lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Dekati Golongan Belia Melalui Aktiviti Sukan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN- Usaha dan program bagi membangunkan belia tidak pernah terhenti dan disemarakkan bagi membentuk belia yang sihat, berwawasan, berakhlak dan cemerlang menerusi pelbagai aktiviti sukan.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, golongan pemuda merupakan aset kepada negeri dan menjadi pemangkin kepada kemajuan untuk pembangunan modal insan yang lebih cemerlang dan membentuk sebuah masyarakat yang bertenaga dalam pembinaan negara.“Ini adalah kerana belia merupakan pemimpin masa akan datang jadi kita kena corakkan mereka dengan pendekatan yang baik melalui pasarana yang disediakan dan saya berharap agar kejohanan ini akan menjadi permulaan anak muda kepada beberapa program negeri yang akan diatur dalam masa terdekat. “Pihak kami akan membantu para belia untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi mendekati golongan tersebut supaya anak muda sejahtera akan dapat dilahirkan dan paling penting mereka tidak akan terjebak dengan perkara negatif yang tidak berfaedah kerana pemuda yang sejahtera merupakan aset yang begitu berharga dan bernilai bagi kemajuan sesebuah bandar dan luar bandar,” beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika hadir pada program undian penentuan kumpulan pasukan bola Sepak, di sisni, 3 Oktober.Sebanyak 18 pasukan bola sepak akan berentap dalam acara bagi merebut Piala Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi yang bakal berlangsung di Padang Jerangau, tidak lama lagi.Antaranya Besol A, Besol B, Jerangau A, Jerangau B, Kuala Jengal A, Kuala Jengal B, Polis FC, Minda FC, Padang Ping, UTTJ FC, Syukur A, Syukur B, AMBS A, AMBS B, Talong FC, Dendang FC dan Pasukan Polis FC yang mewakili Balai Polis Jerangau bagi memberi saingan kepada pasukan yang lain akan  diadakan secara tertutup pada peringkat DUN Bukit Besi.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK) Jerangau, Arfan Tahir berkata, pertandingan bola sepak itu akan dijayakan dengan baik dan penuh gilang gemilang sekali gus menjadi medan kepada anak muda supaya lebih dekat dengan kepimpinan kerajaan negeri."Kita mahu dengan pertandingan ini golongan belia akan merasa sentiasa dicakna dengan meraikan minat mereka terhadap sukan bola sepak termasuk merapatkan ukhwah di antara satu sama lain. "Apa yang menarik pada kejohanan ini adalah peserta perlu berpakain menutup aurat, jika tidak mematuhi arahan maka penyertaan mereka akan terbatal,”ujarnya lagi.Menurut beliau, johan perlawanan itu akan memenangi wang tunai RM1,000 bersama piala dan medal, naib johan RM700 bersama medal, ketiga memenangi wang tunai RM400 bersama medal, kelima sehingga kelapan mendapat saguhati wang tunai RM100.
03 Oct 18
356
Empty Image
Program Ketengah Bersama Komuniti, Medan Suarakan Isu Setempat
Oleh : Adli MohamadDUNGUN - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengadakan program bersama komuniti setempat sebagai program tahunan bagi menjalin hubungan dengan masyarat setempat, serta mendengar keluh kesah komuniti kampung.Pengurus Kanan Korporat Ketengah, Zainuddin Md Zaki berkata, program itu bakal menjadi platform terbaik untuk mendekatkan diri dengan masyarakat sekitar menerusi pelbagai program yang bermanfaat."Pada tahun ini kita adakan program ini dengan mengacau bubur asyura, sempena memperingati hari penting di dalam kalendar umat Islam."Di samping itu kita dapat mengetahui apakah lagi pembangunan yang komuniti mahukan dan juga apakah permasalahan mereka," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman di Al Muktafi Billal Shah (AMBS),  di sini, 4 Oktober.Program itu diadakan serentak di Kampung Serdang, Lubuk Lesung dan di AMBS melibatkan Kolej Ketengah dan Pusat Giatmara Ketengah.Turut serta, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang mewakili penduduk setempat iaitu MPKK Taman Indah, Taman Madani dan Taman Mulia Selesa.Zainuddin berharap agar program ini akan dapat merapatkan jurang antara Ketengah dengan komuniti setempat seterusnya merealisasikan hasrat memajukan kawasan luar bandar.Sehubungan itu, Pengerusi MPKK Taman Indah, Zakiah Alias berkata, program seumpama itu menjadi jambatan penghubung bagi rakyat untuk bersuara mengenai isu semasa dan juga setempat."Saya mewakili MPKK berharap agar ianya akan menjadi acara berterusan bagi memberi manafaat kepada komuniti setempat mengadu segala hal permasalahan."Ianya juga akan dapat menghubung jalin hubungan yang harmoni ke arah kebaikan dari semasa ke semasa," ucapnya.
