lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
SUKMA 2018: Memanah Turut Menyumbang
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kiri) turun padang meninjau keadaan anak angkatnya, jurulatih dan pemain Pasukan Memanah Terengganu.Oleh : Syaharulhafizi ShamsudinSERI ISKANDAR - Acara Memanah Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 yang menutup tirai semalam, akhirnya menghasilkan dua emas, tiga perak dan lima gangsa untuk kontinjen Terengganu.Penyumbang pingat secara individu, Nur Aqilah Yusof, Emas (30M Recurve Women), Muhammad Saiful Islam Mohd Rizuan, (emas serta dua perak acara 30M, 50M dan 70M Recurve Men), Athirah Auni Mat Yatya, (perak dan gangsa acara 60M dan 70M Compound Women) dan Mohamad Syafiq Md Ariffin (dua gangsa acara 30M dan 90M Compound Men).Pemenang pingat gangsa berkumpulan Compound Lelaki, Muhamad Alif Haikal Biamin, Mohamad Syafiq Md Ariffin, Muhammad Hazmi Aisar Azmi dan Mohamad Saiful Adli Mat Zin.Manakala penerima pingat gangsa secara berkumpulan Recurve Wanita dimenangi Nur Aqilah  Yusof, Nuramalia Haneesha Mazlan, Sufia Nabilah Subarjo dan Nur Balqis Biamin.Menurut  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, kalah dan menang adalah adat permainan dan itu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT."Namun apa yang paling penting adalah kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang kita hajati.“Saya yakin, mereka telah melakukan yang terbaik dalam temasya ini. Namun, takdir telah ditentukan oleh Allah dan masih banyak ruang lagi dalam perlawanan yang akan datang. Jangan sesekali berputus asa serta jadikan kekalahan ini adalah satu semangat untuk terus berjuang,” ujar beliau dipetik dari laman facebook rasmi beliau semalam.Mohd Nor juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti atlet, jurulatih serta pihak pengurusan dalam berganding bahu demi mengharumkan Negeri Terengganu.Sebelum itu, beliau bersama isteri turut hadir memberikan semangat kepada Pasukan Memanah Terengganu sebagai  sukan angkat beliau di Lapang Sasar, Universiti Teknologi Petronas, Perak.
22 Sep 18
496
Empty Image
Warga Kuala Terengganu Amalkan Gaya Hidup Sihat
Acara Kayuhan Merdeka dan Pata Walk bukti warga Kuala Terengganu amalkan gaya hidup sihat  Foto - Tengku SyamimKUALA TERENGGANU - Dengan penyertaan lebih 1100 orang dalam acara Kayuhan Merdeka dan penglibatan lebih 200 orang dalam acara Pata Walk bukti warga Kuala Terengganu mengamalkan gaya hidup sihat.Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Wan Mohd Zaki Wan Abdullah berkata, kedua-dua acara tersebut adalah anjuran bersama MBKT  dengan para penyumbang yang menawarkan hadiah lumayan.Katanya, sebuah syarikat telah memberikan pakej iaitu  mengerjakan umrah  dan habuan lain termasuk motosikal, basikal yang berjumlah RM15 ribu ringgit.“Program kayuhan  merdeka dianjurkan oleh MBKT dan TSG bertujuan  untuk memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan  dimana  pelbagai aktiviti diadakan.“Dan acara Pata Walk sepanjang tiga kilometer di Pantai Batu buruk bertujuan mereka menghayati kepentingan kebersihan pantai yang mana  diorang akan mengutip sampah,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas pelepasan kayuhan merdeka di Dataran Pantai Batu Buruk pada pagi ini , Sabtu, 22 September.Katanya, program kayuhan basikal sempena kayuhan merdeka sudah dilakukan sebanyak dua kali sebelum ini.Justeru beliau berharap dalam program tersebut bukan untuk mementingkan siapa cepat sampai tetapi penglibatan komuniti terhadap gaya hidup sihat.Tambahnya,dalam Pata Walk pula ada tema pemakaian yang mana mereka boleh menghayati  bagaimana kehidupan para nelayan dan sebagainya.
