Artikel "Semasa" Terkini
Kerajaan Negeri Serius Tangani Isu Pengangkutan Awam
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri serius untuk menangani isu berkaitan masalah pengangkutan di Terengganu pada masa kini.Kesepakatan itu diambil menerusi perbincangan bersama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh dan Ir Saiful Azmi Suhaili bagi menyelesaikan masalah berkenaan sebelum persidangan mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 27 Ogos ini.Dr Mamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata, perjumpaan ini banyak membincangkan masalah pengangkutan awam yang dihadapi di Terengganu."Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk meneliti masalah-masalah dan hal berbangkit yang dihadapi dalam pengangkutan awam di Terengganu, selain langkah awal dan perancangan jangka panjang yang boleh diambil bagi menyelesaikannya untuk kepentingan rakyat Terengganu, selain persiapab menghadiri Mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Pengangkutan Awam di Wisma Darul Iman, di sini.Menurut Dr Mamad, semua pihak perlu memberikan komitmen dalam menyelesaikan segala masalah yang berbangkit, terutama melibatkan pengangkutan awam dan infrastruktur berkaitan sejajar dengan perkembangan dan kepesatan bidang itu di negara ini."Saya berharap agar kita dapat bekerjasama dalam menyelesaikan isu-isu yang dinyatakan", tambahnya.
19 Aug 18
295
Gajah Liar Musnah Tanaman Berjaya Ditangkap
Gajah liar betina yang berjaya ditangkap oleh Perhilitan.KEMAMAN - Pekebun kecil di Kampung Air Putih, di sini, kini boleh menarik nafas lega apabila masalah serangan gajah liar yang merosakkan tanaman mereka sejak sekian lama kini bakal berakhir apabila seekor dari enam sekawan gajah yang menjadi penyebab kepada permasalahan mereka telah berjaya ditangkap .Gajah betina seberat 2.8 tan itu berjaya ditangkap Ranu lalu, oleh sekumpulan anggota daripada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri yang berjaya menjejaki kelibat haiwan tersebut di pinggir Hutan Simpan Air Putih.Timbalan Ketua Unit Gajah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang, Mohd Khairul Adha Mat Amin berkata, gajahberkenaan dibawa keluar dengan menggunakan dua ekor gajah denak yang diberi nama Abot dan Rambai.Menurutnya, operasi membawa keluar gajah liar tersebut telah dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1 petang berjalan lancar tanpa berlaku sebarang insiden."Kita terpaksa menggunakan dua ekor denak tersebut kerana gajah liar ini perlu dipujuk dan dibelai oleh gajah denak ini supaya ianya tidak bertindak agresif ketika proses pemindahan untuk membawa gajah tersebut ke dalam lori ,"Kita dapati ianya mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badannya dan kita percaya ianya akibat dari serangan haiwan liar namun kita telah memberi rawatan awal sebelum proses membawa keluar gajah tersebut dilakukan," katanya.Gajah denak terpaksa digunakan untuk memujuk gajah liar tersebut.Menurutnya, kerja - kerja pemindahan haiwan liar terbabit berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan pihaknya akan meneruskan usaha mengesan baki lima sekawan gajah liar yang masih bebas di dalam hutan simpan tersebut." Konfilik ini tidak akan berakhir keranan anggota kami akan sentiasa membuat pemantauan demi memastikan keselamatan penduduk kampung dan haiwan itu sendiri dan ianya akan dilakukan sehingga kesemuanya ditangkap," katanya.Pekebun yang ditemui menyatakan rasa gembira mereka kerana masalah yang membelenggu mereka selama ini menyebabkan mereka mengalami kerugian puluhan ribu ringgit akhirnya mendapat perhatian berwajib.Namun begitu timbul perasaan bimbang mereka kerana masih ada lagi baki gajah liar yang masih belum ditangkap dan berharap supaya ianya diselesaikan secepat mungkin demi keselamatan mereka. Mokhtar JunohBagi Mokhtar Junoh, 62, dia berasa lega apabila mengetahui berkenaan berita penangkapan haiwan tersebut kerana dia sudah menanggung kerugian kira-kira RM10,000 akibat kerosakan tanaman kelapa sawit yang ditanam di kebunnya yang seluas 4.8 hektar."Memang saya bersyukur ianya sudah ditangkap tetapi perasaan bimbang tu tetap ada bila memikirkan baki gajah yang belum ditangkap kerana baki gajah yang ada dekat sangat dengan kebun saya," katanya.Mohd Othman.Bagi Mohd Othman, 67, pengalaman kejadian seekor gajah yang tidur di belakang rumahnya pada 2017 cukup membimbangkannya kerana kedudukan rumah dan kebunnya begitu hampir dengan pinggir hutan simpan tersebut. ."Saya bersyukur kerana ada pihak yang berwajib sudah mengambil tindakan atas permasalahan kami dan suka apabila seekor sudah berjaya ditangkap tapi kebimbangan itu tetap ada kerana ada lagi yang masih belum ditangkap. Itu yang membimbangkan saya," katanya.Gajah liar tersebut telah berjaya dibawa masuk kedalam lori untuk dipindah ke habitat yang lain.Gajah liar tersebut akan dilepaskan ke habitat asalnya di Taman Negara Tasik Kenyir dan pemantauan akan diteruskan bagi mengesan baki gajah liar sehingga kesemuanya berjaya ditangkap.
