Artikel "Semasa" Terkini
MPKK Mata Dan Telinga Kerajaan
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (empat dari kiri) menyampaikan ucapan kepada hadirin.Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT - Menjadi tanggungjawab Majlis Komuniti Kampung (MPKK) untuk menjaga masyarakat apabila sesuatu terjadi dalam kawasan setempat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, segala rungutan rakyat akan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya."Segala maklumat dan penjelasan perlu disampaikan kepada rakyat kerana ini merupakan tugas kita."MPKK memainkan peranan di peringkat masing-masing untuk menjaga Kerajaan Negeri Terengganu agar rakyat mendapat maklumat, penjelasan dan pembelaan."Kita tidak mahu mendengar MPKK hanya duduk bersahaja kerana sikap ini akan merosakkan nama baik kerajaan."Jentera kita mesti menjiwai kehendak kerajaan iaitu menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelantikan MPKK Seberang Jerteh di Pejabat Al-Aqsa, Seberang Jerteh, baru-baru ini (18 Ogos).Pelantikan ini diadakan untuk memenuhi saranan kerajaan agar semua rakyat mendapat penjelasan dan maklumat kerajaan.Selain itu, Ahli Jawatankuasa MPKK juga disarankan untuk menunaikan solat di masjid kerana ia merupakan tempat untuk menyebarkan maklumat sekaligus mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung.
22 Aug 18
73
Denda RM400 Ribu, Bas Amfibia Masih Gagal Beroperasi
Bas Amfibia melintasi Masjid Kristal Pulau Wan Man- Gambar Hiasan.KUALA TERENGGANU - Syarikat pembekal bas amfibia (Amphicoach) didenda hampir RM400,000 berikutan kegagalan kenderaan itu beroperasi selepas mengalami masalah pemanasan melampau (over heating) ketika proses ujian dilakukan Rabu lalu.Berikutan kerosakan itu, bas bernilai RM3.3 juta yang dikatakan mampu bergerak dalam air dan di daratan tersadai apabila kerajaan negeri memutuskan untuk tidak menerimanya walaupun tempoh penyerahan kenderaan itu berakhir Oktober tahun lalu.Bas amfibia itu ditempah khas daripada sebuah syarikat di Malta pada 2014 oleh kerajaan negeri untuk tujuan pelancongan dan operasi menyelamat mangsa banjir di kawasan yang sukar dilalui kenderaan berat.MyMetro dipetik, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman dilaporkan berkata, syarikat pembekal bas itu dikenakan denda atas kelewatan menyerahkan kenderaan berkenaan dalam keadaan sempurna sebanyak RM1,100 sehari mulai 6 Oktober tahun lalu.Katanya, sehingga kini jumlah denda yang dikenakan kerajaan negeri ke atas syarikat pembekal bas itu adalah RM349,800 dan mungkin akan mencecah melebihi RM400,000, bergantung atas kelewatan.“Sejak bas amfibia sepanjang kira-kira 12 meter dan boleh menampung 47 penumpang dengan kelajuan 110 kilometer sejam di darat itu dihantar ke negeri ini pada 18 Februari tahun lalu, kerajaan negeri sudah melakukan beberapa pandu uji dan kali terakhir adalah Rabu lalu.“Bas yang digerakkan oleh enjin jenis MAN berkapasiti 300 kuasa kuda dengan jet marin berkembar mencapai kelajuan maksimum sehingga lapan knot di dalam air gagal melepasi piawaian ditetapkan apabila berlaku pemanasan melampau ketika ujian dilakukan Jabatan Laut,” katanya ketika dihubungi.Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, kos keseluruhannya bas berkenaan adalah RM3.3 juta dan kerajaan sudah membuat pembayaran RM3 juta.“Saya yakin, kerajaan tidak akan bayar satu sen pun baki RM300,000 sehingga bas itu diserahkan kepada kita.“Bagi mengelakkan kerajaan negeri menanggung kerugian, syarikat pembekal bas masih diberi peluang untuk membaiki kerosakan,” katanya.Ariffin berkata, kerajaan negeri difahamkan, kerja pembaikan bas akan dilakukan oleh jurutera daripada MAN yang beribu pejabat di Rawang, Selangor, minggu depan.
