Artikel "Semasa" Terkini
Azizulhasni Raih Pingat Emas Kelima Negara
Foto: Bernama.JAKARTA - Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang meraih pingat emas kelima buat kontijen Malaysia setelah memenangi acara pecut individu lelaki dalam saingan Sukan Asia 2018, kelmarin (29 Ogos).'The Pocket Rocketman' menepati ramalan apabila menewaskan pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia.Pingat emas itu merupakan yang pertama dimenangi beliau di Sukan Asia dalam acara tersebut.Pingat gangsa pula dimenangi pelumba Korea Selatan, Im Chea-bin yang menewaskan seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom dalam penentuan tempat ketiga.
31 Aug 18
36
Masjid Bukit Payung Sahut Seruan Quran Hour
Sebahagian peserta Quran Hour.MARANG - Lebih 100 peserta terdiri daripada jemaah masjid, kakitangan awam dan guru-guru Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) Marang menghadiri program Quran Hour yang berlangsung di Masjid Bukit Payung, kelmarin (29 Ogos).Imam Masjid Bukit Payung, Abdul Hab Ngah, 49, berkata program Quran Hour diadakan bagi meluaskan pendekatan pengajian Al-Quran kepada masyarakat."Melalui program ini kita dapat mempromosikan kepelbagaian medium untuk memahami Al-Quran selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama jemaah.Pengurusan masjid, dari kiri: Mohd Sofhi, Imam 3 Ahmad Yahya dan Abdul Hab."Kempen Quran Hour sempena kemerdekaan ini juga menjadi satu kelainan dalam menyampaikan rasa cinta kepada negara," katanya.Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Naml secara beramai-ramai.Guru pengajian Al-Tibyan masjid, Mohd Sofhi Zainuddin, 34, kemudiannya menyampaikan tazkirah berkenaan surah tersebut pada sesi terakhir program.Quran Hour bawa kelainan dalam pengajian Al-Quran.
31 Aug 18
58
Layar Merdeka dibanjir lebih 500 pengunjung
Orang ramai berpusu-pusu hadir meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan.KEMAMAN - Lebih 500 pengunjung membanjiri Program Layar Merdeka sempena sambutan ambang kemerdekaan buat julung kalinya diadakan di tapak riadah Kemaman Waterfront anjuran Pertubuhan Amal Prihatin Insan Malaysia (PAPIM) dan Komuniti Chukai Waterfront Kemaman (KCWK).Pengerusi PAPIM, Dato’ Aliff Muhidan berkata, pihaknya berkolaborasi bersama KCWK untuk menarik minat orang ramai dan juga pelancong ke Kemaman dengan mengetengahkan lokasi rekreasi menarik.“Kemaman Waterfront yang terletak di kawasan Jambatan Geliga perlu dipromosikan secara lebih meluas kerana bukan sahaja panoramanya indah kerana bersebelahan sungai dan bukit bahkan terdapat ramai peniaga yang mencari rezeki di kawasan itu."Lokasi ini cukup terkenal dalam kalangan orang tempatan dan kita mahu lokasi ini turut menjadi tumpuan pelancong kerana ia akan menjadikan tempat ini lebih membangun lagi pada masa akan datang."Kita juga sangat bangga kerana sambutan ambang merdeka yang dianjurkan mendapat sambutan luar biasa dan ramai pengunjung datang dan bersama-sama menunggu detik 12 tengah malam," katanya.Turut hadir dalam program itu adalah wakil Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat.Sementara itu, Pengerusi KCWK, Mohamad Fazli Mohd Nor@Mohd Toni berkata, tapak itu akan menjadi salah satu tapak utama untuk pelancong pada masa akan datang kerana keduduknya yang strategik dan keindahannya."Ini juga menjadi niat dan hasrat saya yang lama membangunkan tempat ini bersama ahli jawatankuasa (AJK) saya yang lain.“Sempena Program Layar Merdeka itu, pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya wayang pacak, laungan kemerdekaan, lagu merdeka, cabutan bertuah,” katanya.
