lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Di Sebalik Tirai 100 Hari Kerajaan PAS Terengganu
Segala puji dan syukur kepada Allah atas kurniaNya kepada rakyat Terengganu, kemenangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil alih tampuk pemerintahan negeri setelah bertungkus lumus selama 14 tahun bagi memenangi kembali hati rakyat Terengganu selepas kekalahan pada tahun 2004.Aktivis PAS, Nasir Abdullah berkata, apapun, tiada gunanya kemenangan jika ianya gagal diisi dengan pengisian yang selari dengan kehendak Allah. Ianya juga menandakan bahawa rakyat Terengganu semakin cerdik berpolitik, sememangnya menginginkan manifesto-manifesto yang dijanjikan, dipenuhi, walau siapa dan dari parti manapun mereka."Saya cuba memberikan gambaran ringkas kerja-kerja oleh saf kepimpinan Kerajaan Terengganu yang diketuai oleh YAB Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar."Selain itu, ada juga cerita belakang tabir yang tidak diketahui rakyat yang saya akan sampaikan demi memberikan gambaran sebenar kepada rakyat tentang apa yang telah, sedang dan akan dilaksanakan demi rakyat Terengganu."Harus diingat, manifesto PAS Terengganu tidak pernah menyebut secara khusus dalam tempoh berapa lamakah ia akan dilaksanakan. Tetapi pastinya sebelum penggal ke-14 ini berakhir. Pastinya janji manifesto ini sangat realistik. Juga sebagai maklumat tambahan, akan ada beberapa portfolio yang akan duduk bersama bagi kelancaran perlaksanaan manifesto-manifesto itu. Jadi ia akan dilihat bertindih tetapi mempunyai fungsi yang berbeza. Dan apa yang mesti disematkan dalam minda semua ialah Kerajaan PAS Terengganu mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) iaitu mendahului kepentingan rakyat yang akan mengekalkan dan menambah baik apa-apa yang baik tinggal kerajaan terdahulu dan mengenepikan apa-apa yang tidak baik," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu tulisan yang diserahkan kepada pemberita, baru-baru ini (20 Ogos)."Saya mulakan dengan YAB Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mohkhtar yang memegang portfolio Perancang, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli Manifesto yang dijanjikan iaitu mengembalikan semula tanah-tanah rakyat yang telah dirampas kerajaan terdahulu ketika peralihan kuasa tahun 2004, telah dilaksanakan dan diberi pujian kawan dan lawan. Beliau juga memberikan kelonggaran bagi pemilik tanah melewatkan bayaran cukai sehingga Oktober ini. Permohonan bagi mendapatkan tapak rumah juga telah dibuka bagi yang layak."Bonus Raya yang ditunggu-tunggu dengan penuh debar oleh kakitangan kerajaan tempohari kerana bimbang Kerajaan Negeri keputusan wang kerana ianya hampir habis digunakan oleh pentadbiran terdahulu, akhirnya diterima sebelum Aidilfitri. Isu royalti yang menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran Kerajaan Negeri sejak dua dekad lalujuga hampir diselesaikan, selepas pertemuan dengan Perdana Menteri. Usaha bagi menjadi negeri pengeluar silika juga giat dilaksanakan sekaligus bakal membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. "YB Ustaz Satiful Bahari Mamat, memegang amanah sebagai Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.Antara janji-janji PAS dalam bidang pendidikan ialah mahu menyediakan sebuah sekolah rendah Islam di setiap Dun dan sebuah sekolah menengah Islam bagi setiap parlimen. Memandangkan sistem pendidikan memerlukan sedikit masa jika mahu dibina infrastruktur yang baharu, maka beliau memutuskan untuk menggunakan prasarana-prasarana yang telah sedia ada bagi menjimatkan kos permulaan."Tempat-tempat seperti Taman Ilmu yang terbengkalai itu juga telah dilawati beliau bagi melihat sejauh mana kebolehgunaan bangunan itu. Pelan tindakan sudah ada, insyaAllah pada tahun 2019 ini, sekolah pertama akan dirasmikan. Manakala dalam hal berkaitan dengan dakwah, beliau menumpukan kepada kefahaman rakyat kepada perlaksanaan syariah. Pastinya usaha kefahaman ini tiada penghujungnya," katanya.Tambah beliau, dengan mengetuai Portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak telah