Artikel "Semasa" Terkini
Kebersamaan Masyarakat Pelbagai Budaya
Ustaz Wan Sukairi (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pengunjung yang hadir. Foto - M. ShukriKUALA TERENGGANU - Festival Peranakan Terengganu 2018 menambahkan lagi kemesraan dan kebersamaan masyarakat pebagai budaya di antara Melayu, Cina dan India.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, terdapat pelbagai bangsa yang ada di Negeri Terengganu.“Ini menunjukkan betapa rapat dan mesranya rakyat di sini walaupun mereka berlainan bangsa.“Apa yang telah menjadi kebiasaan pada orang-orang Melayu di telah menjadi kebiasaan masyarakat Cina,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sidang media Majlis Peranakan Terengganu 2018 di Kampung Cina, Jumaat,17 Ogos.Menurut beliau, golongan Cina bukan sahaja mengikuti dari sudut panggilan tetapi juga dari sudut pemakaian dan pemakanan.Ianya dapat dilihat apabila ramai wanita Tiong Hua yang berpakaian batik kebaya dan mereka pandai membuat kuih serta makan makanan orang Melayu.“Kita mengharapkan agar festival seperti ini akan menjadi suatu program yang akan menambahkan lagi kebersamaan.“Bahkan juga persaudaraan di antara masyarakat Cina dan juga Melayu yang ada di negeri Terengganu,” ujarnya.Justeru, menurutnya, pertukaran nama ‘Mek dan Awang’ adalah natijah daripada kejayaan Festival yang dianjurkan empat tahun sebelum daripada ini.Tambahnya, target pengunjung yang hadir ialah 120 ribu. Antara pengunjung yang hadir bukan sahaja orang Melayu tetapi orang Iraq dan Jepun yang turun bersama memeriahkan festival tersebut.
18 Aug 18
64
Tubuh Jawatankuasa Patenkan Produk SEM
Maliaman(tengah)ketika merasmikan Pesta " Schoolwide Enrichment Model" bertempat di Terengganu Trade Centre (TTC), semalam.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri mencadangkan satu jawatankuasa diwujudkan bagi membolehkan hasil ciptaan pelajar dalam Pesta Schoolwide Enrichment Model (SEM) dipaten dengan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, ia perlu diletakkan di bawah produk yang terpelihara supaya dapat membantu prototaip dan idea pelajar daripada dicuri oleh pihak lain."Sehingga kini, terdapat 350 produk inovasi yang dihasilkan sepanjang hampir 10 tahun SEM dilaksanakan dan produk ciptaan pelajar yang diangkat terbaik dalam pertandingan itu tidak harus disia-siakan begitu sahaja."Prototaip yang dihasilkan oleh pelajar akan dihimpunkan bagi membuat penyelidikan dan inovasi supaya dapat memberikan manfaat kepada pelajar dan kerajaan negeri kelak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Perasmian Pesta "Schoolwide Enrichment Model" bertempat di Terengganu Trade Centre (TTC), kelmarin.Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Matsor Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa SEM 2018, Mazlan Che Wil.Beliau turut mencadangkan bagi membuka Pesta SEM tahun hadapan dalam kalangan sekolah harian selain sekolah elit, Sekolah Imtiaz, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah bantuan kerajaan.Pesta SEM kali ini disertai 25 buah sekolah dengan Anugerah SEM Terbaik dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin.Manakala Kategori inovasi terbaik diraih oleh Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu (YT), SMK Padang Midin, SMK Sultan Sulaiman, SMK Bukit Sawa, dan SMA Khairiah. SMK Ajil, SMK Bukit Sawa.Sementara itu, SMK Sultan Sulaiman meraih kemenangan berganda apabila dipilih sebagai penyampai terbaik.
