lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
82 Pegawai Baharu Angkat Sumpah
Usai upacara angkat sumpah pegawai kerajaan negeri yang baru dilantik. Foto - Solahuddin Al-IdrusOleh: Atiyyah Sakinah KUALA TERENGGANU - Seramai 82 orang pegawai baharu yang dilantik oleh kerajaan telah melapor diri dan menghadiri upacara angkat sumpah, hari ini.Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perkhidmatan), Najihah Embong berkata, beliau berharap setiap anggota perkhidmatan awam hendaklah menjaga nama baik jabatan masing-masing, tidak kira di mana jua mereka berada.“Kita dalam perkhidmatan awam ini hendaklah jaga nama baik jabatan, imej jabatan dan yang paling penting kita hendaklah bekerja dengan jujur.“Bekerjalah dengan ikhlas, amanah dan yang paling penting perlu menjaga integriti," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada 38 orang pegawai yang dilantik di bawah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) manakala 44 orang yang lain dilantik di bawah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM).Majlis ringkas tersebut telah berlangsung di Wisma Darul Iman hari ini.Sementara itu, Timbalan Pengarah UPDI, Encik Sazali Mohd Noor mengalu-alukan pelantikan para pegawai tersebut dan berharap agar mereka bekerja bersungguh-sungguh."Tahniah kerana dilantik sebagai pegawai media dan takziah kerana terpaksa (bersungguh-sungguh) bekerja bersama saya, selamat bertugas dan maju jaya,” tegas beliau.
15 Aug 18
172
Empty Image
Pulau Bidong: Antara Singkapan Sejarah Dan Masa Depan
Dr Samsuri meninjau monumen tinggalan sejarah Pulau Bidong.Oleh: Mohd Nasir AbdullahPertama kali saya berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Bidong pada 13 Ogos lalu, mengikuti rombongan YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengarah Pelancongan Negeri, Tuan Haji Tun Faizal Tun Abdul Razak, wakil-wakil agensi berkaitan dan juga wartawan yang membuat liputan.Kami bertolak dari Jeti Merang kira-kira jam 8.40 pagi dan sampai ke Jeti Pulau Bidong lebih kurang 25 minit selepas itu. Laut agak tenang, membantu mempercepatkan bot kami membelah laut, kata pemandu bot. Di dalam bot, saya berpeluang bersembang dengan Penolong Setiausaha Exco Pelancongan, Wan Mohd Firdaus Wan Sembak, berkenaan Pulau Bidong. Antara butir perbualan kami ialah berkenaan tindakan oleh kerajaan terdahulu terhadap Pulau Bidong. Bermula daripada Dato’ Seri Idris Jusoh, beliau telah memberikan sedikit penumpuan terhadap pembangunan pulau ini. Namun kedua-dua pengganti Dato’ Seri Idris Jusoh, kelihatan kurang berminat untuk memberikan tumpuan kepada pulau ini. Dikhabarkan, kedua-dua bekas Menteri Besar itu, tidak pernah ke sini bagi membuat tinjauan. Bagi yang mungkin tidak mengetahui sejarah Pulau Bidong ini, ia adalah sebuah pulau yang pernah diduduki oleh pelarian perang daripada Vietnam. Kumpulan pertama yang sampai ialah kumpulan profesional yang terdiri daripada pakar-pakar serta cendekiawan-cendekiawan yang menentang rejim negara mereka sendiri. Mereka diburu setelah Amerika yang mereka bantu, kalah dalam perang Vietnam sekitar akhir tahun 60-an. Begitulah perangai Amerika, sentiasa menjadi pengacau kepada negara lain. Kumpulan ini tinggal di sini tidak terlalu lama kerana mereka diambil oleh negara ketiga seperti Amerika, Australia dan lain-lain bagi negara-negara ketiga itu menggunakan kepakaran mereka.Mereka meninggalkan legasi yang sangat bermakna di sini kepada kumpulan-kumpulan seterusnya yang datang. Mereka membuka kelas-kelas seperti kelas