Artikel "Semasa" Terkini
Talib Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Sultan Mizan berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Talib. Foto: Tengku Syamim Tengku IsmailPengawai Penyelidik Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Talib Abdul Rahman, 65 dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1440 pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada hari ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah kepada Talib yang membawa pulang wang tunai RM10,000, tajaan umrah bernilai RM10,000, set persalinan RM500, piala dan sijil penghargaan.Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman, Speaker DUN Yahaya Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' A Rahman.Talib yang dilahirkan pada 1 Januari 1953 berasal dari Kampung Cham Kemboja berhijrah ke Malaysia pada 1977 sebelum mendapat taraf penduduk tetap beberapa tahun selepas itu.Banyak bakti beliau kepada masyarakat di negara ini khususnya Terengganu, termasuk pernah menjadi panel penggubal Peristilahan bahasa dan kesusasteraan Arab Dewan Bahasa dan Pustaka. Di peringkat negeri, beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam),AJK penasihat Zakat Maidam dan AJK Panel penulisan kutbah.Kini Talib merupakan salah seorang AJK Fatwa Negeri Terengganu.Pada majlis sama yang bertemakan Menyantuni Ummah Membawa Rahmat itu turut menganugerahkan Masjid Sultan Muhammad Bukit Besar, Kuala Terengganu sebagai masjid kerajaan terbaik dan masjid mukim terbaik pula dimenangi Masjid Islah, Kampung Limbongan, Besut . Anugerah lain, keluarga mithali dinobatkan kepada keluarga Haron Yusof, keluarga tunggal (Hasnah Sulong), saudara kita (Noorazman Lua @Lua Boon) dan Orang Kurang Upaya cemerlang dimenangi Anjang Ali .
10 Sep 18
725
Lagi Ribut Kencang Landa Bukit Besi
Haji Ghazali (dua dari kiri) meninjau kerosakan rumah mangsa.Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi sekali lagi dilanda bencana ribut kencang.Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kejadian ribut pada jam 4 petang itu telah mengakibatkan sembilan buah rumah tercabut atap."Ini merupakan gelombang keenam dalam kejadian ribut yang berlaku baru-baru ini."Yang paling kritikal sebelum ini adalah apabila pokok menghempap atap rumah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menziarahi rumah mangsa ribut, semalam (10 September).Beliau segera menziarahi rumah mangsa ribut usai Majlis sambutan Maal Hijrah yang diadakan di Masjid Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah."Saya mengharapkan doa daripada orang ramai agar bencana ribut yang melanda seluruh kawasan Terengganu baru-baru ini termasuk di DUN Bukit Besi tidak berterusan dan tidak lagi berulang," katanya.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perumahan Bukit Besi, Abas Ghani berkata, kejadian petang tadi telah diambil tindakan segera oleh komuniti setempat dan telah dimaklumkan kepada pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad."Pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad telah mengalihkan pokok-pokok yang tumbang."Tenaga Nasional Berhad juga turut mengambil perjalanan memeriksa tiang-tiang elektrik di mana ada pokok yang tumbang serta terkena wayar elektrik," ujarnya.Beliau menyatakan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.
10 Sep 18
32
Maal Hijrah: Ibrah Sahabiah Sebagai Panduan
Ustaz Che Alias Hamid.Oleh: Wan HadiKEMAMAN - Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah hari penting bagi umat Islam untuk mengingati peristiwa penting yang mana Rasulullah sanggup berhijrah meninggalkan bumi Makkah menuju ke Madinah.Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid berkata, dalam menyambut tahun baru ini, semua pihak seharusnya menyambut dengan mengambil ibrah (pengajaran) melalui peristiwa ini."Marilah kita bersama-sama dengan Islam, kerana denganya ia akan membawa keberkatan dan rahmat kepada semua."Bersempena dengan tema Maal Hijrah 'Menyantuni Umat Membawa Rahmat’, sambutlah tahun baru hijrah ini dengan penuh keinsafan dengan mengambil ibrah melaui peristiwa hijrah Rasulullah SAW," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Kemaman, semalam (9 September).“Sama-sama kita bermuhasabah dan menilai sejauh manakah amalan yang telah kita lakukan tahun yang lalu sebelum berdepan dengan tahun baru hijrah esok.“Mudah-mudahan, Allah Taala memberi rahmat kepada kita semua sebagaimana Allah telah memberi rahmat kepada masyarakat di Madinah dan itulah harapan kita khususnya di negeri Terengganu ini,” katanya.
