lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Pelbagai Solusi Tingkat Industri Perikanan
Dr Azman Ibrahim meninjau Jeti LKIM Marang.Oleh: Aziz HambaliMARANG - Kerajaan negeri tampil dengan pelbagai solusi bagi membantu mereka yang terlibat dengan industri perikanan agar lebih berdaya saing.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengutamakan pembangunan dalam sektor tersebut.Katanya, antara pemasalahan yang bakal dibantu adalah berkaitan bilik sejuk beku untuk simpanan ikan, tempat untuk membaiki bot, muara di sekitar Marang yang cetek dan isu keselamatan enjin bot ‘fiber’.Beliau berkata, tindakan segera akan diambil bagi meningkatkan isu-su berkait dengan keselamatan di jeti Marang.“Ianya ekoran berlaku beberapa kecurian enjin bot sebelum ini….kita merancang  untuk memasang rakaman litar tertutup (CCTV)."Berkenaan dengan tempat simpanan enjin bot, stor perlu dibuat supaya nelayan yang balik dari laut dapat menyimpan enjin bot mereka di tempat yang selamat", ujarnya.Beliau berkata demikian selepas membuat Lawatan Kerja di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, di sini,  semalam Khamis, 16 Ogos.Turut hadir, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Tengku Mohd Anuar Tengku Mahmud.Beliau memaklumkan, nelayan di daerah itu juga, bakal menikmati bengkel membaiki bot yang bakal dibina memandangkan premis tersebut yang terhad buat masa ini."Kita kira merugikan dan menyusahkan lantaran nelayan di sini terpaksa pergi jauh ke Pulau Duyong untuk membaiki kerosakan bot."Sekadar satu bengkel yang ringkas dengan kos hanya sekitar RM20,000, dijangka dapat memenuhi keperluan nelayan di Jeti Marang yang hanya menguruskan bot-bot bersaiz besar."Isu berkaitan bilik sejuk pula, saya difahamkan Persatuan Nelayan telah mengemukakan cadangan berkaitan pembinaan bilik sejuk ini kepada LKIM."Kita akan masukkan perkara tersebut dalam cadangan bajet tahun 2019," tambahnya.Menurutnya, kerajaan mengambil serius segala permasalahan yang timbul dan berjanji akan menyusun setiap cadangan dan penyelesaian, supaya dapat dilaksanakan secara berperingkat.
16 Aug 18
87
Empty Image
Anak Muda Mesti Bijak Memilih
Dr Alias Razak ceria bersama anak muda yang hadir ke program tersebut.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS - Anak-anak muda perlu bijak memilih aktiviti untuk memenuhi masa lapang agar tidak ‘terjebak’ dengan kegiatan negatif.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, menceburi seni silat adalah sangat digalakkan."Di negeri Terengganu khususnya, banyak masalah termasuk penagihan dadah, rempit, masalah sosial dan sebagainya."Anak muda harus bijak memilih aktiviti untuk mengisi masa dengan sebaiknya supaya hasrat kerajaan untuk membangunkan minda dan mentaliti rakyat tercapai,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Badan Bukan kerajaan (NGO) Persatuan Seni Silat Gerak Al-Haq Malaysia, Cawangan Paya Lima Amas  di sini, Khamis 16 Ogos.Seramai kira-kira 100 penduduk setempat menghadiri Majlis Perasmian Badan Bukan kerajaan (NGO) Persatuan Seni Silat Gerak Al-Haq Malaysia, Cawangan Paya Lima Amas Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu juga menyentuh tentang bidang tugas beliau dalam kerajaan, yang membabitkan perlaksanaan manifesto pilihan raya PAS pada PRU-14."Kerajaan negeri telah bersetuju mewujudkan kad sejahtera kepada golongan yang layak untuk menerima insentif ini."Usaha kini giat dijalankan bagi mengenal pasti golongan sasaran. Kad ini boleh digunakan di klinik swasta yang dipilih oleh kerajaan."Berkenaan permohonan rumah mampu milik, semua rakyat Negeri Terengganu yang layak boleh memohon secara online menerusi laman web http://eperumahan.terengganu.gov.my."Keputusan permohonan tersebut akan melalui beberapa proses penapisan sebelum dimuktamadkan," jelas beliau.Sementara itu, Presiden Persatuan Seni Silat Gerak Al-Haq Malaysia, Cawangan Paya Lima Amas Terengganu, Zamri Ismail berkata, persatuan itu membuka keahlian kepada umum dan mana-mana cawangan lain yang berminat untuk menyertainya.
