Artikel "Semasa" Terkini
Bapa Terkorban Selamat Anak
MAYAT mendiang Peter Haw Tah Ming yang lemas ketika mandi di Pantai Teluk Tanjang Jara, dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.DUNGUN - Demi kasih kepada anak, seorang bapa terkorban nyawa ketika cuba menyelamatkan anaknya yang hampir lemas dalam kejadian di Pusat Peranginan Tanjung Jara, di sini, petang semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Peter How Tah Ming, 54, cuba menyelamatkan anaknya, Matthew How, 25 yang dilihat terkapai-kapai di dalam air.Bagaimanapun, arus deras menyebabkan mangsa hanyut dan lemas sebelum beberapa orang pekerja pusat peranginan tersebut turun ke dalam air untuk menarik mangsa ke tepi pantai termasuk bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang juga pengunjung resort, dan kemudian dikejarkan ke hospital.Namun mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Dungun.Isteri Peter, Pang Siew Cheng, 53, berkata, sewaktu kejadian, dia dan suaminya berkelah di tepi pantai manakala dua anaknya, Metthew Haw dan Daniel Haw, 20, sedang mandi-manda di pantai pusat peranginan tersebut."Suami saya bergegas ke pantai sebaik mendengar suara Metthew meminta pertolongan kerana hampir lemas akibat dihanyutkan arus deras tetapi dia pula hampir lemas ketika berenang untuk menyelamatkan anak kami."Pekerja pusat peranginan menolong menarik anak ke darat tetapi suami masih terkapai-kapai dalam air dan mereka pergi selamatkan suami saya pula dan cuba bagi bantuan pernafasan," ujarnya lagi.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Suprintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.Katanya, mayat mangsa yang menjalani bedah siasat diserahkan kepada keluarga mangsa jam 10 malam tadi untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk urusan pengebumian.
17 Sep 18
35
Wacana Al-Quran Kongsi Keistimewaan Kalam Allah
Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawi ketika menjawab soalan peserta pada program Wacana Al-Quran yang berlangsung di Auditorium JHEAT. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) buat julung kalinya menganjurkan program Wacana Al-Quran Bersama Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawi bagi memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya berkaitan keistimewaan kalam Allah.Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Dakwah JHEAT, Musameh Jusoh berkata, Ketua Lajnah Tashih Al-Quran Mesir itu berada di Terengganu selama tiga hari bermula 15 September lalu bagi berkongsi mengenai ilmu al-Quran.“Penceramah untuk program wacana al-Quran ini adalah seorang tokoh daripada Mesir dimana merupakan pakar rujuk peringkat antarabangsa dan beliau pernah menduduki jawatan tertinggi di Mesir dan menjadi rujukan seluruh dunia tentang perkara berkaitan al-Quran yang menjadi pegangan kita pada hari ini.“Pada 15 September lalu, hampir 1,000 orang telah mengikuti program Wacana al-Quran bersama Mantan Ketua Umum Maqari’ Mesir itu yang kita anjurkan khusus untuk masyarakat dan berlangsung di Masjid Bukit Payong, Marang.“Manakala, keesokkannya (16 September) diadakan pula di Masjid Abidin, Kuala Terengganu dan dianggarkan hampir 1,500 orang telah mengambil manfaat daripada program yang kita adakan ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berlangsungnya Program Wacana Al-Quran Bersama Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawi di Auditorium JHEAT, semalam.Menurut beliau, program yang diadakan di Auditorium JHEAT itu pula memfokus kepada mereka yang terlibat dengan bidang al-Quran di peringkat negeri iaitu khusus kepada para hafiz dan hafizah dan mereka yang berkecimpung dalam bidang al-Quran.“Kita merasakan cukup bertuah kerana dapat membawakan seorang pakar al-Quran untuk berkongsi ilmu dengan rakyat negeri ini dan JHEAT sentiasa bersedia untuk mengadakan program sebegini pada masa akan datang dalam usaha membantu masyarakat mendalami al-Quran,” ujarnya.Sementara itu, Abd Hadi Che Abd Halim, 25, yang merupakan salah seorang daripada 300 peserta Program Wacana Al-Quran Bersama Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawi yang berlangsung di Auditorium JHEAT berkata, walaupun hanya dapat bersua dalam tempoh yang singkat, tetapi ilmu yang disampaikan pakar al-Quran itu amat bermakna.“Apa yang keluar dari mulut Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawi itu ibarat ketulan emas yang dapat kita semua ambil iktibar untuk terus belajar dan mengajar ilmu al-Quran untuk kebaikan bersama. “Kedatangan beliau juga dapat memberi sinaran baru kepada rakyat Terengganu sekali gus memberikan semangat kepada anak muda untuk belajar al-Quran yang menjadi panduan hidup kita semua,” ujarnya yang merupakan Bilal Masjid Abidin Kuala Terengganu.Bagi Hafizal Zukairi Wan Azwadi, 23, yang merupakan seorang guru Kafa berkata, al-Quran itu adalah asal-usul kepada segala ilmu. “Marilah kita bersama-sama manfaatkan ilmu al-Quran dalam kehidupan masing-masing untuk kebaikan dunia dan akhirat,” ujarnya.
