lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Plywood Permint Sdn. Bhd Bakal Bernafas Kembali
Yb Maliaman meninjau Kilang Papan Lapis (Plywood Permint Sdn. Bhd)  Kawasan Perindustrian Al-Muktafi Billal Shah, Dungun di sini, hari ini.Oleh : Adli Mohamad dan Khairuddin YusoffDUNGUN -  Kilang Papan Lapis (Plywood Permint Sdn. Bhd) yang merupakan salah sebuah anak syarikat negeri, akan diberi nafas baharu dan dimajukan semula oleh pihak kerajaan Terengganu.Kilang yang telah lama terbiar akan dihidupkan kembali dan bakal membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Permint Plywood Sdn. Bhd merupakan satu taruhan dan kepercayaan pihak kerajaan  kepadanya bagi memulihkan semula kilang tersebut."Kita merasa satu kerugian, jika  tidak dimajukan kembali dengan segala kemudahan dan peralatan yang masih ada (mampu berfungsi) kerana ianya berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi keuntungan kepada kerajaan negeri."Dan ia juga boleh mengajak balik, anak-anak Terengganu di perantauan yang berhijrah disebabkan tiada peluang pekerjaan boleh dipanggil pulang agar dapat memberi khidmat bagi memajukan negeri," katannya.Beliau berkata demikian ketika ditemui  Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas meninjau kilang berkenaan, di Kawasan Perindustrian Al-Muktafi Billal Shah, Dungun di sini, hari ini.Menurutnya lagi, kayu balak yang dijual setelah diproses bagi dijadikan kayu lapis adalah lebih tinggi berbanding dijual secara mentah.Beliau juga meletakkan harapan kepada Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman yang mempunyai pengalaman sebagai kakitangan di kilang tersebut untuk membantu merealisasikan perkara tersebut.Ghazali (dari kanan) menunjukkan papan lapis yang terdapat di kilang berkenaan.Sementara itu, Ghazali Sulaiman yang turut hadir dalam tinjauan itu berkata pemilihan ADUN Ajil itu sebagai Ahli Lembaga Pengarah diyakini mampu memberi cahaya serta mengembalikan zaman kegemilangan sebagaimana di zaman beliau bertugas di situ."Kilang ini banyak menyimpan kenangan kepada saya, saya mula bekerja disini pada tahun 1988 dan tamat pada 2004 kerana operasi kilang dihentikan."Pada ketika itu, tenaga kerja seramai 650 orang dan kilang ini beroperasi dengan dibahagikan kepada tiga sesi selama 24 jam manakala pekerjanya datang dari seluruh Dungun yang berulang alik dengan menaiki bas datang bekerja," jelasnya.Beliau mengharapkan apabila kilang itu kembali dipulihkan, ianya juga akan turut memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat."Insya Allah, semoga ianya memberi sinar baru kepada kerajaan negeri, dalam memastikan Terengganu menjadi sebuah negeri yang maju, serta mampu menyaingi negara-negara maju yang lain."Apa yang penting, masalah pengangguran yang membawa kepada permasalahan sosial, secara tidak langsung dapat dihentikan dan seterusnya hasrat kerajaan negeri menjadi sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera dapat direalisasikan," tegasnya.