21 Sep 18
117
Empty Image
Kerajaan Persekutuan Perlu Bela Nasib Penoreh Getah
Oleh : Ariss AliasSETIU - Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan perlu melaksanakan tanggungjawab membela nasib penoreh getah yang sering diabaikan kebajikan mereka.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, kerajaan negeri mendesak kerajaan pusat melaksanakan harga siling bagi menstabilkan pendapatan penoreh."Skim Insentif Penoreh (IPG) hendaklah ditambah baik oleh Kerajaan Persekutuan dan pihak-pihak yang bertanggungjawjawab."Kerajaan pusat wajar mengambil serius kebajikan penoreh getah di negara ini yang sering dipinggirkan."Siapa lagi yang akan membela nasib mereka jika bukan kerajaan yang diberi mandat," ujarnya lagi.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, baru-baru ini (19 September).Sementara itu, seorang penoreh getah, Alpatlo Isa, 57, yang ditemui di Kampung Bukit Layat amat berharap agar harga lantai getah sekerap dapat ditetapkan oleh kerajaan pada harga RM4 sekilogram."Kami ini tidaklah berpendapatan tinggi, paling tinggi upah pun hanya antara RM500 hingga RM600 sebulan setelah dibahagikan hasil dengan tuan kebun," jelasnya.Seorang lagi penoreh getah, Che Rosmin Che Soh, 57, berkata, keadaan penoreh diburukkan lagi dengan harga pasaran getah yang menjunam sehingga berada di paras RM2.20 sekilogram."Saya amat berharap kerajaan dapat menstabilkan harga getah, jika tidak kami sukar keluar dari aras kemiskinan sekiranya keadaan ini berterusan."Saya bernasib baik mempunyai pendapatan tambahan iaitu hasil tanaman padi, tetapi ramai sahabat-sahabat lain hanya mengambil upah menoreh, keadaan mereka amat perit dan sukar," tambahnya.
21 Sep 18
406
Empty Image
Peniaga Air Tebu Hilang Tempat Berteduh - Ghazali Sulaiman
Oleh : Adli MohamadDUNGUN- Seorang peniaga air tebu hilang tempat berteduh selepas rumah sewanya hangus terbakar di Taman Madani, Almuktafi Billah Shah, di sini, semalam.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ghazali Sulaiman berkata, kebakaran itu memusnahkan keseluruhan rumah serta semua kelengkapan penting."Kejadian berlaku pada 11.30 pagi menyebabkan mangsa, Mohd Nasri Taat, yang menyewa rumah kehilangan tempat tinggal dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam.Menurut Ghazali, mangsa mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah."Saya mendoakan agar mangsa tabah dan diberi kekuatan berdepan ujian ini."Saya juga berharap agar ada yang sudi menghulurkan bantuan supaya bebanan ymangsa dapat diringankan," ucapnya.Ghazali turut berterima kasih kepada anggota penyelamat yang cepat bertindak bagi memastikan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
21 Sep 18
164
Empty Image
Bina Empangan Kecil Di Hulu Sungai Berang
Oleh: Hanif HamdanHULU TERENGGANU -Kerajaan negeri melalui portfolio jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri mencadangkan agar satu empangan kecil dibina di Hulu Sungai Berang.Pengerusinya, Dr Mamad Puteh berkata, pembinaan empangan itu dilihat mampu mengatasi masalah banjir yang berlaku di kawasan berkenaan saban tahun."Untuk jangka masa panjang, selain daripada dua empangan ini ( Empangan Kenyir dan Empangan Hulu Terengganu), saya nak cadangkan juga sebuah empangan dibina di Sungai Hulu Berang, mungkin pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh bina sebuah empangan yang kecil disana," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam taklimat semasa perjumpaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena lawatan kerja ke tapak di Stesen Janaelektrik Hulu Terengganu, semalam.Menurut beliau, jika dibina empangan kecil di Hulu Sungai Berang ianya mampu untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku setiap tahun di sana dan membolehkan banyak kampung dapat diselamatkan.Katanya, antara kampung yang selalu terlibat banjir di kawasan tersebut termasuk Kampung Menerong, Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Pasir Pelata, dan beberapa kawasan lain."Saya cadangkan agar TNB buat kajian kemungkinan untuk bina sebuah empangan kecil di sana bagi mengatasi masalah banjir."Pembinaan empangan ini bukan sahaja berupaya mengatasi masalah banjir, malah mampu juga menjana pendapatan kepada kerajaan negeri," ujarnya.