kejuruteraan, pasar yang dikatakan sangat maju, kilang roti, empangan mini menjadikan ianya sebagai tempat yang diidamkan oleh pelarian-pelarian Vietnam yang lain yang masih berusaha keluar daripada negara mereka pada waktu itu. Setahu saya, ada dua peristiwa kapal pecah yang membabitkan kematian yang ramai. Satu pada akhir 70-an dan satu lagi kira-kira tahun 1987. Ketika peristiwa yang pertama, cerita daripada orang-orang tua, mereka dapati emas yang banyak ada bersama mayat-mayat itu. Menunjukkan mereka membawa bekal yang cukup sebelum melarikan diri. Pujian harus diberikan kepada Kerajaan Negeri ketika itu dimana mereka segera bertindak memisahkan orang Islam yang ada bersama yang dimaklumi minoriti daripada kumpulan pelarian itu, agar terpelihara agama mereka.Masa berlalu, dan kumpulan-kumpulan seterusnya yang datang, bukan lagi golongan profesional, tetapi orang biasa. Adalah menjadi kebiasaan, apabila golongan sebegini datang, mereka akan membawa beberapa masalah bersama. Maka Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan bahawa mereka adalah ‘orang hanyut’ dan bukan lagi pelarian perang. Sehingga direkodkan pernah pulau ini didiami lebih 100 ribu orang pada satu masa. Apabila mereka mahu dihantar pulang, mereka sanggup memecahkan kapal-kapal mereka, menggali terowong bawah tanah, bagi mengelakkan diri daripada ditangkap. Akhirnya pada tahun 1991, orang hanyut ini telah dikeluarkan kesemuanya daripada pulau ini. Tetapi bagaikan ada nilai sentimental, mereka pada tiap-tiap tahun akan datang kembali menziarahi ‘kampung’ mereka suatu masa dahulu, disamping menziarahi kuburan nenek moyang mereka. Tidak sedikit daripada mereka yang telah menjadi golongan yang berjaya sehingga kepada posisi Datuk Bandar San Francisco! Bak kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Itulah nilai kemerdekaan mereka.Banyak tinggalan-tinggalan mereka di pulau ini. Paling nyata ialah kuburan mereka serta tempat ibadat mereka sepeti patung-patung sembahan mereka. Kerajaan Negeri juga sangat bertuah kerana nun di bawah sana terdapat kumpulan batu karang yang sangat cantik, digilai oleh para penyelam yang cintakan keindahan hidupan laut. Namun isu yang dibimbangkan ialah, Pulau Bidong belum lagi diisytiharkan sebagai Taman Laut. Maka sesiapa sahaja bebas menangkap ikan dan juga mengambil batu-batu karang di kawasan pulau. Saya fikir, ini mesti diutamakan.Kerajaan Negeri terdahulu khabarnya telah memperuntukkan sebanyak kira-kira RM1.5 juta bagi perbelanjaan pulau ini. Dan YAB Menteri Besar dalam lawatan beliau baru-baru ini telah memberikan jaminan untuk membantu sebarang usaha oleh agensi pelancongan negeri ataupun pihak luar bagi memberi nafas baharu kepada Pulau Bidong. Ia juga bergantung kepada kemampuan kerajaan setelah menerima bayaran royalti daripada Kerajaan Pusat.Antara yang dicadangkan sebagai berpotensi untuk menarik pelancong selain pantainya yang bersih ialah menjadikannya sebagai pusat pembiakan batu karang dan kawasan pulau diwartakan sebagai Taman Laut, pusat aktiviti ‘snorkeling’ dan penyelaman dimana antara sebab menjadikan kawasan sekitar pulau ini lebih menarik adalah kerana kapal-kapal yang dipecahkan oleh ‘orang hanyut’ dahulu, sekarang telah menjadi rumah kepada ikan-ikan. Kerajaan Negeri juga boleh membina pusat akuatik seperti Taman Bawah Laut dan aktiviti lasak ‘Jungle Trekking’ yang semua ini mungkin tidak memerlukan penginapan atau apa yang dipanggil ‘day trip’ ke pulau ini.Dengan itu, pengusaha-pengusaha penginapan di Pulau Redang, Lang