lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
SUKMA 2018: Tinju Terengganu Di Landasan - Che Alias Hamid
Ustaz Che Alias Hamid (kanan) memberi kata semangat kepada anak angkatnya, Pasukan Tinju Terengganu.Oleh: Wan HadiBAGAN DATUK - Tujuh daripada sembilan peninju yang mewakili Terengganu di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 menunjukkan prestasi cemerlang apabila kekal memenuhi target yang disasarkan.Bapa Angkat Pasukan Peninju Terengganu, Ustaz Che Alias Hamid berkata, beliau mengharapkan Pasukan Tinju Terengganu mengekalkan momentum untuk menambah pingat sekaligus mengharumkan Negeri Terengganu dalam acara ini.“Kita satu pasukan, jangan rasa kita seorang, bila kita tengok kita seorang kita akan rasa lemah.“Berjalanlah (pergilah) dengan diiringi keberkatan daripada Allah SWT," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan atlet di penginapan Atlet Tinju Terengganu di Ipoh, Perak, semalam (19 September).Menurut Ustaz Che Alias Hamid yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Atlet Tinju Terengganu berjaya memasuki peringkat separuh akhir."Pasukan kita bertemu lawan masing-masing dari Wilayah Persekutuan, Pahang, Sabah dan Sarawak pada hari ini di Dewan Dato’ Loke Hashim Bagan Datuk," tambahnya.SUKMA 2018 telah berlangsung bermula daripada 12 september hingga 22 september dengan 31 acara dipertandingkan.
19 Sep 18
263
Empty Image
SUKMA 2018: Terengganu Nelang! - Ir Saiful
Ir Saiful (dua dari kanan) beramah mesra dengan atlet bola baling negeri.Oleh: Ahmad Syahid AdnanIPOH - Prestasi dan pencapaian Pasukan Bola Baling Terengganu (perempuan) cukup membanggakan apabila berjaya menumpaskan pasukan Selangor dengan keputusan 17-14.Bapa Angkat Pasukan Bola Baling Terengganu, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, tiga perkara yang perlu ada dalam diri dan pasukan adalah kekuatan fizikal, mental dan taktikal."Kita bukan yang lebih baik, kita antara yang terbaik sekarang," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas pasukan Terengganu disahkan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan pada hari Khamis, 20 September 2018 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak."Saya yakin, insya-Allah dengan semangat, 'mood' positif dan permainan yang lebih baik, kita mampu menjuarai permainan bola baling," tambahnya.
19 Sep 18
151
Empty Image
SUKMA 2018: Slogan 'Win Back Mission’ Cabaran Buat Atlet
Ustaz Wan Hassan (kiri) memberikan kata semangat buat anak angkatnya, Pasukan Petanque Terengganu.Oleh: Nurul Zhahirah Mohamad ZahidIPOH - Berbekalkan slogan 'Win Back Mission’, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu yang beraksi dalam temasya ke-19 di Perak bermula 12 sehingga 22  September berdepan dengan cabaran untuk merebut kembali kejuaraan.Bapa Angkat Pasukan Petanque Terengganu, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, slogan  itu perlu disahut semua atlet  untuk kembali  menjuarai  SUKMA  seperti mana pernah dipegang sebelum ini, iaitu juara empat kali berturut-turut.Katanya, dia percaya semua atlet termasuk atlet pentaque mampu melakukan yang terbaik dan membawa pulang  tiga pingat emas.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini (19 September).Menurut Ustaz Wan Hassan yang juga Ahli Parlimen Dungun, mereka bukan sahaja mewakili pasukan tetapi mewakili peminat-peminat sukan, kerajaan negeri dan rakyat Terengganu khususnya."Saya yakin dengan kemampuan Atlet Petanque Terengganu yang ternyata menunjukkan kesungguhan dan semangat."Pencapaian mereka setakat ini alhamdulillah memberangsangkan," tambahnya.
