lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Armalah Perkasa Ibu Tunggal
Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman ketika berucap merasmikan Program Penubuhan Kelab Ibu Tunggal (Armalah) Ru Rendang sdi Perpusatakaan Awam Daerah Marang, hari ini (15 Oktober).Oleh: Aslam WiraMARANG - Penubuhan Kelab Ibu Tunggal (Armalah) Ru Rendang bakal menyediakan suatu ruang dan peluang yang boleh digunakan untuk memajukan ibu-ibu tunggal yang berada dalam kelompok kelab itu sendiri.Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman berkata, masyarakat mesti peka bahawa melalui pertubuhan Armalah ini, di dalamnya terdapat banyak rangka yang boleh dimanfaatkan."Ianya termasuklah pemerkasaan ekonomi ibu tunggal dalam menjana sumber pendapatan sendiri," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penubuhan Kelab Ibu Tunggal (Armalah) Ru Rendang di Perpustakaan Awam Daerah Marang, hari ini (15 Oktober).Menurut Tuan Faizah yang juga Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Parti Islam Se-Malaysia Terengganu (Khairunnisa'), ibu tunggal adalah insan istimewa yang dipilih oleh Allah."Istimewanya mereka ini kerana mampu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan sang suami dengan cerita tersendiri," katanya.Dalam perkembangan yang sama, program tersebut turut membincangkan beberapa perkara berkenaan perancangan yang akan diadakan di dalam kelab ibu tunggal tersebut.Antaranya dari sudut ekonomi termasuk peluang menjana pendapatan sendiri seperti menjahit, memasak dan mencipta produk sendiri.Program yang berunsur rohani dan jasmani juga tidak ketinggalan."Saya berharap dengan penubuhan Armalah ini, ibu-ibu tunggal dapat melibatkan diri secara langsung dengan program dan kursus yang disediakan supaya dapat memajukan diri serta mengambil peluang lebih-lebih lagi dalam bidang keusahawanan," tambahnya.Seramai 193 orang hadir ke program ini di mana 163 peserta adalah ibu tunggal dan 30 orang merupakan wakil wanita dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam DUN Ru Rendang.Turut hadir, Pegawai Seranta Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Negeri Terengganu, Faridah Omar, Pegawai Seranta Beliawanis i-MiTS Negeri Terengganu, Tengku Fatimah Tengku Hashim, Ahli Majlis Daerah Marang, Wan Mariam Wan Jusoh dan Ketua Halwa DUN Ru Rendang, Azizah Mohd Yusuf.
15 Oct 18
431
Empty Image
i-MiTS Alur Limbat Ziarah Bakal Tetamu Allah
Pihak i-MiTS DUN Alur Limbat menyampaikan sumbangan kepada Fatimah Mamat di kediamannya.Oleh: Ahmad Fadhilah AzmanMARANG - Lima penduduk Kampung Tasek menerima kegembiraan berganda apabila menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman bagi mengerjakan umrah buat kali pertama.Rokiah Mat Amin bersama pasangannya, Omar Abu Bakar, Zabedah Idris, Fatimah Mamat dan Ramlah Sulong menerima kunjungan wakil Ariffin di kediaman mereka, hari ini (13 Oktober).Rokiah turut merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan dan kesudian rombongan wakil rakyat tersebut menziarahi mereka sebelum berangkat ke tanah suci.Sumbangan disampaikan oleh Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Fatimah Mohamad yang hadir mewakili ADUN bersama ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tasek. Fatimah Mohamad (kanan) dan AJK MPKK Tasek beramah mesra bersama salah seorang peserta.Fatimah berkata, pihak i-MiTS mendapat maklumat tentang peserta daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) MPKK Tasek."Oleh yang demikian, kita adakan program ziarah ke rumah mereka sebagai sebahagian tanggungjawab pemimpin kepada rakyat."Alhamdulillah, saya melihat kegembiraan tergambar di wajah mereka yang akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah buat kali pertama. "Selain bertanya khabar, kita turut menyampaikan sedikit sumbangan daripada ADUN Alur Limbat yang tidak dapat bersama pada hari ini," katanya.Kelima-lima peserta umrah itu bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini dan akan berangkat ke tanah suci Mekah esok.
