganu sangat berbesar hati menerima dan mengalu-alukan kedatangan pelancong dari dalam dan luar Negara Malaysia.
08 Aug 18
44
Kematian Penyu Dipercayai Terkena Kipas Bot
Zawawi AliKematian seekor penyu agar atau nama saintifiknya (Chelonia Mydas), yang ditemui oleh pengunjung pantai di Kuala Kerteh, Kemaman, pada hari Isnin lalu dipercayai akibat terkena kipas bot yang melalui perairan tersebut.Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Zawawi Ali berkata, penyu yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun itu berkemungkinan berada di perairan tersebut untuk bertelur."Hasil pemeriksaan lanjut terhadap bangkai penyu tersebut mendapati ada beberapa kesan seperti terkena kipas bot ditemui pada cengkerangnya."Berdasarkan kepada keadaan bangkai tersebut, kita percaya penyu terbabit sudah mati kira-kira dua minggu lalu sebelum bangkainya dihanyutkan ombak ke persisir pantai," katanya.Zawawi berkata demikian selepas dihubungi oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini, bagi mengulas berkenaan penemuan bangkai tersebut.Keadaan bangkai penyu yang ditemui baru-baru ini.Menurutnya, bermula dari bulan Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 46 kes kematian penyu telah dicatatkan di Perairan Terengganu melibatkan peratusan sebanyak 0.0167 peratus."Banyak perkara yang menjadi punca kematian termasuk penggunaan pukat yang tidak dibenarkan, terkena kipas bot nelayan, termakan sampah yang berada di laut dan beberapa penyebab lain."Pihak kami telah merampas sebanyak 23 bidang pukat pari yang menjadi salah satu penyebab kematian penyu."Kebanyakan nelayan akan memotong pukat tersebut sekiranya penyu tersangkut lalu dibiarkan hanyut di tengah laut dan tidak boleh mencari makanan sehingga ianya mati," katanya.Katanya, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu sentiasa mengadakan kempen kesedaran kepada nelayan dan orang ramai berkenaan kepentingan menjaga kebersihan pantai dan perairan laut."Kita banyak mengadakan ceramah dan kempen berkenaan perkara ini dan beberapa inovasi telah dibangunkan seperti Peranti Penyisih Penyu (TED) dan beberapa inovasi lain untuk mencegah kematian penyu," katanya.Zawawi berharap agar orang ramai dapat mengambil berat tentang kebersihan pantai dan melaporkan kepada pihak berkaitan sekiranya terlihat sebarang aktiviti yang merosakkan hidupan terancam tersebut.
08 Aug 18
739
Rebut Insentif Kelahiran Bayi Terengganu
Shafaruddin MustaffaSejumlah RM2.49 juta telah diagihkan kepada 24,018 bayi dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sejak 2015.Insentif berjumlah RM100 hingga RM500 dalam bentuk penabungan itu merupakan salah satu usaha kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyat di peringkat awal usia lagi.Pengarah YPKT, Shafaruddin Mustaffa berkata, di bawah skim sagu hati kelahiran, seramai 9,848 bayi telah menerima insentif bernilai RM100 setiap seorang sejak diperkenalkan pada tahun 2015.Jelasnya, syarat kelayakan memohon insentif tersebut ialah ibu atau bapa kepada bayi mestilah rakyat Terengganu atau sudah menetap sekurang-kurangnya 10 tahun di Terengganu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pejabat YPKT, semalam."Akan tetapi bermula pada tahun 2016, ia diperluaskan dengan kadar insentif sebanyak RM100 setiap kelahiran anak pertama hingga keenam, RM200 bagi anak ketujuh, RM300 bagi anak kelapan, RM400 bagi anak kesembilan dan RM500 bagi kelahiran seterusnya."Namun, pada tahun ini permohonan yang diterima kurang memberangsangkan, jadi kita berharap masyarakat lebih peka dengan membuat permohonan segera."Setakat ini, YPKT baru mengagihkan sebanyak RM136,200 kepada 1,317 bayi di Terengganu dan kita harap ibu bapa mendapatkan borang permohonan insentif ini di pejabat daerah YPKT berhampiran secepat mungkin," katanya.Tambah Shafaruddin, masalah itu berlaku mungkin disebabkan masyarakat tidak peka dengan kemudahan yang ditawarkan itu atau tidak menerima maklumat berkaitan."Oleh itu, pihak kami mengambil inisiatif bekerjasama dengan 32 Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri agar maklumat mengenai insentif ini sampai kepada ibu bapa," ujarnya.Mengikut rekod, pada tahun 2016, YPKT mengagihkan RM666,400 nilai SSPN kepada 6,237 bayi manakala pada tahun lepas, sebanyak RM702,500 diagihkan kepada 6,616 bayi.