22 Aug 18
134
Sultan Mizan Bersama Rakyat Di Masjid Al-Muktaffi Billah Shah
Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Sunat AidilAdha bersama para jemaah. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid Al-Muktaffi Billah Shah, di sini, pagi ini.Baginda tiba di perkarangan masjid sekitar jam 8 pagi bersama anakanda Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua’az.Ketibaan baginda disambut Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Hadir sama, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda dan Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam, Mohd Azam Awi.Selesai solat, jemaah diperdengarkan khutbah yang disampaikan Mufti Terengganu.Baginda kemudian berangkat menziarahi makam ayahanda, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Makam Diraja masjid berkenaan.Sultan Mizan berangkat pulang sekitar jam 9.15 pagi.
22 Aug 18
545
Pertimbangkan Semula Keputusan Batal Projek ECRL- Dr. Azman
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim mahu Kerajaan Pusat mempertimbangkan semula keputusan pembatalan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Menurutnya, Kerajaan Terengganu sebelum ini sudah banyak melaksanakan kerja pembangunan projek mega itu serta kerajaan negeri sekarang pula bertanggungjawab melancarkan urusan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) bagi menjayakannya terutama dalam urusan pengambilan tanah sepanjang laluan yang dicadangkan.Dr Azman berkata, MRL juga telah mengadakan taklimat tentang progres projek ECRL kepada kepimpinan baru kerajaan negeri."Kita tahu ada Bukit Bauk yang telah ditebuk untuk dibina terowong, kelulusan pengambilan tanah telah diberikan oleh kerajaan negeri, depo telah dibina di beberapa lokasi serta pelbagai lagi kerja-kerja yang telah dibuat."Meskipun ada kontroversi dari segi nilai projek yang terlalu tinggi, saya berpendapat keputusan membatalkan terus projek adalah sangat merugikan samada dari segi implikasi kewangan untuk membayar ganti rugi kepada China, kehilangan peluang pekerjaan dan yang paling besar ialah menafikan tiga negeri pembangkang Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk menikmati impak sosioekonomi yang besar dari pelaksanaan projek ini, "katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, di sini, hari.Dr Azman berkata, masih belum terlambat untuk mempertimbangkan semula keputusan pembatalan ini.Tambah beliau lagi, tenaga pakar yang ada di negara kita boleh dimanfaatkan untuk mencari jalan bagi pengurangan kos tapi bukannya keputusan pembatalan.Semalam, kerajaan memutuskan membatalkan pelaksanaan ECRL dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) buat masa ini.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengakhiri lawatan ke China berkata, beliau sudah menyampaikan keputusan itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah dihadapi Malaysia.Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran Dato' Seri Najib Razak mencetuskan kontroversi berikutan kosnya yang mencecah hingga RM70 bilion.Laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu dijangka menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor di Kelantan.
22 Aug 18
35
Hari Arafah Martabatkan, Hidupkan Sunnah Serta Beri Kesedaran
Foto : Tg Syamim Tg IsmailKUALA TERENGGANU – Hari Arafah peringkat negeri diadakan untuk memartabatkan dan menghidupkan Sunnah serta memberikan kesedaran mengenai kepentingan hari tersebut kepada pebagai lapisan masyarakat dan mempromosikan keindahan islam melalui Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, objektif utama program tersebut ialah untuk menghayati konsep Hari Arafah di samping menanam amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat dan kesedaran untuk melaksanakan kerja-kerja Islam.“Pada 9 Zulhijjah kita berwukuf di Arafah antara perkara yang wajib bagi mereka yang menunaikan haji."Haji itu adalah wukuf di Arafah bahkan di hari wukuf inilah digalakkan semua berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT kerana sebaik-baik doa adalah doa Hari Arafah,” katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Program Penghayatan Hari Arafah di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, semalam (20 Ogos).Mohd Nor juga menyeru agar sama-sama berdoa supaya bumi yang didiami ini sejahtera dan terhindar daripada segala wabak yang terlalu pantas dan cepat iaitu wabak sosial dalam kalangan anak-anak muda yang mangalami masalah kecelaruan identiti, maksiat dan zina serta dari malapetaka yang dasyhat seperti gempa.“Kita sebagai umat Islam harus merebut peluang dan kesempatan ini agar tak termasuk dalam kalangan yang rugi dan lalai dalam melaksanakan tanggungjawab agama sebagai hamba Allah.“Semoga Allah Taala memberikan kita taufik dan hidayah dalam melaksanakan setiap amalan yang dilakukan,” ujarnya.