21 Sep 18
198
Empty Image
Bahagi MasaTugas Exco, ADUN - Tengku Hassan
Oleh : M.Syukri Mohamed KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menafikan tohmahan pihak tertentu terhadapnya yang dikatakan jarang bertemu rakyat.Sebaliknya, menurut beliau pengurusan masa itu amat penting antara tugasan sebagai Exco Kerajaan Negeri dengan kerja-kerja sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).“Pihak yang mendakwa saya tidak turun bertemu rakyat di kawasan (DUN Ladang) itu tidak betul dan tidak tepat.“Pihak pengurusan ADUN telah menyediakan jadual setiap hari Selasa, saya dan pegawai-pegawai saya akan bersama rakyat dalam DUN Ladang. Jika saya tiada, akan ada pembantu dari pejabat ADUN akan menggantikan saya.“Kita perlu menguruskan masa dengan baik supaya kerja-kerja Exco (kerajaan) berjalan dan juga kerja-kerja ADUN pun berjalan dan setakat hari ini tiada lagi aduan yang diterima mengatakan saya tidak turun padang,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika melawat beberapa buah rumah yang terjejas akibat  ribut serta menghadapi masalah kekurangan infrastruktur di Kampung Sungai Derhaka, di sini, kelmarin.Menurutnya, beberapa buah rumah di kampung tersebut menghadapi masalah air bertakung dalam tempoh yang lama ketika hujan kerana tiada kemudahan sistem longkang.Sehubungan itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Derhaka, yang memaklumkan mengenai permasalahan rakyat itu.Tengku Hassan yang juga ADUN Ladang berharap, pihak MPKK kampung terbabit memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah itu.“Jika boleh kita menyelesaikan masalah itu dengan menyewa Excavator untuk mengali bagi penyelesaian (air bertakung) buat sementara waktu,” jelasnya.Menurutnya, MPKK adalah mata dan telinga kerajaan bagi memudahkan segala urusan rakyat.
21 Sep 18
57
Empty Image
Dr Azman Jalani Pembedahan Kecil Kaki
Dr Azman Ibrahim (empat dari kiri) diziarahi sahabat handai di KTS Hospital.Oleh: Hidayah AzlinSETIU - Setelah hampir 4 bulan bertahan akibat kecederaan tendon pada bahagian buku lali, akhirnya Dr Azman Ibrahim terpaksa akur mendapatkan rawatan.Menurutnya, kecederaan semasa bermain sepak takraw bersama anak muda Jabi tidak lama dahulu menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan."Akibat kesibukan selepas pilihan raya, proses angkat sumpah dan tugas-tugas yang banyak menyebabkan pembedahan tertangguh."Walaupun suasana kerajaan dan parti yang agak sibuk, tetapi langkah menjalani pembedahan terpaksa diambil kerana tiada alternatif lain," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika dilawati semalam selepas menjalani pembedahan pada 19 September di Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital.Menurut Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, buat sementara waktu, tugas beliau diambil alih oleh Pegawai Khas, Sudin Awang, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Norisabri Ismail dan 13 orang kakitangan di Pejabat Pusat Khidmat DUN Jabi.Manakala tugas-tugas Exco diambil alih buat sementara waktu oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun dan pegawai-pegawai di pejabat."Pegawai-pegawai dan kakitangan akan membantu dan menyelesaikan urusan rakyat dalam tempoh masa pergerakan Exco yang agak terhad," katanya.Dalam keterbatasan pergerakan, beliau mengharapkan rakyat memahami keadaannya."Saya berharap dalam tempoh sebulan ini, rakyat kena cari kitalah," ujarnya dalam nada bergurau.Menurut doktor yang merawat, proses penyembuhan mengambil masa paling kurang 6 minggu.Dr Azman turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang datang menziarahi dan mendoakan kesembuhan beliau.