16 Aug 18
74
Empty Image
JBPM Sasar Pingat Di Kejohanan Bina Badan Dunia
Majlis amanat dan penyerahan pakaian sukan oleh PPjB Sobberi bin Basiran, Komandan ABPM Wilayah Timur kepada peserta bina badan bagi menyertai Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan, Mr Malaysia 2018.KUALA TERENGGANU- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yakin lapan atlet  mereka mampu meraih pingat tanpa mengira warna pada Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan, Mr Malaysia 2018  yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 17 Ogos ini di Melaka.Jurulatih pasukan bina badan JBPM, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB )Hasmadi Jusoh berkata, mereka bakal menggalas cabaran kontijen JBPM dan membawa pulang kejayaan melalui penyertaan buat julung kali ini.Jelasnya, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan anak buahnya ketika menjalani latihan yang turut diketuai bersama PgKB ll Alias Musa."Oleh itu pihak kami berusaha untuk latih semua atlet membuat persiapan terbaik bagi memastikan mereka berada di tahap terbaik menjelang kejohanan.“Masih ada masa.. kami akan manfaatkan masa ini untuk buat persiapan terakhir bagi memastikan atlet kami bersedia sepenuhnya pada kejohanan nanti."Kalau boleh kita nak bomba serba boleh, kalau sebut sukan..orang dah gerun untuk bertanding kerana reputasinya yang bukan sahaja pandai bermain tetapi mempunyai tenaga dan stamina yang tinggi sekali gus membawa imej yang baik kepada JBPM," katanya kepada pemberita ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, di sini,  hari ini.Hasmadi berkata. JBPM sememangnya merasa gembira dengan penyertaan anggota bomba agar mereka terlibat dalam aktiviti sukan bagi meningkatkan produktiviti mereka dan melahirkan modal insan yang berkualiti.Sementara itu, dua anggota bomba dari BBP Kuala Terengganu, PB Ezam Aziery Mamat dan PB Yusri Yong merupakan antara lapan atlet yang akan berentap di kejohanan tersebut.Bagi PB Ezam Aziery, beliau bersiap sedia untuk menyertai kejohanan ini buat pertama kali dan berusaha untuk membawa balik kejayaan terutama bagi pihak JBPM."Setakat ini saya sudah buat semua persiapan dari segi mental dan fizikal melalui latihan yang rapi tanpa menjejaskan kerja sebagai anggota sebab saya bawa nama bomba sebenarnya."Saya kena bijak bahagikan masa, untuk kerja dan latihan supaya tidak berlaku pertindihan lagi pun kerja ikut masa lebih memudahkan untuk lakukan latihan secara konsisten dan bawa balik pingat untuk JBPM," katanya.
16 Aug 18
1245
Empty Image
Dua Lesbian Didenda RM3,300 Dan Enam Sebatan
Mahkamah Syariah Terengganu - Gambar Hiasan. KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah 12 Ogos lalu memutuskan dua wanita lesbian dihukum denda RM3,300 dan enam sebatan kerana cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, di Dungun, pada April lalu.Berita dalam talian Akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa  kedua-dua wanita berusia 32 dan 22 tahun itu turut  berdepan hukuman empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.Keputusan dibuat Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas pasangan itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.Terdahulu, dalam penghakimannya, Kamalruazmi berkata, kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan bertentangan dengan fitrah yang ditentukan Allah."Hukuman setimpal perlu dikenakan bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada kamu berdua serta masyarakat umum hari ini," katanya.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, jam 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah.Bagaimanapun, Kamalruazmi menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh pelaksanaan hukuman sebat dan kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,500 dengan dua penjamin setiap seorang sementara menunggu pelaksanaan hukuman sebat.Sinar Harian sebelum ini ada melaporkan dua wanita disyaki pasangan lesbian dicekup ketika sedang asyik berasmara di dalam sebuah kereta di Arena Merdeka, Dungun.Pasangan berusia 32 dan 22 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.50 petang oleh sepasukan Penguatkuasa Syariah Daerah Dungun.Pasangan itu mengaku memilih melakukan hubungan kelamin sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki, malah mereka turut mengaku sudah kerap 'terlanjur'.Dalam serbuan itu juga, penguat kuasa turut menemui satu alat kelamin lelaki tiruan yang disorokkan di bawah kerusi pemandu dipercayai untuk memuaskan nafsu.
