lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Nasib Pesakit Kronik Dibela - Azbi Salleh
Haji Azbi Salleh (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penduduk.Oleh: Saifullah JusohBESUT - Nasib pesakit-pesakit kronik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut terus menjadi keutamaan agar terus terbela.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, pesakit-pesakit kronik perlu diambil perhatian agar nasib mereka terus terbela kerana ramai di antara mereka yang masih mempunyai tanggungan."Walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban mereka bagi menjalani kehidupan seharian," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu ziarah bersama Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Gong Penaga, kelmarin (23 September).Seorang penduduk yang diziarahi, Raudhatul Husna sedang menderita akibat ketumbuhan di kepala.Beliau tinggal bersama ibunya di Kampung Gong Penaga.Haji Azbi turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.Hadir sama ialah Pengerusi MPKK Kampung Gong Penaga, Mohd Amri.
24 Sep 18
258
Empty Image
Ziarah Tumpuan Utama - Mohd Fazil
Haji Mohd Fazil bertemu Firdaus di Kampung Telaga Batin.Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS - Ziarah menjadi tumpuan utama dalam memastikan kebajikan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir terjaga.Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Haji Mohd Fazil berkata, lawatan hari ini menemukan Ahmad Firdaus Abdul Rahman yang ‘viral’ di media sosial akibat bertukar kasut dengan saudaranya untuk ke sekolah kerana kesempitan hidup yang dihadapi oleh keluarganya.“Alhamdullilah sumbangan dihulurkan bagi membantu keluarga adik Ahmad Firdaus ini.“Saya berharap semoga adik Ahmad Firdaus terus berjaya dalam bidang pelajaran.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu ziarah di kediaman Firdaus di Kampung Telaga Batin,Seberang Takir, kelmarin (23 September).Tambahnya, beliau mengharapkan Firdaus dapat berjaya pada masa hadapan dan membanggakan keluarga."Semoga Firdaus dapat menjadi anak yang dapat membanggakan keluarganya," ujarnya.
24 Sep 18
130
Empty Image
Kerajaan Komited Kekalkan Kemenangan SUKMA 2020
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri bersama para atlet Sukma 2018 melaungkan slogan “Terengganu Hanelang” di Dataran Batu Burok. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu komited dalam usaha melihat negeri ini terkenal sebagai ‘kilang’ melahirkan atlet-atlet sukan di persada dunia. Ini terbukti, apabila kontinjen Terengganu berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018 dari 11 hingga 22 September di Perak, buat kali kelima.Sehubungan itu, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengumumkan, beberapa insentif kepada para atlet SUKMA yang berjaya merangkul pingat. Azreen Nabila Alias (kanan) dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik Sukma 2018, dan Nur Aishah Muhammad Zubir, berjaya merangkul tujuh pingat emas dalam acara berbasikal.Malah, katanya kerajaan negeri akan menaja Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018, Azreen Nabila Alias ke Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.“Kerajaan negeri juga telah meluluskan insentif-insentifnya. Pemberian RM3,000 bagi setiap pingat emas untuk setiap pemenangnya. Pemberian RM2,000 bagi setiap pingat perak untuk setiap pemenang dan pemberian RM1,000 bagi pingat gangsa untuk setiap orang pemenang.