lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Jangan Guna Produk Tidak Berdaftar
Dr Kamaruzaman ketika merasmikan Karnival Farmasi Negeri Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU- Pengarah Bahagian Amalan Dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Kamaruzaman Saleh menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk tidak berdaftar atau kosmetik yang tidak bernotifikasi dengan KKM.Katanya, orang ramai boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk atau notifikasi kosmetik melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my atau dengan menghubungi bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.“Orang awam boleh semak ketulenan sesuatu produk itu melalui laman sesawang yang kita sediakan.“Jangan terpengaruh dan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang banyak terdapat di media sosial dan sepatutnya sebelum menggunakan sesuatu produk kesihatan mahupun kecantikan, orang awam perlu mendapatkan nasihat daripada pegawai kesihatan yang bertauliah,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Farmasi Negeri Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu (11 Oktober).Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Jusoh.Sementara itu katanya, karnival tersebut diadakan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Farmasi komuniti dan syarikat farmaseutikal serta peranan masing-masing kepada orang awam.“Karnival ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan ubat secara berkualiti dan kawalan ubat-ubat berdaftar dengan KKM serta aspek keselamatan pengubatan bagi memastikan pengguna menerima ubat yang betul dan selamat,” ujarnya.
10 Oct 18
938
Empty Image
Program Uji Cuba Infrastruktur Tangani Kebakaran Tanah Gambut
Oleh : Afiq M.ZaidBESUT - Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu melaksanakan Program Uji Cuba Infrastruktur Tanah Gambut bagi menyelesaikan masalah kebakaran tanah gambut apabila tiba musim kemarau di Kampung Paya Rawa, Besut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kawasan tersebut akan menghadapi masalah air untuk memadamkan kebakaran tanah gambut apabila tiba musim kemarau."Berbeza di tempat Kampung Paya Rawa ni apabila musim kemarau, memang tiada sumber air. Jadi pihak Jabatan Geologi dan Jabatan Alam Sekitar serta Pihak bomba telah bermesyuarat dan telah memilih kawasan ini bagi menyelesaikan masalah itu apabila musim kemarau. banyak berlakunya kebakaran tanah gambut ni yang sukar dipadamkan", ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Uji Cuba Infrastruktur Tanah Gambut bersama Komuniti Kampung Paya Rawa, Besut anjuran Jabatan Alam Sekitar Terengganu, di sini, 9 Oktober. Turut hadir, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu, Haji Azemi Haji Eki.Tambahnya, program ini boleh menampung dan menyelesaikan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada masalah bomba untuk memadamkan api jika berlaku kebakaran ketika musim kemarau."Jadi dengan adanya 'check dam' (pengendali dam) dan 'tube well' (sumber air bawah tanah) ini saling lengkap melengkapi untuk menyelesaikan masalah (ketiadaan air) itu dan tadi pun pihak bomba ada buat 'checking', buat ujian dengan sumber air yang keluar tu memang sangat-sangat mencukupi, dengan stok air yang ada di dasar tanah itu disedut keluar, boleh menampung dan menyelesaikan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada masalah bomba untuk memadamkan api di situ." ujarnya lagi."Pihak kami diperingkat Dun Kota Putera ini mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar dan jawatankuasa kerana memilih Kampung Paya Rawa sebagai tempat perlaksanaan projek ini dan sekaligus dapat menyelesaikan masalah tanah gambut terbakar ni dimusim kemarau ni,"katanya.