16 Aug 18
323
Empty Image
RM500 Untuk Pemenang Pingat Emas Acara Memanah SUKMA
Ustaz Mohd Nor Hamzah memberikan motivasi kepada para atlet acara memanah SUKMA. Foto - Syaiful Mustafa Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinSagu hati RM500 akan diberikan kepada atlet Terengganu yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam dalam acara memanah Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan berlangsung di Perak tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, RM500 akan diberikan sebagai hadiah kepada pemenang pingat emas dalam acara tersebut.Beliau yang merupakan bapa angkat kepada Pasukan Memanah Terengganu bersedia memberikan sumbangan peribadi itu untuk menghargai dan menaikkan motivasi pemain-pemain pasukan negeri.“Semoga mendapat pertolongan daripada Allah untuk memberikan kemenangan kepada anda semua yang telah berusaha dengan gigih."Kita perlu mengharumkan Negeri Terengganu bahkan mengangkat sukan memanah ini sebagai sukan yang hebat.."Saya yakin dan positif terhadap pasukan ini, mudah-mudahan mereka mampu mencapai keputusan yang baik dan membawa pulang sekurang-kurangnya 5 emas, 2 perak dan 2 gangsa," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas Lawatan Bertemu Pasukan Memanah Negeri Terengganu di Padang Sasar Scout Inn, Seberang Takir, semalam (15 Ogos).Kejohanan tersebut akan berlangsung di Padang Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak, pada 15 hingga 21 September 2018.Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut memberikan motivasi dengan menyatakan bahawa mereka yang bersungguh-sungguh dalam sukan memanah ini akan mendapat pahala.Ianya kerana memanah ialah antara perkara yang menjadi sunnah dalam ajaran Islam.Beliau juga berpesan supaya para pemain dapat menjaga dan meningkatkan  kesihatan mental dan jasmani dalam persediaan menghadapi pertandingan yang akan menjelang tidak lama lagi.Lawatan Ustaz Mohd Nor Hamzah bertemu pasukan memanah Negeri Terengganu bertujuan untuk melihat tahap prestasi dan juga menyuntik semangat kepada para atlet.Pasukan ini terdiri daripada 14 orang atlet. Mereka berlatih setiap hari kecuali hari Selasa dan dibantu oleh beberapa jurulatih yang profesional.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Ibni Amin Busu bersama Pengurus Pasukan Memanah, Jailani Halus.
15 Aug 18
517
Empty Image
43,269 Ibu Bapa Tunggal Seluruh Terengganu
Haji Hanafiah Mat berucap semasa ditemui pemberita dalam majlis tersebut. Foto - Harish Fadzillah Oleh: Atiyyah SakinahKUALA TERENGGANU -  Bilangan ibu dan bapa tunggal yang direkodkan di Terengganu adalah seramai 43,269 orang sehingga Jun 2018 ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat berkata, kerajaan mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu tunggal dan bapa tunggal yang telah melangsungkan perkahwinan.“Dalam surah  ada mengatakan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dengan jenis-jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram dan Dia menjadikan di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan,” katanya.Menurut Haji Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, isi-isi keluarga adalah unit asas yang terpenting dalam asas pembentukan masyarakat."Jika baik sebuah keluarga, maka akan sejahtera dan bahagia generasi yang dilahirkan dalam masyarakat seumpama ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan Ibu Bapa Tunggal dan Pinjaman Modal Program Jaya Diri (PJD) di Dewan Utama, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YKPT), semalam (15 Ogos).Turut hadir , Pengarah YPKT, Haji Mohd Shafaruddin Bin Mustaffa.Sementara itu, Shamsuddin Talib, 70, yang menetap di  Kerteh Kemaman berkata, dia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu melalui YPKT yang menjalankan majlis ini kepada ibu dan bapa tunggal.Ibu dan bapa tunggal akan merasa terbuka hati untuk mendirikan perkahwinan dengan bantuan daripada kerajaan ini.Beliau bersama  isterinya , Che Halijah Che Ismail, 67,  telah mendirikan rumah tangga untuk kali kedua pada 13 Mac tahun ini.
