Artikel "Semasa" Terkini
Nenas MD2 Kijal Tarikan Terbaharu Pelancongan.
Oleh : Alfian MamadKemaman - Ladang nenas MD2 di Kampung Bujal, Kijal di sini bakal menjadi hab agro-pelancongan berasaskan pertanian sekali gus membantu golongan petani menjana pendapatan yang lebih.Kawasan agrotourism yang mempunyai ladang nenas MD2 seluas 30 ekar kini sedang diusahakan secara berkelompok berpotensi menjadi salah satu daya tarikan terbaharu bagi Kemaman.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, ladang ini bakal diperluaskan lagi sehingga mencapai seratus ekar dan penduduk tempatan sebagai peserta program."Saya cukup berbesar hati dan berharap semoga projek ini diteruskan sehingga berjaya dan syabas saya ucapkan kepada anak muda yang komited dalam mengusahakan tanaman nenas ini kerana tak ramai orang muda yang sanggup bergelumang dengan tanah pada masa kini."Dan saya juga berharap supaya projek ini juga akan membuka mata dan minda anak muda kita diluar sana," kata beliau ketika berucap di Program Pantauan Kawalan Kualiti Tanaman di Ladang nenas MD2 di Kampung Bujal, Kijal, Kemaman di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Bahagian Kualiti Tanaman Jabatan Pertanian Malaysia, Nasir Haris; Pengarah LPNM Terengganu, Imran Fahmi Tajul Ariffin dan Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias HamidHadir sama, Pegawai Pertanian Kemaman, Nazirah Abdul Rahman; Pegawai Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) Kemaman, Hazman Jusoh; Pegawai i-MiTS Dun Kijal dan Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Payoh.Sementara itu, usahawan muda yang berasal dari Kampung Payoh, Che Ku Mohd Sufian bin Che Ku Long, 32 tahun merupakan usahawan muda yang berasal dari Kampung Payoh mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya sehingga dia berjaya dalam projek tanaman nenas."Saya ucapkan terima kasih diatas sokongan dan tunjuk ajar dari pihak MPKK, Pejabat Dun, Jabatan Pertanian Negeri/Daerah dan LPNM kerana tanpa sokongan anda semua, saya tidak akan mencapai kejayaan pada hari ini,"ujarnya.
12 Oct 18
433
Kaunter Bergerak DUN Bukit Besi Cetus Dimensi Baru
Oleh : Adli MohamadDUNGUN - Idea Institut Modal Insan Sejahtera ( i-Mits) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mencetuskan dimensi baru mewujudkan kaunter bergerak sebagai jambatan menghubung seluruh penduduk DUN itu.Penyelaras DUN itu, Ghazali Sulaiman berkata, inisiatif itu disambut baik dan mula beroperasi sejak 9 Oktober lalu."Kaunter bergerak ini telah dimulakan sejak 9 Oktober yang lalu sebagai insiatif jentera i-Mits bagi memudahkan segala urusan penduduk DUN."Alhamdulillah hari pertama beroperasi ianya telah disambut baik oleh seluruh penduduk DUN Bukit Besi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika hadir meninjau kaunter bergera i-Mits, yang hari ini berada di Kampung Minda, di sini, 11 Oktober.Ghazali berkata, tujuan program itu antara lain supaya perhubungan yang erat antara penduduk dapat terjalin serta segala aduan dan permasalahan yang dihadapi penduduk dapat diselesaikan secara berperingkat."Secara tidak langsung ianya akan memberi imej yang positif bahawa kerajaan amat cakna rakyat."Pada kesempatan ini, mereka (penduduk) boleh mengisi segala borang permohonan seperti permohonan e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rancangan Tanah Berkelompok dan juga mengisi borang permohonan bantuan persekolahan melalui 'online'."Kehadiran saya di sini adalah bagi menzahirkan bahawa saya sentiasa sedia menjadi mata dan telinga kepada masyarakat," ujarnya.Di samping itu beliau juga menziarahi dan menumpukan kebajikan penduduk yang tidak berupaya, uzur dan sakit yang melarat serta ditimpa musibah."Inilah masanya untuk saya memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat."Walau sesibuk manapun, saya akan cuba bagi mendekati masyarakat atau penduduk di sini bagi mendengar segala keluhan dan permasalahan, supaya saya tidak terlepas pandang dalam menggalas tugas sebagai penyelaras DUN Bukit Besi ini," ujarnya.Di akhirnya beliau berharap dapat melihat keberkesanan i-MiTS untuk mengadakan kaunter bergerak dapat diteruskan secara berkala supaya dapat membentuk perhubungan yang harmoni dengan i-MiTS sebagai agen membantu masyarakat melahirkan perhubungan yang harmoni ke arah maju, berkat dan sejahtera.
