lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Penyelidikan WABCORE Bantu Penduduk Pesisir Pantai
Oleh: Aslam WiraMARANG - Kerajaan negeri menyokong penyelidikan bagi memasang Tukun Tiruan Wave Breaker Coral and Restorer (WABCORE) di Pantai Kampung Rhu Muda, di sini yang mampu memberi manfaat kepada penduduk sekitar.Kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Hidrolik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) melaksanakan projek tukun tiruan berkenaan untuk melihat keberkesanan struktur WABCORE dari aspek kawalan hakisan pantai terutamanya ketika monsun di samping menggalakkan pembiakan hidupan marin.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Wahad Osman turun padang bagi melihat sendiri aktiviti penyelidikan dan pemasangan tukun tiruan tersebut.Wahad mengalu-alukan aktiviti penyelidikan terutama melibatkan pemuliharaan batu karang dan hidupan laut serta pencegahan hakisan pantai."Kita juga akan mengadakan perbincangan berterusan untuk penyelidikan lain sekiranya perlu seperti contoh penyelidikan di kawasan Sungai,"katanya.Turut hadir, Penyelia Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), Nasaruddin Samsudeng dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Rhu Muda, Zahari Awang.Menurut Ketua Penyelidik, Mohd Kamarul Huda berkata, pihaknya menyediakan sebanyak 180 tukun tiruan yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM200,000 bagi menjayakan penyelidikan itu.Katanya, penyelidikan itu adalah projek yang ketiga dan Terengganu menjadi lokasi pertama yang dipilih oleh MHI.Selain itu juga, Kampung Rhu Muda dipilih berikutan geografinya yang strategik kerana penyelidikan tersebut bertujuan mengkaji habitat ikan dan mengelakan hakisan pantai."Kami amat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pejabat Dewan DUN Rhu Rendang kerana menyokong kami dalam usaha memulihara alam sekitar dan habitat marin."Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang keperluan penyelidikan berkenaan air dan alam sekitar, pihak kami juga tanpa segan silu bersedia membantu setakat termampu,”katanya lagi.
06 Oct 18
256
Empty Image
Wakil Rakyat Bukan Wakil Parti Politik - Amzad Hashim
Haji Amzad Hashim (tengah) ketika berucap di Program Pusat Khidmat Bergerak di Balai Raya Kampung Kolam Kuala Ibai.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU - Wakil rakyat bukanlah wakil parti politik, tetapi wakil untuk seluruh rakyat tidak mengira mana-mana penyokong parti politik.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, wakil rakyat di Terengganu tidak 'memilih bulu', siapa pun yang bersuara akan diangkat."Tidak kiralah suara itu datang dari penyokong parti atau mana-mana bangsa sekali pun."Semuanya akan diangkat dan diambil tindakan sewajarnya."Sebagai pemimpin, menjadi tanggungjawab untuk berlaku adil dan saksama," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Pusat Khidmat Bergerak di Balai Raya Kampung Kolam, Kuala Ibai, semalam (5 Oktober).Program tersebut merupakan program bulanan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu.Ianya bertujuan untuk meringakan kos perbelanjaan orang kampung untuk membuat pemeriksaan kesihatan di pusat perubatan.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kolam.Seramai 100 orang kampung menghadiri program tersebut termasuk semua golongan umur dan jantina.
06 Oct 18
774
Empty Image
Bongkar Siapa Rakan Kongsi Strategik Kerajaan
Haji Yahaya Ali (empat dari kiri) mengacau bubur Asyura di Majlis Dialog & Ramah Mesra Bersama Perantau Anak Terengganu (Perantau). Foto - Harish FadzillahKUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Terengganu mengiktiraf rakyatnya sebagai rakan kongsi strategik yang terbaik untuk menjadi 'check and balance' kepada pentabiran negeri.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, semua pihak (stakeholders) khususnya rakyat Terengganu perlu memainkan peranan masing-masing supaya kerajaan yang ditadbir pada hari ini adalah kerajaan yang kuat, disegani dan dihormati.Katanya, rakyat Terengganu tanpa mengira latar belakang perlu memperbetulkan sikap untuk menjadi rakan kongsi yang baik kepada kerajaan negeri."Kita perlu membantu kerajaan negeri dengan menyampaikan sumbang saran, menegur bahkan memperbaikinya bersama-sama kepimpinan."Ianya penting supaya kerajaan negeri yang ada tidak syok sendiri."Lebih-lebih lagi rakyat terdedah kepada kemajuan teknologi melalui platform media sosial."Salurkan pembaharuan dan maklumat kerajaan dari sumber yang rasmi supaya sampai kepada semua golongan rakyat."Dan yang terpenting adalah kerajaan pada hari ini mesti menjadi 'a good listener' kepada rakyat yang prihatin seumpama ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Dialog & Ramah Mesra Bersama Perantau Anak Terengganu (Perantau) di Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini (6 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Yahaya Ali yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu berkata, beliau teruja dapat bertemu mata dengan anak-anak Terengganu di perantauan.Menurutnya, majlis dialog sebegini dapat mengukuhkan hubungan kepimpinan dan rakyat dalam ruang yang ada."Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada penganjur."Mudah-mudahan, perjumpaan santai ini membuka ruang kepada rakyat Terengganu mendapat pencerahan dan perkembangan terkini perjalanan kerajaan negeri."Pada akhirnya, yang menilainya adalah saudara saudari sekalian," ujarnya.Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti mengacau bubur Asyura oleh ahli Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) dan agihan kepada peserta.Para peserta turut mendapat peluang mendapatkan maklumat daripada Kaunter T'Cakna melibatkan agensi dan jabatan kerajaan negeri termasuk Yayasan Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, T-Mart, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Pejabat Tanah dan Galian Terengganu dan Jabatan Pelancongan Terengganu.Seramai kira-kira 150 orang menghadiri Majlis Dialog & Ramah Mesra Bersama Perantau Anak Terengganu (Perantau).Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Hishamuddin Hashim, Presiden Persatuan Anak-anak Terengganu (PESAT), Mohd Sham Aziz Ismail, Presiden Perantau, Prof Dr Kamaruzaman Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Darul Iman Training Centre (DITC).