15 Oct 18
64
Empty Image
Pelancong Datang Bukan Mahu Minum Arak
Dr Haji Alias Razak.KUALA NERUS - Kerajaan Negeri Terengganu percaya ada pihak tertentu cuba menimbulkan suasana tidak baik apabila menggambarkan kerajaan seolah-olah membiarkan mereka mengadakan pesta maksiat di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Haji Alias Razak berkata, ada pihak mengeluarkan iklan secara maya seolah-olah kerajaan negeri membenarkan penganjuran festival maksiat sedangkan tidak ada sebarang kebenaran diberikan untuk penganjuran seumpama itu."Ada siar iklan di alam maya seolah-olah kerajaan telah memberi kelulusan sedangkan tidak ada sebarang kelulusan diberikan untuk penganjuran maksiat."Ini yang susahnya, teknologi moden sekarang tidak boleh menghalang penyiaran iklan seumpama itu di alam maya," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika mengulas pihak tertentu menyiarkan iklan berbentuk video menjolok mata di alam maya tanpa kebenaran, ketika ditemui pemberita selepas perasmian Bengkel Pemeliharaan Kelulut di Bilik Seminar Mardi Terengganu di Kubang Jela di sini 15 Oktober.Menurut beliau, kerajaan tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan sebarang pertunjukan yang bertentangan dengan garis panduan hiburan negeri.Ini bukan bererti kerajaan menghalang mana-mana pihak mengadakan majlis hiburan di mana-mana tempat di negeri ini, tetapi mesti mengikut peraturan yang ditetapkan."Semua orang sukakan hiburan tetapi hiburan mesti mengikut garis panduan agama. Apabila hiburan dibuat mengikut garis panduan tersebut, lebih ramai pengujung hadir dalam majlis berkenaan."Kita (kerajaan) pernah membenarkan pertunjukan hiburan diadakan di stadium dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan, tidak jadi masalah," jelasnya.Di samping itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan bahawa pesta hiburan dipenuhi arak kononnya bertujuan menarik pelancong luar dan dalam negara ke Negeri Terengganu.Katanya, jika kedatangan pelancong ke Terengganu untuk minum arak, di negara luar termasuk Thailand, didapati lebih banyak arak dijual dan bebas diminum tanpa had.Katanya, pelancong datang ke Terengganu bertujuan untuk melihat keindahan alam di negeri ini termasuk, pulau, pantai dan tasik, bukan untuk minum arak."Jika mahu minum arak, negara mereka lebih banyak arak dijual berbanding di Malaysia, tak perlu datang ke Malaysia khususnya Negeri Terengganu," ujarnya.
15 Oct 18
102
Empty Image
Badan Sado Tak Guna Jika Tak Ke Masjid Surau
Mohd Norkhuzaini ketika berucap dalam Majlis perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera 2018 di Kompleks Rakan Muda Besut, kelmarin (13 Oktober).Oleh: Afiq M. ZaidBESUT - Kesihatan tubuh badan yang dianugerahkan oleh Allah perlu dimanfaatkan untuk tujuan mendekatkan diri kepada Pencipta.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, rakyat perlu bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya."Tiada guna mempunyai badan yang 'sado' dan sihat tetapi melangkah ke masjid surau pun kita tak mampu."Tiada guna mempunyai badan yang sihat, tetapi untuk tolak kain selimut dan pergi solat Subuh berjemaah di masjid pun kita tidak mampu," ujarnya lagi.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera 2018 di Kompleks Rakan Muda Besut, kelmarin (13 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Hari Sukan Negara yang disambut oleh rakyat Negeri Terengganu mampu membentuk perpaduan dan kesejahteraan kaum."Bersukan adalah salah satu mekanisme yang mewujudkan perpaduan dalam masyarakat kita."Tengok pada hari ini, dari kecil, besar, belia, muda, remaja dan yang veteran boleh duduk satu bumbung, boleh duduk satu pentas untuk kita meraikan acara sukan seperti ini," ujarnya.Tambah beliau, objektif perpaduan melalui sukan ini perlulah dititik beratkan dalam kalangan masyarakat.Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Mohd Zamri Mohd Rowi dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Zaharnapi Sagaf.
