lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
‘Bapa Angkat SUKMA’ Jadi Ikutan
Cikgu Alias Harun (tengah) bersama 'anak angkatnya' pasukan Muay Thai Negeri Terengganu.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Pelantikan 'Bapa Angkat' untuk setiap acara sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang dipelopori Terengganu, kini menjadi ikutan negeri-negeri lain.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun berkata, program khusus itu adalah sebahagian daripada mekanisme pemantauan persiapan atlet.Katanya, ia memberi sokongan kepemimpinan dan penyelarasan program di dalam membantu mewujudkan komuniti berpasukan.“Pendekatan yang  diperkenalkan ini ialah ‘Bapa Angkat’ turun ke medan , berjumpa dengan atlet-atlet kita, ketika mereka mula latihan lagi dan akan turut serta dalam pertandingan di SUKMA bagi memberi semangat kepada atlet kita”, jelas beliau yang dilantik sebagai ‘Bapa Angkat’ acara sukan Muay Thai di SUKMA Ke-19 nanti.Tambahnya lagi, ianya juga memberi suntikan nilai-nilai positif dan  motivasi  dalam pembangunan sukan serta meningkatkan semangat juang para atlet dan membantu tingkatkan persediaan mental atlet.“Bagi negeri Terengganu, ketua kontijennya adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Haji  Samiun Salleh,  dan timbalannya ialah Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Faroq Husin Tengku Abdul Jalil," jelas beliau.Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang menambah, temasya sukan dwi-tahunan itu akan diadakan di Perak  bermula pada 12 September sehingga 21 September  2018.Manakala katanya, pertandingan bagi sukan Muay Thai bermula pada 15 hingga 21 September, 2018 dan gelanggangnya bertempat di  Grik, Perak.“Pengurus yang terlibat sepenuh masa ialah Hashim Ramli, dan jurulatih salah seorang daripadanya ialah Hafiz Rozaidi Ramli bersama dengan tiga lagi jurulatih”, tambahnya lagi.Cikgu Alias berkata, Negeri Terengganu menghantar seramai 15 orang  peserta yang terdiri daripada sembilan orang atlet lelaki dan enam orang  wanita.“Daripada persiapan dan juga laporan-laporan, kita jangkakan dua pingat emas menerusi atlet yang bernama Mohamad Azizi , dengan beratnya ialah 48-51 kilogram bagi lelaki dan menerusi atlet perempuan, Siti Nur Fadhilah, berat  57-60 kilogram bagi wanita," katanya.Beliau yang ditemui di pejabatnya di Batu 48, pada 30 September juga memaklumkanbahawa terdapat tiga orang  daripada mereka sedang berada di Hong Kong menyertai pertandingan antarabangsa.Beliau turut meletakkkan harapan yang tinggi kepada pasukan ‘anak angkatnya’ akan membawa balik pingat emas untuk acara Muay Thai ini bagi Negeri Terengganu.
