lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kerajaan Negeri Keluar Garis Panduan Pelaksanaan Program Kesenian Dan Kebudayaan
Ariffin Deraman ketika ditemui pemberita dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah mengeluarkan satu garis panduan bagi pelaksanaan program kesenian dan kebudayaan yang diadakan di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, penganjuran sebarang acara persembahan pentas di Terengganu selepas ini tidak dibenarkan mengandungi unsur percampuran antara lelaki dan wanita.Menurut beliau, acara persembahan pentas hanya melibatkan penyanyi dan penari lelaki manakala persembahan penyanyi dan penari wanita hanya boleh dilakukan kepada wanita sahaja di tempat tertutup.Katanya, tidak boleh berlaku percampuran terlampau di antara lelaki dan wanita di atas pentas ketika persembahan. "Persembahan kanak-kanak sahaja dibenarkan bercampur di antara lelaki dan perempuan di atas pentas. "Lagu-lagu yang dipersembahkan tidak mengandungi lirik melampau dan melalaikan bahkan, muzik atau hiburan yang dipersembahkan tidak boleh diiringi atau dialunkan dengan instrumen bunyian yang melampau sehingga boleh mempengaruhi penonton atau pendengar mengikut rentak," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu (3 Oktober).Tambah beliau, persembahan muzik hanya dibenarkan selepas waktu Isyak dan tidak melepasi pukul 12 tengah malam manakala persembahan waktu siang perlulah tidak melampaui batas waktu solatDi samping itu, persembahan pentas tidak dibenarkan diadakan pada hari Khamis malam Jumaat sehingga selepas solat Jumaat hari berikutnya. "Menjaga adab dan tingkah laku dan berpakaian menutup aurat/kemas ketika persembahan dijalankan."Penganjur mestilah memastikan penonton lelaki dan wanita bukan mahram tidak boleh bercampur antara satu sama lain," katanya.
02 Oct 18
49
Empty Image
Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita Terengganu Tak Pernah Wujud
Khairiah Mokti ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman. Foto - Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU - Buat julung kalinya, lantikan Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita kepada Menteri Besar diwujudkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang baharu di bawah kepimpinan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Pegawai tersebut, Khairiah Mokti berkata, pelantikannya merupakan suatu penghormatan kepada para wanita di negeri ini."Saya melihat kerajaan pada hari ini serius dan cakna kepada kebajikan kami (wanita)."Bidang tugas ini akan memfokuskan wanita dalam pelbagai aspek termasuk pembangunan modal insan, sokongan moral, ekonomi dan sebagainya."Saya amat berterima kasih di atas kepercayaan kerajaan negeri dan Dewan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Terengganu khususnya, kepada saya."Peluang dan amanah yang diberikan ini tidak akan dipersiakan dan akan digalas dengan sebaiknya insya-Allah," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Darul Iman, hari ini (3 Oktober), mengulas tentang pelantikannya baru-baru ini.Tambahnya, posisi ini bertujuan untuk memastikan suara wanita dari pelbagai lapisan masyarakat didengari oleh kepimpinan kerajaan."Kerajaan akan berusaha membela hak wanita tidak kira agama mahupun bangsa dalam mencapai misi membina jati diri wanita yang dinamik."Alhamdulillah, kami telah mengadakan lawatan ke Kelantan baru-baru ini untuk menimba pengetahuan daripada mereka yang telah berpengalaman dalam urus tadbir hal ehwal wanita negeri."Justeru, segala pandangan dan permasalahan, boleh disampaikan terus kepada kami. Mudah-mudahan agenda Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera akan dapat dicapai dengan komitmen daripada semua pihak insya-Allah," tambahnya.
