Artikel "Semasa" Terkini
Lembu Korban Di Terengganu Dijamin Bebas Penyakit
Dr. Mohd Termizi Ghazali Jabatan Veterinar Terengganu memberi jaminan bahawa kesemua bekalan lembu yang akan dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha, bebas daripada jangkitan terutamanya penyakit kuku dan mulut.Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pihaknya telah menjalankan pemantauan rapi terhadap lembu tempatan termasuk yang diimport bagi mengelakkan wabak berkenaan merebak ke negara ini."Pihak kami telah menugaskan 100 kakitangan jabatan untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan yang rapi bagi mengesan sebarang penyakit pada 5,000 ekor lembu yang dikorbankan pada Aidil Adha nanti."Ini termasuklah 2,000 ekor lembu yang dibawa masuk dari Kelantan dan Pahang telah diperiksa untuk memastikannya bebas dari penyakit tersebut."Saya jamin sehingga hari raya korban nanti, kita selamat dari penyakit tersebut dengan tindakan yang kita ambil kecuali ada berlaku pemindahan ternakan di luar kawalan oleh mereka yang mencari peluang untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Bukit Kecil, hari ini.Tambahnya, pihak jabatan juga memberikan suntikan vaksin kepada 10 ribu ekor lembu bagi mencegah penyakit tersebut merebak.Dr Mohd Termizi berkata, ini merupakan tindakan awal pihak jabatan bagi memastikan penyakit hawar berdarah menyerang haiwan ternakan di Terengganu pada 2017 tidak berulang yang menyebabkan 500 ekor lembu mati.
11 Aug 18
291
Pemuda Maut Kereta Rempuh Tembok Pagar
Superitendan Baharudin AbdullahSeorang lelaki berbangsa India maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebuah tembok pagar rumah di kilometer 82.5, Jalan Kuantan - Kuala Terengganu, semalam.Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, Partiban a/l Ravi Chandran, 25 , maut di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman dalam kemalangan tersebut.Ketua Polis Daerah, Superitendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.Partiban a/l Ravi ChandranMenurutnya mangsa berasal dari daerah Kuantan, Pahang dan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Bandar Paka menuju ke Bandar Dungun."Kejadian berlaku ketika hari hujan dan kereta Proton Wira yang dipandunya hilang kawalan akibat jalan yang licin ketika melalui satu selekoh."Kereta mangsa dikatakan melanggar sebuah tembok pagar sebuah rumah yang terletak di sebelah kiri jalan menyebabkan kereta yang dipandunya mengalami kerosakan teruk," katanya.Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas melanggar tembok pagar.Katanya, dua buah kereta lain yang berada di laluan yang sama dikatakan cuba membrek untuk mengelak kereta mangsa namun kedua-duanya terbabas dan berlaku perlanggaran."Situasi jalan yang licin menyebabkan kereta mereka tidak dapat dikawal lalu berlaku sedikit perlanggaran namun kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Menurutnya, sepasukan anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian telah mengesahkan mangsa sudahpun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.Tambahnya, kes akan disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat dan untuk urusan pengebumian.
