lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Perjumpaan Agensi Berkaitan Realisasi Projek Pemecah Ombak Kuala Kemasik
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN - Pertemuan agensi tempatan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, semalam mampu merealisasikan usaha pembinaan benteng pemecah ombak di Pantai Kuala Kemasik dengan lancar.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, perjumpaan itu menjelaskan secara terperinci kepentingan struktur 'cove' untuk perlindungan dan keselamatan nelayan.Beliau yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata, rakyat dan nelayan adalah pelanggan kerajaan negeri yang berhak mendapat pembelaan dan kemudahan dari kerajaan.Menurut beliau lagi, kira-kira 20 bot nelayan musnah akibat tragedi malang yang menimpa penduduk Kuala Kemasik suatu masa dahulu tidak seharusnya berulang dengan pembinaan cove sepanjang 300 meter itu.Tambahnya, seramai 250 nelayan dapat mencari rezeki dengan aman dan selamat apabila siapnya projek itu kelak."Semoga dengan pengalaman masa lepas, kita dapat maju ke hadapan dan memperoleh manfaat kepada semua orang pada masa akan datang," katanya.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang terlibat termasuk Bahagian Pengurusan Zon Pantai JPS Malaysia, JPS Negeri Terengganu dan JPS Daerah Kemaman, PLAN Malaysia Terengganu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Kemaman serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kemaman.
30 Aug 18
78
Empty Image
Kerajaan Negeri Komited Bantu Golongan ‘Mak Nyah’
Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) komited membantu memulihkan golongan ‘mak nyah’ di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, menerusi program Mukhayyam berbentuk perkhemahan tiga hari dua malam untuk golongan itu yang memasuki edisi kedua dianjurkan JHEAT dilihat menunjukkan suatu perkembangan yang positif.“Pada sesi pertama yang dihadiri 100 orang ‘mak nyah’, ada di kalangan mereka yang telah berubah walaupun tidak sepenuhnya dan kita tetap melakukan pemantauan terhadap mereka yang pernah menyertai program ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penutup Program Sekuntum Impian Sejambak Harapan yang dihadir 18 orang ‘mak nyah’ negeri ini di Anggullia Beach House, Kuala Terengganu hari ini.Mohd Nor berkata, program yang diadakan selama tiga hari bermula 28 ogos lalu itu bertujuan mendampingi golongan berkenaan dalam usaha membentuk dan memulihkan golongan tersebut ke arah kehidupan mengikut hukum hakam Islam yang sebenar.“Selain menekankan aspek kerohanian dan keagamaan yang memberi kesedaran dan muhasabah diri , turut didedahkan pada program ini agensi-agensi yang boleh membantu mereka dari segi kemahiran, kursus, bantuan perniagaan dan sebagainya.“Antara yang terlibat termasuk Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Pembangunan keluarga (YPK) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU),” ujarnya.Katanya, kerajaan negeri sentiasa bersedia membantu mereka melepaskan diri mereka dari kehidupan mereka sekarang kepada kehidupan yang lebih baik.“Kita boleh memberi laluan kepada mereka untuk mencari hala tuju yang lebih baik dalam kehidupan kerana tidak semua golongan ini mahu kehidupan yang sedemikian,’ ujarnya.
29 Aug 18
52
Empty Image
Perutusan Khas Menteri Besar Sempena Hari Kebangsaan Ke-61
Alhamdulillah, negara sudah mengecapi kemerdekaan sejak tahun 1957 selama 61 tahun. Pelbagai onak dan duri telah dilalui oleh negara sepanjang tempoh tersebut yang cukup untuk mematangkan pemikiran kita sebagai seorang warganegara yang berdaya saing untuk membangunkan negara dan negeri Terengganu khususnya.Kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan dan keberanian para pejuang terdahulu dalam mempertahankan maruah tanah air tercinta daripada penjajah. Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh antara tokoh ulama dari Terengganu yang terpahat dalam lipatan sejarah masih kekal segar di ingatan generasi masa kini kerana sanggup berkorban jiwa dan raga demi kebebasan negara.Mempertahankan sebuah kemerdekaan menuntut komitmen yang padu dan jitu daripada semua lapisan masyarakat. Kerjasama utuh antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sangat penting dalam memastikan keamanan dan keharmonian pelbagai kaum sentiasa dijaga.Namun begitu, hakikat kemerdekaan adalah lebih luas. Merdeka bukan sahaja bebas penindasan fizikal tetapi bebas cengkaman mental daripada ideologi peninggalan penjajah. Mentaliti merdeka sepatutnya adalah berasaskan acuan sendiri, bebas daripada anasir luar yang boleh merosakkan. Negara kita kaya dengan adab dan tatasusila. Tambahan pula, Islam merupakan agama rasmi. Unsur-unsur songsang seperti LGBT, pergaulan bebas, hiburan melampau di alaf dunia tanpa sempadan boleh merencatkan pembangunan insan dan negara. Sambutan Hari Kebangsaan kali ini dengan tema “Sayangi Malaysiaku” menyeru semua rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan etnik agar negara membangun seiring kemajuan global, memangkin pertumbuhan ekonomi dan melahirkan modal insan berintegriti. Besar harapan saya, rakyat Negeri Terengganu dapat menghayati kebebasan secara menyeluruh, mencorak identiti sendiri, mencipta kemajuan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.'Sayangi Malaysiaku''Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'Dr Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu30 Ogos 2018
29 Aug 18
507
Empty Image
Pesanan Buat Merdeka Malaysia
Anak Merdeka Bumi Bertuah- Gambar HiasanMengajar anak-anak merdekamenjadi manusia bergunabukan mudahsejarah merdeka masih merahanak-anak merdeka masih mentah61 tahun nampak tua tetapi masih mudaapa lagi sejarah merdeka berselingkuhtidak sebersih cinta Burhanudin El-Hilmy pada pertiwi dan agamatidak seputih janggut Tok Janggut, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbongterpaksa berkelana dan dihina penjajah puakahari ini masih menghantui bumi initerbelenggu dengan isme dan sistem keparatmendap berkulat di perigi warga negaraamat sukarkah reformasi merdekamenghancurkan penjajahan begitu lamapenghuni warga disergah macam tunggul kayudi malam hari?amat sukarkah warga merdeka ini menilaikayu, besi, kaca, permata, gelap dan cahaya?amat sukarkah negara ini dibersihkandari kelodak penjajahan British di persadawarna warni kehidupan anak bangsa Malaysia?Aku masih sinis dan benci kepada kepura-puraansuara merdeka inimasih terpasong dan terpesong.Anak Merdeka Kuala Terengganu30 Ogos 2018
29 Aug 18
64
Empty Image
Lagi Kematian Ketika Bermain Badminton
Mazlan Embong.DUNGUN - Kegembiraan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermain badminton bersama rakannya bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia ketika bermain permainan itu dalam kejadian di Jalan Nibong, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu , Mazlan Embong, 57, seorang Ketua Teknikal Bahagian Pembahagian, TNB Dungun , disahkan meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di Dewan Badminton TNB.Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.Menurut Baharudin, mangsa  bermain bersama tiga orang lagi rakannya dan mangsa baru 15 minit berada di dalam gelanggang itu dan ketika itu dia sedang mengambil servis. "Mangsa dikatakan tiba-tiba rebah, dan melihat kepada keadaan itu rakan mangsa cuba memberi bantuan penafasan namun tidak berjaya sebelum menghubungi pihak hospital," katanya.Tambah Baharudin, sepasukan anggota perubatan daripada Hospital Dungun yang tiba tidak lama kemudian telah  memeriksa keadaan mangsa dan  mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. "Anggota perubatan telah memberikan bantuan kecemasan namun mangsa tidak memberikan sebarang respon dan disahkan telah meninggal dunia dan menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, " katanya.Mayat mangsa ditutup dengan kain setelah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.Jenazah mangsa kemudiannya dibawa anggota polis ke Unit  Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Jenazah mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak keluarga untuk pengurusan pengebumian.Kes kematian akibat bermain permainan badminton merupakan kes yang kedua dalam minggu ini di mana pada hari Isnin lalu seorang jurutera sebuah syarikat penyelenggaraan industri minyak ditemui mati oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan.Jurutera yang berumur 36 tahun itu diserang penyakit jantung ketika hampir tiba di rumahnya dan mangsa juga baru sahaja selesai bermain permainan itu di Dewan Sivik Paka ketika hari kejadian.