02 Oct 18
364
Empty Image
Muslim Perlu Yakin Dengan Islam - Wan Hassan
Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (tiga dari kiri) bersalaman dengan kumpulan silat yang mengadakan persembahan di Karnival Hijrah DUN Paka.Oleh: Muhd LukmanDUNGUN - Orang Islam perlu yakin dengan Islam, bukannya ragu-ragu dengan agama yang kita anuti ini.Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Rasulullah telah meninggalkan dua perkara sebagai sumber rujukan iaitu Al-Quran dan Sunnah."Kita sebagai Muslim perlu yakin, rasa mulia dan hebat dengan Islam serta mengikut ajaran dari Al-Quran dan Sunnah Nabi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Hijrah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka di Masjid Al-Azim, Felda Kerteh 3 (29 September)."Jangan sesekali kita lari dari ajaran Rasulullah dan Al- Quran kerana Allah boleh memberikan hambanya peringatan pada bila-bila masa sahaja."Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang dahsyat di negara-negara luar seperti gempa bumi, hujan air batu dan sebagainya."Jadi itu tandanya peringatan daripada Allah kepada umatnya supaya sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam," ujarnya.Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) DUN Paka kerana menganjurkan program sebegini.Sementara itu, pengarah program, Ustaz Mohd Kamal Mohd Shah berkata, perkarangan masjid dipilih sebagai tempat karnival untuk menyeru masyarakat hadir dan cinta akan masjid.Turut hadir, Penyelia i-MiTS Parlimen Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh, Pengerusi Masjid Felda Kerteh 3, Haji Ghazali Mohd, Pengerusi  Masjid Felda Kerteh 2, Haji Mohd Ibrahim, kakitangan i-MiTS DUN Paka dan masyarakat setempat.
02 Oct 18
121
Empty Image
Anak Muda Terengganu Diseru Ceburi Bidang Pertanian 
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU - Anak muda di Terengganu diseru agar menceburi bidang pertanian yang merupakan antara suatu cabang perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bidang pertanian mempunyai potensi yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan dan membaiki taraf kehidupan.Katanya, Terengganu masih ada seluas sekitar 12,000 hektar tanah terbiar dan berpotensi untuk dimajukan untuk manfaat masyarakat setempat. "Kita ada ramai anak muda yang tiada pekerjaan. Sihat dan bertenaga adalah keistimewaan yang dimiliki oleh majoriti anak muda.“Ada pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi dan jabatan," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1 Oktober.Dr Azman berkata, kebanyakan rakyat Terengganu menikmati hasil tanaman dan produk asas tani yang dibawa masuk dari negeri lain dan situasi itu memberi gambaran jelas bahawa pasaran dan permintaan hasil pertanian sangat luas dan tinggi.Oleh itu kata beliau, kemajuan setiap kawasan mestilah difahami secara nyata dengan kelebihan bentuk muka bumi dan geografi setempat yang bukannya diukur dengan sesetengah industri dan konteks perniagaan sahaja."Pihak kerajaan berhasrat agar anak muda melihat bidang pertanian adalah untuk semua golongan. Inilah ruang untuk anak muda membina ekonomi dengan menceburi bidang pertanian. Minda anak muda perlu berubah," ujarnya.Justeru, beliau berharap tidak lagi mendengar 'cakap-cakap orang' bahawa  pertanian adalah bidang yang gagal.Katanya, anak muda perlu mendapat maklumat yang tepat dan mampu membuka jalan (peluang) untuk menjana pendapatan."Biar mereka rasa mesra dengan pertanian yang membuka peluang membantu rakyat," tegasnya.
02 Oct 18
466
Empty Image
Bantuan Disalur Kepada Yang Berhak
Oleh: Muhd Afiq Zohir BESUT - Bantuan perlu disalurkan kepada yang berhak demi mensejahterakan rakyat bersesuaian dengan kehendak kerajaan, kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.Menurutnya, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada surirumah atau isteri sebagai mengiktiraf dan menjaga kebajikan golongan wanita.“ Ini adalah sebahagian daripada program yang dilaksanakan oleh pihak berwajib untuk membantu rakyat dalam soal menyalurkan bantuan kepada yang berhak."Hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat Terengganu untuk mendapatkan hak masing-masing. Jika rakyat berhak menerima maka kita akan bagi. Kita ambil pendekatan untuk mengembalikan hak kepada mereka yang layak. "Kita tidak mahu ada rakyat yang terkecuali serta dinafikan hak mereka. Rakyat mempunyai hak untuk memohon bantuan melalui pihak yang telah ditetapkan."Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program taklimat KWSP kepada penerima i-Suri bertempat di Dewan Gong Kemuntong Jerteh, di sini, pada 2 Oktober.Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jerteh dengan kerjasama KWSP Cawangan Jerteh bagi memberi kesedaran kepada suri rumah mengenai caruman KWSP.Wan Azhar berkata, kesejahteraan rakyat perlu tanpa mengira latar belakang politik sekali gus merealisasikan matlamat kerajaan untuk melihat suasana aman serta keadilan kepada semua.“ Antara pendekatan lain ialah menyalurkan maklumat agama kepada masyarakat. Oleh itu, program kuliah dhuha akan diadakan secara berpusat semoga masyarakat memperoleh manfaat bersama,"katanya lagi.