03 Oct 18
94
Empty Image
Politeknik KT Bantu Terangi Rumah Mohamad
Oleh: Aslam WiraMARANG - Kisah hidup penoreh getah,  Mohamad Othman sekeluarga yang viral di media sosial kerana bergelap dan hanya berlampukan lilin setiap malam akibat kekangan hidup mendapat perhatian dan simpati orang ramai.Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Wahad Osman mengunjungi keluarga berkenaan bersama sukarelawan yang ingin membantu lima sekeluarga itu bagi pemasangan pendawaian elektrik di rumah mereka, di Kampung Tertak Batu, Rhu Rendang, di sini, 3 Oktober. Menurut Wahad, kisah sedang dihadapi Mohamad, isteri dan tiga anak berusia tiga hingga 11 tahun yang viral itu mendapat perhatian Politeknik Kuala Terengganu yang diketuai Kaunselingnya, Fathi Omar."Encik Mohd Fathi akan bersama-sama pensyarah dan pelajar-pelajar beliau akan menyegerakan bantuan menyiapkan kerja pendawaian secepat mungkin untuk keselesaan keluarga ini,"katanya.Turut hadir, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Wan Nelang Abd Rahman dan Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng.Mohamad dikatakan berpindah ke rumah baharu yang dibina berdekatan rumah lamanya sejak pertengahan tahun lalu dan berdepan masalah untuk menyambung bekalan elektrik kerana pendapatan yang tidak menentu.
03 Oct 18
236
Empty Image
Penduduk Pulau Redang Bersyukur Island Music Festival Dibatalkan
 Abu Bakar Awang,Dzakaria Mohd SallehSETIU:Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Redang menarik nafas lega dengan pengumuman kerajaan negeri berhubung pembatalan Island Music Festival yang di jadualkan  pada 12-14 Oktober ini.Pengerusinya, Abu Bakar Awang melahirkan rasa syukur kerana kerajaan negeri dan pimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit mengambil cakna bantahan penduduk tempatan dan membatalkan program ini.Jelasnya lagi, tindakan pantas pihak kerajaan amat wajar bagi membasmi dan melumpuhkan program seumpama ini selaras dengan dasar pentadbiran khususnya berkaitan perlancongan."Kami ucapkan terima kasih atas pembatalan ini kerana kita tidak tahu apa yang mereka mahukan melalui pesta hiburan ini."Jika diadakan juga, sedikit demi sedikit  boleh memesongkan fikiran anak-anak muda ke arah aktiviti yang tidak sihat akibat terpengaruh dengan pengisiannya," beliau berkata demikian ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.Tegasnya lagi, jika dilihat bencana alam seperti tsunami yang semakin kerap berlaku mungkin juga berkait dengan perlaksanaan program yang tidak bermoral seperti yang dirancang dan ini menakutkan penduduk khususnya di Pulau Redang yang akan mengalami musim monsun tidak lama lagi.Tambah Abu Bakar, penganjuran festival berunsurkan Islamik berkonsepkan kekeluargaan adalah alternatif terbaik bagi menggantikan program yang dibatalkan ini.Penganjuran Island Music Festival yang dijadualkan pada 12-14 Oktober menjadi bualan hangat pelbagai pihak sebelum ini dan mendapat bantahan daripada orang ramai.Kerajaan negeri melalui sidang medianya hari ini menolak permohonan penganjuran Island Music Festival 2018 di Pulau Redang yang dijadual diadakan mulai 12 Oktober ini.Penganjurannya juga didapati bertentangan dengan moral dan agama serta jelas tidak menepati Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2003.