melaksanakan manifesto mengecualikan cukai pintu kediaman. Dan untuk menunaikan manifesto itu, Kerajaan Negeri akan membayar jutaan ringgit kepada Majlis Bandaraya dan Majlis-Majlis Daerah yang lain. Hospital baharu turut menjadi perkara penting yang sedang diberi penekanan. Tiga buah hospital iaitu Unisza, Dungun dan juga Kemaman, dijangka akan memberikan lebih keselesaan kepada pesakit, sedang diusahakan agar segera direalisasikan setelah bertahun-tahun dijanjikan pemerintah terdahulu. "Berkaitan dengan kemasukan ke wad-3 secara percuma, insyaAllah ianya hanya menanti detik untuk penguatkuasaannya sahaja, sebaik selesai beberapa isu lagi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan anggaran belanja oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM5 juta setahun. Bagi membina kira-kira 1000 buah rumah pertama mampu milik, perancangannya dengan empat projek pertama akan dimulakan hujung tahun ini. Sasaran keseluruhan ialah 20 ribu buah sehingga tamat penggal ini. Bukan itu sahaja, 234 orang pembeli yang menghadapi masalah perumahan terbengkalai di Padang Setengga, Kuala Berang, melewati 10 tahun turut ditinjau dan beliau akan menyelesaikan mengikut lunas-lunas perundangan."Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri pula telah memulakan usaha-usaha bagi membina insan sebagai satu aset penting negeri. Pengerusinya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam langkah awalnya telah menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi memenuhi manifesto portfolio beliau bagi membina pusat pemulihan dadah secara holistik dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Beliau juga memperkenalkan Program Madinah Ramadhan yang mensasarkan bukan sahaja ibadat tetapi juga membantu memajukan perniagaan rakyat yang berdekatan dengan tempat program. Taman Tamadun Islam (TTI) bakal menjadi Akademi Dakwah di negeri ini dan pertemuan dengan wakil TTI sudahpun berlaku. Manakala bagi memastikan agar masjid-masjid tidak lagi ada masalah ketiadaan pengajar, beliau sudah berbincang dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi penyelesaian terbaik. "InsyaAllah akhir Ogos ini, pertemuan dengan golongan mak nyah yang ingin keluar daripada dunia gelap mereka akan berlangsung kali kedua. Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) diperkemaskan menggantikan Unit Komunikasi (UKOM) dan sedang rancak menjalankan kerja-kerja menerang pencapaian dan rancangan-rancangan baharu kerajaan negeri. Satu lagi nadi portfolio beliau, Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) ditugaskan bagi memantapkan penyebaran dakwah dan penerangan sehingga ke peringkat paling bawah. Stesen Radio Manis FM yang berada di bawah portfolio beliau juga akan diberikan kekuatan baharu, bukan sahaja akan dimanfaatkan oleh Terengganu, tetapi juga Kelantan insyaAllah."Seorang Exco yang sering turun padang bersama pegawai jabatan dan agensi yang berada dibawah portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim. Tujuan beliau membawa wakil-wakil itu adalah bagi memberikan ruang seluasnya kepada rakyat agar dapat berinteraksi secara langsung, berbincang tentang peluang atau halangan yang ada dalam agenda untuk memajukan sector pertanian Negeri Terengganu, sekaligus meruntuhkan halangan birokrasi antara rakyat, pegawai dan pimpinan Kerajaan negeri. Petani-petani kampung pastinya tidak mudah melangkahkan kaki mereka ke pejabat Exco atau Jabatan Pertanian. Setakat ini sudah lima Dun dijelajah beliau bersama pasukannya iaitu Jabi, Batu Burok, Kerteh, Pengkalan Berangan dan Bukit Payong bagi memberi penerangan tentang peluang dan bantuan daripada kerajaan kepada rakyat terutama muda-mudi dengan semuanya mendapat sambutan yang hangat. "Dalam masa yang sama, beliau juga telah menjelajah ke seluruh negeri bagi mengenal pasti punca-punca kegagalan projek-projek pertanian terdahulu supaya tindakan pemulihan dapat diambil. Pengarah Jabatan berkaitan diarahkan menyediakan kertas putih pelan bagi pemulihan projek-projek gagal dengan segera. Masalah lain seperti kemudahan