10 Oct 18
60
Empty Image
21 Pesakit Hospital Setiu Disantuni
Oleh: Abd MuhaiminSETIU- Seramai 21 pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Setiu menerima kunjungan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman di hospital itu, 9 Oktober.Beliau mengunjungi pesakit berkenaan sambil bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan mereka yang sedang ditimpa ujian Allah SWT."Seramai 21 orang pesakit telah kita santuni hari ini yang mana terdiri dari pelbagai lapisan umur dan sedang dirawat di Wad Lelaki Hospital Setiu."Dalam pada masa yang sama, sedikit sumbangan telah kita hulurkan bagi meringankan beban pesakit di sini."Saya doakan semoga tuan semua di kurniakan kesihatan yang lebih baik dari Allah, dengan ucapan (Syafakallah). Untuk masa akan datang, insyaAllah kita hadir lagi bagi pertemuan dengan pesakit di wad lain,"katanya.Turut mengiringi beliau Ketua Jururawat, Azlina Harun, Ketua Hal Ehwal Masyarakat DUN, Tuan Hassan Basari Wan Omar dan Setiausaha Kerja DUN, Arman Nulamir Wahab.
10 Oct 18
918
Empty Image
Asyura Pengikat Ukhuwah Warga Seberang Takir
Haji Fazil (kanan) mengacau bubur Asyura ketika ditemui di program ‘Kuca Sure’ peringkat DUN Seberang Takir. Oleh: Hailmey MansorKUALA NERUS - Bubur Asyura sinonim dengan kedatangan tahun baru Islam iaitu awal Muharram yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim para penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, beliau berasa senang hati melihat keramahan dan kerjasama yang ditonjolkan oleh para peserta."Ianya dapat merapatkan lagi hubungan untuk saling kenal antara satu sama lain," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program ‘Kuca Sure’ peringkat DUN Seberang Takir anjuran Pejabat Penyelaras DUN Seberang Takir dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Seberang Takir dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam kawasan tersebut di Pusat Khidmat DUN, Kampung Duyung (6 Oktober).Menurutnya, program ini merupakan program tahunan DUN.“Kita sentiasa adakan program ini setiap tahun."Cuma, berbeza sedikit pada kali ini kerana kita buat selepas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berjaya menawan kembali Negeri Terengganu ini," ujarnya.Program ini juga mendapat kerjasama Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir dan Pusat Rawatan Islam Darussyifa Kuala Nerus.Turut hadir sama, Pengarah i-MiTS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Ketua Penolong Pengarah  Daerah Kuala Nerus, Haji Zulwislan Awang, dan Pengarah MTD Seberang Takir, Haji Zakaria Dagang.
10 Oct 18
194
Empty Image
Jaga Adat, Jaga Akhlak Islam
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah (tengah) bersama Pegawai JHEAT, Azmi Tengah (kiri) dan penganjur pameran, Prof Dr Abd Manan Embong (bersongkok) bercakap kepada wakil media di Galeri Pameran Artifek Rasulullah dan Sahabat, Pusat Dagangan Terengganu (TTC).KUALA TERENGGANU - Pameran artifak Rasulullah SAW, para Sahabat R.A dan sejarah Islam yang sedang berlangsung selama satu bulan di Terengganu setakat ini tidak menimbulkan sebarang masalah.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ini kerana, katanya timbul gambaran tertentu yang negatif diviralkan melalui 'facebook' oleh individu tertentu.“Saya bersama dengan Pegawai Pejabat Agama (Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu) turun pada petang ini untuk melihat suasana di pameran ini. “Apabila kita melihat adanya gambaran-gambaran (negatif) dalam 'facebook' yang diviralkan, kami (kerajaan) bimbang takut berlaku sesuatu perkara yang tidak sewajarnya di pameran ini. “Apabila kami datang, kami rasa tidak ada masalah setakat ini,” ujarnya selepas lawatan ke galeri Pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, semalam (9 Oktober).Prof Dr Abd Manan (bersongkok) menerangkan tentang Kelambu Makam Rasulullah kepada Exco Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ustaz Azmi Tengah.Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor turut mengingatkan pihak penganjur pameran tersebut agar tidak wujud unsur-unsur yang boleh dipertikaikan oleh masyarakat.