14 Oct 18
247
Empty Image
Hampir 3,000 Penduduk Terengganu Terima Bantuan Tabung Darul Iman
Dr Ahmad Samsuri  (Tengah) bersama  A.Rahman  (Kanan) dan YB. Hanafiah  (Kiri) ketika menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Makan Malam Amal tabung Darul Iman di Wisma Darul Iman.KUALA TERENGGANUI- Kerajaan negeri merekodkan sebanyak RM3.8juta dibelanjakan melalui Tabung Darul Iman bagi membantu penduduk  Terengganu yang menghidap penyakit kronik dan ditimpa musibah bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata berdasarkan jumlah itu, kira-kira RM1.3 disalurkan kepada pemohon yang layak menerima bantuan sara diri tahunan, masing-masing  RM1 juta dibelanjakan untuk bantuan perubatan dan bantuan bencana alam.Katanya, manakala RM500,000 dikhaskan untuk pesakit terlantar yang memerlukan susu khas dan lampin pakai buang.“Jumlah perbelanjaan dijangka meningkat pada setiap tahun kerana mereka yang ditimpa musibah dan menghidap penyakit kronik tidak pernah berkurangan."Sehingga hari ini, hampir 3,000 penduduk telah menerima manfaat hasil sumbangan  tabung itu”katanya.Dr Ahmad Samsuri (Tengah) menerima replika cek sumbangan daripada Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd,Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak (Kiri) sambil diperhatikan oleh  A.Rahman ( kanan) dan YB. Hanafiah (Kanan)Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Makan Malam Amal Tabung Darul Iman, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Haji Hanafiah MatPada majlis itu, pelbagai GLC tampil menghulurkan sumbangan, antaranya Terengganu Incorpprated, Lembaga Tabung Amanah Warisan dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd.Keseluruhan sumbangan yang berjaya dikutip sebanyak RM1 juta.Ahmad Samsuri berkata sehingga Ogos lalu, sebanyak RM10,411 sebulan berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai, khasnya penjawat awam.“Jumlah itu masih tidak mencukupi kerana Tabung Darul Iman sangat memerlukan sumber kewangan bagi membantu lebih ramai mereka yang kurang bernasib baik.“Oleh itu,saya mengajak orang ramai, khususnya GLC, penjawat awam dan mereka yang berkemampuan bersama-sama menghulurkan sumbangan sama ada melalui talian atau secara terus,”katanya.                                         
14 Oct 18
624
Empty Image
Ibu Bapa Contoh Terbaik Anak-Anak
Ustaz Ridzuan Hashim ketika berucap merasmikan Program Tautan Kasih Intergenerasi @ Komuniti di Dewan Sivik Kampung Buluh Gading, semalam (13 Oktober).Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Ibu bapa merupakan contoh yang terbaik kepada anak-anak kerana ianya adalah proses pembelajaran secara langsung yang boleh diperolehi di rumah.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, selain ibu bapa, pihak guru dan kerajaan juga perlu memainkan peranan bersepadu dalam mencorakkan anak bangsa.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Tautan Kasih Intergenerasi @ Komuniti yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Buluh Gading dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading di Dewan Sivik Kampung Buluh Gading, semalam (13 Oktober).Menurutnya lagi, program seperti ini sangat berguna kerana dapat mendekatkan jabatan itu dengan masyarakat.Beliau juga mengalu-alukan pelbagai jabatan lain untuk menganjurkan pelbagai program yang bermanfaat kepada rakyat DUN Buluh Gading.“Pelbagai program yang dibuat adalah merupakan langkah positif dalam menzahirkan matlamat Kerajaan Negeri Terengganu supaya maju, berkat dan sejahtera.“Saya berharap agar segala perkongsian dalam program ini dapat memupuk kesedaran dan meningkatkan kefahaman kita semua dalam memahami tugas dan tanggungjawab mendidik anak-anak.“Ianya sangat penting kerana anak-anak kita adalah modal insan untuk membina generasi  yang berguna pada masa akan datang," ujar beliau lagi.Katanya, peserta diharap tidak mensia-siakan ilmu dan pengalaman yang diperolehi untuk dihayati di peringkat keluarga masing-masing dan seterusnya menjadi contoh kepada keluarga lain dalam masyarakat.Turut hadir, Timbalan Pengarah JKM Negeri Terengganu, Nor Azman Abdul Manaf, Penghulu Mukim Manir, Mazlan Ismail dan Ketua Penyelia i-MiTS Kawasan Kuala Nerus, Jusoh Ngah.
