Artikel "Semasa" Terkini
Maal Hijrah: Kembali Kepada Hukum Hakam Pemerintahan Islam
Haji Hanafiah Mat.Oleh: Khairul AzlamKUALA TERENGGANU - Hukuman rotan (sebatan) yang dikenakan kepada pesalah pasangan lesbian baru-baru ini diharapkan menjadi hukuman yang boleh diterima sekaligus menyedarkan masyarakat Negeri Terengganu khususnya bahawa pentingnya kembali kepada hukum-hakam pemerintahan Islam.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat berterima kasih kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, yang beberapa hari lalu telah melaksanakan sebahagian kecil Undang-undang Islam atau Takzir.Menurutnya, beliau mengharapkan seluruh masyarakat dapat berganding bahu bersama kerajaan negeri demi kesejahteraan semua."Tema Maal Hijrah pada kali ini ialah “Menyantuni Ummat, Membawa Rahmat” di mana, awal Muharram merupakan hari bersejarah Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah."Baginda Rasulullah SAW telah berjaya menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang berlandaskan Al-Quran, Hadis, Ijma’dan Qias."Maka, mengambil ibrah Maal Hijrah pada tahun ini, insya-Állah kerajaan akan melaksanakan pemerintahan selaras dengan perintah Allah SWT."Sehubungan itu, saya mengharapkan bahawa seluruh rakyat yang berada dalam Negeri Terengganu bersiap siaga menerima pemerintahan baharu dan boleh berinteraksi dengan kerajaan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, baru-baru ini (5 September).Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai turut mengungkapkan rasa dukacita dan takziah kepada semua mangsa-mangsa ribut baru-baru ini, yang diuji oleh Allah."Anggaplah apa yang kita terima ini sebagai ujian dariNya untuk menguatkan iman dan taqwa kita."Kerajaan negeri dari semasa ke semasa akan memastikan bahawa bukan sahaja pembangunan roh, jasad tetapi dalam masa yang sama pembangunan jasmani, pembangunan insaniah dan pembangunan fizikal juga akan diberi tumpuan oleh kerajaan dalam menghadapi hari-hari yang mendatang insya-Állah."Kita akan pastikan seluruh kekayaan negeri (Terengganu) ini akan dapat dirasai dan dinikmati oleh rakyat Negeri Terengganu itu sendiri."Bagi pihak kerajaan, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1440 Hijrah."Santunilah ummat dan jadikan seluruh umat manusia yang berada di muka bumi ini terutama bangsa-bangsa Melayu, India, Cina yang berbilang kaum dalam negara kita ini dapat hidup aman dan harmoni."Akhirnya, saya mengharapkan bahawa perpaduan yang kita jalinkan ini akan membawa satu rahmat kepada kita sendiri.
09 Sep 18
490
Rakyat Perlu Angkat Nilai Perpaduan
Baharin dan Burhanuddin bergambar bersama peserta basikal berhias.KUALA TERENGGANU - Masyarakat perlu meletakkan satu nilai yang tinggi terhadap perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat pada hari ini.Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris berkata, perselisihan dan perperangan akan meragut nilai kemanusiaan."Dalam suasana perang, manusia hanya berfikir bagi diri sendiri untuk terus hidup. Ketika itu, tiada lagi persaudaraan dan kasih sayang."Jadi, kita harus meletakkan harga yang tinggi dalam mengekalkan perpaduan. Datuk Baharin Idris."Ramai hari ini terlupa akan nilai ini sehingga lebih cenderung mengetengahkan perbezaan dan perselisihan," katanya ketika ditemui di Kampung Tebakang, Alur Limbat semalam.Beliau hadir merasmikan program Perpaduan di Hatiku anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tebakang.Program itu dihadiri lebih 200 penduduk dengan pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan mewarna dan pertandingan basikal berhias.Baharin juga menegaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh rukun tetangga dalam menjaga dan mengeratkan keharmonian dalam kalangan penduduk adalah sangat baik.Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Terengganu, Burhanuddin Daud.Meraikan warga emas yang sempat merasai perit penjajahan.