08 Aug 18
154
Bapa Maut Anak Cedera Dalam Kemalangan
Supritendan Mohd Said IbrahimSeorang bapa maut manakala anaknya cedera setelah kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 108, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, berhampiran Kampung Labohan, pagi tadi.Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, Mohd Badrul Ridhzuan Rosman, 27, yang memandu kereta jenis Proton Saga FLX, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala manakala anaknya yang berusia setahun, Muhammad Attar Badrul Ridhzuan, cedera ringan dalam kejadian tersebut.Mohd Badrul Ridhzuan RosmanKetua Polis Daerah, Supritendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.Menurutnya, kejadian berlaku di satu laluan lurus dan ketika kejadian, mangsa dari arah Bandar Paka, Dungun, menuju ke Kemaman setelah selesai menghantar isterinya yang bekerja di sana."Mangsa dalam perjalanan pulang ke kediamannya dan anaknya duduk di bahagian belakang tempat duduk penumpang ketika kejadian."Setiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa terbabas ke arah pembahagi jalan sebelum terbalik," katanya.Menurutnya, mangsa dan anaknya dikatakan tercampak keluar sejauh beberapa meter dari kereta yang terbalik itu.Keadaan kereta milik mangsa yang rosak teruk dalam kemalangan tersebut.Mohd Said berkata, sepasukan anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia manakala anaknya dibawa ke Klinik Kesihatan Kerteh untuk rawatan lanjut."Kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan ringan dan sudah diberikan rawatan sebagai pesakit luar di klinik terbabit," katanya.Mohd Said berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987.Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat dan urusan pengebumian.
08 Aug 18
57
94 Wakil Kampung Terima 'Wakkalah' Dari Sultan Mizan
Seorang juru sembelih menghadap Sultan Mizan untuk menerima ‘wakkalah’ di Istana Syarqiyyah Kuala Terengganu. Foto - Tengku SyamimSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mencemar duli dan berkenan melantik seramai 94 orang juru sembelih di Majlis ‘Wakkalah’ Juru Sembelih Korban Sempena Hari Raya Haji 1439 Hijrah di Istana Syarqiyyah, semalam, pada 8 Ogos.Sultan Mizan Zainal Abidin telah bertitah mewakilkan juru-juru sembelih itu melaksanakan ibadah sunat korban di samping baginda berniat melaksanakan ibadat tersebut bagi pihak seluruh umat Islam Negeri Terengganu.Juru-juru sembelih berkenaan menghadap Sultan Mizan sebagai mewakili 90 buah kampung terpilih dari seluruh negeri untuk menyembelih 100 ekor lembu dengan peruntukan Baitul Mal, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebanyak RM680 ribu.Manakala 10 ekor lembu lagi diserahkan kepada Darul Hidayah Jalan Kamarudin sebanyak empat ekor dan masing-masing seekor untuk Penjara Marang, Saudara Baharu Besut, Saudara Baharu Marang, Saudara Baharu Hulu Terengganu, Orang Pekak Kuala Terengganu dan Perkampungan Orang Asli Sungai Berua Hulu Terengganu.Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato’ Osman Muda, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Haji Mohd Rozi Bidin dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.Sementara itu, Haji Mohd Rozi berkata, MAIDAM mengadakan majlis ‘wakkalah’ seumpama itu setiap tahun menjelang musim haji, sejak tahun 1997 hingga tahun ini.Menurut beliau, kos pembelian lembu adalah sebanyak RM590 ribu manakala selebihnya ialah kos upah juru sembelih sebanyak RM100 seorang. Manakala tukang urus lembu sembelihan dibayar sebanyak RM200 seekor."Seramai 10 individu dilantik untuk menyediakan lembu korban dari lapan daerah seluruh Negeri Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berkenaan selesai."Tahun lalu peruntukan Baitul Mal dikeluarkan sebanyak RM576 ribu dengan jumlah lembu korban sebanyak 91 ekor dan juru sembelih seramai kira-kira 85 orang."Kampung yang menerima ‘wakkalah’ itu bertukar setiap tahun, tidak dikhususkan hanya untuk kampung tertentu sahaja," ujarnya.