10 Sep 18
221
SUKMA Peluang Lakar Sejarah - Datuk Tengku Hassan
Datuk Tengku Hassan (kiri) memberi kata-kata semangat kepada para pemain.Oleh: M. ShukriPERAK - Pasukan Badminton Terengganu harus menjadikan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 sebagai medan lakaran sejarah dan mengharumkan nama negeri.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, beliau mengharapkan agar setiap pemain tidak berasa gentar kepada pihak lawan."Kita harus cuba mencipta sejarah yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan para pemain dan pengurus Pasukan Badminton Terengganu, kelmarin (9 September).Seramai 10 orang pemain termasuk 8 lelaki dan 2 wanita menjadi sandaran Persatuan Badminton Terengganu (PBT) untuk meraih pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018.Katanya lagi, biarpun tanpa pemain berpengalaman untuk mencabar pasukan lawan yang mempunyai kelebihan, kejayaan tetap mampu diraih dengan kesungguhan.Datuk Tengku Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang menyarankan agar para pemain tidak mudah berputus asa atau kecewa."Perlu ada semangat juang yang tinggi untuk mencabar lawan," tambahnya.
10 Sep 18
62
Cuti Keluarga Berakhir Tragedi Di Tasik Kenyir
HULU TERENGGANU-Kegembiraan sekeluarga bercuti di atas rumah bot di Sungai Lasir, Tasik Kenyir, dekat sini, berakhir tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka yang berusia 68 tahun maut, selepas bot dinaiki mereka terbalik, 10 pagi tadi.Dalam kejadian itu, mangsa, Ali Ahmad yang juga pesara Jabatan Pertanian dan berasal dari Jalan Mutiara Rini, Skudai, Johor menaiki rumah bot bersama isteri dan ahli keluarganya.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata sebaik sampai di Sungai Lasir, mangsa menaiki sebuah bot kecil bersama enam lagi ahli keluarganya daripada rumah bot ke Air Terjun Lasir untuk mandi manda, sebelum bot kecil tersebut terbalik.Katanya, berdasarkan laporan isteri mangsa, Noraini Mohamad, 61, selepas meninggalkan rumah bot itu pada jarak lebih 30 meter, tiba-tiba bot dinaiki suaminya terbalik menyebabkan semua penumpang terjatuh ke dalam air."Tujuh penumpang termasuk enam kanak-kanak dan pemandu bot sempat diselamatkan petugas rumah bot yang berada di kawasan berdekatan kecuali mangsa yang didapati telah lemas ,” ujarnya ketika dihubungi.Katanya lagi, mayat mangsa kemudian ditemui oleh petugas rumah bot itu tidak jauh daripada lokasi dia terjatuh dan mayat mangsa dibawa ke Sungai Chemor sebelum dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.“Siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” ujar Mohd Adli.
10 Sep 18
220
Anggota Tentera Maut Kemalangan Di LPT2
Keadaan kereta yang mengorbankan seorang tentera di LPT2 pagi semalamHULU TERENGGANU - Seorang anggota tentera maut, manakala rakan sejawatannya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Kilometer 409.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dari Kuala Terengganu ke Bukit Besi sebelum susur Ajil, awal pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 pagi itu, mangsa, Nur Shahrul Romli, 21, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah selepas tersepit di bawah kenderaannya yang terbabas ke dalam longkang.Mangsa yang menaiki kereta Proton Waja itu dipercayai terbabas sebelum terperosok ke dalam longkang sedalam tiga kaki ketika cuba mengelak seekor kerbau yang berhenti di tengah jalan.Empat rakannya iaitu Mohd. Fazrin Mohd. Aini, 23, Muhammad Aiman Abd. Wahab, 21, Wan Muhammad Firdaus Wan Yahya, 21 dan Muhamad Hasnu Nawawi, 23, yang juga anggota tentera pula mengalami kecederaan.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Suprintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, kesemua lima mangsa yang menaiki kereta Proton Waja dan empat rakan mereka menaiki sebuah Perodua Viva di hadapan dalam perjalanan pulang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas selepas bercuti di Kota Bharu, Kelantan."Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Waja dipandu Nur Shahrul cuba mengelak seekor kerbau yang berada di hadapannya sebelum hilang kawalan dan terbabas."Kereta itu telah memasuki parit di tepi lebuh raya yang setinggi kira-kira 0.91 meter sehingga remuk teruk," katanya.Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut manakala mangsa yang cedera telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital yang sama untuk rawatan.Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
10 Sep 18
182
Misi Bantuan Lombok Pulau Seribu Masjid
Dr Riduan Mohd Nor.Oleh: Jusmawari JusohNUSA TENGGARA BARAT - Pulau Lombok yang mendapat jolokan Pulau Seribu Pulau kerana mempunyai lebih 9,000 masjid besar dan kecil sekali lagi dikunjungi rombongan Misi Kemanusiaan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor berkata, pulau ini menjadi sasaran destinasi pelancongan dan kesan daripada gempa bumi yang berlaku baru-baru ini menyebabkan kemerosotan kehadiran pelancong ke sini."Saya cukup berterima kasih kepada penyumbang yang membantu mangsa bencana gempa bumi di Lombok."Antaranya sebanyak 545 helai telekung disumbangkan untuk diagihkan kepada mangsa disana," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, semalam (9 September).Seramai 19 orang anggota yang terdiri daripada doktor perubatan dan paramedik menyertai misi tersebut bermula 9 hingga 12 september ini.NGO Muslim Care turut merasmikan masjid dan mengadakan sembelihan lembu dan kambing aqiqah untuk penduduk Kacamatan, Indonesia.