31 Aug 18
93
Tiga Kali Berturut Menang Pertandingan Gerai Tema Kebangsaan
Gerai ayam gunting atau lebih dikenali gerai R&R Cheezy Chiken dan Raja Sotong meriah dengan dekorasi bertemakan jalur gemilang.KEMAMAN - Gerai ayam gunting atau lebih dikenali gerai R&R Cheezy Chiken dan Raja Sotong itu menang tiga kali berturut-turut dalam pertandingan gerai berhiaskan bendera jalur gemilang.Pemilik gerai Rohana Tahir, 50 berkata, beliau sudah banyak kali menyertai pertandingan gerai tercantik dan menang sebanyak tiga kali berturut-turut.“Pada hari ini dengan bertemakan bulan kemerdekaan saya dan anak-anak menghiasi gerai dengan bendera jalur gemilang sebanyak 61 helai mengikut tahun kemerdekaan.“Kos untuk menghias gerai sekaligus membuat baju dan apron dengan menggunakan bendera hanya mengeluarkan RM150 sahaja,” katanya.R&R Cheezy Chiken mampu meraih jualan hampir RM3,000, kelmarin (29 Ogos), dengan pelbagai jenis makanan seperti ayam gunting, sosej, sotong dan ada juga menu pakej dengan harga murah iaitu RM10.Rohana berkata, setiap pengunjung yang membeli pasti ada yang memberi respon dan pujian terhadap gerai beliau termasuk pakaian patriotik.“Jualan hari ini tak menang tangan kami lima beranak kerana jualan yang sangat murah daripada harga biasa sebelum ini.“Anak perempuan tunggal saya Syarifah Farah Nur Elyana Syed Abdul Rashid 23, turut menyertai pertandingan pakaian kreatif dengan menggunakan jalur gemilang dan menang tempat pertama,” katanya.
31 Aug 18
2247
Pasar Tani Kemaman Sambut Bulan Kebangsaan Ke-61
Peserta menggayakan pakaian kreatif bertemakan jalur gemilang.KEMAMAN - Sebanyak 118 buah gerai jualan meletop Pasar Tani Kemaman menyambut kemerdekaan dalam Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-61 anjuran Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pasar Tani Kemaman.Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kemaman, Mohammad Ismail berkata, program pada hari ini adalah untuk membuat jualan murah samada barang dapur, ikan, ayam, sayur dan lain-lain.“Antara harga jualan murah adalah sayur seikat hanya RM2, petai harga 50sen sepapan, harga ayam juga turun 30sen, ikan patin kurang satu ringgit, ayam gunting pakej dengan sosej RM10 dan banyak lagi,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berlangsung program Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Tapak Pasar Tani Kemaman, kelmarin (29 Ogos)..Mengulas berkenaan program tersebut, Mohammad berkata, selain membuat gerai jualan murah, pertandingan buat bubur kacang juga diadakan yang dikacau oleh peserta pasar tani.“Terdapat tiga periuk bubur kacang dan setiap satu periuk boleh dibahagikan kepada 600 bekas untuk diagihkan kepada para pengunjung pasar tani secara percuma.“Dalam pada masa sama, pihak pasar tani menjemput artis sambil menderma untuk membuat persembahan iaitu Izam Eye,” katanya.Seterusnya, terdapat beberapa pertandingan iaitu pemilihan pakaian bertemakan kemerdekaan dan gerai berhias bendera jalur gemilang serta teka kuiz sejarah kemerdekaan.Menurut Mohammad, beliau tidak menyangka bahawa hampir 2,000 pengunjung datang untuk membeli-belah di pasar tani.“Saya berharap program gerai jualan murah seperti ini dapat diteruskan pada setiap tahun bagi membantu rakyat di Kemaman,” katanya.
