Artikel "Semasa" Terkini
Aplikasi www.botpenambang.com Tingkat Perkhidmatan Bot Penambang
Bot penambang miliki kelainan tersendiri.KUALA TERENGGANU - Aplikasi www.botpenambang.com sedang dibangunkan untuk meningkatkan perkhidmatan bot penambang di Sungai Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Perarakan Jalur Gemilang Bot Penambang, Datuk Andri Aidham Ahmad Badri berkata, usaha itu dilakukan bagi memastikan bot penambang tidak pupus ditelan arus kemodenan."Bot penambang menjadi pengangkutan utama suatu masa dahulu dan merupakan lambang keikhlasan dalam memberi khidmat kepada masyarakat."Ia memiliki nilai tersendiri dan kita perlu mengangkat kembali ikon negeri Terengganu ini sesuai dengan masa kini," katanya.Beliau mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) Dah Jumpa! membina aplikasi tersebut bagi memudahkan pengunjung menggunakan bot penambang.Ruang dalam dengan dekorasi klasik mendamaikan."Kita mendapatkan kerjasama pengusaha pelancongan supaya menjadikan perkhidmatan ini salah satu aktiviti khusus dalam pelancongan."Laluan-laluan baru diwujudkan dan aspek keselamatan dinaik taraf. Selain itu, harga tambang juga akan diselaraskan," katanya.Bilangan bot penambang beroperasi merundum kepada 14 buah sahaja berbanding 20 buah pada tiga tahun lalu.Dijangkakan, aplikasi yang akan dilancarkan bulan hadapan dapat meningkatkan perkhidmatan bot penambang dalam industri pelancongan.Masjid Kristal antara laluan baharu yang disediakan.
03 Sep 18
617
Kerajaan Negeri Tambah Baik Perkhidmatan Bot Penambang
Bot penambang Jeti Seberang Takir.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri berhasrat meningkatkan mutu perkhidmatan bot penambang yang menjalankan operasi ulang alik di antara jeti Pasar Payang dan jeti Seberang Takir.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bot penambang memiliki nilai sentimental tersendiri kepada rakyat Terengganu.Ariffin Deraman."Nilai ini juga menjadi suatu tarikan kepada pelancong yang datang ke negeri. Oleh itu, kerajaan akan menilai keperluan- keperluan bagi menambah baik operasi pengusaha- pengusaha bot ini," katanya ketika ditemui dalam Program Perarakan Jalur Gemilang Bot Penambang Seberang Takir, baru- baru ini.Perarakan itu diadakan sempena meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 melibatkan 10 buah bot penambang.Perarakan itu turut menyusuri tempat tarikan pelancong seperti Taman Tamadun Islam, Pasar Payang, Masjid Kristal dan Pulau Duyong.Seramai 110 peserta terdiri daripada penduduk tempatan, pelancong, aktivis dan pelajar menyertai perarakan tersebut.
03 Sep 18
912
Hormati Keputusan Mahkamah- Dr Ahmad Samsuri
Dr Ahmad Samsuri (tengah) berkata sesuatu pada sidang media Majlis Perasmian Seminar kearifan Tempatan-Tekstil Serta Pelancaran e-Commerce Muzium Maya Dan Pelancaran Buku Kearifan Tempatan di Kompleks Muzium Negeri, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd NoorGolongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau mana-mana pihak yang tidak berpuas hati diingatkan supaya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu berhubung hukuman terhadap dua wanita hari ini selepas didapati bersalah kerana cuba melakukan hubungan sejenis baru-baru ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan yang dibuat berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 termaktub di bawah bidang kuasa mahkamah syariah di negeri ini.“Peraturan dan enakmen itu sudah ada dalam undang-undang Negeri Terengganu dan sebarang penguatkuasaan terhadap peraturan, undang-undang dan enakmen ini adalah perkara biasa yang perlu dilakukan.“Sebagai pentadbir sebuah kerajaan kita mendokong peraturan dan mana-mana yang dilihat satu tindakan yang salah mengikut enakmen, undang-undang dan peraturan haruslah diambil tindakan berasaskan kepada prinsip perundangan,” ujarnya sebagai mengulas mengenai pelaksanaan sebatan terhadap dua wanita itu yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar kearifan Tempatan-Tekstil Serta Pelancaran e-Commerce Muzium Maya Dan Pelancaran Buku Kearifan Tempatan di Kompleks Muzium Negeri, di sini, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman; Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Dato’ Kamarul Bahrin A. Kassim dan Pengarah Lembaga Muzium Terengganu, Che Muhammad Azmi Ngah.Dr Samsuri berkata, hukuman sebatan terhadap pesalah lesbian kali pertama yang dilaksanakan di Terengganu itu membuktikan bahawa tujuan sebenar hukuman dalam Islam bukanlah untuk memudaratkan, bukan juga untuk menzalimi tetapi ia merupakan proses pendidikan.“Di pihak kerajaan negeri peranan kita adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat dan bagaimana kita hendak menukarkan persepsi masyarakat terhadap hukuman ini yang bertujuan untuk mendidik.“Itulah antara prinsip yang perlu kita faham bahawa pihak berkuasa menjalankan hukuman berdasarkan kepada keputusan mahkamah dan kita perlulah menghormati keputusan dibuat begitu juga dengan pihak di luar sana,” ujarnya.Menurut beliau lagi, hubungan songsang sebegini perlu dibendung dan tidak wajar berlaku di negeri ini dan diharap hukuman tersebut akan menjadi pengajaran buat pesalah serta masyarakat.“Telah ada peraturan bahawa perkara yang dilakukan itu tidak boleh. Tentulah orang yang melakukan kesalahan mencari pelbagai alasan, apatah lagi perbuatan yang dibuat itu bertentangan dengan hukum agama, adat, budaya dan masyarakat,” ujarnya lagi.
