lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Sinar Harapan Menjelang Tua
Haji Ghazali Sulaiman menyapa mesra salah seorang penghuni Rumah EhsanOleh: Adli MohamadDUNGUN - Waktu meniti usia tua, tiada yang diharapkan melainkan sinar harapan agar masih ada sekelumit kebahagiaan sebelum mata tertutup.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, tujuan lawatan adalah bagi memberi semangat bagi warga Rumah Ehsan."Rumah ini bukan semata-mata berfungsi sebagai rumah jagaan orang tua."Tetapi ianya juga sebagai rumah pesakit melarat yang tidak mempunyai pewaris," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan ke Rumah Ehsan, Bukit Besi, baru-baru ini (21 Ogos)."Masih ada masyarakat yang prihatin terhadap nasib mereka," jelasnya.Menurutnya, mereka yang sakit melarat akan dirawat sehingga ke akhir hayat."Mereka akan dijaga dengan lebih terperinci dan mendapat rawatan rapi."Kebajikan mereka akan diberi perhatian dan dijaga penuh kasih sayang oleh doktor-doktor dan kakitangan di sini," ucapnya.Menurutnya, sesiapa yang hadir menziarahi rumah ini pasti akan merasa kagum kerana ada di antara penghuni itu menghabiskan waktunya dengan menghasilkan kraftangan, rantai tasbih, menjahit bantal dan sebagainya."Dalam keadaan sakit sebegitu, mereka masih mampu membuat hasil tangan yang kreatif."Walaupun dalam keadaan lumpuh sebelah, ada yang masih mampu melukis," ujarnya.Bahan-bahan yang digunakan itu disediakan oleh kakitangan. Hasil tangan mereka itu selalu dibeli oleh pelawat."Rumah ini sentiasa relevan dengan fungsinya agar penghuninya dijaga sepanjang masa, kebajikan pekerja dijaga dan program pengurusan stress adalah perlu."Selain itu, pekerja juga perlu disuntik motivasi kerana pekerjaan di Rumah Ehsan itu adalah kerja yang mulia dan mendapat pahala," tambahnya.Kunjungan ke Rumah Ehsan akan dijadikan aktiviti berkala dan bagi memastikan setiap keperluan Rumah Ehsan akan dapat diusahakan dengan sewajarnya.Sementara itu, Ketua Unit Pembangunan Sosial, Rosdi Hitam berkata, warga Rumah Ehsan itu disediakan kuliah agar jiwa mereka terisi dengan agama."Sudah lumrah, ada kalanya mereka akan diselubungi kesedihan."Justeru, pengisian agama amat diperlukan."Cuma sekarang tenaga pengajar yang ada tidak sepenuh masa, hanya datang sebulan sekali bagi mengajar," jelasnya.Menurutnya, menjaga warga Rumah Ehsan ini menuntut kesabaran yang tinggi kerana akan berhadapan dengan pelbagai kerenah.Tambahnya lagi, Rumah Ehsan itu selalu dikunjungi Pelajar Politeknik bagi membaiki katil-katil penghuni."Kita memerlukan katil yang baru kerana yang lama sudah rosak."Buat masa ini kita terpaksa memakai khidmat pelajar politeknik Dungun bagi membaik pulih katil-katil penghuni," ujarnya.Turut hadir, wakil Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi.Timbalan Pengetua Rumah Ehsan, Puan Thani Ali berterima kasih dan mengharapkan agar  kunjungan itu akan menjalinkan kerjasama yang bermanfaat pada masa akan datang.
23 Aug 18
578
Empty Image
Kenduri Perdana Kuala Nerus Meriah
Dato'Dr Khairuddin Aman Razali berbual mesra dengan wakil Rejimen Askar Melayu yang hadir.Oleh: Mohd Fairul NizamKUALA NERUS - Kenduri Perdana, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh rakyat Kuala Nerus.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program ini merupakan program tahunan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus."Ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan membantu rakyat yang susah."Serta menjadi hadiah kepada orang yang berkeupayaan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Kenduri Perdana Kuala Nerus di Padang Bola, Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, kelmarin (22 Ogos).Turut hadir, wakil Rejimen Askar Melayu Diraja dan badan-badan kerajaan.