Tengah dan juga Perhentian tidak menghadapi saingan penginapan, malah membuka lebih pakej pelancongan yang lebih menarik. Begitu juga pelancong-pelancong tempatan dari tanah besar yang mungkin boleh datang tanpa belanja menginap yang besar. Kerajaan Negeri juga boleh berkerjasama dengan pelarian-pelarian awal Vietnam yang kebanyakan mereka telah berjaya, bagi mempromosikan pulau ini, menggunakan kedudukan mereka. Mungkin akan ada sedikit penentangan daripada Kerajaan Vietnam kerana Vietnam pasti akan kekal menganggap pelarian itu sebagai pengkhianat kepada mereka. Namun saya yakin dan percaya, dengan kebijaksanaan YAB Menteri Besar, ianya boleh diselesaikan di peringkat ‘G to G’ (kerajaan kepada kerajaan).Ia jelas adalah satu sumber ekonomi baharu bagi kerajaan melalui aktiviti pelancongan. Jika benar-benar ia diusahakan dengan cara yang betul, pastinya nama Pulau Bidong akan menjadi satu nama tersohor seantero dunia sebagai sebuah pulau ‘mesti singgah’ bagi pencinta keindahan laut dan juga bagi peminat sejarah bagi melihat sendiri tinggalan-tinggalan pelarian Vietnam. Kami pulang setelah bersiar-siar di sebahagian kecil pulau sejauh kira-kira enam kilometer, turun naik bukit-bukit di sekitar dan diberi peluang menikmati ubi kayu benih daripada Vietnam yang sangat lembut dan enak. Saya yakin usaha ini akan berjaya.Mohd Nasir AbdullahBukit Payong, Marang15 Ogos 2018
15 Aug 18
829
Empty Image
Kerajaan Lahir Petani Penyambung Generasi
Dr Azman Ibrahim berinteraksi dengan para petani dalam taklimat tersebut.Oleh: Hidayah AzlinSETIU - Anak muda berpotensi tinggi untuk membangunkan bidang pertanian terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di bawah Program Sumber Rezeki Baru.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kemajuan bukan hanya untuk perindustrian dan bandar baru tetapi haruslah tidak lupa berpijak di bumi nyata."Ianya kerana masih banyak tanah yang boleh dimajukan dalam sektor pertanian."Pertanian ialah perniagaan. Pertanian bukan sahaja bercerita tentang ekonomi malah ia merupakan sumber makanan dan kita boleh maju ke hadapan dengan pertanian," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Taklimat Peluang-peluang Pertanian Untuk Belia dan Beliawanis di Balairaya Kampung Tok Dor, kelmarin (13 Ogos).Turut hadir, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkifli Harun, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Haji Abdul Munim Abd Razak, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Imran Tajul Arifin untuk memberi penerangan berkaitan jabatan masing-masing kepada para petani.Program Agropreneur Muda membuka peluang kepada belia dan beliawanis yang berumur 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.Antara skop yang terdapat di bawah program ini adalah Pembangunan Industri Kopi, Tanaman Kluster Bunga dan Tanaman, Ladang Organik dan banyak lagi.Selain itu, 'Transformasi Graduate Programme' akan diteruskan bagi membuka peluang kepada pelajar lepasan universiti yang berminat dalam sektor ini.Pelbagai info tentang kursus dan latihan boleh didapati secara online melalui portal Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.Sementara itu, Nik Nur Naeimah, 26, lepasan Master Bioteknologi Pertanian berkata, taklimat sebegini harus diadakan lagi bagi memberi penerangan jelas dan membuka minda pelajar lepasan universiti yang menganggur.Kehadiran belia memenuhi ruang dewan membuktikan minat sebahagian anak muda kepada pertanian dan kerajaan akan membantu mereka untuk memajukan bidang ini.