03 Sep 18
79
Daurah Al Quran Tampil Ulama Sheikh Dr Ahmad Isa
Kerajaan negeri akan menganjurkan Daurah al-Quran Pendakwah Terengganu Bersama Sheikh Dr Ahmad Isa Al Ma’Sarawi bertujuan mendekatkan masyarakat dengan al-Quran.Program yang akan berlangsung pada 16 September bertempat di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu itu bakal menampilkan ulama al-Quran terkenal dunia iaitu Dr Ahmad Isa.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah, berkata, pihaknya sengaja memilih tarikh 16 September di mana sama tarikh dengan program Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat.Katanya, pendekatan itu memudahkan orang ramai terutama pengunjung dan peserta dari luar Terengganu dan luar negara turut mengunjungi program daurah al Quran yang penuh berilmu dan bermanfaat.“Walaupun program itu berlangsung hanya 4 jam iaitu bermula jam 2 petang, pelbagai manfaat dan pengkogsian ilmu diperoleh peserta dan pengunjung, Orang ramai dijemput hadir pada program yang julung kali diadakan itu, “ katanya.
02 Sep 18
124
Telaga Mengkudu Muncul Juara ‘Libas’
Ustaz Ariffin Deraman (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut. Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU - Pasukan Telaga Mengkudu ‘A’muncul juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Piala Yang Berhormat Ustaz Ariffin Deraman bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500, medal dan piala kejohanan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau melihat semangat anak muda yang tinggi sama ada pemain mahupun penyokong."Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang pertandingan kejohanan sepak takraw."Pertandingan seperti ini bukan untuk mencari siapa yang lebih hebat tetapi untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Piala Yang Berhormat Ustaz Ariffin Deraman bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Tasek, kelmarin (1 September).Sebanyak 16 pasukan berentap dan perlawanan dibuat dalam bentuk liga.Kejohanan tersebut berlansung selama 2 hari iaitu pada hari Jumaat 31 Ogos sehingga 1 september 2018.Sementara itu, urusetia kejohanan tersebut, Zulhelmi berkata, kejohanan ini adalah program anjuran biro belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Alur Limbat dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tasek.
02 Sep 18
255
200 Penerima E-Kasih Terima Sumbangan
Ustaz Sharizukirnain (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada peserta e-Kasih.Oleh: Abd MuhaiminSETIU - Lebih 200 orang penerima e-Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri menerima sumbangan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan di Dewan Kompleks Tarbiyah Lukman Nul Hakim (KTLH) Guntung Luar, kelmarin (1 September).Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Sharizukirnain Abdul Kadir berkata, program seperti ini wajar diteruskan tanpa mengira fahaman politik, akan tetapi kita juga mengambil kira tahap kelayakan sebenar penerima agar tidak ada golongan yang berhak yang tercicir."Penerima sumbangan pada hari ini terdiri daripada golongan fakir miskin yang sebahagiannya pernah menerima sumbangan ketika pemerintahan kerajaan terdahulu."Kita cukup komited untuk menyalurkan segala sumbangan daripada kerajaan negeri untuk rakyat Negeri Terengganu."Panjatkan syukur pada Allah dan kuatkan hubungan kita kepadaNya."Jangan hanya semata-mata bergantung dengan bantuan dan pemberian dari mana-mana pihak."Sesungguhnya tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan di Dewan Kompleks Tarbiyah Lukman Nul Hakim (KTLH) Guntung Luar, kelmarin (1 September).Sementara itu, Pegawai Khas Penyelaras DUN Permaisuri, Arman Nulamir Abdul Wahab berkata, beliau meminta ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang telah dilantik supaya jujur serta amanah dalam memilih peserta e-Kasih agar matlamat utama program ini sampai kepada sasaran yang sebenar."Insya-Allah bagi pihak Penyelaras DUN Permaisuri, kami akan cuba menyelesaikan permasalahan dengan sewajarnya," ujarnya.Setiap peserta menerima sumbangan barangan keperluan harian.
