Artikel "Semasa" Terkini
Orang Muda Tidak Dipinggir
Dr Azman Ibrahim beramah mesra dengan pemain bola sepak dari kedua-dua kumpulan.Oleh: Hidayah AzlinOrang Muda tidak akan dipinggir malah menjadi aset terpenting untuk membangunkan Negeri Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, agenda kita tidak pernah mengetepikan orang muda dan orang muda menjadi keutamaan dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu."Manfaatkanlah kemudahan yang ada ini dengan sebaiknya dan kembangkanlah bakat yang ada untuk kesihatan yang terbaik," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tirai Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi di Padang Bola Kampung Kerandang, semalam.Menurut Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, seramai 20 pasukan menyertai kejohanan pada tahun ini dari seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi."DUN Jabi merupakan DUN pertama menganjurkan kejohanan seumpama ini di Terengganu selepas peralihan kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Sementara itu, Pengarah Kejohanan Bola Sepak Piala DUN Jabi, Nik Mohd Zin Said berkata, kalah menang ialah adat permainan."Dalam merebut juara, pemain haruslah berdisiplin tinggi untuk mencapai matlamat yang disasarkan," tambahnya.Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kepala Gajah A FC dengan jaringan 1 gol mendahului Felda Selasih 0.
10 Aug 18
61
Dr Samsuri Hargai Rakan Media
Dr Ahmad Samsuri beramah mesra dengan rakan-rakan media. Foto - Tengku SyamimOleh: Suhaimi TaibKerajaan Negeri Terengganu berusaha mengukuhkan hubungan dua hala di antara pengamal media dengan kepimpinan negeri supaya segala agenda kerajaan dapat disebarkan seluas-luasnya.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan kesungguhan pihak media mengikuti perkembangan pentadbiran negeri serta kepimpinannya."Saya gembira dan berpuas hati serta tabik dengan tuan-tuan yang tidak putus-putus membuat liputan tentang kepimpinan kerajaan negeri termasuk saya," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Media anjuran Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) di Primula Beach Hotel, semalam (9 Ogos).Dr Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancang Kewangan & Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli negeri memuji pihak media kerana melaksanakan tugas dengan menggunakan kepakaran masing-masing sehingga laporan dapat disampaikan kepada masyarakat dengan tepat."Wartawan kadang-kadang sampai ke malam masih menunggu, pagi esoknya jumpa lagi, petang pun jumpa lagi."Tugas tuan-tuan tidak mudah, menunjukkan betapa tuan-tuan mengambil berat dengan program kerajaan dan kepimpinan kami, " ujarnya.Justeru, Dr Ahmad Samsuri memohon maaf bagi pihak pentadbiran kerajaan sekiranya kerjasama yang diberikan tidak memuaskan hati pihak media.Menurutnya, media di Terengganu bersifat profesional apabila didapati tiada satu pun laporan yang disiarkan diputar belit dalam media masing-masing.Ini kerana masing-masing mengambil sikap bertanggungjawab dan memastikan etika kewartawanan dilaksanakan dengan sebaik mungkin."Kamu (media) adalah yang terbaik dalam tugasan kamu kerana membuat liputan yang betul tentang kerajaan negeri."Kita ambil manfaat 'win-win situation' di antara seluruh kepimpinan kerajaan negeri dan rakan media," jelasnya.Justeru, beliau berjanji bahawa kerajaan negeri akan memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk tujuan tersebut.Kerajaan bersikap terbuka dan sedia mendengar teguran serta pandangan dari mana-mana pihak demi kebaikan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu.Katanya, kerajaan menyifatkan semua media Terengganu berada di dalam kelas yang tersendiri dan patut dipuji.Sementara itu, sebanyak 25 agensi media hadir di majlis berkenaan termasuk Bernama, Utusan Malaysia, New Straits Time, Harian Metro, TV3, Astro Awani, TV Al-Hijrah dan lain-lain.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.