19 Aug 18
477
Golongan Uzur Terima Bantuan Tabung Darul Iman
Oleh : Saifullah JusohBESUT - Golongan yang uzur dan tidak bernasib baik terus mendapat perhatian kerajaan negeri apabila menerima Bantuan Tabung Darul Iman (TDI) untuk menguruskan perbelanjaan perubatan masing-masing.Bantuan disampaikan menerusi Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Ustaz Zulkifli Kadir ketika menziarahi pesakit kronik di sekitar Kuala Besut, di sini, hari ini.Turut serta, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Lay Out Tok Saboh, Kampung Nail dan Kuala Beaut. Azbi berkata, Tabung Darul Iman adalah antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Terengganu bagi meringankan beban pesakit-pesakit kronik yang menetap di Terengganu dan tidak berkemampuan bagi menguruskan perbelanjaan perubatan mereka.Katanya, ujian yang diturunkan Allah SWT ini menyebabkan golongan ini akan terbatas pergerakan dan aktiviti sekali gus sukar untuk bekerja seperti biasa bagi menyara kehidupan mereka serta keluarga. "Bantuan ini layak dipohon oleh semua pesakit kronik dengan disahkan oleh doktor akan penyakit itu."Kerajaan negeri akan membantu semua rakyat yang layak menerima tidak kira apa fahaman politik sekalipun di kalangan pemohon berkenaan,"katanya.
19 Aug 18
134
Tak Kisah Projek Kecil Atau Besar, Asalkan Bermanfaat
Haji Ghazali Sulaiman (kiri) meninjau tapak projek kecil di kawasan tersebut. Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Rakyat sebenarnya tidak menginginkan projek besar yang tiada manfaat kepada pembangunan kawasan dan masyarakat setempatPenyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, biarlah projek kecil sekalipun, asalkan ianya memberi manfaat kepada rakyat."Tidak boleh ada sebarang kepentingan peribadi dalam menjayakan sesebuah projek. Semuanya untuk kebaikan masyarakat."Apabila projek ini dapat dijayakan dengan sempurna, maka ianya akan memberi gambaran bahawa kerajaan sekarang benar-benar pedulikan rakyat," tegasnya.Beliau berasa amat bersyukur kerana projek kecil di Kampung Nerang, Jerangau yang dimohon sekian lama itu telah diluluskan.Menurutnya, rakyat harus peka akan keprihatinan yang dibuktikan oleh kerajaan negeri.Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita di tapak projek kecil di Kampung Nerang, Jerangau, semalam (19 Ogos).Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Arfan Tahir menyatakan, apalah gunanya projek yang menelan jutaan ringgit namun hanya dinikmati dan mengkayakan golongan tertentu tanpa manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat."Alhamdulillah, hari ini telah dimulakan projek membaik pulih longkang atau parit yang tersumbat."Kita akan memperdalam dan membaiki saliran bagi memastikan air tidak bertakung lagi," ujarnya.Menurutnya, projek membaik pulih longkang itu amat penting kerana ianya selalu bertakung akibat banjir kilat.Banjir kilat telah menyebabkan Sekolah Rendah Kebangsaan Jerangau dinaiki air dan turut melibatkan surau yang berada berdekatan.
