lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Delima Warrior Bersinar
Oleh : Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Delima Warrior muncul johan selepas menumpaskan Titian Baru B dalam perlawanan akhir anjuran Kelab Belia Kampung Titian Baru di Padang Bola Kampung Titian Baru, di sini, semalam.Kemenangan itu melayakkan Delima Warrior membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta piala iringan dan pingat emas, manakala Titian Baru B yang muncul naib johan menerima wang tunai sebanyak RM1,000 bersama pingat perak dan tempat ketiga dan keempat pula Kaki Lima FC dan CND Junior, masing-masing menerima wang tunai RM500 beseta pingat gangsa.Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah. Beliau yang juga ADUN Bukit Payung turut membuat sepakan mula sebagai gimik merasmikan perlawanan akhir itu.Mohd Nor turut mengucapkan terima kasih kepada Kelab Belia Titian Baru dan juga kepimpinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Titian Baru kerana berjaya menganjurkan perlawanan itu di samping dapat memupuk kerjasama berpasukan serta hubungan silaturahim sesama peserta dan pemimpin setempat. "Diharapkan MPKK dapat mengadakan banyak lagi program yang bermanfaat kepada penduduk sepertimana kejohanan bola sepak ini,” ujar beliau lagi.Perlawanan sepanjang dua hari bermula 31 Ogos disertai sebanyak 42 kumpulan yang bukan sahaja  dari DUN Bukit Payung, malah dari Dungun dan Kuala Terengganu.
01 Sep 18
161
Empty Image
Kemerdekaan Berlandaskan Agama
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN - Program Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru Kemasik, berlangsung meriah dengan penyertaan komuniti setempat dan sekitarnya.Majlis di Dataran Sabasun, Kampung Baru Kemasik, di sini, diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.Menurut Saiful, semua rakyat terutama penduduk DUN itu perlu mengambil iktibar daripada sejarah negara kita yang sudah 61 tahun mencapai kemerdekaan."Ingatlah, kemerdekaan yang sebenar adalah yang berlandaskan agama,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum melepaskan peserta perarakan, kira-kira jam 5.30 petang semalam.Program  bermula dari Dataran Sabasun, ke Bukit Kukuran dan berakhir di stesen Rantau Petronas di Kemasik.
01 Sep 18
45
Empty Image
Mahasiswa Manfaatkan Teknologi Maklumat Untuk Berdakwah
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT-  "Berikan sesuatu benda yang dapat membahagiakan kedua-dua ibu dan bapa," kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.Menurutnya, mahasiswa perlu memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat yang ada masa kini dengan menerokai laman ilmu yang berkaitan kehidupan sebagai pendakwah."Usrah perlu dicari dan diusahakan bagi membentuk kelompok usrah. Tujuan usrah bagi membentuk kehidupan beragama."Statistik rekod cacatan dari gerakan mahasiswa Islam mendapati kes juvana yang melibatkan pelajar IPT (istitusi pengajian tinggi) semakin bertambah,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bakal Mahasiswa DUN Jerteh, di Dewan Terbuka Gong Kemutong, di sini, semalam.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS), Ismail Abdul Rahman.Majlis ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada bakal mahasiswa supaya menjalani kehidupan beragama.Selain itu, Wan Azhar juga mahu supaya mahasiswa perlu berilmu agar komunikasi dan pertuturan sentiasa jelas serta dapat membimbing masyarakat Islam yang lain.Selain itu, Pihak Pejabat Penyelaras DUN Jerteh akan sentiasa berhubung dengan mahasiswa ketika berada di pusat pengajian tinggi agar tidak dipengaruhi anasir tidak baik serta golongan yang tidak bertanggungjawab.