12 Oct 18
134
Tabung Darul Iman Terus Berbakti
Cikgu Alias Harun menyampaikan sumbangan susu kepada kakak Ahmad Nizam.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Tabung Darul Iman(TDI) dengan beberapa penambahbaikan oleh kerajaan baharu terus menabur bakti kepada golongan yang memerlukan di negeri ini.Pembantu Pegawai Hal Ehwal Masyarakat, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Muhammad Muaz Anuar, berkata sumbangan tersebut yang terbahagi kepada beberapa kategori mampu meringankan beban penerima dan keluarga yang terbabit."Sumbangan ini terbahagi kepada dua kategori musibah iaitu bantuan rumah terbakar, banjir, bencana alam dan kategori kedua melibatkan perubatan."Sumbangan perubatan berbentuk barangan iaitu lampin pakai buang dan juga susu ataupun dalam bentuk cek,"ujar beliau ketika dihubungi pada 11 Ogos di sini.Muhammad Muaz Menurut Muaz lagi, sejak bulan Ogos, seramai tiga orang menerima sumbangan barangan dan 11 orang menerima sumbangan berbentuk cek."Semua orang boleh memohon dan borang boleh diambil di pejabat DUN," katanya.Terbaharu, penerimanya di DUN Rantau Abang ialah Adik Abdul Rahman Abdul Fattah, 11, seorang kanak-kanak kelainan upaya(OKU) kronik.Abdul Rahman telah menerima sumbangan berupa lampin pakai buang dan susu yang disampaikan oleh ADUN Rantau Abang, YB. Alias Harun di rumahnya di Pulau Serai pada 10 Oktober.Cikgu Alias turut menyampaikan barangan yang sama kepada seorang lagi penerima, Ahmad Nizam Bin Salleh, 35, juga seorang OKU yang tinggal di Kampung Gong Pasir.
12 Oct 18
79
Empat Nelayan Terima Sumbangan
Oleh: Aslam WiraMARANG - Empat nelayan yang hilang punca pencarian selepas bot gentian kaca milik mereka pecah dan rosak akibat ribut pada 7 September lalu menerima bantuan kewangan.Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Wahab Osman berkata, bantuan tersebut adalah daripada Pejabat Menteri Besar Terengganu."Ianya bagi meringankan beban keempat-empat nelayan tersebut yang kehilangan punca rezeki."Sumbangan tersebut adalah sebagai sedikit insentif untuk membantu mereka."Sumbangan itu tanda keprihatinan walaupun tidak dapat menampung sepenuhnya kerugian yang dialami oleh mereka," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu penyerahan sumbangan di Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang, baru-baru ini (10 Oktober).Bot yang digunakan mereka untuk keluar menangkap ikan di laut telah rosak dihanyut ombak ketika ribut melanda Kampung Baru Kelulut pada September lalu.Turut hadir sama dalam majlis tersebut, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Baru Bukit Kecil, Encik Zulkifli Mohamad.
11 Oct 18
41
Madrasah Moden Maidam Tubuh PIBG Bukti Cakna
Ustaz Maliaman Kassim ketika berucap merasmikan Majlis Penubuhan PIBG buat julung kalinya Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), semalam (10 Oktober).Oleh: Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang penting dalam membantu pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, wujudnya persatuan ini memberi saham yang besar kepada sekolah."Setiap ibu bapa mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang tertentu, jadi menjadi satu kerugian sekiranya tidak memanfaatkan idea untuk meningkatkan prestasi sekolah," ujarnya.Menurutnya, PIBG berfungsi sebagai entiti utama yang membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi pendapat serta maklumat dalam membantu pihak sekolah."Ianya penting dalam pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan kepada aspek disiplin dan sahsiah untuk melahirkan generasi pelajar yang berkualiti dari segi rohani, jasmani serta intelektual."Marilah kita saling bekerjasama dalam satu organisasi dengan tujuan yang harmoni bagi melengkapi antara satu sama lain supaya kecemerlangan pelajar dapat dicipta," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penubuhan PIBG buat julung kalinya Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), semalam (10 Oktober).Ustaz Maliaman Kassim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil turut mengingatkan bahawa kejayaan pelajar tidak boleh diletakkan pada kecemerlangan akademik semata- mata."Walaupun anak-anak kita tidak cemerlang dalam akademik, janganlah membandingkan antara mereka, kerana nilai yang sebenar terletak pada akhlak" katanya.Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada PIBG yang banyak memberi sumbangan bagi pembangunan dan kemudahan madrasah tersebut.