19 Oct 18
1032
Empty Image
Tawaran Tempat Berteduh Istimewa
Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berucap merasmikan Karnival Jom Ke Masjid Kali Ke-7. Foto - Syaharulhafizi ShamsudinKUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid akan mendapat tempat berteduh yang tiada galang ganti iaitu mendapat naungan Allah di padang mahsyar kelak.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Kerajaan Negeri Terengganu menyeru rakyat Terengganu khususnya untuk memakmurkan masjid sekaligus merealisasikan agenda Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Katanya, program seumpama ini bertujuan untuk memahamkan masyarakat tentang peranan masjid yang bukan berfungsi sebagai tempat untuk solat semata-mata."Bahkan masjid berperanan besar untuk menyatukan ummah dan mendekatkan masyakarat kepada asas pembinaan masjid iaitu takwa."Orang yang memakmurkan masjid memiliki sifat-sifat terpuji termasuk dia beriman kepada Allah yang merupakan asas kepada keimanan."Di samping itu, dia yakin kepada hari akhirat. Orang yang sibuk dengan dunia akan menjadikan kita lupa tentang adanya perhitungan dosa dan pahala, tentang ganjaran syurga dan balasan neraka," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Jom Ke Masjid Kali Ke-7 di Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu (18 Oktober).Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut mengucapkan tahniah kepada penganjur yang menyusun program ini setiap tahun."Program seumpama ini adalah dakwah, seruan kepada pembinaan masyarakat yang sejahtera dan hidup dalam keberkatan."Mudah-mudahan program ini diteruskan kerana masjid mendekatkan diri kita dengan al-Quran dan majlis ilmu."Justeru, marilah sama-sama kita mengimarahkan rumah Allah ini," katanya.Beliau turut menyempurnakan gimik perasmian karnival tersebut.Antara aktiviti menarik yang dilangsungkan semalam adalah Forum Perdana melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus serta Ustaz Haslin dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) negeri, Ustaz Kamaruzaman Abdullah selaku moderator.Ribuan hadir memeriahkan tapak karnival di Masjid Jamek Pengadang Baru, semalam.Turut diadakan gerai jualan dan aktiviti-aktiviti akan terus berlangsung sehingga Sabtu 20 Oktober.Antaranya adalah pertandingan mewarna, sukaneka muslimat, sukaneka pemuda, persembahan nasyid dan sebagainya.Majlis penutup akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman, Sabtu ini.
18 Oct 18
100
Empty Image
Terengganu Cadang Larangan Penggunaan Plastik
Dr Alias merasmikan Program Cakna Alam SekitarKUALA TERENGGANU, 18 Oktober - Kerajaan negeri bercadang melaksanakan larangan penggunaan plastik bagi menangani kesan  terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata larangan penggunaaan produk itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula tahun depan dan berkemungkinan akan diharamkan pada 2021.Katanya, sebagai permulaan, pihaknya  mengadakan pelbagai kempen kesedaran di pasaraya dan restoran berkaitan  penggunaan plastik termasuk  meneruskan kadar bayaran RM0.20 kepada pelanggan pasaraya pada setiap Sabtu.“Tindakan itu bertujuan mahu mendidik orang ramai betapa pentingnya  penjagaan alam sekitar, selain mengelak penyakit berbahaya berpunca daripada plastik termasuk kanser,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program  Cakna Alam Sekitar Sempena Hari Alam Sekitar Negara, di Perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari ini.Dr Alias turut memberitahu setiap lapisan masyarakat perlu berganding bahu melindungi alam sekitar, termasuk  bertindak sebagai mata dan teliga untuk membantu memantau aktiviti berpotensi mencemarkan alam sekitar.“Tanggungjawab bersama ini sangat penting kerana kadang-kala kita mudah lupa bahawa tindakan yang dilakukan demi mengejar pembangunan boleh mengundang kemerosotan kualiti alam,” katanya.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Syah Muhamed, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Muhhibah Selamat, .