09 Sep 18
47
Peniaga Warga Emas Diacu Pisau, Rugi RM30 Ribu
Fatimah Latih(Mangsa Samun)DUNGUN - Seorang peniaga warga emas menghadapi detik mencemaskan selepas diacukan sebilah pisau di perutnya dalam satu kejadian samun di gerai miliknya di Persimpangan Santong, Bandar Paka, baru-baru ini.Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Fatimah Latih, 63, atau lebih dikenali sebagai 'Mok Teh' kerugian hampir RM 30 ,000 setelah wang tunai , kereta dan barang kemas miliknya dan anak saudaranya Hanisah Maeen, 36, dilarikan empat lelaki Melayu ketika sedang berniaga.Ketika kejadian, tiada pelanggan yang berada di gerainya dan dua orang daripada suspek telah datang menaiki motosikal pada awal paginya untuk membeli nasi dan kuih."Selepas itu, datang pula sebuah kereta jenis Proton Wira berhenti berhampiran gerainya sebelum empat lelaki termasuk dua orang suspek yang datang ke gerainya pada awal pagi meluru ke arahnya."Saya kenal salah seorang daripada mereka kerana selalu datang ke kedai saya untuk membeli makanan tapi saya tidak tahu namanya, dan salah seorang dari mereka mengacukan pisau ke perut saya dan suruh saya senyap sebelum kami berdua dipaksa melutut di atas lantai di belakang gerai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di gerainya, semalam.Gerai jualan tempat berlakunya kejadian samunMenurut Fatimah, salah seorang dari perompak kemudiannya bertanyakan sekiranya dia memakai barang kemas dan dia menyatakan bahawa tidak memakai sebarang barang kemas sebelum perompak tersebut merampas gelang tangan dari anak saudaranya itu."Perompak itu mengacah-acah pisau ke perut saya dan mengarahkan saya supaya tidak bising sekiranya tidak mahu ditikam sebelum menyelak tudung saya untuk mencari rantai emas."Kemudian mereka mengambil beg plastik yang mengandungi wang RM1000 hasil daripada jualan makanan sebelum melarikan sebuah kereta Perodua Viva berwarna hitam milik anak saudara saya dan melarikan diri ke arah Bandar Al Mukhtafi Billah Shah (AMBS )," ujarnya lagi.Menurut Fatimah, kejadian itu menyebabkan dia dan anak saudaranya menjadi trauma kerana ini merupakan kejadian yang pertama berlaku terhadap dirinya sepanjang 22 tahun berniaga di kawasan tersebut.Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.Pihaknya sedang melakukan gerakan mengesan keempat-empat suspek lelaki Melayu yang berusia lingkungan 30 hingga 50 an itu.Menurut Baharudin, kes akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kesemua suspek boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 098482222.
09 Sep 18
51
SUKMA 2018 : Karate Sasar Satu Pingat Emas
Oleh : AminjiKUALA TERENGGANU - Pasukan karate Terengganu mesasarkan satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak, bermula Selasa ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat 2 negeri, Ab.Razak Ibrahim berkata, walaupun atlet karate Terengganu terdiri daripada atlet baharu, ini bukan halangan untuk merangkul emas."Walaupun baru dan kurang pengalaman tidak sesekali mematahkan semangat dan berusaha untuk mendapatkan emas,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bapa Angkat Dengan Atlet Sukan Karate di Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, pada 3 September lalu.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu, Timbalan MSNT, Mohd Sabri Alias serta pegawai-pegawai MSNT.Ab.Razak Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih berkata, semua atlet sukan karate sedang menjalankan latihan yang bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk SUKMA ini.“Saya amat bersyukur kerana dapat berjumpa dengan pasukan karate sempena SUKMA 2018 ini yang terdiri daripada 10 pemain, dua jurulatih dan dua pengurus."Saya doakan pasukan karate Negeri Terengganu terus berjaya dalam SUKMA 2018 dan mampu mengembalikan kejayaan yang terdahulu,"katanya.
08 Sep 18
472
Maal Hijrah: Azam Beri Khidmat Terbaik
Dr Alias Razak menyampaikan ucapan maal hijrah. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri yang menyambut Maal Hijrah pada tahun ini dengan tema ‘ 'Menyantuni Ummat Membawa Rahmat’ akan berusaha sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, semua umat Islam khususnya rakyat Negeri Terengganu dapat bersama memajukan negeri selaras dengan agenda maju, berkat dan sejahtera.“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1440 Hijriah.“Kerajaan negeri komited untuk menyediakan keperluan asas yang dijanjikan dalam manifesto iaitu peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan perumahan yang mencukupi untuk rakyat.“Kita akan membantu dari segi kemudahan kesihatan, air percuma serta lain-lain perkara yang boleh membawa kebajikan rakyat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Tingkat Enam Wisma Darul Iman, pada Rabu, 5 September.Katanya, dengan perkhidmatan dan pembangunan projek serta menyantuni rakyat dengan sebaik-baiknya, diharap akan melahirkan satu kehidupan yang sejahtera."Ianya sekaligus akan membawa kebahagiaan dan keberkatan sebagai satu umat yang berada dalam rahmat Allah SWT," ujarnya.Justeru, beliau menggesa seluruh rakyat Terengganu bangkit bersama kerajaan untuk mencapai objektif Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) pada tahun 2030.“Saya menyeru agar kita berganding bahu bersama-sama kerajaan negeri untuk merealisasikan hasrat menjadikan Negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera melalui satu pelan induk yang telah kita lancarkan iaitu pelan PITAS 2030.“Semoga dengan gandingan mantap pimpinan negeri dan rakyat akan membawa kita kejayaan dan menjadi satu ummat yang berjaya dan dilindungi Allah,” tegasnya.
