lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Hijrah Perlukan Pengorbanan
Barisan panel yang terlibat dalam Forum Perdana sempena Maal Hijrah. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasiimHULU TERENGGANU- Hijrah sebenarnya membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan ilahi.Katanya, tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil.“Islam tidak menyuruh kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang.“Mengambil semangat tahun baharu ini, tahun sempena pemerintahan kerajaan baharu yang menekankan Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera, paling tidak setiap umat Islam mesti berazam dan melakukan hijrah dalam diri masing-masing,”katanya.Beliau demikian dalam ucapan yang dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali pada Forum Perdana sempena Maal Hijrah di Dataran Majlis Hulu Terengganu, Kuala Berang, pada malam tadi.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh yang juga Pengerusi  Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh.Lebih Lebih 2,000 orang ramai terdiri daripada penduduk setempat, pelajar dan golongan belia hadir pada majlis yang dilangsung kira-kira 2 jam itu.Pelbagai pengisian program diselitkan, antaranya forum berkaitan pergertian hijrah yang disampaikan pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim atau dikenali ustaz Bollywood
26 Sep 18
125
Empty Image
Bumi Binasa Kerana Tangan Manusia - Satiful Bahri
Ustaz Satiful Bahri Mamat (dua dari kanan) menyerahkan hadiah kepada juara pertandingan kuiz. Foto: Syaiful MustafaOleh: Muhd LukmanKUALA TERENGGANU - Alam sekitar dan bumi akan hancur serta binasa disebabkan oleh tangan manusia itu sendiri.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, tindakan manusia membinasakan bumi ini umpama menghancurkan diri sendiri.Menurutnya, masyarakat hari ini lebih mementingkan kemewahan dan keperluan yang dihajatkan sehingga mengorbankan alam ini."Kadang-kadang bila manusia mementingkan  kemewahan dunia, mendahulukan keperluan yang dihajati, mereka merosakkan sebahagian bumi ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Pertandingan Kuiz Alam Sekitar di Pusat Sains dan Kreativiti, Chendering (26 September).Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengingatkan bahawa Islam mengajak umatnya menghargai alam sekitar."Dalam Islam, satu pokok yang hendak ditebang pun mesti disebabkan keizinan syarak."Masyarakat perlu dididik untuk menghargai alam sekitar kerana ianya milik Allah, bukan milik kita," tegasnya lagi.Beliau turut merakamkan ucapan tahniah serta menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang memenangi pertandingan tersebut.Johan Kuiz Pertandingan Alam Sekitar pada kali ini telah disandang oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud manakala naib johan dimenangi oleh SMK Tengku Lela Segara.Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Pusat Sains dan Kreativiti,Afnida Aini Alwi, guru-guru serta pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini.
26 Sep 18
155
Empty Image
Kerajaan Biayai 20 Pegawai Lanjut Pelajaran
'Surca' aplikasi tanpa kos dilancar oleh Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) di Primula Beach Hotel. Foto: Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU - Seramai 21 Pegawai Tajaan Kerajaan Negeri Terengganu telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA ) Sesi 2017/2018 yang lalu.Manakala 2O orang pegawai lagi akan berbuat demikian bagi sesi pengajian 2018/2020 mulai 30 September ini.Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  penajaan itu dibuat adalah untuk proses pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan mutu kecekapan pentadbiran di kalangan mereka.Serentak  itu kerajaan negeri akan mengembangkan lagi kemahiran pegawai dengan menambah peruntukan khusus yang akan dibentangkan dalam Bajet Tahun 2019, Oktober ini."Ada peningkatan peruntukan berbanding dengan tahun lepas, tunggu dan lihat masa pembentangan nanti," jelas beliau.Menteri Besar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra  Menteri Besar Bersama Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Negeri dan Persekutuan, Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLS) serta Swasta di Primula Beach Hotel di sini 25 September.Turut hadir dalam majlis tersebut, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' Haji A Rahman Yahya, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahli-ahli Parlimen, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri Terengganu dan Persekutuan.Dr Ahmad Samsuri seterusnya berkata, kemahiran itu boleh diperolehi dalam pelbagai cara termasuk menimba ilmu dan 'job attachment' (sandaran kerja).Menteri Besar dan SUK turut berucap di majlis berkenaan untuk memberi kesedaran kepada pegawai tentang perlunya meningkatkan kualiti profesionalisme dalam kerjaya.Sementara itu, Menteri Besar melancarkan Aplikasi 'Survey Calculation' (Surca) bagi tujuan pengukuran tanah secara tepat di lokasi, di majlis yang sama.Aplikasi tersebut yang direka  khas tanpa kos oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah dimuat naik di 'Google Play Store' baru-baru ini.Dr Ahmad Samsuri turut beramah mesra dengan para pegawai kerajaan sebelum majlis itu bersurai.