“Hanya kami peringat kepada pihak penganjur agar tidak wujud unsur-unsur yang boleh dipertikaikan oleh masyarakat. Sebab ini, hanya pameran dalam bentuk sejarah (Rasulullah) sahaja. “Dalam erti kata lain untuk memperkenalkan sesuatu barang dalam bentuk sejarah. Dia bukan dalam bentuk akidah, bukan dalam bentuk kepercayaan (taksub). “Bahkan, saya menyeru kepada pengunjung-pengunjung yang hadir supaya didik anak-anak mereka melihat berasaskan sejarah, cerita dan bukan berasaskan akidah,” jelasnya. Exco Ustaz Mohd Nor Hamzah (kanan) bersama Ustaz Azmi Tengah melihat pameran bekas celak Rasulullah SAWBeliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta tidak menjadikan ianya isu besar dalam masyarakat.“Kemungkinan insiden-insiden yang diviralkan itu di luar jangkaan dan kawalan. Program (pameran) ini untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang sejarah Islam. “Saya harap perkara ini tidak dijadikan isu yang besar dalam masyarakat. Saya harap, pengunjung-pengunjung yang datang dapat jaga adat, jaga akhlak. Jangan timbulkan sesuatu yang kontroversi dalam masyarakat. “Perkara (pameran artifak) ini tidak sepatutnya dijadikan satu isu yang besar. Ini kerana, isu yang lebih besar sedang berlaku dalam negara kita hari ini termasuk gejala sosial, tempat kasino (judi) dan tempat-tempat maksiat,” tegasnya.Ketika ditanya tentang komen 'netizen' yang meragui ketulenan artifak-artifak dan motif penganjuran pameran itu, beliau menyarankan agar pihak terbabit datang sendiri melihat dan berbincang dengan penganjurnya.“Saya harap ianya tidak menjadi isu yang besar dalam masyarakat kita. Pandangan yang berbeza-beza itu tidak menjadikan kita berbalah dan hangat dalam masyarakat kita.“Kita datang atas nama Pejabat Agama (JHEAT) dan penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan. Pameran ini bukan kali pertama dianjurkan dan banyak tempat (negeri) telah dianjur seperti Johor, Kedah, Putrajaya, Kelantan dan negeri-negeri lain termasuk luar negara. “Saya mohon agar yang datang itu dia boleh mari, tengok suasana yang ada ini atau boleh mari bincang dengan (Prof) Dr Manan sendiri tentang apa tujuan dia bawa pameran macam ini. Baru kita dapat tahu tujuan dia,” jelasnya.
10 Oct 18
857
Empty Image
Latihan Simulasi Selamatkan Ternakan Ketika Banjir
 Oleh : Adli MohamadDUNGUN- Jabatan Veterinar Malaysia mengadakan Latihan Simulasi Banjir Kebangsaan bagi menyelamatkan haiwan ternakan sebagai persediaan menghadapi musim banjir pada bila-bila masa sahaja.Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Dato Dr Quaza Nizamuddin Hassan Mizan berkata, haiwan ternakan sebagai antara hidupan penting yang  perlu dijaga kebajikan serta diselamatkan daripada sebarang ancaman banjir mahupun bencana lain."Haiwan ternakan sebagai sumber makanan yang menjadi protein utama kepada manusia."Sekiranya tidak diurus dengan sempurna semasa berlaku bencana akan mengakibatkan negara akan kehilangan sumber makanan asas protein yang akan memberi kesan secara tidak langsung kepada penduduk," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika memberi maklum balas melalui kenyataan media mengenai program Latihan Simulasi Banjir Kebangsaan 2018, yang diadakan di Institut Veterinar Wilayah Timur Jerangau dan Tasik Bukit Puteri, di sini, 8 Oktober.Menurut beliau, Latihan Simulasi Banjir Kebangsaan yang julung kali itu melibatkan kerjasama antara Ibu Pejabat Veterinar Putrajaya dan Jabatan Veterinar Negeri Terengganu dengan bebarapa jabatan dan agensi luar."Agensi luar yang terlibat adalah seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR)."Selain itu ianya juga turut melibatkan pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) serta Pejabat Daerah Dungun" katanya.Menurut Quaza, objektif penganjuran latihan simulasi berkenaan adalah meningkatkan kemahiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam pengurusan bencana terutamanya sebelum, semasa dan selepas banjir.Kata beliau, antara objektif lain adalah bagi meningkatkan keupayaan untuk berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan serta 'inter agency' di dalam pengurusan bencana yang tidak terjangka."Sebanyak lima skop tugasan yang dinilai iaitu, pengaktifan bilik gerakan, pemindahan ternakan sebelum banjir, operasi menyelamat dan memindahkan ternakan semasa banjir. Antaranya lagi adalah latihan penyaluran bantuan semasa banjir, pelupusan bangkai haiwan dan juga pengurusan pusat perkhidmatan," jelasnya.Menurutnya lagi, latihan simulasi yang dijalankan bermula dari 7 Oktober sehingga 9 Oktober lalu  disertai oleh 137 peserta dan pemerhati berjalan lancar dan bai.
