lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kerajaan Sedia Bantu Usahawan Pertanian
Ustaz Ridzuan Hashim (tiga dari kanan) melawat booth pameran di Program 'Go Green Go Health'.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu bersedia untuk membantu para usahawan termasuklah dalam bidang pertanian dan penternakan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, sebanyak 10 juta ringgit setahun telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui manifesto yang diumumkan untuk para usahawan, khususnya dalam bidang industri kecil dan sederhana.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program ‘Go Green Go Health’ yang dianjurkan dengan kerjasama oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Komuniti Kampung Banggol Tok Esah (29 September).Menurutnya, program yang bertemakan kesihatan dan pertanian ini diisi dengan pemeriksaan kesihatan, derma darah, ceramah kesihatan, pameran dan juga khidmat nasihat menjana pendapatan melalui aktiviti pertanian.“Anak muda sekarang sangat cenderung untuk bekerja makan gaji, sedangkan sangat banyak hasil bumi yang Allah SWT kurniakan kepada kita untuk diusahakan.“Usaha-usaha dalam bidang pertanian dan penternakan sebenarnya sangat banyak menjana pendapatan yang lebih besar, namun masalah modal menjadi penghalang utama”, ujar beliau lagi.Katanya, mencari rezeki menggunakan tangan sendiri adalah suatu kerja yang sangat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.Turut hadir, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Dan Kaunseling Pelajar, Universiti Malaysia Terenganu (UMT), Dr Izan Dato’ Hj Jaafar.
30 Sep 18
249
Empty Image
Persiapan Kemaman Hadapi Banjir
Sebahagian dari bangunan pentadbiran dan penempatan DITC Pupuk Semangat di Teluk Kalong, Kemaman.KEMAMAN - Daerah Kemaman sedang mempersiap-siaga menghadapi bencana banjir dengan menjadikan 22 unt rumah di Darul Iman Training Center (DITC) Pupuk Semangat Teluk Kalong, sebagai pusat penempatan mangsa banjirnya.Pemangku Pegawai Daerah Kemaman, Johan Ibrahim…sedia jadikan DITC sebagai pusat penempatan banjirSehubungan itu, Pemangku Pegawai Daerah Kemaman, Johan Ibrahim berkata beberapa bangunan banglow dan rumah teres dijadikan penempatan mangsa banjir, demi keselesaan kepada semua mangsa yang dipindahkan.Menurutnya, sebelum ini mangsa banjir ditempatkan di sebuah dewan besar pusat latihan DITC walaupun kurang selesa.“Kita biasanya akan pindahkan penduduk (mangsa banjir) di dewan besar (DITC). Kita mencadang dengan CEO, kita nok tempatkan dia (mangsa) di bahagian belakang bangunan (banglow) yang lama itu. Sebab itu, kita buat lawatan hari ini untuk tengok kesesuaiannya.“Sebab dalam dewan itu kurang selesa, dia buat khemah pula. Jadi dengan kemudahan paip air yang sedikit itu juga jadi kurang keselesaan. “Kita ada 10 buah rumah banglow, 11 rumah Semi D dan satu lagi rumah (bekas) pengetua yang lama, yang staf (DITC) kita bersih dan baiki. “Kita akan melihat kos pembaikian itu melalui penilaian juruteknik JKR (Jabatan Kerja Raya) negeri yang akan menilai kos-kos tersebut dan buat masa sekarang ini, kita tidak boleh putuskan (umum) lagi,” ujarnya kepada wakil media.Beliau berkata demikian selepas Majlis Gotong Royong dan Kenduri DITC Pupuk Semangat, Teluk Kalong, Kijal, Kemaman pada 28 September lalu.Namun, katanya persiapan bagi menghadapi bencana banjir berjalan lancar mengikut jadual.“Kita cuba persiapkan untuk guna tahun ini, Insya’Allah. Kita (Kemaman) telah bersedia dan peringkat negeri (Terengganu) telah bermesyuarat beberapa hari lalu. Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu sudah bermesyuarat dan di peringkat daerah kena buat mesyuarat masing-masing.“Pengkalan Hadapan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) telah menyusun dan akan menghantar bekalan makanan sebagai persiapan itu. Kita (Kemaman) ada 32 buah tempat Pengkalan Hadapan bagi seluruh daerah Kemaman,” jelasnya. Speaker Dun Terengganu, Yahaya Ali…kerajaan negeri Terengganu dalam persiapan hadapi banjirYang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Yahaya Ali turut mengesahkan, kerajaan negeri dan jabatan-jabatan terbabit kini dalam persiapan menghadapi banjir.Katanya, musim tengkujuh setiap hujung tahun selalu berlaku kejadian banjir yang tidak menentu di beberapa daerah.