06 Oct 18
87
Empty Image
Terengganu Sambut Baik Usaha Kerajaan Pusat Tingkat Keusahawanan
Mohd Norkhuzaini (kanan) mengiringi Dato' Sri Jamil Haji Salleh meninjau 'booth' pameran di karnival tersebut. Foto - M. ShukriOleh: Afiq M. ZaidKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menyambut baik segala usaha daripada Kerajaan Persekutuan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat Terengganu khususnya dalam bidang keusahawanan.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri juga akan memberikan kerjasama yang baik bagi keuntungan rakyat Terengganu.Katanya, beliau mengharapkan kerjasama ini tidak berhenti di sini sahaja."Ini kerana banyak lagi perkara yang boleh membawa manfaat kepada rakyat khususnya dalam bidang perniagaan ini." ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Karnival Online Network Entepreneur (ONE) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berlangsung di Mydin Mall Gong Badak, semalam (5 Oktober).Menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, semua agensi kerajaan termasuk SSM digabungkan di bawah Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (MSPUT)."Matlamat setiap agensi adalah sama yang bertujuan untuk membangunkan potensi usahawan-usahawan di Negeri Terengganu."Justeru, kita wujudkan satu platform iaitu MSPUT untuk kita bekerjasama membantu usahawan Terengganu.Tambahnya, pihak kerajaan negeri akan mengintegrasikan semua agensi kerajaan pusat dan negeri di bawah satu bumbung bagi memudahkan pengurusan data maklumat."Kita akan bangunkan 'big data' (pengkalan maklumat) untuk kita integrasikan semua agensi di bawah satu bumbung untuk mengakses data masing-masing."Permohonan mereka akan di'syncronize'kan, jadi tidak timbul isu pertindanan permohonan ataupun sesetengahnya akan dapat dua atau tiga bantuan dalam satu masa."Oleh itu, ini merupakan satu langkah yang baik dan SSM antara agensi yang bergiat aktif dalam program-program keusahawanan negeri," jelasnya.Majlis dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Dato’ Sri Jamil Haji Salleh.Karnival Online Network Entepreneur (ONE) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah berlangsung bermula semalam hingga 6 Oktober.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner.
06 Oct 18
116
Empty Image
Kerajaan Negeri Terima Kunjungan Hormat Exco Selangor
Ir Saiful Azmi Suhaili  mengiringi Exco Selangor,  Puan Hajah Rodziah Ismail sempena kunjung hormat ke Kampung Baru Kemasik, semalamOleh: Ahmad Syahid AdnanKEMASIK- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili menerima kunjung hormat  Exco Pembangunan Usahawan/Luar Bandar/Desa/Kampung Kerajaan Negeri Selangor Puan Hajah Rodziah Ismail, ke Kampung Baru Kemasik, semalam.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau berkata, lawatan kerja ini akan memberi manfaat kepada semua pihak, terutamanya kepada rakyat."Kerajaan Negeri sangat berbesar hati dengan kunjungan pihak daripada dalam dan luar negeri."Manfaatnya, sudah pasti kepada rakyat kerana kita telah diamanahkan untuk memimpin mereka, dan saya percaya kerja serta tanggungjawab yang kita buat ini telah dilaksanakan sehabis baik untuk rakyat," katanya.Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan kepada pihak Selangor yang hadir di Pusat Internet Kampung Baru Kemasik, Kemaman, di sini, semalam.Turut hadir, Ketua Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman, Encik Ahmad Nazwawi serta Pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Kukuran, Rumah Murah Kemasik, Gong Chengal, Kampung Baru Kemasik dan Kampung Baru Kiri Kemasik.Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendapatkan input dalam melaksanakan Program Penarafan Bintang (Star Rating) Kampung, Dasar Pembangunan Luar Bandar dan Program Pembangunan Luar Bandar di Negeri Selangor memandangkan Negeri Terengganu pernah menjuarai Anugerah Desa Lestari Peringkat Kebangsaan 2017.