10 Aug 18
69
Usaha Perkim Manfaat Buat Rakyat
Ustaz Ridzuan Hashim berucap dalam program tersebut.Oleh: Mohd Haniff AbasUsaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Terengganu menganjurkan program bersama masyarakat banyak mendatangkan manfaat dan secara langsung dapat memperkenalkan badan bukan kerajaan itu kepada masyarakat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, ianya merupakan usaha yang mulia iaitu menyampaikan dakwah Islam kepada setiap pelusuk masyarakat."Program seperti ini diharap dapat dipergiat dan dipertingkatkan lagi di tempat-tempat lain dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jalinan Ukhuwwah dan Integrasi Saudara Kita Bersama Masjid yang diadakan di Masjid Tanjung Sabtu, Manir, semalam.Seramai kira-kira 300 orang jemaah menyertai program tersebut. Ustaz Ridzuan Hashim turut menyampaikan cenderamata kepada kira-kira 30 orang mualaf yang menetap di sekitar Kawasan Kuala Nerus.Ustaz Ridzuan Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Buluh Gading berkata, walaupun mereka saudara baru, kemungkinan mereka lebih hebat kedudukannya di sisi Allah SWT kerana taqwa tidak dapat diukur oleh sesiapa.Menurutnya, begitu juga dalam merealisasikan hasrat kerajaan bertemakan Maju, Berkat Sejahtera, semua pihak harus berganding bahu melakukan usaha mengikut acuan Islam yang sebenar.Turut hadir, Pengerusi Perkim Terengganu, Prof Dr Ramlee Abdullah dan timbalannya, Dato' Ismail Ali, panelis jemputan pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hun dan Ustaz Abdul Ghafar Mamat.
10 Aug 18
143
Kerajaan Komited Lahir Pelajar Tahfiz Serba Boleh
Ustaz Saiful yang ceria di konti Radio Manis FM.Oleh: Muhd LukmanKerajaan sedang memperkasakan institusi tahfiz dan pondok melihatkan banyak permintaan daripada rakyat untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah tahfiz.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, bidang pendidikan merupakan aset penting kepada negara."Jangan anggap pelajar tahfiz hanya layak menjadi imam sahaja,sedangkan di sana lahirnya ramai doktor, jurutera dan profesional yang menjadi kebanggaan kita."Kerajaan juga akan mewujudkan sekolah rendah dan sekolah menengah islam bermula tahun hadapan."Ianya sekaligus akan membuka peluang pekerjaan kepada graduan-graduan di negeri ini untuk menjawat jawatan sebagai guru di sekolah berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam segmen "Manis Sokmo" di konti Radio Manis FM, semalam.Menurut Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, kerajaan juga akan berusaha untuk menyelaraskan sistem pembelajaran di sekolah tahfiz dan menerapkan kelas-kelas kemahiran seperti elektrikal,mekanikal dan sebagainya."Kerajaan akan memastikan supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar tahfiz yang serba boleh dan seimbang dari segi ilmu 'aqli' dan 'naqli' seterusnya dapat menabur bakti di negeri ini," ujarnya.Tambahnya, institusi tahfiz dan pondok ini tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak sebaliknya kita sama-sama membantu pelajar-pelajar ini untuk terus cemerlang bukan sahaja duniawi tetapi juga ukhrawi.
10 Aug 18
49
Perogol Dipenjara 20 Tahun, 35 Kali Sebatan
Tertuduh dibawa ke perbicaraan.Angkara nafsu iblis, seorang penganggur dihukum penjara 20 tahun dan 35 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas enam pertuduhan berasingan iaitu rompak, rogol dan liwat seorang pekerja wanita di sebuah kedai menjual pakaian wanita di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu pada 1 Ogos baru-baru ini.Hakim, Tuan Azman Mustapha menjatuhkan hukuman selepas Mohamad Nurhadi Othman, 25, mengaku bersalah terhadap keenam-enam pertuduhan itu yang dibaca di dua mahkamah sesyen berasingan yang dijalankan serentak bermula tarikh penangkapan tertuduh.Tertuduh, dari Jalan Hiliran Parit Gali, mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak, tiga pertuduhan meliwat dan satu pertuduhan merogol mangsa yang berusia 22 tahun.Bagi empat pertuduhan itu, tertuduh dikenakan hukuman 20 tahun dan 12 sebatan kerana kesalahan merogol (pertuduhan pertama), diikuti 15 tahun dan lapan sebatan kerana meliwat (pertuduhan kedua), 15 tahun dan lima sebatan kerana meliwat (pertuduhan ketiga) dan 15 tahun dan lima sebatan kerana melakukan seks oral (pertuduhan keempat).Sebelum itu, Nurhadi turut dihukum penjara 20 tahun dan 12 sebatan atas dua pertuduhan melakukan rompakan terhadap mangsa di sebuah lagi Mahkamah Sesyen di sini.Mengikut pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad, tertuduh didakwa merompak wang tunai RM2,600 di butik tersebut dengan bersenjatakan sebilah pisau.Tertuduh juga didakwa merompak dua utas rantai tangan dan cincin milik mangsa berumur 23 tahun, juga bersenjatakan sebilah pisau.Sehubungan dengan itu, tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.Dia dituduh melakukan perbuatan itu di premis berkenaan di Jalan Bukit Kecil, di sini pukul 9.56 malam hingga 10.55 malam, Rabu lalu.Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi dan Nur Zafirah Rosli.