02 Oct 18
46
Empty Image
Buaian Pantai Khas Untuk Kanak-Kanak
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar membuat pemeriksaan keselamatan terhadap semua buaian pantai yang diperbuat daripada kayu.Ini kerana, berlaku satu insiden buaian pantai yang terletak di Pantai Peranginan Teluk Ketapang, Seberang Takir yang terbalik dan menimpa seorang penggunanya pada 30 September lalu.Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, insiden buaian itu benar-benar berlaku dan arahan kepada pihak PBT membuat pemeriksaan telah dijalankan.“Memang video itu tulen dan pengguna telah berkongsi kejadian yang dirakamkan itu secara tidak sengaja, dan ada bahagian tiang itu yang menimpa kepala seorang wanita (mangsa).“Kita juga telah arah pihak PBT supaya periksa dan pantau semua buaian pantai yang terdapat di pusat-pusat peranginan pantai, supaya tidak berulang lagi,” jelasnya ketika ditemui selepas Kursus Pengurusan Undang-Undang Tanah, Protokol dan Sistem e-Dewan kepada semua ADUN, di Primula Hotel (1 Oktober).Namun, kata Ariffin, beliau difahamkan mangsa seorang wanita dewasa tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat insiden itu.Menurutnya, buaian pantai yang terdapat di pantai-pantai peranginan negeri ini hanya dikhaskan kepada golongan kanak-kanak sahaja.“Sebenarnya, buaian ini dikhaskan untuk kanak-kanak di bawah pengawasan orang dewasa atau ibubapa. Jadi, apabila orang dewasa yang bersaiz besar guna mungkin tidak sesuailah.“Kita akan letak papan tanda khas untuk perhatian pengguna buaian pantai, yang diperbuat daripada kayu itu, insya-Allah,” ujarnya.Katanya, buaian pantai yang agak besar itu dipasang di Pantai Teluk Ketapang, Pantai Batu Burok dan lain-lain bagi menarik minat pengunjung kanak-kanak.
02 Oct 18
36
Empty Image
Bantuan Bukan Hak Mutlak
Ustaz Mohd Nor Hamzah berucap dalam Majlis Penyampaian Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marang di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payung.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Sebarang bantuan adalah bukan hak mutlak tetapi bersifat sementara kerana ianya bergantung kepada kelayakan penerima.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sebarang bantuan akan dihentikan jika seseorang tidak lagi layak menerima bantuan seperti ibu tunggal yang telah berkahwin, kematian dan sebagainya."Kita berusaha memberi bantuan kepada pihak yang layak seramai mungkin dengan sewajarnya."Sebarang masalah boleh berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Payung."Kami cuba sedaya upaya memudahkan urusan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marang di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payung (2 Oktober).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berharap supaya masyarakat juga memberikan kerjasama  yang baik ketika berurusan dan melengkapkan butir yang diperlukan."Pemohon juga perlu bersabar kerana ianya memerlukan beberapa prosedur," jelasnya.Beliau turut menyerahkan bantuan wang tunai kepada sepuluh orang penerima dari penduduk DUN Bukit Payung.Antara yang turut hadir dalam majlis ini adalah wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Zalina Sulong dan Azrul Hisham A Kadir serta Penyelia i-Mits DUN Bukit Payung, Haji Mat Noh Ismail.
01 Oct 18
300
Empty Image
Kumpulan Penggiat Wau Harap Kerajaan Bantu
Kumpulan Penggiat Wau berharap kerajaan dapat membantu  mempopularkan kembali permainan tradisi itu di seluruh negeri Terengganu.KUALA TERENGGANU - Kumpulan Penggiat Wau berharap kerajaan dapat membantu mempopularkan kembali permainan tradisi itu di seluruh Negeri Terengganu.Aktivis kumpulan itu, Amidi Mohamad berkata, ianya bertujuan bagi mengekalkan kegiatan rekreasi itu sebagai aktiviti santai utama rakyat.“Supaya orang Terengganu bersatu balik, sebab kita lahirkan ramai pemain wau di Terengganu. “Ramai orang main di luar wakilkan Kelantan, wakilkan Malaysia dan banyak pecahan. Kita buat untuk memanggil pemain-pemain kita bersatu balik sebab itu kita anjurkan pertandingan ini. Kita nak ada peningkatan dari segi wakil ke luar Negeri Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Dataran Batu Buruk pada Sabtu, 29 September.Menurut beliau, pertandingan moden ini tidak sama dan berbeza dengan persaingan wau jala budi.Katanya, ramai anak muda yang melibatkan diri dalam permainan wau di negeri ini.“Tempat khusus (pengeluaran wau) tidak ada tetapi kami pergi rumah ke rumah (industri kampung).“Sekiranya ada budak yang minat (boleh) terus masuk (latihan),” jelasnya.Oleh itu, beliau sangat berharap sekiranya kerajaan negeri dapat menganjurkan satu program untuk anak-anak muda yang berminat bagi menghasilkan wau.Walaupun kumpulan penggiat wau ini masih baru, namun mereka sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak di peringkat daerah atau negeri bagi meningkatkan minat generasi muda terhadap permainan tradisi tersebut.