19 Sep 18
924
Empty Image
Kerajaan Terengganu Laksana Janji Manifesto Bantu Sekolah Pondok Dan Agama Rakyat
Kerajaan Terengganu akan membantu kewangan dan Infrastruktur pusat-pusat pengajian rakyat - Ustaz Mohd Nor Hamzah - Foto - Solahuddin Al IdrusKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu melaksanakan janji Manifesto PAS untuk membantu pondok dan Sekolah Agama Rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ianya adalah  suatu usaha yang bagus dan dialu-alukan oleh pihak kerajaan.Tambahnya, kerajaan sendiri juga mencadang dan telah pun meletakkan satu  perjanjian untuk membantu sekolah agama rakyat."Rabitah ialah sebuah NGO yang menggabungkan seluruh institusi  pengajian agama Terengganu ini."yang terpisah langsung daripada kerajaan  dengan gabungan mereka sendiri," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena kunjungan Rabitah Institusi Pendidikan Rakyat Terengganu di Tingkat 18 Wisma Darul Iman semalam, Selasa, 18 September.Jelasnya, Rabitah menjadi penghubung penghubung kepada kerajaan sebagai penyampai suararakyat daripada komuniti pondok kepada pihak kerajaan.Namun begitu kata beliau, tidak semua pondok yang bergabungdengan Rabitah ini kerana sebahagiannya tidak mahu terikat dengan kokurikulum kerajaan.Beliau menambah, Rabitah ini sebagai pemudahcara untuk mendaftar di bawah pejabat agama."Di waktu yang sama pejabat agama dapat mengawal selia dan memantau institusi terbabit."Jadi insya Allah saya akan berusaha untuk bincang  dengan Exco pendidikan dan Menteri Besar untuk menjadikan Rabitah sebagi platform orang tengah kepada kerajaan dan pondok," jelas beliau.Justeru itu, beliau menjamin akan membantu kewangan dan pembangunan infrastruktur pusat-pusat pengajian itu.
19 Sep 18
71
Empty Image
Patuhi Arahan Keselamatan Di Tempat Kerja - Wan Hapandi
Wan Hapandi Wan Nik menziarahi salah seorang penduduk yang sedang sakit di DUN Sura.Oleh: Mohd AsrafDUNGUN - Setiap pekerjaan yang dilakukan baik di rumah mahupun ditempat kerja, haruslah berpandukan peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik menasihatkan kepada orang ramai tentang pentingnya mematuhi akta keselamatan di tempat kerja.“Biar apa pun kerja yang kita lakukan, pastikan kita mematuhi peraturan-peraturan yang telah digariskan.“Kalau berada di tapak kerja, mesti mengikut arahan dari pegawai keselamatan yang bertugas agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini”, jelasnya mengulas kecederaan salah seorang mangsa kemalangan di tempat kerja yang diziarahinya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Kebajikan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura Bersama YB di beberapa buah kampung termasuk Kampung Padang Jambu, Kampung Alur Tembesu dan Kampung Sura Tengah, semalam (18 September).Menurutnya Wan Hapandi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, walaupun pekerjaan tersebut dilakukan di rumah, namun aspek keselamatan haruslah diambil perhatian yang serius.“Bertukang di rumah sendiri pun perlu patuh kepada aspek keselamatan biarpun tiada yang mengawasi," ujarnya.Program ziarah tersebut yang bermula selepas solat Asar menghimpunkan seramai 15 orang pemuda untuk bersama sama menziarahi mereka yang sakit.Turut hadir, Ketua Pemuda PAS DUN Sura, Ustaz Ahmad Mukrim Adnan dan timbalannya serta Pemuda-pemuda PAS DUN Sura.
18 Sep 18
201
Empty Image
Taman 'Exotic' Bernuasakan Desa - Ghazali Sulaiman
Ghazali Sulaiman meninjau Bukit Besi Agro Exotic Farm yang menjadi tumpuan pengunjung.Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Bukit Besi Agro Exotic Farm merupakan sebuah taman perladangan yang memiliki pelbagai jenis haiwan 'exotic' yang bernuasakan desa.