18 Oct 18
77
Empty Image
MPKK Saluran Pertama Aduan Rakyat
Wakil pusat khidmat, MPKK dan i-MiTS bergambar bersama salah seorang pesakit.Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 18 Oktober - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang diwujudkan bertanggungjawab menyampaikan pemasalahan rakyat kepada kerajaan.Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Zahiyah Abdul Rahman berkata, masyarakat perlu bekerjasama dengan MPKK supaya setiap masalah penduduk kampung dapat disalurkan kepada pusat khidmat masyarakat untuk sebarang tindakan."Setiap maklumat yang dilaporkan membolehkan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Chukai menyusun jadual lawatan dan menyediakan bentuk bantuan yang diperlukan," katanya ketika menziarahi lima keluarga di empat buah kampung yang mempunyai ahli keluarga terlantar sakit.Kampung yang terlibat iaitu Kampung Dusun Nyior, Kampung Tengah, Kampung Geliga dan Kampung Geliga Pantai diziarahi pusat khidmat bersama MPKK kawasan masing-masing dan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Chukai.Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS Chukai, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki berkata, setiap MPKK akan menyampaikan maklumat mengenai penduduk yang terlantar sakit sebelum program ziarah diadakan."MPKK perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya kerajaan tidak terlepas pandang permasalahan rakyat. Ini kerana mereka adalah saluran pertama aduan rakyat,” katanya.Program ziarah memudahkan keperluan dan bentuk bantuan dapat dikenal pasti.Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Chukai turut memberi sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan yang mereka hadapi.
17 Oct 18
58
Empty Image
Cawangan Mini YPU Bakal Beroperasi Setiap DUN
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, HULU TERENGGANU - Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bakal menjadikan pusat khidmat masyarakat di setiap Dewan Undangan Negeri sebagai cawangan mini YPU bagi menyalurkan bantuan dan maklumat kepada orang ramai tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, inisiatif itu sedang disusun atur supaya dapat beroperasi sepenuhnya sebelum tahun depan dan dijangka akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada 3 Disember ini.Katanya, pihaknya sudah merangka kertas kerja termasuk mengadakan mesyuarat untuk menjadikan 32 pusat khidmat masyrakat seluruh Terengganu itu sebagai pusat sehenti demi kebaikan rakyat untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan perniagaan dan keusahawanan."Pelaksanaan ini juga bertujuan untuk memperkasakan pusat khidmat masyarakat itu sendiri untuk menjadi tempat rakyat mendapat segala maklumat tanpa perlu pergi ke pusat bandar."Untuk itu, kita akan melatih dan menghantar dua hingga tiga orang kakitangan untuk menguruskan cawangan mini itu nanti,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di Program Santai Exco Bersama Usahawan Peringkat DUN Kuala Berang di Rumah Rehat Kuala Berang , di sini hari ini.Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Haji Muhyidin Abd Rashid serta lebih 80 usahawan tempatan.Menurut Mohd Nurkhuzaini, kerajaan negeri juga sedang mengkaji untuk menjadikan cawangan mini itu sebagai wakil kepada agensi lain di bawah Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) yang dipengerusikan oleh beliau sendiri."Kita akan adakan perbincangan dalam terdekat kerana ada permintaan dari agensi-agensi yang berada di bawah MSPUT supaya terdapat wakil dari pihak mereka di setiap PKM bagi mempermudahkan urusan orang ramai," tambah beliau lagi.Sementara itu mengulas mengenai pelaksanaan manifesto PAS Terengganu untuk menyediakan Tabung Pinjaman Usahawan sebanyak RM10 juta setahun, beliau berkata pihaknya telah mendapat lampu hijau dari Menteri Besar."Kita sudah masukkan dalam cadangan Bajet 2019  dan ia bergantung kepada keadaan kewangan negeri."Jika ada kekangan,  kita akan buat secara berperingkat.. mungkin separuh dahulu dalam RM5 juta dan secara maksima pada tahun depan mengikut kesesuaian kewangan, yang pasti kita akan laksanakan apa yang dijanjikan mengikut kadar kemampuan (kewangan)," katanya.