09 Aug 18
169
Isu Pembalakan Di Sungai Lutong Terjawab
Haji Ghazali Sulaiman berbincang tentang penyelesaian isu pembalakan Sungai Lutong.Oleh: Adli MohamadKebimbangan penduduk Kampung Tepus dengan aktiviti pembalakan di Sungai Lutong akhirnya terjawab.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, penduduk tidak menghalang aktiviti pembalakan itu namun jangan menjejaskan kawasan tadahan air hujan setempat."Empangan yang membekalkan air bukit pernah terjejas dan rosak teruk pada tahun 2014 akibat aktiviti pembalakan sehinggakan bekalan air bukit tidak dapat dinikmati oleh penduduk setempat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita selepas lawatan ke Kampung Tepus, semalam untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pihak terbabit.Turut hadir, Penolong Pegawai Renjer Hutan, Abd Hadi Mohamad, Pegawai Perhutanan Jerangau, Mohd Bin Salleh, serta wakil daripada Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan, Osmadi Othman.Sementara itu, Kumpulan Perkayuan Kayu Kayan Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Negeri Terengganu iaitu 'Government Link Company' bersama Jabatan Pentadbiran Hutan Jerangau, Terengganu Barat telah bertemu dengan penduduk setempat bagi membincangkan perkara tersebut.Pengurus Kanan Kumpulan Kayu-Kayan, Zulkifli Mohd Sanusi memberitahu bahawa aduan yang diterima itu menyebabkan kumpulannya bertindak segera untuk turun menjelaskan perkara sebenar."Sebenarnya aktiviti pembalakan masih tidak berjalan malah lesen juga masih tidak dikeluarkan."Kita akan pastikan had aktiviti pembalakan nanti tidak akan memberi kesan kepada empangan yang telah dibuat oleh penduduk kampung bagi mendapatkan bekalan air bersih," ujarnya.Beliau berjanji bahawa kawasan yang akan berlaku aktiviti pembalakan itu nanti tidak akan dibiarkan begitu sahaja tetapi akan ditanam pokok-pokok hutan."Kita berhasrat untuk menjadikannya ladang hutan, pokok hutan ini cepat membesar dalam jangka masa 7 tahun, peluang pekerjaan akan dibuka kepada penduduk setempat apabila ladang hutan itu dapat dijayakan," ujarnya.pBeliau turut memaklumkan bahawa, sebelum melakukan aktiviti pembalakan tersebut, akan diadakan dahulu sesi konsultansi dengan penduduk setempat, bagi memastikan aktiviti pembalakan itu nanti jauh dari empangan yang didirikan oleh penduduk kampung.
09 Aug 18
183
Jangan 'Cantas-Mencantas'
Alias Harun menyampaikan sumbangan kepada penerima.Oleh: Nooreini Abu Bakar‘Focus Group’ yang bertanggungjawab meneliti dan meluluskan permohonan E-Kasih harus bersikap telus dengan membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik.Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Sosial, Cikgu Alias Harun berkata, hal ini perlu diberi perhatian serius agar tidak berlaku seperti sebelum ini, ‘cantas-mencantas’.“Hanya penyokong parti tertentu sahaja diterima permohonan mereka dahulu, saya tegaskan kejadian ini tidak boleh berulang”, ujarnya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas selepas turun padang menziarahi pemilih E-Kasih di Gong Pasir dan Pinang Baru, di sini pada 7 Ogos.Kali ini mereka telah meninjau tiga orang pemilih yang tersenarai, antaranya Mohd Zazali Hussin, 42 , pengusaha santan kecil-kecilan.Keluarga Zazali yang terdiri daripada empat beranak dan empat orang adik iparnya tinggal sekali di rumah satu bilik di atas tanah rezab longkang, di Gong Pasir.Menurut Cikgu Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, kumpulan ini telah turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 Ogos untuk mengambil maklumat berkaitan bantuan yang dipohon melalui senarai E-Kasih.‘Focus Group’ terdiri daripada wakil-wakil Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Pejabat Agama Daerah Dungun, Pejabat Daerah Dungun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun.
