Artikel "Semasa" Terkini
3,903 Peserta Dijangka Sertai Perarakan Dan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan
Seramai 3,903 peserta daripada 102 pasukan mewakili pelbagai jabatan dan agensi swasta dijangka menyertai perarakan dan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 peringkat negeri di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu pada 31 Ogos ini (Jumaat).Pengerusi jawatankuasa kecil perarakan dan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat Negeri Terengganu, Dr Alias Razak berkata, ianya melibatkan 84 pasukan untuk kategori bertanding, 18 pasukan bagi kategori tidak bertanding dan empat kategori kenderaan.“Program perarakan dan perbarisan ini merupakan salah satu acara anjuran kerajaan negeri untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.“Memandangkan pada tahun ini ianya jatuh pada hari Jumaat yang masanya agak terhad, jadi kita akan memendekkan jarak laluan hanya kepada 2.8 kilometer sahaja bagi memberi laluan kepada kaum muslimin menunaikan solat Jumaat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran menerusi radio Terengganu fm. hari ini.Dr Alias yang juga merangkapPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri berkata, peserta yang mengambil bahagian akan berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk memulakan perarakan dan perbarisan kira-kira pukul 7 pagi yang dijangka berakhir 11.30 pagi di Taman Awam Batu Burok.“Peserta akan melalui JalanTengku Ampuan Mariam menghala ke Jalan Sultan Sulaiman terus ke Bulatan Batu Bersurat, menuju ke Jalan Sultan Mahmud serta Jalan Pantai Batu Burok,” ujarnya.Katanya, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan bakal merasmikan sambutan itu yang menyediakan hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM68,500.Menurut beliau, tujuh kategori dipertandingkan iaitu Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform; Badan Berkanun Tidak Beruniform; Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, IPT, Swasta Beruniform; Swasta, GLC, IPT Tidak Beruniform; Pancaragam Sekolah; Pasukan Sekolah Menengah Beruniform dan Pasukan Sekolah Menengah Tidak Beruniform.
25 Aug 18
26
Ustaz Muhammad Khalil Makin Pulih
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, kini dalam keadaan kesihatan yang semakin baik dan memberangsangkan selepas mengalami 'slip disc ' (cakera tergelincir).Pegawai Khas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhd Khidhir Izaidin dalam satu kenyataan kepada media memberitahu, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk itu juga sudah dibenarkan keluar hospital oleh doktor dan meneruskan proses pemulihan di rumah sahaja sejak semalam."Doktor juga menyarankan supaya YB Ustaz Muhammad Khalil untuk berehat."Beliau juga perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti berat dan menyertai program-program agar proses pemulihan berjalan lancar,"katanya lagi.Khidir berkata, Ketua Pemuda PAS itu turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau, begitu juga sahabat-sahabat yang sudi hadir menziarahi beliau di hospital.Tambah beliau, penghargaan juga kepada staf di Hospital Pakar Kuala Terengganu yang banyak membantu sepanjang beliau di wad pada 24 Ogos lalu."Marilah kita terus berdoa agar YB Ketua Pemuda kembali sihat dan segala urusan beliau berjalan dengan lancar agar dapat terus mengemudi Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana yang menjadi harapan ramai pihak," ulas beliau lagi.