“Bagi Atlet Wanita Terbaik SUKMA XIX 2018, Azreen Nabila Alias, kita (kerajaan) akan hantar mengerjakan umrah. “Kerajaan negeri juga bersetuju memberi tambahan RM100 kepada setiap ahli kontinjen SUKMA dan semua sekali yang terlibat akan menerima insentif itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Kepulangan Wira-Wirawati Juara Sukma 2018 di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam (23 September).Hadir sama menyambut kepulangan para atlet itu, Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Dato’ R Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan ramai lagi.Dr Ahmad Samsuri bangga dengan pencapaian atlet SUKMA 2018 yang mengharumkan nama Negeri Terengganu.Dr Ahmad Samsuri turut merakamkan ucapan syukur dan tahniah khususnya kepada atlet, yang berjaya memecah rekod SUKMA serta merangkul pingat emas yang banyak.“Syukur kita kehadrat Allah SWT dan syabas kepada seluruh kontinjen Terengganu yang telah membawa pulang Piala SUKMA XIX 2018. Pencapaian yang amat cemerlang dan membanggakan.“Tidak ada ucapan yang boleh diberikan kepada seluruh atlet, pengurus, urusetia, ‘bapa angkat’ yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan yang dikecapi oleh seluruh rakyat Terengganu. “Kejayaan kita (Terengganu) menjadi juara dan diiringi dengan kejayaan ‘Ratu Pecut’ Terengganu, Azreen Nabila Alias, yang telah dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018. “Beliau telah memecahkan rekod yang dipegang oleh atlet Johor, Siti Fatimah Ahmad dalam acara 100m. Emas juga dalam acara 200m dan 4x100m.  Kita juga ada Nur Aishah Muhammad Zubir yang memenangi tujuh pingat emas acara berbasikal.“Harapan saya, SUKMA 2020 nanti kita (Terengganu) sekali lagi menjadi juaranya, insya-Allah,” jelasnya. Detik-detik manis kejayaan Ratu Pecut Terengganu, Azreen Nabila Alias, sekaligus dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2018.Menurutnya, kejayaan paling besar yang menyumbang pingat emas kepada negeri ini adalah acara sukan berbasikal. “Saya suka memberi komitmen yang sesungguh-sungguhnya, bahawa kita akan berusaha untuk memastikan velodrom dapat dijayakan di Negeri Terengganu ini dalam masa terdekat. “Ini kerana sudah lama kita hendak velodrom bagi sukan berbasikal. Kita mahu atlet kita cemerlang di peringkat nasional dan dunia, insya-Allah,” tegasnya di hadapan lebih 1,000 para atlet dan penyokongnya.Dr Ahmad Samsuri ditemani Dato’ A Rahman (kanan) dan Exco Ustaz Wan Sukairi (kiri) mengadakan sidang medianya di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.Kata Menteri Besar Terengganu, bagi mengekalkan prestasi kemenangan itu, kerajaan negeri akan memasukkan peruntukan khusus bagi pembangunan sukan dan atlet berprestasi tinggi dalam Bajet 2019.“Kita juga akan jaga kebajikan para atlet kita kerana mereka membawa wajah Negeri Terengganu. Ini kerana, apabila cemerlang dan bergelar juara yang turut mendapat hasilnya (cuti) ialah rakyat semua. “Kita (kerajaan) juga bersetuju untuk menyiapkan asrama sukan bagi para atlet kita. Insya-Allah, kita akan bawa atlet kita ini ke peringkat yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini.“Sekiranya mereka memerlukan tempat latihan khusus di tempat-tempat tertentu, untuk melahirkan atlet yang berprestasi tinggi, kita (kerajaan) akan bawa. Insya-Allah, itu komitmen kita (kerajaan),” jelasnya.  Menurutnya, komitmen kerajaan bukan sekadar mahu mengekalkan kemenangan SUKMA pada tahun 2020, tetapi memastikan nanti orang tengok Negeri Terengganu ini bukan ‘lekeh’ (lemah). Konvoi SUKMA 2018 yang pulang daripada Perak, mula berarak dari persimpangan Kuala Jeneris (Hulu Terengganu) melalui Kampung Matang, Kampung Telaga, Bandar Kuala Berang melalui Mydin Mall, Jalan Gong Kapas hingga berakhir di Dataran Batu Burok sejauh 70 kilometer, kira-kira jam 5.10 petang.  Sebahagian dari atlet Sukma 2018 yang meraikan kejayaan mereka di dataran Batu Burok, Kuala TerengganuSebelum itu, Dr Ahmad Samsuri bersama Dato’ A Rahman (SUK) dan kumpulannya berbasikal sejauh dua kilometer ke lokasi dataran sebagai gimik sambutan.Ketibaan konvoi yang diiringi motosikal berkuasa tinggi itu membawa 160 orang pemenang pingat emas, perak dan gangsa, yang diketuai oleh Ketua Kontinjen SUKMA 2018, Samiun Salleh dan Piala SUKMA tersebut diserahkan kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