31 Aug 18
198
Empty Image
SUKMA 2018: Pasukan Perahu Layar Bakal Sumbang Pingat
Ustaz Ahmad Shah Muhamed (dua dari kanan) melawat pasukan perahu layar negeri untuk memberi semangat.Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU - Kerajaan optimis bahawa atlet pasukan perahu layar bakal menyumbang pingat kepada pasukan Negeri Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, seramai 25 orang atlet keseluruhannya telah membuat persiapan bagi menghadapi temasya SUKMA yang akan berlangsung tidak lama lagi.Menurutnya, berdasarkan persiapan yang telah diaturkan oleh ketua jurulatih, beliau yakin pasukan perahu layar sudah bersedia untuk menempuh pertandingan yang akan berlangsung pada pertengahan September ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan di pusat latihan pasukan tersebut di Duyong Marina, Pulau Duyong, semalam (30 Ogos).Ustaz Ahmad Shah Muhamed yang juga merupakan bapa angkat Pasukan Perahu Layar Terengganu berkata, latihan telah dibuat di tempat pertandingan iaitu di Lumut, Perak selama dua minggu.Menurut beliau, berdasarkan persiapan yang telah diaturkan oleh Ketua Jurulatih, beliau yakin pasukan Perahu Layar sudah bersedia untuk menempuh pertandingan yang akan berlangsung pada pertengahan September ini."Berbekalkan pengalaman yang lepas, saya yakin pasukan kita mampu meningkatkan lagi pencapaian pada kali ini."Pada SUKMA yang lepas, pasukan perahu layar memberi persembahan yang baik dengan pungutan 4 pingat emas dan 2 pingat perak."Saya tidak nampak satu halangan yang besar untuk kita perolehi pingat emas yang banyak, ditambah lagi dengan persiapan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh jurulatih dan para atlet."Bagi saya, halangan yang sebenar ialah diri kita sendiri, sekiranya kita boleh perasaan lemah dan kekurangan, ianya sudah cukup untuk kita memacu diri kita kepada kejayaan."Yang penting, semua atlet mesti ada sikap ingin mencapai kejayaan dan kesungguhan mestilah diterjemahkan dengan usaha yang gigih dan mematuhi jurulatih pasukan.""Saya optimis pasukan perahu layar kali ini akan menghadiahkan bilangan pingat emas  yang lebih besar kepada Negeri Terengganu dari tahun-tahun sebelum ini," ujarnya.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Ibni Amin Busu, Ketua Jurulatih Pasukan Perahu Layar Terengganu, Abdul Rani Idris dan Pengurus Pasukan Perahu Layar Terengganu, Nor Sapinah Ngah.
31 Aug 18
741
Empty Image
Sungai Ulu Kasar Bakal Jadi Tarikan Utama DUN Langkap
Sungai Ulu Kasar dikunjungi ramai orang terutama pada cuti persekolahan.Oleh: Ariss AliasSETIU - Sungai Ulu Kasar bakal menjadi tarikan utama pengunjung dari dalam dan luar daerah Setiu terutamanya ketika hari minggu dan cuti perayaan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, kawasan perkelahan tersebut mempunyai air yang sangat jernih dan arusnya tidak deras."Kawasan ini menjadi tarikan utama sepanjang tahun kerana tidak mengalami fenomena 'kepala air' yang sering berlaku di tempat lain sekiranya hujan lebat di kawasan hulu sungai."Kawasan tempat letak kereta yang luas juga amat memudahkan pengunjung meletakkan kenderaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu melawat tapak perkelahan Ulu Kasar di Merbau Menyusut, hari ini (31 Ogos).Menurut Azmi Maarof, beliau menerima aduan seperti ketiadaan infrastruktur asas seperti tandas, bilik persalinan yang sempurna dan surau yang perlu dibina untuk memberi keselesaan kepada pengunjung."Kami akan menyelesaikan masalah ini dengan segera dan sewajarnya supaya memudahkan pelawat-pelawat yang datang untuk bercuti bersama keluarga," ujarnya.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Merbau Menyusut, Mohd Zamri Embong.