18 Aug 18
65
Jelajah Berbasikal Bukit Payung Erat Hubungan
Ustaz Mohd Nor Hamzah (dua dari kiri) meninjau perusahaan penduduk setempat.KUALA TERENGGANU - Aktiviti turun padang mengukuhkan hubungan masyarakat dan kepimpinan di semua peringkat untuk mencapai hasrat Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ianya bertujuan untuk mendekati dan menyelami keadaan rakyat.“Ini adalah jelajah berbasikal pertama yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung."Saya amat gembira, ianya secara tidak langsung membolehkan kita melihat perusahaan yang dilakukan oleh penduduk kampung,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jelajah Berbasikal anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Bukit Payung bermula awal pagi di Pejabat Daerah Kuala Terengganu menuju ke persinggahan pertama di Dewan Sivik Kampung Laut, di sini, kelmarin (17 Ogos).Sementara itu, menurut penternak, terdapat 200 ekor lembu tempatan diternak di dalam kandang berasingan di penternakan lembu Kampung Surau Haji Daud."Ada lembu sado yang dimaklumkan dari baka Belgium Blue," ujarnya.Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Azmi Razik. Antara jabatan kerajaan yang turut serta adalah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Jabatan Veterinar Negeri Terengganu.
18 Aug 18
39
Festival Mek Dan Awang
Wan Sukairi meninjau pameran. Foto Tg Syamim Tg IsmailKUALA TERENGGANU - Nama 'Mek dan Awang' sememangnya cukup sinonim di kalangan masyarakat Terengganu dan kini diketengahkan melalui Festival Peranakan Terengganu selama enam hari bermula 17 sehingga 22 Ogos ini.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata panggilan "Mek dan Awang" di kalangan masyarakat Melayu menggambarkan tahap kemesraan di dalam keluarga dan antara sahabat handai."Bagi kominiti Cina pula, signifikan nama "Mek dan Awang" turut menggambarkan hubungan erat bukan sahaja sesama komuniti malah dengan masyarakat majoriti Melayu di sekeliling, " katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah pada Majlis Perasmian Festival Peranakan 2018, di Kampung Tiong, di sini, malam tadi.Ahmad Samsuri berkata, memandangkan keunikan nama "Mek dan Awang" itu sendiri yang memberi pengertian identiti Negeri Terengganu, pihaknya mencadangkan nama Festival Peranakan Terengganu dijenamakan semula sebagai "Festival Mek Awang Terengganu" bermula tahun hadapan."Menerusi festival ini juga ia dapat dijadikan platform untuk terus memastikan kelestarian seni, budaya dan warisan masyarakat Cina terus terpelihara yang mampu menghidupkan kembali nostalgia lama dan sekali gus mampu membantu menjadikan Kampung Cina sebagai 'A Unique Heritage Brand In A Tourism Hub' dalam memprkenalkan Terengganu kepada pelancong luar," katanyaKatanya, justeru, Kerajaan negeri tidak bersendiriran dan mengharapkan kerjasama daripada semua rakyat untuk menjadi 'duta' dalam turut sama membantu mempromosikan kempen "Beautiful Terengganu, Malaysia" ini."Kebudayaan peranakan Terengganu mempunyai warisan tradisonal yang amat unik dari segi adat resam, pemakaian, makanan dan loghat perbualan melalui proses asimilasi budaya dengan masyarakat Melayu."Festival itu akan dijadikan acara tahunan dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri sekali gus membantu mengembalikan nostagia,' katanya.
