Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Mahu Perluas Tanaman Padi
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bercadang menambah seluas 5,046 hektar kawasan tanaman padi bagi memastikan bekalan beras mencukupi untuk memenuhi permintaan penduduk Terengganu pada masa akan datang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata ketika ini kira-kira 5,323 hektar tanah ditanam padi dengan kemampuan pengeluaran beras hanya 5,000 tan metrik setahun bagi pasaran tempatan.Katanya, jumlah itu masih belum mencukupi kerana berdasarkan anggaran kecukupan kadar sara diri pengeluaran padi di Terengganu adalah 10,000 metrik tan bagi tempoh sama.“Buat masa sekarang, kadar pengeluaran hasil padi sedia ada hanya 53 peratus. Bagaimanapun kita masih memerlukan 47 peratus lagi untuk memastikan rakyat Terengganu cukup untuk makan nasi.“Sekarang terdapat 5,323 hektar kawasan tanaman padi di jelapang Besut dan Setiu. Kita dalam proses untuk memperluaskan kawasan jelapang padi dengan tambahan 5,046 hektar lagi bagi memenuhi pemintaan pasaran tempatan” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui Facebook,”katanya.Projek itu diusahakan di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA) untuk fasa 2 dengan memanfaatkan sistem pengairan dari Empangan Paya Peda yang baru disiapkan.
08 Oct 18
131
Bengkel Hala Tuju Bagi Tingkat Sektor Pertanian Negeri
Dr Azman memberi taklimat sempena Bengkel Hala Tuju Pertanian Negeri Terengganu 2019 -2023 BESUT - Bengkel Hala Tuju Pertanian Negeri Terengganu 2019 -2023 dianjurkan bagi merangka pelan strategi bertindak dalam tempoh lima tahun akan datang dengan beberapa matlamat bagi sektor pertanian negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelaksanaan bengkel selama tiga hari menekankan tiga objektif utama iaitu menjamin sumber ‘food security’ bagi negeri, memajukan ekonomi berasaskan pertanian dan asas tani serta menjadikan bidang pertanian sebagai perniagaan.Katanya, penglibatan golongan sasar dalam industri pertanian Terengganu terdiri dari rakyat awam terutama golongan belia, persatuan atau koperasi, syarikat serta pelabur, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri serta jabatan dan agensi kerajaan sebagai pemudah cara.“Kita fokus kepada pemulihan dan memanfaatkan sebaiknya semua kemudahan dan infrastruktur pertanian dan asas tani yang telah sedia ada termasuk penyenaraian dan kemaskini semula semua status tanah-tanah kerajaan yang dirizabkan dan diwartakan bagi tujuan pertanian juga penternakan.“Kita juga mencari peluang baru dengan memanfaatkan kira-kira 12,000 hektar lagi tanah terbiar yang ada di negeri kita dan memperkayakan sumber perikanan dan penternakan yang terdapat di dalam negeri,’’katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI, hari ini.Program yang diadakan di Demong Beach Resort Besut pada 6,7 dan 8 Oktober lalu melibatkan 50 peserta yang mewakili pelbagai sektor seperti kerajaan sebagai pembuat dasar dan pelaksana dasar, tenaga cendekiawan dan akademik dengan inovasi dan idea-idea baru, penggiat bidang pertanian dan asas tani samada mewakili individu atau persatuan termasuk veteran-veteran bidang pertanian yang kaya dengan pengalaman serta asam garam pertanian. Tambah beliau, bentuk pelan hala tuju pertanian yang dirangka bermatlamatkan untuk menggariskan suatu pelan strategik yang menjadi panduan bertindak dalam tempoh lima tahun akan datang dengan ciri-ciri yang ada.“Antara ciri yang perlu ada ialah kemas serta lengkap mewakili semua sektor dan kelompok sasaran malah jangan ada pemain dalam industri ini yang tercicir dari perhatian kerana ketika syarikat besar kita raikan, dalam masa yang sama seorang petani kecil yang berjiwa besar juga kita tak lupakan.“Praktikal dan realistik dengan cabaran serta realiti semasa kita di negeri Terengganu dan kita mahu satu pelan yang boleh dijadikan sebagai satu rujukan akademik tapi dalam masa yang sama boleh difahami oleh seorang petani awam tentang apa yang kerajaan sedang buat untuk mereka,” ujarnya lagi.Azman juga berkata, satu pelan yang lengkap dari sebelum suatu projek pertanian diusahakan, sehingga ia diusahakan, dituai hasil, pemasaran dan persijilan kualiti akan turut dilaksanakan.
