Artikel "Semasa" Terkini
Kaunter Bergerak i-MiTS Rantau Abang Pemudah Cara
Orang ramai sedang berurusan dengan kakitangan I-MITS di Surau Kampung Pinang Baru.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang mewakili kerajaan negeri turun ke pedalaman sebagai pemudah cara untuk melicinkan urusan komuniti setempat demi memastikan kesejahteraan rakyat.Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Tuan Shafie Tuan Agil berkata, ianya bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan di dalam menghadapi penggal persekolahan anak-anak akan datang."Kerajaan negeri tidak mengabaikan golongan sasar dalam memberi bantuan."Saya berharap agar usaha murni ini akan mengeratkan lagi hubungan rakyat dengan kerajaan," ujar beliau.Tuan Shafie berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam (13 Oktober), mengulas tentang kaunter bergerak i-MiTS untuk membantu penduduk yang tinggal di tiga kampung iaitu Pinang Mas, Pinang Baru dan Kampung Wa mengisi i-dana secara dalam talian.Sementara itu Penyelia i-MiTS DUN Rantau Abang, Muhammad Fahmi Kamaruddin berkata, kaunter bergerak yang dibuka pada 12 Oktober itu bertujuan untuk memastikan maklumat sampai secara menyeluruh."Maklumat tersebut perlu disampaikan kepada semua golongan lebih-lebih lagi orang-orang kampung yang jauh dari bandar," jelasnya.Menurut Fahmi, untuk kali ini, pihaknya membuka dua kaunter iaitu di Surau Kampung Pinang Baru yang melibatkan penduduk-penduduk Kampung Pinang Baru dan Kampung Pinang Mas."Satu lagi di Masjid Kampung Wa melibatkan penduduk Kampung Wa," katanya.Kaunter bergerak di Delong dan Tok Kah akan dibuka pada hari Jumaat depan.Program yang mendapat kerjasama Pejabat Agama Daerah Dungun dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) masing-masing itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat."Hari Jumaat ramai orang, kita sediakan borang, maklumat yang kita dapat lebih 'detail'," sambungnya lagi.Seramai 12 orang kakitangan i-MiTS DUN Rantau Abang terlibat dalam menjayakan program yang bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang itu.
13 Oct 18
302
Generasi Celik IT Warisi Kepimpinan
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN - Golongan muda bakal mewarisi kepimpinan Negeri Terengganu dan Malaysia. Rakyat atau pemimpin akan datang mestilah di kalangan yang sentiasa cemerlang dan pintar IT (teknologi maklumat), kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.Sehubungan itu, menurut Ir Saiful lagi, ibu bapa perlu memastikan anak-anak muda memiliki kemahiran dan menguasai pelbagai kepakaran ilmu serta teknologi moden masa kini."Seperti yang dinyatakan dalam Islam, kemuliaan seseorang di dunia (adalah) dengan ilmu, di akhirat (juga) dengan ilmu. Jadi, sesiapa yang nak kemuliaan untuk kedua-duanya pun adalah dengan ilmu," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Jalinan Mesra Komuniti, Pusat Internet Felda Kerteh 5, Kemasik, di sini, 12 Oktober.Turut hadir, pengurus program, Azmawani Mohd Radzi dan Pengerusi serta Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkenaan.Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai supaya masyarakat sentiasa memanfaatkan dan melibatkan diri dalam pelbagai program ilmu sebegini pada masa akan datang.Di majlis yang sama, pelbagai aktiviti turut disediakan kepada orang ramai termasuklah kempen derma darah, sukaneka dewasa dan kanak-kanak, pemeriksaan mata, perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Mobile dan lain-lain.
