Artikel "Semasa" Terkini
Ambil Iktibar Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW
KUALA TERENGGANU - Umat Islam harus mengambil pengajaran daripada peristiwa hijrah yang menyaksikan Rasulullah SAW menempuh pelbagai dugaan demi menegakkan syiar Islam.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali berkata, selain kecekalan Rasulullah SAW, semangat perpaduan yang ditunjukkan umat terdahulu harus dijadikan contoh masyarakat Islam di negara ini. “Bersesuaian dengan tahun baru Hijrah ini maka kita perlulah mengambil iktibar dan merenung kembali peristiwa hijrah Rasullullah SAW dari Makkah ke Madinah.“Bagaimana baginda dan para sahabat bersusah payah berkorban dan berjuang untuk menegakkan agama Allah SWT di mana asas utamanya, umat Islam mesti bersatu dan jangan berpecah,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, semalam.Justeru katanya, bersempena dengan ketibaan 1 Muharram 1440H ini, beliau ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada diri sendiri serta seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khususnya untuk menanam keazaman dan komitmen bagi melakukan perubahan ke arah yang lebih baik khususnya di dalam soal mentadbir dan memajukan negeri seiring dengan kehendak rakyat seterusnya mendapat keredhaan Allah SWT.“Ini juga merupakan suatu keazaman kerajaan baharu supaya dengan Sambutan Maal Hijrah ini kerajaan akan lebih bersungguh melaksanakan perintahNya.“Dengan motto Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera, rakyat diharap turut bersama menjadikan Terengganu lebih ke depan berbanding negeri lain dari segi kemajuan, mendapat keberkatan Allah dan rakyat mendapat sejahtera daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan,” ujarnya.Katanya, seluruh ADUN juga diharapkan dapat bersatu dan lebih komited untuk melaksanakan perkara yang diputuskan dalam DUN supaya Terengganu menjadi sebuah negeri Darul Iman dalam erti kata yang sebenar.
06 Sep 18
467
Pelan Pembangunan Bola Sepak Terengganu Berhasil
Foto : Harish FadzillahKUALA TERENGGANU – Kejayaan pasukan Terengganu Football Club (TFC) III menjuarai Piala Presiden 2018 dan pasukan TFC IV sebagai Naib Johan Piala Belia 2018 membuktikan bahawa Pelan Pembangunan Bola Sepak Terengganu berada pada landasan yang betul.Ianya juga membuktikan kesinambungan program pembangunan pemain muda dalam menyediakan pemain pelapis yang berkualiti untuk diserapkan ke pasukan utama negeri pada masa hadapan.Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, jawatankuasa teknikal dan pembangunan PBSNT yang bertanggungjawab mengurus pembangunan bola sepak negeri ini akan terus memantau dan memastikan program yang dilaksanakan adalah tersusun serta sistematik.“PBSNT di bawah kepimpinan YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selaku presiden akan terus menyokong dan menyusun langkah proaktif dalam menghadapi saingan di masa hadapan.“Selain itu juga aspek yang paling penting iaitu kebajikan para pegawai dan pemain amat diutamakan terutamanya gaji, masalah kecederaan dan urusan lain yang berkaitan.“Agar mereka dapat memberi focus untuk mencapai sasaran sekaligus memberi kebanggaan kepada seluruh peminat bola sepak Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika di Majlis Kesyukuran meraikan pasukan Piala Presiden TFC III dan Piala Belia TFC IV di Permata Ballroom, Permai Inn, di sini, kelmarin (4 September).Sehubungan dengan itu, berhubung dengan tohmahan di dalam media sosial menyatakan PBSNT tidak menyediakan urusan logistik bagi beberapa perlawanan terbaru adalah tidak tepat dan tidak benar.“Komitmen pengurusan dalam hal ini amat diutamakan untuk memastikan pasukan sentiasa fokus.“Prestasi pasukan TFC dalam kancah Piala Malaysia amat baik dan berharap agar peminat memberikan sokongan terus dari segi moral dan semangat serta beramai-ramai turun ke stadium memberi sorakan,” ujarnya.Justeru itu, beliau berharap agar perancangan yang dibuat ini akan membuahkan hasil yang positif terhadap perkembangan bola sepak negeri.
