lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
APM Terengganu Siap Siaga Hadapi Banjir
Che Adam menyampaikan taklimat pengurusan bencana yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd NoorDalam usaha untuk memastikan anggotanya lebih bersedia menghadapi ancaman banjir penghujung tahun ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu terus komited mengadakan latihan seperti tahun-tahun sebelum ini.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Lt. Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, dengan kekuatan anggota seramai 700 orang yang sentiasa bersiap sedia, latihan seperti pengendalian bot dan menyelamat mangsa akan diteruskan dari semasa ke semasa.“Kita akan teruskan seperti tahun-tahun dahulu yang mana latihan-latihan yang diadakan melibatkan agensi dan juga jabatan di peringkat daerah dan juga negeri termasuk dari aspek pengurusan aset yang kita lakukan secara lebih bersistematik tahun ini.“Antara agensi keselamatan lain yang bersama APM termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan juga pihak berkuasa tempatan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Pengurusan Bencana yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.Mengulas mengenai taklimat tersebut katanya, Sektretariat Pengurusan Bencana Banjir Peringkat Negeri Terengganu telah diamanahkan untuk mengadakan satu taklimat khas berkaitan pengurusan bencana peringkat negeri dan juga daerah kepada Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Udangan Negeri serta Pegawai Daerah negeri ini.“Antara yang dibentangkan termasuk berkaitan aspek pengurusan bencana untuk dipanjangkan ke peringkat komuniti masing-masing.“Seperti mana kita sedia maklum, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) memainkan peranan yang sangat penting bersama dengan agensi kerajaan dan juga pejabat daerah selaku pengurus bencana peringkat daerah bagi kesiapsiagaan peringkat awal menghadapi musim Monsun Timur Laut yang dijangka akan mengakibatkan berlaku banjir pada penghujung bulan Oktober atau awal November ini,” ujarnya.Katanya, turut dimaklumkan berkaitan struktur organisasi yang terlibat ketika pengurusan bencana banjir dimana pengemblengan tenaga diantara agensi dan juga jabatan kerajaan serta peranan yang berhormat kawasan masing-masing dan juga NGO dan komuniti setempat bagi melicinkan operasi pengurusan bencana banjir sebelum, semasa dan selepas berlaku bencana.Menurut beliau, kerajaan negeri juga menyambut baik taklimat yang disampaikan dan akan memberikan sokongan penuh termasuk dari segi kewangan, logistik dan sebagainya bagi membantu dalam aspek kesiapsiagaan keselamatan pengurusan bencana peringkat negeri Terengganu.“Apa yang penting, diharapkan semua jabatan dan agensi yang terlibat dapat bekerjasama termasuk dalam mengembleng tenaga supaya dapat kita  mengoptimakan pengurusan bencana ini secara baik, bersistematik bermula dari peringkat bawahan iaitu komuniti, daerah, negeri,” ujarnya.
11 Sep 18
401
Empty Image
Jangan 'Takut'
Haji Sazali Mohd Noor.Oleh: Dzakaria SallehSETIU - Pegawai Media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) tidak seharusnya teragak-agak (takut) melaporkan berita secara berfakta melalui apa yang didengar dan dilihat.Menurut Timbalan Pengarah Operasi UPDI, Haji Sazali Mohd Noor, dua elemen itu adalah penting selain daripada berita yang dilaporkan perlu sampai kepada masyarakat melalui pelbagai medium."Berita yang dilaporkan mesti berfakta, jangan takut untuk menulis," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertemuan khas bersama semua Pegawai Media Kawasan Setiu di NR Cafe Nyatoh, Permaisuri, kelmarin (10 September).Tegasnya lagi, menjadi tugas pengamal media memahami sesuatu isu dan menyebarkannya kepada masyarakat melalui medium yang ada selari dengan kepantasan teknologi sekarang."Semua berita yang dilaporkan harus ditularkan melalui media sosial bagi membantu Kerajaan Negeri Terengganu menyampaikan dasar pentadbirannya kepada rakyat," tambahnya.Sehubungan itu, katanya, kerjasama antara pegawai media UPDI dan pegawai multimedia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) sangat penting dan harus digarap dalam menjayakan agenda Terengganu Maju, Berkat Sejahtera.Turut hadir, Pegawai Multimedia i-MiTS Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Abd Raof Mohamed dan Pegawai Multimedia i-MiTS DUN Permaisuri, Mohd Afiq Khairuddin.