17 Oct 18
51
Empty Image
Amalan Zikir Jadi Pelaris
Zulbaharim Ibrahim di hadapan premis perniagaannya, Ummielieza Enterprise, ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 18 Oktober - Amalan banyak berzikir bukan sahaja menjadikan hati tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah SWT, bahkan boleh menambahkan berkat kepada sesuatu perniagaan.Pengurus Ummielieza Enterprise, Zulbaharim Ibrahim berkata, antara resepi kejayaan perniagaannya adalah dengan banyak mengamalkan berzikir serta memperbanyak ibadah sunat.“Amalan berzikir ini merupakan nilai tambah kepada perniagaan, dan itulah sebaik-baik amalan. Pergantungan kita kena kuat dengan Allah, bukannya dengan mengharapkan tangkal azimat dan tangkal yang jauh bercanggah dengan ajaran Islam, tegasnya ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di premis perniagaannya Kampung Dendang, Dungun (16 Oktober).Menurut beliau, kejayaan yang dikecapinya bukan datang begitu sahaja tetapi melalui pelbagai liku dan adat resam perniagaan.“Kita (orang Islam) diajar dalam agama, sebagai seorang Muslim jangan pernah berputus asa. Saya pernah merasai jatuh dan bangun dalam perniagaan sejak berkecimpung dalam tempoh 5 tahun yang lalu,” jelasnya.Katanya, di antara perkara yang mesti dilakukan oleh seorang peniaga muslim adalah dengan menjaga kualiti produk.“Di samping itu, kita perlu pandai layan pelanggan dan utamakan solat. Maka mudah untuk mendapat rezeki Allah.“Kita perlu mencontohi peniaga-peniaga Muslim sebagaimana Abdul Rahman Auf, dan menjadikan Rasulullah SAW sendiri sebagai idola," ujarnya.Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Baha, mendakwa orang yang kuat mendorongnya menceburi bidang perniagaan ini di kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan.“Perniagaan adalah merupakan (pekerjaan) sunnah dan mendatangkan pahala. Pintu utama rezeki adalah perniagaan, jadi kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan, jangan pernah ada perasaan takut dan peniaga yang berjaya mesti ada pegangan akidah yang kuat.“Jangan pernah melakukan perbuatan syirik dan khurafat sebagai pelaris memajukan perniagaan,” tegasnya.Sebaliknya, kata beliau yakinilah bahawa banyak berzikir menjadikan hati tenang dan memudahkan urusan dalam kehidupan seharian insya-Allah.
17 Oct 18
156
Empty Image
Khairunnisa Sedia Bela Nasib Ibu Tunggal
Oleh : Zhahirah ZahidDUNGUN - Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu(Khairunnisa') bersedia untuk membantu memulihkan nasib ibu tunggal di seluruh Terengganu.Ahli Jawatankuasa Khairunnisa', Siti Zaleha Mohamad  berkata, sesetengah ibu tunggal yang tidak bekerja atau yang baru kehilangan suami atau suami yang terlantar sakit dan tidak mampu memberikan nafkah kepada keluarga memerlukan perhatian dan bantuan sepatutnya bagi mengurangkan bebanan itu.Siti Zaleha "Khairunnisa' akan sentiasa memantau kelab tersebut untuk memastikan ahli-ahli benar-benar mendapat manfaat sewajarnya."Kita mengambil berat soal kesihatan mereka dan perihal anak-anak mereka,"katanya ketika menghadiri Majlis Taklimat Kelab Ibu Tunggal Parlimen Dungun di Dewan Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Dungun, di sini, 16 Oktober.Siti Zaleha berkata, di samping ibu sibuk mencari nafkah untuk menanggung keluarga, ramai di kalangan mereka juga pada masa yang sama tidak mengabaikan anak-anak mereka.