08 Oct 18
112
Hak Milik Tanah Penduduk Ketengah Sedang Diselesai
Kita mohon kerjasama semua penduduk supaya membayar (tunggakan) agar senang kita percepatkan prosesHULU TERENGGANU - Kesemua hak milik kekal tanah penduduk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Dungun dan Kemaman kini dalam proses dan pertimbangan Jawatankuasa Tanah Daerah masing-masing. Pengerusi Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, perkara tersebut dijangka dapat diselesaikan akhir tahun ini.“Penduduk yang terlibat dengan pembangunan awal dulu kita bina sebanyak 4,800 buah rumah jadi yang telah selesai hak milik 2,700 dan yang 1,000 lebih lagi itu dalam proses.“Itu pun bergantung kepada bayaran (dan sekiranya) penduduk yang gagal buat bayaran jadi proses untuk pindah milik akan terganggu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program Memasak Bubur Asyura Wilayah Ketengahdi Dataran Kenyir, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di sini, 7 Oktober.Katanya, pemohon tidak boleh menyalahkan 100 peratus kepada Ketengah sekiranya belum menerima hak milik rumah kerana terdapat tunggakan mengakibatkan proses tersebut tertangguh. atasan.“Kita mohon kerjasama semua penduduk supaya membayar (tunggakan) agar senang kita percepatkan proses,” katanya.Selain itu, Ketengah membantu penduduk dengan membuka dan memberi peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk rakyat Negeri Terengganu.Tambahnya, Ketengah sekarang ini bekerjasama dengan kerajaan negeri terutama menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) bagi menarik para pelabur datang untuk melabur di Terengganu.Beliau juga menggalakkan penduduk setempat supaya melibatkan diri secara langsung dan aktif dalam sektor keusahawanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi membaiki taraf hidup dan mengembangkan ekonomi setempat.
07 Oct 18
182
Ketengah Anjur Program Kacau Bubur Asyura Inovasi
KETENGAH ambil inisiatif mengadakan satu industri pelancongan makanan melibatkan makanan tradisional penduduk. kanan Pengurus Besar KETENGAH YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku MusaHULU TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengadakan program kacau Bubur Asyura ‘inovasi’ yang menghasilkan masakan bubur pelbagai rasa bersama penduduk sekitar.Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, jika dahulu masing-masing menggunakan satu resepi yang sama tetapi sekarang berlaku perubahan dengan kelainan resepinya yang berbeza.“Acara memasak bubur asyura merupakan acara tahunan bagi Ketengah yang telah kita mulakan sudah lama dulu. Cuma sebelum ini pelaksanaan kita buat satu tempat sahaja tetapi pada kali ini saya telah berbincang dengan pihak pengurusan supaya buat sedikit transformasi yang mana kita menggunakan konsep program bersama komuniti.“Jadi untuk kali ini kita telah merangka, merancang dan telah pun diadakan yang melibatkan tiga daerah yang berada di Wilayah Ketengah iaitu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu serta di Tasik Kenyir ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program Memasak Bubur Assyura Wilayah Ketengah di Dataran Kenyir, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di sini, 7 Oktober.Katanya, program tersebut melibatkan sebanyak 72 kawah dengan kos perbelanjaan sebanyak RM50,000.Tambah beliau, enam lokasi yang diadakan program tersebut antaranya Chenih, Kampung (Kg) Lubuk Lesung, Kg Serdang, Dungun, Bandar AMBS, Sungai Binjau, Hulu Terengganu dan kawasan Pelancongan Tasik Kenyir.“Konsep kita melibatkan penduduk (yang) mempunyai idea dan perancangan tersendiri bagi menonjolkan cara memasak dengan resepi masing-masing.“Di Lubuk Lesung ada bubur yang bercampur ikan. Kalau sebelum ini bubur asyura dicampur daging dan ayam tapi disana campur dengan ikan. Di sini pula masakan bubur dicampur dengan udang. Memang ada kelainan dari segi cara memasak dan resepi yang digunapakai,” ujarnya.Justeru itu, beliau mengambil inisiatif daripada apa yang disuarakan Menteri Pembangunan Luar Bandar bahawa kawasan tersebut digalakkan mengadakan satu industri pelancongan makanan yang melibatkan makanan tradisional penduduk.