31 Aug 18
1438
Empty Image
Perutusan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Sempena Hari Kemerdekaan
Ustaz Mohd Nor Hamzah.Dengan penuh rasa rendah diri, saya mengajak semua rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya memanjatkan kesyukuran kita sebagai rakyat negara ini yang menyambut kemerdekaan negara bagi kali ke-61. Kemerdekaan yang diraih tanpa pertumpahan darah yang dahsyat, menyelamatkan negara daripada kesan perang yang menakutkan.Walaupun merdeka kita pada tahun 1957, tetapi perjuangan ulamak yang menjadi negarawan kita adalah jauh lebih dahulu daripada tahun itu. Ramai yang disenaraikan sebagai pejuang menentang penjajah. Di Terengganu contohnya, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi wira yang tidak didendang tegas memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan dari perspektif Islam. Tiada kompromi yang ditunjukkan oleh Tok Ku Paloh, sewaktu menjadi penasihat Tuanku Sultan Zainal Abidin III, ketika mana Inggeris mahu menduduki Terengganu. Ditolaknya tawaran wang oleh Inggeris, maka keluarlah Inggeris dengan malunya.Begitu juga kesan peninggalan sejarah Islam di Terengganu yang lebih terdahulu, seperti Batu Bersurat, memberikan isyarat jelas bahawa antara negeri terawal yang merdeka di rantau ini ialah Terengganu. Merdeka dari sisi Islam ialah membebaskan diri dari perhambaan kepada manusia, kepada perhambaan kepada Allah semata-mata. Pejuang-pejuang yang sentiasa teguh dengan niat jihad mereka, membawa Islam ke serata dunia demi memerdekakan dunia.Kita adalah penyambung kepada mata rantai perjuangan ini. Mereka bukanlah pemulanya dan kita bukanlah pengakhirnya, sehinggalah janji Allah menamatkan hayat dunia ini, maka selagi itu kerja memerdekakan manusia akan berterusan. Maka kita juga tidak mahu ketinggalan untuk memerdekakan jiwa manusia selaras dengan tuntutan Allah. Kerja-kerja dakwah tidak pernah putus, dari sebuah jemaah yang serba kekurangan, sehingga kini memiliki dua buah negeri, ia akan menambahkan lagi semangat kita bagi melakukan kerja kerana Allah. Ianya lebih payah untuk mempertahankan kemerdekaan ini.Bantulah sesama kita bagi mempertahankan peluang terbesar menyebar dakwah ketika ini atas nama Islam. Jangan kita sia-siakan pemberian Allah ini. Dengan segala kekeliruan umat Islam di serata dunia, akibat serangan bertali arus oleh musuh-musuh Islam untuk memberikan gambaran yang salah terhadap Islam, maka kita harus bangkit memerdekakan minda rakyat bagi mereka terus dipandu ke jalan yang benar. Marilah kita kembali kepada al-Quran dan sunnah rasulullah yang pasti jaminannya tidak kita akan tersesat di dunia dan akhirat. Akhirnya Selamat Menyambut Hari Merdeka, Sayangi Malaysiaku.Ustaz Mohd Nor HamzahPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu19 Zulhijjah 1439/ 30 Ogos 2018
31 Aug 18
1195
Empty Image
Pertandingan Memancing Medan Erat Silaturrahim
Azmi Maarof (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan tersebut.SETIU - Pertandingan memancing mengumpulkan kaki pancing berentap dalam aktiviti yang sihat dan sangat bermanfaat sekaligus menjadi medan untuk merapatkan hubungan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, aktiviti ini unik yang mampu menarik perhatian penduduk setempat tidak kira jantina, mahupun tua dan muda."Saya merasa amat teruja melihat kemeriahan pertandingan pada hari ini."Ianya merupakan pertandingan tahunan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan penduduk," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Pertandingan Memancing Joran Tradisional Tertutup 2018 Kampung Kasar anjuran Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kasar dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kasar, hari ini (31 Ogos).Pertandingan yang bermula pada jam 8.00 pagi mendapat sambutan hangat warga Kampung Kasar yang mencatatkan kira-kira 97 orang penyertaan terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.Beliau turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.Turut hadir, Penolong Penyelia Kemasyarakatan dan Kebajikan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Langkap, Ahmad Nor dan Pengerusi MPKK Kampung Kasar.