20 Sep 18
67
Empty Image
Wanita Perlu Elak Risiko Jadi Sasaran Penjenayah
Wanita perlu sentiasa peka dan berwaspada ketika berada di lokasi berisiko yang mengancam keselamatan bagi mengelakkan diri menjadi sasaran penjenayah terutamanya jenayah seksual seperti rogol dan cabul. Isteri Menteri Besar, Tuan Faezah Tuan Ab Rahman berkata, wanita kerap menjadi sasaran disebabkan faktor kelemahan fizikal yang membuatkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menjadikan mereka sebagai sasaran.Justeru katanya, antara langkah-langkah pencegahan jenayah perlu diberi perhatian oleh golongan ini (wanita) bagi mengelakkan perbuatan yang melangkaui norma kemanusiaan termasuk dengan menjaga kehormatan diri.“Ia seharusnya bermula dengan kesedaran diri wanita itu sendiri.“Islam telah mengajar beberapa prinsip mudah seperti menutup aurat, tidak menunjukkan perhiasan, menjaga batas pergaulan berlainan jantina dan sebagainya bagi melindungi kaum yang lemah ini daripada sasaran penjenayah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Wanita Anti Jenayah di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, hari ini. Katanya, golongan wanita juga perlu mempelajari seni pertahanan diri bagi membantu diri menghadapi serangan penjenayah dan peka terhadap persekitaran serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
19 Sep 18
56
Empty Image
SUKMA 2018: Lima Atlet Pencak Silat Mara Ke Pusingan Akhir
Ustaz Ridzuan Hashim (tengah) memberi kata semangat kepada anak angkatnya, Pasukan Pencak Silat Terengganu.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA KANGSAR - Lima atlet Pasukan Pencak Silat Terengganu mara ke pusingan akhir, sekaligus menepati sasaran empat pingat emas sebelum ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, beliau amat gembira dan berharap agar apa yang disasarkan sebelum ini menjadi kenyataan.“Saya percaya anda semua mampu membuktikan yang kita orang Terengganu ini sememangnya ’nelang’, kita boleh,” ujarnya.Beliau yang juga merupakan 'bapa angkat' pasukan pencak silat negeri berkata demikian dalam satu taklimat ringkas yang diadakan selepas sesi pertandingan, semalam (19 September).“Saya mendoakan agar kelima-lima atlet yang berjaya mara ke peringkat akhir ini akan membawa pulang lima emas pada kali ini insya-Allah.“Setakat ini kita telah memperolehi dua perak dan dua gangsa, esok giliran emas pula.“Kita mampu sebenarnya, apa yang penting adalah kena memperkuatkan mental kita, dan cuba tunjukkan apa yang telah dipelajari,” tambahnya.Kejohanan dwi tahunan ini diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar bermula 12 September dan berakhir pada 22 September 2018 dengan menawarkan 26 pingat emas, 26 pingat perak dan 42 pingat gangsa.
19 Sep 18
418
Empty Image
Muzium Bukit Besi Kini 90 Peratus Siap
Oleh : Adli MohamadDUNGUN- Muzium bersejarah Bukit Besi hampir 90 peratus siap dan akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi memulihara dan menjaga khazanah berharga di negeri ini "Apabila muzium itu mula dibuka nanti, ianya berpotensi memberi impak positif kepada penduduk setempat."Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah sudah tentu akan dapat diterokai oleh orang awam apabila dibuka nanti," ucapnya.Beliau Berkata ketika sesi lawatannya ke Muzium Bukit Besi, di sini, semalam.Ghazali berkata, Bukit Besi cukup terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih besi, satu ketika dahulu dan pernah menjadi bandar yang pesat membangun.Tambahnya lagi, Muzium Bukit Besi yang hampir siap dibina itu akan ditempatkan pelbagai monumen dan bahan sejarah untuk memberi pengetahuan kepada pengunjung mengenai Bandar Bukit Besi."InsyaAllah, saya mendapat makluman bahawa kepala keretapi yang diletakkan di Muzium Negeri Terengganu akan dibawa pulang,"Lebih menarik, muzium ini dibina di kawasan bersejarah, di mana disekitarnya terdapat bangunan-bangunan lama seperti bangunan memproses bijih besi dan sebagainya," jelas beliau.Beliau juga berharap agar ianya akan menjadi daya tarikan baru kepada pengunjung yang bertandang ke Bukit Besi."Saya cadangkan agar pihak-pihak tertentu, bina rumah tumpangan dan juga chalet bagi membolehkan pengunjung dapat berehat disini lebih dari sehari, kerana dalam sehari mana mungkin sempat untuk menerokai kawasan-kawasan menarik di Bukit Besi ini," jelasnya.Sementara itu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Besi, Ahmad Bahir Chik berkata pengalaman menerokai tempat bersejarah itu akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan."Bukit Besi ini dahulunya memang pesat membangun telah diusahakan oleh Jepun dan British."Pada masa itu mengikut apa yang saya tahu, masyarakat yang tinggal di sini pada masa itu adalah golongan elit dan kaya raya," katanya.Menurutnya, semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak, Bukit Besi mula hilang peranannya dalam menjana ekonomi negara kerana pada era Tun Abdul Razak petroleum mula mencuri tumpuan sebagai penjanaan utama ekonomi negara."Saya mengharapkan agar apabila muzium ini disiapkan nanti ianya akan menjadi tumpuan utama kepada peminat sejarah untuk proses pembelajaran,"Saya sendiri secara jujurnya tidak sabar melihat usaha ini berjaya dan akan menjadi tarikan utama," jelasnya.Menurutnya lagi, Muzium itu nanti akan menjadi panduan untuk menjejaki sejarah kegemilangan Bukit Besi dan seterusnya menjelas dan menzahirkan peranan Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah.
19 Sep 18
1509