02 Sep 18
175
Dokong Bersama Hasrat Kerajaan Negeri: Dr Alias Razak
Dr Alias Razak berucap kepada hadirin dalam majlis tersebut.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS - Manifesto Kerajaan Negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu tidak akan tercapai tanpa kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan di semua peringkat termasuklah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) peringkat cawangan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, semuanya perlu bertindak selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk melihat segala manifesto yang dijanjikan tertunai dan dapat dinikmati oleh rakyat Terengganu tanpa mengira latar belakang politik.Beliau turut mengulas berkenaan beberapa janji manifesto kerajaan negeri antaranya adalah rumah mampu milik, lesen motosikal percuma, kad Sejahtera, wad kelas 3 percuma, peluang pekerjaan dan pembiayaan perumahan oleh kerajaan negeri bagi pemohon yang layak."Sebahagaian manifesto tersebut ada yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri umpamanya pemberian 20 meter padu air percuma kepada yang layak, karnival kahwin percuma dan lain-lain lagi."Terdapat juga manifesto yang dalam proses pelaksanaan dan insya-Allah akan ditunaikan daripada semasa ke semasa dalam tempoh 5 tahun ini."Di samping itu, kerajaan negeri juga menyediakan biasiswa bagi pelajar-pelajar cemerlang yang menyambung pengajian di peringkat universiti dan pengajian tinggi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penubuhan empat cawangan PAS yang baru dalam dua majlis yang berbeza, masing-masing di Kompleks Tarbiyyah Darul At Taqwa (KOMTAQ), Paya Lima Amas, Batu Enam dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bukit Tok Ris, Bukit Tunggal.Cawangan baru yang ditubuhkan ialah Cawangan PAS Paya Lima Amas, Cawangan PAS Taman Perumahan Bukit Tunggal, Cawangan PAS Taman Perumahan Bukit Datu dan Cawangan PAS Seberang Tuan Chik Haji.Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berharap agar masyarakat menjauhi segala jenis masalah sosial seperti penagihan dadah dan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang kian meruncing mutakhir ini."Perkara ini bukan sahaja mengundang kemurkaan Allah malah menyebabkan tersebarnya penyakit yang menular seperti HIV dan seumpamanya," katanya.
02 Sep 18
1040
SMK Sultan Ahmad Johan Perbarisan Hari Kebangsaaan Ke-61
Pemenang Hadiah Kategori Ketua Perbarisan Terbaik (kanan) menerima hadiah dari Tengku Muhammad Ismail (tengah).- Foto Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Perbarisan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Terengganu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000 dan Piala Kejohanan.Serentak itu, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan itu dan pemenang-pemenang yang lain di Dataran Batu Burok, di sini, kelmarin (31 Ogos).Sementara itu, Ketua Pasukan Pancaragam PKBM SMK Seri Nering dinobatkan sebagai Ketua Perbarisan Terbaik 2018 dengan membawa pulang hadiah bernilai RM500, Piala dan Sijil.Bagi Ketagori Sekolah Menengah Tidak Beruniform, SMK Sultan Ahmad mendapat tempat pertama dengan membawa hadiah kemenangan bernilai RM4 Ribu, Piala dan Sijil.Sementara SMK Belara tempat kedua dengan membawa hadiah kemenangan bernilai RM2 Ribu dan Sijil manakala SMK Seri Nilam mendapat tempat ketiga membawa hadiah bernilai RM2 Ribu dan Sijil.Bagi Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform pula tempat pertama disandang oleh Kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, Pejabat Daerah dan Tanah Setiu (kedua), Pejabat Daerah dan Tanah Besut (ketiga).Johan Badan Berkanun Tidak Beruniform (kanan) menerima hadiah dan piala dari Tengku Muhammad Ismail (tengah).Untuk Badan Berkanun Tidak Beruniform, tempat pertama dimenangi oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Yayasan Islam Terengganu (kedua) dan Yayasan Terengganu (ketiga).Jabatan Kerajaan atau Badan Berkanun, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta Beruniform, tempat pertama, Kesatria Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (kedua) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (ketiga).Bagi Kategori Swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan IPT tidak beruniform tempat pertama, PETRONAS, Universiti Malaysia Terengganu (kedua) dan TATIUC (ketiga).Manakala Pasukan Sekolah Menengah Beruniform Sekolah, tempat pertama PKBM (Darat) SMK Seri Nering, Kadet Polis SMK Sultan Sulaiman (kedua) dan PKBM (Darat) SMK Ibrahim Fikri (ketiga).Bagi Ketegori Pancaragam Sekolah, tempat pertama SMK Sultan Sulaiman, SMK Chung Hwa Wei Sin Kuala Terengganu (kedua) dan Pasukan Elit SMK Lembah Bidong (ketiga).Tujuh Kategori dipertandingkan dengan penglibatan 84 pasukan dan penyertaan seramai 3262 peserta. Sebanyak 22 pasukan lain tidak menyertai pertandingan tersebut.