24 Sep 18
250
Empty Image
Allah Suka Golongan 'Mutatohhirin'
Ustaz Saiful Bahri Mamat (kiri) membersihkan kawasan sekitar dalam Kempen Kebersihan Pantai Paka.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Kebersihan bukanlah sekadar kempen, tetapi seruan sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang harus dipatuhi, kerana Allah sukakan golongan 'mutatohhirin' iaitu golongan pembersih.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi negeri, Ustaz Saiful Bahri Mamat mengingatkan kepada semua jemaah yang hadir agar menjadi Muslim yang suka akan kebersihan dan kesucian.“Kita umat Islam daripada kecil dididik dan dilatih melalui proses 'taharah' yang mambawa makna penyucian dan pembersihan.“Kebersihan ini merupakan etika  sebagai seorang Muslim dan melambangkan agama Islam,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan di Pantai Petak, Paka, kelmarin (22 September).Ustaz Saiful Bahri yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengingatkan supaya menjaga kebersihan di tempat awam.“Hari ini pelajar kita di sekolah buang sampah merata-rata kerana mengharapkan tukang sapu yang membersihkannya."Begitu juga masyarakat apabila beriadah di pantai, tempat awam dan sebagainya hanya membiarkan sampah yang dibawa dibuang merata-rata."Sepatutnya, kita kena buang di dalam tong sampah.“Sebenarnya, semua ini bermula dengan etika, budaya masyarakat yang dibentuk dengan jati diri kita," katanya.Beliau menyatakan kadang-kadang orang bukan Islam lebih memahami erti kebersihan."Kalau di Pattani, ada golongan bukan Islam, tetapi mereka menjaga masjid dan surau di sana."Mereka mengalu-alukan kedatangan orang Muslim ke tempat mereka dalam keadaan yang bersih.Beliau turut mengucapkan tahniah dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Penyelia Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh dan juga Pihak Petronas yang menganjurkan program ini.“Insya-Allah selepas ini, kita harap setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan menganjurkan gotong-royong di kawasan masing-masing,” ujar beliau.Turut hadir ialah isterinya, Sabariah Ilyas, wakil Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Rashidi Wan Suhaimi, kakitangan petronas, wakil i-MiTS dan wakil MPKK Paka.
23 Sep 18
324
Empty Image
PPRT Kampung Jetit Dipertimbang Tukar Kepada Hak Milik
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG -Selepas 18 tahun menjadi penghuni di kawasan perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Bukit Jetit, kerajaan sedang menimbang untuk menukar status kediaman itu sebagai hak milik.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kerajaan negeri akan mengusahakan supaya tanah serta rumah yang sekian lama didiami itu diubah kepada hak milik masing-masing."Masalah yang dialami oleh penduduk di kampung ini, apabila membuat ubah suai atau membaiki rumah mereka dengan tiada peruntukan oleh kerajaan dan rumah serta tanah tersebut bukan hak milik." Ujar beliau.Beliau menyatakan demikian ketika majlis dialog soal jawab hal semasa dengan penduduk kampung tersebut sempena Program Sehari Bersama Yang Berhormat serta Membuat Bubur Asyura, di kampung itu, semalam.Menurut Sulaiman, beliau akan menyokong dan akan menimbang permohonan yang belum diselesaikan oleh kerajaan terdahulu walaupun setelah sekian lama memerintah.Selain itu, beliau juga sempat menziarahi beberapa buah rumah di kampung itu sambil menyampaikan sumbangan hamper makanan.