04 Oct 18
65
Empty Image
Pegawai Kerja Keras Bukti TMBS
Ahmad Shah Muhamed ketika ditemui dalam sidang media selepas pertemuan bersama Persatuan Peniaga Medan MBKT Batu Buruk di Kelab Eksekutif Batu Buruk.KUALA TERENGGANU - Para pegawai mestilah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk membuktikan Kerajaan Negeri Terengganu yang bermotokan "Maju, Berkat dan Sejahtera" betul-betul dapat direalisasikan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Mohamed berkata, kerajaan akan memastikan tempat peranginan Terengganu yang bersih dan selesa serta dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negeri."Begitu juga kerajaan negeri tidak lupa bahawa kita mempunyai penjaja dan peniaga yang memang sudah sekian lama mencari rezeki di sekitar Pantai Batu Buruk,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas pertemuan bersama Persatuan Peniaga Medan MBKT Batu Buruk di Kelab Eksekutif Batu Buruk pada hari Khamis, 4 Oktober.Katanya, kerajaan negeri perlu melakukan satu penyelarasan supaya semua pihak dapat berfungsi dengan baik.Tambah beliau, pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) perlu melaksanakan tanggungjawab dengan betul dan baik."Bahkan, penjaja juga perlu bertanggungjawab, bukan sahaja berniaga untuk mencari keuntungan semata-mata.“Tetapi dalam masa yang sama mempunyai tanggungjawab sosial berkait dengan kebersihan dan pemandangan yang cantik untuk menggamit kehadiran pelancong.“Mereka (para pelancong) dapat melihat (sendiri) Negeri Terengganu sebuah negeri yang disebut Negeri Terengganu Darul Iman yang menjaga kebersihan, keselamatan dan menjaga keindahan alam,” jelasnya.Menurutnya, pihak kerajaan  akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik  supaya para  peniaga dapat berniaga dengan baik dan Pantai Batu Buruk juga sebagai sebuah tempat pengunjung  boleh bersantai dengan pantai yang bersih dan keadaan yang selesa.Selain daripada itu, kerajaan negeri juga berhasrat agar rakyat berdiri dengan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak dan rakyat haruslah berusaha sedaya upaya merebut peluang pekerjaan yang disediakan.“Kita akan pastikan peniaga kita dapat berniaga di tempat yang betul  dan mereka boleh mendapat keuntungan yang sewajarnya.“Di samping gerai yang sudah ada, sekiranya kita dapati  hasil perbincangan dalam kerajaan ada keperluan yang kami perlu tambah, tak mustahil kita akan tambah,” ujarnya.Justeru, pihak kerajaan akan memastikan para peniaga memenuhi syarat sepertimana yang termaktub dalam peraturan MBKT berkenaan dengan kebersihan, keselamatan dan lain-lain.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa  Pembangunan Belia Sukan dan NGO Ustaz Wan Sukairi dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim.