23 Aug 18
43
Empty Image
Kunjungan Haji Yahaya Eratkan Hubungan Dua Hala
Haji Yahaya (duduk) menandatangani buku pelawat DUN Kelantan. -Gambar Saiful Mustafa. KOTA BHARU - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob di Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim di sini 19 Ogos.Haji Yahaya bersama 20 pegawai dan kakitangan Pejabat Yang Dipertua DUN Terengganu kemudiannya mengadakan lawatan sambil kerja ke Pejabat DUN Kelantan bagi meninjau perjalanan pentadbiran dewan berkenaan pada 20 Ogos.Satu perjumpaan bersama antara kedua-dua institusi itu diatur untuk bertukar-tukar maklumat bagi mengukuhkan kedua-duanya sebagai badan legislatif kerajaan masing-masing.Rombongan Pejabat Yang Dipertua DUN Terengganu diketuai oleh Haji Yahaya sendiri bersama isteri Hajjah Zarani Othman disertai Setiausaha DUN, Encik Zulkifly Isa, pegawai dan kakitangan yang lain.Manakala Pejabat Speaker DUN Kelantan dipimpin oleh Speakernya, Dato' Haji Abdullah Yaakob disertai oleh Setiausaha DUN, Encik Nik Khairul Anuar Nik Yusoff dan beberapa orang pegawai serta kakitangannya.Dengan kunjungan tersebut kedua-dua pihak dapat bertukar-tukar maklumat bagi melakukan penambahbaikan institusi masing-masing di samping mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sudah sedia terjalin .Kedua-dua institusi berkenaan berada dibawah pentadbiran Kerajaan PAS. Kelantan bermula tahun 1990 manakala Terengganu bermula tahun ini.Sebelum itu Terengganu dua kali pernah ditadbir oleh PAS termasuk dalam tahun 1959 hingga 1961 dan tahun 1999 hingga 2004.
23 Aug 18
27
Empty Image
MB Pernah Jadi Penghulu
Dr Ahmad Samsuri (tiga, kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang penghulu- Gambar Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pernah menjadi Penghulu Komuniti Melayu di Leeds, United Kingdom pada tahun 1998.Beliau berkata,  pada masa itu ada kira-kira 100 keluarga Melayu di Leeds, manakala yang belum berkeluarga ada 300 orang."Ini termasuk 50 orang Cina dan India, rakyat Malaysia yang tinggal di sana, " katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Penghulu di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.Turut hadir di majlis tersebut,  Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato' A Rahman Yahya dan 76 orang penghulu dari seluruh negeri.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Rhu Rendang berkata,  komuniti Melayu yang berkeluarga, ada yang bermustautin (tinggal tetap)  dan menjadi rakyat United Kingdom.Ada di kalangan mereka yang bekerja sebagai profesional seperti Doktor Pakar,  Jurutera dan sebagainya."Ada yang pergi atas urusan sebagai sambung belajar,  ada yang membuat master,  ada yang membuat Phd dan sebagainya."Dan entah bagaimana,  saya dipilih sebagai penghulu komuniti Melayu Leeds selama lebih kurang dua tahun,  itu cerita lama,  nama jawatan pun penghululah, " katanya sambil ketawa kecil.Namun jelas beliau tugas tersebut tidak seberat yang ditanggung oleh penghulu di negeri itu."Walaupun saya melaksana tugas penghulu di Leeds tetapi tidak sama dengan tugas yang dipikul oleh penghulu di hadapan saya, " ujarnya.Justeru beliau mengucapkan syabas kepada semua penghulu Terengganu di atas tanggungjawab dipikul dan semoga mendapat keberkatan dari Allah. 