22 Aug 18
221
MB Cadang Projek ECRL Diteruskan
Dr Ahmad Samsuri (tengah) ditemubual Media di Rhu Muda Marang hari iniMARANG - Kerajaan PAS Terengganu tidak menyokong pembatalan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebaliknya mencadangkan Kerajaan Pusat membuka tender baharu kepada syarikat tempatan atau luar negara yang berminat untuk meneruskan projek itu.Dipetik dari Berita Harian Online, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata amat merugikan andai ECRL dihentikan terus lebih-lebih lagi proses awal pelaksanaan projek itu sudah berjalan."Proses awal membabitkan pembinaan laluan, stesen, terowong dan jambatan sudah pun dilakukan termasuk mengambil alih tanah."Malah, ada terowong sudah digali sejauh 50 meter dan pada hemat saya, langkah menghentikan pelaksanaan projek ini satu kerugian, sepatutnya boleh buat proses baru membuka tender kepada syarikat tempatan untuk adakan kerjasama dengan luar negara pada kos munasabah,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Dataran Pemuda di Kampung Rhu Muda, di sini, hari ini. Semalam, kerajaan memutuskan membatalkan pelaksanaan ECRL dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) buat masa ini.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengakhiri lawatan ke China berkata, beliau sudah menyampaikan keputusan itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah dihadapi Malaysia.Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran Dato' Seri Najib Razak mencetuskan kontroversi berikutan kosnya yang mencecah hingga RM70 bilion.Laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu dijangka menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor di Kelantan.Dr Mahathir sebelum ini menolak projek itu sambil menyifatkannya sebagai kontrak ‘pelik’ kerana negara perlu membiayainya dengan pinjaman dari China, selain mengupah kontraktor dari negara itu.Namun, Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri masih menunggu maklumat lanjut daripada kerajaan Pusat mengenai pembatalan projek berkenaan.“Perlu juga ada penjelasan sewajarnya, adakah projek ECRL ini dibatalkan terus tanpa memberi peluang kepada pihak lain mengambil alih atau mengambil inisiatif lain untuk meneruskannya,” katanya.Beliau berkata, kerajaan negeri amat berharap projek yang memberi manfaat kepada rakyat seperti ECRL dapat diteruskan.“Walaupun projek ini terhenti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kita berharap ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS untuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.“Bagaimanapun, kita tetap menghormati dan berharap dapat menjalin kerjasama yang baik dengan kerajaan Pusat."Kita juga berharap segala janji yang pernah dimeterai antara kerajaan Pusat dengan negeri dapat diteruskan,” katanya.