11 Sep 18
107
Empty Image
Haron Tokoh Keluarga Mithali Dedah Rahsia Kejayaan
Haron Yusof (duduk tengah) dan keluarga bersama Ustaz Ariffin Deraman dan isteri.Oleh: Aslam WiraKUALA TERENGGANU - Tokoh Keluarga Mithali, Haron Yusof menjelaskan bahawa pendidikan Al-Quran kepada anak-anak merupakan kunci utama kejayaan kepada keluarga beliau.“Alhamdulillah, anak-anak saya kesemuanya boleh membaca Al-Quran dan dua orang daripada mereka merupakan hafiz dan hafizah."Namun, mereka juga mempunyai sijil akademik dan ijazah dari Institut Pengajian Tinggi Awam di beberapa tempat di luar negeri.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri Terengganu, semalam (11 September).Menurutnya, seiring dengan kemajuan Malaysia yang baharu dan moden, anak-anak sepatutnya perlu dipantau oleh ibu bapa daripada terdidik dengan media massa dan gajet.“Kita sebagai ibu-bapa perlu berikan ruang untuk berkomunikasi dengan anak-anak untuk memahami mereka dengan lebih dekat."Jangan biarkan kesibukan kerja membuatkan mereka terjerumus dalam didikan yang tidak bermoral berpunca daripada ketagihan televisyen sdan gajet," ujarnya.Haron Yusof yang menerima Anugerah Keluarga Mithali hadir bersama keluarga majlis tersebut.Beliau telah menerima wang tunai, plak dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri Mokhtar.Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.
11 Sep 18
427
Empty Image
Misteri Kehilangan Warga Emas Akhirnya Terjawab
Lokasi penemuan mayat  Said SamahDUNGUN-Misteri kehilangan seorang warga emas sejak tiga hari lalu akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya di dalam sebuah longkang di hadapan rumahnya di Felda Kerteh 5, Kemaman, petang semalam.Mayat Said Samah , 73, ditemui pada pukul 3.50 petang dalam keadaan terbaring dalam longkang selepas kali terakhir warga emas itu dilihat keluar dari kediamannya pada pukul 7.30 petang.Ketua Polis Daerah, Superitenden Bahrudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan penemuan tersebut."Mangsa dikatakan menghidap penyakit nyanyuk telah keluar dari rumahnya ketika hujan lebat sedang turun dan keluarganya menyedari kehilangannya tidak lama selepas itu."Sebelum ini mangsa sering dilihat merayau di sekitar kawasan terbabit dan sering dihantar pulang oleh anggota polis dan orang ramai apabila tidak mengingati jalan pulang," katanya.Jelas Baharuddin lagi, selepas usaha pencarian oleh keluarga mangsa menemui jalan buntu, anak perempuan mangsa kemudiannya cuba mencari di sebuah longkang yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya dan menemui mayatnya terbaring di dalam longkang sedalam kira - kira 0.5 meter."Sejurus menerima panggilan dari keluarganya, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Ketengah Jaya bergegas ke lokasi kejadian dan pemeriksaan terhadap mayatnya tidak menemui sebarang unsur - unsur jenayah."Mayat warga emas terbabit kemudiannya diserahkan kepada keluarga mangsa untuk urusan pengebumian,"katanya.Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
11 Sep 18
102
Empty Image
Penduduk Kampung Tepus Gempar Gajah Masuk Kebun
Keadaan kebun pisang yang dimusnahkan oleh gajah.Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Penduduk Kampung Tepus, gempar semalam sejurus dimaklumkan pemilik kebun bahawa kebunnya dimasuki gajah.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, beliau segera ke tempat tersebut menemui pemilik kebun."Saya segera ke sini selepas dimaklumkan berkenaan kejadian ini pagi tadi."Terlihat jelas tanaman pisang dan sawit dimusnahkan dan penemuan najis gajah adalah bukti yang jelas," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu meninjau keadaan kebun itu, semalam (11 September).Menurut pemilik kebun, Hamad Zabir Hassan, 25 batang sawit dan lebih 50 batang pisang telah dibaham gajah."Memang penduduk di sini mengusahakan tanaman pisang, termasuk saya."Jadi kami amat risau dengan kejadian yang terjadi ini," jelasnya.Sementara itu, menurut Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tepus, Khairul Iskandar Zubir, sudah enam tahun kebun penduduk tidak dimusnahkan gajah.Beliau berterima kasih di atas tindakan segera Penyelaras DUN, Haji Ghazali Sulaiman yang bertindak segera menelefon Pejabat Perhilitan Daerah Dungun."Buat sementara waktu ini, pemilik-pemilik kebun akan berjaga malam di kebun dengan persiapan beberapa laras pucuk senapang, mercun bola dan sebagainya bagi menghasilkan bunyi bising," jelasnya.Langkah yang diambil itu adalah sebagai isyarat kepada gajah bahawa adanya pemilik kebun itu."Kita akan adakan solat hajat agar perkara ini tidak berlanjutan dan menjadi ancaman kepada penduduk setempat," tambahnya.