17 Oct 18
70
Empty Image
Sampah Jadi Rezeki Jurukimpal
Nasaruddin Samsudeng (kiri) menziarahi Wan Wan Ahmad Fadzil Wan Zakaria di rumahnya di Taman Kalongan Mas, Medan Jaya Rusila.Oleh: Aslam WiraMARANG, 18 Oktober - Wan Ahmad Fadzil Wan Zakaria, 30, yang berasal dari Telok Kalong, kini terpaksa hidup berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) kerana kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.Menurut Fadzil, beliau pernah dipanggil orang yang tidak berakal kerana memungut barang di dalam tong sampah, tetapi tidak diendahkan bagi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.Fadzil yang dulunya seorang jurukimpal di sebuah syarikat minyak dan gas kini bekerja sebagai pengutip barang terpakai dan besi buruk di kawasan tong sampah dan tempat pelupusan.Setelah berstatus OKU, Fadzil juga mengambil upah membuat pelbagai kerja seperti membasuh bangunan, membersih rumah dan upah-upah lain untuk menampung kehidupan isteri dan 4 orang anaknya.Isterinya, Che Ku Aziana, 29, adalah seorang suri rumah sepenuh masa kerana menjaga 4 orang anaknya yang masing-masing berumur 8, 6, 4 dan 2 tahun.Fadzil yang kini menetap di Taman Kalongan Mas, Medan Jaya Rusila terpaksa hidup berpindah randah kebelakangan ini kerana menghadapi masalah kesesakan hidup.Kerjanya diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kerana pendapatannya sehari lebih kurang RM10.00 sahaja bergantung kepada barang-barang yang diperolehinya.Dalam keadaan fizikalnya yang tempang, Fadzil tidak mempedulikan tentang tohmahan orang sekililing.“Bagi saya walaupun berstatus OKU, ianya bukan bermaksud ‘orang kurang upaya’ tetapi ia bermaksud ‘orang kuat usaha’ pada diri saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya (17 Oktober).Sementara itu, Penyelia Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, lawatan dibuat sejurus mendapat maklumat mengenainya.“Kami memandang serius dan sedaya-upaya menyelesaikan masalah Fadzil berkaitan perpindahan rumah termasuk status bil-bil yang tertunggak.“Kita juga sudah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut dan satu mesyuarat bersama Majlis Tindakan DUN (MTD) Ru Rendang telah ditetapkan bagi menyelesaikan masalah ini,” tambahnya lagi.Kisah Ahmad Fadzil ini juga telah mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri iaitu Dr Alias Razak.
17 Oct 18
118
Empty Image
T'Mart Tidak Asing Di Ibu Kota Kuala Lumpur
Haji Yahaya Ali (tiga dari kiri) dan Haji Hishamudin Hashim (dua dari kiri) menunjukkan produk tempatan Terengganu yang boleh didapati di T'Mart DC.KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Premis perniagaan T'Mart DC milik Kerajaan Negeri Terengganu sudah tidak asing di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur sejak beroperasi pada tahun 2016.Pegawai Pemasaran T'Mart DC, Johari berkata, premis tersebut yang bertempat di Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur diselia oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) negeri."T'Mart sudah beroperasi bermula 1 Mei 2016 menerusi dua segmen."Segmen pertama adalah pasar mini harga patut dan yang kedua adalah pusat pemasaran produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari Terengganu."Kami menawarkan barangan harga patut dan rendah setiap masa."Banyak produk asli dari Terengganu yang boleh didapati di sini termasuk Nasi Dagang T-Kitchen, satar ikan goreng, kuih ropa, keropok lekor, ketupat palas dan sebagainya."Kebanyakan produk yang dijual merupakan produk sejuk beku untuk mengekalkan kesegaran dan keaslian serta selamat untuk dimakan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu tinjauan ke premis berkenaan di Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini (6 Oktober).Dalam pada itu, menurut Johari, sambutan yang diterima oleh orang ramai sangat memberangsangkan."Bukan sahaja orang Terengganu yang merantau datang ke sini, bahkan orang tempatan juga sukakan makanan Terengganu yang boleh didapati di T'Mart ini," katanya.Tambahnya, produk yang diambil kebanyakannya dari usahawan Kemaman dan Dungun dan pihak pengurusan Cakna bertanggungjawab menguruskan penghantaran langsung ke Kampung Baru.Selain itu, pemasaran yang dilakukan adalah menerusi 'online marketing'."Anak Terengganu yang tahu tentang premis ini selalunya akan datang."Kami juga pasarkan produk melalui 'facebook' dan 'instagram' T'Mart DC," jelasnya.Justeru, katanya, beliau sangat berterima kasih dengan kerajaan negeri yang menyokong usahawan Terengganu dalam memasarkan produk-produk ke luar Negeri Terengganu."Saya sangat berterima kasih dan berharap agar kami mampu meningkatkan jualan."Tambahan pula, Lembah Klang ini sangat besar."Biar semua orang dapat rasa makanan Terengganu yang sedap dan unik."Saya juga berharap dapat mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk memperkenalkan negeri kepada pelancong dan orang tempatan di Lembah Klang khususnya," ujarnya. 
