Artikel "Semasa" Terkini
400 Serikan Program Penghayatan Hari Arafah Peringkat Hulu Terengganu
Ustaz Maliaman berucap kepada para jemaah yang hadir.Oleh: Muhammad Najib IsmailProgram Penghayatan Hari Arafah Peringkat Daerah Hulu Terengganu telah diadakan pada 21 Ogos lalu di Masjid As-Saajidin, Kampung Tok Gebok, Ajil Hulu Terengganu.Kira-kira 400 penduduk sekitar hadir menyerikan majlis tersebut yang dimuatkan dengan aktiviti keilmuan dan keagamaan seperti quran hours, tadarus, munajat, zikir, doa, iftar jamaie, solat Maghrib, takbir raya serta kuliah maghrib.Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Maliaman Kassim dalam ucapannya mengingatkan agar kita memperingati lima pengorbanan yang berlaku sejak zaman Nabi Adam lagi iaitu pengorbanan pertama yang berlaku pada zaman Nabi Adam yaitu pengorbanan yang dilakukan oleh anak beliau, Habil dan Qabil. Habil mengorbankan seekor kambing yang terbaik, manakala Qabil mengorbankan sayur-sayuran yang tidak elok. Akhirnya korban Habil yang diterima Allah.Pengorbanan kedua yang dilakukan Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail, dan beliau redha dan menuruti perintah Allah itu dengan ikhlas tanpa sebarang ragu-ragu. Akhirnya pengorbanan tersebut digantikan Allah dengan seekor kambing yang besar dan Nabi Ismail tidak terkorban.Pengorbanan ketiga adalah pengorbanan Abdul Mutallib yang bernazar untuk mengorbankan seorang anaknya sekiranya dia mendapat 10 orang anak lelaki. Dan beliau mendapat 11 anak lelaki. Tetapi pengorbanan tersebut telah digantikan dengan 100 ekor unta sebagai ganti nazar beliau.Ujar beliau lagi dalam kuliah maghribnya, pengorbanan keempat adalah pengorbanan para ulama. Contoh paling dekat adalah Abdul Rahman Limbong dalam peristiwa Kampung Padang Kacong, Telemong. 10 orang sahabat beliau telah dibunuh oleh pihak Inggeris kerana mempertahan Islam yang dipimpin oleh Abdul Rahman Limbong.Pengorbanan terakhir adalah pengorbanan yang kita akan laksanakan sekarang untuk melakukan ibadah korban dengan menggunakan duit poket kita sendiri, bukan mengharapkan pengorbanan dari pihak lain."Akhirnya semoga kita dapat melaksanakan ibadah korban pada tahun ini dengan sebaik-baiknya seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Bukan sibuk nak buat kenduri untuk keluarga atau sebagainya. Betulkan niat dalam diri kita bahawa bahawa ibadah korban ini adalah untuk dibahagikan kepada orang yang berhak." tegas beliau.Beliau juga turut memperkenalkan sahabat cina yang baru memeluk Islam yang juga peniaga kedai tayar di Pekan Ajil, saudara Lee.
24 Aug 18
90
Rai Aidiladha Bersama Masyarakat Setempat
Ustaz Ariffin Deraman (dua dari kanan) menyembelih lembu korban.Oleh: Ahmad Fadhilah“Apa yang saya lihat hari ini ialah penyatuan umat islam bekerjasama dalam menjayakan ibadah korban. Ramai anak muda turut serta bergotong-royong melapah daging."Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menjemput saya serta semua yang terlibat dalam ibadah korban hari ini” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman.Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkesempatan turun padang bagi meraikan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban bersama masyarakat kampung.Ariffin turut melaungkan takbir raya bersama masyarakat di Surau Kampung Banggol Durian dan seterusnya mengimamkan solat sunat Aidiladha serta menyampaikan khutbah raya.Beliau turut melakukan penyembelihan pertama di Kampung Banggol Durian pada jam 9 pagi setelah selesai solat sunat Aidiladha. Seterusnya di Kampung Banggol Katong dan Kampung Baharu Serada. Lebih 10 ekor lembu berjaya dikorbankan.Disamping itu, beliau juga sempat melawat beberapa tempat penyembelihan salah satunya di Kampung Pengkalan Setar dan Kampung Barang.