11 Sep 18
190
Empty Image
Kerajaan Tidak Halang Hiburan
Cikgu Wan Hapandi Wan Nik (tengah) turun padang melihat sambutan Karnival Ambang Maal Hijrah.Oleh: Mohd AsrafDUNGUN - Kerajaan Negeri Terengganu tidak pernah sesekali menyekat mana-mana bentuk hiburan atau artis untuk membuat persembahan di negeri ini namun harus diingatkan agar sentiasa menjaga batas-batas syariat yang telah ditetapkan dalam Islam.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, kerajaan bahkan mengalu-alukan kedatangan artis ke Negeri Terengganu untuk membuat persembahan atau apa sahaja aktiviti."Namun haruslah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.“Hiburan adalah suatu kelaziman bagi anak muda zaman sekarang namun kita yang perlu mengawal hiburan tersebut agar ia tidak melanggar batas batas agama.“Itulah yang sedang kita tunjuk kepada rakyat bahawa kerajaan di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bukanlah kerajaan yang jumud atau kolot yang tidak membenarkan sebarang hiburan diadakan."Hiburan juga dibenarkan di dalam Islam tetapi perlu berlandaskan hukum syarak," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Karnival Ambang Hijrah 1440H di hadapan Masjid An Naim, Sura Jeti, Dungun, semalam (10 September).Kumpulan nasyid terkenal tanah air, UNIC membuat persembahan dengan membawa beberapa lagu termasuk Zinnirah, Ainul Mardiah dan banyak lagi.Kehadiran 200 orang pengunjung memeriahkan lagi sambutan karnival pada malam tersebut.Karnival Ambang Hijrah 1440H yang bermula 9 September hingga 23 September 2018 akan menghimpunkan beberapa artis dan ikon tersohor tanah air bagi memeriahkan lagi program tersebut.Selain itu, gerai-gerai jualan juga turut disediakan untuk para pengunjung membeli belah.
11 Sep 18
89
Empty Image
Tema Maal Hijrah 1440H Tepati Slogan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera
Wan Hapandi Wan Nik (kanan) bersama para jemaah membacakan doa sempena Maal Hijrah.Oleh: Mohd AsrafDUNGUN - Tema Maal Hijrah 1440 Hijrah iaitu 'Menyantuni Ummat, Membawa Rahmat' dilihat sangat bertepatan dengan slogan Terengganu Maju, Berkat Sejahtera.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, hijrah membawa maksud perubahan dan perubahan yang amat besar sedang berlaku di dalam kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat.“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kita dapat melihat satu perubahan besar telah berlaku namun persoalan yang paling penting adalah apakah perubahan yang dibawa itu bersesuaian dengan kehendak rakyat.“Kita di Terengganu akan memastikan slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera akan dipraktikkan dalam setiap keputusan dan itulah perubahan yang sedang dilakukan agar ia bertepatan dengan kehendak syarak.“Cara atau sistem lama yang diamalkan oleh kerajaan dahulu sedang dibaiki dan ditukar agar kebajikan rakyat akan lebih terjaga dan terjamin," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Ambang Maal Hijrah Peringkat Daerah Dungun Tahun 1440H / 2018M di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, semalam (10 September).Majlis bermula seawal jam 6:30 petang hingga jam 9:30 malam.Turut hadir, Pegawai Agama Daerah Dungun, Ustaz Zamri Nik dan Pegawai pegawai Kerajaan Daerah Dungun.