infrastruktur di pelabuhan dan kompleks perikanan, turut diintai beliau. Beliau juga meluluskan kos menaikkan bot karam nelayan di Pulau Duyung. Semua rancangan dan tindakan sedang berjalan, bukan sekadar sembang. Perkataan pertanian tiada ditulis secara khusus dalam Manifesto PRU 14 PAS Terengganu, tetapi seperti pemberian air percuma kepada golongan miskin, 20 ribu peluang pekerjaan dalam masa empat tahun dan mengembalikan semula tanah-tanah yang dirampas dan pemberian tanah-tanah baharu, mesti melibatkan portfolio beliau sebagai pelengkapnya."Tokoh berpengalaman dalam urusan pentadbiran negeri, YB Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar pula ditaklifkan menjaga portfolio Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran. Untuk tugasan beliau yang melibatkan manifesto pertama ialah pelaburan Lembah Silika di Jambu Bongkok, dijangka akan menyediakan sebanyak 7600 peluang pekerjaan. Kedua, membuka peluang pekerjaan di kawasan-kawasan industri dan usaha bagi kedua-duanya sedang berlangsung. Dalam tugasan perdagangan dan industri pula, beberapa kilang terpilih yang dahulunya rugi atau ditutup yang dilihat sangat besar potensinya seperti Perwaja Steel, bakal diambilalih oleh pelabur baharu dan Eastern Steel akan dibuka semula."Beliau juga telah selesai membantu pengagihan dana raya telah diperluaskan kepada lebih ramai penama, perlantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlantikan penuh pertama bagi negeri-negeri yang mendapat kerajaan baharu, perlantikan kakitangan i-MITS, perlantikan kakitangan UPDI dan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah bagi anak syarikat Kerajaan Negeri. Menyiapkan semua organisasi ini sangat penting terutama bagi melancarkan perjalanan pentadbiran. Dan beliau sebagai bekas Pegawai Kewangan Negeri, sememangnya layak bagi tugasan ini," tambahnya.Sementara itu, bagi YB Ustaz Ariffin Deraman, Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat yang diketuai beliau, telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi meluaskan lagi potensi Terengganu sebagai destinasi pelancongan. Antara perkara terawal yang dilakukan beliau ialah melihat sendiri keupayaan bas dua alam yang menjadi isu hangat sebelum PRU lalu. Ianya terpaksa disimpan kerana masalah teknikal."Kawasan Bebas Cukai Kenyir, Zoo Kemaman dilawati beliau dan keputusannya ialah Kerajaan Negeri terpaksa menyiapkan kompleks itu kerana ia sudah hampir siap dan belanja yang sudah dikeluarkan adalah ratusan juta ringgit. Beberapa buah pulau turut ditinjau beliau dan terbaharu, Pulau Bidong dilihat sebagai berkeupayaan untuk dimajukan. Ia akan menjadi antara agenda beliau untuk diteruskan perancangan membangunkannya. Akan tetapi kesemua hal yang melibatkan pelancongan ini akan diteraskan kepada apa yang ditekankan sebagai “Mesra Muslim”. Bengkel garis panduan bagi mencapai hasrat ini telah diadakan dengan disertai ahli akademik, penggiat budaya dan sejarah. Bagi menambah daya saing Teknologi Maklumat pula, beliau menumpukan untuk mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar dengan mengkaji semula peranan EIO dan Pusat Bestari."YB Haji Hanafiah Mat, yang bertanggungjawab dengan portfolio Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional sudah menyelesaikan dua manifestonya iaitu Perkahwinan Perdana yang sekarang akan berlangsung untuk kali kedua dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak bagi setiap agensi kerajaan. Selain itu, bagi ibu tunggal dan juga bapa tunggal yang mahu berkahwin baru-baru ini, diberikan saguhati. Malah Dana Raya yang ramai orang menganggap Kerajaan Negeri akan gagal mengagihkannya kerana faktor kewangan, berjaya diberikan dan dibuka pula kepada lebih ramai penerima yang layak yang dipinggirkan oleh kerajaan terdahulu. Pada tahun hadapan insyaAllah manifesto pencen kepada pesara yang layak sebanyak RM50 sebulan akan dilaksanakan, menurut sumber pejabat beliau.Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah pula sedang bertungkus lumus menyiapkan rancangan portfolio beliau untuk memberikan bantuan sebanyak RM400 bagi belia yang mahu mengambil lesen motor. Beliau juga sedang sibuk meneliti perkembangan pasukan Sukma Terengganu yang mensasarkan juara keseluruhan September nanti. Bagi tugasan beliau yang melibatkan NGO, satu majlis yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan NGO, mewakili semua kluster bakal diwujudkan. Ia akan menjadi penasihat, mata, telinga dan juga pendukung aspirasi kepada kerajaan untuk mencapai tujuan menjadikan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera."Manifesto bagi pemberian air 20m3 pertama secara percuma kepada rakyat miskin Terengganu yang layak adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh YB Dr Mamad Puteh, sedang berjalan. Pemberian ini berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu kerana dahulu diberi percuma hanya apbila kurang 20m3 dan untuk semua rakyat. Jika melebihi 20m3, ia mesti dibayar penuh, tiada lagi percuma. Ianya juga terkadang tidak mencapai matlamat membantu golongan miskin. "Tetapi skim sekarang, hanya mereka yang miskin sahaja yang layak dan jika melebihi 20m3 sekalipun, ia hanya dikira pada kiraan meter bermula (21m3) iaitu yang wajib dibayar hanyalah 1m3 dan begitulah seterusnya. Bagi 834 buah masjid dan surau yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri, kesemuanya menerima 50m3 air percuma daripada Kerajaan Negeri. Isu Pasar Kuala Berang juga mendapat perhatian dan tindakan beliau dengan menyelesaikan masalah seperti najis burung yang diadukan oleh peniaga-peniaga. Selain itu, beliau sekarang memberikan lebih perhatian mengkhususkan kepada projek-projek kerajaan sebelum ini agar semuanya berjalan baik."YB Haji Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman yang diamanahkan memegang urusan Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja telah mengisytiharkan Hari Keusahawanan yang turut ada di dalamnya klinik bagi usahawan baharu di setiap daerah bertujuan memberi penerangan dan maklumat apa yang terbaik kepada usahawan melalui agensi-agensi di bawah beliau. Ianya telah dimulakan di Besut dan Kuala Nerus baru-baru ini. Tidak terhenti setakat itu, beliau juga telah mengadakan kerjasama bersama Jabatan Tenaga Kerja di bawah ‘Jobs Malaysia’ untuk membantu graduan-graduan yang menganggur mendapat pekerjaan. Disamping mengekal dan menambah baik skim-skim terdahulu, YB Khuzaini juga memperkenalkan skim baharu bagi usahawan-usahawan dalam bidang agro dan pelancongan yang belum diwujudkan sebelum ini. Bantuan kewangan juga dirancang untuk diagihkan kepada peniaga-peniaga yang berdaftar yang berniaga di tapak yang sah."Inilah antara beberapa cebisan kisah di balik tabir pentadbiran Kerajaan Terengganu, bermula waktu-waktu awal mereka menduduki tampuk pemerintahan yang saya kutip dan kongsikan bagi kefahaman semua akan bidang tugas kepimpinan negeri. Ada banyak lagi, tetapi ada perancangan yang tidak boleh dimaklumkan awal kepada umum. Mereka berkerja pagi, petang dan tidak sedikit juga waktu malam dihabiskan bagi mereka memenuhi kehendak seluruh lapisan warga Terengganu. Kerja keras ini bukan hanya tertumpu kepada melunaskan janji-janji manifesto sahaja, tetapi juga merancang perkara baharu, melaksanakannya dengan wang rakyat dan memastikan hasil yang terbaik diperolehi rakyat. Kepercayaan rakyat ini tidak mereka persiakan, mereka sedang membuktikan mereka adalah lebih baik, malah terbaik dalam menyempurnakan amanah yang dipikul."Ucapan terima kasih juga harus diberikan kepada kakitangan Kerajaan Negeri dan agensi disemua peringkat yang sentiasa membantu kepimpinan menjalankan agenda mereka dengan sikap penuh profesional. Amatlah diharapkan pula kepada penyokong atau ahli PAS agar tidak terlalu menekan pimpinan bagi mendapat hasil terbaik dengan segera. Barisan pimpinan kita sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat. Bersabarlah, biarlah orang lain yang berfikir atau bertindak diluar kebiasaan, memberi tekanan, tetapi bukan kita. Kita mesti menjadi pembantu kepada pimpinan kita dengan keupayaan yang kita miliki. Kerajaan ini, kerajaan kita," jelas beliau.