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kedudukannya yang terletak tidak berapa jauh dari Tasik Bukit Puteri akan memahatkan kenangan yang terindah tatkala dilawati."Saya menyokong usaha yang dibuat oleh pemilik Taman Ladang 'Exotic ini."Ianya benar-benar menzahirkan suasana desa dengan bunyi desiran air daripada bukit yang mengalir sangat menenangkan," ucapnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media sewaktu berkunjung ke Bukit Besi Agro 'Exotic Farm, semalam (18 September).Menurutnya, tempat tersebut perlu dikembangkan dan dimajukan kerana ianya akan membantu mempromosikan Bukit Besi sebagai hub pelancongan yang terkemuka di Negeri Terengganu."Rasailah pengalaman memancing ikan, memberi makan kepada pelbagai jenis landak yang ada di sini."Terdapat juga rusa, arnab dan lebih menarik, pengunjung boleh naik jentolak untuk ke ladang penternakan lembu," ujarnya.Sementara itu, menurut isteri kepada pemilik ladang, Raja Mariani Raja Ali, ramai yang akan berkunjung pada waktu cuti am."Rombongan sekolah yang sejauh dari Kuala Lumpur juga pernah datang ke sini," tambahnya.Antara daya penarik utama guru dan pelajar datang adalah kerana pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran bagi menguruskan ladang, serta penjagaan terhadap haiwan eksotik seperti landak dan rusa yang memerlukan penjagaan rapi."Di sini juga disedikan aktiviti memancing di mana aktiviti ini tidak menggunakan joran moden tapi menggunakan pelepah kelapa."Setelah memancing mereka perlu melepaskan kembali ikan tersebut, jika nak bawa pulang, akan dikenakan bayaran, dan boleh juga ikan itu terus dibakar di tempat yang telah disediakan," jelasnya.Pengunjung yang hadir digalakkan membawa makanan sendiri bagi menjimatkan kos.Binatang lain yang ada ialah kancil, Landak Raya, Landak Nibong, arnab dan Rusa Timur Rasis."Paling menarik ialah aktiviti mandi di kolam belon, 'Super Doopa' yang diisikan dengan air bukit yang diganti setiap hari bagi memastikan kejernihannya."Bagi menampakkan suasana desa di sungai ini, kita bina wakaf dari kayu-kayan," ujarnya.Menurutnya, beliau dan suami telah membuka 'Agro Exotic Farm' itu bermula dari tahun 2015 lagi kerana minat yang mendalam dan pernah menyertai Pertandingan 'Rural Business Challenge' (RBC)  bagi melayakkan pinjaman bagi mengembangkan lagi perusahaan, tetapi hanya sekadar layak sampai ke separuh akhir."Walaupun bagaimanapun, kita akan berusaha mengembang dan memajukan lagi tempat ini."Haiwan Eksotik yang ada akan ditambah lagi, bagi memberi jaminan kepuasan dan keseronokan pengunjung," jelasnya.
18 Sep 18
855
Empty Image
Pelancongan Masjid Terus Diperkasa
Norhana menyampaikan cenderamata kepada Ariffin di MajlisTaklimat Program Pelancongan Masjid Terengganu 2018 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Foto Oleh:  Syaiful Mustafa KUALA TERENGGANU - Sektor pelancongan masjid di negeri ini akan terus diperkasa selari dengan usaha menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri pelancongan Islam dimata dunia.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri akan berkolaborasi dengan Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu dan penggiat pelancongan yang lain untuk menarik lebih ramai pelancong mengunjungi masjid.“Setelah kita mengambil alih kerajaan, antara matlamat kita adalah untuk menjadikan negeri ini sebuah negeri pelancongan Islam dan antara yang akan diperkasakan adalah pelancongan masjid.“Dalam waktu yang sama, usaha ini telah dilakukan oleh Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu sejak 2012, justeru kami sangat berbesar hati dan akan terus memberikan sokongan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Program Pelancongan Masjid Terengganu 2018 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Malaysia (Wilayah Timur), Zaliha Zainuddin dan Pengerusi Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu, Norhana Ng Abdullah.Katanya, terdapat lebih 500 buah masjid di negeri ini dan sebahagiannya berpotensi untuk diketengahkan kepada pelancong kerana memiliki keindahan dan keunikan seni bina serta nilai warisan sejarahnya yang tersendiri.Sementara itu Norhana berkata, antara misi pihak persatuannya adalah untuk menjadikan masjid-masjid pelancongan negeri Terengganu sebagai destinasi utama pilihan pelancong dan seterusnya mewujudkan kesedaran tentang agama Islam kepada pelancong dengan mesra, informatif dan berhikmah.Katanya, Masjid Abidin, Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Ibai dan Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam adalah antara masjid yang kerap menerima kunjungan pelancong luar negara yang kebanyakkannya bukan beragama Islam.“Banyak lagi masjid-masjid di Terengganu dimana kita boleh memperkenalkan program ini termasuk Masjid Ulul Albab, dan juga masjid dekat Pulau Perhentian,” ujarnya.
