Artikel "Semasa" Terkini
i-MiTS Bukit Besi Ziarah Mangsa Rumah Terbakar
Wakil i-MiTS meninjau keadaan rumah mangsa kebakaran baru-baru ini. Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mengunjungi mangsa yang menerima nasib malang apabila rumahnya terbakar di Kampung Minda, Bukit Besi pada jam 4:45 petang baru-baru ini.Wakil i-MiTS DUN Bukit Besi, Hanif Safwan Mansor tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak apabila melihat buku-buku persekolahan terbakar."Saya merasa sebak apabila mengenangkan nasib anak-anak mangsa yang mengalami kesusahan untuk meneruskan persekolahan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita sewaktu lawatan ke rumah mangsa, semalam (13 Ogos).Wakil i-MiTS memberikan sumbangan keperluan makanan dan keperluan persekolahan anak mangsa serta saudaranya.Sementara itu, menurut mangsa, rumahnya telah dua kali menghadapi musibah kebakaran ini.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Minda, Zakaria Maadan berkata, rumah asal mangsa masih belum lagi pulih, malah rumah kedua pula terbakar.Menurutnya, semasa kejadian yang berlaku pada pukul 4.45 petang waktu Asar itu, mangsa yang merupakan seorang buruh dan isterinya seorang pekerja ladang sedang bekerja.Walau bagaimanapun, punca kejadian masih lagi di dalam siasatan."Kita berharap agar mangsa sekeluarga sabar menerima ketentuan Allah," ujarnya.Turut hadir, Pembantu Penyelia Latihan i-MiTS DUN Bukit Besi, Malek Abdul Ghani, wakil Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) yang turut memberikan bantuan kewangan, barang makanan dan lain-lain keperluan.
13 Aug 18
84
150 Penuntut TESDEC Intai Peluang Kerjaya Di Perodua
Pengurusan TESDEC bergambar bersama panel Perodua dan tetamu jemputan.MARANG - Seramai 150 penuntut jurusan diploma dan sijil Kemahiran Kejuruteraan (Automotif) Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) mengambil peluang merancang kerjaya masa bersama Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) dalam 'Perodua Career Talk' yang berlangsung di Kampus TESDEC, Bukit Kor, di sini, hari ini.Taklimat selama dua jam oleh Pengurus Pembangunan Modal Insan Perodua, Waisulqurni Ismail itu dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar sebagai medium kepada penuntut mendapatkan maklumat tepat dan jelas mengenai industri otomobil negara.Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan Kemahiran dan Akademik), Sheikh Nehmil Emir Alias berkata, program itu diadakan untuk membuka hubungan antara pihak industri dan pusat latihan.Sheikh Nehmil menyampaikan cenderahati lepada wakil Perodua."Ini merupakan saranan kerajaan supaya tiada jurang antara keduanya selain bertujuan mendedahkan penuntut tentang keadaan semasa industri dalam negara."Melalui program ini, penuntut dapat melihat peluang untuk bidang yang diceburi dan mencongak langkah dalam menyambung karier dalam bidang yang dipelajari," katanya.Dalam pada itu, Waisulqurni turut meluahkan kegembiraan kerana dapat memberi pendedahan realiti industri kepada penuntut. "Sebelum ini, penuntut sukar mendapat peluang daripada industri. Program ini membuka mata tentang kepakaran yang menjadi permintaan dalam bidang yang mereka pelajari," katanya.Pameran model kereta Perodua turut memeriahkan program tersebut.Penuntut TESDEC gembira dapat gambaran sebenae industri automotif dalam negara.
