Artikel "Semasa" Terkini
Koperasi Jana Ekonomi Rakyat DUN Pengkalan Berangan
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan bakal menubuhkan koperasi di DUN berkenaan tidak lama lagi, sebagai platform menjana ekonomi dan sumber terutama tanah yang boleh dimajukan di kawasan itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong, berkata pihaknya mahu hasrat kebanyakan penduduk sejak sekian lama untuk menubuhkan koperasi dapat direalisasikan, sekali gus memberi manfaat kepada peserta. Sehubungan itu, satu perjumpaan khas dilaksanakan bagi memperincikan hasrat penubuhan koperasi itu yang bukanlah satu perancangan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14, sebaliknya dirancang sejak sekian lama."Kita harap supaya koperasi ini mampu untuk menampung kekurangan atau kelemahan yang ada pada kita, untuk memastikan tanah ataupun apa jua aset yang kita ada ini, masih lagi berlegar di kalangan kita dapat diselesaikan dan memberi manfaat pada semua."Jadinya, kita benar-benar mengharap koperasi ini akan menjadi satu pemangkin untuk menggerakkan agenda ekonomi dan juga menjadi satu tempat untuk kita mempertahankan tanah ataupun tempat-tempat yang dikatakan istimewa,"katanya.Beliau berkata demikian ketika perjumpaan di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Merchang, di sini, malam tadi. Perjumpaan itu dihadiri beberapa Ahli Majlis Daerah Marang, kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS ) serta Pengerusi dan Jawatankuasa MPKK dari beberapa kampung.Dalam perbincangan tersebut turut mencadangkan beberapa nama untuk koperasi tersebut sebelum diakhiri dengan ucapan penutup oleh ADUN berkenaan.
17 Oct 18
162
JKM Peruntuk RM3 Juta Hadapi Banjir
Zuhami (dua dari kanan) melawat mini depot simpanan banjir di Kampung Machang, Ajil hari ini.HULU TERENGGANU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi menyediakan keperluan sebagai persiapan awal menghadapi kemungkinan banjir.Pengarahnya, Zuhami Omar berkata, peruntukan ini melibatkan RM1.5 juta melalui kerajaan negeri dan selebihnya dari Kerajaan Persekutuan untuk diagihkan kepada 553 pusat pemindahan berdaftar dengan kapasiti 131,875 mangsa."Peruntukan itu termasuklah penyediaan stok bekalan di pangkalan hadapan dan penyelenggaraan kemudahan asas di pusat-pusat pemindahan."Ianya meliputi makanan, selimut, tikar, kits kebersihan dan lain-lain lagi keperluan untuk bekalan selama tujuh hari dan jika tidak mencukupi, pihak kami akan menghantar bekalan tambahan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas melawat mini depot simpanan banjir bagi Mukim Hulu Berang di Kampung Machang, Ajil di sini, hari ini.Menurutnya, JKM juga sudah mewujudkan 20 stor bencana dan 142 pengkalan hadapan untuk menyimpan barangan keperluan mangsa di lokasi yang strategik di seluruh negeri."JKM juga telah mengenal pasti 58 pembekal di Terengganu seperti Giant dan Mydin untuk membantu sekiranya stok keperluan sedia ada tidak mencukupi."Pihak kami juga memberi pengisian kerohanian iaitu kaunseling kepada mangsa banjir kerana mereka ini trauma, sedih dan bimbang kerana terpaksa berpindah dari rumah."Ini perlu diberi perhatian dan pihak kami telah menyediakan 15 orang kaunselor terlatih untuk membantu mereka dan turut dibantu oleh kaunselor luar dari pelbagai agensi," ujar Zuhami.Tambahnya lagi, pihak JKM juga menyediakan 40 tandas bergerak bagi kegunaan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan yang mengalami masalah tandas yang tidak mengcukupi.