“Di peringkat kerajaan negeri dengan penyelarasan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, sedang bergerak ke arah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan banjir, sebagaimana persiapan tahun-tahun sebelum daripada ini,” ujarnya ketika mewakili Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DITC, Mohd Shuhaimi Embong juga memaklumkan kapasiti mangsa banjir boleh dimuatkan di penempatan DITC itu seramai 700 orang.“Saya kira-kira rumah banglow itu boleh muat dalam 500 orang, rumah Semi D itu dalam 200 orang lebih, lebih kurang 700 orang boleh duduk dalam kapasiti untuk penempatan mangsa-mangsa banjir di sini. “Kita cuba elak dari guna dewan besar itu lagi kerana kurang selesa. Sebab, dengan rumah itu mereka lebih selesa dengan bilik air, tandas untuk yang berkeluarga,” ujarnya. Menurutnya, hampir 100 orang lebih terlibat dengan gotong royong yang melibatkan sukarelawan pelajar TATI, Majlis Perbandaran Kemaman dan penduduk kampung sekitar ini. “Kita tebang pokok-pokok lama, rumput yang panjang dan semak samun yang terbiar. Kita bersih dahulu dewan-dewan lama, stor dan sebagainya. Sebelum kita nilai balik untuk dibaik-pulih mana-mana yang rosak itu,” jelasnya.Sebelum ini, daerah Kemaman mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan apabila persiapan menghadapi bencana itu yang terbaik di seluruh negara.
29 Sep 18
451
Empty Image
Rapatkan Jurang Seni Dan Agama
Sabri Yunus.Oleh: Nasir AbdullahKUALA TERENGGANU - Seni dan agama diharap akan dapat disatukan hasil dari kefahaman bersama antara penggiat seni dan ulamak di Malaysia, kata pelakon dan pengarah drama terkenal tanah air, Sabri Yunus.Beliau yakin kedua-dua ini menjadi kontra kerana salah faham dan tidak berjaya diperjelaskan kepada umum disebabkan kegagalan mencari kesepakatan dalam definisi seni itu sendiri."Apa yang berlaku hari ini, saya harap ada titik pertemuan yang sangat bagus antara seniman, budayawan dengan agamawan, untuk melihat sejauh mana benda ini ada penyatuan yang baik."Kerana fitrah kita sebagai manusia juga memerlukan hiburan, memerlukan kesenian dan sebagai bangsa yang kuat jati diri, harus ada nilai budaya mereka sendiri."Bayangkan jika bangsa itu tiada budayanya sendiri, apakah akan jadi kepada jati diri bangsa itu sendiri," tegasnya.Sabri ditemui sebelum program Santai Anak Tranung yang menjemput beliau bersama penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus, Hotel Primula, 28 September.Program soal jawab agama itu antara acara menarik dalam Karnival Pantai anjuran Kerajaan Terengganu bermula 27 September hingga 29 September bertempat di Batu Burok, Kuala Terengganu.Dalam pada itu, Seni menurut beliau lagi turut ditunjukkan dalam agama dan banyak contoh yang nyata yang boleh diperhatikan oleh semua pihak untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.Tambah beliau lagi, ramai ulamak yang meminati atau menguasai bidang seni dengan menjadikan penyampaian mereka lebih diminati dan menarik."Al-Quran itu sendiri adalah seni yang sangat indah yang boleh diperhatikan apabila seseorang itu memahami maksud sebenar seni itu kerana ianya sangat luas."Al-Quran juga adalah seni sastera sebab ia banyak bercerita, banyak cerita dalam cerita ini dinamakan sebagai seni sastera.Malah katanya, dalam al-Quran juga banyak cerita-cerita, bukan sahaja hukum hakam, jadi Allah SWT sudah meletak seni sastera di dalamnya."Kita ada seni suara, tarannum dan sebagainya untuk bacaan kita.Perkembangan duniapun penuh dengan seni, apa yang tidak ada terlibat dengan seni," terang beliau yang juga dikenali sebagai Pok Ya Con Codei sebagai menjelaskan maksud seni.Kata beliau lagi, perubahan terhadap seni dari semasa ke semasa memberikan pandangan berbeza terhadap seni, sekali gus berharap pihak kerajaan dan agamawan dapat melihat sejarah seni itu sendiri sebelum membuat justifikasi.Mengenai persembahan yang dianggap khurafat seperti memuja makhluk lain, beliau bersetuju agar elemen-elemen seperti itu dihapuskan jika ia benar disahkan berlawanan dengan akidah.Beliau yang turut terkenal dengan watak Wan Ismail Golok dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar 90-an dahulu menganggap golongan yang gagal melihat sesuatu perkara dengan seni dalam hidup mereka sebagai golongan yang malang.