13 Aug 18
471
Melon Manis Terengganu Terbaik
Dr Azman Ibrahim meninjau hasil tanaman Melon Manis Terengganu. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Ahmad Mawardi AbdullahKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri berusaha untuk memastikan pengeluaran Melon Manis Terengganu (MMT) ditingkatkan, agar dapat memenuhi pasaran dan diperluaskan ke pasaran luar negara.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan memandang ke depan dalam usaha menjamin dan menjadikan Negeri Terengganu sebuah negeri utama yang menyumbang kepada pembekalan makanan."Tidak perlu menoleh ke belakang untuk menyalahkan kerajaan yang lalu."Saya sangat optimis untuk menjayakan program memperkasakan pertanian di negeri ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu Lawatan Kerja Ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Peradong, Manir, hari ini.Tambahnya, lawatan yang diadakan bertujuan untuk berbincang dan menyelesaikan masalah pengurusan yang dihadapi.Beliau berkata, pihaknya akan mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian dan membina kemudahan yang mampu melonjakkan impak kepada ekonomi masyarakat sekitar."Ini adalah untuk membina rantaian ekonomi kepada semua pihak dengan mengambil kira pandangan masyarakat setempat," ujarnya.Menurutnya, Program Tanaman Melon Manis adalah di bawah kelolaan Fertigasi dan Sistem Pelindungan Hujan.TKPM Peradong adalah salah satu daripada 57 TKPM di Malaysia dan merupakan TKPM yang terkecil saiz tapaknya.Disebabkan saiznya yang kecil, maka Jabatan Pertanian akan menjadikan TKPM Peradong sebagai lokasi TKPM yang berteknologi tinggi.Ianya bagi menjamin keupayaan yang setara dengan TKPM yang lainnya dari segi nilai pengeluaran hasilnya.Sementara itu, Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi sangat menekankan agar golongan petani dari kalangan orang kampung memberi input yang terperinci berkenaan permasalahan serta cadangan-cadangan yang bernas.Kita bertekad untuk mencapai objektif kerajaan bertepatan dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030).Turut hadir, Timbalannya yang juga ADUN Manir, Ustaz Hilmi Harun, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu serta beberapa agensi.“Buah melon manis ini mempunyai potensi yang besar. Sekarang ini, Jabatan Pertanian Negeri, Terengganu Agrotech Development Corp (TADC) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu sedang mengadakan ujian pasaran untuk produk MMT ini dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT)."Ianya bertujuan untuk memperkenalkan buah tersebut ke pasaran luar negara."Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa MMT mempunyai masa depan yang cerah kerana ia mampu menghasilkan 66 tan setahun hasil tiga kali pengeluaran melon."Peningkatan lima kali pengeluaran melon manis setahun dengan kualiti terbaik adalah target di tahun yang akan datang," katanya.MMT turut dijadikan sebagai produk ‘butik’ Terengganu kerana hanya ditanam di Terengganu sahaja.Dr Azman Ibrahim turut dibawa melawat tapak fertigasi tanaman melon manis.
13 Aug 18
1477
Penghulu 'Orang Tengah' Kerajaan Dan Rakyat
Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Penghulu-Penghulu Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailMenteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mahu penghulu di negeri ini menjadi ‘orang tengah’ termasuk dalam menyampaikan maklumat mengenai permasalahan rakyat di peringkat akar umbi untuk perhatian dan tindakan pihak kerajaan.Beliau berkata, maklumat tersebut diperlukan supaya setiap dasar yang diolah dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat.Katanya, kerajaan negeri juga akan sentiasa menjaga kepentingan mereka agar dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan. “Penghulu perlu mainkan peranan yang sewajarnya kerana antara tugas mereka adalah untuk menyampaikan segala dasar dan maklumat yang dilaksanakan kerajaan supaya rakyat tahu.“Penghulu adalah satu unit yang amat penting dalam masyarakat, kalau berlaku masalah di antara mereka maka tentulah menjejaskan pelbagai perkara termasuk pentadbiran kerajaan. “Jadi, dengan menekankan kepentingan mereka, saya yakin mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Penghulu-Penghulu Terengganu yang dihadiri oleh seramai 76 penghulu dari peringkat tertinggi sehingga ke penghulu mukim di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ A. Rahman Yahya.Ahmad Samsuri berkata, pertemuan yang diadakan secara santai itu adalah pertemuan pertama beliau bersama penghulu negeri ini dan ianya akan diadakan dari semasa ke semasa.“Hari ini adalah lebih kepada pertemuan santai dimana untuk kita meneruskan hubungan dan saling faham memahami antara satu sama lain.“InsyaAllah, akan ada pertemuan lagi dalam pelbagai bentuk dan cara.“Selepas ini juga, kita akan bincang dengan persatuan mereka sendiri apa yang kerajaan boleh bantu dari segi ketrampilan dan sebagainya,” ujarnya.