24 Aug 18
40
Bapa Redha Pemergian Anak
Sharun Ramli "Allahyarham sepatutnya pergi melapor diri ke kem persedian akhir Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Terengganu pada petang semalam namun dia menangguhkannya untuk pergi pada sebelah petang, sekarang semuanya tinggal kenangan kerana dia sudah tiada."Itu luahan Sharun Ramli , 59 , bapa kepada Shahir Aqil, 19, yang mayatnya ditemukan terdampar di Pantai Teluk Kalong pada pukul 4.30 pagi tadi selepas lemas bersama dua lagi rakannya ketika mandi-manda di pantai tersebut semalam.Menurut Sharun, kematian anak keempat dari lima beradik itu amat mengejutkannya dan pemergiannya amat dirasai kerana Allahyarham merupakan seorang yang sangat ceria, aktif dan sangat mengambil berat terhadap semua orang.Tambahnya, Allahyarham merupakan seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Ibrahim Sulatan, Pasir Gudang, Johor dan mula aktif dalam sukan pencak silat sejak berusia 14 tahun.Menurutnya, sebelum ini Allahyarham telah tercalon untuk mewakili negeri Terengganu dalam SUKMA pada tahun 2016 yang berlangsung di Sarawak tetapi dia tidak mengizinkannya kerana mahu Allahyarham memberikan tumpuan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada masa itu."Dia merupakan seorang yang aktif dan amat komited dalam bidang yang diceburinya tetapi Allah lebih sayangkan dia dan kami sekeluarga redha dengan ujian yang diberikan kepada kami sekeluarga," katanya.Menurutnya lagi, dia tidak mengetahui bahawa Allahyarham pergi ke pantai tersebut untuk berkelah kerana dia diberitahu bahawa Allahyarham hendak pergi menghadiri satu kenduri berdekatan dengan rumahnya sehingga diberitahu mengenai berita kematian anaknya itu."Kami sekeluarga tidak tahu Allahyarham hendak pergi memancing dan barbeku di Teluk Kalong kerana kami dimaklumkan hanya pergi ke rumah kenduri berdekatan rumah kami sahaja, selepas makan di kenduri itulah, Allahyarham pergi berkelah ke Teluk Kalong bersama enam lagi rakannya.Jenazah mangsa dituntut oleh ahli keluarganya di Unit Forensik Hsopital Kemaman pada pukul 3.00 petang selepas selesai proses bedah siasat dan urusan pengebumian dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jabur Kubur selepas solat Asar.Jenazah mangsa yang siap dikafankan dibawa untuk dikebumikan.Sementara itu, seorang dari empat mangsa yang selamat, Muhammad Naufal Abd Rahman, 19, berkata, walaupun belajar di Johor, Allahyarham sering berhubung dengan kawan-kawan rapatnya semasa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Chukai dan meluangkan masa bersama setiap kali cuti semester."Kami selalu berhubung melalui applikasi Whatsapp dan kali terakhir kami berkumpul beramai-ramai sebelum ini ialah ketika cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Semalam pun, asalnya kami hanya memancing dan barbeku sahaja."Namun seorang dari tiga mangsa mengajak kami bermandi manda dengan alasan aktiviti memancing dan barbeku sering dilakukan bersama. Kami hanya mahu meraikan pertemuan kali ini dengan gembira, tak sangka berakhir tragedi," katanya hiba.Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam, Allahyarham bersama dua lagi rakannya Ahmad Daniel Firdaus Zubir, penuntut Universiti MSU, Kuala Lumpur , Khairil Ikmal Danial Zamzuradi, penuntut Politeknik Kota Baharu,Kelantan, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi bersama empat lagi rakannya yang lain.Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat dua lmangsa masih diteruskan namun masih gagal untuk menemui kedua - dua mayat mangsa.