25 Aug 18
281
Jenazah Dua Mangsa Lemas Dituntut Keluarga
Saudara mara dan rakan handai berkumpul di Unit Forensik untuk proses menuntut jenazah.KEMAMAN - Jenazah dua sahabat yang lemas ketika mandi-manda di Pantai Teluk Kalong telah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing tengahari tadi. Jenazah Ahmad Daniel Firdaus Zubir dan Khairil Ikmal Danial Zamzuraidi dituntut oleh keluarga pada jam 2.00 dan 3.00 petang selepas selesai proses memandi dan mengafankan jenazah di Unit Forensik Hospital Kemaman.Suasana pilu dapat dilihat apabila lebih tiga ratus orang ahli keluarga dan sahabat handai dari kedua - dua belah keluarga hadir untuk melawat jenazah dan turut melakukan solat jenazah. Zamzuradi OthmanBapa arwah Khairil Ikmal, Zamzuradi Othman, 46, berkata dia yang mewakili semua keluarga mangsa berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga kesemua mangsa dan anaknya ditemui. Katanya, hatinya sangat risau selepas pasukan mencari dan menyelamat menemui jenazah anaknya, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. "Sepanjang pencarian itu, saya sangat risau dan berdoa serta mengadakan solat hajat agar anak segera ditemui dan mayatnya tidak keluar ke tengah laut. Saya bersyukur arwah ditemui dan saya berpuas hati apabila mendapati jenazah anak saya itu ditemui dalam keadaan baik," katanya. Jenazah kedua - dua sahabat itu ditemui pagi tadi pada jam 5.30 dan 9.45 pagi ketika operasi pencarian dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat di sepanjang kawasan pantai tersebut.Jenazah Khairil Kkmal Danial Zamzuraidi di bawa untuk disemadikan.Jenazah Khairil Ikmal Danial Zamzuraidi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Kemaman dan jenazah Ahmad Daniel Firdaus Zubir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Mentok.Dalam kejadian pada khamis lalu , ketiga - tiga sahabat tersebut lemas selepas dihanyutkan ombak ketika sedang mandi - manda bersama empat sahabat yang lain.Mayat Shahir Aqil Sharun telah ditemui kira - kira 500 meter dari lokasi kejadian pada pagi Jumaat manakala mayat Ahmad Daniel Firdaus Zubir telah ditemui pada Sabtu pada jarak 100 meter dari lokasi mangsa pertama dan mayat Khairul Ikmal Danial Zamzuradi ditemui pada jarak 2.1 kilometer dari lokasi kejadian.
25 Aug 18
111
Tiga Mayat Mangsa Lemas Ditemui
Mayat mangsa ketiga dibawa oleh pasukan penyelamat untuk pengecaman keluarga.KEMAMAN - Susulan tiga remaja pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lemas ketika berkelah di Pantai Peranginan Teluk Kalong di Kemaman Khamis lalu, mangsa ketiga Khairil Ikmal Danial Zamzuradi ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 9.45 pagi tadi.Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu, Penguasa Bomba Saiful Anuar Ali ketika ditemui berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 2.1 kilometer daripada pos kawalan bomba berhampiran pantai berkenaan.“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke khemah operasi untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa sebelum diserahkan kepada polis.“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tujuan bedah siasat serta tindakan selanjutnya,” katanya.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan kira-kira jam 7.00 pagi tadi membabitkan kekuatan seramai enam puluh tiga anggota dari pelbagai agensi.Operasi berkenaan turut melibatkan selaman oleh unit skuba dan pencarian di permukaan air dan di sepanjang persisir pantai berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 pagi.Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang khamis lalu tiga sahabat itu lemas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama tujuh rakan lain.Mangsa pertama, Shahir Aqil Shahrun ditemui terdampar kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.30 pagi semalam (Jumaat).Manakala mangsa kedua, Ahmad Daniel Firdaus Zubir ditemukan kira-kira jam 5:20 pagi tadi oleh pasukan SAR.Mayat mangsa ditemui terdampar di pesisir pantai berkenaan pada jarak kira kira 100 meter dari lokasi mangsa pertama ditemukan.
25 Aug 18
24
Takziah Buat Keluarga Arwah Shahir
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَاللهُمَّ، اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ“Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah ia dengan air, salju, dan embun, bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, istri/suaminya dengan istri/suami yang lebih baik, masukkanlah ia ke dalam surga, dan lindungilah ia dari siksaan kubur – atau dari siksaan neraka –Mendengar perkhabaran sedih pemergian seorang atlet silat SUKMA Negeri Terengganu petang semalam ketika dalam perjalanan ke Jakarta bagi memberi sokongan kepada para atlet negeri yang mewakili negara.Ucapan takziah kepada keluarga adik Shahir Aqil bin Shahrun di atas kehilangan anaknda tercinta.Semoga Allah swt memberikan ketabahan menghadapi saat sulit ini.Kami menyifatkan kehilangan beliau sebagai hilangnya sebutir permata yang sedang digilap bakatnya untuk memacu sukan pencak silat negeri Terengganu ke satu tahap yang boleh membanggakan nama negara khususnya negeri Terengganu.Kepada pasukan SUKMA negeri Terengganu khususnya pasukan silat , saya menyeru supaya berita sedih ini diterima dengan tabah dan kuatkan semangat pasukan demi matlamat yang dicitakanSemoga Allah menempatkan arwah di kalangan hambanya yang bertakwa. Amin.Wan Sukairi bin Wan AbdullahExco Pembangunan Belia, Sukan dan NGONegeri Terengganu.