13 Aug 18
286
Kerajaan Pusat Mesti Bantu Penoreh Getah
Dr Azman Ibrahim memberi ulasan mengenai isu harga getah yang merudum. Foto - Syaiful MustafaKerajaan Pusat mesti memikirkan langkah yang drastik untuk membantu para pekebun dan penoreh getah berhubung isu harga getah yang merudum jatuh.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Terengganu tidak ada kuasa terhadap penetapan harga getah.“Kita telah beberapa kali bersuara tentang perlunya diletakkan satu harga syiling kepada getah."Setiap kali kita turun berjumpa dengan masyarakat penoreh, mereka minta tak banyak, hanya sekadar RM4 sahaja.“Apabila harga RM4 ini boleh direalisasikan sebagai harga syiling, maka sudah tentu mereka (penoreh) tidak lagi memerlukan bantuan ‘one off’ yang lain,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu harga getah ketika ditemui oleh pemberita di Pulau Duyong, semalam (13 Ogos).Katanya, isu harga getah melibatkan agensi di bawah kerajaan pusat terutama agensi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).Menurut Dr Azman Ibrahim yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, bantuan musim tengkujuh yang diberikan akan habis dalam satu tempoh yang singkat.“Kita mahukan bantuan yang boleh menjamin kehidupan penoreh getah dan kelestarian sumber getah untuk satu tempoh yang panjang,” ujarnya.Menurutnya, harga pasaran getah terkini iaitu RM 1.90 menurun pada tahap yang dikira sangat rendah.“Majoriti masyarakat penoreh sebenarnya mengambil upah menoreh getah yang menjadi milik orang lain.“Jadi RM1.90 dibahagi dua pula dengan tuan punya kebun bermakna pendapatan sekilogram untuk orang yang bekerja menoreh tidak sampai pun seringgit.“Ini bukan lagi tahap kemiskinan tapi sudah dikira kefakiran,” jelasnya.Sebagai sebuah kerajaan negeri, kebajikan masyarakat akan diambil cakna dan masalah rakyat akan disantuni secara dekat melalui wakil rakyat yang ada di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
12 Aug 18
127
Kerajaan Sedia Salur Bantuan Kepada Petani
Mohd Nor Hamzah menyeru orang ramai menceburi industri asas tani. Foto - Syaharulhafizi ShamsudinPelbagai jabatan dan agensi yang mewakili kerajaan negeri bersedia untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat dalam bidang pertanian.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan negeri khususnya membuka peluang kepada petani untuk meningkatkan hasil mereka melalui bantuan-bantuan yang disediakan."Kita ada banyak agensi kerajaan yang sedia membantu. Cuma para petani kurang pendedahan kepada perkara tersebut."Justeru, kerajaan negeri membuka laluan kepada petani dan bakal petani untuk melihat peluang yang tersedia melalui pertemuan-pertemuan dengan petani di lapangan," katanya.Petani memberi respon yang baik dalam sesi soal jawab. Beliau berkata demikian ketika ketika berucap dalam Majlis Santai Bersama Petani anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Undang dan Tok Rimau di Dataran Undang, Bukit Payung, semalam.Ustaz Mohd Nor Hamzah yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, kita mengetengahkan peluang-peluang untuk memulakan kerjaya dalam pertanian dan menjawab permasalahan semasa petani.Beliau berharap pertemuan itu akan menggalakkan lebih ramai rakyat akan menceburi bidang pertanian."Pendedahan ini diharap membuka lebih banyak peluang rakyat untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya," katanya.Seramai kira-kira lebih 200 orang petani hadir dalam majlis tersebut yang turut dimeriahkan dengan jamuan pelbagai jenis buah-buahan.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim serta wakil agensi-agensi yang tertumpu kepada bidang pertanian.Jamuan buah-buahan sumbangan para petani.
12 Aug 18
72
Kerajaan Galakkan Orang Ramai Berbakti Pada Tanah
Cikgu Wan Hapandi Wan Nik mendengar taklimat daripada usahawan tani tempatan.Oleh: Asraf IkhwanKerajaan Terengganu dapat berbangga pada tahun ini kerana dapat memasarkan pelbagai buah-buahan tempatan ke seluruh negara dengan jumlah yang banyak.Timbalan Pengerusi Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, kemeriahan pesta buah buahan tempatan di Negeri Terengganu masih dirasai hingga ke hari ini."Raja buah iaitu durian pula mencatatkan peningkatan pengeluaran hasil di Negeri Terengganu pada tahun ini berbanding tahun tahun sebelumnya."Kita merasa sangat gembira dengan pengeluaran hasil buah-buahan tempatan sekaligus dapat dipasarkan ke seluruh negara," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita di tapak Pesta Buah anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Arena Merdeka, semalam.Menurut Cikgu Wan Hapandi Wan Nik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura turut menggalakkan masyarakat agar dapat mengusahakan tanaman buah-buahan tempatan."Kita amat menggalakkan orang ramai khususnya rakyat Terengganu yang mempunyai tanah terbiar untuk mengusahakan tanaman buah-buahan tempatan."Bila tiba musim buah, mereka dapat menjual hasil tersebut bahkan dapat menambah pendapatan," ujarnya.Tambahnya, mereka yang berbudi pada tanah pasti dapat merasai keuntungan yang sesuai.Sementara itu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Fauzi Mohamed berkata, Terengganu berjaya mengeluarkan kira-kira 1,000 metrik tan durian untuk tahun ini."Ini adalah satu permulaan yang positif bagi usahawan tani durian di Terengganu untuk terus memasarkan buah ini pada tahun-tahun akan datang."Selepas ini musim duku pula dan dijangka duku akan turut memberi pulangan lumayan."Pihak FAMA sudah bersiap sedia untuk memasarkan buah kebanggaan negeri itu ke seluruh negara," tambahnya.Terengganu ialah antara negeri yang kaya dengan pelbagai buah-buahan tempatan.