21 Aug 18
581
Empty Image
Perutusan Hari Raya Aidiladha 2018
Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya kita masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan dan dapat meraikan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 10 Zulhijjah 1439H bersamaan  22 Ogos 2018. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan ketaatan anakanda beliau baginda Nabi Ismail a.s perlu sentiasa dihayati dan kita diajak untuk merenung semula serta mengambil ibrah daripada keperitan baginda semasa melakukan korban pada anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s semata-mata menunaikan suruhan Allah SWT.Dalam konteks dunia pada hari ini, konsep pengorbanan itu sendiri mencakupi makna yang lebih luas dan mendalam. Ia menuntut sebuah tanggungjawab, terutamanya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya dalam menyumbang ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara. Konsep itu wajar diteladani oleh kita semua umat Islam terutamanya ketika keadaan negeri kita baru sahaja bertukar tampuk pemerintahan. Apa yang baik akan diteruskan, manakala setiap kelemahan yang ada kita akan perbetulkan. Semua ini dilakukan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk kepentingan dan kebaikan rakyat. Oleh itu, cita-cita ini tidak akan terlaksana tanpa pengorbanan daripada kita semua.Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua rakyat Terengganu agar menghayati pengertian pengorbanan dengan meningkatkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan semua penduduk dari berbagai bangsa dan latar belakang.Saya juga berharap agar semua rakyat Terengganu khususnya kepada semua penjawat awam akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi serta sanggup melakukan pengorbanan dengan penuh ikhlas demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri Terengganu yang kita cintai ini agar terus maju, berkat dan sejahtera seiring dengan kemajuan negara dan dunia. Sekian.Dr. Ahmad Samsuri MokhtarMenteri Besar Terengganu21 Ogos 2018
20 Aug 18
697
Empty Image
Tiada Pilih Kasih Bantuan Tabung Darul Iman
Cikgu Wan Hapandi Wan Nik (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima.Oleh: Asraf IkhwanDUNGUN - Kerajaan akan memastikan tiada pilih kasih yang berlaku dalam pengagihan bantuan Tabung Darul Iman (TDI) demi manfaat rakyat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, beliau bersyukur kerana semua yang mencukupi syarat berjaya menerima bantuan TDI.“Kerajaan Negeri Terengganu akan terus memastikan bantuan sebegini sampai kepada rakyat tanpa mengira agama, latar belakang parti, bangsa atau warna kulit, ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengagihkan bantuan TDI kepada mereka yang layak, semalam (20 Ogos).Menurut Cikgu Wan Hapandi Wan Nik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, kerajaan negeri berjanji akan memudahkan segala urusan permohonan bantuan dan akan memastikan karenah birokrasi tidak akan timbul lagi.“Kita nak memudahkan semua masyarakat untuk mendapat bantuan.“Isi borang dan cukup syarat, bantuan akan sampai secepat yang mungkin," katanya.Turut hadir, Pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MPKK) Miang, Mohd Yusoff Ismail dan Pengerusi MPKK Lembah, Ridzuan Mohammad Noor dan wakil dari Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).