11 Aug 18
113
Giant Perintis Pasarayaku Sihat
Pegawai kesihatan menunjukkan langkah sanitasi tangan yang betul.Pasar raya Giant Kijal merupakan perintis pertama yang melancarkan inisiatif Pasaraya Sihat di Kemaman.Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Mohd Anuar Abd Rahman berkata, projek yang mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Kemaman tersebut adalah bertujuan untuk memastikan pasaraya menyediakan tempat membeli belah yang sihat dari segi penjualan makanan dan risiko pendedahan kepada penyakit berjangkit.“Projek ini diadakan dengan kerjasama dan panduan yang diberi oleh Pejabat Kesihatan Kemaman dan pihak kami mengambil iniasitif ini berikutan isu HFMD yang melanda di seluruh negara. “Antara isu yang berlaku ialah troli yang tercemar kerana meletakkan kanak-kanak bersama makanan di dalam troli,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Giantku Perintis Pasarayaku Sihat yang disempurnakan oleh wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Khairul Rafizah Hairon di Giant Kijal, pada 9 Ogos.Menurut Khairul Rafizah, antara inisiatif yang dibuat oleh pihak kesihatan adalah menyediakan 13 lokasi tempat sanitasi tangan iaitu di pintu masuk pasaraya, kaunter pendaftaran dan tempat pengimbas harga barang.“Kesemua troli makanan turut disinfeksikan bagi menjamin ianya selamat digunakan kepada orang ramai.“Selain itu, kami juga membuat hebahan kepada pengunjung dan ibu bapa tentang kemudahan cuci tangan dan panduan penggunaan di lokasi yang disediakan serta turut mengedar risalah 7 langkah basuh tangan dengan betul.“Sementara itu Pejabat Kesihatan Kemaman turut mengadakan program kembara pasaraya sihat di pasaraya ini,” katanya.Selain itu ia bertujuan untuk mendidik pengguna membuat pilihan makanan yang lebih bijak dalam meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap kepentingan, faedah dan peluang untuk mengamalkan pemakanan secara sihat.
11 Aug 18
410
Penyakit HFMD Kemaman Masih Terkawal
Dr Mohd Anuar Abd Rahman menyampaikan taklimat kesedaran HFMD.Kes Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD) di daerah Kemaman meningkat tetapi masih berada dalam keadaan terkawal.Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Mohd Anuar Abd Rahman berkata, penularan virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung melalui cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.“Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki,” katanya.Menurut Mohd Anuar, kes penyakit HFMD di daerah ini menunjukkan peningkatan tetapi ia masih dalam keadaan terkawal.“Sehingga minggu ke-32, terdapat sebanyak 31 kes berbanding hanya 24 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 121% dan peningkatan ini adalah normal dengan peningkatan kes yang berlaku diseluruh negara dan di negeri pada masa ini.“Walaubagaimanapun, daerah Kemaman masih mencatat kes yang terendah berbanding dengan daerah-daerah lain dan kebanyakan kes yang berlaku dalam lingkungan umur satu hingga lapan tahun,” katanya.Mohd Anuar berkata, bagi memastikan penularan kes HFMD terkawal dan dapat dicegah sepenuhnya, pihak Kesihatan Kemaman mengatur Kempen Pencegahan HFMD secara agresif sepanjang bulan ini.“Kami mensasarkan kempen pencegahan ini di kesemua insitusi pusat bimbingan dan jagaan kanak-kanak seperti sekolah rendah, tadika dan lain-lain.“Sehingga kini sebanyak 62.6% iaitu 165 daripada 260 premis dilawat bagi kempen yang melibatkan seramai 604 guru dan pengasuh serta 5,429 kanak-kanak dan jumlah premis yang ada adalah Taska (60), Tabika (116), Tadika (18), PASTI (33) dan PRA Sekolah (43),” katanya.Dalam kempen tersebut, pihaknya memfokuskan kepada mesej kesedaran HFMD dan langkah pencegahan, saringan kanak-kanak sebelum kemasukan, cara tujuh langkah cuci tangan, panduan disinfeksi dan panduan etika batuk.Selain itu, program hebahan HFMD juga akan diadakan di semua masjid mukim utama pada setiap Jumaat selama sebulan dengan kerjasama daripada Pejabat Agama Daerah.Ceramah HFMD juga akan diadakan sebelum bermulanya khutbah Jumaat yang akan disampaikan oleh pegawai-pegawai perubatan dan kesihatan.
11 Aug 18
248
Ladang Projek Kelapa Gagal, Telan Belanja Hampir RM5 Juta
Dr Azman Ibrahim ceria sewaktu lawatan kerja ke Chalok.Oleh: Ariss AliasKerajaan Terengganu komited untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pekebun kelapa di Ladang Projek Kelapa Kubang Puyu, Chalok di sini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, lawatan yang diadakan bertujuan untuk berbincang dan menyelesaikan masalah pengurusan yang dihadapi."Projek ini yang dijalankan sejak tahun 2011 mengalami kegagalan dan menelan belanja hampir RM5 juta", ujarnya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sewaktu Lawatan Kerja Ke Ladang Projek Kelapa, Kubang Puyu, pada 9 Ogos.Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, pihaknya akan mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian dan membina kemudahan yang mampu melonjakkan impak kepada ekonomi masyarakat sekitar."Ini adalah untuk membina rantaian ekonomi kepada semua pihak dengan mengambil kira pandangan masyarakat setempat," ujarnya.Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Pembangunan Unit Perancang Ekonomi Negeri, Wan Khalid Wan Jusoh, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Mohd Nasir dan Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof.