04 Oct 18
216
Empty Image
Program ETA Bukti Tingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
KUALA TERENGGANU- Kem Bahasa Inggeris Bersama Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA), salah satu program teras di bawah tanggungjawab sosial korporat ExxonMobil di Terengganu diteruskan.Program anjuran bersama Jabatan Pendidikan dan Fullbright dari Amerika Syarikat itu menempatkan graduan kolej dan profesional muda negara itu di beberapa buah sekolah mene­ngah terpilih di seluruh negara bagi meningkatkan penguasaan berkomunikasi dalam kalangan pelajar.Kem ini digerakkan bagi me­rang­sang minat  pelajar ba­gi menguasai bahasa dunia itu dengan lebih berkeyakinan melalui komunikasi secara santai, spontan serta menghiburkan dalam pelbagi kegiatan yang dirangka.ExxonMobil menyumbang RM75,000 bagi menjayakan kem ter­sebut tahun yang melibatkan 200 pelajar  dari 14 buah sekolah di seluruh Terengganu.Pelajar yang terpilih adalah mereka yang berpera­nan sebagai pemimpin dalam kegiatan kokurikulum dan memperlihatkan penguasaan berkomunikasi yang agak sederhana.Penutupan kem itu disempurnakan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir di Hotel Regency Waterfront, Kuala Terengganu pada hari ini.Kamala berkata, ETA Fulbright membawa perubahan kepada sistem Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah menengah di Malaysia termasuk di Terengganu."Saya sungguh gembira untuk bertemu dengan guru dan pelajar di bawah program ETA, sungguh mengagumkan untuk melihat pelajar-pelajar ini digalakkan dan diberi motivasi untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris oleh pembantu guru mereka."Adalah sangat hebat melihat hubungan yang berlangsung antara pelajar dan guru Bahasa Inggeris mereka, saya rasa pelajar telah mendapat manfaat daripada pelbagai bakat guru-guru mereka," katanya
04 Oct 18
201
Empty Image
Dakwaan Kamu Tak Benar
Haji Hanafiah Mat.KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat menyangkal dakwaan segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan desas-desus tidak benar tentang kondisi kesihatannya.Katanya, dakwaan mereka bahawa beliau sedang tenat akibat penyakit buah pinggang adalah salah sama sekali.Beliau yang menjalani rawatan di Kuantan Medical Centre (KMC) telah dibenarkan keluar wad baru-baru ini."Alhamdulillah kesihatan saya sudah semakin stabil dan doktor menasihatkan saya untuk berehat selama dua minggu," ujarnya.Tambahnya, beliau akan terus melaksanakan agenda Kerajaan Negeri Terengganu. Sakit hanyalah ujian sementara untuk kembali lebih bertenaga dan berkhidmat kepada rakyat."Justeru, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan saya," ucapnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita (3 Oktober), mengulas tentang keadaan kesihatannya.Dalam perkembangan yang sama, Haji Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, Karnival Kahwin Kali Pertama akan terus dilaksanakan seperti yang dijanjikan dalam manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu."Kita telah membuka permohonan kepada pasangan yang memenuhi syarat untuk melangsungkan perkahwinan. Tarikh akhir permohonan telah ditutup pada 1 Oktober baru-baru ini."Setelah diproses dan dikenal pasti, hanya 170 pasangan yang mendaftar dan memenuhi kelayakan."Kita melihat penyertaan kali ini tidak terlalu ramai. Oleh itu, Karnival Kahwin yang akan dilangsungkan pada November ini akan diadakan di peringkat parlimen," jelasnya.
04 Oct 18
42
Empty Image
Belanja Secara Berhemah, Pasti Berkat
Alias Harun ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Agensi-Agensi Kerajaan di Dewan Sivik Seberang Pintasan.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Walaupun peruntukan kerajaan negeri adalah terhad, tetapi jika diuruskan dan disalurkan dengan berhemah ianya akan melimpahkan keberkatan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun berkata, kesedaran tersebut penting sebagai hamba Allah yang mengharapkan keberkatan daripada rezeki yang dikurniakan Allah. "Apabila ianya berkat, keberkatan ni tak semestinya banyak", ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Agensi-Agensi Kerajaan di Dewan Sivik Seberang Pintasan (3 Oktober). Alias Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, MPKK yang dilantik perlu menyelesaikan permasalahan di komuntiti masing-masing dengan sebaik mungkin."Dengan meletakkan penanda aras yang telah diletakkan oleh kerajaan baru ini, kita menggerakkan semua dasar kerajaan."Sumber kita tidak boleh lari daripada Al-quran, Sunnah, Ijmak dan Qias", jelas beliau lagi. Majlis anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang itu telah dihadiri oleh setiap MPKK dalam kawasan tersebut.
04 Oct 18
30
Empty Image
Ganjaran Pahala Syahid - Dr Khairuddin
Credit foto : Google ImagesOleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS - Orang yang mati lemas akan diberi pahala syahid terutama menyelamatkan mangsa lemas, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Beliau berkata demikian sebagai mengulas tragedi enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba yang mati lemas ketika sedang menyelamatkan mangsa lemas yang dilaporkan hilang di Tasik Putra Perdana, Puchong, Selangor malam tadi.Mangsa mati lemas selepas terbelit tali yang dipakai antara satu sama lain ekoran arus deras ketika operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa. Mereka yang terkorban ialah Mohd Fatah Hashim, 34, Adnan Othman, 33, Mazlan Omarbaki, 24, Izatul Akma Wan Ibrahim, 31 , Yahya Ali, 25, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.Ujar Dr Khairuddin lagi, semoga pahala jasa mereka berpanjangan di alam akhirat.Beliau juga berharap agar ahli keluarga mangsa diberikan bantuan dan perlindungan berterusan oleh kerajaan sebagai membalas jasa dan perkhidmatan yang dicurahkan sehingga mengorbankan nyawa sendiri. "Semoga semua ahli keluarga dan juga rakan sepasukan mangsa dikurniakan kesabaran dan reda dengan ketentuan Allah SWT ini,"katanya lagi.
03 Oct 18
30