17 Aug 18
310
Tiga Maut Kemalangan Di LPT2
Mayat mangsa dibawa ke bahu jalan oleh pengguna lebuh raya.KEMAMAN - Tiga termasuk bayi dan kanak-kanak perempuan maut dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di kilometer 304, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal, di sini, pagi tadi.Dalam kejadian pada ja. 11.15 pagi itu, Haznah Ali, 59, Weaam Lukman, 8 bulan dan kakaknya, Wedad Abdullah, 2 tahun 7 bulan maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan dalaman.Ketua Polis Daerah, Superitenden Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian yang berlaku di laluan lurus di atas jambatan lebuh raya tersebut.Haznah AliMohd said berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Wira dipandu Lukman Waeni , 31, seorang warganegara Thailand yang datang dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu berhenti di bahu kiri jalan untuk berehat.Menurutnya, sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lagi mangsa bersama tiga penumpang datang dari arah yang sama, merempuh belakang kereta yang dinaiki oleh dua beradik tersebut."Akibat dari perlanggaran tersebut, kedu-dua beradik yang duduk di bahagian belakang bersama ibunya tercampak keluar dan mengalami kecederaan dalaman."Manakala seorang lagi mangsa wanita yang duduk di bahagian belakang penumpang kereta yang berlainan turut mengalami kecederaan parah dalaman badan dan telah dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian,"katanya.Keadaan kereta Proton Wira yang remuk teruk selepas dilanggar dari bahagian belakang.Menurut Mohd Said, sepasukan anggota perubatan dari Klinik Kesihatan Bandar Seri Bandi yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan kesemua manga sudah meninggal dunia dan membawa yang cedera ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut.Keadaan kereta Perodua Axia yang remuk selepas melanggar kereta terbabit.Menurut saksi, Zamri Zaaba , 37 , ketika ditemui di lokasi kejadian berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Bandar Kuantan menuju ke Bandar Paka dan setibanya dilokasi kejadian dia terus keluar untuk membantu mangsa lain yang berada di dalam kedua - dua kenderaan tersebut."Keadaan masa itu memang kelam kabut sedikit dengan orang keluar ramai berhenti untuk membantu dan pada masa itu mayat perempuan masih berada dalam kereta lagi dan orang ramai mengalihkan mayat dua beradik itu ke tepi jalan," katanya.Menurut Mohd Said, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Kesemua mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital yang sama untuk proses bedah siasat dan urusan pengebumian manakala kesemua mangsa yang cedera dilaporkan stabil.
17 Aug 18
602
Seks Bebas Antara Penyumbang Peningkatan HIV,AIDS
Dr Mohammad Omar memasang bendera sebagai gimik pelepasan Kembara Sihat Tanpa Aids 2018 di Dataran Waterfront Kuala BerangHULU TERENGGANU - Peningkatan kes HIV yang berpunca daripada amalan seks bebas berbanding kes jangkitan HIV di kalangan pengguna dadah suntikan semakin membimbangkan di Terengganu. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata, jabatannya memandang serius peningkatan kes akibat amalan seks bebas ini terutama daripada risiko homoseksual dan biseksual.Katanya, sebanyak 9,816 kes HIV didaftarkan di negeri ini daripada 1988 sehingga Jun 2018.Manakala sebanyak 8,338 kes (84.9 peratus) berpunca daripada risiko perkongsian jarum suntikan di kalangan pengguna dadah suntikan termasuk 1,083 kes (11 peratus) daripada risiko seksual."Namun begitu kes jangkitan HIV di kalangan Pengguna Dadah Suntikan telah menunjukkan trend penurunan sebanyak 44 kes(36.4 peratus) berbanding 102 kes( 61.8 peratus) pada 2015."Walaubagaimana pun, jangkitan kes HIV akibat risiko seksual menunjukkan trend peningkatan, sebanyak 27.1 peratus kes HIV dilaporkan pada 2017 berbanding 20.1 peratus pada 2010 dan 0.62 peratus pada 2005...ini cukup membimbangkan pihak kami,"kata Mohammad.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Kembara Sihat Tanpa Aids 2018 ' Eksplorasi Menuju Sifar' di Dataran Waterfront Kuala Berang, di sini, hari ini.Mohamad berkata, melalui Majlis Aids Malaysia (MAC), mereka juga bergerak lebih agresif untuk memberi lebih kesedaran kepada orang ramai terutama pengamal homoseksual mengenai bahaya jangkitan HIV/AIDS dalam usaha mengawal wabak berkenaan daripada terus meningkat."Antara inisiatif yang diambil, kami mendekati golongan 'mak nyah' atau pondan di negeri ini dengan menyuntik satu kesedaran kepada pihak lain untuk melakukan perkara sama, seterusnya mencegah aktiviti seks bebas yang boleh menyumbang kepada peningkatan pesakit HIV/AIDS,"katanya lagiTambahnya lagi, pihak jabatan cuba menangani masalah penularan kes ini melalui aktiviti kesedaran yang difokuskan kepada remaja dan golongan muda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat."Mereka ini perlu menjauhi semua aktiviti berisiko seperti seks luar nikah dan aktiviti seks luar tabii selain memperkasakan golongan ini untuk mengatakan tidak kepada seks luar nikah," kata Mohammad.Seramai 290 orang peserta terdiri dari anggota kesihatan bersama keluarga dengan 76 buah kenderaan menyertai kembara yang membabitkan aktiviti berbentuk pertandingan mencari harta karun dan kuiz pengetahuan asas HIV/AIDS. Program kembara yang sudah berusia 23 tahun ini bermula di Dataran Waterfront Kuala Berang, Hulu Terengganu dan akan tamat di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang selama dua hari satu malam.Program yang bertemakan Eksplorasi Menuju Sifar ini akan diisi dengan pengedaran risalah HIV/AIDS kepada masyarakat di tempat-tempat awam di sepanjang laluan eksplorasi serta ceramah dan pameran HIV/ AIDS kepada peserta dan keluarga di Bukit Tinggi.