23 Sep 18
258
Empty Image
YDSM Bantu Usahawan Kelulut Hingga Berjaya
Pihak Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) akan membantu usahawan madu kelulut sehingga mereka mendapat kejayaan. Tengah - Dato’ Haji Mohd Fadzli Yusoffoto - Solahuddin Al IdrusHULU TERENGGANU -  Pihak Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) akan membantu usahawan madu kelulut sehingga mereka mendapat kejayaan. Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM Dato’ Haji Mohd Fadzli Yusof berkata, mereka akan cuba memberi pertolongan apa jua bentuk bagi memastikan para peserta berjaya."Mereka akan memastikan dari semasa ke semasa bagi memastikan para usahawanita sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dalam diri mereka."dan akan didedahkan dengan pelbagai kursus sepertimana yang dilaksanakan untuk program usahawan yang lain," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan Sijil Tamat Kursus Usahawan Produk Madu Kelulut  YDSM dan Bengkel E- Usahawan di Taman Pertanian Sekayu, pada Khamis 20 September.Katanya, sebanyak hampir RM90 ribu telah dibelanjakan untuk  menganjurkan kursus tersebut."Dalam program ini peserta didedahkan  dengan pelbagai cara bagaimana nak memulakan buat sarang sehinggalah nak mengambil serta cara menghirup keluar madu kelulut,“Dan selain daripada itu peserta di dedahkan  dengan cara untuk  mempelbagaikan produk daripada madu kelulut  ini,” ujarnya.Tambah beliau, pihak penaja memberi keutamaan kepada golongan ibu tunggal dan beliawanis serta keluarga yang berpendapatan rendah yang ingin menceburi dalam bidang tersebut bagi menjana pendapatan sendiri.Menurut beliau, kursus program madu kelulut adalah tahun kedua dilaksanakan dengan kerjasama  daripada penaja utama iaitu ExxonMobil dan Jabatan Pertanian Negeri.“Seramai 33 orang tahun 2018 dan 26 orang pada  tahun lepas mengikuti kursus madu kelulut."dan hampir semuanya berjaya menjalani perusahaan tersebut," tambahnya.
22 Sep 18
280
Empty Image
PMR Bukit Besi Tepat Pada Masa
Wan Hassan Mohd Ramli (dua dari kiri) dan Haji Ghazali Sulaiman (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima E-Kasih. Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Program Membantu Rakyat (PMR) adalah satu insiatif dari kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang berada di dalam senarai e-Kasih.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menyifatkan program yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi itu tepat pada masanya dalam keadaan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka tidak lama lagi."Alhamdulillah, program ini dilihat sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh."Dengan perubahan kerajaan yang ada, kita masih dapat meneruskan sumbangan secara berkala kepada penerima E-Kasih," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Membantu Rakyat (PMR) di Balairaya Besol, Dungun, semalam (22 September).Menurutnya, PMR ini membantu penduduk di sini kerana ramai di antara mereka bergantung kepada hasil pertanian."Apabila berlaku musim tengkujuh atau banjir yang memyebabkan hasil terjejas, sekurang-kurangnya bantuan ini dapat membantu mereka memperoleh bekalan asas," tambahnya.Sehubungan itu, Pegawai  Penyelaras DUN Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman menyifatkan program itu adalah salah satu langkah kecaknaan kerajaan membantu masyarakat."Kerajaan Negeri Terengganu ternyata tidak meminggirkan golongan yang mendapat bantuan E-Kasih."Kita akan sentiasa menambah baik cara pengagihan supaya pelaksanaannya adil dan tiada yang ketinggalan," jelasnya.Beliau turut berterima kasih kepada Institut Modal Insan Sejahtera Terengganu (i-MiTS) DUN Bukit Besi kerana sentiasa komited mengatur dan mengadakan program bersama masyarakat.Seramai 51 orang penerima E-kasih telah menerima bantuan dalam majlis tersebut.Turut hadir, Penyelia i-MiTS DUN Bukit Besi, Khaziman Khalik, Penolong Penyelia i-MiTS, Zakiah Alias, wakil-wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Besol dan MPKK Bukit Besi.
22 Sep 18
38
Empty Image
Kejohanan Liga Bola Sepak Piala ADUN Bukit Payung Buka Tirai
Ustaz Mohd Nor Hamzah (dua dari kiri) menyampaikan baju t-shirt perlawanan kepada ketua-ketua pasukan.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YB ADUN Bukit Payung telah bermula semalam yang berlangsung di Padang Bola Surau Haji Daud, Bukit Payung.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pertandingan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara belia.“Sekurang-kurangnya kita mengharapkan mereka menjauhkan diri daripada tindakan-tindakan yang tidak bermoral dan buruk,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YB ADUN Bukit Payung anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dengan kerjasama Urusetia Belia N18 di Padang Bola Surau Haji Daud, Bukit Payung, semalam (22 September).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut menyerahkan jersi kepada pengurus pasukan yang menyertai kejohanan ini.Perlawanan di antara Pasukan Kampung Surau Haji Daud dengan Pasukan Kampung Surau Haji Mat Zin membuka tirai Kejohanan Liga Piala ADUN Bukit Payung.Perjalanan kejohanan liga ini mengambil masa lebih sebulan dengan penyertaan daripada 18 pasukan dari serata kampung di DUN Bukit Payung.Padang Bola Kampung Atas Tol dan Kampung Laut juga merupakan tempat perlawanan selain di Kampung Surau Haji Daud.