08 Aug 18
252
Projek Gagal Diwarisi Kerajaan Terdahulu
Projek Ternakan Kambing Lembah Kaprima Kampung Chabang Kerteh didakwa sebagai antara projek gagal kerajaan yang terdahulu yang `terpaksa' diwarisi kerajaan negeri masa kini.Projek Ternakan Kambing Lembah Kaprima Kampung Chabang Kerteh, Kemaman didakwa antara projek gagal kerajaan yang terdahulu yang `terpaksa' diwarisi kerajaan negeri masa kini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek yang bertujuan bagi merealisasikan matlamat menjadikan Terengganu sebagai hab pengeluar kambing terbesar negara dalam 10 hingga 15 tahun akan datang itu, melibatkan 20 hektar tanah, lima unit kandang, rumah penternak dan pejabat serta stor baja."Pada September ini, perjanjian dengan syarikat yang gagal kita akan tamatkan untuk kita mulakan satu perancangan baru."Infrastruktur penternakan yang dibina menggunakan puluhan juta wang rakyat tidak sewajarnya terbiar dan rosak begitu sahaja,"katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam. Untuk rekod, Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini menswastakan projek Lembah Kaprima kepada lapan anak jati negeri melibatkan Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu, Kampung Chabang, Kerteh (Kemaman), Segading (Hulu Besut), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Durian Mentangau (Dungun), Tanjung Gaduh (Marang) dan Mengabang Bakong (Kuala Nerus). Projek berkenaan yang bermula sejak 2006 peringkat pelaksanaan fasa ketiga (2015) selepas melaksanakan fasa pertama dan kedua iaitu penyediaan infrastruktur berjalan lancar. Kerajaan negeri ketika itu juga membelanjakan lebih RM13 juta untuk penyediaan infrastruktur seperti jalan dan kandang untuk ternakan kambing berkenaan. Selain itu, projek berkenaan turut diswastakan kepada pengusaha dalam bentuk sewaan kandang yang mana setiap lembah kaprima mempunyai lima kandang dan setiap kandang disewa dengan harga RM200 sebulan.
07 Aug 18
583
Kerajaan Optimakan 12,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Rakyat
Dr Azman Ibrahim berdialog dengan para peserta. Oleh: Ahmad SyahidSeluas 12,000 hektar tanah terbiar akan dibuka permohonannya kepada rakyat untuk diusahakan dengan aktiviti pertanian, bagi meningkatkan sumber pendapatan penduduk.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya akan memberi penjelasan dari masa ke masa tentang dasar kerajaan dalam sektor terbabit dan peluang yang disediakan untuk rakyat."Saya bersyukur kerana mempunyai pasukan yang komited untuk menjayakan program turun padang bertemu rakyat."Sesi bertemu mata dan memberi taklimat ini diharap berjaya merungkai banyak persoalan golongan nelayan petani dan penternak," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Lawatan Kerja Ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, di Dewan Sivik, Kerteh, semalam Selasa 7 Ogos.Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, inisiatif kerajaan negeri ini boleh membantu mengurangkan kadar pengangguran terutamanya golongan muda yang mahu mengambil peluang menceburi bidang pertanian.Turut hadir ialah ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, Ahli Majlis Daerah Kemaman, Amri Mamat, Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Pengarah Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM) Terengganu, Tengku Mohd Anuar Tengku Mahmud, Pengarah Lembaga Industri Nenas Malaysia negeri Terengganu, Imraan Fahmi Tajul Arifin, Pegawai Lembaga Industri Nenas Malaysia negeri Terengganu, Pegawai Pertanian Daerah Kemaman dan Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Kemaman.Sehubungan itu, Ir Saiful Azmi Suhaili yang jugaTimbalan Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, dalam ucapan aluannya menggesa rakyat mengambil pelbagai peluang keemasan yang disediakan Kerajaan Terengganu."Rebutlah peluang yang disediakan dan realisasikanlah slogan 'Pertanian Adalah Perniagaan'," jelas beliau yang turut berucap dalam majlis tersebut.Rombongan lawatan itu turut meninjau Kompleks Mini LKIM Kerteh di Kuala Kerteh, ladang ternakan ayam pedaging di Kampung Pengkalan Ranggon dan peninggalan projek terbengkalai Lembah Kaprima di Kampung Chabang.
07 Aug 18
168