06 Sep 18
45
300 Anak Pokok Ditanam Di Hutan Simpan Tembat
Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan) JPNT, Nor Lokman Muhamad Nor@Fakru, menanam anak pokok sebagai gimik program di PL7 Hutan Simpan Tembat, hari ini.HULU TERENGGANU - Fasa terakhir bagi memperkasakan kempen Inisiatif Hijau sempena penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 (KL2017), di beberapa kawasan di bawah Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) bermula September ini sehingga Februari depan melibatkan sejumlah 1,670 anak pokok.Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) mendahului aktiviti menanam anak pokok di kawasan PL7 Hutan Simpan Tembat, Greater Taman Negara, Terengganu yang turut dijayakan Landskap Malaysia, sebagai Rakan Inisiatif Hijau manakala SCGM Berhad (Rakan Hijau Rasmi) dan Tenaga Nasional Berhad pula adalah penaja bersama program ini.Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan) JPNT, Nor Lokman Muhamad Nor@Fakru berkata, program itu merupakan kesinambungan dari program penanaman pokok bersama pemenang pingat emas Malaysia yang dilancarkan pada 2 November 2017."Ini merupakan fasa keempat dan pada kali ini melibatkan baki 5,010 pokok yang akan ditanam di beberapa kawasan CFS dan melibatkan tiga buah negeri iaitu Kelantan, Perak dan juga Terengganu."Program pada kali ini menyaksikan 1,670 pokok bakal ditanam di kawasan Hutan Simpan Tembat dengan permulaan pada hari ini adalah sebanyak 300 pokok."Antara pokok yang ditanam adalah Parkia speciosa a(Petai), Sandoricum koetjape (Sentul), Syzygium jambos(Jambu Mawar), Pangium edule(Kepayang) dan pelbagai lagi yang dibahagikan kepada tiga fasa penanaman iaitu bulan September, Oktober dan Februari 2018," katanya kepada pemberita di program penanaman pokok ' 1 Pingat, 1 Pokok' di Kuala Berang, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Eksekutif Landskap Malaysia, Dr. Tajang Jinggut dan hampir 150 sukarelawan.Nor Lokman berkata, anak-anak pokok ini akan ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang dibina untuk membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan tersebut dengan selamat."Kawasan ini merupakan koridor ekologi penting yang menyaksikan pergerakan lintasan yang tinggi bagi haiwan liar seperti gajah dan harimau."Secara ringkasnya, CFS merupakan satu pelan jangka panjang yang bertujuan untuk memelihara, memulihara dan meningkatkan penyambungan koridor ekologi di antara empat kompleks hutan utama yang terpisah di Semenanjung," ujarnya.
06 Sep 18
352
'Terima Kasih Kelantan'
Wan Sukairi yang mewakili kerajaan negeri menerima sumbangan cek daripada Kerajaan Kelantan yang diwakili Tuan Mohd Saripuddin di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan Terengganu berterima kasih kepada kerajaan Kelantan di atas bantuan kewangan RM50,000 untuk membantu rakyat negeri ini yang terjejas akibat bencana ribut.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihak kerajaan negeri menghargai bantuan yang dihulurkan itu bagi meringankan bebanan mangsa."Mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan yang telah menghantar wakil bagi menyerahkan sumbangan ini yang akan disalurkan terus kepada Tabung Darul Iman bagi membantu mangsa ribut,” katanya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di majlis penyerahan sumbangan tersebut, di Wisma Darul Iman, hari ini.Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail telah menyerahkan sumbangan cek bernilai RM50,000 kepada Kerajaan Terengganu yang diwakili oleh Wan Sukairi.Terdahulu, Kerajaan Kelantan melalui Menteri Besarnya, Dato' Ahmad Yakob mengumumkan perkara itu susulan melihat kepada beberapa daerah di negeri ini yang dilanda ribut.Menurut Wan Sukairi, beberapa daerah di negeri ini dilanda ribut besar beberapa hari lalu dan menyebabkan banyak berlaku kerosakan."Daerah paling teruk terjejas adalah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang," ujarnya.Difahamkan, lebih 1,800 rumah dan lebih 30 sekolah, terjejas akibat ribut kali ini.