24 Aug 18
125
Bapa Yakin Anak Masih Hidup
Zamzuradi OthmanKEMAMAN - Bagi keluarga mangsa, kehilangan anak tersayang merupakan satu tragedi yang amat mengejutkan dan tidak menyangka akan kehilangan orang yang tersayang dengan sekelip mata dan tinjauan di lokasi kejadian mendapati, kesemua keluarga dan sahabat handai masih setia menunggu dengan harapan agar mayat dua lagi mangsa dapat ditemui.Bapa kepada salah seorang mangsa, Zamzuradi Othman, 46 , berkata, ketika hari kejadian anaknya, Khairil Ikmal Danial, ada memberitahunya tentang hasrat untuk berkelah bersama rakan yang lain di pantai sehari sebelum kejadian.Tambahnya, sebelum hari kejadian , anaknya itu ada menunjukkan perubahan sikap di mana dia kerap bangun pada awal pagi dan mengejutkan seorang lagi anaknya untuk berbual sehingga ke lewat pagi."Sebelum ini, saya tidak nampak apa - apa perubahan pada anak saya cuma pagi ini saya diberitahu oleh seorang lagi anak saya bahawa dia mengajak adiknya bersembang sehingga awal pagi sedangkan sebelum ini dia tidak bersikap sedemikian."Dia berpesan kepada adik supaya menjaga diri dan keselamatan kerana adiknya itu juga sedang melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur dan bila perkara ini terjadi memang menyedihkan kami sekeluarga," katanya.Sebahagian ahli keluarga mangsa menunggu di khemah yang telah disediakan .Bagi Zamzuradi, dia redha atas apa yang telah berlaku namun pada firasatnya yakin bahawa anaknya itu masih hidup dan menyerahkan semuanya kepada Allah dan bersiap-sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan nanti."Saya redha atas ketentuannya dan kalau boleh saya nak jumpa anak saya secepatnya kerana saya tak letak sepenuhnya yang dia meninggal kerana saya tak nampak depan mata saya dan pada saya masih ada harapan, mungkin dia sakit, terlentang atau terhantuk di tepi pantai, semuanya ada kemungkinan boleh berlaku ," katanya.Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam, Ahmad Daniel Firdaus Zubir, penuntut Universiti MSU, Kuala Lumpur , Khairil Ikmal Danial Zamzuradi, penuntut Politeknik Kota Baharu,Kelantan, dan Shahir Aqil Shahrun, penuntut Politeknik Sultan Ibrahim ,Johor , yang kesemuanya berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi bersama empat lagi rakannya yang lain.Mayat Shahir Aqil Shahrun telah ditemui terdampar kira - kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.30 pagi tadi dan operasi mencari menyelamat bagi mengesan baki dua mangsa masih diteruskan.
24 Aug 18
173
Satu Mayat Mangsa Lemas Ditemui
Mohamed Zulkhairul Mohamed RazilahKEMAMAN - Mayat seorang daripada tiga mangsa yang lemas ketika sedang mandi bersama empat lagi rakannya di Pantai Teluk Kalong, Kemaman, telah ditemui pagi tadi. Mayat Shahir Aqil Shahrun, 19 , ditemui pada jam 4.30 pagi tadi pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian.Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, mayat mangsa dijumpai terdampar di pesisir pantai oleh pasukan mencari dan menyelamat yang sedang melakukan operasi pencarian di sepanjang pesisir pantai tersebut."Mayat mangsa ditemui terdampar ketika operasi di sepanjang pantai dilakukan dan ketika sedang meronda, anggota penyelamat terlihat satu objek terdampar di pantai dan apabila pemeriksaan lanjut dilakukan, ianya dikenal pasti merupakan salah seorang daripada tiga mangsa," katanya.Menurut Mohamed Zulkhairul, mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke khemah operasi untuk proses pengecaman mayat oleh keluarga mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat dan urusan pengebumian.Anggota Skuba dari JBPM sedang melakukan operasi penyelaman untuk mencari mangsa.Mohamed Zulkhairul berkata ,operasi hari kedua bermula pada jam 7.00 pagi dengan melibatkan seramai 53 orang anggota dari pelbagai agensi dan operasi telah melibatkan kawasan pencarian seluas dua kilometer persegi dari lokasi kejadian."Kita turut melakukan operasi penyelaman oleh unit skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dan penyelaman dilakukan di sekitar kawasan ketiga-tiganya dipercayai lemas namun tidak berjaya menemui mangsa."Kita juga turut mendapat bantuan daripada pihak Persatuan Nelayan di kawasan ini dalam usaha membantu mengesan mangsa dan keadaan ombak dan angin yang kencang menyukarkan sedikit operasi menyelamat," katanya.Sehingga jam 3.00 petang tadi, dua lagi mayat mangsa masih gagal ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