17 Oct 18
213
Rakyat Berpeluang Bina Kediaman Di RTB Sungai Cheralak
Laluan masuk ke RTB Sungai Cheralak.Oleh: Adli MohamadDUNGUN - Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Sungai Cheralak yang bakal diluluskan dapat memberi manafaat kepada penduduk Bukit Besi.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Ghazali Sulaiman berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Shukur telah memohon sejumlah tanah RTB dan kini sedang diproses oleh Pentadbir Tanah Daerah (PTD) Dungun."Pembukaan RTB ini adalah sebahagian usaha kerajaan bagi membantu rakyat yang belum memiliki kediaman untuk mendapat tapak tanah terlebih dahulu."Kerajaan negeri komited melaksanakan janji manifesto dan memperjuangkan nasib rakyat yang masih tidak memiliki rumah kediaman," katanya kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu meninjau kawasan berkenaan, Isnin lalu.Dalam pada itu, Pengerusi MPKK, Tengku Hamdan Tengku Mahmud menyatakan kedudukan tanah yang berada di kawasan pedalaman tidak menjadi satu masalah untuk dibangunkan."Mana-mana tempat, apabila telah dibuka dan menjadi penempatan, ia tidak akan sunyi lagi ditambah dengan pelbagai kemudahan yang bakal diwujudkan bersama penempatan tersebut.Penyelaras DUN, Ghazali Sulaiman meninjau kawasan yang bakal dibuka."Apa yang paling penting, golongan yang masih belum memiliki kediaman memperoleh ruang untuk membina rumah mereka sebagaimana dijanjikan," jelasnya.Tinjauan yang dilakukan mendapati masih ramai penduduk DUN Bukit Besi yang tidak memiliki rumah kediaman sendiri, terutamanya generasi kedua.
17 Oct 18
68
Bumbung Raja, Lokasi Perkelahan Bersejarah Jadi Tarikan Di Dungun
Ghazali menunjukkan kawasan yang dikatakan pernah menjadi kawasan istirahat diraja di Bumbung RajaOleh : Adli Mohamad.DUNGUN- Bumbung Raja yang terletak di Kampung Pasir Raja, Dungun merupakan lokasi perkelahan menarik dan bersejarah mampu menambat hati pelancong sekali gus meneroka destinasi menarik yang ada di kawasan tersebut.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata lokasi perkelahan itu dahulunya mempunyai cerita dan sejarah tersendiri kerana ia merupakan tempat persinggahan dan tempat beristirahat DiRaja."Dahulu di tepian sungai ini, ada dibina pentas DiRaja dan disinilah dipasangnya khemah-khemah raja untuk mereka berehat."Cerita itu telah diceritakan satu generasi kepada generasi yang lain dan sebab itulah kisahnya sentiasa diingati oleh penduduk di sini," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wakil Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), ketika meninjau kawasan berkenaan pada Isnin, 15 Oktober.Menurut Ghazali, rakyat biasa dahulu dilarang menangkap ikan di sini kerana apabila tertangkap, mereka akan dimurkai oleh raja diatas kesalahan tersebut."Kawasan di sini akan sesak dengan pengunjung semasa cuti persekolahan samada penduduk tempatan atau dari luar."Destinasi ini biasanya akan menjadi pilihan kedua, selepas lokasi perkelahan Lubuk Kain sekiranya sesak maka pengunjung akan memilih untuk datang kesini,"katanya lagi.Beliau amat berkeyakinan bahawa tempat ini, akan menjadi destinasi perkelahan utama sekiranya dimajukan dengan sedikit penambahbaikan untuk menarik lebih ramai pengunjung."Diantaranya, pihak berkaitan perlu menggantikan papan tanda yang telah pun usang."Dan aspek-aspek keceriaan perlu ditingkatkan, kerana persekitaran kawasan yang tidak ceria akan menampakkan ianya kelihatan suram," ujarnya.