03 Oct 18
40
Empty Image
Kerajaan Tonjol Keadilan Walau Berbeza Agama - Dr Balachandran
Dr Balachandran berucap kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Darul Iman.KUALA TERENGGANU - Ketua Dewan Himpunan Penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan telah dilantik sebagai Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mulai 1 September lalu.Menurut Dr Balachandran, pelantikan beliau bertujuan memastikan pimpinan PAS dalam erti kata lain pimpinan negeri diberi penerangan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh warga bukan Islam di Terengganu.“Walaupun warga bukan Islam di Terengganu hanya merangkumi tiga peratus dari jumlah penduduk Terengganu, tetapi apa yang kita laksana di sini akan menjadi satu ‘role model’ kepada negeri di pantai barat.“Sebab kita menjadi tumpuan, bagaimana pentadbiran PAS dapat membawa satu pendekatan yang mesra dan penyelesaian kepada sesuatu yang memberi ketidakselesaan kepada warga bukan Islam,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Darul Iman (2 Oktober).Katanya, beliau juga memainkan peranan supaya semua kaum di negeri ini dapat menghormati antara satu sama lain.“Sebagai seorang Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, kita berperanan membawa satu pendekatan supaya masyarakat di luar sana dapat menikmati keindahan Islam iaitu keadilan dan kesaksamaan serta politik tanpa perkauman.“Kita hendak tonjolkan bahawa orang bukan Islam ada hak mereka dan kerajaan prihatin kepada mereka walaupun hanya kelompok kecil di negeri ini.“Kita juga patut menerangkan kepada orang bukan Islam di Terengganu secara amnya bahawa Islam wajib memimpin kerana bila Islam memimpin, ia akan menyelesaikan dan menjaga hak-hak orang bukan Islam," ujarnya.Katanya, Islam adalah agama rasmi Malaysia dan PAS yang memperjuangkan agama Islam perlu memimpin negeri ini sekaligus membawa Terengganu ke arah maju, berkat dan sejahtera. “Kita juga harus memastikan pendekatan rahmat untuk semua menjadi realiti, bukan secara retorik sahaja. Pendekatan ini kita kena tonjolkan kepada orang bukan Islam supaya mereka rasa selesa.“Kita juga hendak beritahu orang bukan Islam bahawa sesiapa yang dilantik sebagai wakil pemimpin mereka baik Melayu India mahupun Cina wajib dihormati, kita tidak mahu bawa faktor perkauman di sini,” ujarnya.Katanya, semua kaum di negeri ini diharap dapat bersama-sama berganding bahu, memahami dan mewujudkan masyarakat majmuk di bawah pimpinan Islam yang memberi keadilan dan kesaksamaan, politik tanpa perkauman dan menjaga hak masing-masing.
03 Oct 18
1476
Empty Image
Kerajaan Negeri Tidak Benarkan Penganjuran Island Music Festival Di Pulau Redang
Dr Alias Razak (kiri) ketika ditemui pemberita dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri tidak akan membenarkan penganjuran Island Music Festival 2018 yang dirancang diadakan di Pulau Redang pada 12 hingga 14 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, festival itu bukan sahaja mendapat tentangan pelbagai pihak malah bercanggah dengan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 Negeri Terengganu.“Kita telah mendapat banyak bantahan daripada rakyat tempatan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Redang sendiri tidak bersetuju dengan penganjuran festival ini.“Jika kita tengok iklan yang telah diviralkan itu memang tidak menepati langsung dengan enakmen hiburan kita dan menyimpang jauh dari ajaran Islam dan ini boleh menimbulkan gangguan seksual dengan gambar-gambar iklan yang ditayangkan itu menyalahi moral apatah lagi berkait agama Islam yang menjadi agama rasmi negara kita,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini (3 Oktober).Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.Katanya, kerajaan negeri juga mengambil tindakan drastik dan tegas dengan tidak mengeluarkan permit kepada pihak penganjur program ini.“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan permit kepada penganjuran festival ini.“Kita juga akan pastikan anggota penguatkuasa kita melakukan pemantauan di lokasi terbabit dan akan memastikan ianya tidak diteruskan kerana bercanggah dengan moral ketimuran apatah lagi ajaran Islam,” ujarnya.Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran Festival Soho yang akan diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu selama tiga hari bermula 4 September ini, katanya kerajaan negeri membenarkan  penganjuran festival itu selagi ianya tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.