24 Aug 18
286
Ibadah Qurban PERKIM Bersama Ustaz Ariffin Deraman
Ustaz Ariffin Deraman (tiga dari kanan) menyembelih lembu korban.Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Terengganu telah menjalani ibadah qurban bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.Penolong Pegawai PERKIM, Rosnaliza Ahmadiah berkata,sebanyak 5 ekor lembu berjaya disembelih oleh Ustaz Ariffin Deraman."Sebahagian daging qurban akan diserahkan kepada PERKIM untuk agihan manakala sebahagian daging qurban lagi adalah hak milik persendirian."Di samping itu juga, majlis ibadah qurban ini merupakan acara tahunan bagi PERKIM," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Program Korban PERKIM di perkarangan Pejabat PERKIM, semalam (23 Ogos).Lebih 100 orang hadir dalam program ibadah qurban PERKIM. Antaranya ialah petugas PERKIM, mualaf, sukarelawan PERKIM dan juga penduduk setempat.Pada Sabtu ini, 25 Ogos 2018, PERKIM dengan kerjasama cawangan Kampung Baharu Serada akan menyempurnakan ibadah qurban sekali lagi di Kampung Baharu Serada dengan binatang korban sebanyak 5 ekor lembu.
24 Aug 18
58
Kerajaan Negeri Hulur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa Lemas
Hanafiah MatKEMAMAN - Kerajaan Negeri Terengganu akan menghulurkan bantuan kepada tiga keluarga mangsa yang lemas ketika mandi- manda di Pantai Teluk Kalong bersama empat lagi rakannya yang lain pada hari Khamis (23 Ogos) bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan , Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, sumbangan yang diberikan sebagai tanda prihatin kerajaan negeri serta melahirkan rasa sedih di atas kejadian yang menimpa keluarga mangsa."Bantuan berupa wang tunai akan diberikan kepada keluarga mangsa sebagai satu usaha untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga mangsa di samping kita akan memikirkan bantuan yang lain untuk meringankan beban mereka," katanya.Hanafiah ( dua dari kiri ) diberikan taklimat berkenaan operasi mencari dan menyelamat oleh pegawai operasi dari PDRM.Hanafiah yang melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut berkata, kejadian yang berlaku sangat mengejutkannya kerana ianya berlaku pada hari kedua sambutan Hari Raya Aidiladha dan ketika kejadian ketiga - tiga mangsa sedang menghabiskan masa cuti mereka berkelah di pantai tersebut."Ini amat mengejutkan saya kerana di lokasi yang sama pada tiga tahun lepas sudah berlaku kejadian yang sama dan hari ini sekali lagi dikejutkan dengan kejadian lemas dan kali ini ianya meragut nyawa tiga orang," katanya ketika ditemui oleh pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.Tambah Hanfiah, kejadian yang berlaku adalah satu ujian dari Allah dan beliau berharap supaya keluarga tabah dalam menghadapi ujian yang diberikan dan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari kesemua mangsa.Hanfiah ( kiri ) bertemu keluarga mangsa di lokasi kejadian.Pada masa yang sama, Hanafiah juga mengingatkan orang ramai supaya dapat mematuhi amaran papan tanda bahaya yang telah disediakan oleh pihak berwajib di kawasan pantai tersebut dan berharap orang ramai lebih peka dengan keadaan cuaca di kawasan pantai sekiranya mahu melakukan sebarang aktiviti."Banyak papan tanda amaran sudah diletakkan di sekitar pantai tersebut namun masih ada yang engkar dengan amaran tersebut dan pada malam ini sudah berlaku kehilangan nyawa dan kita tidak mahu ada lagi kehilangan nyawa akibat dari sikap tidak acuh ini, " katanya.Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Daniel Firdaus Zubir, penuntut Universiti MSU, Kuala Lumpur , Khairil Ikmal Danial Zamzuradi, penuntut Politeknik Kota Baharu,Kelantan dan Shahir Aqil Shahrun, penuntut Politeknik Sultan Ibrahim , Johor , yang kesemuanya berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi bersama empat lagi rakannya yang lain. Sehingga jam 12.00 tengah malam tadi, ketiga - tiga mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di sepanjang persisir pantai tersebut sebelum ianya diteruskan pada skala yang lebih besar pada pagi tadi.