13 Oct 18
61
Hulu Terengganu Simpan Khazanah
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (tengah) ketika berucap dalam forum yang bertajuk "Kegemilangan Islam Di Hulu Terengganu" sempena Program Jejak Pejuang yang diadakan di Masjid Kampung Dura, semalam (13 Oktober).Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU - Hulu Terengganu khususnya di Telemong banyak memiliki peninggalan sejarah Islam yang tidak diketahui oleh orang ramai.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, antaranya Kerajaan Temir yang pernah menjadi pusat Kerajaan Terengganu pada abad ke-14 dahulu."Makam Sheikh Syarif Muhammad Al-Baghdadi yang merupakan pendakwah Islam pada zaman dahulu juga berada di Hulu Terengganu."Tidak dilupakan, sejarah peristiwa Padang Kachung yang telah mengorbankan seramai 12 orang pahlawan dalam mempertahankan hak mereka."Kita mesti ambil cakna dengan sejarah Hulu Terengganu, tentang ulama'-ulama' terdahulu yang sekarang makamnya berada di Hulu Terengganu."Bangkitkan kisah perjuangan mereka dalam mempertahankan agama sehingga ada yang terkorban kepada generasi baru."Sedarkan generasi sekarang betapa susahnya orang dahulu dalam ikhtiar menyebarkan Islam kepada kita," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam forum yang bertajuk "Kegemilangan Islam Di Hulu Terengganu" sempena Program Jejak Pejuang yang diadakan di Masjid Kampung Dura, semalam (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam turut mengingatkan agar mengambil peluang yang ada sekarang untuk mendalami agama dengan menghadiri kuliah-kuliah yang dianjurkan oleh pihak masjid atau surau."Kita perlu berusaha untuk mempertingkatkan aktiviti kuliah ini agar masyarakat mudah untuk memahami Islam."Dalam dunia tanpa sempadan ini, kita haruslah berhati-hati dalam mengambil sesuatu maklumat agar tidak menjadi agen penyebar fitnah dan menyebarkan maklumat yang salah."Maklumat yang diterima mestilah dipastikan dahulu kesahihannya."Dapatkan sumber-sumber rasmi agar mendapat maklumat yang tepat."Marilah kita sama-sama mendokong dan mempertahankan kerajaan yang berusaha untuk mendaulatkan syariat Islam ini (Kerajaan Terengganu)."Ini kerana masyarakat luar sentiasa memerhatikan kita (Terengganu & Kelantan)."Pihak musuh juga sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan kerajaan kita," tambahnya.Serama kira-kira 100 orang masyarakat setempat hadir memeriahkan majlis ini.Turut hadir sama, Pendakwah Bebas, Hagia Sofia Mohamad yang menjadi panel forum tersebut.
13 Oct 18
208
'Kucar' Bubur Asyura Rapatkan Ukhwah
Oleh : Saifullah JusohBESUT-  Penganjuran Karnival Pertandingan Bubur Asyura menjadi medium merapatkan silaturrahim antara penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata aktiviti ini merupakan medan terbaik untuk pemimpin merapatkan ukhuwah dan berkenalan dengan masyarakat setempat."Saya sangat gembira dan bangga dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk di DUN Kuala Besut pada hari ini. Saya harap program ini dapan menjadi medium untuk merapatkan ukhuwah di antara satu sama lain."Kita akan pastikan acara sebegini dijadikan acara tahunan bagi penduduk Kuala Besut supaya kemeriahan dan kegembiraan ini dapat dinikmati oleh semua tidak kira siapa pun,"katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Karnival Pertandingan Bubur Asyura Peringkat DUN Kuala Besut di Perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut pada 13 Oktober 2018.Selain pertandingan Bubur Asyura, karnival ini juga megadakan kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik Abdul Karim, iaitu Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kelantan untuk memberi ilmu agama yang berguna kepada masyarakat.Pihak penganjur telah menyediakan 20 hadiah cabutan bertuah bagi pengunjung yang datang ke program ini termasuk bagi kanak-kanak serta jamuan rakyat kepada semua yang hadir.Pertandingan Bubur asyura ini telah dimenangi oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Lay Out Tok Has yang membawa pulang hadiah sebanyak RM1500.