31 Aug 18
39
Empty Image
Perutusan Hari Kemerdekaan: ADUN Rantau Abang
MARILAH SAYANGI MALAYSIAKU DENGAN MELETAKKAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUPKita menyambut Hari Kemerdekaan ke 61 tahun setelah kemerdekaan pertama pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini setelah British pulang ke negara mereka. Tetapi kita mengharapkan kita merdeka dari sudut pelbagai aspek bukan saja dari segi pemikiran, malah kita mengharapkan kita dapat berada dalam keadaan merdeka terutama sekali bagi orang-orang Melayu, merdeka dari segi pemikiran, falsafah dan agama Islam itu sendiri.Kita mengharapkan dengan kemenangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Negeri Terengganu ini, suatu perubahan dari segi pemerintahan akan menjelma kerana Negeri Terengganu di bawah kepimpinan PAS, meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan. Kita mengharapkan dengan agama kita meletakkan perlembagaan Al-Quran, sunnah, ijmak dan qias ini merupakan cara hidup yang akan kita teruskan untuk memerintah Negeri Terengganu ini.Tema bagi kemerdekaan tahun ini ialah 'Sayangi Malaysiaku'. Kita mengharapkan kita betul-betul sayang  Malaysia supaya Malaysia ini tidak lagi dijajah dan kita mengharapkan kita tidak lagi terbelenggu dengan peninggalan-peninggalan ideologi daripada British ini.Kemenangan PAS bagi Negeri Terengganu ini akan menampakkan suatu cara hidup dan dalam  semua  bidang, meletakkan Islam sebagai perjuangan kita. Kita juga mengharapkan dengan pemerintahan mengikut Islam, sebagai penduduk  Negeri Terengganu ini kita akan mendapat redha Allah. Moga-moga apa saja yang kita laksanakan samada dari segi sosial, ekonomi, pentadbiran dan juga perkara-perkara yang lain, kita harap kita sentiasa dibimbing oleh Allah.Jadi marilah kita sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 ini dan'Sayangi Malaysiaku' dengan meletakkan Islam sebagai cara hidup.
31 Aug 18
430
Empty Image
Sistem Perparitan Dan Sistem Saliran Punca Air Bertakung
Tinjauan tersebut mendapati air bertakung di luar parit dan kawasan sekitar.Oleh: Muhd Afiq Zohir BESUT - Sistem perparitan dan sistem saliran yang tidak diselenggara merupakan punca berlaku banjir kilat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, terdapat aduan dari penduduk kampung tentang permasalahan yang berlaku."Kami segera turun untuk membuat tinjauan untuk mengenal pasti masalah yang berlaku.Ustaz Wan Azhar (kiri) turun padang untuk menyelesaikan masalah tersebut."Pejabat Penyelaras DUN Jerteh dengan bantuan Pejabat Daerah Besut akan cuba sedaya upaya untuk mengambil tindakan segera dan sewajarnya,," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan ke Kampung Gong Terap sehingga Kampung Pak Demalik di Jerteh, kelmarin (29 Ogos).Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Lintah dan seorang jurutera untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.
31 Aug 18
1619
Empty Image
Orang 'Asal' Diminta Beri Kerjasama Saring Darah
Cikgu Haji Ab Razak (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Sungai Putih. Oleh: AminjiKEMAMAN - Susulan daripada lima kes malaria yang menyerang penduduk Orang Asli Kampung Sungai Putih, satu Kempen Kesedaran Malaria telah dianjurkan oleh Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman.Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Cikgu Haji Ab Razak Ibrahim berkata, beliau berharap agar orang asli terus memberi kerjasama dalam proses saringan darah yang akan dilakukan dari semasa ke semasa."Ianya bagi memastikan kuman malaria tidak merebak dalam kalangan mereka.“Kesihatan adalah satu aspek yang penting dalam kesejahteraan hidup rakyat."Justeru, usaha yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman ini adalah satu langkah terpuji kerana sanggup berkunjung ke kawasan yang jauh di pedalaman bagi menjaga kebajikan masyarakat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Kesedaran Malaria di Kampung Sungai Putih, kelmarin (29 Ogos).Cikgu Abdul Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih mengharapkan supaya program seperti ini dapat mengeratkan lagi perhubungan dua hala antara kepimpinan kerajaan negeri dengan masyarakat Orang Asli di Sungai Putih ini.Saringan darah telah dilakukan oleh Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman yang diketuai  oleh Ketua Vektor, Dr Faizol Haris.Turut berlangsung, aktiviti ceramah, pameran dan tayangan video tentang malaria di samping penyampaian bantuan keperluan harian oleh Cikgu Haji Ab Razak  kepada ketua keluarga 6 buah rumah panjang Orang Asli.Aktiviti gotong-royong membersih kawasan juga dijalankan bersama dengan penduduk setempat.Perbincangan dua hala turut diselitkan bagi mendengar rintihan dan keperluan yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli.Program tersebut mendapat kerjasama yang baik oleh Orang  Asli yang diketuai oleh wakil Tok Batin, Amran Putih.Perkampungan tersebut didiami oleh seramai 65 orang penduduk.Turut hadir, wakil Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih.