23 Aug 18
47
Tiga Sahabat Lemas
Khairil Ikmal Danial ZamzuradiShahir Aqil ShahrunAhmad Daniel Firdaus ZubirKEMAMAN - Kegembiraan tujuh orang sahabat mandi-manda di Pantai Teluk Kalong, Kemaman, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan ombak dalam kejadian pada jam 6.30 petang, semalam.Ahmad Daniel Firdaus Zubir, penuntut Universiti MSU, Kuala Lumpur , Khairil Ikmal Danial Zamzuradi, penuntut Politeknik Kota Baharu,Kelantan dan Shahir Aqil Shahrun, penuntut Politeknik Sultan Ibrahim, Johor , yang kesemuanya berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi bersama empat lagi rakannya yang lain.Ketika kejadian, kesemua mereka yang tinggal di daerah kemaman datang ke pantai tersebut pada jam 5.00 petang untuk berkelah sempena menghabiskan cuti perayaan Hari Raya Aidiladha dan turun untuk mandi di pantai tersebut pada jam 6.00 petang.Ahmad Haikal ZaabaMenurut salah seorang rakan mangsa, Ahmad Haikal Zaaba, 19 , ketika ditemui berkata, ketika sedang mandi- manda, dia terdengar Mohd Daniel Firdaus menjerit meminta tolong kerana dihanyutkan arus ke tengah laut sebelum dua lagi mangsa bertindak menolongnya."Mula-mula kawan saya (mangsa) cuba menolong namun dia turut hanyut dan seorang lagi cuba menolong namun turut dihanyutkan ombak dan selepas itu kami cuba menolong namun kami juga hampir dihanyutkan ombak menyebabkan kami berpatah semula ke darat untuk meminta bantuan."Lima minit kemudian penduduk kampung datang untuk memberikan bantuan dan cuba mencari dengan menggunakan dua bot namun ombak besar menghalang bot dari keluar dari situ dan selepas itu ketiga-tiga kawan saya sudah tidak kelihatan," katanya.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai , Penguasa Kanan Bomba, Zailani Mohamad ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam berkenaan kejadian tersebut pada jam 6.24 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama beberapa orang anggota.Anggota Bomba dan Penyelamat sedang melakukan pencarian " surface " bagi mencari ketiga - tiga mangsa yang lemas.Menurut Zailani, operasi mencari dan menyelamat pada sebelah malam dilakukan di sepanjang persisir pantai bersama kekuatan 55 orang anggota dari pelbagai agensi bermula dari lokasi kali terakhir ketiga-tiga mangsa dilihat ."Operasi kita pada malam tadi diteruskan lagi dengan membuat peninjauan di sekitar .radius lima ratus meter di kanan dan kiri lokasi terakhir dipercayai lemas dan keanggotaan dan operasi pada malam ini dibantu oleh lain-lain agensi seperti pihak polis dan juga dari pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta pihak Maritim Malaysia," katanya.Operasi mencari dan menyelamat di laut dimulakan pada jam 7.00 pagi hari ini melibatkan pencarian di dasar laut pada skala radius yang besar serta aktiviti penyelaman akan dilakukan di sekitar kawasan lokasi ketiga - tiga mangsa hilang.