01 Sep 18
42
Empty Image
Terengganu Johan Piala Presiden
Terengganu FC III penyumbang piala pertama untuk Terengganu baharu. KUALA TERENGGANU - Terengganu mendapat Piala Pertama dalam Kejohanan Bolasepak Piala Presiden selepas PAS mengambil alih teraju pemerintahan Pasca Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu.Serentak itu Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja khususnya para pemain pasukan bolasepak Terengganu FC III kerana berjaya menggondol Piala tersebut dalam pentas final di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, 29 Ogos lalu.Ucapan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dalam status facebooknya beberapa hari lalu.Katanya,  itu adalah piala pertama diperolehi dalam aktiviti sukan Pasca Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) di bawah kerajaan baharu.Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalannya,  Haji Hishamuddin Abdul Karim atas kejayaan itu.Haji Hishamuddin, pengurus dan 'team' jurulatih pasukan turut memberi sokongan padu kepada pasukan yang digelar 'Sang Penyu' itu pada malam perlawanan.Di pentas final itu  Terengganu FC III mengalahkan Kedah dengan dua gol berbalas satu,  untuk mempastikan piala kejohanan milik Sang Penyu.Terengganu FC III menyumbat gol ke gawang Kedah masing-masing melalui Mohamad Raimi di minit ke 13 dan Mohamad Samsul di minit ke 102 apabila perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.Manakala Kedah mendapat gol seawal minit ke dua melalui Aminuddin Abu Bakar. 
01 Sep 18
74
Empty Image
Awasi Kenderaan Anda
Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Masyarakat digesa supaya menekankan aspek keselamatan kenderaan terutamanya motosikal.Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu berkata, kes kecurian motosikal semakin berleluasa akibat kecuaian pemilik."Kita perlu sentiasa memastikan kenderaan berkunci tidak kira masa dan tempat."Lebih-lebih lagi pencuri sudah berani mencuri pada waktu siang.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan di Taman Shahbandar, kelmarin (29 Ogos).Menurutnya, kerajaan sudah menyediakan ruang parkir motosikal di tempat awam termasuk stesen bas dan sebagainya."Bahkan ada pengawal yang akan bertugas untuk menjaga dan mengawasi sesuatu kawasan."Namun, sangat mendukacitakan apabila ada segelintir pengguna yang tidak memanfaatkan kemudahan yang ada dengan meletakkan kenderaan di tempat yang mudah dicerobohi," ujarnya.Menyentuh tentang kemerdekaan, tambah beliau, kita harus menghayati dan mengambil pengajaran daripada sejarah lampau yang berlaku.Beliau turut mengingatkan anak muda bahawa jalan raya bukan pentas untuk beraksi."Patuhi undang-undang dengan sebaiknya dan sambutlah dengan semangat cintakan tanah air," jelasnya.
31 Aug 18
48
Empty Image
Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam IPT Gagas Lima Resolusi
Dr Maszlee Malik menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta dan penaja. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU - Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat Kebangsaan Kali Ketiga  2018 yang berakhir pada 29 Ogos 2018 di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) telah menggagaskan lima resolusi yang akan disampaikan kepada kerajaan pusat.Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, perkara paling penting menurut resolusi yang diadakan adalah kebimbangan mahasiswa terhadap cabaran mengekalkan kesucian akidah  Islamiyah dan kesyumulan Islam."Yang pertama adalah kepercayaan kepada Tuhan iaitu cabaran terhadap agama Islam."Kita perlu membina asas akidah yang mantap bagi menangani ancaman pemikiran (ghuzwatul fikr) dalam kehidupan melalui sistem pendidikan  yang merangkumi aspek kesyumulan insan berdasarkan kepada prinsip akidah yang berteraskan kepada manhaj ahli sunnah wal jamaah."Kita perlu mengangkat nilai hikmah dalam mengurus kepelbagaian dan perbezaan dengan mengambil semangat dakwah 'bil hikmah' melalui konsep dialog dan intelektual."Kita akan memperkasakan peranan Badan Bukan  Berkanun kerajaan (NGO) menerusi peruntukan dana khas yang bertujuan menjayakan agenda dalam mendaulatkan agama Islam sebagai agama persekutuan," ujarnya.Yang kedua ialah kesetiaan kepada raja dan negara iaitu konsep dan pandangan orang muda."Kita mesti menginsafi bahawa bidang pengajian sejarah adalah platform yang terbukti berjaya dalam memperkukuhkan kefahaman terhadap kenegaraan.Yang ketiga ialah keluhuran perlembagaan iaitu jaminan kestabilan negara."Kita akan menyegerakan tindakan-tindakan berkenaan kebebasan bersuara mahasiswa."Kemudian, menggesa kerajaan merangka dan melaksanakan perancangan ‘attirmative action’ kepada golongan B40  tanpa mengira kaum," katanya.Yang keempat ialah  kedaulatan undang-undang dan agama Islam."Kita akan menjenamakan semula  Akta Universiti  dan Kolej Universiti (AUKU 1971) berdasarkan  kepada kebebasan demokrasi dan sistem musyawarah."Yang kelima ialah kesopanan dan kesusilaan  iaitu lambang keutuhan perpaduan kaum."Kita hendaklah memperkasakan program kepimpinan berasaskan nilai murni yang berpaksikan kepada rukun negara," tambahnya.