17 Sep 18
211
Felda Selasih A FC Juara! - Azman Ibrahim
Dr Azman Ibrahim menyantuni para pemain yang berentap dalam kejohanan tersebut.Oleh: Hidayah AzlinSETIU - Felda Selasih A FC dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri untuk merebut juara."Kedua-dua pasukan mempamerkan gaya yang menarik."Insya-Allah, Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi akan dijadikan sukan tahunan pada tahun-tahun akan datang," ujarnya.Dr Azman Ibrahim berucap kepada hadirin yang hadir memeriahkan kejohanan tersebut.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi di Padang Bola Kerandang, hari ini (17 September).Pasukan berkenaan berjaya menewaskan Tok Dor FC menerusi penentuan penalti 5-4.Menurut Dr Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, perlawanan berlangsung dengan aman dan mengambil masa selama sebulan setengah."Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan ini."Aksi-aksi yang mencemaskan di pintu gol memukau para penonton."Tambahan pula, sorakan dan gendang tong drum dari penonton memberi semangat kepada pemain untuk beraksi walaupun dalam keadaan hujan."Saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada panitia kejohanan, pasukan pengadil, pengurus pasukan, jurulatih, pemain- pemain dan semua yang terlibat memeriahkan kejohanan ini," tambahnya.Turut hadir, Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Rafei Long Hassan dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Norisabri Ismail.
17 Sep 18
40
Tenggiri Challenge Tarikan Pelancong
Ustaz Ariffin Deraman berucap kepada peserta yang hadir memeriahkan 'Tenggiri Challenge'.Oleh: Ahmad FadhilahMARANG - 'Tenggiri Challenge' edisi kedua mampu menjadi tarikan pelancong terutamanya mereka yang mempunyai hobi dan sukakan aktiviti memancing.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau dimaklumkan bahawa penyertaan pada tahun ini meningkat lebih 50 peratus iaitu melebihi 100 penyertaan berbanding pada tahun lepas."Penyertaan ini juga sangat terhad memandangkan bot untuk membawa peserta tidak mencukupi.“Ini jelas menunjukkan bahawa ianya merupakan satu perkembangan yang baik dalam industri pelancongan."Saya harap pada tahun akan datang penyertaan dibuka kepada lebih ramai orang dan penyediaan bot lebih banyak khususnya kepada mereka yang berada di luar Terengganu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan 'Tenggiri Challenge' Edisi Kedua di pesisir pantai Pulau Kapas, kelmarin (15 September).Dalam perkembangan yang sama, Penganjur Utama 'Tenggiri Challenge', Syarikat Taufik Emas Sport Fishing, Taufik Samsuddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ariffin di atas kesudian menghadiri program tersebut."Bacaan doa selamat turut diadakan sebelum memulakan acara pada pagi tadi," katanya.
17 Sep 18
102
MB Melawat Booth Karnival Kerajaan Terengganu
MB (dua dari kanan) melihat produk yang dipamerkan di Karnival Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera di Perkarangan Stadium Gong Badak.KUALA NERUS - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa untuk melawat 'booth' pameran di Karnival Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera bersama Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, 15 September.Karnival itu dianjurkan sempena Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.Karnival yang diadakan di perkarangan stadium tersebut, dianjurkan oleh Menteri Besar Terengganu (Incorporated), sebuah anak syarikat kerajaan Terengganu, bermula 14 hingga 16 September dikunjungi tidak kurang dari 6 ribu pengunjung dari seluruh negara.Menteri Besar dalam buku cenderamata karnival itu menyatakan bahawa karnival berkenaan berkonsepkan 'Hari Bersama Pelanggan' antara jabatan dan agensi negeri dengan masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat tentang dasar, polisi, produk dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dengan lebih berkesan dan efektif."Ia juga menjadi medium untuk membina jaringan hubungan," jelasnya. Sebanyak 28 buah anak syarikat kerajaan negeri mempamerkan produk masing-masing di karnival itu termasuk Terengganu Inc, TDM Berhad, Epic Berhad, Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Golden Pharos Berhad, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd. (TSTC), GPQ Sdn. Bhd.Chicken Cottege, Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd., Hartanah Terengganu Sdn. Bhd., PTB Unit Trust Berhad (ASDI), Husa Network Sdn. Bhd. (yang mengendalikan Siaran radio Manis FM), Primula Beach Hotel, Duyong Marina & Resort Terengganu, Permai Hotel Kuala Terengganu, Paya Bunga Hotel Terengganu, F-Kichen.Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Pertima Terengganu Sdn Bhd, Syarikat Permint Granite Sdn Bhd (PGSB), Terengganu Agrotech Development Sdn Bhd (TADC), TTI Management Sdn Bhd, P-Excell Management Sdn Bhd, Cas Ligas Sdn Bhd dan PMINT Urus Sdn Bhd.Pada hari pertama (14 September), aturcara majlis bermula dengan Pameran, Busking, Sepetang Bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Ustaz Kamaruzzaman Abdullah (UKA).Hari kedua (15 September) bermula dengan Pameran, Perasmian Karnival TMBS, Pertandingan Mewarna, Persembahan Qasidah, Santai Selebriti dan Pentas Otai.Hari terakhir (16 September) acara bermula dengan Pameran dan Acara Ameerah.