06 Sep 18
77
Lapan Mangsa Kebakaran Tinggal Sehelai Sepinggang
Keadaan dua buah rumah yang hangus terbakar di Kampung Kekabu, Marang pagi tadiMARANG - Seramai lapan orang mangsa daripada dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Kekabu, Marang, Terengganu musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.Punca kejadian dipercayai dari kipas angin yang tidak ditutup suisnya dari salah sebuah rumah terbabit.Menurut salah seorang mangsa, Norhafida Shamsudin , ketika kejadian jam 9.40 pagi itu, dia berada di ladang sayur tidak jauh dari rumahnya."Suami saya tiada di rumah kerana keluar bekerja dan yang ada cuma anak lelaki yang berumur empat tahun berada di rumah sementara seorang lagi anak yang berumur lapan tahun berada di sekolah pada ketika itu."Masa kejadian berlaku, anak saya berumur yang empat tahun duduk dalam rumah seorang diri dan apabila dia tengok api menyala dalam bilik abangnya, dia terus panggil saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini (5 September).Tambahnya, dia bergegas pulang ke pulang ke rumah namun tidak sempat menyelamatkan apa-apa kerana api sedak marak.Sementara itu, suami Norhafida, Hasbullah Bakar, yang bekerja di sebuah bengkel di Bandar Marang hanya mengetahui kebakaran setelah mendapat panggilan telefon dari isterinya.Seorang lagi mangsa yang ditemui, Adi Ahmad Awang berkata, dia tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya terfikir untuk menyelamatkan isteri dan dua orang anaknya."Masa kejadian tu saya tengah tidur, tiba tiba saya dengar sesuatu meletup dari bilik sebelah kemudian letupan di atas bumbung, terus saya bangun kejutkan anak-anak dan bawa mereka keluar," ujarnya.Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Terengganu dan Wakaf Tapai bersama 20 anggota tiba lima belas minit kemudian dan mendapati api sedang marak membakar dua buah rumah kayu setingkat itu.Pasukan bomba mengambil masa hampir setengah jam bagi mengawal kebakaran dari merebak ke rumah berhampiran.Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
05 Sep 18
55
Bekas Penagih Dadah, Jangan Tinggal Solat
Cikgu Alias Harun (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada OKP sewaktu ziarah.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Solat yang menjadi perintah Allah mendidik jiwa manusia supaya dapat mencegah perbuatan mungkar dan memperbanyakkan amal kebaikan. Maka, solat tidak boleh ditinggalkan oleh sesiapa pun yang beragama Islam.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun berkata, kita harus mengekang nafsu dari menguasai diri.“Biasakan diri solat berjemaah di surau atau masjid supaya tidak kembali ke kancah dadah dan maksiat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada bekas-bekas penagih dadah yang diistilahkan sebagai Orang Kena Pulih (OKP) ketika kunjungan ke rumah mereka sempena Program Ziarah Sejahtera di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, baru-baru ini (2 September).Menurut Cikgu Alias Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, program tersebut amat baik dan membuktikan mereka berpotensi dan mampu untuk pulih sepenuhnya dengan usaha yang gigih.Sementara itu, Ketua Daerah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun, Roslina Awang berkata, program ini adalah kerjasama antara AADK, Jawatankuasa Pemulihan Daerah Dungun (JKPD) dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.“Yang Berhormat sendiri turun padang berjumpa dengan OKP yang masih di bawah pengawasan AADK dan yang telah tamat tempoh”, jelasnya.Program ziarah berkala ini bertujuan untuk memantau kes-kes pengawasan OKP.“Masih ramai yang sayang kepada mereka."Kali ini, sebanyak empat buah rumah OKP sekitar Tanjung Jara, Kampung Baru Kuala Abang dan Pulau Serai telah dilawati," tambahnya.