03 Oct 18
181
Empty Image
Persediaan Rapi Syarat Kejayaan
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN  - Persiapan rapi menjadi syarat utama jika pelajar mahu mencapai kejayaan kerana ianya pasti dapat mempengaruhi emosi dan tindakan yang lebih tepat serta betul, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi.Katanya, sangat penting jika pelajar dengan melakukan ulang kaji bagi mempersiapkan diri dari segi psikologi mental dan fizikal sebelum menduduki peperiksaan."Persiapan menggunakan mekanisme pembelajaran yang sesuai boleh membantu pelajar lebih bersedia dan tidak terganggu menjelang atau ketika menghadapi peperiksaan dan dengan izin Allah, persediaan yang rapi akan memudahkan kita mendapat keputusan yang terbaik."Kalau semua dah bersedia, insya-Allah kita boleh jawab dengan tenang," ujar Ir Saiful Azmi.Beliau berkata demikian  kepada 171 orang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di samping memberikan nasihat serta kata-kata semangat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah (BAS), di sini, 3 Oktober.Turut hadir Pengetua SMK BAS, Md Nazeri Hassan serta Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Haji Zakaria Mohammad.Tambahnya lagi, pun begitu walaupun persediaan tidak mencukupi, mereka tidak perlu merasa susah hati tetapi mesti meneruskan perjuangan mereka dalam PT3."Kalau kita tak cukup (persediaan) lagi, jangan gelabah, jawablah dengan sehabis baik mungkin kerana kalau kita 'gabra', dia jadi susah nak ingat maka buatlah persediaan yang rapi sebagaimana panduan yang telah ditetapkan guru."Jangan (biasakan diri) tidur lewat malam kerana itu adalah antara perkara (yang menjadikan) kita susah nak jawab adalah kesihatan kita dan kepada semua saya doakan semua boleh menjawab sebaik mungkin dan semoga kita diberikan ketenangan oleh-Nya,"katanya.
03 Oct 18
747
Empty Image
Pendidikan Islam Jadi Teras Kemajuan
Wan Hapandi memberi kata kata semangat kepada pelajar pelajar Tingkatan Tiga yang mengambil peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga. Oleh: Mohd AsrafDungun - Kejayaan sesebuah negara diukur melalui tahap pendidikan rakyatnya yang mengutamakan kepentingan agama melebihi perkara lain bagi mencapai negara maju dan kelas pertama, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik. Menurutnya, di negara maju, banyak masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakatnya kerana tidak menekankan aspek agama dan pendidikan moral. “Jadi, apa yang kita mahu bukanlah negara maju sahaja bahkan negara yang rakyatnya arif serta berilmu terutama ilmu agama kerana ilmu agamalah yang akan memacu sesebuah negara menuju ke jalan yang diredhai Allah Taala”, kata beliau ketika ditemui bagi memberi suntikan semangat kepada pelajar Tingkatan Tiga yang menghadapi Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), di sekitar DUN Sura, di sini, pada 3 Oktober.Tambah beliau lagi, kecemerlangan seseorang individu itu bukanlah semata-mata diukur dengan akademik namun ia haruslah selari dengan pendidikan agama juga. “Hari ini kita melihat zaman dimana semua orang ingin menjadi viral, terkenal bahkan ada yang sanggup menggadai maruah dan yang lebih menakutkan, membelakangkan agama kerana ingin dikenali ramai semata mata mencari habuan dunia. “Pelajar pelajar perlu memahami, cemerlang didunia sahaja tidak mencukupi bahkan cemerlang diakhirat adalah yang utama selaras dengan tuntutan agama kita”, katanya.Dalam perkembangan yang lain, beliau menjelaskan mengenai kedatangan artis kontroversi yang dikatakan akan membuat persembahan di Terengganu, bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan dan panduan untuk sebarang aktiviti yang melibatkan pertunjukan dan promosi. “Kerajaan negeri tidak akan berkrompomi dengan mana mana penganjur yang tidak mengikut arahan kita. “Kita tegas dengan dasar-dasar Islam yang telah ditetapkan untuk apa jua hiburan dan persembahan;" katanya.