16 Oct 18
807
Surau Untuk Kemudahan Pengunjung Lubuk Kain Siap Dibina
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN- Pengunjung kawasan rekreasi Air Terjun Lubuk Kain di Hulu Dungun kini dapat menunaikan ibadah dengan lebih selesa apabila sebuah surau dengan kos RM20,000 siap dibina sepenuhnya.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, pembinaan surau di lokasi perkelahan itu bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengunjung muslim untuk bersolat malah membolehkan pelbagai program keagamaan diadakan.“Diantara perkara yang perlu diutamakan di tempat perkelahan adalah kemudahan surau."Alhamdulillah, surau ini telah siap dibina dengan kos RM20,000 walaupun ianya kos yang kecil, tapi pembinaan surau ini mengambarkan keikhlasan kontraktornya dalam menyediakan kemudahan kepada setiap muslim yang datang berkelah bersama keluarga," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau surau yang baru dibina itu di kawasan rekreasi Air Terjun Lubuk Kain di Hulu Dungun (15 oktober).Ghazali berkata, secara tidak langsung dengan adanya surau tersebut ianya dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan rekreasi itu sebagai mesra dan patuh syariah."Adalah menjadi kewajipan kepada saya sebagai penyelaras disini memastikan kebajikan pengunjung terpelihara."Dalam usaha memajukan lokasi perkelahan, kita tidak boleh melihat dari sudut tumpuan pengunjung semata-mata tetapi mengundang keberkatan pada tempat perkelahan juga perlu menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kemudahan surau untuk menunaikan solat yang menjadi kewajipan hidup bagi setiap muslim," ujarnya.
16 Oct 18
1483
Laluan Jabor-Kijal Di LPT 1 & 2 Ditutup Sementara
KUALA TERENGGANU - Laluan di antara Jabor dan Kijal di antara KM250 dan KM305.9 yang meliputi sebahagian daripada Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan ditutup sementara pada 20 Oktober (Sabtu) akan datang bermula jam 12:00 tengah malam hingga 2:00 petang bagi memberi laluan kepada penganjuran acara berbasikal De’ Perasing Ride@LPT2.Pengurus Perniagaan Wilayah LPT 2 Sdn Bhd, Roszi Ibrahim berkata, penutupan laluan Jabor-Kijal tersebut juga membabitkan Persimpangan Bertingkat Cheneh dan Persimpangan Bertingkat Chukai di LPT2.Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan mereka sepanjang penutupan tersebut.“LPT2 akan menggunakan pelbagai saluran untuk menghebahkan penutupan sementara tersebut kepada orang ramai termasuk media elektronik dan media cetak, media sosial, papan tanda elektronik, laman web, Twitter LPT2Trafik dan lain-lain lagi,” jelas Roszi.“Orang ramai dari arah Kuala Lumpur yang ingin ke Pantai Timur dinasihatkan supaya keluar dari Lebuh raya LPT1 menerusi Plaza Tol Jabor. Sekiranya mereka ingin meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan Kelantan menerusi Lebuh raya LPT2, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya masuk semula ke Lebuh raya LPT2 menerusi Plaza Tol Kijal,” tambah Roszi.Bagi kenderaan dari arah Kuala Terengganu yang menghala ke Kuala Lumpur, mereka perlu keluar di Plaza Tol Kijal di Lebuh raya LPT2 sebelum masuk semula ke Lebuh raya LPT1 menerusi Plaza Tol Jabor untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.LPT2 juga bekerjasama dengan pihak polis dan pihak-pihak lain dalam memastikan kelancaran trafik dan membantu orang ramai sepanjang tempoh penutupan sementara tersebut.Laluan di antara Jabor dan Kijal dijangka dibuka semula kepada orang ramai mulai jam 2:00 petang pada 20 Oktober sejurus berakhirnya acara berbasikal tersebut.----Disiarkan oleh LPT 2 Sdn Bhd.