11 Sep 18
275
Empty Image
Dakwah Dengan Akhlak - Haji Amzad Hashim
Haji Ahmad Amzad (dua dari kanan) solat hajat menyambut Maal Hijrah bersama para jemaah.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU - Pendakwah perlu menjaga akhlak dan moral agar dapat memperlihatkan kemuliaan agama Islam yang perlu menjadi ikutan masyarakat.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, pendakwah perlu menggunakan pendekatan dakwah 'bil mal' iaitu dakwah yang dilakukan melalui gerak kerja kebajikan sama ada berbentuk kewangan mahupun sumbangan tenaga dan masa.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Ambang Maal Hijrah Peringkat Daerah Kuala Terengganu di Masjid Kubang, semalam (10 September).Seramai kira-kira 900 jemaah menghadiri majlis tersebut.Majlis yang berlangsung bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam berlangsung dengan jayanya.Makanan juga dihidangkan oleh pihak penganjur kepada semua jemaah setelah selesai majlis.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Azmi Razik.
11 Sep 18
215
Empty Image
Takraw Sasar Dua Emas SUKMA - Dato' Dr Khairuddin
Dato' Dr Khairuddin (tengah) bersama 'anak angkat' Pasukan Takraw Terengganu.Oleh: Nizam At-TakiriKUALA NERUS - Pasukan Takraw Terengganu mensasarkan dua pingat emas untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang berlangsung pada 11 hingga 22 September di Perak.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pasukan tersebut akan menghantar seramai 28 orang atlet yang terdiri daripada 11 atlet wanita dan 17 atlet lelaki.“Dengan berkat doa daripada rakyat Terengganu dan moto 'Terengganu Nelang', insya-Allah Pasukan Takraw Terengganu akan merangkul dua pingat emas yang menjadi sasaran untuk SUKMA tahun ini," katanya.Beliau yang juga merupakan 'bapa angkat' pasukan takraw negeri berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Majlis Makan Malam Bersama Pasukan Takraw Terengganu di Duyong Marina Resort, Pulau Duyong, semalam (10 September).Majlis dihadiri oleh 28 atlet peserta dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Takraw Terengganu.Turut hadir, wakil Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang menjadi penaja rasmi bagi Pasukan Takraw Terengganu.
11 Sep 18
123
Empty Image
Umat Islam Kini Diuji
Sultan Mizan berkenan hadir majlis sambutan Maal Hijrah. Foto: Tg Syamim Tg IsmailUmat Islam di negara ini sedang diuji dengan usaha-usaha untuk menafikan kedudukan Islam seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, suasana sukar yang turut dihadapi umat Islam di seluruh dunia itu menuntut kepada kesatuan dan perpaduan dalam kalangan ummah, yang merupakan kunci penting kepada peristiwa hijrah.Kunci penting itulah yang membawa kepada terbinanya Madinah, model kerajaan Islam terbilang yang dipenuhi rahmat kepada seluruh masyarakat sama ada penduduk Islam atau bukan Islam.“Sebagai umat Islam marilah kita melakukan perubahan dengan berhijrah ke arah yang lebih baik dalam semua aspek kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah S.W.T,” titah baginda. Baginda bertitah demikian dalam majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1440H/2018M di Stadium Negeri , Kuala Terengganu, semalamTurut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail yang diiringi Ahli Dewan Pangkuan DiRaja, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail. 
Yang hadir sama, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ A. Rahman Yahya,barisan kepimpinan kerajaan dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul. Hadi Awang.Sultan Mizan menarik perhatian, kejayaan peristiwa hijrah telah mengukuhkan pegangan akidah, ibadat, akhlak dan gaya hidup umat Islam pada zaman berkenaan bahkan, langkah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar turut memperlihatkan kebesaran nilai kasih sayang sesama Islam. Titah baginda, kasih sayang merupakan perisai dalam menjaga kekuatan sesebuah negara di samping membanteras kemiskinan dan masalah sosial dalam kalangan fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan.
11 Sep 18
105