18 Sep 18
186
Empty Image
SUKMA 2018: Jaga Solat Atlet Hebat
Cikgu Alias Harun melawat atlet-atlet Muay Thai Terengganu yang berentap di SUKMA 2018.Oleh: Nooreni Abu BakarIPOH - Atlet sukan Muay Thai yang mewakili Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19, di Ipoh, Perak diingatkan agar tidak meninggalkan solat walaupun  dalam keadaaan masa pertandingan yang agak terhad.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun berkata, perkara wajib itu perlu diutamakan dalam apa jua keadaan sekalipun."Sekiranya kita lalai, kita akan dimurkai oleh Allah."Bila kita di gelanggang, kita sentiasa tumpu kepada musuh, tetapi hati kita tidak harus lupa kepada Allah."Mudah-mudahan Allah lindungkan kita daripada berlaku kecederaan."Semoga Allah jaga keselamatan kita semua," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika mengunjungi atlet-atlet tersebut di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Grik, Ipoh, hari ini (18 September). Beliau yang merupakan bapa angkat sukan Muay Thai mengharapkan agar Pasukan Muay Thai Terengganu dapat merampas lebih banyak emas untuk dihadiahkan kepada Terengganu sekaligus mampu menjadi juara SUKMA 2018. "Walaupun pada sasaran awal hanya  dua emas, tetapi kita berdoa kepada Allah dengan latihan yang mencukupi dan persembahan yang memberangsangkan, insya-Allah banyak lagi kejayaan dapat dicapai", tambahnya lagi.Setakat ini, seramai tiga peserta telah layak ke separuh akhir acara sukan Muay Thai SUKMA.
18 Sep 18
123
Empty Image
Rakyat Adalah Amanah - Azbi Salleh
Azbi Salleh mendekati kanak-kanak yang menderita sakit kronik.Oleh: Saifullah JusohBESUT - Rakyat adalah amanah kepada pemimpin yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, kerajaan akan berusaha memastikan beban dan masalah rakyat dapat dikurangkan."Rakyat memberi amanah kepada kita dengan kuasa yang ada supaya kita dapat menjaga dan membela nasib mereka."Justeru, kita tidak boleh buat acuh tidak acuh dengan masalah dan bebanan yang dihadapi oleh rakyat kerana rakyat adalah tanggungjawab kita," ujarnya.Beliau berkata ketika demikian ketika ditemui pemberita semasa menziarahi pesakit-pesakit kronik di Kampung Alor Jejawi, Kampung Tok Saboh dan Kampung Lay Out Tok Saboh, semalam (18 September).Azbi Salleh turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.Rata-rata pesakit yang ditemui menghidap penyakit kronik yang memerlukan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban ahli keluarga mereka.Turut hadir dalam ziarah tersebut, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Jejawi, Mohd Seli dan Pengerusi MPKK Kampung Lay Out Tok Saboh, Hafiz Yusoff.
18 Sep 18
85
Empty Image
20,000 Rumah Mampu Milik Akan Dibina Segera
Foto: Abdul Muhaimin Oleh : Dzakaria Mohd SallehSETIU - Kerajaan negeri akan merealisasikan perancangan membina 20,000 rumah mampu milik  (RMM) sepertimana dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, secepat mungkin bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat memiliki kediaman lebih selesa.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, bagi memastikan hasrat dan janji kerajaan itu dapat dicapai, agensi kerajaan yang berkaitan perlu memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan."Kerajaan sangat mengharapkan kerjasama semua agensi-agensi yang terlibat menjayakan hasrat ini dapat dilaksanakan," ujarnya ketika merasmikan Bengkel Spesifikasi RMM, di Sutra Beach Resort, Merang, di sini, pagi ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Engku Md. Azmi Engku Abd. Rahman.Bengkel tiga hari anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu turut disertai oleh pegawai-pegawai dari pelbagai agensi berkaitan.Alias berkata, pada tahun ini mesyuarat kerajaan negeri meluluskan empat tapak untuk RMM di empat daerah iaitu di Kampung Tok Jembal (Kuala Nerus), Kampung Tempinis (Setiu), Kampung Gong Cengal (Kemasik) dan Kampung Tajin (Hulu Terengganu).Ujarnya lagi, PMINT dilantik sebagai pelaksana projek dengan sasaran kerajaan untuk membina 700 unit pada peringkat awal sebelum melaksanakan di semua daerah berkenaan.Sehubungan itu, beliau berharap bengkel yang diadakan itu akan dapat menemui langkah terbaik bagi memudahkan dan mempercepatkan proses tender serta mengatasi amalan birokrasi bagi memastikan sasaran itu tercapai.Dalam masa yang sama menurut Alias lagi, kerajaan dalam manifestonya yang lalu juga menawarkan satu pinjaman perumahan kepada rakyat."Sebanyak RM50 juta setahun, tidak salah saya, sebahagiannya sudah bersedia untuk membantu mereka yang tidak mampu untuk membeli rumah dan tidak mendapat pinjaman dari institusi kewangan."Kerajaan akan membantu memudahkan rakyat supaya memiliki rumah sendiri,"katanya.
18 Sep 18
38