11 Aug 18
35
Sungai Kelemin Tarikan Baru Bukit Besi
Ghazali Sulaiman meninjau Sungai Kelemin di Kampung Talong.Oleh: Adli MohamadBanyak tempat menarik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi yang boleh dilawati dan mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong tempatan mahupun luar negara.Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, terdapat sungai yang cantik dan berpotensi dibangunkan sebagai tempat perkelahan yang menarik di Bukit Besi."Ianya berpotensi menjadi tempat pelancongan terkemuka di Terengganu."Antaranya Sungai Kelemin di Kampung Talong yang sesuai dijadikan tempat untuk berkelah bersama keluarga," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan ke Kampung Talong, pada 9 Ogos."Airnya cetek, memang sesuai dan kurang berbahaya," ujarnya.Menurutnya, bagi memajukan kawasan perkelahan itu, beberapa usaha harus dijalankan.Antarnya termasuklah membaik pulih surau, tempat persalinan pakaian, tempat laluan pejalan kaki dan beberapa infrastruktur lain bagi memudahkan pelancong ke tempat tersebut."Saya optimis, kawasan ini mampu menjadi daya tarikan pelancong bukan sahaja kepada penduduk setempat malah pelancong dari luar negara."Air sungainya yang jernih dan tidak tercemar pasti akan menjadi tarikan utama," katanya.Tambahnya, di antara faktor yang menyakinkan tempat perkelahan itu akan berjaya menarik kehadiran ramai pelancong adalah kerana permukaan airnya yang landai, sungainya yang panjang dan tidak dalam boleh diterokai dengan berjalan di dalam air sehingga ke Sungai Belia yang bersambung dengannya."Kawasan perkelahan itu akan dipastikan patuh syariah, dan akan mesra ibadah di mana pengunjung akan menikmati kemudahan surau yang akan dibaik pulih selain berdekatan masjid di seberang sungai," ujarnya.
11 Aug 18
1249
Bangunan Sekolah Islam Dikenal Pasti
Kerajaan Tengganu dijangka menubuhkan sekolah rendah dan menengah Islam tahun depan dan kini sedang mengenal pasti tempat dan bangunan yang sesuai untuk tujuan tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Kerajaan sedang mengenal pasti bangunan kosong milik kerajaan di setiap daerah untuk dijadikan bangunan sekolah berkenaan.Ustaz Wan Sukairi (dua, kanan) menyampaikan sijil kepada Muhammad Azrul Aminnur Mat Lazim (kanan) pelajar hafiz terbaik Komples Anak Yatim Tahfiz Darul Hijrah Chendering Kuala Terengganu. Katanya, Kerajaan menjangkakan sekolah Islam berkenaan akan mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat beragama Islam di negeri ini. Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Huffazul Quran Kali Pertama di Kompleks Anak Yatim Tahfiz Darul Hijrah Chendering di sini pada 11 Ogos. Turut hadir, Penolong Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Encik Muhammad Al-Hafiz Karim dan Pengerusi Darul Hijrah, Ustaz Wan Muhammad Mizan Wan Abdul Latiff. Seramai 14 pelajar menerima sijil masing-masing dari Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam dalam majlis konvokesyen berkenaan. Ustaz Wan Sukairi seterusnya berkata, Kerajaan Terengganu di bawah PAS pernah menubuhkan sekolah rendah Islam ketika pemerintahannya dalam tahun 1999 hingga 2004. Namum selepas diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) tahun 2004, sekolah berkenaan ditutup. "Kini kerajaan merancang untuk menghidupkan semula sekolah berkenaan mulai tahun hadapan dengan mensasarkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) ditubuhkan sekolah rendah Islam manakala setiap parlimen dibina sebuah sekolah menengah. "Itulah sasaran kerajaan sebagaimana termaktub dalam manifesto PAS menjelang PRU14 yang lalu, " jelasnya. Negeri Terengganu mempunyai lapan kawasan parlimen dan 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
11 Aug 18
76
Kerajaan Usaha Penuhi Hak Asasi Rakyat