14 Oct 18
268
Empty Image
Pertahankan Budaya Dan Warisan Bangsa
Oleh : Khairan Mat JusohKUALA TERENGGANU – Masyarakat Melayu perlu memartabatkan seni budaya dan warisannya bagi menggelakkan nilai-nilai kemelayuan dalam diri orang Melayu terhakis.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata sekiranya masyarakat Melayu mengabaikan usaha untuk memulihara dan memupuk seni budaya dan warisannya, mereka akan ditelan zaman dan tiada identiti lagi.“Kita sebagai penggiat, perlu untuk membawa seni dalam erti kata yang sebenarnya.“Bukannya pada perkara yang melaghokan (melalaikan) tetapi seni boleh membawa kepada bagaimana untuk menghayati keindahan alam, kesempurnaan ciptaan Allah swt sehingga melahirkan insan-insan seni yang bukan sahaja halus dari sudut pandangan seninya tetapi juga dalam pengabdian dirinya kepada Allah Taala,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam majlis pertandingan Citra Terengganu kali ke-10 di Perkarangan Kompleks Muzium Negeri Terengganu di sini, semalam. Ustaz Sulaiman SulongPertandingan tersebut yang telah diadakan semenjak 2005 itu, turut akan mendapat komitmen padu daripada kerajaan negeri kali ini melibatkan penyertaan lebih dari 200 peserta dengan kos hadiah sebanyak RM38,250."Akhirnya, berdasarkan daripada impak positif, sambutan yang amat menggalakkan, bagi pihak kerajaan Jawatankuasa Pelancongan kita akan menyokong penuh pertandingan ini diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang, kerana ianya bukan sahaja menarik pengunjung untuk datang ke muzium, malahan dapat memberi peluang kepada generasi baru agar dapat menghargai warisan dalam bentuk karya seni lukis,"ujar beliau.Johan bagi kategori karya siap disandang oleh Mohamed @ Mohamad Hj. Hassan daripada Kuala Lumpur dengan karyanya yang bertajuk "Warisan Seni Pembuatan Bot Tradisional".Manakala johan bagi kategori karya spontan pula dimenangi oleh Abdullah Ehlid Al-Walid  Luli @ Ehlid Lili daripada Terengganu.