19 Aug 18
48
Hina Mahkamah Syariah: DPPNT Buat Laporan Polis
Ustaz Kamaruzaman (tiga, kanan) menujukkan laporan polis yang dibuatKUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyarankan agar Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail memohon maaf sekali gus menarik balik kenyataan yang disifatkan boleh menghina mahkamah kerana mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berhubung kes hubungan sejenis dua wanita lesbian di Dungun April lalu.Serentak itu ketuanya Ustaz Kamaruzaman Abdullah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, 19 Ogos."Laporan ini bertujuan mengingatkan Tan Sri Razali supaya beliau dapat berhati-hati ketika mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan keharmonain negara ini khususnya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang."Yang keduanya, bila isu ini telah menjadi viral di seluruh negara maka selayaknya beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia."Sekiranya tidak, kami (DPPNT) akan serah kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan selanjutnya," tegas beliau.Beliau berkata demikian ketika membuat kenyataan media selepas selesai laporan polis di buat di balai berkenaan.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun, Setiausaha DPPNT, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak, Ketua DPP Kuala Terengganu, Mohd Azrin Mohd Aris, Exco DPPNT Raja Arizal Raja Arif dan Mohd Aswadi Mohamad.Dalam laporan polis itu Ustaz Kamaruzaman percaya kenyataan yang dikeluarkan oleh SUHAKAM merupakan satu penghinaan atau menyebabkan dipandang hina, mempertikai dan mempersenda, serta bermaksud merendahkan keputusan atau penghakiman dan Martabat Mahkamah Syariah Terengganu.Dan ini bertentangan dengan Seksyen 11 - Mengingkari Perintah Mahkamah, Enakmen 7, Tahun 2001, Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu, Bahagian III berhubung dengan kesalahan dan Institusinya."Bagi mempertahan dan mengekalkan kesucian dan ketinggian agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, saya datang ke balai polis buat aduan bagi tujuan pihak polis membuka kertas siasatan ke atas Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail dan/atau ahli-ahli Pesuruhjaya SUHAKAM," jelasnya dalam laporan tersebut.Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman 6 sebatan dan denda RM3,300 ke atas dua wanita yang cuba melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta di Dungun, April lalu.Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas wanita berusia 22 dan 32 tahun itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen sama kerana musahaqah.Mereka juga akan dihukum penjara empat bulan, jika gagal membayar denda itu.Sebagaimana disiarkan oleh beberapa akhbar online, Tan Sri Razali dilaporkan sebagai berkata, hukuman seperti itu memalukan, merendahkan dan percubaan untuk memalukan si pelaku dan keluarga mereka secara terbuka.Beliau juga dilaporkan sebagai berkata,ia sekaligus bertentangan dengan nilai martabat manusia, dan tidak selari dengan komitmen menjaga maruah seseorang seperti yang dianjurkan dalam setiap agama."Suhakam menegaskan hukuman sebat dalam keadaan apapun melanggar larangan mutlak penyeksaan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina di bawah undang-undang antarabangsa," ujarnya dalam laporan tersebut.Ustaz Kamaruzzaman yang juga Pengarah Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) berkata, DPPNT atas prinsip mempertahankan Rukun Negara termasuk mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, sepatutnya kenyataan seumpama itu tidak dikeluarkan oleh Pengerusi SUHAKAM. Beliau berkata, apabila sesuatu mahkamah telah memutuskan satu keputusan maka semua pihak termasuk pemerintah dan lain-lain mesti menerima keputusan tersebut seadanya."Kita (DPPNT) merasa terkilan dengan kenyataan Tan Sri Pengerusi SUHAKAM yang telah membelakangkan kedaulatan undang-undang yang semua orang tahu walaupun dengan alasan (yang cuba kita selidiki) kononnya bercanggah dengan undang-undang antarabangsa."Hujah tersebut tidak digunapakai sebagai kita rakyat Malaysia yang menjulang perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Malahan apa yang diputuskan oleh mahkamah syariah sebenarnya sangat-sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan amaran dari Allah SWT," jelasnya.Katanya, Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) itu merupakan satu perkara yang telah digezetkan oleh Allah SWT sebagai amalan songsang yang mengundang kemurkaan-Nya."Sekiranya umat zaman dahulu Allah bayar 'cash'(tunai), dengan melingkupkan bumi dan menenggelamkan mereka. "Cuma kita jadi umat Nabi Muhammad s.a.w., apa jenis bangsa sekalipun siasah layanan Allah Ta'ala berbeza dan diberi tangguh oleh Allah, membuka ruang untuk mereka kembali kepada Allah SWT," jelasnya lagi.Justeru katanya, dengan rasa penuh tanggungjawab DPPNT memberi teguran supaya mudah-mudahan Tan Sri Razali kembali ke pangkal jalan dan beliau tidak menyanggahi apa yang diputuskan oleh Allah dan mahkamah."Kita memandang ia sangat serius kerana Tan Sri mempunyai kedudukan dalam masyarakat, sekiranya dibiarkan perkara ini terus berlaku, dia akan mengundang kepada mala petaka dari sudut prinsip undang-undang di Malaysia ini."Maknanya sesiapa sahaja boleh menyuarakan ketidakpuasanhati kepada keputusan mahkamah," katanya lagi.Difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat akan berhubung dengan pihak pendakwa raya mahkamah syariah untuk mengambil tindakan selanjutnya.Urusteia Penerangan Darul Iman (UPDI) akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini.