26 Sep 18
80
Empty Image
Tengku Hassan Puji Tindakan Pantas Menyelamat
Tengku Hassan meninjau keadaan rumah yang terbakar ketika melawat tempat kejadian itu, 26 September.Oleh : M. Shukri Mohamed KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar meninjau keadaan rumah yang hampir hangus akibat lintar pintas di Jalan Ibrahim, Kampung Bukit Besar, di sini, 26 September.Beliau bersama ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Jalan Ibrahim meluangkan masa bagi meninjau tempat kejadian dan bertanya khabar keadaan mangsa selepas insiden itu.Menurut Tengku Hassan, kerjasama dan bantuan yang dihulurkan masyarakat sekitar sebaik menyedari kejadian itu amat dipuji kerana bertindak cepat bagi mengelak insiden lebih buruk dan boleh mengancam nyawa penghuni rumah dan premis berhampiran."Terima kasih diucapkan kepada masyarakat setempat dan pihak bomba atas kerjasama dan komitmen yang diberikan."Semoga Allah SWT memberi kemudahan atas musibah ini,"kata beliau lagi.Dalam kejadian tengahari 25 September lalu, sebuah rumah hampir hangus akibat litar pintas.Ketika kejadian, mangsa, Zaini Ismail, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak dan menantunya tidak menyedari kejadian itu kerana menyelesaikan urusan luar.Kejadian itu juga menyebabkan kanak-kanak yang berada di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bersebelahan terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat oleh orang ramai yang kebetulan menyaksikan tragedi malang itu.Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan daripada marak dan menyambar ke seluruh rumah serta- merta dengan bantuan masyarakat setempat dan pihak bomba yang bertindak pantas.  
25 Sep 18
80
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Tingkat Prestasi Kerja
Dato' A. Rahman ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI) di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail KUALA TERENGGANU - Penjawat awam di negeri ini diseru meningkatkan prestasi kerja supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya berkata, langkah itu perlu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan keyakinan dan kemudahan kepada semua rakyat.“Marilah kita bersama-sama berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi kerja supaya matlamat kita untuk memberikan penyampaian sempurna kepada rakyat tercapai.“Sebagai penjawat awam, kita hendaklah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkatkan lagi prestasi kerja,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu (26 September).Katanya, penjawat awam juga perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk menjadikan sesuatu tugasan itu lebih mudah dilaksanakan.“Kita memerlukan antara satu sama lain dalam menjalankan tugasan, tanpa kerjasama kita tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.Beliau turut mengharapkan semua penjawat awam di negeri ini bersatu padu untuk meningkatkan lagi prestasi kerja dimasa-masa akan datang serta menukarkan halangan-halangan yang ada dalam diri masing-masing.“Sebagai  penjawat awam, kita hendaklah bersikap dinamik, sentiasa berubah untuk kebaikan jabatan dan juga perkhidmatan awam supaya akhirnya rakyat yang akan menerima manfaatnya,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Terengganu yang telah menjadi juara keseluruhan di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Perak baru-baru ini.“Tahniah dan syabas kepada pasukan Terengganu yang telah menjadi juara SUKMA kali ini. Saya mengharapkan kecemerlangan ini hendaklah diteruskan dan dipraktikkan juga dalam perkhidmatan kita sebagai penjawat awam,” ujarnya.