31 Aug 18
113
Ketua BPJKK Baharu, Muhamad Sukeri
Muhamad Sukeri Hassan menerima watikah pelantikan sebagai Ketua BPJKK IPD Kemaman.KEMAMAN - Bekas Ketua Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Asisten Suprintendan (ASP) Muhamad Sukeri Hassan dilantik sebagai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman yang baharu.Muhamad Sukeri, 34, menggantikan bekas Ketua BPJKK IPD Kemaman iaitu ASP Amran Mat yang bertukar ke IPD Pasir Puteh sebagai Ketua Bahagian Pengurusannya merangkap Timbalan Ketua Polis Daerah itu.Ketua Polis Daerah Kemaman, Suprintendan Mohd Said Ibrahim berkata, beliau berharap Muhamad Sukeri dapat memberi komitmen dan membawa pembaharuan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.“Pada masa sama Muhamad Sukeri juga perlu memastikan masyarakat dapat didekati dengan lebih efektif lagi."Kreativiti sangat penting untuk polis mendekati masyarakat seterusnya fokus yang perlu ditekankan adalah cara untuk menangani jenayah," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas antara Amran dan Muhamad Sukeri di Rumah IPD Kemaman semalam.Sementara itu, Muhamad Sukeri berkata, kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada beliau akan digalas sepenuh hatinya.“Pengalaman dikutipnya sepanjang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) akan digunakan untuk memberi khidmat terbaik di BPJKK pula."Langkah pertama saya perlu sesuaikan diri dengan komuniti di sini dan akan teruskan usaha merapatkan lagi hubungan antara masyarakat dan polis," katanya.
31 Aug 18
707
Kemeriahan Kanak Kanak Tadika Sambut Merdeka
Pelajar Taska memperagakan pakaian kreatif yang bertemakan jalur gemilang.KEMAMAN - Seramai 203 pelajar Tadika Yayasan Terengganu Cawangan Kijal menyambut hari kemerdekaan bersama 27 warga tadika termasuk kakitangan dan guru-guru.Guru Besar Tadika Yayasan Terengganu Cawangan Kijal Kampung Bukit Anak Dara, Rohaya Mat Baki berkata, program yang disambut pada hari ini adalah bertujuan untuk menanamkan rasa sayang dan cintakan negara serta memupuk semangat kemerdekaan dikalangan kanak-kanak.“Pagi tadi pihak guru tadika menyusun kanak-kanak dalam bentuk peta Semenanjung Malaysia dan nombor 61 yang merupakan tahun kemerdekaan.Selain itu, antara aktiviti yang dilakukan kanak-kanak adalah pembarisan, perarakan sekeliling tadika, nyanyian lagu Negaraku dan Kemerdekaan serta pertunjukan pakaian kreatif yang menggunakan jalur gemilang.Beliau berkata demikian selepas tamat program sambutan hari kemerdekaan yang diadakan di Tadika Yayasan Terengganu Cawangan Kijal, kelmarin (30 Ogos).Seterusnya, menurut Rohaya Mat, dengan mengadakan program sambutan ini dapat menambahkan semangat patriotik di kalangan orang muda mahupun orang lebih dewasa.“Saya berharap program ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang dan disambut penuh meriah dengan pelbagai ragam aktiviti serta persembahan pakaian jalur gemilang,” katanya.
31 Aug 18
1470
Kanak-kanak Teruja Menyambut Hari Kemerdekaan
Kanak-kanak Taska mendengar taklimat daripada guru mereka.KEMAMAN - Seramai 50 pelajar Taska Permata Perpaduan Kampung Gong Limau teruja menyambut hari kemerdekaan bersama penjaga dan ibu bapa.Pegerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Kampung Gong Limau, Harun Ali berkata, program taska pada hari ini melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun yang mula berarak sekitar kawasan kampung.“Perarakan sepanjang satu kilometer tersebut dibimbing oleh orang dewasa di kalangan guru-guru dan penjaga serta ibubapa.“Perarakan tersebut mengambil masa selama 30 minit, pihak taska menyediakan bendera kibar jalur gemilang kepada kanak-kanak untuk dikibar serentak menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Merdeka.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut hari kemerdekaan yang diadakan di Taska Permata Perpaduan Kampung Gong Limau, Kemaman hari ini.Menurut Harun Ali, program sambutan hari kemerdekaan ini merupakan kali pertama disambut di taska ini.“Semasa perarakan pagi tadi, ramai penduduk sekitar taska keluar dari rumah untuk menyaksikan perarakan kanak-kanak dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.“Saya melihat kanak-kanak kecil ini sudah tahu untuk menyanyikan lagu Negaraku dan tahu erti kemerdekaan.Ibu bapa juga turut memberi sokongan yang hebat kerana membuat baju menggunakan jalur gemilang untuk dipakai oleh anak masing-masing.Mengulas berkenaan program sambutan hari kemerdekaan, Harun Ali berkata, kerjasama antara KRT dan Pejabat Perpaduan Kemaman amat dihargai.“Turut diadakan pertandingan mewarna dan pakaian jalur gemilang yang unik serta penyampaian hadiah kepada pemenang.“Saya rasa bertuah kerana dapat menganjurkan aktiviti ini dan saya berharap program ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang,” katanya.