19 Aug 18
51
i-MiTS Dun Ajil Anjur Kem Smart Solat
60 Peserta Kem Smart Solat bergambar bersama urusetia programHULU TERENGGANU- Unit Latihan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Ajil berjaya mengadakan Kem Smart Solat 2018 bagi memberi kesedaran dan penghayatan kepada para peserta tentang kepentingan ibadah dalam kehidupan muslim.Pengarah Program, Mohd Fahimi Suhaimi berkata program ini merupakan salah satu aktiviti seliaannya sempena cuti sekolah."Alhamdulillah, seramai lima puluh sembilan kanak-kanak yang berumur empat tahun sehingga 13 tahun dari penduduk Pusat Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Ara dan Kampung Bukit Ara menyertai kem tersebut."Apa yang kami terapkan didalam kem ini adalah cara Smart Solat dan Smart Whuduk, menjadi harapan kami, semoga peserta kali ini menjadi anak yang soleh dan solehah," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), di sini, hari ini.Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim.Katanya lagi, kem seumpama ini perlu diadakan bagi membimbing anak-anak tentang ibadah harian terutamanya ibadah solat disamping menanamkan sifat keperibadian muslim dalam diri setiap peserta."Selagi ada peluang, ia (kem solat) akan diteruskan yang biasanya kita anjurkan pada masa cuti sekolah sebagai manfaatkan cuti dengan perkara yang berilmu dan berfaedah kepada anak-anak dari terjebak dalam gejala yang tidak sihat,"ujarnya.
19 Aug 18
233
Sukan Wadah Penyatuan Masyarakat
Wan Hapandi (tiga dari kiri) ketika menyampaikan ucapan alu -aluan pada pertandingan tersebut.DUNGUN - Kerajaan Negeri Terengganu menggalakkan agar rakyat dapat menceburi bidang sukan kerana ianya dilihat sebagai satu wadah untuk menyatupadukan keharmonian dalam kalangan penduduk di negara ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Hassan berkata, ianya dapat dilihat dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai kaum dan umur berkumpul sekiranya satu pertandingan sukan diadakan di peringkat negeri mahupun di peringkat antarabangsa.Menurutnya, semua lapisan umur dilihat bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka dan keharmonian sebegini sangat diharapkan demi menjaga keamanan di negara ini."Di negara lain yang bergolak, kita lihat masyarakatnya hidup dalam kesedihan dan ketakutan disebabkan oleh sikap individu atau kumpulan yang hanya mementingkan agenda peribadi mereka sehingga sanggup mengorbankan keharmonian masyarakat mereka sendiri," katanya.Wan Hapandi ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas merasmikan Kejohanan Sepak Takraw anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lembah, di sini, kelmarin (17 Ogos).Dalam pertandingan tersebut, sebanyak 12 buah pasukan telah mendaftar untuk bertanding dalam kejohanan tersebut.Wan Hapandi melontar bola takraw sebagai gimik perasmian kejohanan tersebut.Menurut Wan Hapandi, pihaknya memuji usaha penganjuran yang telah diadakan dalam mencungkil bakat-bakat baru di kalangan anak muda dalam sukan sepak takraw."Negeri Terengganu dikenali sebagai 'kilang' melahirkan bakat baru dalam sepak takraw di mana ramai pemain sepak takraw telah mewakili negeri dan negara dalam sukan ini," katanya.Tambah Wan Hapandi, kerajaan negeri sentiasa memberikan galakan dan sokongan terhadap setiap aktiviti pembangunan sukan yang dilakukan agar dapat