20 Aug 18
66
Empty Image
SUKMA 2018 : Yakin Capai Misi Menang Kembali
Ustaz Wan Sukairi Wan AbdullahOleh: Athiyah SakinahKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu yakin akan mencapai sasaran menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) untuk kali yang kelima dengan moto ‘Win Back Mission’.Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan kontinjen Terengganu yang akan mmenyertai SUKMA yang akan diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan bermula 12 hingga 22, September ini.“SUKMA ini merupakan sukan yang terbesar di peringkat kebangsaan dan diadakan dua tahun sekali dan negeri Terengganu pernah  menjuarai sebanyak empat  kali berturut-turut,“iaitu  pada tahun 2008, 2010, 2011 dan 2012 (serta) kali ini juga Negeri Terengganu mensasarkan untuk kemenangan kali yang kelima,” tegasnya.Wan Sukairi yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata, beliau telah pun mengikuti perkembangan latihan-latihan yang diadakan dan saya lihat atlet-atlet kita begitu bersemangat dan bertungkus lumus untuk siapkan diri dengan persiapan yg terakhir.“Mereka juga turut berazam untuk  merampas kembali kejuaraan sukma di peringkat kebangsaan untuk kali ini,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya, Wisma Darul Iman, pada Ahad 19 Ogos.Menurut beliau lagi , Terengganu akan menghantar seramai 555 orang atlet dengan 314 atlet lelaki manakala seramai 214 atlet wanita.Katanya, sebanyak 29 acara yang akan dipertandingkan,  dan daripada keseluruhan acara-acara tersebut sepuluh yang akan menjadi sasaran.“Sasaran untuk mendapat emas diantaranya ialah acara berbasikal yang menjadi acara "favourite" atau pun acara kegemaran Terengganu yang keduanya acara  judo, takraw, acara silat, olahraga, menembak, memanah, boling padang, bola sepak dan juga angkat berat,“Sepuluh acara ini adalah acara yang kita meletakkan target yang besar untuk memperolehi pingat emas,” ujarnya.Setakat ini, katanya, sebanyak 53 emas, 28 perak dan juga 42 gangsa yang telah menjadi sasaran Terengganu .Justeru itu, untuk lebih menyemarakkan lagi semangat para atlet, beliau berkata, pihak Majlis Sukan Negeri telah melantik bapa-bapa angkat sukan yang akan disertai, terdiri daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan jabatan yang tertentu.“Kita telah melangsungkan acara penyerahan…..pelantikan bapa angkat bersama dengan semua atlet yang diadakan di Wisma Darul Iman baru-baru ini,” tambah beliau
20 Aug 18
330
Empty Image
Salam Aidiladha - ADUN Rantau Abang
(فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ)Maksudnya : Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".[Surat As-Saaffat : 102]Salam Aidil Adha diucapkan kepada seluruh rakyat Terengganu umumnya, dan  kepada penduduk dan perantau DUN Rantau Abang khususnya.Sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat al-quran di atas, Aidil Adha sangat sinonim dengan kisah agung pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah, Ibrahim 'alahissalam serta isterinya Hajar dan anaknya Ismail. Kisah satu keluarga yang dengan taat patuh bersedia melakukan apa sahaja yang Allah perintahkan. Kisah ini juga memaparkan bagaimana iman dan taqwa benar-benar memanifestasikan pengorbanan kerana Allah.Seterusnya kita saksikan pula bagaimana, pada tanggal 9 Zulhijjah, Al-quran disempurnakan  oleh Allah Azza wajalla sebagaimana  yang difirmankanNYA di dalam Surah Al-Maidah ayat 3: الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ٌۚ)Maksudnya :"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.."Maka bertepatan dengan dua peristiwa besar ini, marilah kita mengambil ibrah dan pengajaran daripada apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan keluarganya.Mereka melakukan segala yang diperintahkan dengan penuh kehambaan tanpa keluh kesah dan banyak persoalan.Seterusnya, marilah sama-sama kita berusaha menyempurnakan pegangan agama kita, ibadah-ibadah kita serta akhlak dan syaksiah kita. Dan jangan kita lupa untuk berpegang teguh  kepada al-Quran dan As-Sunnah dalam menentukan jalan hidup kita.Saya juga mengajak diri saya dan anda semua  bersama berganding bahu, membantu kerajaan Terengganu untuk membina  Terengganu yang maju dengan limpahan keberkatan Allah Subhanahuwata'alan dan kita hidup penuh kesejahteraan di negeri tercinta iniUntuk akhirnya, Semoga Aidil Adha ini, semakin mendekatkan kita kepada Allah. Taqabalallahu minna wa minkum taqabbal ya karim.Terengganu Maju, Berkat, SejahteraIkhlas daripada :YB. Cikgu Alias HarunADUN Rantau Abang9 Zulhijjah 1439/ 21 Ogos 2018