23 Aug 18
192
Empty Image
Ibadah Korban Rapatkan Ukhuwah Tanpa Mengira Fahaman Politik
Maliaman bersama sebahagian petugas dan peserta korban pada kali iniHULU TERENGGANU:Ibadah Korban dapat merapatkan ukhuwah tanpa mengira fahaman politik malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong-royong dalam kalangan umat Islam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, ibadat korban diadakan bersempena peristiwa Nabi Ibrahim dan anak baginda Nabi Ismail yang begitu banyak menyumbang pengajaran sekiranya ia dihayati.“Ia tidak hanya memupuk semangat pengorbanan dalam diri, bahkan juga hubungan sesama insan dalam masyarakat. Ibadat korban ini juga peluang baik untuk kita berkongsi nikmat dengan orang lain."Pada hari ini, sempena majlis korban yang dilaksanakan, kita dapat merapatkan hubungan ukhuwah tanpa mengira fahaman politik kerana kita jemput semua untuk bertugas tanpa mengira latar belakang mereka."Kerjasama sebegini sangat penting  supaya dapat mewujudkan satu jaringan kerjasama dalam kalangan masyarakat walaupun dari latar belakang politik yang berbeza," katanya kepada pemberita di Majlis Korban Sempena Aidil Adha di kediamannya di Kampung Peroh, Ajil, di sini hari ini.Sebanyak lapan ekor lembu dikorbankan dan dagingnya akan diagihkan di persekitaran sini termasuk di masak untuk hidangan orang ramai.Tambah Maliaman, penglibatan masyarakat amat menggalakkan dan membantu kelancaran program yang dianjurkan pada kali ini."Insha Allah pada tahun hadapan, kita akan buat dengan lebih baik,  mungkin ada penambahan jumlah lembu dari lapan kepada 10 ekor supaya daging dapat diagihkan dengan lebih meluas dan lebih ramai penduduk dapat merasainya.Sementara itu salah seorang peserta korban, Zakaria Mohammed dari Kampung Ajil berkata, tahun ini merupakan kali kelima beliau melaksanakan ibadah korban di kediaman Ustaz Maliaman dan amat berpuas hati dengan kelancarannya."Saya sudah lima tahun melakukan korban di sini kerana urusannya sangat mudah dari segi penyembelihan dan melapah pula dilakukan oleh petugas yang dilantik khas untuk melaksanakan kerja ini."Cuma yang berbeza pada tahun ini, Ustaz Maliaman bergelar ADUN tetapi ia tidak menjejaskan program tersebut malah merasa teruja kerana dapat bersama-sama beliau melaksanakan ibadah korban dalam suasana yang berbeza,"ujarnya.
23 Aug 18
77
Empty Image
Kesibukan Tak Halang Jumpa Rakyat
Dr Ahmad Samsuri (berdiri, tengah) menyaksikan seekor lembu disembelih di Rhu Muda Marang.KUALA TERENGGANU - Kebanyakan kepimpinan Negeri Terengganu mempunyai jadual ketat sejak PAS mengambilalih kerajaan dari Barisan Nasional (BN) selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama dengan penduduk setempat dalam Program Korban Perdana di Dataran Pemuda, Hadapan Masjid Rhu Muda, Marang, 23 Ogos.Beliau menjawab soalan Media berhubung dengan isu pembatalan Projek ECRL oleh Kerajaan Pusat di majlis tersebut.Ustaz Wan SukairiSementara Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO Negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah meninggalkan tradisi berhari raya Idul Adha di luar negara dengan menumpukan tugas dalam negeri menyantuni rakyat dan permasalahan mereka."Lima tahun berturut-turut dari tahun 2013 hingga 2017, saya berhari raya di serata tempat termasuk di Sudan menyantuni pelarian-pelarian Islam di Kem-kem pelarian di seluruh Sudan dengan daging-daging lembu atau khoruf Qorban serta Aqiqah."Tahun ini saya berhari raya di Terengganu saja. Komitmen tugasan baru membatasi aktiviti kemanusiaan saya bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) tahun ini, " tulisnya dalam status Facebook beliau semalam.Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam membayangkan wajah-wajah pelarian yang kegembiraan menerima sumbangan daging dari rakyat Malaysia."Masih jelas kelihatan raut wajah pelarian yang bergembira dengan sumbangan  daging yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia yang mencecah hingga 750 ekor lembu setiap tahun. Mereka hanya menikmatinya semasa Idil Adha."Saya mengambil semangat dan kenangan itu dengan memakai Jubah Sudan (Gambar) hari raya ini pemberian rakyat Sudan tempohari, " ujarnya.Beliau mngharapkan agar dapat kembali semula ke Sudan satu hari nanti."Semoga mereka juga sentiasa tabah, " katanya lagi.Dato' Tengku Hassan (tengah) dan Dato' Wan Hisham (kanan) ketika mengerjakan haji di Makkah.Dalam pada itu,  Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri,  Dao' Tengku Hassan Tengku Omar,  mengerjakan haji di Makkah Al-Mukarramah tahun ini.Beliau kelihatan bersama bekas calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang,  Dato' Wan Hisham Wan Salleh yang pernah bertanding dalam PRU12 menggambarkan bahawa perbezaan fahaman politik tidak menghalang untuk bersua dan bermesra. 