31 Aug 18
58
Empty Image
Ziarah PAS Tidak Bermusim
Haji Mohd Fazil (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal. Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS - Budaya ziarah-menziarahi yang diamalkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terutamanya kepada golongan yang memerlukan bukan hanya di musim pilihan raya mahupun hari raya.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, terdapat pelbagai golongan yang memerlukan termasuk mereka yang ditimpa musibah, kurang keupayaan fizikal, mengalami kesempitan kewangan dan sebagainya."Kita tidak perlu tunggu musim pilihan raya sahaja untuk memberi sumbangan kepada orang yang kurang mampu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu ziarah ke rumah seorang ibu tunggal di Kampung Teluk Ketapang bersama wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Teluk Ketapang dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), kelmarin (29 Ogos).Menurutnya, ziarah hari ini bagi menyampaikan sedikit sumbangan daripada Pejabat Penyelaras DUN bagi mengurangkan beban keluarga tersebut."Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, kita turun untuk memberi sedikit sumbangan," ujarnya.Turut hadir, Pengerusi MPKK Teluk Ketapang, Nazir Ismail dan Pegawai Kebajikan dan Kemasyarakatan i-MiTS DUN Seberang Takir, Badarul Inshan.
31 Aug 18
95
Empty Image
Golongan Muda Perlu Semarak Semangat Kemerdekaan
YB Maliaman bersama belia Kampung Jak sempena program turun padang melalui aktiviti sukan yang diadakan setiap masa di Dun Ajil.HULU TERENGGANU - Golongan muda perlu mempunyai cara pengisian baharu bagi menyambut kemerdekaan supaya dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, pada masa kini semangat patriotik di kalangan orang muda agak kurang dan tiada pengisian setiap kali meraikannya hari penting itu."Dia orang (orang muda) sambut hari kemerdekaan dengan berarak menaiki motosikal sambil kibarkan bendera pada malam 31 Ogos setiap tahun."Namun bagi mereka sudah cukup berarak tanpa memahami isi yang tersirat atau terjemahan sebenar erti kemerdekaan..kurang sikit semangat patriotik dalam diri."Jadi sudah tiba masanya, pengisian baharu dalam diri mereka melalui sambutan sangat perlu supaya mereka (orang muda) mempunyai semangat kemerdekaan yang bernas,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Karnival Car Boot Sale, di sini, baru-baru ini.Ustaz Maliaman berkata, sambutan yang dimaksudkan bukan sahaja membawa bendera tetapi lebih dari itu dan yang lebih penting dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata, merdeka bukan sahaja membawa maksud bebas daripada penjajah."Sebaliknya juga bermaksud bebas dari pengaruh anasir luar yang boleh memecahkan perpaduan kaum yang telah terjalin."Jadikan kisah kehidupan orang-orang dahulu yang hidup penuh harmoni sebagai contoh dan pupuk semangat patriotisme cintakan negara melebihi kepentingan diri sendiri,"ujarnya.
30 Aug 18
156