29 Aug 18
41
Empty Image
Sejarah Penting, Melahirkan Rasa Cintakan Negeri
Ustaz Wan Sukairi berucap dalam majlis tersebut. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Sejarah adalah merupakan suatu perkara  yang sangat bernilai , yang perlu diketahui oleh generasi sekarang  ini dan akan datang, yang akan melahirkan rasa kasih sayang  kepada rakyat Negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, peristiwa sejarah yang berlaku dan telah berlaku tidak boleh dipadam dan dinafikan oleh sesiapa pun.“Samada kita suka ataupun tidak, sejarah tetap sejarah dan setiap generasi yang lahir tumbuh di negara dan negeri perlu mengetahui dan juga menguasai tentang sejarah Negeri Terengganu Darul Iman.“Dan kita akan menjadi seorang warganegara yang benar-benar hebat, mempunyai semangat untuk mempertahankan (setiap) seinci pun kedaulatan bumi Terengganu dan Negara Malaysia kita ini,” tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Asal Usul Terengganu, sempena Bulan Kemerdekaan di Dewan Batu Bersurat, Muzium Terengganu, pada Selasa 28 Ogos.Turut hadir dan menjadi panel Forum tersebut ialah Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Kamaruzaman Yusof dan Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Dr Riduan Mohd Nor.Sehubungan itu, Ustaz Wan Sukairi menyeru seluruh rakyat negeri ini agar meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada sejarah para pejuang kemerdekaan tanah air.“Apabila kita mengetahui sejarah yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan di zaman silam, maka kita sudah tentu akan lebih menghargai mereka.“Adapun begitu, kita juga perlu mengetahui beberapa perkara tentang sejarah yang telah pun diselewengkan ataupun sejarah  yang  tidak disebut dengan cara yang sebenar,” jelasnya.Menurutnya, antaranya ialah sejarah tokoh kemerdekaan Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong, seorang Tok Guru yang membuka pondok pengajian agama di Hulu Terengganu.Abdul Rahman Limbong yang juga pejuang kepada para petani, dilabel sebagai ‘pengganas’ dan didakwa melakukan pemberontakan.“Hakikatnya Haji Abdul Rahman Limbong ini adalah pejuang yang menentang dan mempertahankan kemasukan Inggeris ke Negeri Terengganu.“Pondok beliau membuka pengajian umum pada setiap Jumaat, ramai anak murid dari seluruh negeri, ada yang bermusafir sehari semalam, datang menuntut ilmu agama,” tambahnya.
29 Aug 18
47
Empty Image
Polis Rampas Rokok Seludup Bernilai RM1.8 Juta
Superitendan Baharudin Abdullah.DUNGUN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya merampas 1,190 kotak besar yang mengandungi 595,000 karton rokok seludup yang bernilai RM1.8 juta  dalam satu serbuan di Kampung Tebing Tembah, Paka, semalam.Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Baharudin Abdullah ketika ditemui  berkata,  serbuan  dilakukan oleh sepuluh orang anggota polis bersama seorang pegawai pada pukul 4.00 pagi hasil daripada  maklumat orang awam dan risikan yang dibuat berkenaan aktiviti haram tersebut.Menurutnya,  seramai 15 suspek  berusia 26 hingga 44 tahun telah  ditahan ketika sedang melakukan kerja-kerja memunggah rokok terbabit dan pihaknya telah merampas sebanyak  440 karton rokok yang sedang dipindahkan ke dalam sebuah lori. "Kita telah menyerbu dan menahan kesemua suspek dan pihak polis yang melakukan siasatan di tengah laut  dengan kerjasama nelayan tempatan telah  menemui sebuah bot nelayan dalam keadaan mencurigakan."Bot nelayan tersebut dipercayai datang dari Negara Vietnam sedang berlabuh di  perairan tersebut dan selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, pihak  polis telah menemui lebih banyak lagi rokok disorok di bahagian kargo dalam bot," katanya. Bot nelayan Vietnam yang diubah suai menjadi bot nelayan tempatan untuk digunakan bagi aktiviti menyeludup.Tambah Baharudin, bot tersebut telah diubah suai menyerupai bot nelayan tempatan untuk mengaburi pihak berkuasa dan hanya digunakan khusus untuk aktiviti haram tersebut."Bot tersebut telah dicat dengan warna bot tempatan dan kita percaya rokok tersebut dibawa dari negara jiran untuk dipasarkan di seluruh negeri ini," katanya.Baharudin menunjukkan rokok seludup yang dirampas.Menurutnya , kesemua suspek yang berada di dalam bot tersebut dipercayai telah melarikan diri kerana ketika diserbu pihaknya mendapati ianya kosong dan bot tersebut tidak boleh berlayar kerana tersangkut di beting pasir akibat air yang cetek."Kita percaya krew yang berada didalam bot tersebut sudah melarikan diri  dengan lebih awal dengan menggunakan bot kecil setelah mengetahui berkenaan serbuan yang dilakukan itu," katanya.Baharudin menunjukkan bungkusan yang mengandungi rokok seludup yang telah dirampas.Tambah Baharudin, bot terbabit kemudiannya dibawa masuk ke Jeti Pendaratan Ikan Kuala Paka, untuk siasatan lanjut.Katanya, kesemua suspek yang merupakan rakyat tempatan serta rampasan rokok  akan  diserahkan kepada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia  ( JKDM ),  Kemaman untuk tindakan lanjut. 