02 Oct 18
23
Empty Image
Ketepikan Pendapat Di Gelanggang, Jangan Jadi Samseng
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kanan) menandatangani plat sebagai simbolik pembukaan gelanggang.Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Perbezaan ideologi dan pendapat politik haruslah diketepikan dalam aktiviti sosial bagi mengekalkan kehidupan yang harmoni dalam bermasyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengharapkan pembukaan Gelanggang Silat Batu 9 dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama masyarakat."Bersilatlah dengan baik walaupun kita berlainan pendapat dan parti."Saya harap anak muda yang menyertai silat ini mempunyai tujuan murni iaitu mempertahankan diri dan bukannya menjadi samseng.“Syabas pihak penganjur yang mengadakan program ini yang bertujuan supaya anak muda tidak terlibat dengan gejala sosial yang semakin berleluasa dan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah,” tambahnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pembukaan Gelanggang Silat Batu 9, di Gelanggang Silat Arwah Pok Hassan Batu 9, Padang Mengkuang (2 Oktober).Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) Bukit Payung turut memukul gong sebagai gimik perasmian dan menandatangani plat sebagai simbolik pembukaan gelanggang.Beliau juga menyampaikan pulut kuning kepada pengajar silat dan menonton persembahan silat  dari Persatuan Seni Silat Sri Rama Harimau.Antara yang turut hadir adalah Penghulu Mukim Bukit Payung (Pekan), Zafiri Ahmad Zaki, wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 9, Mamat Ismail serta penduduk Kampung Batu 9.
02 Oct 18
231
Empty Image
Rumah Mampu Milik Baharu Bakal Miliki Garaj
Dr Alias Razak (kiri) ketika ditemui pemberita dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri akan merealisasikan perancangan membina 20,000 Rumah Mampu Milik (RMM) seperti mana dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu secara berperingkat bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat memiliki kediaman yang lebih selesa.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, bagi memastikan hasrat dan janji kerajaan itu dicapai, sebanyak 710 unit rumah akan dibina tahun ini di empat lokasi yang telah dikenal pasti.“Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri yang lalu telah meluluskan empat tapak untuk RMM di empat daerah iaitu di Kampung Tok Jembal (Kuala Nerus), Kampung Tempinis (Besut), Kampung Gong Cengal (Kemasik) dan Kampung Tajin (Hulu Terengganu).“Perbadanan Memajukan Ikstisad Negeri Terengganu (PMINT) dilantik sebagai pelaksana projek dan satu bengkel telah diadakan bagi memuktamadkan pelan, struktur, saiz rumah dan sebagainya supaya semua rumah yang bakal dibina sama dan selesa untuk didiami,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini (3 Oktober).Katanya, penambahbaikan turut dilakukan di mana RMM yang bakal dibina beserta dengan garaj kereta. Tender terbuka terhadap pembinaan rumah ini akan dikeluarkan selewatnya November depan.“Ini adalah antara komitmen kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah khususnya yang berpendapatan RM3,500 ke bawah memiliki kediaman sendiri.“Walaupun dibina garaj kereta, tetapi harga rumah tetap sama iaitu RM68,000 selepas subsidi dengan komitmen bulanan hanya sekitar RM180 hingga RM200 yang perlu dibayar oleh pemilik rumah mampu milik ini,” ujarnya.
02 Oct 18
45