13 Oct 18
156
Kesedaran Awal Kanser Bawa Kesejahteraan Masyarakat
Ir Saiful Azmi Suhaili ketika berucap merasmikan Program Bicara Wanita 'Hidup Sihat Tanpa Kanser' di Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare Kampung Labohan, Kerteh, semalam (13 Oktober).Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN - Kesedaran awal tentang cara mencegah, punca dan akibat kanser perlu ditiupkan kepada masyarakat untuk menjamin kehidupan yang bebas daripada penyakit kronik.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, jika kesedaran awal tentang kanser timbul dalam diri, masyarakat akan hidup dalam keadaan sejahtera."Yang paling penting adalah kesedaran, dan kalau kita (dapat) tahu awal, insya-Allah kita dapat berusaha untuk selamatkan nyawa dan peluang yang ada lebih cerah," ujarnya.Beliau menyeru masyarakat agar mengambil tindakan dalam membuat pemeriksaan awal untuk mencegah penyakit kanser."Kalau kita tidak ambil inisiatif untuk buat pemeriksaan awal, maka akan menjadi bertambah buruk."Bagi pesakit yang berusia 40 tahun ke atas yang menghidapi kanser tahap 1 dan 2, dapatkanlah pemeriksaan percuma di hospital kerajaan," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Wanita 'Hidup Sihat Tanpa Kanser', anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik dengan kerjasama Jabatan Kerajaan dan Swasta (JKS) serta Dewan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kemaman di Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare Kampung Labohan, Kerteh, semalam (13 Oktober).Ir Saiful yang juga ADUN Kemasik turut berharap agar semua orang dapat membantu dan memberi kesedaran antara satu sama lain demi kebaikan keluarga serta masyarakat.Turut hadir, Pegawai Perubatan Kanan Hospital Kemaman, Dr Hj Matnoh Karim, Pendakwah Bebas, Ustazah Faridah Yahya, Pengerusi serta Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Labohan, Pekan Kemasik serta Perumahan Panelex.
13 Oct 18
54
Semua Berhak Sihat
Haji Muhyidin Abdul Rashid (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta yang terpilih.Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU - Semua lapisan masyarakat tidak mengira umur berhak untuk sihat demi kesejahteraan rakyat dan negara.Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Haji Muhyidin Abd Rashid berkata, perkara tersebut dibuktikan dengan penyertaan termasuk warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang hadir memeriahkan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Hulu Terengganu bertempat di Waterfront Kuala Berang."Hari Sukan Negara bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dan beriadah."Hubungan masyarakat tanpa mengira parti politik dapat diperbaiki dengan adanya majlis sebegini."Kita juga perlu menjaga adab-adab dalam beriadah."Saya ucapkan berbanyak terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang sepenuhnya dari semua pihak termasuk pihak negeri dan persekutuan yang menganjurkan Hari Sukan Negara pada hari ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2018 di Waterfront Kuala Berang, hari ini (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, menurut Haji Muhyidin, sebanyak 8 acara yang dianjurkan mendapat sambutan masyarakat setempat."Antaranya, Fun Ride, Gegar 10K Langkah, Sukaneka, 3 on 3 Bola Jaring, Pertandingan Ping Pong, Liga Penalti, Car Boot Sale dan Berkayak," tambahnya.Turut hadir sama, Ketua Penolong Daerah Hulu Terengganu, Mohd Zalizan Sulong, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Dr Noriah bt Mahmud dan Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.
13 Oct 18
33
Akal Yang Sihat Bersama Tubuh Badan Yang Sihat
Ustaz Mohd Nor Hamzah melakukan senamrobik bersama peserta Hari Sukan Negara Daerah Marang. Foto - Aslam WiraOleh: Syaharulhafizi ShamsudinMARANG - Islam tidak mengetepikan serta menafikan tentang keutamaan sukan malah telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW sehingga wujud pepatah Arab yang menyebut “akal yang sihat bersama tubuh badan yang sihat".Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau berharap dengan adanya Hari Sukan dan kempen dari semua pihak termasuk jabatan yang berkaitan dapat memberi suatu galakan kepada semua lapisan masyarakat."Ianya bertujuan supaya masyarakat menitik beratkan kesihatan dengan bersukan."Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada seluruh atlet yang telah mewakili negeri yang berjaya menjulang Terengganu sebagai juara di dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, baru-baru ini."Saya turut menyambut baik komitmen yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam meneruskan penambahbaikan Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak."Ianya bagi memberikan kemudahan kepada atlet-atlet negeri ini bagi meningkatkan lagi kejayaan sukan Negeri Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Daerah Marang di Dataran Bandar Marang, hari ini (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, antara aktiviti yang diadakan pagi ini adalah senamrobik, 'fun run' sejauh tiga kilometer dan cabutan bertuah.Seramai kira-kira 400 orang peserta memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara termasuk penduduk sekitar, pelajar sekolah serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Datuk Razali Idris, Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad, Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Wahad Osman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Mohd Shamsir Mohd dan anggota keselamatan serta kakitangan jabatan berkaitan.