17 Sep 18
249
Mykad Smart Shopper Dilancar Di Terengganu
Ariffin (tiga dari kiri) melancarkan Mykad Smart Shopper di Maydin Mall Gong Badak.KUALA NERUS - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman mengucapkan tahnian kepada pengasas aplikasi Mykad Smart Shopper 'Bandar Era Digital', Dato' Lawrence Teo di atas kejayaan menghasilkan aplikasi itu untuk kemudahan pengguna di seluruh Malaysia.Serentak itu beliau dan isteri, Puan Arinah Lah hadir dan melancarkan Maykad Smart Shopper itu di Pentas Utama syarikat hyperuncit berkenaan, 16 September.Dengan pelancaran tersebut mengguna di sekitar daerah itu dijangka akan mula menggunakan kemudahan digital tersebut dalam urusan jual beli barangan terpilih melalui aplikasi berkenaan.Di status Facebook Arifin menyebut bahawa ia merupakan pelancaran pertama di Malaysia, dilancarkan di Terengganu dan akan dikembangkan ke negeri-negeri seluruh Malaysia.
16 Sep 18
74
Dr Ahmad Isa Kunjungi MB
Syeikh Dr Ahmad Isa (dua dari kiri) menerima cenderahati dari Menteri Besar (dua dari kanan).KUALA TERENGGANU - Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman sentiasa dikunjungi sama ada rakyat Terengganu sendiri atau tetamu luar negara untuk bertemu dengan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Hari ini (17 September) Dr Ahmad Samsuri dikunjungi oleh Ketua Lajnah Tashih Al-Quran Mesir, Syeikh Dr Ahmad Isa Al-Ma'sarawi.Kunjungan Syeikh Dr. Ahmad bersempena dengan Wacana Al- Quran di Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) di sini.Syeikh Dr Ahmad Isa (dua dari kiri) mendoakan kejayaan kerajaan baharu Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besarnya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua dari kanan).Beliau mengambil masa 20 minit untuk bertemubual dengan Menteri Besar berhubung dengan gerakan Islam antarabangsa dan pentadbiran negeri Terengganu.Dr Ahmad Samsuri mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan Syeikh Dr Ahmad dan meminta beliau mendoakan kejayaan Terengganu di bawah pentadbiran baharu. Turut mengiringi Dr Ahmad Isa, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
16 Sep 18
157
Atlet Pencak Silat SUKMA Dapat Tajaan Korporat
Ustaz Ridzuan Hashim menyempurnakan penyerahan sumbangan dan tajaan daripada Syarikat Botak Mining Sdn Bhd kepada Pasukan Pencak Silat Negeri Terengganu.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Pasukan Pencak Silat Terengganu amat bertuah kerana mendapat tajaan berupa baju T dari sebuah syarikat pembalakan yang berpengkalan di Kemaman, Botak Mining Sdn Bhd.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, beliau amat mengalu-alukan tajaan daripada syarikat korporat."Ianya merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat berkenaan," ujarnya.Beliau yang juga merupakan 'bapa angkat' pasukan pencak silat negeri berkata demikian dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Kompleks Majlis Sukan Negeri Terengganu, kelmarin (11 September).Sebanyak 40 helai baju T ditaja untuk kesemua 31 atlet silat dan selebihnya adalah untuk jurulatih dan pengurus pasukan.“Dengan adanya tajaan sebegini, para atlet kita akan lebih bersemangat kerana mendapat sokongan dan perhatian dari golongan korporat.“Kita mensasarkan empat pingat emas dalam acara silat pada temasya kali ini yang merupakan sebahagian daripada 69 sasaran pingat emas negeri untuk dinobatkan sebagai juara Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19," tambahnya.Turut hadir, Pengurus Pasukan Pencak Silat SUKMA Terengganu, Haji Alias Abas dan Pengarah Urusan Botak Mining Sdn Bhd, Maulana Jusoh.