09 Aug 18
54
4,692 Ibu Tunggal Di Dungun Dalam Perhatian
Delegasi KHAIRUNNISA' diketuai Hajah Siti Zaleha & YPK berkongsi maklumat dan pandangan.Oleh: Noreini Abu BakarTerdapat seramai 4,692 orang ibu tunggal di kawasan Dungun merujuk maklumat yang disampaikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Dungun.Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat (KHAIRUNNISA'), Hajah Siti Zaleha Mohamad berkata, YPK yang mewakili Kerajaan Negeri Terengganu harus bertindak sewajarnya untuk membantu golongan terbabit."Kita (KHAIRUNNISA') ingin menjadi penghubung antara YPK dengan masyarakat bagi memantapkan institusi kekeluargaan."Segala maklumat harus disampaikan dengan cepat untuk membantu masyarakat khususnya wanita bagi pembentukan modal insan dan pembangunan ekonomi mereka," ujarnya.Menurut Hajah Zaleha yang juga isteri Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, beliau berpuas hati dengan kunjungan pertama itu.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam lawatan KHAIRUNNISA' peringkat daerah ke YPK Dungun di Tingkat Satu, Pusat Perniagaan Sura Gate, semalam.Sementara itu, Timbalan Pengarah YPK Dungun, Farah Noor Fadhilah Mohd Zuki berkata, YPK mengadakan pelbagai program untuk wanita termasuk Program Ekonomi dan Kemahiran, Bimbingan Kesihatan dan Kemasyarakatan, Bimbingan Perundangan dan Bimbingan Kekeluargaan.“Di sini juga ada Akademi Jahitan yang terletak di tingkat dua bangunan ini,” ujarnya.
09 Aug 18
417
500,000 Dijangka Kunjungi MAHA Terengganu
Sidang media selepas mesyuarat "Road To MAHA'. Foto - Solahuddin Al-IdrusPameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) akan diadakan di Negeri Terengganu pada tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, terdapat banyak pengisian yang mampu menarik para pengunjung hadir ke program tersebut yang akan diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2018."Kita menjangkakan kehadiran seramai kira-kira 500,000 orang pengunjung yang akan hadir memeriahkan program mega ini.Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Manir akan bertindak sebagai tuan rumah.“Ianya program yang melibatkan para peladang, penternak, nelayan serta pelbagai agensi yang terlibat dalam sektor pertanian.“Menariknya MAHA ini, kita akan isikan dengan seminar dan taklimat yang melibatkan pelbagai aspek termasuk pemprosesan produk, teknologi pertanian baru, peluang bisnes dan kursus asas berkaitan dengan pertanian.“Bahkan para pengunjung akan turut didedahkan dengan peluang-peluang pembiayaan yang mampu diperoleh daripada institusi kewangan seperti Agrobank, jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat "Road To MAHA" di Pejabat MARDI Terengganu, Kampung Kubang Jela, pada Rabu, 8 Ogos.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Ustaz Hilmi Harun.Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, pameran-pameran haiwan yang ditonjolkan adalah termasuk pameran lembu sado, kambing, ikan hiasan, ayam serama dan ayam ratu serta pelbagai lagi yang dijangkakan mampu menarik para pengunjung melawat tapak pameran.Katanya, dalam masa yang sama gerai-gerai turut disediakan untuk membuka peluang kepada para peniaga menjual pelbagai produk termasuk produk pertanian, penternakan dan perikanan.Menurutnya, pelbagai agensi kerajaan terlibat dalam program ini, antaranya Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar , MARDI, IADA Ketara, Lembaga Pertubuhan Peladang dan sebagainya.YB Dr Azman Ibrahim bersama Timbalannya Ustaz Hilmi Harun yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Pihak MAHA juga mengundang beberapa syarikat swasta untuk mereka memperkenalkan input-input baru dalam peralatan pertanian termasuk jentera, benih, fatagasi dan produk pertanian.“Saya mewakili jawatankuasa induk "Road To Maha" mengajak semua rakyat Malaysia untuk sama-sama hadir berkunjung ke MARDI Manir bagi memeriahkan dan mengambil manfaat secara optimum daripada program yang diadakan,” ujarnya.