09 Oct 18
541
Empty Image
Komitmen MSNT Buah Hasil - Khalil Abdul Hadi
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (kiri) beramah mesra dengan atlet-atlet DUN Batu Buruk.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU - Komitmen Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang begitu tinggi malah mempunyai perancangan strategik telah membuahkan hasil.Ianya terbukti dengan Terengganu sekali lagi mencapai kejayaan menjadi juara keseluruhan di dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kali Ke-19 di Perak baru-baru ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian,Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kejayaan tersebut didorong oleh kesungguhan dan perancangan yang strategik oleh MSNT.“Tahniah kepada MSNT yang memberikan komitmen yang begitu tinggi dan perancangan strategik yang dilakukan secara berterusan sehingga membuahkan hasil,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Meraikan Atlet SUKMA Kali Ke-19 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk di sebuah hotel, di sini (8 Oktober).Turut hadir sama, Pengarah MSNT, Haji Ibni Amin Busu, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Izzat Abdullah, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Batu Buruk, Ustaz Abu Bakar Salleh, Ahli Jawatankuasa i-MiTS DUN Batu Buruk dan atlet-atlet yang diraikan.
09 Oct 18
291
Empty Image
Tazkirah Bulanan Di Setiap Agensi Kerajaan
Ustaz Mohd Nor (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang boling.KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bercadang melaksanakan tazkirah bulanan di setiap jabatan kerajaan di Terengganu dalam usaha mendalami ilmu agama dan al-Quran di kalangan penjawat awam.Program yang berkemungkinan  diadakan pada Khamis pertama pada setiap bulan itu akan diselitkan dengan pengisian ceramah agama, hafal al-Quran dan terjemahan hadis agar jiwa kita dekat dengan al-Quran .Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, berkata apa yang dicadangkan itu seperti mana polisi memakai baju batik pada setiap Khamis, hari tanpa tali leher pada hari isnin dan polisi seterusnya menganjurkan tazkirah Jumaat pada setiap bulan.Katanya, mana-mana jabatan yang tidak arif atau mempunyai kepakaran berkaitan program itu, pihak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) sedia membantu menjayakannya.“Apa yang penting tujuan  dan matlamat tercapai, termasuk melahirkan insan bertaqwa, cintai agama Islam, taat pada perintah Allah.“Perkara ini masih di peringkat awal dan saya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan sebelum menetapkan program itu sebagai polisi kerajaan,” katanya.Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas merasmikan Retreat I-MiTS di Hotel Regency, Kuala Ibai hari ini.Kira-kira 70 kakitangan i-MiTS hadir menjayakan program yang akan diadakan secara berperingkat-peringkat.Mohd Nor turut memberitahu,  kakitangan i-MiTS  perlu menjalin hubungan erat dengan agensi kerajaan, kerana ia akan memberi banyak manfaat kepada  agensi itu.“Dengan terjalinnya hubungan erat pelbagai program dapat dilakukan bersama seperti bergotong-royong dan pelbagai aktiviti di peringkat kampung dapat dijayakan,” katanya.