07 Oct 18
409
Budaya `Kuca Sure' Erat Silaturahim
Oleh : Nizam at-TakiriKUALA NERUS –Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Seberang Takir menganjurkan program kemasyarakatan seperti `Kuca Sure' yang mampu mendekatkan pemimpin dengan rakyat.Program ini merupakan kerjasama bersama Majlis Tindakan DUN Seberang Takir dan pihak Darussyifa Kuala Nerus dengan penglibatan semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Takir.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi berkata, program sosial sebegini perlu diperbanyakkan bagi mendekatkan pemimpin masyarakat dengan rakyat.Katanya lagi, ikatan ukhwah antara pemimpin dengan rakyat lebih mesra apabila bersama dalam program yang melibatkan aktiviti-aktiviti santai seperti memasak bubur asyura ini.Program yang berlangsung di Pejabat Penyelaras DUN Seberang Takir, di Markas Tarbiyyah Seberang Takir (MARTIS) bermula pada jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang mendapat sambutan baik apabila disertai 200 orang peserta serta orang ramai.Turut hadir ke program ini, Pengarah i-MiTs Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah yang merasmikan majlis penutup berkenaan.
07 Oct 18
162
MPKK Sebagai Ejen PDRM
Oleh: Aslam WiraMARANG- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berperanan sebagai ejen membanteras jenayah yang efektif kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).Penyaluran maklumat awal daripada masyarakat mengenai aktiviti yang mencurigakan mampu memberi peluang dan ruang kepada pihak polis membanteras aktiviti jenayah dengan pantas.Penolong Pesuruhjaya Polis, Tuan Ismail Ab Ghani berkata, masyarakat memainkan peranan dengan membantu PDRM mencegah jenayah melalui hubungan yang erat antara komuniti dengan pihak polis yang mampu menangani jenayah daripada berlaku.“Kita tidak boleh membebankan dan melepaskan tanggungjawab kepada pihak polis semata-mata, sekiranya kita mampu ambilah peranan untuk membantu pihak Polis.“Contohnya kes yang paling tinggi di kawasan Marang adalah jenayah komersial, dan MPKK tidak perlu ada ungkapan bahawa kita tidak boleh ‘jaga tepi kain orang’ kerana kita perlu saling menasihati dan membanteras segala aktiviti jenayah yang berlaku,” kata beliau.Ismail berkata demikian dalam satu Majlis Taklimat Polis Diraja Malaysia dan Perpustakaan Awam Daerah Marang bersama-sama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Perpustakaan Awam Daerah Marang, di sini, 6 Oktober.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Haji Daud Jusoh.Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar,merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Wahad Osman. Terdahulu,Wahab berkata dengan pelaksanaan program penerangan ini masyarakat harus sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam usaha membanteras jenayah di negara kita.“Saya berharap dengan pertemuan ini, ia mampu memberi panduan kepada MPKK untuk memantau isu dan gejala yang berlaku di kawasan masing-masing sebagai mata dan telinga kepada pihak polis dalam usaha membanteras jenayah,”ujarnya.
07 Oct 18
70
Pengerusi PBK Supplies & Services Tinjau PBKSB, Kemaman
Oleh: Syed KamalKEMAMAN - Ahli Lembaga Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) yang baru, Haji Ahmad Amzad Hashim mengadakan lawatan induksi ke Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. (PBKSB), Teluk Kalong, di sini, 3 Oktober.Beliau yang juga Pengerusi PBK Supplies & Services terlebih dahulu menerima taklimat daripada General Manager PBKSB, Md Nasir Ahmad.Hadir sama, Ketua Eksekutif Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor; Ahli Lembaga Pengarah PBK Supplies & Services, Hazri Jusoh dan Sarifah Seman.Lawatan berkenaan bertujuan meninjau dengan lebih dekat pelbagai operasi yang dijalankan di KSB.Dalam kunjungan itu, Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mahu supaya anak syarikat kerajaan negeri terus maju dan menepati tema kerajaan dalam membina negeri yang maju, berkat, serta sejahtera.