09 Aug 18
78
100 Hari Pentadbiran Menteri Besar
Dr Ahmad Samsuri ketika diwawancara wartawan. Foto Syaful Mustafa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu ke-15 pada 10 Mei lalu. Tanggal 20 Ogos nanti genap 100 hari tempoh pentadbiran beliau dengan tagline Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Sepanjang tempoh itu, Ahmad Samsuri kerap kali menyatakan tugas mengisi dan melaksanakan agenda Negeri Terengganu untuk membawa negeri ini ke era baharu bukan hanya perlu digalas Menteri Besar, Ahli-ahli Menyuarat Negeri dan wakil rakyat semata-mata malah semua pihak perlu mengalas tanggungjawab itu bersama-sama.Pelbagai perancangan dan hala tuju bakal direalisasikan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat termasuk menunai janji Manisfesto PAS secara berperingkat-peringkat.Tidak lupa merencanakan ekonomi negeri dalam pelbagai sektor dan menterjemahkan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) sepanjang tempoh penggal pertama pentadbiran Dr. Ahmad Samsuri.Wartawan: Sejauh mana manifesto yang sudah dilaksanakan Kerajaan PAS selepas berjaya mengambil alih tampuk kepimpinan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.Dr. Ahmad Samsuri: Manifesto PAS akan ditunaikan secara berperingkat-peringkat dengan mengutamakan keperluan terdesak yang diinginkan rakyat, pertamanya kita telah melaksanakan pemberian 20 meter padu air percuma kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.Sama juga janji kita berkaitan pemberian lot tanah kediaman kepada rakyat, perkara ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat tetapi perlu mengambil masa sedikit masa dan penelitian sebelum dikeluarkan tawaran kepada mereka yang benar-benar rakyat.Perkara ini sudah dilaksanakan kerajaan lalu, tetapi didapati berlaku ketidakadilan agihan, termasuk mereka yang sudah mempunyai tanah turut disenaraikan sebagai layak untuk memiliki tanah yang ditawarkan.Wartawan: Apakah kejayaan yang boleh dijadikan contoh oleh pihak luar Dr. Ahmad Samsuri: kejayaan terbaru, Terengganu menjadi negeri pertama mampu menyelesaikan pelantikan ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan apa yang menariknya perkara itu dijadikan contoh oleh negeri lain.Di sini menunjukkan wujud kerjasama erat di antara jentera kerajaan dan pentingnya MPKK itu ditubuhkan adalah bagi menyelaras urusan berkaitan pengurusan kampung antara kerajaan negeri dan Pusat, penyaluran peruntukan serta hal-hal pentadbiran lain.Wartawan: Usaha yang bakal dilakukan untuk menarik minat pelabur-pelabur Wartawan: kerajaan negeri yakin dengan perubahan yang bakal dilaksanakan mampu menarik menarik minat pelabur tempatan dan antarabangsa dalam berskala besar. Sudah pastinya kita akan memberi tumpuan dalam indutri minyak dan petroleum, memperluaskan pasaran keluli, memperbanyakkan industri silika, memfokuskan industri hiliran dan memperbanyakkan aktiviti perkapalan di pelabuhan dalam tempoh terdekat.Perkara ini perlu dipandang serius kerana bukan saja mampu merancakkan ekonomi Terengganu, malah paling utama adalah mewujudkan peluang kerajaan.Kerajaan PAS juga akan tetap meneruskan projek-projek berskala besar yang melibatkan kepentingan rakyat di bawah rangka kerjasama awam-swasta (PPP) pada masa depan melalui kaedah pembayaran secara tertangguh dan juga kaedah bayaran berjadual.Namun pendekatan lebih berhati-hati perlu diambil dengan melakukan kajian terperinci terutama mengambil kira keupayaan untuk melunaskan bayaran agar kerajaan negeri tidak terbeban.Wartawan: Adakah Terengganu berasa tercabar dengan kepimpinan Kerajaan Pusat yang diterajui Pakatan Harapan.Dr. Samsuri: itu sudah pasti terutamanya apabila mahu menyelesaikan satu- satu perkara penting. Kita sudah laju, apabila tiba kepada kementerian tertentu, perkara itu terpaksa ditangguhkan kerana menteri yang mengambil peranan masih tidak bersedia.Saya berharap dapat diselesaikan secepat mungkin.Wartawan: Apakah kelebihan yang ditampilkan PAS sehingga mampu mengambil alih tampuk kepimpinan.Tiada kelebihan istimewa, mungkin disebabkan ada sebilangan besar rakyat berasa tidak puas hati dengan cara kepimpinan terdahulu, termasuk agihan projek, bantuan untuk rakyat dan sebagainya.Mungkin juga faktor pemilihan calon yang dilihat memberi kelebihan kepada PAS, penggunaan media sosial di kalangan sukarelawan yang mahu membantu PAS dan kerjasama erat yang ditonjolkan jentera-jentera PAS.
09 Aug 18
119