15 Aug 18
181
Empty Image
Bayar Cukai Tanah Tanpa Denda Sehingga 31 Oktober Ini
Bayaran cukai tanah termasuk tunggakan dan denda bolehlah dibuat secara tunai atau kad debit atau kad kredit di semua kaunter bayaran di PTG Terengganu, Pejabat-Pejabat Tanah Daerah seluruh Negeri Terengganu dan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Paya  Bunga Square (PBS), Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU - Orang ramai diminta menjelaskan bayaran cukai tanah tanpa denda di seluruh Terengganu untuk tahun ini sebelum berakhir tarikh yang dilanjutkan sehingga 31 Oktober ini.Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Terengganu (PTG), Zainal Abidin Husin berkata, pembayaran awal itu bagi mengelak denda lewat bayar yang akan bermula pada 1 November ini.“Bayaran cukai tanah termasuk tunggakan dan denda bolehlah dibuat secara tunai atau kad debit atau kad kredit di semua kaunter bayaran di PTG Terengganu, Pejabat-Pejabat Tanah Daerah seluruh Negeri Terengganu dan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Paya  Bunga Square (PBS), Kuala Terengganu.“Waktu urusan bagi kaunter PTG dan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah adalah pada waktu dan hari bekerja, Ahad hingga Rabu bermula 8 pagi hingga 4.30 petang, manakala Khamis 8 pagi dan berakhir jam 3 petang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, di sini, semalam. Menurut Zainal lagi, waktu urusan bagi kaunter PTG di UTC, PBS pula setiap hari termasuk Jumaat dan Sabtu.Katanya, Sabtu hingga Khamis bermula 8.30 pagi hingga 10 malam (rehat sejam bermula 7 petang), sementara Jumaat pula bemula 8.30 pagi hingga 10 malam (rehat jam 12.45 tengahari sehingga 2.45 petang dan 7 petang hingga 8 malam).Dalam pada itu, cukai tanah juga boleh dibayar melalui perbankan online bagi pengguna perkhdmatan Maybank2U di htttp://wwww.maybank2u.com.my/ "Kerjasama semua pihak dan orang ramai bagi meningkatkan jumlah kutipan hasil cukai tanah bagi negeri ini amatlah dihargai,"katanya lagi.Sebelum ini, kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda di seluruh Terengganu sehingga 31 Oktober 2018.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah ketika mengumumkannya pada 6 Jun lalu selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri berkata, lanjutan tempoh bayaran yang sebelum ini tamat pada 31 Mei lalu dibuat bagi memudahkan rakyat dan mengurangkan rasa tertekan serta terbeban ketika musim membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
15 Aug 18
223
Empty Image
FAMA Sasar Duku Di Pasaran Seluruh Negara
Mohd Anis merasmikan program bersama Jelani.KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menyediakan perancangan rapi untuk memastikan hasil duku Terengganu dipasarkan di seluruh negara.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Mohd Anis Mohd Yasin berkata, pihaknya menyediakan pelbagai pelan dan medium pemasaran menjelang musim Duku Terengganu yang bakal tiba tidak lama lagi."Pihak FAMA telah sediakan ruang pasaran untuk peniaga-peniaga memasarkan hasil tanaman mereka di pasar tani seluruh Malaysia, bukan hanya di Terengganu," katanya.Mohd Anis mengagihkan pek buah-buahan kepada pelajar.Beliau memaklumkan lebih 45 peratus pasaran buah duku berpusat di Lembah Klang dengan  penduduknya lebih ramai berbanding kawasan lain."Selain itu, FAMA juga membeli buah duku ini dan memasarkannya di 40 pusat operasi FAMA seluruh negara. "Tahun lalu, pembelian kita berjumlah hampir RM1 juta dan dijangkakan tahun ini jumlah pembeliannya lebih kurang sama," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, di sini, baru-baru ini.Kempen tersebut merupakan usaha FAMA menggalakkan generasi muda mengenali dan mengamalkan buah-buahan sebagai pemakanan sihat.Program bantu pelajar mengenali buah-buahan tempatan.Turut hadir, Pengarah FAMA negeri, Fauzi Mohamed dan Pegawai Pendidikan Daerah, Jelani Sulong.