16 Oct 18
1329
Jelajah Manifesto Luaskan Kefahaman Masyarakat
Haji Sazali Mohd Noor.Oleh: Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU - Penerangan secara terperinci manifesto kerajaan negeri sangat penting dalam memastikan rakyat mendapat maklumat yang ingin disampaikan.Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Haji Sazali Mohd Nor berkata, kerajaan telah meletakkan janji kepada rakyat Terengganu pada Pilihanraya Umum 14 (PRU 14) apabila 20 manifesto utama diiklankan dalam kempen mereka."Menteri Besar telah menyatakan bahawa Kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu memberi jaminan akan menunaikan kesemua 20 perkara tersebut pada penggal pemerintahan sebagaimana dijanjikan."Majlis Tindakan Dun (MTD) yang menguruskan satu- satu DUN perlu lebih kuat berusaha dalam melaksanakan janji ini," jelasnya ketika berucap dalam Program Jelajah Penerangan Manifesto di Kampung Bukit Ara, Ajil, kelmarin (15 Oktober).Program anjuran UPDI dengan kerjasama Penerangan Muslimat DUN dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i- MiTS) Ajil itu bertujuan memberi penerangan berkaitan perjalanan pelaksanaan manifesto yang dijanjikan oleh kerajaan Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.Penerangan tentang pelaksanaan dari aspek pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial memberi kefahaman kepada rakyat yang hadir bahawa kerajaan negeri berada di landasan yang betul dalam membangunkan negeri.
16 Oct 18
40
i-MiTS Jadi Pemudahcara Pohon Bantuan Dana Sekolah
Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU - Institut Modal Insan Terengganu Sejahterai (i-MiTS) Hulu Terengganu mengambil peluang menjadi pemudahcara masyarakat bagi memohon Bantuan Persekolahan menerusi kaunter i-Dana.Bantuan yang terbuka kepada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah disediakan kepada pelajar lelaki yang akan menerima baju serta seluar sekolah, stoking, kasut dan beg manakala pelajar perempuan akan menerima kain, baju, stoking, kasut dan tudung.Penyelia i-MiTS Hulu Terengganu, Harun Esa berkata, pihaknya mengambil langkah ke hadapan bagi membantu melancarkan urusan permohonan daripada keluarga dan pelajar yang layak memohon bantuan itu."i-MiTS mengambil peranan sebagai pemudah cara untuk masyarakat membuat permohonan ini dengan mengadakan kaunter bergerak di kawasan-kawasan terpilih dan kemudahan kepada masyarakat yang kurang mahir dengan pengguna IT (teknologi maklumat). Ini kerana permohonan dana hendaklah dilakukan secara atas talian sahaja."Pelajar yang layak akan mendapat baucer dan boleh ditebus di kedai-kedai yang terpilih," katanya ketika ditemui ketika melakukan pemantauan gerak kerja kaunter i-Dana di Pasar Manir, di sini, 13 Oktober.Harun berkata, pihaknya berpuas hati dengan komitmen pegawai i-MiTS yang bertugas dan berharap keluarga yang berkelayakan agar dapat mengambil peluang ini untuk sama-sama dapat meringankan beban.Menurutnya, ibu bapa juga boleh membuat permohonan di laman sesawang http://idana.terengganu.gov.my dan permohonan akan tamat pada 21 Oktober ini.Tambah beliau lagi, pada tahun ini, kerajaan negeri menjangkakan 116,000 pelajar akan menerima manfaat daripada dana yang disediakan itu.Pada masa yang sama, jika berdepan masalah untuk mengisi borang secara atas talian, bolehlah merujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat di tempat masing-masing dan mendapatkan bantuan dari pegawai-pegawai yang bertugas.