11 Oct 18
358
Generasi Muda Perlu Cakna Kesihatan Mental
Oleh : Ariss AliasSETIU - Kesihatan mental amat penting kepada semua lapisan umur lebih-lebih lagi generasi muda sebagai pewaris negara pada masa hadapan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, golongan tersebut khususnya perlu belajar mengawal tekanan untuk membina mental yang sihat.Menurutnya, kerajaan negeri berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu semasa."Mengikut kajian, dua orang daripada tujuh pelajar sekolah menengah mengalami ketagihan internet."Ini membimbangkan kerana gejala ini akan meningkat sekiranya tidak dikawal."Internet boleh membawa kebaikan kepada masyarakat namun ia juga membawa masalah baru seperti kes buli siber, sejenis buli alaf baru terhadap golongan muda."Ini merisaukan kerana mangsa berisiko menghadapi gangguan masalah mental. Salah satu langkah membendung gejala ini ialah kestabilan institusi keluarga."Ingatlah di dalam jasad kita terdapat satu gumpal darah. Jika ia baik, maka baiklah kita. Jika ia buruk, maka burukla kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, Setiu, semalam (11 Oktober).Sambutan Hari Mental Sedunia tahun 2018 yang mengangkat tema "Generasi Muda dan Cabaran Kesihatan Mental di Arus Kemodenan" mula diraikan pada 10 Oktober setiap tahun bermula 1992.Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (Bahagian Kes Awam), Dr Hajah Kasemani Embong, Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Pegawai Daerah Setiu, Rosli Awang dan Pegawai Kesihatan Daerah Setiu, Dr Suhaila Abdul Syukor.
11 Oct 18
110
Habitat Semula Jadi, Budaya Kampung Jadi Tarikan Pelancongan
Oleh : Khairan Mat JusohKUALA TERENGGANU - Keistimewaan habitat semula jadi dan budaya masyarakat kampung bakal dijadikan sebagai tarikan baharu sektor pelancongan negeri ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kerajaan juga mahu keunikan senibina dalam masyarakat diberi nilai tambah supaya dapat menarik perhatian pelancong daripada seluruh dunia." Kehadiran pelancong ke Terengganu pastinya untuk melihat sesuatu istimewa yang tiada di tempat mereka,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program persidangan TEMCO tersebut di Pusat Dagangan Terengganu, di sini, 10 Oktober.Sulaiman yang juga Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata, perkara itu akan turut dibincangkan sempena Terengganu International Eco & Marine Tourism Conference (TEMCO) bagi tujuan penambahbaikan industri pelancongan negeri.Perasmian program disempurnakan dengan gimik beliau memerah santan menggunakan alat tradisional Melayu yang dikenali sebagai kapitan santan.
11 Oct 18
46
Ambil Peluang Jadi Usahawan
Mohd Norhuzaini ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modal 3 (Rancangan Perniagaan) di Hotel Permai Inn pada 10 Oktober..KUALA TERENGGANU - Para peserta Kursus Rancangan Perniagaan Program Usahawan Graduan Terengganu (PGUT) mestilah mengambil peluang sebaik mungkin untuk menjadi usahawan yang berjaya.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, setiap orang perlu ada kesungguhan untuk mencapai cita-cita tersebut.“Untuk menjadi seorang usahawan, ada dua nilai tambah kebanyakan orang terlepas pandang. Yang pertama kena fokus dan yang kedua kena ada minat dan ilmu. “Kita mesti tunjuk proposal yang berpijak di bumi nyata untuk menjadi usahawan yang berjaya serta kena ada niat dan amalkan sedekah,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modal 3 (Rancangan Perniagaan) di Hotel Permai Inn pada 10 Oktober.Katanya, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) khususnya berusaha untuk melahirkan usahawan muda selaras dengan hasrat kerajaan negeri.“Usaha yang ditunjukkan oleh MARA ini adalah satu usaha yang sangat murni kerana bukan sekadar untuk menampung kegiatan yang kita rancangkan tetapi menjadi pemangkin utama dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan muda dalam Negeri Terengganu.“Kita kena rasa bertuah kerana di luar sana ramai lagi orang yang hendakkan ilmu yang dicurahkan. Besar pengharapan saya mewakili pihak kerajaan negeri agar (peserta) tidak mempersiakan usaha ini,” ujarnya.Menurutnya, nilaian wang ringgit memang kecil jika nak dibandingkan dengan pengalaman dan ilmu yang diperoleh daripada kursus tersebut. “Duit kita boleh cari, tetapi ilmu yang dapat bila kita kembangkan boleh menatijahkan nilaian yang sebenarnya," jelasnya.Tambahnya, seorang usahawan mestilah fokus apa yang dimahukan dan ilmu perlulah dicari bukan datang dengan sendiri. Kerjaya sebagai usahawan bukan semata-mata kerana keuntungan tetapi biarlah dapat membantu orang lain.“Di samping itu, mesti ada restu ibu bapa, yang ini kadang-kadang kita terlepas pandang.“Nanti dah berjaya baru nak cakap dekat mak ayah. Kita tak sedar bahawa doa mereka adalah pembuka jalan kepada kejayaan kita."Justeru, seorang usahawan perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa. Insya-Allah, mudah-mudahan berjaya di dunia di akhirat," ujarnya.