29 Sep 18
76
Empty Image
Kejayaan Atlet SUKMA DUN Paka Dirai
Oleh: Muhd LukmanDUNGUN- Kejayaan atlet Terengganu dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka di Sukan Malaysia (SUKMA) baru- baru ini diraikan dengan penuh meriah di Dewan Sivik Paka, di sini, 28 September.Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kejayaan itu tidak akan dapat dicapai tanpa kesungguhan daripada atlet yang bertanding."Kita dapat lihat semangat dan azam anak - anak muda khususnya atlet negeri ini menunjukkan komitmen yang tinggi seterusnya berjaya membantu Terengganu menjuarai SUKMA kali ini."Bahkan salah seorang atlet kita berjaya meraih gelaran Olahragawati Kejohanan iaitu Azreen Nabila Alias yang menyertai acara olahraga," katanya.Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paka berkata demikian ketika berucap di  majlis yang dianjurkan Institut Modal Insan (i-MiTS) DUN Paka (i-MiTS).Turut hadir isteri beliau, Puan Sabariah Ilyas, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia i-MiTS, Abdul Hafiz Alis, atlet, jurulatih dan masyarakat setempat.Menurutnya,  keajaan negeri akan memberikan sokongan penuh kepada atlet dalam setiap kejohanan yang disertai apatah lagi membawa nama negeri ini."Walaupun kita tahu, kos dan peruntukan untuk bidang sukan ini tinggi, tetapi ianya penting untuk mencungkil bakat anak muda dalam bidang ini."Kalau sebut Terengganu, orang kenal kita dengan jaguh basikal, Azizulhasni Awang yang berjaya mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di Pentas Dunia," katanya.Katanya lagi, kerajaan negeri akan mendesak Kementerian Belia dan Sukan untuk meneruskan beberapa projek sukan antaranya ialah pembinaan velodrom basikal."Kita turut menggesa anak muda bersukan dan menjaga kesihatan mental dan fizikal."Bersukan bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi membawa kepada spritual dan mental yang baik,"katanya.Di majlis itu, beliau menyampaikan cenderahati kepada enam atlet SUKMA dari DUN Paka yang membawa pulang pingat bagi acara sepak takraw, judo dan olahraga.
28 Sep 18
67
Empty Image
Solat Bukan Ketika Peperiksaan Semata-mata
Ustaz Mohd Nor Hamzah mengimamkan solat jemaah dan mendoakan kejayaan calon-calon PT3 dan SPM 2018.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU - Amalan solat sunat hajat yang sebati dengan fatrah peperiksaan tidak harus diamalkan oleh para pelajar dalam tempoh ini semata-mata.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, apa yang paling penting adalah solat fardu (yang wajib ditunaikan) dan solat sunat menjadi amalan dan kebiasaan.“Tiada makna solat sunat hajat didirikan tetapi solat fardu tidak dijaga,” ujarnya.Menurut beliau, solat hajat bukan hanya dilakukan oleh pelajar yang akan menduduki peperiksaan sahaja, namun ibu bapa perlu menunaikannya bersama."Ibu bapa mesti mengambil peranan menjadi pendorong kejayaan anak-anak mereka selain pihak sekolah.“Doa yang mudah dimakbulkan oleh Allah adalah doa daripada ibu bapa dan janganlah kecewa jika ditakdirkan oleh Allah (bahawa anak kita) tidak berjaya dalam peperiksaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ibu bapa dan calon PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Majlis Solat Hajat Perdana sempena Peperiksaan PT3 dan SPM 2018 di Surau SMK Sultan Mansor, Pekan Kedai Buluh (27 September).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung memuji usaha pihak sekolah dan guru dalam mengadakan majlis ini.Tambahnya, program keagamaan seumpama ini menunjukan sikap ambil cakna dalam menjamin kejayaan anak didik mereka.Majlis ini dihadiri oleh lebih kurang 400 orang yang terdiri dari ibu bapa dan pelajar.