14 Aug 18
123
Empty Image
Operasi Bersepadu TBAR Catat Rekod Tertinggi
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mencatatkan rekod  tertinggi dalam satu Operasi khas di kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu  dengan 172 notis kesalahan dikeluarkan dalam tempoh dua hari.Operasi yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Mohamad Jaafar,  disertai hampir 97 anggota penguatkuasa kesihatan daripada lapan daerah termasuk bantuan sembilan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu.Taman Batu BurukMenurut Mohamad Jaafar, operasi  selama dua hari bermula kelmarin atas kesalahan merokok yang dijalankan dalam satu Operasi khas TBAR di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu menempatkan lapan pasukan daripada setiap daerah di empat lokasi panas bermula pada 10.00 pagi hingga 9:00 malam."Antara kawasan panas terlibat adalah di kawasan Medan Selera Pusat Kolam Renang, Medan Selera Batu Burok, Medan Selera Laluan Pantai Batu Buruk dan kawasan pentas utama Batu Buruk."Hasil operasi kali ini merupakan notis tertinggi yang berjaya kami keluarkan dengan nilai perolehan  hasil operasi berjumlah RM43,000."Kami juga mendapati masih ramai yang tidak mematuhi peraturan yang dikuatkuasa walaupun banyak notis telah dipasang dan puntung-puntung dan kotak rokok bersepah di depan papan tanda yang terpampang besar di hadapan tempat larangan merokok ini," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita.Dr. Mohammad OmarSementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar, ketika dihubungi berkata, TBAR di kawasan Pantai Buruk adalah yang pertama di negeri ini dan  telah dilancarkan pada 13 Julai 2017 atas inisiatif pewartaan di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.Ianya merupakan kawasan yang diwartakan di bawah Seksyen 22 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 sebagai salah satu kawasan larangan merokok.Beliau menasihatkan orang awam yang mengunjungi kawasan ini agar dapat mematuhi peraturan larangan merokok di kawasan ini."Mana-mana orang yang merokok di kawasan TBAR boleh diberi notis kesalahan serta-merta dan boleh dikenakan kompaun RM250 yang mana tawaran pengurangan kompaun ini boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah terdekat di seluruh Malaysia dalam tempoh dua bulan selepas penerimaan notis ini."Sabit kesalahan jika gagal menjelaskan bayaran kompaun boleh didakwa ke mahkamah dengan denda sehingga RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," ujar Dr Mohammad.Katanya lagi, operasi sebegini akan diteruskan sehinggalah tahap kesedaran masyarakat tercapai dalam memastikan kawasan tumpuan awam dan perlancongan ini benar-benar bebas dari asap rokok.Tambahnya, sebanyak tujuh projek TBAR akan dirancang dan diperluaskan lagi ke daerah-daerah lain."Antara perluasan projek TBAR  yang dirancang 2018 ialah Taman Padang Astaka (Kemaman), Tasek Kenyir (Hulu Terengganu), Dewan Arena Square (Dungun), Taman Awam Pulau Kekabu (Marang), Taman Awam Gong Badak (Kuala Nerus), Broad Walk (Setiu) dan Kota Putera Square (Besut)."Pihak kami telah memberi tempoh selama enam bulan bagi menjalankan kempen promosi dan penerangan kepada orang awam di kawasan ini  termasuk kempen-kempen di media massa dan penguatkuasaan sepenuhnya telah bermula sejak bulan Julai tahun ini," ujarnya.Namun begitu tabiat buruk perokok masih meningkat sehingga terdapat banyak aduan yang pihak mereka terima daripada orang awam tentang aktiviti merokok di kawasan ini.Menurutnya, sepanjang tempoh hampir satu bulan penguatkuasaan dijalankan secara berjadual bagi setiap daerah bermula Julai lepas, sebanyak 154  notis kesalahan telah dikeluarkan di kawasan ini.Justeru, bagi memastikan kawasan ini bebas merokok, sebanyak tiga 'billboard' besar dipasang di pintu masuk dan  kawasan tumpuan awam. Selain itu lapan papan tanda kawasan larangan merokok, 10 kain rentang dan 40 bunting turut dipasang di kawasan ini.