22 Sep 18
1407
Empty Image
Harga Lantai Getah Skrap: Penoreh Minta RM4 Sekilo
 Kerajaan Persekutuan perlu menyelesaikan isu harga getah ini secara berhemah supaya penoreh getah dapat pembelaan sewajarnya.KUALA TERENGGANU – Harga lantai getah skrap perlu dikekalkan pada kadar RM4 sekilogram supaya penoreh tidak rugi dan mendapat pulangan munasabah dari hasil usaha mereka sendiri.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri,  Dr Azman Ibrahim berkata, harga lantai tersebut  harus dikekalkan walaupun harga getah turun pada tahap mana sekalipun.Menurutnya, harga lantai yang diminta oleh para penoreh getah hanya RM4 ringgit atau RM4.50 sekilogram tidak lebih dari itu. "Mereka bukan minta harga lantai RM6, RM7 atau RM8 tetapi mereka hanya minta  RM4 atau kalau lebih pun hanya RM4.50 sekilogram," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Hospital Pakar Kuala Terengganu  di sini pada 20 September.Menurut Dr Azman, sekiranya harga lantai getah dilaksanakan,  penoreh tidak perlu  bantuan ‘one off’ untuk keperluan perbelanjaan dapur di musim tengkujuh. Justeru itu,  beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, mempertikaikan tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menetapkan harga lantai produk pertanian lain tetapi tidak berbuat demikian untuk getah skrap. Katanya,  Kerajaan Persekutuan perlu menyelesaikan isu harga getah ini secara berhemah supaya penoreh getah dapat pembelaan sewajarnya.
22 Sep 18
158
Empty Image
Kerajaan Tak Pilih Kasih, Lantik Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam
Dr Balachandran Gopal Krishnan.KUALA TERENGGANU - Pelantikan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan sebagai Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membuktikan bahawa Kerajaan Terengganu yang diterajui PAS merupakan kerajaan yang adil untuk semua golongan rakyat.Menurut Dr Balachandran, dalam konteks hal bukan Islam, rakyat bukan Islam ternyata dihormati dan turut menjadi keutamaan kerajaan negeri.                                                                                                                         “Ianya adalah suatu pengiktirafan PAS kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bahawa parti ini memang menjaga hak bukan Islam dalam konteks memahami pemasalahan mereka.“Slogan ‘PAS For All’ itu memang ditepati walaupun orang bukan Islam di Negeri Terengganu hanya berjumlah sebahagian kecil.“Justeru, mewakili pihak DHPP, saya merasa rendah diri diberi penghormatan dan amanah seumpama ini dan akan berusaha mengemuka dan menyelesaikan pemasalahan orang bukan Islam di Negeri Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini (22 September).Tambahnya lagi, dengan pelantikan ini, beliau dapat berhubung terus dengan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada.“Kita berharap puak-puak yang menyebarkan fitnah bahawa PAS merupakan parti yang  mempermain atau mempergunakan orang bukan Islam untuk kepentingan mereka itu dihapuskan sama sekali.“Ianya adalah tuduhan yang tidak berasas.“Saya berharap orang bukan Islam di Terengganu memahami hasrat kerajaan negeri yang sememangnya memberi perhatian kepada masalah-masalah orang bukan Islam,” ujarnya.Beliau turut berbesar hati kerana DHPP dihormati oleh PAS sebagai satu entiti bukan Islam yang juga merupakan ‘jambatan’, perantara parti dan orang bukan Islam.
22 Sep 18
134