28 Sep 18
58
Empty Image
Pengusaha Bot Penambang Wajar Dibantu
Oleh : Nizam at-TakirKUALA NERUS – Pendapatan pengusaha bot penambang di Seberang Takir dikatakan dalam keadaan sangat tidak menentu dan perlu dibantu segera supaya dapat meningkatkan ekonomi masing-masing.Pendapatan yang diperolehi mereka kini hanyalah antara RM15 hingga RM20 sehari dan keadaan ini sangat membebankan kehidupan golongan itu.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pengusaha bot penambang meluahkan kebimbangan dengan situasi semasa itu kepada beliau supaya dapat ditangani.Dr Khairuddin berkata, antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai perlesenan, keperluan tambahan pelampung keselamatan dan bilangan pengunjung yang semakin merosot.Beliau berkata demikian selepas menikmati sarapan pagi di warung berhampiran Jeti Bot Penambang bersama Pengerusi Persatuan Bot Penambang Seberang Takir, di sini, pada 27 September.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Seberang Takir, Ustaz Muda Abdullah dan pegawai-pegawai i-MiTs serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Takir Pantai.
27 Sep 18
255
Empty Image
Manfaat Bangunan Sedia Ada, Elak Terbiar
Ustaz Satiful Bahri membawa sampah yang dikumpul untuk dibuang.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Bangunan sedia ada di bawah seliaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu dimanfaatkan oleh masyarakat setempat dan tidak boleh dibiarkan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, MPKK mestilah memaksimakan penggunaan semua aset dan harta kerajaan sedia ada."Asalnya mereka mohon bangunan ini untuk kegunaan orang ramai tetapi akhirnya dibiarkan begitu saja."Semua ini adalah hasil daripada duit rakyat, jadi kita cuba untuk manfaatkan dewan- dewan sedia ada untuk kegunaan ramai," ujarnya.Menurutnya, banyak aktiviti berfaedah yang boleh dijalankan di bangunan-bangunan ini."Ada beberapa tempat yang kita akan baiki, antaranya ialah bangunan balai raya di Pinang Merah untuk kelas jahitan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas Program Gotong Royong Perdana bertempat di Kampung Nyior (27 September).Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut menggesa semua MPKK menganjurkan Tuisyen Rakyat kepada penduduk setempat."Hasrat kita, setiap MPKK boleh menggunakan balai raya masing-masing dengan menganjurkan tuisyen ini kepada penduduk setempat sekaligus membantu mereka dalam bidang pendidikan."Saya juga mengucapkan tahniah kepada MPKK Nyior kerana menganjurkan gotong-royong pada hari ini dan berharap kerjasama MPKK menjaga bangunan dan kemudahan sedia ada," tambahnya.Turut hadir Pengerusi MPKK, Ustaz Busra Muda, Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Anggota Bomba Paka dan penduduk setempat.
27 Sep 18
93
Empty Image
Perangi Aedes Elak Mudarat - Hanafiah Mat
Penduduk setempat membersihkan kawasan sekitar untuk memastikan tiada tempat bertakung yang menjadi punca pembiakan aedes.Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN - Kerajaan mengambil berat dan memandang kesihatan sebagai aspek penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat berkata, beliau mengharapkan program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, mengulas tentang Program Gotong Royong Gempur Aedes anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Dato' dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Polis Diraja Malaysia Kemaman di Jalan Dato' (25 September).Sementara itu, Ahli MPKK Jalan Dato', Razeman Abdul Aziz mengajak penduduk tempatan bersama-sama menjaga pesekitaran perumahan masing-masing.Katanya, program ini bertujuan untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa usaha yang kecil sebenarnya boleh membawa perubahan yang besar dalam membantu untuk membasmi dan mengurangkan penyakit ini."Semua lapisan masyarakat boleh menyumbang kisah, pengalaman dan cara mereka membanteras dan menuju ke arah gaya hidup sihat tanpa denggi pada hari ini," ujarnya.Program ini telah mendapat kerjasama yang baik dari penduduk setempat yang bersama-sama menjayakan aktiviti gotong royong ini.Antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah kawasan longkang tersumbat dan kawasan pembuangan sampah di sekitar Jalan Dato'.