31 Aug 18
643
Padan Dengan Kibar Jalur Gemilang Sahaja?
Ustaz Hishamuddin menyampaikan tazkirah kepada hadirin. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Kibaran jalur gemilang sahaja tidak membawa apa-apa makna kepada kemerdekaan jika tidak disertai dengan azam dan perubahan diri.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, orang yang merdeka ialah mereka yang mencari jalan untuk menjadi manusia yang lebih berkualiti."Itulah makna merdeka untuk menghargai perjuangan mereka yang terkorban demi tanah air kita yang tercinta."Menekuni apa yang diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran, kita tidak akan merdeka jika diri dijajah dengan syaitan dan hawa nafsu."Al-Quran merakamkan berkenaan kisah politik dan penjajahan melalui peristiwa Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis."Ternyata Nabi Allah Sulaiman bukanlah penjajah, tetapi pembawa risalah yang membawa kesejahteraan kepada pemerintahan pada zaman tersebut," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika memberikan tazkirah dalam Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan, kelmarin (29 Ogos).Menurut Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, rakyat perlu berusaha gigih dan merasai betapa luasnya dunia, bukannya merasa sempitnya dunia."Ubahlah perangai dan mentaliti diri kita termasuk menjaga kebersihan tanah air."Negeri Terengganu di atas nama Darul Iman, 'hubbu wathan' (cintakan negara), marilah kita bersatu mempertahankan kedaulatan negara dan agama."Biar orang luar datang mulai saat ini merasai pakej pelancongan yang disediakan oleh rakyat negeri ini iaitu menjaga kebersihan dan bertanggungjawab."Baru betul kita sambut kemerdekaan," jelasnya.
31 Aug 18
37
Bekas Jaguh Lumba Motosikal Negara Dedah Hampir Kehilangan Dua Kaki
Wazi Abd Hamid berkongsi pengalaman beliau dalam arena sukan permotoran. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Hampir kehilangan dua kaki sewaktu perlawanan tidak menyebabkan bekas jaguh lumba motor negara, Wazi Abd Hamid berputus asa dari kariernya suatu ketika dahulu.Bagi pelumba yang pernah merangkul gelaran Juara Asia kategori 125cc pada tahun 1995, 1996 dan 2000, ianya suatu rekod yang dianugerahkan oleh Allah.Ditanya mengenai permasalahan berkaitan motosikal dan anak muda pada hari ini, beliau menyatakan bahawa anak muda sememangnya tidak dapat dipisahkan dari sifat sukakan cabaran."Apa yang terpenting adalah bagaimana cara kita menggunakan kemudahan dan minat yang ada."Kita terikat dengan undang-undang yang jelas-jelas untuk manfaat bersama tidak kira pengguna jalan raya yang lain bahkan kita sendiri."Maka, ikutlah apa yang baik buat diri kita dan orang lain," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan di Taman Shahbandar, kelmarin (29 Ogos).Sementara itu, tambah beliau, anak muda perlu mewarnai dunia permotoran khususnya anak Negeri Terengganu."Kita cukup berbangga dengan kejayaan pelumba motosikal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah di usia yang muda."Anak muda harus memberi sumbangan kepada negara dengan menceburi bidang sukan seumpama ini."Jangan berentap di jalan raya yang mengundang bahaya pada orang lain," jelasnya.
31 Aug 18
281