31 Aug 18
142
Empty Image
16 Pasukan Berentap di Kejohanan Sepak Takraw Alur Limbat
Aksi terbaik dipamerkan untuk menjulang kejuaraan.MARANG - Sebanyak 16 pasukan turun mempamerkan aksi dalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Pusat Komuniti Kampung Tasek, semalam (31 Ogos).Ketua Penyelaras Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) DUN Alur Limbat, Mohd Effendi Ab. Razak,40, berkata, program itu dianjurkan sebagai pengisian sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.Mohd Effendi."Program ini adalah usaha memupuk perpaduan di kalangan penduduk setempat terutama anak-anak muda. "Kami menyasarkan penglibatan anak muda supaya mereka terdidik untuk mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah," katanya.Kejohanan itu berlangsung selama dua hari dan menawarkan hadiah berupa wang tunai RM500 serta medal untuk johan pertandingan.Manakala, naib johan bakal menerima wang tunai RM300 beserta medal, RM150 dan RM100 untuk tempat ketiga dan keempat.
31 Aug 18
140
Empty Image
Kawat-Ketengah Anjur Explore Race Sempena Festival Kenyir 2018
Peserta Explore Race yang menyertai program kali ini bergambar selepas majlis pembahagian hadiah.HULU TERENGGANU - Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) julung kali mengadakan Program Explore Race sempena Festival Kenyir 2018.Pengarah Program Explore Race Ketengah Kawat, Rozainah Zakaria berkata, objektif utama penganjuran adalah untuk mempromosi Tasik Kenyir melalui aktiviti yang dijalankan."Program yang menguji ketahanan mental dan fizikal itu  juga dapat merapatkan hubungan antara peserta dengan media melalui cara yang lebih menyeronokkan.“Melalui kerjasama dengan media, pengalaman yang diperoleh tentang produk pelancongan kita mungkin dapat ditonjolkan kepada orang ramai dengan perspektif yang berbeza," katanya ketika ditemui pemberita di Tasik Kenyir, Pengkalan Gawi, kelmarin (29 Ogos).Penganjuran kali ini turut mendapat hadiah berbentuk penginapan yang disumbangkan oleh Hotel Permai dan Hotel Primula.Kata Rozainah, pertandingan yang hanya mengambil masa sebulan dari segi perancangan, Explore Race  digarap dengan teliti supaya ia turut me­ngandungi elemen yang berkait rapat dengan ahli dan festival yang sedang berlangsung."Saya cukup berpuas hati dengan program kali ini dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ahli jawatankuasa Kawat yang bertungkus-lumus menjayakannya dalam masa yang terhad," ujarnya lagi.Mengulas lanjut, Rozainah berkata, dengan kejayaan penganjuran program tersebut diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.“Pihak kami mengalu-alukan  kerjasama daripada pelbagai pihak seperti sektor kerajaan dan swasta yang lain dan mampu membuka lebih peluang untuk pihak lain menyertai dengan pelbagai aktiviti yang menarik,” katanya.Rata-rata para peserta yang terbahagi kepada 17 kumpulan itu amat berpuas hati dengan program yang  telah disediakan pihak penganjur serta amat teruja kerana dapat menimba pelbagai pengalaman walaupun mengambil masa yang tidak lama.Sepanjang program tersebut berlangsung, para peserta berpeluang melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan seperti