13 Oct 18
778
Dalami Ilmu Hartanah Elak Penipuan
Dr Alias Razak ketika merasmikan Seminar Cakna Hartanah Terengganu 2018 di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).KUALA TERENGGANU - Kes penipuan jual beli hartanah yang mencatatkan peningkatan dalam tempoh kebelakangan ini, memerlukan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa membeli hartanah.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kebanyakannya ingin memiliki hartanah tetapi tidak tahu bagaimana cara sebenar dan lebih selamat bagi menjamin pelaburan mereka itu tidak mendatangkan kerugian puluhan ribu ringgit.Tambahnya, perkara ini boleh dilakukan sekiranya mereka mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan ia perlu dipelajari kerana ilmu tidak akan datang bergolek."Ilmu hartanah sangat penting kerana pihak kami sering mendapat aduan bila mereka membeli hartanah samada rumah atau tanah. Kecuaian sering berlaku dari segi meneliti perjanjian-perjanjian yang ditandatangani."Kecuaian ini menyebabkan mereka terperangkap dan pelaburan ataupun wang yang telah dibelanjakan untuk mendapatkan aset yang ingin dimiliki hilang begitu sahaja," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Cakna Hartanah Terengganu 2018 di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU), Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini (13 Oktober).Turut hadir, Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia, Datuk Nazri Mustafa, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu, Zainal Abidin Mohamed dan Pejuang Hartanah Malaysia, Ahyat Ishak.Katanya lagi, rakyat Terengganu perlu mengambil peluang untuk menambahkan ilmu dalam bidang pemilikan hartanah melalui seminar-seminar yang diadakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam sektor ini."Malah mereka perlu berani menceburi bidang ini tetapi perlu ingat bahawa berani tanpa ilmu, mudah tertipu dan yang paling penting kita perlu pastikan kewangan yang dilaburkan tidak lebur begitu sahaja," ujar Alias.
12 Oct 18
72
Terengganu Mahu Jadi Kuasa Besar
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kanan) menyampaikan cenderamata kepada ketua delegasi, Ustaz Syarhan Humazi Halim.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu komited dan berusaha untuk menjadi kuasa besar dalam arena sukan di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan juga meletakkan sasaran sebahagian atletnya untuk menjadi jaguh dunia.Katanya, dalam sukan berbasikal, Terengganu Cycling Team (TSG) adalah kelab di bawah kerajaan negeri yang menduduki 'ranking' kelima dunia daripada 700 kelab di seluruh dunia."Kelab ini turut mendapat tajaan dari Syarikat Shimano yang hanya menaja 7 kelab di seluruh dunia", ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu kunjungan Belia Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Selangor, di sini semalam (12 Oktober).Menurut Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, selain Azizul Hasni Awang, Terengganu juga bertuah mempunyai Siti Rahmah yang menjadi atlet silat dunia."Di samping itu, kita hampir menguasai 100% dalam sukan air iaitu sukan layar di Malaysia," jelasnya.Seramai 50 orang menyertai kunjungan tersebut.Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.
12 Oct 18
126
Karnival Sukan Pupuk Persaudaraan
Ustaz Ridzuan Hashim (kiri) ketika berucap merasmikan Karnival Sukan Rakyat Kampung Tanjung Sabtu semalam (12 Oktober).Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Karnival sukan sememangnya dapat memupuk semangat persaudaraan dan kasih sayang sesama masyarakat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, melalui sukan, manusia dapat bergaul dan seterusnya mengeratkan ukhuwwah meliputi semua peringkat umur.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Sukan Rakyat Kampung Tanjung Sabtu anjuran Pemuda Tanjung Sabtu dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tanjung Sabtu di Kampung Tanjung Sabtu, semalam (12 Oktober).Menurutnya lagi, program seperti ini sangat bagus kerana ianya adalah kesempatan terbaik untuk mengeratkan hubungan yang sudah lama terjalin supaya lebih kuat dan kukuh.“Program-program kemasyarakatan seperti gotong royong, majlis keraian hari-hari penting seperti sambutan hari raya adalah platform terbaik untuk memupuk semangat kerjasama dan harmoni."Semuanya untuk mencapai hasrat membina negeri yang maju, berkat dan sejahtera.“Saya juga berharap agar kita semua tidak hanya menekankan aspek fizikal sahaja seperti aktiviti sukan sebegini."Program pengisian rohani dan kekuatan dalaman juga perlu dianjurkan agar mental dapat diperkuatkan," ujar beliau lagi.Turut hadir, Pengerusi MPKK Tanjung Sabtu, Ustaz Fauzi Mustafa.
12 Oct 18
111