25 Sep 18
126
Empty Image
Persiapan Musim Tengkujuh ; Usahasama Terengganu Dan Kelantan
Latihan hadapi banjir akan diadakan bersama diantara kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan - Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah HULU TERENGGANU – Satu jawatankuasa menghadapi bencana musim tengkujuh tahun ini  telah ditubuhkan dan akan menjalani latihan usahasama di antara negeri Terengganu dan Kelantan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia akan merumuskan satu kaedah yang paling efektif dalam menangani isu berkaitan banjir di ke dua-dua buah negeri.“Dalam mesyuarat Exco baru-baru ini kita telah pun mendapat taklimat daripada Pengerusi Jawatankuasa Bencana yang telah pun beri taklimat kepada semua ahli-ahli majlis mesyuarat.“Dan ahli-ahli yang berhormat daripada semua kawasan termasuk daripada pembangkang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kem Jati Diri Persatuan Orang Cacat Penglihatan di Kem Bukit Kolam, Kuala Berang semalam, Isnin, 24 September.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam berkata, kerajaan negeri telah pun membuat dan mempertingkat persiapan dari semasa ke semasa untuk membuat penambahbaikan berdasarkan pengalaman yang lepas.“Di pihak NGO pula  kita insya Allah akan mengumpulkan seberapa ramai  sukarelawan bagi  membantu mana-mana tempat yang berhadapan dengan bencana  ataupun ujian banjir, ribut  dan sebagainya lagi,” ujarnya.Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menyatakan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut bermula pada bulan November sehingga Mac pada setiap tahun.Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang seringkali  mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan cenderung banjir.
24 Sep 18
111
Empty Image
Tindakan Tegas Bendung Pusat Urut 'Maksiat'
Ustaz Saiful Bahri Mamat.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Tindakan tegas dan menyeluruh perlu diambil bagi membendung pusat maksiat di sebalik operasi refleksologi di seluruh daerah negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, gejala ini perlu dibendung bukan sahaja oleh kerajaan negeri tetapi semua pihak."Saya berharap pihak yang berkenaan tegas dalam hal ini supaya  masalah sebegini dapat dibendung kerana ianya akan mengakibatkan penyakit-penyakit yang lain dalam masyarakat hari ini."Masalah ini juga bertentangan dengan hasrat kerjaaan negeri untuk mewujudkan bukan hanya sebagai negeri maju tetapi berkat dan sejahtera,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berkenaan isu penutupan Pusat Urut Paka, semalam.Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut mengharapkan agar para pengusaha pusat urut dapat menghormati hasrat kerajaan negeri dalam mengekang gejala negatif ini. "Kita harap para pengusaha ini dapat menghormati hasrat kerajaan negeri dan memberikan sokongan agar tidak menyumbang ke arah perkembangan budaya negatif dalam kalangan masyarakat hari ini," katanya.Katanya, kerjasama dan kecaknaan juga diperlukan daripada orang awam dan masyarakat untuk mencegah kemungkaran ini."Kita mengharapkan orang ramai dapat memberi maklumat dan laporan segera supaya turut sama memainkan peranan dalam mencegah kemungkaran serta mengajak masyarakat kepada amar ma'ruf."Marilah kita sama-sama mendukung hasrat kerajaan untuk mengawal kelahiran anak yang tidak sah taraf dan penyakit sosial yang timbul hasil daripada perbuatan terlarang ini," ujarnya.