23 Aug 18
54
91 Ekor Binatang Korban dan Aqiqah Perdana di MDQ
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang turut hadir meraikan Program Korban Perdana di MDQ.Oleh: Aziz HambaliMARANG - Sebanyak 91 ekor lembu telah dikorbankan sempena Aidiladha di tapak perkarangan asrama banin Maahad Darul Quran (MDQ).Mudir MDQ, Ustaz Yasin Salleh mengucapkan terima kasih dan syukur kerana dapat menyambut ibadah tersebut bersama orang ramai.“Alhamdulillah, di Maahad Darul Quran hari ini, kita sembelih 46 ekor kambing dan 45 ekor lembu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 91 ekor.“Qurban ini adalah untuk memberi makan kepada anak-anak penuntut ilmu di sini sekitar 1,000 orang lebih," ujarnya.Menurutnya, pembinaan kini sedang giat dilaksanakan bagi menyiapkan bangunan tiga tingkat meliputi dewan memasak dan dewan umum. Anggaran kos yang diperlukan adalah RM15 juta.Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu Program Qurban dan Aqiqah Korban Perdana 1439H, anjuran sekolah rakyat itu, semalam (23 Ogos).Aidiladha disambut oleh umat Islam di seluruh negara pada hari ini memberikan makna yang besar kepada erti pengorbanan yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim.Sementara itu, Pengarah Program, Ustaz Haji Rozman Awang berkata, program ini dibuat secara tahunan."Konsep yang dibuat oleh pihak maahad ialah peserta akan mendapat saguhati sebanyak 2 kilogram daging dan yang selebihnya akan diagihkan kepada pihak maahad untuk pelajar-pelajar merasai daging qurban yang disumbangkan oleh orang ramai,” jelasnya.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam perutusannya sempena perayaan tersebut berkata, hari raya ini kita menyembelih binatang ternakan, ianya tidak sama dengan sembelihan memuja syaitan yang diamalkan oleh penganut agama lain.“Kita menyembelih kerana Allah dan membuat kebajikan sesama kita dengan perintah Allah."Jadikanlah hari raya ini untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengeratkan lagi kasih sayang dan semangat persaudaraan Islam yang membawa berkat kepada kehidupan di dunia dan keselamatan di akhirat,” tegasnya.Turut hadir, Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.
23 Aug 18
266
Program Korban Satukan Ummah
Cikgu Wan Hapandi Wan Nik menyapa petugas korbanOleh: Mohd AsrafDUNGUN - Program Korban Jama’i yang saban tahun diadakan di surau ini dapat mengeratkan hubungan sesama warga kampung.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, Hari Raya Aidiladha yang disambut setiap tahun bukanlah tentang korban binatang ternakan semata-mata."Namun ia melibatkan pengorbanan dalam kehidupan seharian kita termasuklah harta benda dan jiwa raga.“Ianya tentang berapa banyak yang mampu kita korbankan demi agama kerana kita melihat Islam di akhir zaman semakin ditekan dan dihimpit."Maka itulah salah satu pengorbanan yang seharusnya kita rasai," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas semasa Program Korban Jama’i anjuran Surau Haji Wan Ismail di Jalan Melati, Sura Dungun, semalam (23 Ogos).Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Melati, Haji Azahar Mohammad berkata, acara korban jama’i hari ini melibatkan tujuh ekor lembu.“Kita telah membentuk satu jawatankuasa bersama surau bagi memudahkan pengurusan," katanya.Pengerusi Surau Haji Wan Ismail, Haji Saary Awang bersyukur kerana program korban yang diadakan setiap tahun ini semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat setempat.“Kita amat gembira dan bersyukur dengan sambutan acara korban ini kerana setiap tahun semakin meningkat penyertaannya dan berharap program seperti ini akan berterusan demi mengeratkan silaturrahim sesama jiran dan jemaah surau," tambahnya.Sebanyak 50 buah rumah daripada golongan asnaf Kampung Jalan Melati mendapat sumbangan daging yang diagihkan oleh jawatankuasa program tersebut.
23 Aug 18
82