20 Aug 18
552
Empty Image
Lawatan Mobile Team Marang Kenal Pasti Bantuan Untuk Golongan Sasar
Oleh: Ahmad FadhilahMARANG – Kerjasama tiga agensi kerajaan melibatkan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjaya menggerakkan ‘Lawatan Mobile Team' Daerah Marang.Program berkonsepkan lawatan dari rumah ke rumah bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang bersesuaian untuk peserta terpilih yang boleh diagihkan dengan kadar segera.Timbalan Penyelia Institut modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Fatimah Mohamad berkata, seramai tiga peserta dari DUN berkenaan terpilih, masing-masing ialah pesakit strok Ghazali Deris dari Kampung Padang Pak Wan dan Zaimas Mohd dari Kampung Pak Madah serta golongan asnaf, Maini Che Mat dari Kampung Wakaf Dua, Tasek.Katanya, antara maklumat dan bantuan yang boleh diberikan melibatkan bantuan sara hidup, bantuan perubatan, bantuan lampin pakai buang, bantuan penjaga pesakit terlantar, bantuan sewa rumah dan bantuan kanak-kanak."Bantuan ini juga sejajar dengan program yang kita lancarkan dengan kerjasama tiga agensi ini , sekali gus dapat mengurangkan bebanan rakyat yang miskin serta memerlukan," katanya.Turut serta, Ahli Jawatankuasa MPKK setiap kampung berkenaan.Dalam pada itu, petugas dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) sempat menyediakan sumbangan berupa keperluan harian yang disampaikan oleh Puan Fatimah kepada peserta.
20 Aug 18
77
Empty Image
Hari Arafah, Waktu Penyatuan Umat Islam
Oleh :  Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU : Program Penghayatan Hari Arafah bertujuan memberi pengetahuan kepada masyarakat bahawa Hari Arafah ini merupakan  salah satu hari dari hari perayaan umat Islam serta memuliakan Hari Arafah.Kebanyakan penganut Islam menganggap hari perayaan mereka adalah pada Hari Raya Haji (Aidiladha) yang bermula pada 10 Zulhijjah dan hari raya puasa (Aidilfitri),  kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Beliau mengulas demikian ketika bersiaran menerusi radio Manis FM, di sini, semalam.Menurut Mohd Nor, Hari Arafah ini merupakan hari untuk jemaah haji berhimpun di Arafah serta simbol perpaduan umat Islam tanpa mengira keturunan, warna kulit dan darjat. Selain itu juga, pada hari Arafah adalah hari penyempurnaan agama Islam. “Antara pengisian dalam program ini adalah Forum Penghayatan Hari Arafah dari panel yang pakar dalam membincang berkaitan Hari Arafah. Program ini diadakan 20 Ogos 2018 supaya memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk berpuasa beramai-ramai pada hari Arafah keesokannya.“Saya menyeru kepada jawatankuasa masjid seluruh Terengganu untuk mengadakan pengisian keesokkannya (21 Ogos) seperti majlis iftar, tazkirah dan sebagainya yang bukan hanya sekadar bertakbir untuk memeriahkan sambutan ini," katanya.Menurutnya, bagi menyemarakkan sambutan itu, program khusus di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) adalah memilih satu masjid setiap daerah bagi mengadakan majlis iftar dan pengisian yang akan diruskan pihak masjid.“Marilah kita bersatu tidak mengira bangsa serta pangkat dan berharap masyarakat dan khususnya penduduk sekitar Taman Tamadun Islam dapat mengimarahkan program ini bersama," ulas beliau lagi.Program yang pertama kali dianjurkan di Terengganu, sekali gus bakal  dijadikan program tahunan Terengganu.ini diadakan selama dua hari bermula semalam hingga hari ini (21 Ogos) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini.