01 Oct 18
617
Empty Image
Dua Sekawan Mangsa Lemas Selamat Dikebumi
Oleh : Ariss AliasSETIU -  Jenazah dua mangsa lemas selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Felda Chalok pada jam 11.30 pagi, pada 1 Oktober.Mangsa, Nur Qumairah Qistina Mohammad Nizam dan Nur Hafizatul Nabihah Mohd Jaafar lemas ketika sedang mencari kepah bersama dua orang lagi rakan mereka di Boardwalk Setiu, Pengkalan Gelap, di sini, semalam.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap Azmi Maarof bersama ahli keluarga mangsa menunaikan solat jenazah di Masjid Felda Chalok yang turut disertai oleh guru-guru dan rakan-rakan mangsa, Rakan mereka Nur Ain Najihah Abd Ghani dan Nur Aisyah Syakirah Ishak turut lemas namun sempat diselamatkan oleh anggota bomba dan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian.Nur Aisyah Syakirah ditempatkan di Hospital Setiu manakala Nur Ain Najihah Abd Ghani dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.Mangsa merupakan pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat yang baharu selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Khamis lalu.Dalam pada itu, Azmi turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta bersabar dengan ujian Allah SWT. "Saya turut terkesan kerana mereka merupakan anak kepada jiran-jiran saya."Terima kasih kepada agensi yang terlibat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Unit Skuba, Unit Amal PAS dan orang ramai yang menjayakan misi mencari dan menyelamat."Perbincangan peringkat daerah akan dibuat bersama Pegawai Daerah Setiu dan Penyelaras DUN Permaisuri agar tindakan diambil untuk menjaga keselamatan pengunjung dan mengatasi kes seperti ini berulang, " ujar beliau lagi.
01 Oct 18
334
Empty Image
Kerajaan Prihatin Nasib Nelayan
Dr Alias Razak (dua dari kanan) berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pengguna Jeti Nelayan Pulau Duyong di Dewan Sivik Pulau Duyong, Kuala Nerus.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS - Kerajaan Negeri Terengganu sedia membantu memberikan peruntukan untuk penambahbaikan infrastruktur bagi memastikan nasib golongan nelayan terbela.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan akan menyediakan kemudahan asas seperti jeti nelayan, kemudahan elektrik, benteng hakisan dan sebagainya.Menurutnya, nelayan adalah antara golongan yang berpendapatan rendah, pendapatan mereka tidak menentu bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan harga barang di pasaran.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pengguna Jeti Nelayan Pulau Duyong di Dewan Sivik Pulau Duyong, Kuala Nerus (28 September).Dalam perkembangan yang sama, Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menyentuh berkenaan golongan yang berpendapatan rendah di bawah RM2,500 sebulan boleh mendaftar borang E-Kasih supaya mendapat manfaat daripada kemudahan yang kerajaan sediakan."Majlis Pengurusan Komuniti kampung (MPKK) bertanggungjawab memainkan peranan bagi mengenal pasti golongan ini," ujarnya.Di samping itu, kerajaan negeri sedang merangka kertas kerja bagi meluluskan rawatan wad kelas tiga percuma di Hospital kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana janji manifesto pada pilihanraya umum yang lalu selain daripada air percuma 20 meter padu pertama, kahwin percuma kali pertama, Rumah Mampu Milik (RMM) dan kad sejahtera bagi golongan yang layak.Turut hadir, Pegawai Kebajikan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Wan fauzi Wan Harun dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.
30 Sep 18
186