11 Oct 18
55
MPKK Sendi Kepada Kerajaan Negeri
Oleh : Fidee AzizKUALA TERENGGANU - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menjadi sendi kepada kerajaan negeri bagi menyampaikan dasar dan polisi kepada rakyat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerajaan negeri melantik MPKK untuk menjadi perantara bagi menyampaikan dasar dan polisi yang digubal di peringkat negeri dapat disampaikan kepada rakyat dengan jelas dan tepat.“Ini adalah sendi yang sangat penting supaya setiap dasar dan polisi yang dibuat di peringkat negeri sampai kepada rakyat, jika sendi ini tidak berfungsi dengan baik maka akan berlaku perkara yang tidak dingini dan tidak sampai maklumat kepada rakyat dengan baik," katanya.Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Pertemuan Antara Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Batu Buruk Bersama-sama Agensi Kerajaan di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini, 11 Oktober .Turut sama, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Terengganu, Khairul Anuar Mohd, Pengurus Seketeriat Tabung Darul Iman (TDI), Wan Fahmi Wan Mohd, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Batu Buruk, Ustaz Abu Bakar Salleh dan Ahli Jawatankuasa MPPK berkenaan.
11 Oct 18
63
Kesedaran Masyarakat Basmi Wabak Denggi
Oleh : Adli MohamadDUNGUN – Orang ramai perlu sentiasa menjalankan aktiviti pembersihan secara gotong-royong secara aktif sama ada di kawasan kediaman atau di tempat kerja untuk menghapuskan sarang pembiakan nyamuk aedes.Pegawai Perubatan dan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Mohd Fauzi, berkata kesedaran masyarakat terhadap wabak denggi harus ditingkatkan sentiasa supaya dapat mencegah daripada wabak itu menular.Katanya, setiap ahli dalam komuniti harus memainkan peranan agar wabak dapat dielakkan terutama musim tengkujuh yang sedang melanda sekarang terutama kebersihan rumah masing-masing."Sangat perlu bagi setiap orang luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit bagi membersihkan persekitaran agar dapat dipastikan tiada tempat takungan air untuk jentik-jentik membiak dan menjadi lava dan akhirnya bertukar menjadi nyamuk aedes."Pastikan tidak ada air yang bertakung dalam pasu bunga, perangkap air peti sejuk, tempat minum burung atau haiwan kesayangan, bekas menyimpan air dan juga bekas bunga didalam rumah manakala persekitaran rumah pula ialah tayar buruk, palong hujan, tangki air, tempurung kelapa, tin-tin minuman dan juga septik tank," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika hadir didalam program gotong-royong membasmi nyamuk aedes di Felda Jerangau pada Khamis 11 Oktober.Turut hadir, Pengerusi Majlis Belia Felda Terengganu, Mohd Azani Hj Md Noor, Penolong Pengurus Felda Jerangau, Mohd Zuhdi Wan Ahmad, Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita Felda Jerangau, Mahsuri Abdul Ghani, Pengerusi Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung Rancangan (JKKKR) Felda Jerangau, Abdul Razeet Noordin dan wakil Majlis Perbandaran Dungun.Menurut Tengku Muhammad Fakhruddin, cara untuk mengenali nyamuk aedes ialah kakinya adalah berbelang hitam dan putih dan kitaran dari telur menjadi nyamuk adalah selama tujuh hari.Sementara itu, Pengerusi Majlis Komuniti Kampung Felda Jerangau Cawangan B, Anuar Omar berkata, adalah menjadi harapannya agar program ini mampu menyuntik semangat kepada penduduk setempat supaya bertanggungjawab dalam menghindari wabak ini dari berlaku."Sebelum ini, sudah beberapa orang penduduk (disini) telah terkena demam denggi dan Doktor pun sudah memberi nasihat jika demam terus ke Klinik.agar dapat dirawat, dan dapat dicegah dari berlarutan sekiranya ada tanda-tanda awal terkena demam ini,”katanya.
10 Oct 18
77