22 Aug 18
326
Empty Image
Penyelaras DUN Langkap Laksana Korban Bersama Masyarakat
Azmi Maarof (tiga dari kiri) melapah daging bersama petugas.Oleh: Ariss AliasSETIU - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof turun padang menghadiri Majlis Qurban Hari Raya Haji di Surau Haji Salleh, Kampung Rahmat.Menurutnya, program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Surau Haji Salleh ini amat baik kerana pengurusan ibadah qurban pada hari ini lebih sistematik dan teratur."Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Majlis Qurban Hari Raya Haji di Surau Haji Salleh, Kampung Rahmat, hari ini (22 Ogos).Majlis bermula pada jam 9.30 pagi sejurus solat sunat Aidiladha.Sebanyak 3 ekor lembu ditumbangkan dan semua yang hadir terus menjalankan aktiviti melapah dan pembahagian daging.Beliau sendiri turut membantu melapah daging bersama penduduk kampung.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seri Rahmat, Nordin Jusoh dan Pengerusi MPKK Kampung Rahmat, Nordin Hamid.
22 Aug 18
95
Empty Image
Dr Samsuri Turun Padang Korban Perdana Rhu Rendang
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berucap dalam majlis tersebut. Foto - Harish FadzillahOleh: Aslam WiraMARANG - Kerajaan akan memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang parti sebagaimana yang dituntut oleh agama dengan mengambil ibrah bersempena Hari Raya AidilAdha.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, target kita adalah untuk memberi dan membahagikan daging kepada seluruh penduduk Rhu Rendang yang memerlukan tanpa mengira parti politik mana sekalipun."Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada tetamu dan pihak yang hadir pada hari ini ke Majlis Sembelihan Perdana bagi DUN Rhu Rendang."Semoga mereka yang terlibat di dalam program ini termasuk penyembelih, pelapah daging dan sebagainya, diterima amal mereka oleh Allah SWT," katanya.Beliau juga menegaskan bahawa hari ini merupakan hari untuk meraikan penerima-penerima sumbangan yang selayaknya dan insya-Allah program ini akan diteruskan pada tahun depan dengan lebih baik, teratur dan meriah.Program Korban Perdana DUN Rhu Rendang ini bermula pada jam 10:00 pagi di mana sebanyak 22 ekor lembu telah disumbangkan termasuk Pejabat Menteri Besar. individu mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO).Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Dataran Pemuda, Kampung Rhu Muda, hari ini (22 Ogos).Dr Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang turut mengagihkan daging dan memberikan sumbangan kepada penduduk kawasan Rhu Rendang yang hadir.Turut hadir, isteri beliau, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman, Pegawai Khas ADUN, Wahad Osman dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Haji Daud Jusoh.Sementara itu, Pengarah Program selaku Ketua Cawangan Rhu Muda, Ustaz Rasyid berkata, mudah-mudahan ibadat korban yang dilakukan pada hari ini mendekatkan diri kepada Allah di samping mengingati orang-orang yang tidak bernasib baik di kalangan kita dengan menghadiahkan daging kepada mereka.Pengarah MTD Rhu Rendang, Haji Daud Jusoh berkata, beliau berharap program ini akan diteruskan dengan kadar yang lebih baik pada tahun seterusnya.Program korban perdana ini berjalan dengan baik dan lancar serta mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk Rhu Rendang.Sebanyak 18 cawangan terlibat dalam program tersebut.