07 Sep 18
49
Tanam Semangat Patriotik Melalui Jalur Gemilang
Nawyi sedang menyiapkan hiasan di laman rumahnya sempena bulan kemerdekaanHULU TERENGGANU - Berbekalkan semangat patriotik dan cintakan tanah air, seorang penduduk mewajibkan dirinya dan keluarga menghiasi halaman rumah dengan Jalur Gemilang dan binaan kreatif sejak 10 tahun lalu apabila menjelang bulan kemerdekaan.Meskipun tinggal di pedalaman, Nawyi Eseh, 54, dari Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong, Hulu Terengganu tidak lokek membelanjakan kira-kira RM200 untuk menghiasi kediaman mereka dengan Jalur Gemilang dan hiasan dari hasil terbuang."Saya guna duit setakat yang ada sebab kami bukan orang senang. Jadi sekadar yang mampu sahaja dan yang penting semangat patriotik dalam diri kami sekeluarga tetap kuat dalam apa jua keadaan.“Sudah lebih 10 tahun kami ambil kesempatan sempena merdeka untuk hias rumah sebagai satu semangat patriotik walaupun sekadar suka-suka tanpa ada pertandingan dari mana-mana pihak.“Setiap kali sambutan kemerdekaan, saya dan keluarga mesti teruja dan selalunya menggunakan apa yang ada termasuk yang digunakan sebelum ini bagi menghias rumah ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini (7 September).Tahun ini, Nawyi yang merupakan bapa kepada lima orang anak, menggunakan tema ‘Sayangi Malaysia’ pada hiasan di halaman rumah dengan membina beberapa elemen baharu iaitu Galeri Sejarah, Menara Tinjau, Perahu Merdeka, Helikopter dan beberapa lagi hiasan yang sedang disiapkan untuk pertandingan anjuran Jabatan Penerangan.Beliau berkata, semua hiasan itu dibina daripada bahan terbuang dan terpakai dengan bantuan isterinya Zaimah Mamat, 55, yang bekerja sebagai pembantu kantin di sekolah berdekatan termasuk jiran-jiran terdekat yang turut menyumbangkan idea dalam menghiasi terataknya itu.Katanya lagi, untuk menjadi kreatif seseorang tidak perlu membazirkan wang yang banyak tetapi memerlukan daya pemikiran dan semangat kerjasama berpasukan serta dorongan daripada keluarga."Sebenarnya saya nak buktikan kepada orang muda yang sudah tidak mempunyai semangat patriotik bahawa umur bukan penghalang jika roh dan perjuangan merdeka masih menebal dalam diri."Orang muda perlu menoleh ke belakang dan merenung balik perjuangan nenek moyang yang berjuang menentang penjajah demi memerdekakan tanah kelahiran mereka. Barulah mereka akan merasai 'nur' kemerdekaan ini," kata Nawyi.Ditanya tentang persepsi orang ramai terhadap obsesinya terhadap sambutan kemerdekaan setiap tahun, dia tidak menafikan masih ada yang tidak dapat menerimanya dengan baik."Ada juga yang mencemuh dan memandang sinis apa yang saya buat namun tidak menjejaskan semangat saya untuk mengenang perjuangan dalam menuntut kemerdekaan melalui persepsi tersendiri," ujarnya.