12 Aug 18
53
Hak Asasi Manusia Mesti Selari Dengan Syariat Islam
Mohd Norkhuzaini menyampaikan ucapan dalam forum tersebut.Oleh: Siti Ainum AmijudinHak asasi manusia perlu berperanan selari dengan syariat Islam yang digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, ianya selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Kita beri peluang untuk rakyat menyuarakan pendapat mengenai isu-isu yang berkaitan perniagaan dan hak asasi manusia khususnya isu-isu setempat," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Forum "Mempromosi dan Mengaplikasikan Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan" di Duyung Marina Resort, semalam.Mohd Norkhuzaini Ab Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, antara objektif utama forum ini adalah untuk memperkenalkan Prinsip Panduan PBB mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan (UN Guiding Principles on Business and Human Rights)."Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pemahaman terhadap UNGP dan bagaimana ianya boleh diaplikasikan."Selain itu untuk mengenal pasti dan mempromosi amalan baik dalam pelaksanaan UNGP," ujarnya.Matlamat forum juga adalah untuk menyediakan peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pertubuhan masyarakat.Beliau berharap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dapat terus meneruskan kerjasama dengan kerajaan negeri pada masa akan datang untuk memberi kesedaran berkaitan hak asasi kepada rakyat.
12 Aug 18
56
Hayati Semangat Patriotik Pejuang Tanah Air
Ir Saiful menyambut ketibaan peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018. Oleh: Ahmad Syahid AdnanSemangat patriotik perlu dihayati oleh semua golongan tidak kira tua atau muda dalam memartabatkan maruah tanah air tercinta.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, kita tidak boleh melupakan hasil keringat yang dicurahkan oleh pejuang-pejuang tanah air.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Konvoi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 di Pantai Kuala Kemasik, kelmarin.Ir Saiful Azmi Suhaili yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut mengingatkan supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak benar.“Dengan kemudahan sekarang, sangat mudah untuk menyebarkan maklumat di hujung jari.Maka, kita janganlah mudah percaya dan menyebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya”, ujarnya.Sementara itu, beliau berkata, Negeri Terengganu ialah antara yang paling panjang pantainya termasuk Pantai Kemasik.Kerajaan Negeri Terengganu akan berusaha untuk merancakkan program-program ataupun inisiatif-inisiatif pelancongan dengan harta yang berharga dalam negeri ini seumpama pantai yang indah ini", katanya.Konvoi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 yang telah berlangsung hampir seminggu sebelum ini telah selamat tiba di Pantai Kuala Kemasik tengahari kelmarin.Rombongan yang bergerak bermula dari Dungun disambut meriah oleh Ir Saiful dan rakyat Kemasik.Pemberian cenderamata dan bendera Malaysia turut diagihkan kepada semua peserta untuk dikibarkan sepanjang bulan kebangsaan ini.Turut hadir, Pengarah Penerangan Terengganu, Haji Suhardi dan Ketua Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2018, Lim Ah Lek.
12 Aug 18
89
Anak Muda Perlu Berani Ceburi Pertanian
Dr Azman berucap dalam Program Santai Bersama Petani. Foto - Syaharulhafizi ShamsudinGolongan muda perlu berani dan gigih menerokai dan mengambil peluang dalam bidang pertanian sebagai salah satu sumber pendapatan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim menyeru lebih ramai golongan muda menceburi bidang pertanian.Katanya, bidang pertanian boleh dijadikan kerjaya memandangkan masih banyak ruang yang boleh digunakan."Di Terengganu, masih ada seluas 12,000 hektar tanah terbiar untuk dimajukan. Kita ada peluang pembiayaan, kursus dan tanah pertanian yang boleh dimanfaatkan," katanya.Foto oleh Pegawai Media Dun Bukit Payung.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Santai Bersama Petani di Dataran Undang, Bukit Payung, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan ADUN Manir, Ustaz Hilmi Harun.Menurut Dr Azman Ibrahim yang juga ADUN Jabi, terdapat 33 jabatan dan agensi di bawah Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa."Kita cuba minimakan urusan protokol supaya masyarakat boleh berinteraksi secara terus," ujarnya.Dr Azman turut memaklumkan bahawa permintaan penduduk Terengganu kepada keperluan makanan melebihi sumber yang ada di negeri itu."Sekarang kita mendapatkan sumber daging dan sayuran dari negeri lain. Kita mampu meletakkan asas yang kukuh supaya pertanian dapat menjadi industri yang menampung keperluan penduduk di Terengganu ini," tambahnya.
12 Aug 18
37