melahirkan atlet yang dapat membawa cabaran negara ke peringkat antarabangsa satu hari nanti."Kita sudah ada wakil dari negeri ini yang sudah mengharumkan nama negara dalam sukan berbasikal yang banyak merangkul kejayaan di peringkat antarabangsa dan kita harapkan lebih ramai lagi dari negeri ini yang dapat mengharumkan nama negara satu hari nanti," katanya.Menurut Wan Hapandi, aktiviti seperti ini amat digalakkan kerana ianya dapat mengisi masa lapang anak-anak muda dengan menyertai aktiviti riadah dan sekaligus dapat mengelakkan mereka dari melakukan sebarang aktiviti-aktiviti negatif.“Jikalau dilihat, hari ini terlalu banyak masalah sosial yang melibatkan anak-anak muda dan kita berharap dengan aktiviti sebegini akan dapat membendung budaya yang boleh merosakkan akhlak dan masa depan merek," katanya.Tambah Wan Hapandi, kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukan di setiap dun bagi penganjuran sebarang aktiviti sukan di setiap kawasan mereka .
18 Aug 18
281
Boikot Barangan Keluaran Golongan LGBT
Satiful Bahari MamatKerajaan negeri meminta masyarakat tidak memberi sokongan dan membeli produk keluaran golongan lesbian, gay, biseksual dan transgander (LGBT) sebagai tanda memprotes agar mereka kembali ke pangkal jalan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, masyarakat perlu memainkan peranan kerana perkara mungkar menjadi tanggungjawab bersama untuk dicegah dan bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan."Jangan kita jadi pengikut mereka di media sosial seperti Facebook dan kita promosikan mereka, kita beli barang mereka, lagilah keadaan akan bertambah serius dan jangan serah kepada kerajaan saja untuk selesaikan isu LGBT ini. Semua masyarakat perlu mainkan peranan, jangan beri galakan kepada mereka. Kalau semua orang marah, tak selesa...mereka InsyaAllah akan berubah," katanya.Beliau berkata demikian selepas dihubungi oleh Urusetia Penerangan Darul Iman ( UPDI ) bagi mengulas cadangan sesetengah pihak yang dilihat seolah - olah mahu membela golongan LGBT ini.Cadangan golongan LGBT boleh menggunakan tandas OKU adalah satu cadangan yang tidak munasabah. Satiful berkata, saranan sesetengah pihak agar golongan transgender menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU), adalah satu cadangan yang paling tidak munasabah dan menempelak sendiri cadangan yang dikeluarkan oleh seorang yang beragama islam itu sendiri."Dia perlu tandas ke? Mana boleh guna tandas OKU kalau dia sendiri bukan OKU dan ini merupakan satu cadangan yang boleh dikatakan kurang sesuai dan tidak munasabah langsung" katanya .Bagaimanapun, Satiful berkata, peratusan yang terlibat dengan LGBT di negeri ini masih lagi rendah iaitu tidak sampai satu peratus daripada keseluruhan rakyat negeri ini yang dianggarkan seramai 1 juta orang."Kita lihat sekarang golongan LGBT ini mahu masyarakat menerima mereka tetapi kita tengok mereka sendiri tidak boleh menerima diri mereka dan perkara-perkara ini terjadi saya rasa kerana kita terlalu terikut dengan situasi berlaku di negara barat dan kita import ke dalam masyarakat kita," katanya.Katanya, kerajaan negeri menerusi portfolionya di bawah Bahagian Pelaksanaan Syariah mengambil pendekatan lembut dalam menangani masalah berkenaan termasuk melibatkan mereka dalam seminar seperti yang telah dianjurkan baru-baru ini.