25 Aug 18
492
700 Sertai Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku
Haji Amzad Hashim ceria dan bersemangat meneruskan kayuhan bersama para peserta. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU - Program Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku anjuran Kerajaan Negeri Terengganu berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 700 orang peserta dari seluruh pelusuk negeri.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, kerajaan dan rakyat harus sama-sama berganding bahu dan membulatkan tekad untuk membina negeri yang baik untuk kesejahteraan bersama."Ianya bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera kepada semua."Saya mengharapkan program seperti ini dapat terus merapatkan silaturrahim dalam kalangan rakyat Terengganu daripada pelbagai bangsa dengan menzahirkan rasa kecintaan dan kebersamaan kita di dalam menyambut kemerdekaan ini," ujarnya.Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan penganjur di atas kerja keras dan penglibatan program yang bermakna seperti ini dalam menghayati kemerdekaan negara kita.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini (25 Ogos).Sementara itu, menurut Haji Amzad yang juga Timbalan Yang Dipertua Parti Islam Se-malaysia (PAS) Kuala Terengganu, beliau pada asalnya bercadang untuk turut sama menyertai kayuhan dalam jarak satu kilometer sahaja sebenarnya."Tetapi oleh kerana semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak merdeka kita yang berbasikal, saya teruja untuk turut sama mengayuh sehingga sepuluh kilometer jaraknya," katanya.Turut hadir, Ketua Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil, Pengerusi Terengganu Revolution Cycling Team, Wan D’zlyshah Wan Shahreman, Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd Sabri Zakaria dan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Abdul Fattah Ghani.
25 Aug 18
423
Projek EPICOG-ExxonMobil Hasil 600 Peluang Pekerjaan
Dr Ahmad Samsuri (berdiri tiga dari kiri) menyaksikan tandatangan Projek Penyelenggaraan dan Pembinaan antara ExxonMobil dan EPIC OG di Putrajaya baru-baru ini. Foto - Abu UbaidahPUTRAJAYA - Rakyat Terengganu dijangka memperolehi antara 500 hingga 600 peluang pekerjaan selepas anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) iaitu EPIC OG Sdn Bhd (EPIC OG) mendapat kontrak penyelenggaraan, pembinaan dan modifiksi dari Exxon Mobil Exploration and Production Malaysia Inc. (ExxonMobil) 16 Ogos lalu.Perjanjian projek berkenaan, bermula tahun ini hingga 2023 itu dibuat secara tertutup di sebuah hotel di sini disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Alhamdulillah, anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) iaitu EPIC OG Sdn Bhd, telah memperolehi kontrak bagi kerja-kerja Penyelenggaraan, Pembinaan dan Modifikasi (MCM) untuk tahun 2018 sehingga 2023 daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc."Saya turut bersama menyaksikan majlis menandatangani Kontrak Perniagaan yang telah diadakan secara tertutup pada Khamis, 16 Ogos 2018 lepas."Kontrak ini menjangkakan antara 500 hingga 600 peluang kerja kepada penduduk tempatan, " kata Dr Ahmad Samsuri.Beliau berkata demikian ketika memuat naik maklumat dan beberapa gambar berkait perjanjian tersebut distatus Facebooknya baru-baru ini dan mendapat pelbagai komen dari netizen.Antaranya bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN) Dato' Tengku Mahmud Mansor mengucapkan tahniah kepada EPIC OG, atas kejayaan tersebut.Beliau mengharapkan anak syarikat kerajaan negeri itu dapat membantu menyempurnakan kebajikan seramai 450 orang anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim (PERKAYA)."Tahniah EPIC atas kejayaan dapat tender yg amat bermakna itu. Semoga Allah memudahkan urusan EPIC supaya dapat keuntungan yang berlipat ganda dan dapat membantu lagi anak yatim PERKAYA seramai 450 orang di lima buah asrama seluruh Terengganu." ujarnya.Encik Muhamad Bakri pula berkata, sama ada usaha itu bermula dari kerajaan terdahulu atau sekarang, yang penting ia bermanfaat untuk memberi peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.