05 Sep 18
97
Gangsa Jadi Sandaran Pasukan Squash SUKMA: Ustaz Muhammad Khalil
Ustaz Muhammad Khalil (tengah) bersama 'anak angkat' pasukan skuasy Negeri Terengganu.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu mensasarkan pasukan skuasy negeri bakal merangkul pingat gangsa sekurang-kurangnya dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, walau bagaimanapun pasukan tersebut diharapkan dapat memperoleh pingat perak atau emas di dalam acara individu mahupun berkumpulan.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Temu Mesra Antara “Bapa Angkat” dengan atlet-atlet sukan squash di Pusat Sukan Universiti Malaysia Terengganu, kelmarin (4 September).Menurut Ustaz Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, persiapan pasukan squash negeri sudah berada di kemuncaknya dan menunjukkan bahawa mereka begitu bersemangat dan mempunyai cita-cita yang begitu tinggi untuk bertanding di SUKMA nanti.“Alhamdulilah, saya bersyukur kerana dapat bersama-sama pasukan squash negeri yang berjumlah seramai sembilan orang termasuk pengurus dan pemain-pemain," katanya.Beliau mendoakan agar skuad squash terus bersemangat di dalam latihan dan mencapai target yang diimpikan."Saya doakan kontijen Negeri Terengganu akan dapat mencapai satu keputusan yang lebih baik daripada sebelum ini kerana Negeri Terengganu dalam sejarah SUKMA telah empat kali menjadi juara keseluruhan," ujarnya.Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Pegawai-pegawai Majlis Sukan Negeri Terengganu.
04 Sep 18
763
Kerajaan Komited Sediakan RM10 Juta Tabung Usahawan
Mohd Nurkhuzaini menyampaikan ucapan kepada hadirin. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM10 juta bagi membantu para usahawan di negeri ini sebagaimana janji manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, janji kerajaan negeri untuk mewujudkan tabung usahawan sebanyak RM10 juta setahun akan direalisasikan.Ianya suatu jumlah besar yang belum pernah diperuntukkan kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di masa lalu.“Jadi, ini juga satu cabaran untuk YPU melangkah maju jauh ke depan kerana prasarana sedang dan akan berada di depan kita. Macam mana kita nak gunakan sepenuhnya peruntukan yang ada ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Bersama Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Usahawan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 di Sumai Hotel pada Isnin, 3 September.Namun, kata Mohd Nurkhuzaini, Kerajaan Negeri Terengganu tidaklah menjanjikan jumlah peruntukan RM10 juta itu dalam tempoh 100 hari pemerintahannya. “Tapi kita taklah janji untuk adakan RM10 juta dalam masa 100 hari sebab, kita (kerajaan) telah mengkaji nak buat benda-benda ini kena buat kajian dulu, dengan (tempoh) 100 hari ini tak cukup untuk cari dana RM10 juta tetapi dalam tempoh yang ada sekurang-kurangnya satu penggal," ujarnya.Tambah beliau, peruntukan sebanyak RM10 juta itu bakal dibawa masuk dalam Belanjawan (Bajet) 2019 kelak dan jika kewangan mengizinkan akan diluluskan. Sehubungan itu, kerajaan hanya akan mengumumkan perkara yang benar mengikut kemampuan kewangan negeri agar tidak mengecewakan rakyat.“Ini komitmen kita dan kita akan beritahu apa yang ada di alam nyata, bukan bulan dan bintang kita janjikan. Kita tidak mahu suatu hari kita akan tarik balik perkara-perkara sedemikian yang menyecewakan rakyat.“Hari ini pun rakyat tanya bila RM10 juta nak ada ni? Jadi jangan kita mengecewakan rakyat kita, kebanyakan mereka cerdik belaka. “Jangan kita jadikan harapan orang itu pada satu masa dan saat boleh diabaikan begitu mudah dengan persoalan-persoalan yang menyalahkan orang itu orang ini,” jelasnya merujuk kepada janji-janji Pakatan Harapan.