13 Sep 18
1174
Kerjasama UMNO-PAS Makin positif
Dato' Hashim JasinKUALA TERENGGANU - Kerjasama antara UMNO dengan PAS mulai dilihat bergerak secara positif sejak Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kadis dan Seri Setia baru-baru ini. Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Haji Hashim Jasin berkata, PAS harus melihat realiti politik bahawa Malaysia sangat berhajat kepada perpaduan orang Melayu Islam dalam mempertahankan agenda Islam dan maruah bangsa."Kita (PAS) sedar sepenuhnya tentang kebobrokan politik yang pernah dilakukan oleh UMNO sepanjang lebih 60 tahun menjadi kerajaan. "Tetapi dengan jiwa da'i (pendakwah) yang ada pada kita, kita harus berusaha untuk memperbetulkan kefahaman pemimpin dan ahli UMNO terhadap Islam, dengan cara kita mendekati mereka," katanya ketika merasmi Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke 57 di Hotel Permai di sini 13 September. Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir dalam majlis tersebut bersama 1,000 orang perwakilan dan pemerhati. Dato' Haji Hashim seterusnya berkata, PAS tidak boleh melihat UMNO dan ahlinya sebagai musuh sebaliknya mereka adalah sasaran dakwah dan perlu dikembalikan mereka ke landasan Islam yang sebenar. Menurut beliau menjadi tanggungjawab besar ulama dalam PAS untuk memahamkan ahli-ahli parti itu bahawa persoalan kerjasama dengan UMNO adalah perkara 'Mutaghayyirat' (strategi boleh berubah). "Apa yang penting, PAS mesti memainkan peranan untuk menjadi pemimpin dalam agenda perpaduan ini dengan Islam menjadi teras kepada segala bentuk kerjasama dengan al-Quran dan Sunnah menjadi sumber rujukannya," jelas beliau.Katanya, apapun bentuk kerjasama yang berlaku, PAS mesti memastikan bahawa ia akan memberi keuntungan kepada Islam. "PAS tidak boleh bersikap keras dengan lawan politik yang juga beragama Islam, semata-mata kerana rekod kejahilan, pengaruh sekular dalam pemikiran mereka dan juga catatan-catatan amalan korupsi yang pernah mereka lakukan. "Inilah medan dakwah yang membawa agenda 'Rahmatan Lil 'Alamin yang sebenar," jelasnya lagi. Katanya dalam soal perpaduan dengan UMNO, ia bukanlah perkara 'Thawabit' (perkara dasar, tidak boleh berubah) menyebabkan PAS tidak boleh berganjak langsung dan sanggup membiarkan maslahah ummah terpinggir oleh sentimen politik sempit.
13 Sep 18
107
Bersama Bantu Pelarian Syria
Wan Sukairi bersama sebahagian penyumbang sempena Kempen Dana (Winter Aid) Pelarian Syria Di Sempadan Turki yang diadakan di SABASUN 2, Gong Badak, Kuala Nerus semalam. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Oleh: Wan Luqman Hakim Rakyat negeri ini diseru untuk menghulurkan sumbangan kepada pelarian Syria di sempadan Turki sebagai persediaan mereka menghadapi musim sejuk yang bakal melanda negara itu tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sebarang bentuk sumbangan khususnya keperluan makanan dan pakaian boleh disalurkan secara terus kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat.“Dana ini bagi membantu mereka khususnya sahabat kita di Syria dan Palestin sebagai persediaan awal kedatangan musim sejuk. “Seperti tahun-tahun yang lalu melalui program yang sama kita mengharapkan kali ini dana yang lebih besar lagi. Walaupun kita tidak dapat masuk ke dalam tetapi sumbangan kita tetap sampai kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen Dana (Winter Aid) Pelarian Syria Di Sempadan Turki yang diadakan di SABASUN 2, Gong Badak, Kuala Nerus semalam.Katanya, kesusahan dan penderitaan yang dihadapi pelarian Syria tidak sama dengan kesukaran hidup rakyat Malaysia.“Di negeri dan negara kita juga mempunyai orang-orang yang memerlukan tetapi cabaran mereka (pelarian Syria) lebih besar. “Mereka akan berdepan dengan satu musim yang akan membunuh mereka jika tidak ada persediaan awal yang secukupnya, khususnya dari segi pemakanan dan peralatan,” ujarnya.
12 Sep 18
146