29 Aug 18
198
Empty Image
Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Pegawai Kanan APMM
Seorang Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berpangkat Leftenan Komander ditahan oleh 2 anggota polis.KEMAMAN - Susulan kes rasuah membabitkan seorang Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berpangkat Leftenan Komander yang ditahan direman selama tujuh hari mulai kelmarin, semalam seorang lagi orang awam ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.Lelaki terbabit yang berumur dalam lingkungan empat puluh tahun itu dibawa ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Kemaman untuk direman selama enam hari bermula semalam.Perintah reman yang berakhir 3 September depan itu dikeluarkan oleh Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy di Mahkamah Majistret Kemaman di sini, semalam.Lelaki terbabit akan didakwa terlibat dalam kes berkenaan dan dipercayai menjadi orang tengah kepada pegawai kanan APMM terbabit bagi memungut sejumlah wang daripada pemilik atau tauke bot nelayan asing berkenaan.Tindakan tersebut dilakukan bagi tujuan melepaskan bot-bot nelayan asing yang ditahan APMM yang menceroboh dan menjalankan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara ini.Wang berkenaan kemudiannya dipercayai dimasukkan oleh lelaki terbabit ke dalam akaun milik beberapa individu lain.Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFUPUAA 2001).Sebelum itu, suspek yang berusia 40 tahun tiba kira-kira jam 9.00 pagi di pekarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Kemaman sebelum keluar dari kamar mahkamah kira-kira satu jam kemudian.Suspek yang berkerja sendiri ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Kemaman kira-kira jam 4.30 petang semalam.
29 Aug 18
160
Empty Image
200 Pelajar Ranaco Meriahkan Hari Kemerdekaan
Mohd Ayub Ariffin melawat gerai masakan di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan tersebut.Seramai 200 pelajar dari Ranaco Education And Training Institute (RETI) Kijal menyambut Hari Kemerdekaan bersama Pejabat Penerangan Kemaman.Ketua Eksekutif Ranaco, Mohd Ayub Ariffin berkata, program ini merupakan kerjasama Ranaco dan Pejabat Penerangan Kemaman sebagai kesinambungan menyemarakkan sambutan hari penting negara ini.“Setiap kali program menyambut hari kemerdekaan ini, kami mengadakan pelbagai aktiviti dan persembahan serta pameran yang berunsurkan kemerdekaan.“Antara aktiviti dan persembahan yang dilakukan setiap kali menyambut kemerdekaan adalah pidato, persembahan menyanyi berkumpulan, pameran silat, gerai masakan dan lain-lain lagi,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Ranaco bersama Pejabat Penerangan Kemaman yang diadakan di Ranaco Kijal, semalam (29 Ogos).Menurut Mohd Ayub, persiapan program kali ini mengambil masa selama dua hingga tiga hari bagi menjayakan pengisian aktiviti persembahan tema merdeka.“Pada hari ini juga ramai di kalangan Ranaco yang menyumbang tenaga serta idea untuk persiapan program ini sehingga terlaksana program yang meriah.“Saya berharap Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Affendi Ahmad dapat membantu membawa bukti program ini dihantar ke peringkat kebangsaan,” katanya.Sementara itu, Mohd Ayub berkata, pihak Ranaco menghias dan menggantung 100 bendera di dewan dan memberi pelajar 200 bendera. “Kelainan yang kami akan bawa ke peringkat lebih tinggi adalah menonjolkan bakat kulinari pelajar Ranaco untuk menghias bentuk bendera dengan menggunakan makanan dan boleh dimakan selepas dekorasi,” katanya.
29 Aug 18
1208
Empty Image
110 Atlet Dari 11 Negara Tutup Tirai Boling Padang
Oleh : Atiyyah SakinahKUALA NERUS –  Seramai 110 atlet dari 11 negara menutup tirai penyertaan pertandingan sukan boling padang peringkat negara Asean selama empat hari di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, di sini, yang berakhir semalam (28 Ogos).Majlis penutupan itu disempurnakan oleh bapa angkat kepada sukan Lawn Bowls Terengganu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Turut hadir, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim.Menurut Yahaya, kejuaraan itu bukan sahaja untuk memupuk bakat peserta tetapi juga bertujuan menyatukan semua pihak yang terlibat dengan cara yang menyenangkan walaupun kita berbeza budaya dan juga berbeza kepercayaan.“Memenangi permainan adalah penting tetapi menang dalam menyatukan persaudaraan peserta adalah lebih penting,” katanya.Katanya lagi, beliau percaya kesemua pasukan sudah membuat yang terbaik pada pertandingan tersebut dan menghargai semua pihak yang terlibat kerana bertungkus lumus menjayakan kejohanan itu.Sementara itu, Yahaya juga berharap penganjuran itu menjadi satu kejayaan besar kepada semua pemain serta mengambil peluang untuk menikmati keindahan yang ada di Terengganu serta Malaysia amnya.
29 Aug 18
443