14 Aug 18
758
Empty Image
30 Atlet SUKMA Dirai
Kuala Nerus - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman meraikan kira-kira 30 orang  atlet sukan bowling dan bola jaring di satu majlis hi-tea di Restoran Warisan Sari,  Tok Jembal di sini pada 14 Ogos.Arrifin (berkod) dan Haji Tun Ahmad Faisal (tiga,kanan) bertanyakan sesuatu kepada atlet SUKMA XIX. Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Ratu Bowling Negara, Shalin Zukafli bersama rakan-rakan beliau  yang akan ke Palembang tidak lama lagi.Dalam status facebooknya Ariffin berharap para atlet berusaha bersungguh-sungguh agar dapat membawa pulang pingat emas, seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Terengganu."Saya selaku bapa angkat sukan bowling SUKMA tahun ini, berharap para atlet berusaha bersungguh-sungguh agar dapat membawa pulang pingat emas, seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Terengganu, " katanya.Sebelum itu Kerajaan Terengganu berhasrat untuk merampas kembali kejuaraan dengan misi ‘Win Back Mission 2018’ dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke 19 di Perak bermula 12 hingga 22 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan meletakkan  69 pingat emas sebagai sasaran pencapaian untuk merampas kembali kejuaraan sukan berkenaan tahun ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.
14 Aug 18
35
Empty Image
MB Harap DUN Terengganu Terbaik Seluruh Malaysia
Kuala Terengganu - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diharapkan menjadi contoh DUN terbaik seluruh Malaysia dengan menonjolkan kualiti perbahasan dan idea ahlinya dalam menyelesaikan masalah rakyat.Haji Yahaya (Duduk: Tiga dari kiri) bersama ADUN dan pegawai kerajaan selepas kursus khas selesai. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata dengan kursus khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pegawai Khas mereka akan menonjolkan keliber sebagai Ahli Yang Berhormat.   Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kursus Khas kepada ADUN dan Pegawai Khas mereka di Dewan Gamelan 2 Aras 3 Primula Beach Hotel di sini pada 14 Ogos.Teks Ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haji A Rahman Yahya. Turut hadir di majlis berkenaan, Yang Dipertua DUN, Haji Yahaya Ali, Penasihat Undang-undang Negeri Negeri Dato' Haji Azhar Abdul Hamid dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Tuan Ahmad Azmi Salleh.Kursus itu menyentuh soal bagaimana menjadi seorang ADUN yang baik dalam konteks Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap DUN serta Pentadbiran Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Setiausaha DUN, Encik Zulkifly Isa.Encik Zukifly juga menyampaikan kursus berhubung dengan Hak dan Keistimewaan serta Peruntukan Seorang ADUN.Sementara Sedutan-sedutan Penting Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu Terengganu disampaikan oleh Dato' Haji Azhar.Seterusnya Menteri Besar mengharapkan DUN  Terengganu menjadi contoh terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menonjolkan kualiti perbahasan dan idea yang baik bagi menyelesaikan masalah rakyat.Beliau juga mengharapkan semua ADUN negeri ini menjalankan tanggungjawab dengan baik kerana ia akan ditanya oleh Allah pada hari akhirat kelak.Dr Ahmad Samsuri juga mengajak mereka bermuhasabah (membuat perhitungan) terhadap segala tugasan yang dibuat  supaya dinilai sewajarnya di sisi Allah.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata dengan  bantuan pegawai khas masing-masing segala urusan mereka dengan rakyat dan kerajaan dapat dipermudahkan sebaik mungkin. "Saya mengajak Yang Berhormat semua untuk sama-sama kita bermuhasabah akan tanggungjawab yang telah ditaklifkan kepada kita. "In Sya Allah dengan bantuan pegawai-pegawai khas yang hadir pada hari ini juga akan memudahkan lagi urusan kita melaksanakan tugas kepada rakyat," jelasnya.