Mohd Norkhuzaini berucap dalam majlis tersebut.Oleh: Siti Ainum AmijudinKerajaan berusaha semampu mungkin untuk memastikan hak-hak asasi rakyat dipenuhi sewajarnya.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kita sentiasa menyalurkan kebajikan kepada orang yang memerlukan dan mengurangkan sentimen kepartian."Siapa saja yang berhak akan menerima bantuan yang sepatutnya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra YB ADUN Kota Putera Bersama Warga Institut Latihan Islam Malaysia (ILTIM) Wilayah Timur, pada 6 Ogos."Matlamat perjuangan saya khusus buat rakyat Kota Putera adalah untuk meletakkan Islam di tempat yang selayaknya."Iaitu sebagai perlembagaan dan garis panduan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah pentadbiran," ujarnya.Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berpesan kepada semua hadirin supaya cakna dan melaporkan setiap keburukan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tertentu.Beliau turut menyatakan hasrat supaya ILTIM dapat terus bekerjasama dengan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera pada masa akan datang.
10 Aug 18
41
Jangan Beri Mudarat Pada Orang Lain
Ustaz Wan Sukairi meninjau tempat yang perlu diambil tindakan segera.Oleh: Wan Luqman HakimMasyarakat harus cakna tentang kebersihan dan kesihatan supaya tidak memberi kesan buruk kepada diri sendiri serta orang di sekeliling.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kesihatan dan kebersihan ini ialah perkara yang saling berkait antara satu sama lain."Dengan tubuh yang sihat, ianya ialah suatu nilai tambah kepada setiap pekerjaan yang dilakukan."Justeru, kita harus cakna dan prihatin terhadap aspek ini untuk membina masyarakat yang aman dan harmoni seiring dengan pembangunan ekonomi dan modal insan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Gotong-royong Basmi Aedes di Kampung Seberang Baroh, semalam."Apabila kita bersih kita akan jadi sihat, bila kita sihat, kita boleh beramal ibadah dengan baik dan sempurna serta sudah tentu akan meningkatkan iman," ujarnya.Menurut Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, tidak munasabah orang Islam terbelakang jauh berbanding dengan orang-orang bukan Islam dalam aspek kebersihan.Justeru, semua Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) wajar mengawasi dan menjaga kebersihan kampung masing-masing.
10 Aug 18
118
Pusat Khidmat Bergerak Dapat Sambutan
Haji Amzad ceria bergambar bersama doktor-doktor yang memberikan khidmat rawatan.Oleh: Syed Kamal RizuanPusat Khidmat Bergerak mendapat sambutan rakyat apabila ramai penduduk setempat yang hadir mengambil peluang menggunakan khidmat tersebut.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, program ini sebenarnya telah dibuat sebelum memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan masih diteruskan sehingga kini."Ianya bagi memastikan tahap kesihatan orang ramai berada pada tahap terbaik melihatkan penyakit denggi dan virus HFMD yang meragut banyak nyawa kebelakangan ini,” ujarnya.Program Pusat Khidmat Bergerak ataupun lebih dikenali sebagai Program Periksa Kesihatan Bergerak ini merupakan program bulanan yang dijalankan pada minggu kedua setiap bulan untuk setiap Dun dalam Parlimen Kuala Terengganu.Ini bagi memudahkan masyarakat setempat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan untuk memeriksa kesihatan secara percuma.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Pusat Khidmat Bergerak di Masjid Kampung Tok Ku, semalam.“Tahniah kepada pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Masjid Tok Ku, Dun Bandar, pegawai-pegawai kesihatan, kakitangan Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu serta semua yang terlibat kerana bertungkus lumus menjayakan program ini,” katanya.
10 Aug 18
93