22 Aug 18
37
Empty Image
Penyelaras DUN Permaisuri; Perutusan Hari Raya Aidiladha
Ustaz Zul Bhari A RahmanAssalamualaikum wbtلَبًَيْكَ الهُمَّ لَبَّيّكَ  .  لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ .اٍِنَّ الْحَْمْدَ  وّالنِّعمَۃَ لَكََ والْمُلْكَ  لَا شَرِ يّكَ لَكَAku datang memenuhi panggilan Mu Ya AllahAku datang memenuhi panggilan Mu.Aku datang memenuhi panggilan Mu tidak ada sekutu bagiMu.Aku datang memenuhi panggilanMu.Sesungguhnya segala puji, nikmat dan segenap kekuasaan adalah milik Mu.Tidak ada sekutu bagi Mu.Salam AidilAdha untuk semua warga Daerah Setiu Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri khususnya dan seluruh Warga Darul Iman amnya juga seluruh umat Islam.Bersempena dengan ketibaan 10 Zulhijjah yang penuh dengan keberkatan ini, saya mengambil kesempatan daripada bumi Haramain Makkah Al-Mukarramah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat menunaikan ibadah korban.Mudah mudahan, Aidil Adha pada tahun ini akan memantapkan lagi semangat perjuangan mempertahankan agama Allah SWT dengan mengambil ibrah sejarah perjuangan Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dan anaknya Nabi Ismail alaihissalam.Semoga dengannya akan mewujudkan semangat kerja jamaie dalam usaha mempertahankan kemenangan dan berusaha membawa negeri Terengganu Darul Iman kearah mencapai hasrat "Maju Berkat dan Sejahtera", maka marilah sama-sama kita memulakan langkah untuk melakukan ketaatan, kebaikan dan kebajikan sebanyak yang termampu,  agar kita tergolong di kalangan hamba Allah yang bersyukur.Mudah mudahan kita semua akan diberi keutamaan dan kelebihan, juga diberi kemudahan dalam semua urusan yang menuntut pergorbanan yang tidak kecil daripada kita semua.Selamat Hari Raya AidiladhaSalam Perjuangan.Wassalam.Zul Bhari A Rahman07 Zulhijjah 143919 Ogos 2018Makkah Al-Mukarramah
22 Aug 18
276
Empty Image
Perlu Singkir Pandangan Negatif Terhadap Ibu Tunggal
Zakiah Alias (tengah) berkongsi pandangan dengan ahli mesyuarat.Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Ibu tunggal sering dipandang negatif dalam kalangan masyarakat seolah-olah mereka golongan yang hina. Justeru, pandangan dan tanggapan negatif tersebut perlu disingkirkan dari pemikiran masyarakat.Penolong Penyelia Institus Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Zakiah Alias menyatakan bahawa ibu tunggal perlu kuat dan tabah menjalani kehidupan dalam bermasyarakat."Ibu tunggal sendiri perlu bangkit, jangan lagi merasa malu dan merendah diri."Buktikan bahawa kamu semua setanding dengan ibu-ibu di luar sana malah lebih baik lagi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media sewaktu Mesyuarat Penubuhan Persatuan Ibu Tunggal di Pusat Khidmat DUN Bukit Besi, kelmarin (20 Ogos).Menurutnya, melalui penubuhan persatuan itu, pelbagai insiatif dan bantuan bakal diperoleh melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) yang mewakili kerajaan negeri."Nama yang tersenarai utama dalam E-kasih, akan diberi dorongan dan semangat untuk berdikari, malah disediakan kelas jahitan dan anak-anak akan dibantu dari sudut persekolahan."Ibu tunggal akan turut berperanan di dalam menyusun atur segala program bersama masyarakat."Mereka akan dapat menangani dan menguruskan tekanan permasalahan yang dihadapi," jelasnya.Zakiah juga turut menyatakan bahawa menjadi ibu tunggal bukan pilihan tetapi telah ditakdirkan oleh Allah di atas segala rahsia kebaikan yang tidak diketahui."Kita mengharapkan agar masalah mereka dapat diselesaikan," ujarnya.Beliau turut berharap supaya hasrat kerajaan negeri ke arah melahirkan masyarakat yang sejahtera  dapat direalisasikan.Malah akan turut menjadi penyumbang tenaga ke arah mencapai kemajuan."Ianya kerana pelbagai bidang yang boleh diceburi oleh ibu muda seperti meniaga, menjahit dan sebagainya," katanya.Menurut beliau, ibu tunggal yang hadir pada hari ini telah ditapis dan disaring, yang dilihat boleh bergiat aktif mengerakkan persatuan ibu tunggal ini."Yang hadir hari ini kesemuanya berumur 35 tahun kebawah yang dipilih dan berpotensi untuk menggerakkan persatuan ini," tambahnya.Sementara itu,  Penyelia i-MiTS, Khaziman Khalik mengharapkan agar persatuan ini akan berjaya dan tidak menjadikan gelaran sebagai ibu tunggal melemahkan diri, tetapi akan bangkit di meneruskan kehidupan."Ibu tunggal berhak untuk mengecap kebahagian dan hidup sempurna."Oleh itu, diharapkan dengan penubuhan persatuan ini, ahlinya akan disibukkan dan meningkatkan taraf kehidupan," tegasnya.Beliau memaklumkan bahawa pertemuan dengan ibu tunggal secara meyeluruh adalah pada 28 Ogos dan dimaklumkan telah mendapat penaja.Sehingga hari ini, terdapat 700 orang ibu tunggal berdaftar di dalam DUN Bukit Besi sebagaimana data yang dikeluarkan oleh YPK.
22 Aug 18
116