25 Aug 18
864
Aidiladha Hari Penyatuan
Ustaz Ahmad Shah Muhamed menyembelih lembu korban bersama petugas.Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU - Ibadat qurban sempena Aidiladha selesai disempurnakan dengan sebanyak 4 ekor lembu dikorbankan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, proses pembahagian daging melibatkan sebahagian diagihkan kepada mereka yang layak dan sebahagiannya akan diserahkan kepada penduduk sekitar."Syukur program yang dijalankan pada hari ini berjaya seperti yang telah dirancang."Saya harap ianya akan menjadi salah satu daripada program tahunan kita untuk masa-masa akan datang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Program Korban di Kampung Hiliran, semalam (24 Ogos).Menurut Ustaz Ahmad Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, apa yang penting daripada ibadat qurban ini ialah kita mahu menyuburkan semangat berkorban dalam kalangan kita."Dalam masa yang sama, mereka yang mempunyai kewangan yang mencukupi juga turut serta dapat menjalankan ibadat qurban yang ganjaran pahalanya sangat besar."Di samping itu, program seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah antara semua petugas dan penduduk tempatan."Insya-Allah untuk masa akan datang, kita akan melaksanakannya lagi supaya lebih ramai petugas dan penduduk setempat dapat turut serta."Mudah-mudahan apa yang kita buat, diterima oleh Allah SWT", jelasnya.Sambutan yang diberikan amat baik. Petugas-petugas yang turun tidak kurang daripada 40 orang.Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Feizal Haladin dan Penghulu Chabang Tiga dan Pulau-Pulau, Mohd Zamari Abu Zain.
25 Aug 18
31
Pusat Khidmat Bergerak Bantu Ringan Beban Masyarakat
Haji Amzad Hashim (kanan) berucap kepada hadirin di Pusat Khidmat Bergerak.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU - Pusat Khidmat Bergerak yang telah berlangsung kali kedua ini menjadi tumpuan orang ramai.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sukar untuk ke pusat kesihatan atas alasan-alasan tertentu."Jadi, kami mengambil inisiatif ini bagi mempermudahkan golongan-golongan ini membuat pemeriksaan kesihatan secara bergerak dan percuma,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Program Pusat Khidmat Bergerak di Surau Kampung Ladang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, semalam (24 Ogos).Program ini bertujuan untuk memastikan penduduk setempat yang sukar ke pusat kesihatan agar mendapat kemudahan memeriksa kesihatan yang dijalankan secara percuma serta layanan yang baik oleh pegawai kesihatan yang bertugas.Pegawai kesihatan ini merupakan sukarelawan yang secara sukarela membantu kerja kemasyarakatan di bawah Persatuan Kuala Terengganu Medical Team.Pusat Khidmat Bergerak ini merupakan program bulanan yang dijalankan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu yang setiap 1 bulan akan beroperasi di 1 Dun di dalam Parlimen Kuala Terengganu.Kira-kira 40 hingga 60 orang kampung hadir bagi memeriksa kesihatan secara percuma.Terdahulu, Pusat Khidmat Bergerak ini diadakan di Kampung Tokku. Kali ini pula bertapak di Surau Kampung Ladang atau lebih dikenali sebagai Surau Ustaz Azhar.Turut hadir, wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Ladang dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ladang.
25 Aug 18
30
Kampung Makmur Sejahtera
Cikgu Alias Harun (kanan) menyampaikan watikah pelantikan MPKK kepada jawatankuasa.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mestilah sentiasa berusaha menyelesaikan permasalahan masyarakat dan menjadikan kampung seliaan mereka makmur dan sejahtera.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun berkata, MPKK memikul amanah yang berat dan ianya perlu mendapat kerjasama semua.“Satu kerja tidak boleh dibuat seorang diri, tetapi beramai -ramai, barulah kampung kita aman dan kita akan hidup di dalam kemakmuran,” jelas beliau.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kenduri Qurban 2018 MPKK Alor Mak Bah Batu Putih di Balai Raya Kampung Alor Mak Bah, pada Jumaat, 24 Ogos.Oleh itu, beliau berharap MPPK dan penduduk kampung mestilah sentiasa mengadakan majlis dialog atau perbincangan.“Kita tidak mahu keputusan itu daripada satu kepala semata-mata dan mestilah menjadi orang yang adil kepada orang berhak,” ujar beliau lagi.Di majlis tersebut juga, seramai 15 orang ahli MPKK kampung tersebut telah menerima watikah perlantikan daripada Cikgu Alias Harun.Justeru, beliau mengesyorkan agar setiap kampung menubuhkan skuad cakna bagi menjaga kesejahteraan penduduk.“Selepas ini kita akan minta kampung, setelah diisytiharkan, kita akan minta Skuad Cakna, iaitu skuad jaga (keselamatan) kampung," katanya.Tambahnya, kumpulan prihatin rakyat itu akan memudahkan sebarang masalah serta rungutan masyarakat didengar dan diselesaikan.
24 Aug 18
170