17 Oct 18
801
Empty Image
Status Tanam Semula Padi Di Paya Kepian Belum Diputuskan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN - Status kegiatan penanaman semula padi di Paya Kepian, Pasir Raja, di sini, masih di peringkat perbincangan sama ada menyerahkan kepada pemilik tanah untuk mengusahakan tanaman itu sendiri atau diserahkan kepada syarikat pemaju yang bertauliah.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sekiranya tanah itu diserahkan untuk diusahakan kepada pemilik tanah, mereka perlu menunjukkan semangat, minat dan usaha yang bersungguh-sungguh bagi mengusahakan penanaman padi semula berkenaan.Katanya, dalam Mesyuarat Mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu pernah disebut mengenai Paya Kepian dan diwartakan sebagai kawasan penanaman padi."Hasil tinjauan ke kawasan Paya Kepian baru-baru ini, ia ditumbuhi pokok-pokok yang besar selepas terbiar kira-kira 18 tahun.Tidak lagi kelihatan paya atau kawasan yang sesuai bagi penanaman padi."Walau bagimanapun ianya boleh diusahakan asalkan peserta menunjukkan minat dan usaha yang tinggi bagi memastikan usaha menghidupkan semula Paya Kepian dengan menanam semula padi dapat direalisasikan.Ianya menuntut usaha yang bersungguh-sungguh penduduk kampung bagi mengusahakan dan memberi sinar kepada penduduk Paya Kepian ini," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada perjumpaan kali pertama di antara jabatan dan agensi yang terlibat bersama peserta tanah Paya Kepian, di Rumah Rehat Pasir Raja, di sini, 15 Oktober.Sehubungan itu, menurut Pegawai Pertanian Daerah Dungun, Nur Shazwani Mohd Salleh untuk memulakan balik penanaman padi ianya memerlukan modal yang agak besar."Oleh itu orang kampung sama-sama kena usahakan jangan dibiarkan menjadi hutan lagi (setelah dibersihkan). Kehadiran ramai peserta hari ini telah membuktikan peserta bersemangat, cuma tinggal nak usahakan saja."Kolam yang telah dimiliki Ketengah (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah), tidak boleh dibuat t apa-apa berikutan lapisan tanah telah diceroboh," katanya lagi.Menurutnya buat masa ini peserta diminta menentukan setiap lot tanah yang dipajakkan untuk diusahakan kelak.Dalam pada itu, menurut Nur Shazwani lagi, Jabatan Pertanian Negeri serta agensi tertentu tidak boleh membantu sepenuhnya bagi membangunkan semula kawasan itu.Justeru itu, pihaknya amat berharap peserta bersedia untuk mengeluarkan sedikit modal bagi memastikan projek itu dapat dijana semula."Peserta perlu fikir sama ada sepakat nak buat sendiri, atau sepakat untuk serah kepada syarikat swasta yang dilantik oleh kerajaan," katanya.Tambah beliau lagi, bagi memastikan peserta dapat membuat keputusan yang terbaik secara muafakat satu perjumpaan bersama syarikat pemaju berkenaan akan diadakan pada masa terdekat bagi mendapat maklum balas serta manfaat yang akan dinikmati oleh peserta projek itu.
17 Oct 18
42