20 Aug 18
235
Empty Image
Masjid Al Ikhlas Lancar Tabung Korban Perdana
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Masjid Al Ikhlas, Kampung Banggol Tuan Muda melancarkan Tabung Qurban Perdana dengan mensasarkan 15 ekor lembu korban menjelang Hari Raya Aidiladha 2019, malam tadi.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashimberkata, setiap orang sepatutnya mengambil peluang memanfaatkan  program itu yang tidak membebankan umat Islam untuk menunaikan tanggungjawab sebagai muslim."Inisiatif ini sangat tepat dan wajar direbut semua penduduk beragama Islam kerana ianya tidak membebankan berbanding dengan membayar sekali gus sebagaimana kebiasaan, "katanya.Beliau berkata demikian ketika dijemput memberi kuliah Maghrib mengenai hal ehwal korban dan seterusnya melancarkan Tabung Qurban Perdana 2019 Masjid Al Ikhlas Banggol Tuan Muda, di masjid itu, di sini.Sebanyak 85 unit tabung diedarkan sempena pelancaran itu dengan setiap peserta diwajibkan menabung sebanyak RM2 sehari.Ridzuan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Buluh Gading berkata, dengan adanya program seperti itu, tiada alasan lagi untuk tidak melakukan ibadat korban pada tahun hadapan.
20 Aug 18
206
Empty Image
Suhakam Tidak Perlu Pertikai Undang-Undang Syariah Terengganu
Oleh: Abdul Hadi RaniKUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak seharusnya mempertikai keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,300 dan enam sebatan syariah kepada pasangan lesbian yang ditangkap di Terengganu pada 8 April lalu.Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Negeri Terengganu mempunyai undang-undang yang telah termaktub di dalam perlembagaan negeri."Suhakam sepatutnya lebih mengerti tentang prosedur mahkamah.Badan tersebut dilihat cuba mempersoalkan dan mengecam hukuman yang telah ditetapkan oleh mahkamah terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pasangan ini," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang disiarkan di media Parlimen Dungun, hari ini (20 Ogos).Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun menasihatkan supaya Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana hak asasi orang Islam juga perlu dihormati dalam negara berbilang kaum ini.  Menurutnya, tindakan yang diambil terhadap pesalah tersebut tidak melanggar hak asasi manusia apatah lagi memalukan pasangan terbabit.Pasangan tersebut telah mengaku salah semasa perbicaraan dan hukuman tersebut dijatuhkan sebagai pengajaran kepada mereka dan masyarakat di luar sana."Hak asasi orang Islam perlu dilihat dan dinilai oleh Suhakam sebelum mengkritik tindakan yang diambil oleh Mahkamah Syariah.“Ini semua, dalam pengamatan saya, adalah cubaan untuk menjatuhkan dan memburuk-burukkan undang-undang syariah di negara ini dengan tuduhan dan permainan persepsi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," tegasnya.Masyarakat yang terlalu terdedah kepada budaya hedonisme tanpa kawalan akan mendorong mereka untuk mengikut hawa nafsu.“Apabila kurangnya pembudayaan agama dalam kehidupan, manusia akan tersasar dari landasan agama dan jatuh ke lembah nafsu.Saya berharap mereka akan bertaubat,” ujarnya.
20 Aug 18
137
Empty Image
Tahniah! Terengganu FC IV Layak Ke Final
Ustaz Hishamuddin (tengah dari belakang) bersama pemain-pemain pasukan Terengganu FC IV. Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS - Perlawanan separuh akhir kedua Piala Belia 2018 menyaksikan pasukan Terengganu FC IV menumpaskan pasukan Melaka United U19 dengan agregat 4-3 selepas berhempas pulas di laman sendiri.Mereka berentap di padang dengan 10 pemain selepas seorang pemain dikenakan kad merah pada minit yang ke-46.Terengganu FC IV akhirnya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, perlawanan ini cukup mendebarkan terutamanya apabila pasukan Terengganu dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua."Perlawanan yang cukup mendebarkan. Saya bangga dengan kesungguhan pemain-pemain pasukan Terengganu FC IV," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas oleh pemberita selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Belia 2018 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, semalam (19 Ogos)."Walau bagaimanapun, Terengganu bangkit mempamerkan aksi luar biasa apabila menjaringkan gol kemenangan di minit-minit akhir perlawanan."Saya optimis dan berharap agar Terengganu dapat membawa pulang piala tersebut dan terus mempamerkan aksi yang luar biasa di pusingan akhir nanti," ujarnya.Ustaz Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh turut serta menyaksikan perlawanan tersebut.
20 Aug 18
321