24 Sep 18
265
Empty Image
Pendidikan Aset Penting
Haji Wan Hapandi menulis sesuatu dalam kunjungan beliau bertemu calon UPSR SK Pusat Dungun.Oleh: Mohd AsrafDUNGUN - Pendidikan merupakan aset yang penting dalam pelaksanaan pembangunan negara agar ia sentiasa ke hadapan seiring dengan misi mencapai negara maju dan berstatus kelas pertama.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Wan Hapandi Wan Nik berkata, kepentingan pendidikan tidak boleh diabaikan kerana ia merupakan langkah langkah awal untuk Malaysia berjaya menuju negara maju dan kelas pertama.“Pendidikan sangat penting dan ia harus bermula dari peringkat kecil lagi demi memastikan status negara maju dan kelas pertama bejaya dicapai.“Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan satu langkah permulaan bagi anak anak untuk terus lebih berusaha sehingga berjaya menuju menara gading (universiti),” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun semasa membuat lawatan sempena hari pertama peperiksaan UPSR yang berlangsung, semalam (24 September).Sementara itu, menurutnya, masyarakat perlu sentiasa amalkan falsafah ‘DUIT’ dalam kehidupan.“Sepanjang hidup kita ini, kita perlu amalkan prinsip ‘DUIT’.“D adalah doa, U iaitu usaha, I merupakan ikhtiar dan terakhir T merujuk kepada tawakal dalam setiap perbuatan kita,” pesan beliau.Haji Wan Hapandi Wan Nik yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura turut melawat beberapa buah sekolah lagi selepas itu.
24 Sep 18
306
Empty Image
Wushu Bawa Berita Gembira Kepada Tiong Hua
Ustaz Sulaiman Sulong (kiri) mengagihkan kuih bulan kepada penduduk setempat.Oleh: Khairan Mat JusohMARANG - Acara wushu temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak yang baru berlalu telah berjaya membawa pulang dua pingat iaitu emas dan gangsa.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, wushu adalah sukan yang bukan sahaja popular di Negeri Terengganu, namun termasuklah di kalangan kaum Tiong Hua sendiri."Saya mengharapkan supaya selepas daripada ini, kaum Tiong Hua perlu untuk lebih aktif terlibat dalam sukan sama ada wushu, taekwando dan seumpamanya."Ianya untuk memberi nilai tambah kepada kontinjen negeri pada masa yang akan datang," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Pengagihan Kuih Bulan di Taman Raya Wakaf Tapai , kelmarin (23 September).Menurut Ustaz Sulaiman Sulong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, emas pertama wushu itu dihasilkan Wee Teck Siang, 18, bagi kategori sanda 60 kilogram lelaki selepas menewaskan Tan Xian Jun, dari Selangor menerusi tendangan 'knockout'.Manakala, Mohamad Afiq Danial bin Mohd Firdaus Chua yang berusia 16 tahun pula menjadi penyumbang pertama kutipan pingat buat kontijen Terengganu Hanelang setelah meraih pingat gangsa dalam acara Jianshu (pedang) dalam temasya SUKMA 2018.Beliau sempat mengagihkan kuih bulan dari rumah ke rumah di kawasan itu.
24 Sep 18
79
Empty Image
Antara Dua; Dosa Atau Pahala
Shaharizukirnain mengingatkan ahli MPKK supaya amanah dan telus dalam menjalankan tanggungjawab.Oleh: Helmi SalamSETIU - Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bertanggungjawab sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, penyaluran maklumat kepada rakyat seperti di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan kerajaan negeri adalah satu amanah."Amanah dan tanggungjawab ini sangat besar dan akan ditanya oleh Allah pada hari kiamat kelak."Insya-Allah dengan kerja amal seperti ini kita akan mendapat pahala di sisi Allah SWT," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan sekitar 60 orang wanita yang memegang jawatan dalam MPKK dalam DUN Batu Rakit di Balai Raya Maras, kelmarin (23 September).Tambah Shaharizukirnain, siapa sahaja samaada lelaki ataupun perempuan, amanah yang dipikul oleh MPKK dalam membela kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan.Turut hadir, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Wan Ramlah Wan Ab Rahman.
24 Sep 18
92