18 Aug 18
125
Jenazah Dua Beradik Dituntut Waris
Abdullah YusofKEMAMAN - Jenazah dua beradik yang maut selepas kereta Proton Wira yang dinaiki bersama ibu bapa mereka dirempuh oleh sebuah kenderaan lain di kilometer 304, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) kelmarin, dikebumikan di kampung ibunya, di Kuala Terengganu, semalam.Jenazah Weaam Lukman , 8 bulan dan kakaknya , Wedad Abdullah, 2 tahun 7 bulan, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Beladau Kepok, Serada, selepas Solat Fardu Asar.Sebelum itu, jenazah baru selesai menjalani proses bedah siasat kira-kira jam 2 petang bagi mengenal pasti punca kematian.Menurut bapa sepupu kepada kanak - kanak malang tersebut, Abdullah Mohd Yusuf, 25, ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Kemaman berkata, dia menerima panggilan pada jam 12.50 tengahari semalam ketika sedang berehat di rumahnya di Kampung Labohan, Kerteh .Abdullah ketika ditemui oleh pihak media di perkarangan Unit Forensik Hospital Kemaman.Menurutnya, selepas menerima panggilan tersebut dia bergegas pergi ke Hospital Kemaman untuk mengecam jenazah kanak-kanak tersebut."Memang terkejut bila dimaklumkan berkenaan perkara tersebut dan apabila proses pengecaman mayat dilakukan memang benar kedua-dua mereka adalah anak sepupu saya,"katanya.Abdullah berkata, ketika kejadian, kesemua mereka dalam perjalanan dari Madrasah Tahfiz Al Zahra (Mata), Gelang Patah, Johor, untuk pulang menyambut Aidiladha di kampung bapanya di Yala, Thailand.Menurutnya , bapa dan ibu kepada kanak-kanak berkenaan bekerja sebagai tenaga pengajar di madrasah tersebut dan kali terakhir dia melihat mangsa ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Yala pada Jun lepas.Tambah Abdullah, ketika kejadian, bapa kepada kanak-kanak itu tidak mengetahu bahawa kedua anaknya sudah meninggal dunia dan dia juga diminta doktor pakar yang bertugas untuk menyampaikan berita sedih itu kepada bapanya."Memang dia (bapa) terkejut sangat bila mengetahui berkenaan perkara tersebut dan saya menyuruhnya bersabar dan menyatakan ini adalah ujian dari Allah untuk mengangkat darjat mereka sekeluarga."Saya sendiri berasa sedih kerana masih lagi terbayang keletah mereka ketika bertandang ke rumahnya dan saya menganggap apa yang terjadi ini ada hikmahnya yang Allah akan beri nanti,"katanya. Dalam kejadian jam 11.15 pagi semalam, kereta Proton Wira yang dinaiki mereka sekeluarga di rempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Axia ketika sedang berhenti di bahu jalan untuk berehat.Akibat dari rempuhan tersebut, kereta Proton Wira itu remuk teruk di bahagian belakang menyebabkan kedua-dua kanak- kanak tersebut tercampak keluar dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan dalaman anggota badan.Rempuhan tersebut turut mengorbankan penumpang Perodua Axia, Haznah Ali, 59, yang duduk di bahagian belakang tempat duduk penumpang dan jenazahnya dibawa pulang ke Johor untuk dikebumikan.
18 Aug 18
121
J3K Belum Serah Baucer Dana Remaja
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Jawatankuasa Kerja Kampung (J3K) sebelum ini yang dikatakan gagal mengembalikan Baucer Dana Bakti Remaja ke pejabat daerah menyebabkan remaja yang teresenarai menerima bantuan itu gagal menuntutnya walaupun mereka hadir pada tarikh ditetapkan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun yang mendedahkan perkara itu, berharap isu itu dapat diselesaikan segera menerusi pejabat daerah sekali gus meringankan bebanan mereka yang memerlukan.“Kita berharap penerima dapat menuntut apa yang diperuntukkan kepada mereka dan dapat mengurangkan bebanan untuk menampung perbelanjaan semasa,” ujar beliau ketika mengulas mengenai pengagihan Dana Bakti Remaja di Pejabat Daerah Dungun, di sini, semalam (16 Ogos).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu juga menyeru remaja yang tersenarai tetapi masih belum berbuat demikian, segeralah menuntutnya pada 20 Ogos nanti. “Selepas itu baucer-baucer tersebut akan dikembalikan ke Jabatan Kewangan Negeri, " katanya lagi.
18 Aug 18
62