15 Aug 18
631
Empty Image
258 Ibu Bapa Tunggal Terima Insentif Perkahwinan
Add captionOleh : Rohayati RipinFoto: Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Seramai 258 ibu bapa tunggal menerima insentif perkahwinan sebanyak RM258,000 bagi fasa keenam untuk tahun ini.Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Tuan Haji Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, ianya melibatkan pemberian insentif kepada seramai 258 ibu bapa tunggal di seluruh  Negeri Terengganu.“Sesungguhnya sebagai seorang manusia yang normal, kita sentiasa perlukan kawan atau rakan dan teman hidup yang akan sentiasa bersama dengan kita ketika dalam kesenangan dan kesusahan.“Teman untuk bercakap, teman ketika berjalan, teman di waktu makan dan teman tempat mengadu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam  Majlis Penyerahan Cek Saguhati Perkahwinan Ibu Bapa Tunggal Dan Pinjaman Modal Program Jati Diri (PJD) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu ( YPKT) di Jalan Sultan Omar di sini, semalam (15 Ogos). Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasangan terbabit.Sehubungan  itu beliau berkata, seramai 60 orang menerima cek pinjaman modal yang berjumlah RM563,000.Program Pinjaman Jaya tersebut adalah merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Terengganu melalui YPKT yang memberi ruang dan peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk memajukan diri dan keluarga mereka di dalam bidang keusahawanan.”Program PJD seumpama ini bukan sahaja sebagai saluran bantuan dan pinjaman kepada rakyat miskin.“Bahkan ia juga dilaksanakan  dengan pemantauan dan penyeliaan yang berterusan."Tahun 2018 ini sahaja, sehingga bulan Jun, YPKT telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM4.9 juta ringgit melibatkan 465 orang penerima,” ujarnya.Justeru, beliau berpesan agar ibu dan bapa tunggal berdoa agar perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.“Kepada penerima pinjaman modal jaya diri pula, saya berharap agar penerimaan modal ini akan dapat merealisasikan impian perniagaan anda.“Jadikan pinjaman yang kecil ini sebagai permulaan kepada suatu perniagaan yang besar.“Berusahalah dengan seikhlas yang mungkin, berjual belilah dengan setulus yang mampu dan tanamkanlah niat untuk berjaya di dalam hati setiap hari sewaktu melakukan urusan,” tambah beliau.
15 Aug 18
32
Empty Image
Kerajaan Terengganu Lindungi Warisan Asli
Dr Ahmad Samsuri berucap pada sidang media hari ini. Foto - Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu komited dalam melindungi warisan asli alam semula jadi yang terdapat dalam negeri pantai timur itu.Justeru, kerajaan negeri telah mengistiharkan satu kawasan seluas  10, 386 hektar tanah bagi fasa pertama daripada keluasan sebenar 15,000 hektar di Setiu Wetland, sebagai Taman Negeri.Menteri Besar Negeri Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengisytiharan itu melambangkan sebahagian usaha dan komitmen kerajaan negeri.“Asas pewartaan taman  negeri ini akan mengambil kira beberapa faktor utama (antaranya) kawasan tadahan air  yang penting dalam menyumbang kepada pengurangan risiko kesan banjir di Terengganu.“Pada masa yang sama kita mengharapkan dengan adanya taman negeri ini  akan membantu  pemeliharaan kawasan tadahan air  yang menyumbang kepada  sumber elektrik  dan sumber air bersih untuk rakyat,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan negeri di Wisma Darul Iman pada hari ini, Rabu 15 Ogos.Katanya, kawasan taman itu bertujuan untuk pemeliharaan pelbagai flora dan fauna termasuk spesies haiwan yang terancam.Antaranya kata beliau, seperti gajah asia (elephas maximus), Tapir Malaysia (tapirus indicus) dan Harimau Malaya ( Panthera Tigris ) di Kenyir  serta tuntung laut (Callagur Borneoensis)dan penyu agar ( Che lonia mydas) di Setiu, sudah dikenal pasti.Tambah beliau, kawasan tersebut disasarkan menjadi kawasan burung penting dan 'bird life international' dengan 291 spesies burung dalam sempadannya serta terdapat sembilan spesies  burung enggang, boleh ditemui di kawasan Taman Negeri Lawit Cenana.“Majlis pengurusan Taman Negeri Terengganu telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan taman ini.“Ianya juga akan bertanggungjawab mengawal serta menguruskan taman negeri termasuk memastikan pihak bank berkepentingan dalam industri Eco pelancongan dijaga dengan baik dan teratur, terutama penduduk sekitar setempat,” jelasnya.Turut bersama Dr Ahmad Samsuri, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.Menurutnya, majlis tersebut akan dianggotai oleh wakil daripada agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
15 Aug 18
36