14 Aug 18
58
Empty Image
Kerajaan Jangka Lantik Wanita Jadi ADUN
Haji Yahaya AliKUALA TERENGGANU - Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita  bertaraf senator di Persidangan DUN November ini  selepas perbincangan dan mengambil kira aspek perundangan dan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.Yang Dipertua DUN, Haji Yahaya Ali berkata, bagaimanapun perkara tersebut masih dalam perbincangan dan beliau mengharapkan pelantikan itu boleh dibuat dalam Persidangan Bajet DUN November ini."Saya mengharapkan dalam  sidang DUN yang akan datang  boleh diselesaikan perkara ini."Namun ia bergantung kepada perbincangan demi perbincangan yang sedang dibuat."Kita belum tetapkan lagi persidangan akan datang, jika boleh perkara ini akan disekalikan dengan sidang bajet sekitar bulan November ini," kata beliau.Haji Yahaya (kiri) merasmikan Kursus Khas Kepada ADUN Terengganu di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.Haji Yahaya berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Kursus Khas kepada ADUN Terengganu di Dewan Gemilang Primula Beach Hotel di sini, hari ini (14 Ogos).Turut hadir di majlis tersebut ialah ADUN-ADUN, Pegawai-pegawai Khas ADUN, pegawai serta kakitangan kerajaan yang lain.Menurut Haji Yahaya, peruntukan dalam Undang-undang Tubuh bagi Negeri Terengganu berhubung dengan perkara ini telah diluluskan sewaktu Kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tahun 1999 hingga 2004 tidak lama dahulu.Antara ADUN yang hadir dalam Kursus Khas Untuk ADUN Terengganu di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.Ianya telah dimasukkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri sebagaimana Perkara 27 (2) yang menyatakan bahawa sekiranya tidak ada wakil dalam kalangan ahli-ahli dewan wanita, dewan boleh melantik wanita sebagai ahli dewan.Katanya, fokus kerajaan ialah mahu melihat wanita berperanan dalam DUN Terengganu."Walaupun mereka tidak menjadi calon dan tidak terpilih dalam pilihan raya tetapi mereka mempunyai peranan yang sama dengan ADUN yang lain termasuk boleh bercakap, berbahas dan mengemukakan soalan kepada DUN Terengganu."Cumanya sedikit perbezaan dengan ADUN yang dipilih dalam pilihanraya ialah mereka (ADUN Wanita)  tidak boleh mengundi, selainnya mereka mendapat hak yang sama seperti ADUN lain," jelasnya lagi.Haji Yahaya yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu berkata, mereka hanya sebagai seorang ADUN yang berstatus senator, tidak bertanggungjawab kepada mana-mana kawasan pilihan raya.Katanya, perkara ini dalam proses perbincangan termasuk soal elaun dan keistimewaan sebagai ahli dewan kerana ia melibatkan undang-undang.Justeru perkara ini perlu dirujuk kepada pihak yang lebih tinggi termasuk Pegawai Undang-undang Negeri."Yang penting ialah kerajaan negeri mahu jadikan dewan kita ini berkesan."Sebab itu saya sebutkan tadi beberapa perkara yang menjadi amalan negeri lain berkait dengan soal 'select comitee', seperti Jawatankuasa Hisbah yang bertanggungjawab kepada semua termasuk badan eksekutif dan legislatif (DUN) perlu diwujudkan," ujarnya lagi.
13 Aug 18
155
Empty Image
Perlu Kerjasama Semua Pihak Tangani LGBT
Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Penghulu-Penghulu Terengganu di Wisma Darul Iman. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailUsaha membanteras gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi perlukan kerjasama semua pihak.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara pendekatan untuk menangani masalah golongan ini termasuk melalui tindakan undang-undang, pendidikan, agama dan sebagainya. “Selain tindakan undang-undang yang dikenakan oleh pihak penguatkuasaan, aspek pendidikan juga penting dalam membanteras gejala tidak bermoral ini.“Sebagai contoh, nasihat boleh dilakukan secara berterusan oleh guru-guru di peringkat sekolah untuk mendidik dan memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam ini terutamanya di peringkat sekolah menengah,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Penghulu-Penghulu Terengganu di Wisma Darul Iman, semalam.Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita mengenai dua wanita didenda RM3,300 dan enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Ahad lalu atas tuduhan cuba melakukan hubungan sejenis (lesbian) pada April lepas.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan akan meneruskan usaha untuk mendidik dan memberi penerangan kepada masyarakat dari semasa ke semasa.“Bagi pihak kerajaan pula, melalui kuliah-kuliah, khutbah Jumaat boleh disebut perkara ini bahawa ianya suatu perkara yang sangat menyongsang dari segi agama dan norma kehidupan manusia.“Perkara ini bukan berlaku sehari dua tetapi sudah lama dan  memerlukan tindakan  yang lebih serius diambil oleh semua pihak,” ujarnya.Katanya, ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk memberi kefahaman kepada anak-anak bermula dari awal usia termasuk menekankan aspek agama, kaunseling dan sebagainya bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala LGBT.