09 Oct 18
96
Empty Image
Penduduk Mahu Projek Akuapolitan Kuala Nerus Diteruskan
KUALA NERUS – Penduduk di daerah ini mahu projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) di Seberang Takir diteruskan walaupun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih tidak memberi kata putus mengenai status projek itu sehingga kini.Projek dianggarkan menelan belanja RM180 juta dilancarkan semasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi pelan induk akuapolitan yang bertujuan memberi manfaat kepada nelayan di kawasan sekitar.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk kepentingan rakyat di Seberang Takir, khususnya meningkatkan taraf hidup golongan nelayan setempat.“Sebelum pilihan raya baru-baru ini, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah mengatakan bahawa satu projek besar akan dijalankan untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk Seberang Takir yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan, jadi kerajaan buat.  “Saya difahamkan juga nak buat perumahan yang cukup menampung sebahagian penduduk rata-rata sebagai nelayan. Tapi selepas kerajaan berubah, kalau di peringkat kita, kita bersetuju (projek itu),” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program `Kuca Sure' Peringkat DUN Seberang Takir di perkarangan Pusat Khidmat DUN, Kampung Duyung, di sini, 6 Oktober.Mohd Fazil melahirkan kebimbangan terhadap status projek yang masih diperingkat perbincangan itu, jika dihentikan begitu sahaja berikutan ianya sudah melibatkan perbelanjaan yang besar untuk kerja-kerja awal pembangunan yang melibatkan kawasan yang luas itu.“Cuma kalau kita tengok banyak projek-projek yang melibatkan projek besar di peringkat Pusat pun banyak dikaji balik,” jelasnya.Justeru beliau berharap agar projek AKN dapat diteruskan kerana ianya untuk kepentingan masyarakat nelayan untuk jangka masa panjang.
08 Oct 18
634
Empty Image
Habitat Anak Tuntung Dipelihara
Ustaz Alias Abd Hamid melepaskan anak Tuntung sebagai gimik perasmian di di Sungai Pasir Gajah, Kemaman, baru-baru ini.Oleh : AminjiKEMAMAN - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih mengadakan program `Majlis Pelepasan Anak Tuntung' bersama Turtle Conservation Society of Malaysia dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kemaman menyajikan satu pengalaman menarik bagi golongan muda apabila dapat melihat, memegang dan melepaskan haiwan itu ke dalam air.Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid berkata program ini merupakan salah satu  aktiviti kesedaran masyarakat bagi meningkatkan apresiasi dan kecintaan terhadap warisan alam dan haiwan eksotik yang kian diancam kepupusan. “Kita alu-alukan penyertaan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usahasama untuk memelihara habitat anak tuntung ini terutama di Pasir Gajah.“Ini juga merupakan salah satu usaha yang baik kerana Islam juga menggalakkan untuk kita berbuat baik kepada binatang,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelepasan Anak Tuntung di Sungai Pasir Gajah, di sini, 6 Oktober.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Haji Ab.Razak Ibrahim, kakitangan i-MiTS DUN Air Putih, Penghulu dan  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pasir Gajah.Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, demontrasi membuat kuih tradisional, memanah, persembahan silat, derma darah dan lain-lain lagi bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.Sementara itu, Ab. Razak berkata, bagi menjaga haiwan eksotik ini, operasi penyedutan pasir sungai secara haram perlu dihentikan kerana aktiviti ini dapat menjejaskan habitat berkenaan.“Aktiviti itu perlu dihentikan segera bagi mengelakkan kemusnahan ekologi kawasan terbabit menjadi lebih serius berikutan ia adalah lokasi pendaratan tuntung."Pengambilan pasir ini dikhuatiri menjejaskan alam semula jadi, seterusnya memberi kesan kepada jumlah pendaratan haiwan ini," ujarnya.Menurut Ab. Razak lagi, projek memelihara tuntung ini sudah bermula pada Februari 2011 dan terkini, sebanyak 100 anak tuntung berjaya dilepaskan.
08 Oct 18
647