17 Aug 18
75
Terengganu Ucap Terima Kasih Kepada TV3
Kuala Lumpur - Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dalam slot beritanya baru-baru ini menyiarkan lima janji manifesto PAS yang dilaksanakan dalam masa 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. Serentak itu Kerajaan Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada stesyen televisyen berkenaan atas siaran tersebut. Dr Haji Alias RazakPengerusi Jawatankuasa Pelaksana Menifesto PAS Negeri Terengganu, Dr Haji Alias Razak ketika dihubungi berkata, janji tersebut ialah mengembalikan semula tanah yang dirampas selepas pemerintahan PAS tahun 2004 dan menerima permohonan tanah baharu berstatus geran kekal. Katanya, rakyat Terengganu berusia 21 tahun ke atas boleh memohon untuk mendapatkan satu lot tapak kediaman atau satu unit rumah mampu milik. Permohonan telah dibuka dan pembinaan rumah2 baharu sedang berjalan."Turut dilaksanakan karnivel kahwin kali pertama secara percuma dibuat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). "Bekalan air percuma 20 meter padu kepada golongan miskin yang berdaftar dengan e-kasih dan berpendapatan rendah serta membuka Pusat Jagaan Kanak-kanak di setiap agensi kerajaan negeri, " ujarnya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri berkata, sebanyak 20 janji manifesto pilihanraya PAS telah dikemukakan kepada rakyat Terengganu dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) yang lalu. Ini termasuk menambah Sekolah Menengah Agama di setiap Parlimen dan Sekolah Rendah Agama di setiap DUN serta memberi geran tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Pengajian Pondok.Mengecualikan cukai pintu rumah kediaman, mengurniakan pencen rakyat RM50 sebulan kepada warga emas yang layak, menambah keluasaan tanah rezab Melayu dari 118 hektar kepada 1000 hektar.Dan memperuntukan Tabung Biasiswa Pelajar Cemerlang sebanyak RM5 juta setahun untuk anak-anak Terengganu melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah pertama.Janji tersebut dijangkakan dapat dilaksanakan sebelum Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU15) akan datang.
16 Aug 18
62
Kerajaan Selesai Masalah Kesesakan Hospital
Dr Alias Razak ditemui pemberita selepas lawatan ke booth. Foto - Harish FadzillahOleh: Atiyyah SakinahKUALA TERENGGANU - Kerajaan bertekad menyelesaikan masalah kesesakan yang dialami oleh pihak hospital di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan sedang membina tiga buah hospital untuk mengatasi masalah tersebut."Pertama Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), kedua Hospital Dungun dan ketiga Hospital Kemaman."Ini adalah antara rancangan kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Terbuka Hospital Sultanah NurZahirah) HSNZ di Batu Buruk, pada Khamis 16 Ogos.Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak HSNZ yang berjaya menganjurkan program seumpama ini."Hari Terbuka HSNZ bertujuan untuk mendedahkan perkhidmatan-perkhidmatan terkini yang terdapat di hospital…… supaya tidak timbul salah faham di antara orang ramai dengan pihak hospital.“Kadang-kadang ada yang tidak faham akan keadaan dan tekanan kerja yang dihadapi oleh pihak hospital. Sedikit sebanyak terdapat komen-komen negatif yang dilemparkan oleh masyarakat."Justeru, perkara yang berlaku ini amat tidak sihat dalam aspek hubungan antara hospital dengan orang awam,” ujarnya.Sementara itu, Dr Alias Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kes ‘Hand Foot Mouth Disease’ (HFMD) menunjukkan sedikit peningkatan di Terengganu.“Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan negeri cukup agresif membuat penerangan dan pemeriksaan,” katanya.Justeru katanya, akan diadakan pemeriksaan terutama pusat asuhan kanak-kanak (TASKA) di setiap daerah.Ia adalah kerana katanya, ramai di kalangan kanak-kanak yang dikesan dijangkiti ‘virus’ tersebut.