13 Aug 18
93
Empty Image
Kerajaan Tanggung Kos Naikkan Bot Karam
Gambar : Abu Ubaidah Mohd NoorKUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan menanggung sebahagian kos untuk menaikkan bot seorang nelayan kelas B, Wan Zakaria Wan Abdullah yang karam empat hari lalu, di Pulau Duyung, di sini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan memutuskan demikian bagi membantu meringankan beban nelayan terbabit yang perlu meneruskan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber rezeki.“Kita akan cuba bincang dari segi kos sewaan kren dan tongkang serta tengok skop bantuan yang boleh membantu meringankan sebahagian daripada beban yang ditanggung oleh tuan punya bot.“Keadaan ini menjadi rumit sebab sebenarnya bot nelayan yang ditambat di Marina Pulau Duyung bukan berada di bawah selian Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” katanya.Beliau berkata demikian ketika melawat jeti di tempat kejadian  di bot tersebut tenggelam kelmarin (12 Ogos).Katanya, jeti yang dibina ketika kejohanan Piala Monsun sebelum ini, tidak digazetkan menjadi pengkalan kepada bot nelayan dan tidak berdaftar, selain menjadi tempat simpanan bot yang ditahan oleh Jabatan Perikanan."Kita tengok tidak ada satu penyeliaan dan penjagaan apabila pukat diletakkan merata-rata dan beban berat serta saiz bot yang ditambat melebihi kemampuan jeti ini," jelasnya.“InsyaAllah isu ini kita akan ambil  perhatian serius untuk dibawa ke atas bagaimana kita nak manfaatkan kesan tinggalan Monsoon Cup supaya ia jadi lebih tersusun dan sekurang kurangnya ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab  ke atas jeti  ini,” ujar beliau.
13 Aug 18
325
Empty Image
MPKK Muslimat Paka Sedia Khidmat Telus
Ustaz Satiful Bahri berucap dalam program tersebut.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) muslimat berperanan penting dalam menggerakkan aktiviti di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, mereka perlu menyampaikan maklumat dengan tepat kepada Pejabat DUN dalam melaksanakan agenda kerajaan negeri dan membantu rakyat khususnya di DUN Paka."Saya memberikan kepercayaan penuh kepada semua ahli MPKK serta mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan."Kita tahu muslimat ini mempunyai sifat lemah lembut, mudah menyantuni masyarakat setempat."Jadi, muslimat perlu sama-sama turun padang untuk mendengar aduan, rungutan daripada masyarakat setempat untuk memudahkankan kita menyalurkan bantuan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pertemuan Muhibbah Bersama MPKK Muslimat DUN Paka di Bilik Seminar Masjid Pinang Merah, semalam (13 Ogos).Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka mengharapkan golongan yang berkelayakan mendapat semua bantuan daripada kerajaan."Muslimat perlu menjalankan tugas yang diberikan dengan adil dan telus tanpa mengira parti politik kerana semua rakyat berhak mendapat bantuan yang sepatutnya dari kerajaan."Kita tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih terhadap rakyat," tegasnya.Menurutnya, muslimat juga perlu melaksanakan program-program yang berfaedah dan bermanfaat kepada masyarakat setempat.Sementara itu, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Paka, Rafidah Ramli berkata, setiap permasalahan setempat mestilah melalui MPKK dan disalurkan kepada pejabat DUN."Kita perlu memastikan segala maklumat yang diperolehi tepat dan telus."Kita juga perlu cakna dengan masalah masyarakat setempat, ujarnya.Turut hadir, Penyelia i-MiTS Parlimen Dungun, Ustaz Jamaludin Jusoh, Timbalan Pengerusi Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (KHAIRUNNISA'), Sabariah Ilyas, Ahli Jawatankuasa KHAIRUNNISA' serta wakil-wakil muslimat MPKK DUN Paka.
13 Aug 18
35