07 Oct 18
1149
Muslimat Digalak Ceburi Perniagaan Dalam Talian
Ustaz Ariffin ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Brainstorming Lujnah Ekonomi Muslimat PAS Negeri di Hotel Permai, hari ini.KUALA TERENGGANU - Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu digalakkan menceburi bidang keusahawanan dengan menerokai peluang perniagaan dalam talian bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan ekonomi keluarga.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, penglibatan dalam bidang keusahawanan terutamanya perniagaan dalam talian bukan sahaja membolehkan golongan wanita bekerja dari rumah seterusnya membantu golongan ini menjana pendapatan sendiri.“Kerajaan negeri menyediakan peluang yang banyak untuk usahawan dalam talian mengembangkan perniagaan termasuk menerusi bantuan dalam bentuk latihan dan bimbingan.“Kita akan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman untuk membangun dan meningkatkan lagi usahawan dalam talian di negeri ini termasuklah usahawan dalam kalangan muslimat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Program Brainstorming Lujnah Ekonomi Muslimat PAS Negeri di Hotel Permai (7 Oktober).Sementara itu, mengulas mengenai program yang diadakan itu Ustaz Ariffin yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, beliau menyambut baik program yang diadakan bagi merealisasikan visi dan misi Lujnah Ekonomi Muslimat PAS Negeri itu.“Program yang diadakan selama dua hari ini memang baik. Mereka dah bincang untuk meningkatkan ekonomi Lujnah bagi membantu muslimat di peringkat kawasan masing-masing.“Antara yang mereka cadangkan adalah untuk melahirkan lima orang usahawan di setiap kawasan dan juga untuk melahirkan usahawan dalam talian.“Saya mencadangkan Muslimat negeri mengadakan perbincangan lanjut dengan Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri kerana kerajaan negeri memang banyak menyediakan bantuan perniagaan untuk membantu rakyat Terengganu termasuk muslimat,” ujarnya.
06 Oct 18
33
Kerjasama Kerajaan Negeri, Pusat Bantu Rakyat
Ustaz Ariffin (tengah) menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan JKM kepada salah seorang penerima di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, hari ini. MARANG - Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan bukan sahaja mewujudkan hubungan baik, malah membawa kebaikan kepada rakyat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri bersedia memberikan sepenuh komitmen untuk membantu Kerajaan Pusat terutama hal yang berkaitan dengan kebajikan rakyat.“Sehingga sekarang, kita mempunyai kerjasama yang baik dengan Kerajaan Pusat termasuk dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sendiri.“Kalau ada mana-mana agensi pusat yang ingin bekerjasama dengan pihak negeri, kita sentiasa bersedia kerana yang penting adalah kita bersama-sama dapat membantu rakyat yang memerlukan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan JKM di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat (7 Oktober).Ustaz Ariffin yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata, seramai sepuluh orang penerima baharu dalam DUN Alur Limbat telah dikenal pasti layak menerima bantuan bulanan JKM itu.“Hari ini, kita menerima kunjungan daripada wakil JKM yang menyerahkan sumbangan kepada sepuluh pemohon baru.“Ini adalah senarai penerima baharu yang menerima bantuan bulanan dari JKM manakala penerima lama terus mendapat bantuan ini,” ujarnya.
06 Oct 18
20
Peristiwa Besar Islam, Kuatkan Hubungan Dengan Allah
Oleh:Ahmad MawardiUmat Islam dituntut melaksanakan ibadah kerohanian termasuk memperingati peristiwa besar dalam Islam seperti hari ke-10 Muharam, atau di dalam bahasa Arab disebut Asyura supaya dapat memperkuatkan persaudaraan sesama masyarakat dan memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Harun berkata, Islam agama yang diredhai oleh Allah SWT dan hasil dari perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW semua umat dapat bersama-sama merasai nikmat persaudaraan Islam ini."Dakwah pedagang Islam dahulu menjadi sejarah melalui sungai Terengganu inilah yang sampai kepada datuk nenek moyang kita dengan memberi perubahan daripada jahil kepada kenal dan diterapkan Islam sebenar," ujarnya."Umat Islam perlu memperbanyakkan program penghayatan peristiwa besar Islam seperti ini dalam memupuk masyarakat memperingati dan memahami pengajaran Islam,"katanya.Beliau berucap demikian ketika majlis penutup Program Jalinan Kasih dan Memasak Bubur Asyura bersama YB Manir di Dataran Sungai Pasir Tebakang Manir, di sini, 6 Oktober.Turut hadir, Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu Azmi Razif dan juga Penghulu Mukim Manir, Khairol Syahril Othman.Program berjalan lancar bermula 7 pagi sehingga 5 petang hasil gabungan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pasir Tebakang Manir, Unit Peti Undi Beladau Kolam dan masyarakat setempat.Acara sampingan turut diadakan seperti pertandingan melukis peringkat kanak-kanak, pertunjukan ayam ratu dan pertunjukan seni silat gayung.
06 Oct 18
57