14 Oct 18
42
Empty Image
Hati-Hati Musim Banjir - Mat Daik
Ustaz Mat Daik (kanan) mengambil peluang menderma darah.Oleh: Norekwan MamatBESUT - Rakyat Negeri Terengganu diingatkan supaya berwaspada dengan musim tengkujuh yang bakal menjelang.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, penduduk Hulu Besut khususnya perlu lebih berhati-hati dan berjaga-jaga bagi menghadapi bagi menghadapi musim banjir ini."Kita perlulah saling membantu sesama jiran apabila berlaku sesuatu musibah, tidak kira musibah bencana dan sebagainya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Ihtifal dan Jamuan Sambil Menderma yang diadakan di pusat pengajian miliknya di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut semalam (13 Oktober).Dalam pada itu, menurut Ustaz Mat Daik yang juga Mudir Pondok Ubudiyyah, sikap dermawan ini perlu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira usia."Saya dan seluruh warga pondok berterima kasih kepada semua, terutama penyumbang-penyumbang dan tenaga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan majlis pada hari ini," ujar beliau.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Hospital Tengku Anis, Pasir Putih yang diketuai oleh Pegawai Perubatan UD44, Siti Nadirah Mohd Razif yang hadir sama menjayakan program derma darah sebagai salah satu pengisian dalam majlis tersebut.Majlis Ihtifal dan Jamuan Sambil Menderma yang diadakan di Hulu Besut  di sini, mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
14 Oct 18
220
Empty Image
353 Pelatih AKT Berjaya Tamatkan Latihan
Prof. Dato' Dr. Sudin, Dato' Osman dan Mohd Zaid bergambar bersama sebahagian pelatih di Majlis Graduasi AKT Kali-5 di Dewan Serbaguna Perkaya Excellence Centre di Pulau Kerengga, Marang, hari ini.MARANG - Seramai 353 pelatih Akademi Kulinari Terengganu (AKT) berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pembuatan kek dan kuih muih sejak akademi itu mula diperkenalkan pada 2012.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Prof. Dato’ Dr. Sudin Haron berkata, AKT yang menawarkan kursus kemahiran kepada anak-anak asnaf khususnya negeri ini turut bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan GiatMara.“YWM bersama pihak Maidam telah bekerjasama dengan GiatMara serta menyediakan tenaga pengajar, silibus latihan, persijilan dan juga elaun bulanan kepada pelatih.“Akademi ini telah berjaya menghasilkan seramai 353 graduan sejak beroperasi pada 2012 dan akan terus membantu anak-anak asnaf fakir miskin untuk lebih berjaya dan mengeluarkan keluarga daripada kepompong kemiskinan melalui latihan yang diberikan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Graduasi AKT Kali-5 di Dewan Serbaguna Perkaya Excellence Centre di Pulau Kerengga, Marang (14 Oktober).Turut hadir, Yang DiPertua Maidam, Dato’ Osman Muda dan Penolong Pengarah GiatMara Negeri Terengganu, Mohd Zaid Ab Razak.Pada majlis itu, seramai 34 orang pelatih bagi sesi ke-8 dan ke-9 tahun 2018 menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di dalam bidang kemahiran Confectionary & Bakery.Katanya, matlamat AKT adalah untuk melihat anak-anak asnaf yang dilatih memiliki perniagaan sendiri dan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi selain mendapat tempat dalam sektor pekerjaan berkaitan pembuatan kek dan kuih-muih termasuk di hotel-hotel seluruh negara.“Maidam sanggup keluarkan dana untuk membiayai anak-anak asnaf yang belajar di AKT selama enam bulan bagi setiap kemasukan.“Sehingga kini, anak-asnaf asnaf yang telah berjaya menamatkan pengajian telah ada yang membuka bisnes sendiri, melanjutkan pelajaran dan bekerja di hotel-hotel di bawah kelolaan YWM,” ujarnya.
14 Oct 18
544
Empty Image
Zakat Model Terbaik Laksana Sistem Percukaian Malaysia - Dr Khairuddin
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali terus konsisten mahu menjadikan zakat sebagai model terbaik untuk melaksanakan sistem percukaian di Malaysia. Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Ekonomi PAS Pusat berkata, sebanyak 2.5 peratus cukai patut dikenakan ke atas pegangan saham di Bursa Malaysia."Apabila sebanyak 2.5 peratus cukai dikenakan ke atas pegangan saham, akan meningkatkan pendapatan negara sehingga berbilion-bilion ringgit," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kuliah Dhuha Mingguan di Surau Ayah Itam Wan Ali, Kampung baru Seberang Takir, di sini, 12 Oktober.Program itu dijadikan sebagai majlis ilmu secara mingguan yang berlangsung pada setiap Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Majlis berkenaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk sekitar dan  Seberang Takir untuk menimba ilmu agama daripada beliau.
13 Oct 18
31