07 Sep 18
2426
Isu Lirik Lagu Gereja Selesai - JPNT
Shafruddin ketika menemui guru yang terlibat dalam isu lirik, Muhammad Kamil di SK Kuala Jengal, Dungun.DUNGUN - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menyelesaikan isu penyebaran senikata lagu gereja yang berjudul ‘Satu Suara’ oleh seorang guru kepada 24 orang murid tahun empat beragama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Jengal, Hulu Dungun, yang viral di laman media sosial beberapa hari lalu.Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, pihaknya telah menerima satu laporan penuh berkenaan kes tersebut daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) baru-baru ini dan telah pun melakukan siasatan lanjut terhadap perkara tersebut dan ia dianggap sudah selesai.Jelasnya, hasil siasatan lanjut yang dilakukan mendapati lirik tersebut diedarkan oleh seorang guru lelaki yang berusia 38 tahun itu didapati tidak disengajakan dan berlaku kecuaian semasa pemilihan lagu tersebut."Guru tersebut telah memuat turun lirik tersebut di internet bagi tujuan latihan kepada murid untuk persembahan bulan kemerdekaan yang akan diadakan di sekolah berkenaan pada minggu hadapan."Didapati semasa latihan nyanyian diadakan, guru tersebut mendapati terdapat unsur-unsur nyanyian mengagungkan Jesus (Tuhan penganut agama Kristian) yang ditulis dalam bahasa Indonesia dan guru tersebut berjanji akan menggantikan lirik lagu yang lain untuk latihan," katanya.Beliau berkata demikan selepas bertemu sendiri dengan guru terbabit di Kampung Kuala Jengal bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu tersebut, hari ini (7 September).Shafrudin berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kesilapan kedua ialah guru tersebut tidak mengambil semula lirik yang telah diberikan dan menyebabkan ianya tersebar meluas di laman sosial kerana ada murid yang membawa pulang lirik tersebut dan disebarkan oleh sesetengah pihak.Tambahnya lagi, pihaknya juga akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan selanjutnya dan berharap agar perkara tersebut tidak lagi disensasikan bagi menjaga keharmonian semua pihak.Sementara itu, guru terbabit, Muhammad Kamil Abdul Rahman, 38, ketika ditemui menyatakan permohonan maafnya kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kecuaiannya sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.Dia yang sudah lapan tahun bertugas di sekolah itu tidak menyangka lirik lagu berkenaan mengandungi unsur memuji agama Kristian dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini."Memang kesilapan saya tidak meneliti lirik secara terperinci dan selepas ini akan lebih berhati-hati dan saya harap semua ibu bapa, pelajar, guru dan seluruh rakyat Malaysia memaafkan kesilapan yang berlaku," katanya.Baru-baru ini, lirik tersebut menjadi kecaman netizen selepas ia dimuat naik di laman sosial Facebook dan seorang aktivitis pendidikan yang menggunakan nama gelaran "Cikgu Izzat" telah memuat naik satu kenyataan berkenaan isu tersebut.Guru terbabit yang dianggap tidak sensitif dan menghina agama Islam serta netizen berharap pihak yang berkaitan mengenakan tindakan disiplin terhadap guru terbabit.
07 Sep 18
169
Hukuman Sebat Syariah, Mesej Kepada Rakyat Malaysia
Foto : Harish FadzillahKUALA TERENGGANU – Seluruh rakyat perlu memahami hukuman sebat syariah yang dilaksanakan adalah untuk memberi pendidikan dan menghantar mesej kebaikan kepada seluruh warga Malaysia.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat harus memahami prinsip undang-undang yang dilaksanakan itu bagi mengelakkan amalan yang tidak wajar khususnya di Terengganu dan Malaysia amnya, yang mempunyai tatasusila serta amalan agama tersendiri.“Kita menjalankan prinsip 'Rule off Law ' apa yang diputuskan pihak mahkamah itu adalah berdasarkan kepada enakmen dan peraturan yang sedia ada yang sudah diluluskan sebegitu lama.“Pihak penguatkuasa melaksanakan tanggungjawab berdasarkan peruntukan enakmen di mahkamah yang membuat keputusan berdasarkan pengakuan dan sebagainya."Dan tindakan sebagaimana prinsip undang-undang mana yang bersalah serta dijatuhkan hukuman kepada pesalah,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Kesyukuran meraikan pasukan Piala Presiden TFC III dan Piala Belia IV di Hotel Permai, di sini, kelmarin, (4 September).Katanya, rakyat seharusnya berfikiran terbuka dan seharusnya menerima serta melihat keindahan di sebalik hukuman tersebut berbanding hukuman sivil.“Dalam hal ini kita tidak dapat menghalang orang yang tidak puas hati dan kita percaya mereka melihat sendiri apa yang di praktikkan bagaimana hukuman itu dijalankan."Ia sedikit sebanyak mengambil masa masyarakat untuk memahami dan saya percaya masyarakat yang ada dalam negara kita ini seharusnya melihat dengan objektif dengan mata hati dan dengan ilmu kefahaman bukan dengan emosi,” ujarnya.Menurut beliau lagi, Terengganu mempunyai enekmen yang sama dengan negeri lain dan para pemimpin mengambil sikap menjunjung prinsip undang-undang yang ada. “Kalau kita tengok puluhan tahun dahulu apabila negara barat memperkenalkan kewajipan memakai tali pinggang keledar dalam kereta.“Pada peringkat awal kalau kita masih ingat kumpulan hak asasi ada juga yang menentang kerana mereka mengatakan ini mengganggu hak kereta saya terpulang saya nak pakai atau tidak.“Tapi lama kelamaan mereka memahami bahawa itu satu keperluan dan ia tidak timbul masalah lagi,” jelasnya.Justeru Menteri Besar berkata, kerajaan bukan sengaja mahu menghukum orang tetapi ianya untuk menghalang perkara yang tidak elok daripada terus berlaku dan rakyat seharusnya mendapatkan maklumat yang tepat serta betul sebelum apa jua tindakan dan tohmahan dibuat.