09 Sep 18
34
Sukan Nadi Kesihatan Ummah
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Oleh: Nizam At-TakiriKUALA NERUS - Bersukan merupakan aspek terpenting dalam menjamin kesihatan diri sekaligus kesejahteraan masyarakat.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, masyarakat perlu meluangkan masa untuk bersukan.Katanya, ia demi mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan."Masyarakat perlu mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang sihat untuk mendapatkan kesihatan yang bermutu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan acara menyampaian hadiah Program Sukan Merdeka Komuniti anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama Ameerah dan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Padang Futsal Banggol Binjai, Tepoh, semalam (9 September).Menurutnya, program ini terbuka kepada semua peringkat umur (wanita sahaja) dan juga kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan ke bawah."Antara aktiviti dan acara menarik yang dipertandingkan termasuk pertandingan futsal, kukur kelapa, mengupas epal, mewarna (untuk kanak-kanak) dan lain-lain," ujarnya.Program ini telah disertai oleh kira-kira 200 wanita DUN Tepoh, termasuk kanak-kanak dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh DUN Tepoh.Turut hadir, Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) Tepoh, Pegawai i-MiTS DUN Tepoh dan pimpinan masyarakat setempat.
09 Sep 18
153
Seni Dikir Barat Perlu Dijaga - Haji Ab. Razak Ibrahim
Haji Ab. Razak Ibrahim berucap kepada hadirin dalam majlis tersebut.Oleh: AminjiKEMAMAN - Seni dikir barat yang menjadi warisan Negeri Terengganu perlu dijaga agar ketulenannya kekal dan dihargai oleh generasi akan datang.Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Haji Ab. Razak Ibrahim berkata, beliau mengharapkan program yang dilaksanakan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar sekolah."Ianya bertujuan untuk mengembangkan dan memulihara seni warisan dikir barat ini untuk memastikan ianya dijaga dan tetap subur sepanjang zaman sebagai khazanah warisan bangsa," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Sekolah-sekolah Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Dewan Berlian Utama, Chukai Kemaman, kelmarin (8 September).Menurutnya, sebanyak lapan pasukan daripada sekolah-sekolah yang mewakili daerah telah mempersembahkan dikir barat di pentas akhir peringkat negeri.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan Sekolah Menengah Padang Kemunting dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Dikir Barat Sekolah-sekolah Negeri Terengganu.
09 Sep 18
384
Bersatu Bangsa Capai Matlamat
Ahmad Amzad (tiga dari kiri) beramah mesra dengan peserta yang hadir.Oleh: Syed Mohamad Kamal Rizuan KUALA TERENGGANU - Rakyat harus bersatu tidak mengira bangsa mahupun agama untuk mencapai matlamat Negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menegaskan bahawa elemen yang berkait dengan kesedaran moral termasuk kebersihan dan disiplin diri perlu diutamakan bagi mencapai matlamat demi kepentingan bersama.Katanya, usaha dalam membangunkan negeri sepatutnya menjadi usaha yang kolektif iaitu secara bersama."Bukan orang Melayu sahaja, bahkan bukan juga tugas orang Cina dan India sahaja," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama YB sempena Program Mencegah Wabak Denggi di Perkarangan Pasar Kampung Tiong, semalam (9 September)."Justeru, ianya memerlukan penyatuan dan kesepaduan dalam kalangan kita," tambahnya.Beliau sempat melawat dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga yang berniaga di pasar tersebut.Program yang bermula jam 8:30 hingga 11.30 pagi itu bertujuan untuk menimbulkan rasa prihatin masyarakat tentang kebersihan.Seramai kira-kira 60 orang awam hadir memeriahkan majlis tersebut.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tiong, Jefry Chua dan pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu.
09 Sep 18
55