22 Aug 18
44
Salam Aidiladha - ADUN Cukai
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1439H/2018MSaya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya rakyat di Terengganu.Di hari yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa akan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia serta semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.Semoga amal ibadat mereka dalam mengerjakan rukun Islam yang kelima ini diterima Allah SWT dan dianugerahkan haji yang mabrur, insyaAllah, serta selamat pulang ke tanah air dan ke pangkuan keluarga.Di samping kegembiraan ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang mungkin tidak bernasib baik seperti kita.Justeru saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan takziah kepada mangsa bencana ribut di sekitar Cukai, Kemaman baru-baru ini.YB HAJI HANAFIAH MATPengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita & Kebajikan Dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap ADUN Cukai
22 Aug 18
345
Manifestasi Hari Arafah, Tidak Membezakan Darjat
Foto : Tg Syamim Tg IsmailKUALA TERENGGANU – Perhimpunan di Arafah tidak membeza-bezakan darjat kedudukan manusia sama ada kaya atau miskin, warna kulit dan bahasa. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ianya menunjukkan bahawa Islam itu merupakan agama yang tidak membeza-bezakan umatnya kecuali ketaqwaan.“ Manifestasi itulah seharusnya menjadi pengajaran dan panduan buat kita semua terutamanya Kerajaan Terengganu,"Untuk berlaku adil kepada semua rakyat dan warga tanpa melihat kedudukan, warna parti dan sebagainya serta semuanya mesti dilayan secara saksama sebagai rakyat Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Penghayatan Hari Arafah yang dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, semalam, (20 Ogos).Katanya, hari Arafah juga menjadi simbolik kepada penyatuan umat Islam yang datang dari pelbagai negara dan kaum. Oleh itu, semuanya berkumpul dan bersatu di bawah satu panji iaitu Islam. “Kesatuan ini sewajarnya diperkukuhkan dalam kehidupan seharian umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia khususnya,“Umat Islam wajib bersatu memperjuangkan dan mempertahankan agenda Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan, Islam Agama Persekutuan dan inilah kekuatan yang mahu kita natijahkan dari penghayatan terhadap Hari Arafah,” ujarnya.Menurutnya, perhimpunan umat Islam di Arafah juga mengingatkan akan satu perhimpunan perdana yang akan ditempuhi iaitu perhimpunan seluruh umat manusia di Padang Mahsyar. Tambahnya, seharusnya, Hari Arafah ini memberikan keinsafan kepada semua untuk bermuhasabah diri sebelum dipanggil menghadap Allah Taala dan sekali gus menambahkan keimanan terhadap hari akhirat.Pada masa sama, katanya menjadikan umat Islam sebagai manusia yang berintegriti dan mempunyai akauntabiliti dalam kehidupan seharian.
22 Aug 18
113
Mohd Bekal 150 Ekor Lembu Untuk Aidiladha
Mohd Mat Zin ditemui dikandang lembu beliau.MARANG - Menjelang Aidiladha disambut hari ini, lebih 150 ekor lembu berjaya dijual pengusaha ternakan lembu, Mohd Mat Zin.Mohd yang lebih dikenali sebagai Pok Li berkata, permintaan untuk program korban datang dari Daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu."Tahun ini jualan untuk korban sedikit berkurang kerana ramai pengusaha- pengusaha ternakan baharu. Tetapi, permintaan untuk sembelihan rancak seperti biasa," katanya ketika ditemui di Kampung Undang, di sini.Lembu Charolais antara jenis lembu yang dipelihara.Bapa kepada enam anak lelaki dan empat anak perempuan itu memiliki 90 ekor lembu dan 40 ekor kerbau hasil usahanya sejak 20 tahun lalu."Bagi memenuhi keperluan korban setiap tahun, saya mendapatkan bekalan sekitar 100 ekor lembu daripada Thailand dan negeri lain," katanya.Mohd dipilih sebagai pengusaha pilihan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah dalam Program Berbasikal ke DUN itu, baru-baru ini.Pemilihan tersebut menjadikan beliau contoh kepada masyarakat dalam usaha kerajaan negeri menggalakkan anak-anak muda menceburi bidang pertanian dan penternakan.Mohd bersama plak penghargaan yang diterimanya.
22 Aug 18
857
Tarian Melayu Senaman Dalam Seni
Wakil Ameerah menyerahkan cenderahati kepada jurulatih tarian.MARANG - Tarian Melayu yang semakin dilupakan sebenarnya boleh dijadikan satu senaman buat mereka yang inginkan tubuh badan yang sihat.Sehubungan itu, Beliawanis dan Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan dengan kerjasama Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri menganjurkan Bengkel Asas Tarian Melayu, baru-baru ini.Bengkel setengah hari itu dikelolakan jurulatih tarian dari Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berlangsung di Dewan Sivik Merchang, di sini.Penganjuran bengkel itu bertujuan memperkenalkan masyarakat kepada seni tarian Melayu yang memiliki banyak rahsia dan falsafah.Peserta bengkel tarian Melayu Selain, bertujuan mendedahkan alternatif senaman kepada masyarakat yang biasa dengan senaman zumba dan sebagainya untuk mencuba kelainan dengan tarian Melayu.Seramai 25 peserta terdiri daripada belia dan penduduk setempat hadir menyertai bengkel tersebut.
22 Aug 18
43