06 Sep 18
267
Hijrah Menuju Kebaikan
KUALA TERENGGANU - Hijrah bukan sahaja bererti berpindah ia juga ditafsirkan sebagai 'meninggalkan' sesuatu yang buruk dan mengamalkan ajaran Allah SWT dengan lebih tekun.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bersempena ketibaan detik 1 Muharram 1440H ini, seluruh umat Islam diseru untuk memperbaharui niat dan komitmen untuk berubah sekali gus berhijrah ke arah yang lebih baik dalam segenap lapangan kehidupan.“Kalau zaman Nabi SAW berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat, selepas peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah tiada lagi penghijrahan dalam bentuk sebegitu, tetapi yang lebih penting adalah kita berhijrah mengikut sunnah Rasulullah SAW.“Berhijrah daripada melakukan maksiat kepada melaksanakan perintahNya, kita berhijrah daripada tidak melakukan perintah Allah kepada kita mendapat sebuah negara dan juga negeri bagi melaksanakan segala tuntutan yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan juga sunnah Nabi Muhammad S.A.W," ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Katanya, penghijrahan yang sebenar turut menuntut keikhlasan hati yang tinggi.“Sebagaimana amal ibadah yang kita lakukan kepada Allah SWT mestilah ikhlas kerana Allah bukan kerana manusia atau sesuatu yang lain.“Apabila berhijrah haruslah tulus dari hati kerana Allah dan menuju keredhaanNya termasuk dalam kita melaksanakan setiap amalan, kerja mahupun ibadah,” ujarnya.
06 Sep 18
69
Kekalkan Semangat Berpasukan
Foto: Harish Fadzillah KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu mestilah mengekalkan semangat berpasukan yang tinggi agar tidak jatuh dan lumpuh.Timbalan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abd Karim berkata, semangat berpasukan yang tinggi hadir perlu di semua peringkat.“TFC III telah berjaya untuk Piala Presiden dan akan menyarungkan balik jersi pada minggu depan untuk beraksi di gelanggang Sukma (Sukan Malaysia 2018).“Jadi kita jangan hampakan harapan YAB (Menteri Besar) supaya pulang dengan membawa ilmu dan pingat emas Sukma,” katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Meraikan Pasukan Presiden TFC III dan Piala Belia TFC IV di Permai Inn pada kelmarin (4 September).Hishamuddin berkata, jika dahulu pasukan TFC IV tidak bergelar juara dan berjaya sebagaimana baru-baru ini. Oleh itu, pasukan tidak akan mundur sama sekali.Sehubungan dengan itu juga, pasukan bola daripada peringkat kecil hinggalah ke peringkat profesional mempunyai suatu kesinambungan yang luas dan saling bersangkutan.“Kita perlu akui lambakan pemain di Negeri Terengganu terpaksa dieksport keluar.“Kita juga tidak mampu untuk membekalkan pasukan yang lebih kerana dunia bola sepak pada hari ini memerlukan kos yang sangat luar biasa,” jelasnya.Justeru itu, Hishamuddin berkata, dengan kekangan kewangan masa kini, pasukan TFC I hingga TFC IV akan dikendalikan dengan sebaik mungkin.Antara penaja utama untuk PBSNT ini adalah Kerajaan Negeri Terengganu.
06 Sep 18
34