15 Oct 18
179
TFC II Juara Sulung Challenge Cup
Ustaz Wan Sukairi (berkopiah tengah) meraikan kejuaraan sulung Challenge Cup di tangan TFC II di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU - Sejarah baharu tercipta apabila buat pertama kalinya Pasukan Terengganu Football Club II (TFC II), menjuarai Piala Cabaran (Challenge Cup) mengalahkan UKM FC dua gol tanpa balas di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah di sini, semalam (15 Oktober).Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah mengucapkan tahniah kepada pasukan TFC II atas kejayaan cemerlang itu. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong dan peminat yang terus-menerus memberi sokongan kepada pasukan berkenaan."Tahniah TFC II yang menjadi juara Challenge Cup 2018. Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong dan peminat yang terus-menerus memberikan sokongan kepada Terengganu FC II," katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman , hari ini (16 Oktober).Pemain TFC II diapit empat pemain UKM FC antara aksi menarik Piala Challenge Cup di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah. TFCII menang dua gol tanpa balas. Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah menjadi saksi, Terengganu muncul pasukan pertama, menjuarai Challenge Cup iaitu piala yang baharu diperkenalkan dalam kancah Liga Malaysia.Terengganu FC II dinobatkan sebagai juara edisi sulung Challenge Cup 2018 setelah menewaskan UKM FC dengan dua jaringan tanpa balas.Lebih manis kejayaan ini disambut di hadapan ribuan penyokong Hitam dan Putih yang turut sama meraikan detik bersejarah tersebut.Dua jaringan daripada penyerang utama, Akanni Sunday pada minit ke-22 dan ke-53 melenyapkan impian UKM FC yang tampil untuk mencabar skuad TFC II. Corak permainan menarik yang dipamerkan anak buah Tengku Hazman nyata gagal memberi ruang buat UKM FC melepasi gawang yang dikawal kemas Shamirza Yusof.
15 Oct 18
233
Rakyat Perlu Intai Peluang Kebajikan Dari Kerajaan - Ridzuan Hashim
Ustaz Ridzuan Hashim meninjau kaunter KWSP yang dibuka dalam Program i-SURI Peringkat Daerah Kuala Terengganu.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Rakyat diminta untuk lebih prihatin terhadap makluman yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan agar tidak tertinggal peluang kebajikan yang ditawarkan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, kerajaan sentiasa menyalurkan bantuan secara berperingkat terutamanya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Tabung Darul Iman (TDI).Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program i-SURI Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading di Dewan Sivik Kampung Buluh Gading, hari ini (15 Oktober).Peserta yang terpilih berasaskan kepada data e-Kasih oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Menurut Ustaz Ridzuan Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, setiap peserta disyaratkan untuk mencarum sebanyak RM5 manakala pihak kerajaan sebanyak RM40.“Bayaran caruman boleh dibayar di pejabat KWSP, bank-bank terpilih dan juga melalui ‘online banking’ iaitu maybank2u dan Public Bank.“Dalam bajet 2019 nanti, sebahagian manifesto akan ditunaikan. Antaranya caj percuma untuk wad kelas tiga dan kad sejahtera yang bernilai RM500.“Sebanyak RM3.8 juta telah dibelanjakan melalui Tabung Darul Iman (TDI) bermula Januari sehingga Ogos tahun ini untuk bantuan penyakit kronik dan musibah," ujar beliau lagi.Katanya, hampir dua juta ringgit telah berjaya dikumpulkan pada malam tadi hasil sumbangan ‘Government Linked Company’ (GLC) dan orang perseorangan dalam satu majlis makan malam pengumpulan dana Tabung Darul Iman (TDI).“Ada tiga program penting dalam masa terdekat ini iaitu bantuan pakaian sekolah untuk sesi 2019, berkhatan percuma beramai-ramai dan karnival perkahwinan. Ambillah peluang kebajikan ini yang semuanya dibuat untuk rakyat," tambah beliau lagi.Turut hadir, Ketua Perkhidmatan KWSP Kuala Terengganu, Mohd Sabri Hussin, Penasihat Persaraan KWSP Kuala Terengganu, Mohd Fazlee Alwi dan Ketua Penyelia i-MiTS Kawasan Kuala Nerus, Jusoh Ngah.
15 Oct 18
145