16 Aug 18
49
Tiga keluarga Miskin Bakal Terima Bantuan
Mohd Safari Abu menyampaikan sumbangan sewaktu turun padang membuat tinjauan.Oleh : Shahril AswadHULU TERENGGANU - Tiga keluarga miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong bakal menerima manfaat bantuan khas, sempena lawatan turun padang Pegawai Daerah (DO) Hulu Terengganu ke DUN Telemong, kelmarin.Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, keluarga yang akan menerima bantuan ini terdiri daripada mereka yang sangat memerlukan dan akan diberi perhatian.“Kita akan hantar bantuan secepat mungkin menerusi agensi-agensi berkaitan untuk membantu keluarga terbabit,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Lawatan Turun Padang Bersama DO ke DUN Telemong, pada Rabu 15 Ogos.Safari berkata, keluarga penerima ini membabitkan satu keluarga di Kampung Payang Kayu, satu di Kuala Menjing dan satu di Kampung Chengkering.“Di Payang Kayu, sepasang suami isteri mempunyai penyakit kronik dan sangat uzur dan tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan."Mereka hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).“Manakala di Kampung Kuala Menjing dan Chengkering, terdapat keluarga susah yang mempunyai rumah uzur dan perlu menanggung anak-anak kecil yang masih bersekolah dengan hanya bekerja di kampung."Kerajaan mengambil serius tinjauan pada hari ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya," tambahnya.
16 Aug 18
205
Inisiatif ‘Peduli’ Ibu Tunggal
Haji Yahaya Ali berucap dalam majlis taklimat tersebut.Oleh: Aslam WiraMARANG - Kerajaan negeri mengambil berat kebajikan ibu tunggal dengan bantuan yang disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, YPKT ialah institusi dan penghubung kepada golongan ibu tunggal.”Saya sangat menggalakkan supaya program berkaitan pendidikan dan tarbiyah diadakan secara berterusan supaya dapat meningkatkan kesedaran dalam institusi keluarga.“Dalam konteks kerajaan yang baru, jika mahukan masyarakat yang bahagia, kita perlu memilih pemimpin yang adil yang boleh memikul tanggungjawab sosial, boleh menjadi ketua kepada masyarakat dan perhatian yang sama rata terutamanya kepada golongan 'Mustad’afin'."Ianya bertujuan supaya negeri yang aman, makmur dan sejahtera dapat direalisasikan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Taklimat Program Jaya Diri Ibu Tunggal di Dewan Tok Guru, semalam Khamis, 16 Ogos.Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu turut mengucapkan tahniah kepada YPKT di atas program yang dijalankan.Sementara itu, Pegawai YPKT Daerah Marang, Halim Mohamad berkata, bilangan ibu tunggal di dalam DUN Rhu Rendang ialah seramai 1,604 orangMenurut beliau, terdapat Kelab Ibu Tunggal di bawah naungan pejabat YPKT di setiap DUN.Beliau menekankan supaya ibu tunggal dapat melibatkan diri di dalam kelab tersebut bagi mengikuti program atau khusus yang dianjurkan YPKT.“Program ini bertujuan untuk membantu golongan ibu tunggal di Terengganu khususnya di Marang.YPKT telah mencari inisiatif seperti mengadakan program dan kursus berkaitan ibu tunggal seperti nenjahit untuk golongan ibu, program warga emas, program potensi diri untuk belia dan beliawanis khususnya anak-anak ibu tunggal,” jelas beliau.Turut hadir, Penolong Pengarah Sektor Ekonomi YPKT, Kamarul Zaman Ahmad.
16 Aug 18
129