02 Sep 18
890
SST Tidak Selesai Masalah Rakyat
Oleh: Noor Safinah MohdKUALA TERENGGANU – Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak menyelesaikan masalah rakyat. Sebaliknya, kos sara hidup dan harga barangan masih lagi meningkat dan membebankan rakyat, kata Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurutnya, sesiapa sahaja boleh melaksanakan sesuatu sistem yang lain tetapi persoalannya adakah ia dapat menyelesaikan masalah asas kepada rakyat iaitu kos sara hidup dan harga barangan yang semakin meningkat."Apa yang paling penting setiap pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk memastikan berlakunya pengurangan kos sara hidup. Bukan sekadar melakukan perubahan semata-mata tetapi ia masih sama,” kata beliau selepas melancarkan acara 10 Ribu Langkah Kemerdekaan di Surau Al-Hikmah, Padang Midin, di sini, semalam.Menteri Besar turut merasmikan Karnival Perkampungan Ilmu sempena penubuhan 30 tahun Surau Al-Hikmah Padang Midin.Program tersebut turut menampilkan beberapa personaliti dakwah dari seluruh Malaysia seperti Ustaz Ahmad Syukri Yusof, Ustaz Dr Zamri dan Ustaz Haslin Bollywood.Dalam pada itu, Dr Samsuri berkata, kerajaan hari ini sepatutnya memberi tumpuan utama kepada langkah untuk mengawal dan menurunkan harga barangan berikutan isu masa kini, harga barangan begitu mudah meningkat berbanding sebaliknya.Menurut beliau lagi, PAS sendiri mencadangkan pemansuhan GST dan berharap kerajaan mempertimbangkan untuk melaksanakan cukai dalam bentuk yang lain sekali gus tidak membebankan rakyat. "PAS telah memperkenalkan Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham dalam manifesto pilihanraya yang lalu sebagai alternatif kepada cukai sebelum ini,"kata beliau lagi.
02 Sep 18
156
Keropok Ikan Omaf Turun Harga
Nor Hasnaa Kamilah bersama produk keropok ikan berjenama OMAF keluaran syarikat miliknya Sempurna A-Nad Marketing,Produk keropok ikan berjenama Omaf yang memulakan operasi pada 2015 mengambil langkah berani dengan menurunkan harga barang bagi kesemua pelbagai perisa produk keluaran syarikatnya bermula 1 September ini.Pemilik syarikat Sempurna A-Nad Marketing, Nor Hasnaa Kamilah Mohd Dalim, 28, berkata keputusan menurunkan harga kesemua jenis produk sesuai dengan keadaan ekonomi semasa dan mengambil saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin rakyat supaya berjimat cermat.Katanya, antara produk keluarannya yang mendapat sambutan ramai kini ditawarkan dengan harga baharu hanya RM1.50 sebungkus, berbanding harga runcit yang lama RM2.00."Pendekatan ‘win win situation’ ini juga bertujuan untuk menghargai pelanggan tetap yang menggemari produk keropok ikan kami. Saya harap dengan semangat dan pendekatan ini, pelanggan atau pengguna domestik terutamanya lebih mengutamakan dengan membeli produk tempatan yang terjamin kualiti dan kebersihannya."Kilang Anad Marketing juga telah mendapat pengiktirafan Sijil MeSTI (makanan selamat tanggungjawab industri) dan dalam proses pengiktirafan halal daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia),"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Nor Hasnaa berkata, kualiti keropok ikan pelbagai perisa yang dikeluarkan oleh syarikatnya adalah daripada isi ikan yang segar dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi bagi memastikan produk berkenaan tidak mudah rosak dan tahan lama.Katanya lagi, pada masa kini, beberapa barangan mentah yang diterima dari pembekal sudah semakin murah, sekali gus memberi kelegaan kepada sektor pembuatan seperti syarikatnya untuk meminimakan kos operasi syarikat."Tapi kena tunggu dan lihat beberapa hari lagi untuk lihat jumlah sebenar barangan yang turun harga selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula hari ini (1 September),"katanya.
01 Sep 18
780