menjawab soalan, menyelesaikan teka silang kata, menangkap belut dan berswafoto sebagai tiket untuk mendapatkan cop pasport.Aktiviti-aktiviti yang memerlukan kerjasama dan sokongan ahli-ahli kumpulan itu telah dapat merapatkan lagi hubungan antara media dengan para peserta.Johan Explore Race, Kelek JB yang berjaya membawa pulang RM500 dan penginapan dua hari satu malam di Hotel PermaiManakala juara bagi Explore Race yang julung kali diadakan ini ialah kumpulan 'Kelek JB' yang berasal dari Jerangau Barat, Hulu Terengganu berjaya memenangi pakej bermalam dua hari satu malam di Hotel Permai dan wang tunai RM500.Ahli-ahlinya yang terdiri daripada Azizie Che Aziz,  Khairil Azmi  Dagang, Mohamad Amiruddin Jusoh dan Mohamad Razman Che Mat. telah berjaya mengutip  markah tertinggi pada kali ini.
31 Aug 18
129
Empty Image
Memperingati Jasa Ulama Dalam Perjuangan Kemerdekaan
Ustaz Kamaruzzaman Abdullah bertindak selaku moderator dalam Forum Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan. Foto - Abu UbaidahOleh : Adli MohamadKUALA TERENGGANU - Anak-anak muda digesa agar memperingati jasa ulama dalam memperjuangkan kemerdekaan.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) negeri, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, anak muda mesti menghargai dan merasai betapa susahnya detik-detik mencapai kemerdekaan."Kita berhimpun pada malam ini bagi mengembalikan nostalgia supaya anak muda khususnya merasai betapa susahnya mencapai detik-detik merdeka."Detik sukar mencapai kemerdekaan itu juga diperjuangkan oleh para ulama," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Malam Ambang Hari Kemerdekaan 2018 di Taman Shahbandar, Kuala Terengganu, semalam (30 Ogos).Majlis sambutan Malam Ambang Hari Kebangsaan 2018 itu telah dimulakan dengan Forum Gegar Ambang bersama pendakwah-pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haji Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Baharim.
31 Aug 18
48
Empty Image
Perkhemahan Mesra Harmoni Satukan Dua Kampung
Penduduk membina bangsal untuk bermalam di pantai.MARANG - Sempena Hari Kebangsaan 2018, penduduk Kampung Kelulut dan Kampung Bukit Kemas berkerjasama menganjurkan program Perkhemahan Mesra Harmoni berlangsung di Pantai Kelulut, Marang selama dua hari bermula kelmarin (29 Ogos).Pengarah program, Rosdi Ibrahim, 43, berkata penganjuran itu bertujuan mengeratkan hubungan penduduk kampung di samping menyemarakkan semangat kemerdekaan."Selain itu, ia adalah usaha memperkenalkan golongan muda kepada tradisi dan keharmonian generasi terdahulu.Rosdi Ibrahim."Perpaduan yang dikecapi dahulu harus diangkat kembali supaya ia dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang melangkaui fahaman politik, bangsa dan agama," katanya.Pelbagai permainan seperti tiup belon, galah panjang, bowling kelapa dan tarik tali diadakan melibatkan anak kecil dan dewasa.Paling menarik, sebanyak 50 bangsal daun kelapa dan lebih 20 buah khemah disediakan untuk peserta bermalam di pantai.Lebih 300 orang hadir memeriahkan program teraebut yang berakhir dengan gotong-royong membersihkan pantai hari ini.Galah panjang antara acara yang menjadi tumpuan.
31 Aug 18
113