26 Sep 18
29
Empty Image
Kerajaan Mahu Ubah Imej Penguatkuasa MBKT 
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Haji Samiun Salleh (kiri) memakaikan pangkat kepada sembilan Penguatkuasa MBKT. KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri mahu mengubah imej penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) supaya ianya tidak menjadi perbualan negatif masyarakat.Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Haji Samiun Salleh berkata, ianya bertujuan tidak lain tidak bukan  untuk mentransformasi fungsi penguatkuasaan MBKT ke arah yang lebih dihormati dan disegani.“Fungsi penguatkuasaan merupakan salah satu tunjang dan tulang belakang kepada peranan serta fungsi MBKT.“Tambahan pula anggota penguatkuasa merupakan warga yang paling ramai di MBKT,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguatkuasa dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Bandaraya Kuala Terengganu, (26 September).Katanya, pegawai penguatkuasa perlu melihat objektif penubuhannya iaitu menjalankan tanggungjawab dan memastikan undang-undang dilaksanakan serta dipatuhi bagi mencapai matlamat untuk memperkasakan komuniti.Tambahnya, ianya bertujuan menjadikan kawasan MBKT selesa didiami dan perkhidmatannya diuruskan dengan cemerlang.“Saya mahu melihat masyarakat yang bermukim di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dapat menerima Penguatkkuasa MBKT ini sebagai salah satu badan menegakkan undang-undang dan mempunyai jalinan mesra dalam masyarakat,” jelasnya.Sementara itu, kata Samiun, majlis ini diadakan bagi menghargai dan meraikan pesara serta bakal pesara untuk bulan September dan Oktober.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada sembilan penguatkuasa yang menerima pangkat baharu yang terdiri daripada dua orang 'Chief Inspektor' dan tujuh orang 'Inspector'.
26 Sep 18
1532
Empty Image
Pertandingan Memasak Erat Silaturahim
Tuan Faezah (tengah) melihat hasil masakan berasaskan ubi keledek yang dihasilkan oleh peserta yang menyertai Pertandingan Memasak Sempena Karnival Pantai Terengganu 2018 di Dataran Batu Burok, hari ini. KUALA TERENGGANU - Usaha berterusan kerajaan negeri dalam mengadakan program kemasyarakatan untuk memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat dapat dibuktikan melalui Pertandingan Memasak anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.Penganjuran pertandingan memasak kuih tradisional menggunakan ubi keledek dan lauk berasaskan ikan siakap sempena Karnival Pantai Terengganu 2018 yang disertai 40 pasukan itu turut mendapat kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu serta Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa').Pengerusi Khairunnisa’, Tuan Faezah Tuan Abd Rahman berkata, pertandingan masakan sebegini bukan sahaja membolehkan para peserta mengasah bakat masakan, malah dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka.“Pertandingan yang diadakan ini juga merupakan salah satu cara mendedahkan kepada kaum wanita, ibu dan anak-anak muda bagi menonjolkan bakat yang terpendam.“Kalau sebelum ini hanya memasak dekat dapur, sekarang ini kita bawa mereka memasak dan menunjukkan kreativiti masakan masing-masing di khalayak ramai supaya kreativiti yang dihasilkan itu boleh dikongsi bersama,” ujarnya ketika berucap di Program Pertandingan Memasak Sempena Karnival Pantai Terengganu 2018 di Dataran Batu Burok (27 September).Turut hadir, Pengarah Lembaga Muzium Terengganu, Che Muhammad Azmi Ngah serta Setiausaha Khairunnisa’, Zarani Othman.Beliau yang juga isteri Menteri Besar berkata, kreativiti ditunjukkan setiap pasukan yang dianggotai oleh dua peserta itu turut memberikan idea kepada orang ramai dalam mengaplikasikannya ketika memasak di rumah.“Dengan kreativiti yang ditunjukkan di sini juga, kita boleh menjadikannya satu idea memasak sendiri hidangan untuk keluarga kerana air tangan ibu dan isteri adalah makanan terbaik kepada suami dan anak-anak.“Malah, nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pertandingan ini termasuk dari aspek kebersihan juga selari dengan hasrat kerajaan negeri yang menyeru kepada orang ramai mengutamakan kebersihan dalam kehidupan seharian,” ujarnya.
26 Sep 18
2876