04 Sep 18
33
Terengganu Komited Selesai Isu Tanah Sawah Terbiar
Komited selesai isu tanah terbiat-Dr Azman- Foto oleh Saiful MustafaKerajaan negeri komited menyelesaikan isu tanah sawah terbiar di kawasan Jelapang Padi, Setiu dengan menambah kira-kira 400 hektar kawasan penanaman padi baharu berbanding 335 hektar sebelum ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata difahamkan kawasan kira-kira 400 hektar itu sudah pun dibersihkan, dibajak dan membina sistem pengairan oleh kerajaan sebelum ini membabitkan peruntukan RM46 juta.Katanya, tetapi malang, kawasan itu tidak dimanfaat sepenuhnya dan dibiarkan tanpa sebarang tanaman.“Oleh itu, kerajaan negeri melalui pihak berkaitan akan menyelesaikan masalah itu sebaik mungkin dengan mencari pelbagai alternatif dan kaedah terbaik supaya kawasan tidak dibiarkan kosong.“Perkara ini berlaku mungkin disebabkan keadaan tanah lembut , mudah mendap dan terdedah kepada banjir, jadi sukar untuk jentera padi melakukan kerja-kerja bercucuk tanam,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita, di pejabatnya, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Dr Azman turut memberitahu sebagai langkah panjang, kawasan itu akan dibina pam air sebagai langkah menstabilkan keadaan tanah sawah. “Sekiranya apa yang dirancang itu berjaya, pastinya lebih ramai penduduk setempat dapat menambah pendapatan dengan pengeluaran padi yang dijangka kira-kira 1.5 metrik tan setahun,”katanya .
04 Sep 18
205
RM100 Juta Diperlukan Untuk Pengairan Empangan Paya Peda
Dr Azman Ibrahim berucap dalam majlis tersebut. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Peruntukan RM100 juta diperlukan untuk projek pengairan Empangan Paya Peda di Hulu Angga, Jerteh.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, peruntukan tersebut untuk pembinaan tali air utama sepanjang 30 kilometer.Katanya, penambahbaikan tali air sedia ada sepanjang 10 kilometer supaya air yang dikumpulkan di Empangan Paya Peda dapat dialirkan untuk membekalkan pengairan ke kawasan padi."Kawasan padi di Terengganu 80 peratus keluasannya berada di Besut dan Setiu dengan kawasan yang berada di bawah rancangan pengairan air Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Ketara seluas lima ribu hektar adalah penyumbang utama pengeluaran padi di negeri ini.“Rancangan Ketara fasa dua dengan tambahan kira-kira lima ribu hektar kawasan padi untuk menjadikan 10 ribu hektar keluasan keseluruhannya telah berada dalam maklumat.“Empangan Paya Peda yang dibina dengan kos RM450 juta yang dikira mempunyai kemampuan untuk membekalkan pengairan kepada 10 ribu hektar kawasan penanaman padi,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Kunjungan Delegasi Menteri Pertanian di Tingkat 18, Wisma Darul Iman pada Ahad, 2 September.Katanya, walaupun pembaikian Projek Low Weir Pengkalan Nangka telah siap yang menelan kos RM34 juta, namun masih belum mampu mengairi kira-kira 1,000 ekar ke kawasan penanaman padi.Tambahnya, kawasan penanaman padi di Pengkalan Nangka memerlukan RM20 juta untuk menaik taraf tali air utama.“Kawasan penanaman padi Pengkalan Nangka sudah terbiar tidak diusahakan sejak lebih enam tahun lalu ekoran daripada kerosakan Empangan Low Weir Pengkalan Nangka. “Kita amat berharap supaya projek ini dapat diteruskan dengan secepat mungkin supaya kira- kira 1,000 ekar kawasan penanaman padi Pengkalan Nangka dapat diusahakan semula,” jelasnya.
04 Sep 18
381